Saturday, June 30, 2012

BAB 28 [KASIHKU YANG SATU]

Bab 28

            Hari ini Dannia hanya mengenakan pakaian ringkas ke pejabat. Maklum sahaja hari ini dia bangun lambat. Hampir pukul tujuh pagi barulah dia terjaga, nasib sahaja dirinya ‘red flag’ tak adalah dia terkejar mahu bersolat subuh. Terkocoh-kocoh dia bangun dari katil dan menuju ke bilik air membersihkan diri. Tepat jam tujuh empat puluh lima minit barulah dia bertolak. Mujur sahaja dia cekap memandu dan nasibnya sedikit baik apabila jalan yang dilaluinya tidaklah sesibuk mana. Dannia hanya sekadar berkemeja violet berlengan tiga suku dan seluar slack hitam. Amat sesuai dengan warna kulitnya yang putih melepak. Rambutnya yang beralun cantik diikat tepi. Wajahnya hanya disapukan sedikit bedak dan dioleskan dengan pelembab bibir berwarna merah jambu supaya tidak kelihatan kering. Walaupun berpenampilan ringkas namun langsung tidak mencacatkan wajah si pemakai yang kelihatan anggun dan cantik. Langkahnya ke pejabat hari ini dengan penuh yakin dan bersemangat.
Setiap langkahnya menuju ke pejabat dengan penuh yakin, mata-mata yang memandangnya langsung di biarkan. Sesekali dia tersenyum apabila matanya menyapa beberapa pandangan pekerja yang turut sama bekerja di bawah satu bumbung dengannya.     Setibanya dia di pintu pejabat, bunyi keriuhan yang amat luar biasa menyebabkan dia pantas mendapatkan sekumpulan rakan sepejabatnya yang lain untuk turut serta. Suasana riuh di pejabat pagi itu amat pelik baginya. Riuhnya yang amat luar biasa. Staf lelaki dan wanita sibuk bercakap sesama sendiri. Entah apa yang disembangkan. Kebiasaannya, mereka paling suka jika berbual di meja masing-masing. Tetapi pagi ini sungguh luar biasa sampaikan Sameon, manusia yang paling tidak suka bergosip turut serta menyertai yang lain.
‘Apasal diorang ni?’ Desisnya lagi.
            Dannia segera melangkah ke arah Amira setelah briefcase yang dibimbit dari tadi diletakkan dalam bilik yang disediakan khas untuknya. Sempat dia menjeling beberapa pekerja wanita yang masih rancak berborak. Masih tidak menyedari kehadirannya.
            “Oit Mira, apasal aku tengok hari ni riuh semacam je ni?” Semua mata memandang tepat ke wajahnya apabila dengan tiba-tiba dia menyampuk. Mahu terkejut semua yang ada di situ.
            “Weh, bila kau sampai?” Amira terkejut melihatkan Dannia yang sudah berada di celahan yang lain. Langsung tidak perasan, apatah lagi badan Dannia yang kecik molek itu.
            “Hah, tulah kau, duk sibuk sangat bergosip sampaikan aku kat sini pun tak perasan.” Sindir Dannia perlahan. Mulanya dia hanya ingin bergurau, tetapi renungan dari semua mata yang memandangnya membuatkan dia gugup.
            “Kenapa? Aku ada buat salah ke?” sambungnya lagi.
            “Kau tak tahu ke hari ni anak Encik Badrul masuk?” Bersinar mata Amira menjawab. Yang lain hanya mengangguk bagaikan burung belatuk. So??
            “Hari tu kau kata minggu depan. Hari ni baru hari Rabu kan?” Dannia buat muka peliknya. ‘Ke hari ni hari Isnin?. Aku silap hari ke ni’.
            “Dia tak jadi masuk minggu depan, sebab ada mesyuarat, dia kena attend meeting hari  ni.” Terang Amira lagi.
            “Oooo” bulat mulutnya menjawab.
Bunyi deheman suara Encik Badrul memeranjatkan mereka semua. Bagaikan tikus berkeliaran di kejar kucing gamaknya. Mereka yang ada di situ bergerak kembali ke tempat asal. Wajah mereka ditundukkan menikus, takut jika Encik Badrul naik angin melihat stafnya yang santai bergosip, apatah lagi waktu bekerja sudah pun bermula. Langsung tidak menyangka Encik Badrul datang seawal begini. Kebiasaanya kalau jam tidak menginjak ke angka sepuluh jangan harap bosnya itu menunjukkan muka. Entah apa pula mimpi Encik Badrul hari ini.
            Dannia juga kembali melangkah masuk ke dalam biliknya, walaupun ramai yang mengatakan dia adalah pekerja kesayangan Encik Badrul, omongan itu langsung tidak di ambil kisah. Baginya mereka semua adalah sama, tiada soal pekerja kesayangan atau pun tidak. Dia langsung tidak pernah membezakan pangkat atau kedudukannya di situ. Semua pekerja di situ dilayan sama rata malah jauh sekali untuk pilih kasih.
Sekembalinya dia di bilik, Dannia sempat mengintai apa yang berlaku di luar melalui celahan cermin kaca dari biliknya. Dari situ dia ternampak Encik Badrul sedang bercakap dengan beberapa orang termasuk seorang lelaki yang masih tidak diketahui milik siapa. Lelaki itu sedang membelakangkannya sambil berbual sebelum mereka semua berjabat tangan. Di fikirannya sudah terdetik akan seseorang yang membuatkan satu pejabat itu bagaikan  riuh sekampung pagi tadi.
‘Mungkin anak Encik Badrul kot’ Dannia membuat andaian sendiri. Beberapa minit kemudian, Encik Badrul berpaling dan melangkah pula menuju ke bilik yang dihuninya itu. Dannia cepat-cepat beredar manjauhi tingkap dan pintu dan mengambil segera duduk di kerusi empuknya itu. Dia menraik nafas panjang. Beberapa minit kemudian, pintu biliknya terkuak dan muncul Encik Badrul diikuti seorang lelaki.
            “Selamat Pagi Encik Badrul’” sapanya mesra beserta senyuman sambil menundukkan kepala tanda hormatkan ketuanya..
            “Pagi Nia. Come I want to introduce to my son. He will takeover my place. Aiman Iqbal.” Dannia mengalihkan pandangannya ke arah lelaki tersebut sebelum menguntumkan senyuman lebar di bibir. Bulat matanya memandang dengan riak terkejut. ‘Iqbal’. Muka Iqbal juga tersenyum lebar sambil menunjukkan tanda peace.  
            “Iqbal” Dannia tesenyum gembira.
“Hai Nia.” Iqbal turut tersenyum membalas senyuman manis gadis dihadapannya. Matanya tidak lepas memandang seraut wajah yang menjadi pujaan hatinya selama ini. Gadis yang di puja dalam diam. Tidak sangka dia bertemu kembali dengan gadis itu setelah kembali ke Malaysia.
            “You all kenal each other ke?” Soal Encik badrul kehairanan. Hairan melihat keduanya saling tersenyum gembira apabila bersua muka. Apatah lagi dengan muka Iqbal yang berseri-seri bagaikan baru menang loteri sahaja gamaknya.
            “Yup, kami study satu U kat London dulu bah. Kenal sangat dengan Nia ni. Junior Iq, abah.” Panjang lebar Iqbal menjawab.
“Baguslah kalau macam tu, abah harap lepas ni senang lah korang bekerjasama. Apa apa hal, kamu rujuk dengan Nia ok?” Pandangannya terarah ke arah wajah anaknya yang terlebih gembira berjumpa Dannia.
            “Kalau macam tu abah keluar dulu. Korang berbuallah.” Encik Badrul melangkah keluar dari bilik Dannia meninggalkan Iqbal. Setelah pintu di tutup Iqbal lantas mengalihkan kembali memandang wajah Dannia. Memandang seraut wajah yang menjadi igauannya sejak pertama kali berkenalan dengan gadis itu.
            “So... lama tak jumpa Nia. Lepas balik dari London terus menyepi ya?” Dannia sekadar tersenyum. Bukan niatnya ingin menyepi diri. Dirinya begitu sibuk menguruskan diri mencari rumah sewa dan mencari pekerjaan. Kerana kesibukan itulah Dannia terlupa terus pada Iqbal yang telah banyak membantunya selama berada di London.
“Maaflah. Nia sibuk kebelakangan ni.” Jelas Dannia. Bimbang juga Iqbal jika berkecil hati dengannya. Lebih haru jika Iqbal menganggapnya sombong.
            “Urm tak pe, Iq faham. Don’t worry. Tak ambil hati pun.” Matanya masih memaku pada wajah Dannia yang dirasakan semakin menawan di matanya. Banyak sungguh perbezaan setelah hampir dua tahun tidak berjumpa. Sungguh ketara perubahan Dannia, lebih anggun dan semakin manis.
            Mendengarkan kata kata Iqbal, Dannia menarik nafas kelegaan.
But, you must pay for that.” Sambung Iqbal.
“Er apa dia?” Teragak agak Dannia sambil  mengerutkan dahinya.
“Macam biasa, lunch date. Boleh?”
‘Dah agak dah si Iqbal ni. Memang tak ada benda lain di minta. Tak berubah ubah perangai. Aduhai...’
“Boleh, but not just the two of us. Nanti merajuk pulak kawan Nia. Kita pergi berempat boleh?” Iqbal mengangguk juga walaupun ada riak kecewa di hatinya, cuba dikawal agak ketara di pandangan Dannia. Susah betul nak keluar berdua dengan gadis. ‘Tak apalah, mungkin dia boleh mencuba pada hari lain’. Bukan ke hari ini sahaja, aku berjumpa dengannya. Setiap hari.’
            “Kita jumpa lunch nanti.” Iqbal bangun untuk keluar dari bilik Nia. Ingin kembali ke biliknya untuk memulakan tugas. Senang hati dengan pertemuan empat mata. Langsung tidak disangka dia kini sebumbung dengan Dannia. Satu pejabat pula tu. Alhamdulillah dia tidak perlu bersusah payah mahu menjejaki Dannia. Niatnya terkubur begitu sahaja. Ternyata Allah memudahkan jalannya untuk mendekati gadis itu..
“Ok, bye.” Dannia lantas membelek report yang harus disiapkan olehnya. Iqbal pula menuju ke bilik ayahnya yang kini menjadi miliknya. Walaupun hanya sekadar timbalan CEO. Iqbal tidak kisah akan itu semua. Hasratnya mahu menjadi peguam tidak tercapai apabila Encik Badrul mendesaknya supaya bekerja di syarikat itu. Seboleh bolehnya dia ingin membuka syarikat firguama sendiri. Oleh kerana kesihatan abahnya tidak begitu sihat, dia memutuskan dahulu untuk menggantikan ayahnya untuk sementara.
Iqbal masih lagi tersenyum. Rasa tidak berpuas hati pada abahnya kerana memaksanya menurut segala kemahuannya sedikit demi sedikit hilang di hati. Kini dia diselubungi rasa gembira. Terasa mahu menjerit sahaja. Rindunya pada gadis itu hanya Tuhan yang tahu. Telah lama dia memendam perasaan sayang dan cinta buat gadis itu. Namun dia masih belum punya kekuatan untuk meluahkannya. Takut jika Dannia bertindak menjauhkan diri darinya. Biarlah dahulu. Takkan lari gunung dikejar. Bukannya Iqbal tidak tahu sikap gadis itu. Dannia terlalu mementingkan persahabatan. Mana mana lelaki yang ingin berkenalan darinya disambut hanya sekadar sahabat. Tidak lebih dari itu.
           

            Jam sudah menujukkan satu tengah hari, namun Dannia masih lagi ralit membuat kerjanya. Kepalanya langsung tidak dipanggungkan atau menoleh, terlalu khusyuk dengan kertas yang berteraburan di atas meja sambil sesekali tangannya menari di atas papan kekunci menekan huruf dan nombor.
Ketukan pintu kedengaran beberapa kali sebelum tersembul wajah Iqbal sambil tersengih di muka pintu. Badannya hanya disandarkan pada pintu sambil menyilangkan tangannya.
”Jomla. banyak lagi kerja Nia yang belum siap?” Laju muutnya bertanya apabila Dannia hanya memandangnya sekilas sebelum beralih semula pada kertas yang bersepah di mejanya.
“Jap, Nia kemas dulu. Masuk la Iq.” Jemput Dannia meminta supaya Iqbal masuk dan menunggunya sementara dia mengemas kertas yang berteraburan di atas mejanya itu. Di susun segala kertas mengikut susunan yang telah di buat. Senang untuknya merujuk kembali jika mempunyai kesilapan atau tersilap memasukkan data.
            “Tak pe, Iq tunggu kat sini je. Take your time.” Dannia mengemas meja dan mula menyusun kertas kertas yang bersepah sebelum di masukkan ke dalam fail. Sambil menunggu, Iqbal memerhati suasana bilik Dannia.
            ‘Masih tak berubah’ desis Iqbal perlahan. ‘Masih sukakan warna warna dan corak yang sama’
Setelah selesai, laju tangannya mengambil tas tangan kemudian keluar beriringan dengan Iqbal sambil berborak mesra. Amira dan Zaleha hanya memerhati dari jauh dari tempat mereka. Pelik agaknya dia dan Iqbal dapat berbual mesra hanya dalam masa sehari.
            “Duk pandang apa? Jom la lunch.” Terkebil kebil mereka memandang Dannia yang sudah berdiri di pintu lif. Masih ralit memerhatikan keduanya walaupun Dannia dan Iqbal sudah berdiri di hadapan mereka berdua.
“Encik Iqbal follow kita lunch.” Sambungnya lagi setelah tiada sahutan daripada mereka bersua. Mungkin segan atau mungkin takutkan Iqbal, maklum sahaja Iqbal anak Encik Badrul. Manalah tahu jika lelaki di hadapannya ini spesis bapaknya, tak ke haru? Langsung tidak boleh bergurau senda. Semua benda dipandang serius.
 “Korang ni kenapa diam aje dari tadi?” Sergah Dannia tiba-tiba. Tidak selesa suasana sepi antara mereka. Selalunya bukan main riuh dengan suara keduanya bertekak dan bergelak ketawa.
            “Tak de pe la. Betul ke Encik Iqbal ikut sekali ni?” Soal gadis hitam manis dihadapannya sekali lagi meminta kepastian. Teruja betul si Amira, tengok sahaja dah dapat agak. Macam jumpa artis pulak. Apa nak jadi pada sahabatnya yang seorang ni? Pantang nampak jejaka handsome, cepat je perasaan teruja tu datang. Tak cover langsung, buat malu.
            “Hai Encik Iqbal.” Amira dan Zaleha menyapa serentak. Amira  tersenyum malu malu kucing. Datang dah penyakit miangnya. Huih. Zaleha di sebelah hanya menunuduk tanda hormat. Dijelingnya sekilas sahabatnya yang tiba-tiba berubah laku menjadi sopan. Datang sudah perempuan melayu terakhir.
“Hai” Iqbal membalas pendek dengan sedikit senyuman. Takut di katakan sombong.
Mereka berempat berjalan beriringan menuju ke parking kereta di ground floor.
“Jomla naik kereta Iq, Iq nak makan kat Restoran masakan Timur. Dengar kata restoran tu baru buka.” Ujar Iqbal memecahkan kesunyian teman Dannia, dari tadi dia hanya berborak dengan Dannia. Dua temannya yang lain ditinggalkan jauh di belakang.
Dannia memandang dua manusia di depannya meminta pendapat. Melihat anggukan daripada Amira dan Zaleha, dia hanya menurut.
“Ok”’ Lantas Dannia menapak masuk ke dalam kereta milik Iqbal.
            Sesampai mereka di sana. Mereka memilih makanan yang disediakan secara catering dan lantas menjamu selera. Sambil makan mereka bercerita dan bergelak ketawa. Macam macam cerita yang di kongsi oleh mereka. keramahan Iqbal amat menyenangkan mereka.
            Tengah hari itu, mereka semua menjamu selera di tempat yang telah di pilih oleh Iqbal. Sepanjang mereka berada di sana, ada sahaja cerita yang cuba diimbau kembali kenangan mereka berdua sepanjang perkenalannya di London. Amira dan Zaleha leka mendengar dan hanya sesekali menyampuk. Mereka yang pada mulanya agak segan untuk berbicara. Namun ternyata lelaki di hadapan mereka ini tersangat pandai mengambil hati dan ramah berbicara walaupun lelaki itu pada mulanya kelihatan kekok. Tidak di sangka oleh Amira dan Zaleha, pada pertama kali berjumpa dengan Iqbal semasa sesi perkenalan, Iqbal amat lokek dengan senyuman, malah di katakan sombong dan angkuh. Andaian itu meleset sama sekali dan pandangan mereka terhadap Iqbal berubah terus. Malah mereka semakin selesa dengan lelaki itu.
            “Erm, you all nak tahu tak, Nia ni dulu time kat London ramai tau peminat. Tak terlayan. Kiri kanan lelaki menghimpit.” Iqbal menggiat gadis di hadapannya. Matanya galak  merenung Dannia sambil tersenyum. Mira dan Zaleha sudah tersenyum nakal.
            “Ala kat pun sini apa kurangnya En. Iqbal, tiap-tiap hari terima bunga tau. Bukan calang-calang orang kat depan kami ni.” Kak Leha menggiat Dannia yang berada di depannya bersebelahan Iqbal. Dannia hanya tersenyum sambil menggelengkan kepala, sengaja dijuihkan mulutnya. Suka sangat mengusiknya.
            “Mengarutlah korang ni kan? Saja jer nak bagi aku segan.” Dalam marah bergurau Dannia menangkis kenyataan itu.
            “Betul En. Iqbal, kami tak bohong. Kalau tak percaya tengoklah nanti.” Tambah Amira lagi menyatakan hal yang satu itu.
            “Eleh, tak nak mengaku pulak.”
            “Ye ke? Hai melepas lah I, dah lah time kat London dah ramai pesaing. Kat sini lagi ramai rupanya.” Iqbal mengeluh, saja mahu mengusik Dannia. Tangannya sengaja memicit kepala dan di tongkatkan kepala. rupanya lebih rama yang cuba mendekati gadis pujaannya ini. Disangka apabila pulang ke sini, berkuranglah sedikit. Nampaknya dia perlu lebih berusaha untuk memikat Dannia. Dari dulu dia mencuba, tetapi dia bingung. Fahamkah Dannia akan isi hatinya selama ini? Dia sengaja berkata begitu. Entah faham ke tidak Dannia ni, naif sangat, tapi itulah wanita yang membuat tidurnya tidak lena saban hari.
            “Hah tengok, lagi sorang peminat kau Nia. Terima jelah Encik Iqbal ni.” Amira mencelah cepat. Mahu melihat reaksi Dannia yang agak kelam kabut menangkis.

            “Korang percaya lah sangat kat Iqbal ni. Suka sangat menyakat orang, bab mengenakan orang memang nombor satu. Lepas ni korang kena  berhati hatilah ya.” Dengan selamba Dannia mengenakan Iqbal. Iqbal melopong, dalam diam dia terkena kembali.Zaleha dan Amira ketawa sakan melihat muka Iqbal yang sudah kelat dan masam mencuka. Adeh, buruknya. 


No comments:

Post a Comment