Bab 27
“Morning
Kak Leha” suara riang Dannia menyapa setiausaha bosnya Zaleha yang sudah hampir
lewat tiga puluhan. Wanita itu turut tersenyum memandangnya apabila teguran itu
terbit dari mulut Dannia. Dia yang sudah hampir setahun mengenali wanita itu
amat rapat dengannya, sudah dianggap Zaleha seperti kakaknya. Tempat dia
mengadu apabila dimarahi oleh majikannya. Ke mana sahaja mereka pasti bersama.
Dengan wajah yang berseri-seri Zaleha menggamitnya supaya mendekati wanita itu.
Baru tiga bulan yang lepas wanita melangsungkan perkahwinannya setelah sekian
lama bercinta. Dia dan beberapa rakan pejabat yang lain turut menghadiri majlis
perkahwinan yang agak sederhana itu.
Hari ini hari pertama pada minggu itu. Dia
kembali bersemangat untuk memulakan harinya bekerja. Sudah dua hari dia
terkurung di banglo mama dan papanya tanpa melakukan apa-apa. Langsung tidak
tahu apa aktiviti yang mahu dilakukannya olehnya. Masing-masing sibuk dengan
jadual mereka tersendiri, tinggallah dia yang terkontang kanting di sana.
Sudahnya dia menolong mamanya melakukan rutin hariannya iaitu berkebun sehingga
pinggangnya terasa sakit dan lenguh sini dan sana.
“Morning
Nia. Amboi senangnya hati hari ni. Ada apa apa ke Nia?” ramah Zaleha
menegurnya. Seri pengantin yang masih berseri terpamer raut wajah Zaleha.
“Mana
ada Kak Leha. Ada ada jelah akak ni. Nia muram salah, Nia gembira pun salah.”
Dannia mengambil tempat dihadapan Zaleha. Wanita itulah yang selalu memberi
tunjuk ajar padanya dan selalu menolongnya sepanjang bekerja di situ. Maklum
sajalah hanya Zaleha yang rajin menegurnya selain Mira si mulut kepoh itu. Dia
bukannya ramah sangat. Hanya beberapa pekerja sahaja yang rapat dengannya.
“Nia!” Laungan suara Amira yang kuat
menggegarkan satu office sudah cukup
membuatkan office yang sunyi itu
sedikit bising sehingga membuatkan beberapa rakan mereka yang lain menoleh dan
tersenyum sambil menggelengkan kepala dengan telatah Amira di pagi hari. Memang
waktu pagi macam ini sudah menjadi kebiasaan pekerja di syarikat gergasi itu
riuh dengan gelak ketawa pekerja sebelum masuknya bos mereka. Cuba riuh time waktu kerja, memang terbalik la
satu office mendengar jerkahan Encik
Badrul yang sememangnya kepala angin. Pantang salah sikit memang menikus la jawabnya
semua pekerja di situ. Dannia sendiri sudah serik mendengar suara jerkahan
lelaki yang boleh mencairkan tahi telinganya. Walaupun bukan dirinya yang
menjadi mangsa jerkahan, namun kecut juga kalu berdiri berdekatan di situ
seumpama menunggu masa untuk dijatuhkan hukuman pancung.
“Ni bunga untuk kau hari ni.” Tangan
Amira menghulurkan sejambak bunga ros berwarna putih kepada Dannia. “Terima
kasih lah wahai sahabatku intan payung. Susah susah jer kau belikan untuk aku” sengihnya beserta senyuman yang nakal.
“Ceh,
tak ada maknanya aku nak bagi kat kau” Amira menjuihkan bibirnya.
“Habis
tu siapa yang bagi?” Soalnya berpura-pura walaupun dia sudah dapat mengagak
siapa gerangannya.
“Macam
biasa la secret admire kau la yang
bagi. Cuba baca kat kad tu.” mulut Amira memuncung menunjuk ke arah kad yang
terselit. Pantas tangannya mencapai kad yang terselit di celah gubahan bunga lalu
dibaca perlahan.
Salam
perkenalan buat Nia..sambutlah perkenalan ikhlas ini...
Dato’ Zakuan
Dannia
mencebik. Meluat betul dengan perangai Dato’ Zakuan yang gatal tidak bertempat.
Tak habis habis dengan rayuan perkenalan untuk dirinya. Geli geleman Dannia dengan
lelaki tua yang tidak sedar diri. Sudahlah botak, perutnya buncit, ada hati
mahu mengurat. Isteri sudah dua. Hish tak sedar diri betul orang tua tu.
Bebelnya denan penuh rasa menyampah.
“Nah
ambiklah kalau kau nak, kalau kau tak nak letak jer kat dalam tu” Seraya
tangannya menunjuk ke arah bakul sampah di sudut meja yang berada di luar biliknya.
Tak lalu untuk menyimpan bunga itu di dalam biliknya. Buatnya lelaki itu
meletakkan santau tak ke naya? Eiy..minta simpang dijauhkanlah...
“Sayangnya
nak buang. Bak la sini, daripada buang baik letak kat meja aku. Ada jugak
haruman semula jadi“ Tanpa perasaan malu, dia menyambar pantas bunga itu sambil
tersengih sumbing.
“Ni
coklatnya sekali, aku tak nak la.” Dannia menghulurkan satu lagi pemberian
Dato’ Zakuan padanya.
“Hai
bertuah la badan” keluh Zaleha.
“Akak
ni da lama bekerja kat sini tak
pernah dapat pun bunga” sambungnya lagi.
“Ala
akak ni, bukan ke Nia dah bagi bunga hari hari. Kenapa pulak cakap tak pernah
dapat?” bulat mata Dannia memandang wajah Zaleha bersama kerutan di wajahnya.
‘dah
datang da penyakit lurus dia ni’ aduhai. Sabar jelah wahai hati.
“Bukan,
maksud akak dari lelaki la Cik Nia oi”. Keluhnya panjang. Aku lesing jugak
budak ni karang.
“Nanti
nanti adalah akak oi..Ala minta la kat laki akak. Apa yang susah. “ Sela Dannia
lagi dan membulatkan mata yang yang cantik. Nampak comel di mata Zaleha.
“Ok
la akak, sambung la kerja tu, nanti Encik Bad tu datang mengaum susah pulak” mendengar
ayat yang keluar dari mulut Nia, Amira dan Zaleha tergelak sakan sampai
terkeluar air mata. Dannia ni ada je
lawak pepagi buat nak dibuatnya.
Sudah
menjadi kebiasaan buat Dannia menerima sejambak bunga daripada lelaki lelaki di
pejabat, klien mahupun rakan sepejabatnya. Dia sudah lali dengan itu semua.
Pada mulanya memang agak segan, tapi lama kelamaan sudah biasa buatnya. Malah bunga
tersebut kadang kala menjadi makanan tong sampah. Semenjak Dannia bekerja di
bawah syarikat R & Iskandar Holding,
ramai pekerja lelaki mengusha
dirinya. Malah sesetengah pekerja perempuan iri hati padanya. Bukan dia tidak
tahu akan hal itu, malah pening kepala memikirkan itu semua. Dengan nasihat Zaleha
dan Amira, dia mengambil keputusan untuk tidak menghiraukannya. ‘lantaklah, aku
tak kacau hidup korang pun’.
Ramai
juga pekerja yang senang hati malah menerima dirinya dengan baik. Mereka senang
dengan pertuturan sopan dan budi bicara dirinya. Malah gadis itu amat sempurna
di pandangan mata orang ramai dengan kecantikan semula jadi dan keayuannya amat
menyerlah. Tambahan pula perangai yang keanak anakan Dannia yang semula jadi
tanpa dibuat buat membuatkan sesiapa yang mendampingan dengannya berasa selesa.
Walaupun Dannia memegang jawatan yang agak tinggi di dalam syarikat tersebut,
keramahan dan sifat rendah diri gadis itu membuatkan ramai yang menghormati
dirinya. Malah tanpa segan silu dia berbual dengan mak cik cleaner syarikatnya untuk menghilangkan rasa bosannya seharian di
pejabat.
“Kak
Leha, jom la lunch da pukul berapa ni?”
kepala Dannia tersembul di celah pintu biliknya.
“Nia
ni terkejut akak tau” pen yang berada di tangan Kak Leha tercampak ke bawah.
“Kalau
la hari hari macam ni da lama jalan Kak Leha ni tahu.” Zaleha mencerlung tajam
ke arah Nia.
“Eeeiii
takutnya” sambil menjelir lidah.
“Kak
Leha, Mira mana. Tak nak lunch sekali
ker?” tak nampak pun mak cik ni. Biasanya dia la yang paling awal duk melangut
kat meja Zaleha.
“Dia
tunggu kita kat restoran katanya” ceh! Dah blah
rupanya. Patutlah tak nampak muka. Dah lapar sangat la tu agaknya.
Mereka
bergegas menuju ke lif untuk turun. Setelah menunggu beberapa minit, pintu lif
terbuka. Mereka masuk ke dalam perut lif yang agak pada dengan manusia yang
turut sama mahu mengenyangkan perut mereka, selalunya memenag beginilah, waktu
lunch memang sesak. Semput nafas Dannia duduk di dalam lif tersebut. Sesampai
di lobi, mereka terus berjalan tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Apa yang
penting perut perlu diisi. Siulan nakal beberapa pemuda yang lalu lalang langsung
tidak diendahkan oleh mereka berdua.
“Hah
tu pun Mira” mereka melangkah ke arah Mira yang sedang melambai kearahnya. Fuh!
Penatnya. Dannia dan Zaleha berlari anak menuju ke arah Amira yang sudah
menunggunya di meja. Dari jauh dia sudah nampak kelibat Amira yang tersenih
memanjang. Dannia melajukan lariannya apabila panas terik yang begitu membahang
dan agak menyakitkan kulitnya.
“Eh,
aku ada cerita hot ni” Amira
memulakan bicara sebelum sempat Dannia dan Zaleha melabuhkan punggung ke kerusi.
Memang kaki gosip la minah ni. Layann je la.
“Eh
kejap, bagi akak order dulu eh. Haus ni.” pintas Zaleha, laju sahaja mulutnya
menyampuk sebelum sempat Amira meneruskan percakapannya.
“Potong
stim la Kak Leha ni” Dannia hanya tersenyum lucu melihat wajat
cemberut Amira yang kembali merapatkan mulutnya, berhenti seketika menunggu
Zaleha yang membuat pesanan makanan mereka.
“Ok shoot” Dannia melambakkan tawa
terdengar ayat Zaleha apabila pesanan sudah diambil oleh pelayan tadi. Terpandangkan
renungan tajam dari Zaleha dan Amira, Dannia pantas mengangkat tangan dan
menutup mulutnya. Daripada kena ketuk kepala dengan si Mira ni baik dia diam.
“Bulan
depan anak Dato’ Iskandar dah start
masuk. That’s mean kita dapat CEO
baru la. ” Hek eleh kecoh la Mira ni, aku ingat apa lah yang kecoh sangat.
”Mana
kau tahu ni Mira?” Zaleha sudah terlopong. Seingatnya Dato’ Iskandar memnag
mempunyai anak lelaki yang boleh dikatakan sangat hot. Malah lelaki itu beberapa kali juga turun ke Kuala Lumpur
beberapa tahun yang lepas sebelum Dannia bekerja di syarikat itu.
“Adalah
dari sumber tertentu.” Amira tersengih sengih.
‘Dato’
Iskandar’ tak mungkin papa. Ramai lagi yang bernama Iskandar, malah ramai juga
berpangkat Dato’ yang mempunyai nama yang sama. Dannia cuba menyedapkan hatinya
yang mulai bercelaru. Selama menjadi menantu Dato’ Iskandar mertuanya itu,
tidak pernah sekali pun dia mengambil tahu tentang hal syarikat papanya tu.
Malah nama syarikat papanya pun tidak pernah diketahuinya. Biarlah, nanti kalau
dia bertanya bimbang jika Harith mengatakannya yang bukan-bukan. Serik mahu
dituduh cuba mahu mengikis harta keluarga lelaki itu.
“Lagi
satu, minggu ni anak Encik Badrul pun akan masuk menggantikan Encik Badrul. Wah
bestnya dua lelaki idaman Malaya dah nak masuk. Lepas ni makin ramai la anak
dara kat situ menempel dan bergaya sakan.” Luah Amira lagi dengan penuh teruja.
“Hoi”
tersedak sedak Dannia apabila disergah sebegitu rupa apabila mulutnya sedang
leka menyedut air. Nasib sahaja dia air yang disedutnya baru ingin memasuki
mulutnya, tidak sempat memasuki kerongkong. Dan paling bernasib baik apabila
air yang disedutnya tidak tersembur keluar.
“Apahal kau ni. Nak bagi aku mati ke apa?”
Marah Dannia garang. Merah mukanya menahan pedih di tekaknya. Perit tekaknya
akibat batuk yang menjadu-jadi.
”Sorry..sorry. Kau lah, dari tadi aku duk
cerita kau buat bodoh jer, tak ada perasaan langsung, kau selamba badak jer termenung
dan sempat pulak duk kunyah makanan. Macam tak makan seminggu pulak” Zaleha
mengurut belakang Dannia. Kesian melihat Dannia yang batuk teruk akibat
tersedak.
“Aku
lapar la. Ada masalah ke?” tanya Dannia selamba.
“Ei
geram betul aku. Tak ada perasaan teruja langsung la kau ni. Memang hati kayu
la.” Dannia langsung tidak ambil hati dengan kata kata Amira. Sudah terbiasa
dengan mulut celupar gadis itu setelah beberapa bulan mengenali Amira.
“Dah
tu kau nak suruh aku buat apa? Terpekik melolong ke?” Dannia bertanya geram.
“Dah
la tu Mira, Nia. Jom la kita makan. Dah nak habis waktu lunch ni.” Zaleha pantas menyampuk. Dannia kembali menyuap nasi ke
dalam mulutnya. Kalau bertekak dengan Mira ni sampai besok pun takkan habis
punya..
Dannia
merebahkan badannya di atas tilam. Huh leganya dapat berehat. Bolehlah
meregangkan otototot yang bekerja keras ni. Hari ini dia pulang lewat lagi.
Kerja yang menimbun di atas mejanya cuba disiapkan seadanya. Malas mahu dibawa
pulang. Nanti pasti ada barang yang tertinggal apabila mahu menyiapkan kerja.
Dannia
terkebil-kebil memandang siling. Cuba mengingati butir bicara Amira petang tadi
yang masih terngiang ngiang di telinganya. Siapa Dato’ Iskandar yang
diceritakan oleh gadis itu. Adakah orang yang sama? Adakah kini dia sedang
bekerja di bawah anak syarikat mertuanya. Hatinya berlagu bimbang jika itu
hakikat yang sebenar-benarnya.
Mengenangkan dirinya belum lagi solat isyak,
terus dicapai tuala ke bilik air, membersihkan diri dan mengambil wuduk.
Begitulah kehidupan hariannya yang diisi. Sengaja dia menyibukkan diri untuk
melakukan kerja supaya dirinya tidak mengingati kisah lalunya.
“Nia, kau tengok tv ke atau tv yang
tengok kau ni?” bantal yang berada di ribanya pantas dibaling. Bingo. Tepat
mengena muka Hanna. Mengekek Dannia ketawa. Padan muka, kacau lagi.
“Main
kasar nampak” dicapai bantal semula dan lontarannya macam biasa, tidak mengenai
wajahnya. Hanna mendengus geram.
“Kau ada masalah ke? Semenjak dua
menjak ni aku tengok kau asyik termenung je. Teringat kat family kau eh?” Hana menyerkap jarang. Manalah tahu jika jeratnya
mengena.
“Sampai
bila kau nak macam ni Nia. Eh, kau tak rindu keluarga kau ke?” senyap lagi.
“Hai
dinding, bercakap la, jangan la senyap sunyi aje.” Hanna cuba memancing suara
Dannia.
“Kau
jangan nak perli aku pulak Hanna. Kau nak kena lempang eh?” Hanna mencebik.
“Cantik
sangat la tu buat macam tu”
“Hek eleh, da memang aku cantik
la.”perasan betul minah ni. Angkat bangkul sendiri la pulak.
“Yelah
tu. Perasan betul kau ni. Bila la kau nak berhenti memuji diri sendiri ni?”
menyampah pulak tengok si Hanna ni. Macam macam ragam. Layan jelah dapat housemate macam ni. Daripada duduk
teringat benda benda yang boleh mengguris perasaannya lebih baik layan si Hanna
ni bersembang.
Hanna yang perasan melihat wajah
sahabat yang dianggap adiknya itu cuba bercerita kisah harian mereka. Hatinya
turut sakit mengenangkan nasib yang menimpa Dannia. Tidak habis habis dirinya
ditimpa musibah. Bukannya dia tidak tahu kisah suka duka gadis itu. Boleh
dikatakan semua rahsia kisah hidup suka duka Dannia disimpan rapi olehnya.
Takkan dibiarkan sesekali orang lain menyakiti perasaan temannya yang satu itu.
Sesekali Dannia akan dibawa ke kampung halaman. Keluarga Hanna sudah menganggap
Dannia sebahagian daripada mereka. Setiap tahun Dannia akan dibawa pulang ke
rumah keluarganya di kampung. Malah ahli keluarga Hanna amat rapat dengan
Dannia terutama abangnya yang tengah. Jarak umur mereka yang berbeza tiga tahun
bukanlah ukuran untuk terus rapat. Malah keluarga Hanna amat senang dengan
kehadiran Dannia.
“Hujung bulan kita balik kampung aku
eh?”
“Kenapa nak balik kampung? Ada
kenduri ke?” soal Dannia setelah lama mendiamkan diri.
“Kau ni lupa ke, kan ke sekarang ni
musim buah. Lagi satu abang Man nak kahwin kan?” Dannia menepuk dahi. Lupa da.
“Aku
lupa la. Nasib baik kau ingatkan, kalau tak mengajuk la abang Man. Jenuh aku
nak pujuk pulak.” Hanna menggeleng kepala. Teringatkan abangnya yang sulung itu
yang pernah mogok dengan Dannia kerana tidak dapat pulang dimajlis
pertunangannya. Bukan kerana sengaja, tapi dia menghadiri kursus di Melaka.
“Lagi
dua minggu kan” Dannia mengira tarikh yang semakin hampir.
“Aku
nak beli apa ek kat Abang Man dengan Kak Tika tu” tangannya meletakkan di atas
mulut sambil mengetuk perlahan. Mulutnya dimuncungkan.
“Kau ada idea ke Hanna?”
“Hah, er aku tengah pikir la ni. Nak
bagi apa eh?” setelah beberapa lama mereka berfikir. Ting!
“Apa
kata kita bagi tiket honeymoon nak?”
bulat mata Hana memandang Dannia.
“Kau ni biar betul. Banyak tu kos
nak guna. Kebulur aku macam ni” Tak boleh.
“Kau ni, bukan kau sorang la. Kita share la, amacam.” Dannia tak mahu
mengalah.
“Tak
de idea lain ke?”. Hana cuba mencari idea lain.
“Nope”. Jawabnya Nia pantas.
“Ala
sekurang kurangnya dorang tu ada la kenangan, bila dorang teringat honeymoon, mestila teringat kat kita.”
“Eh apesal pulak?” Hanna cuba
mencari jawapan.
“Kau ni apesal lembab sangat malam
ni. Selalunya cepat jer pikat. Kau makan semut ke?” Dannia melambakkan tawanya.
“Kau
ni kan, buat aku sakit hati la pulak.” Hanna menjeling sekilas. Huh.
“Ala nak touching plak” Dannia masih lagi dengan sisa ketawanya. Kelakar
betul muka Hanna dirasakan waktu itu. Masam mencuka. Setelah ditambah ditolak
didarab dan dibahagi. Kata sepakat telah diambil untuk membeli 2 tiket
percutian ke Langkawi untuk Abang Man dan Kak Tika.
“Hah besok kita pi picnic nak? Dah lama tak lepak ni. Ko
ajak la Mira tu. Aku ni dah lama tak sembang ngan Mira kepoh tu. Layan gossip
best jugak ni.” Sengihan nakal diukir. Hanna ni memang la, suka sangat layan gossip tu. Duk sembang 4 hari 4 malam
pun belum tentu habis lagi.
“Best jugak tu. Kau call la Mira
tanya dia. Set place and time.”
“Ok set” dia tersenyum apabila
membayangkan detik detik yang akan diluangkan pada hujung minggu. Wah
bahagianya...
No comments:
Post a Comment