Bab 26
Kereta
Mini Cooper milik Dannia mula memasuki perkarangan banglo putih yang mewah. Dannia
segera memarkirkan keretanya di garaj kereta disebelah kereta mewah milik papa
dan abangnya yang lain. Sebaik sahaja Dannia melangkah menghampiri pintu, Puan Sri Kamilia sudah berdiri tegak dan anggun
sambil tersenyum manis di muka pintu. Senyuman Dannia semakin melebar
melihatkan wanita yang dirinduinya.
“Assalamualaikum mama.” Dannia
berlari anak mendapatkan Puan Sri Kamilia yang berdiri di hadapan pintu masuk
lalu dipeluk erat. Tangan wanita itu dicium penuh sopan dan penuh rasa kasih.
Terlerai sudah pada mamanya yang tercinta.
“Waalaikumsalam sayang. Isya dari
mana ni?” Puan Sri Kamilia membalas pelukan Dannia dan mengucup sayang pipi
anak perempuan tunggalnya. Muka Dannia yang agak kemerah-merahan dek kerana
terkena cahaya matahari di pandang sayang.
“Dari rumah sewa la ma. Tadi pergi shopping barang dapur dengan Hanna. Ni,
Isya ada belikan buah dan sayur. Erm..Isya lapar la mama.” Dannia mengusap perutnya
dan menarik Puan Sri Kamilia beriringan dengannya. Sejak dari tadi dia
mengidamkam masakan mamanya. Rindu benar dengan masakan Puan Sri Kamilia. Tangannya
masih lagi menjinjit plastik yang berisi buahan dan sayuran yang dibelinya tadi.
Di ruang tamu, Dannia meliarkan matanya mencari penghuni yang lain. Mana
perginya semua orang ya? Desisnya perlahan.
“Papa dan abang mana?” Soalnya
apabila kelibat manusia yang turut menghuni di rumah itu langsung tidak
kelihatan. Ruang tamu begitu kosong. Selalunya Zafrey dan Ezmiel selalu berada
di ruang tamu, berbaring di sana dan meluangkan masa mereka dengan bermain
game. Hari ini pula entah ke mana semuanya menghilang.
“Papa keluar jumpa kawan. Abang
Ezmiel mana lagi kalau tak menempel dengan girlfriend
dia tu. Pening kepala mama ni, nakal tak bertempat. Ada saja anak gadis orang
yang dikeleknya. Abang Zrey outstation
kat London, malam ni baru sampai.” Mama dah mula membebel, Dannia tersenyum
melihat wajah mama yang mulutnya macam berteh jagung. Puan Sri Kamilia memang
begitu, selalu mengadu padanya jika hal Ezmiel dibabitkan.
“Biar la Abang Ez tu, nanti berubah
lah bila dah jumpa perempuan yang betul-betul dia sayang.” Dannia membela
Ezmiel. Mamanya kalau sudah membebel pasti panjang. Sampai malam tak habis gamaknya.
“Betullah tu cakap Isha. Macam la
mama tak faham anak handsome mama ni.”
tiba tiba muncul Ezmiel dibelakang Dannia yang tersengih macam kerang busuk,
namun masih kacak di pandangannya. Kepulangan Ezmiel langsung tidak disedari,
terlalu asyik mendengar Puan Sri Kamilia membebel sehingga bunyi kereta
langsung tidak singgah di telinganya.
“Abang Ez.” Dannia berteriak kecil,
lantas badan Ezmiel dipeluknya sebelum merangkul lengan Ezmiel.
“Isya rindu giler kat Abang Ez.” Ezmiel ketawa melihat keleteh Dannia. Tubuh
kecil Dannia dipeluk mesra. Bertuah memiliki Dannia kerana adiknya selalu
menyebelahi dirinya apabila berada di dalam kesusahan. Terutamanya masalah jika
berkenaan teman wanita, dia dan Dannia begitu serasi apabila soal temannya itu
dipersoalkan. Dannia yang selalu menyebelahinya menyebabkan dia begitu senang
untuk meminta pertolongan.
“Abang Ez pun sama. Kenapa dah lama
tak balik ni?” kini bahunya pula dipeluk. Tangan Ezmiel yang masih bebas
mengusap lembut kepala adik kesayangannya itu.
“Apa pulak, kan Isya dah balik ni.” Wajah segera dimasamkan. Bukan marah
sangat dengan Ezmiel, sengaja mahu mengusik lelaki itu. Hehe..
“Ala, Abang Ez tanya aje, tengok ni ma,
anak kesayangan mama ni dah muncung pulak.
Kalah muncung itik.” Senang hatinya melihat adik yang manja. Manja semula jadi,
bukan macam teman wanitanya yang lain, tergedik gedik macam itik tergesel gesel
macam kucing parsi minta dimanjai, manja yang sengaja dibuat buat. Kalau boleh,
biarlah bakal isterinya bersikap seperti Isya. Pasti mana mana jejaka yang
mendapat isteri seperti Isya bertuah. Hanya seorang sahaja lelaki yang bodoh
yang mengsia-siakan hidup adiknya.
“Malas la Isya nak layan Abang Ez
ni. Naik dulu ya mama. Kejap lagi Isya turun tolong mama sediakan makan malam
ok? Assalamualaikum” Dannia pantas berlalu menaiki biliknya yang berada di
tingkat tiga. Adoyai, jauhnya bilik aku. Tu lah, dulu beria ria sangat nak
bilik paling atas, dapat hirup suasana nyaman la, itulah inilah. Sekarang baru
padan muka.
Dannia memanjat tangga menuju ke
bilik ingin merebahkan diri di atas katil. Letihnya masih terasa. Bum!!
Badannya dihempas ke atas katil empuk. Ahh..nikmatnya terasa. Dia mengerdipkan
matanya beberapa kali. Rasa selesa sungguh dengan keadaan sekarang. Lama dia
termenung sebelum wajah lelaki itu muncul kembali di ruang matanya. Benarkah
lelaki yang ditemuinya adalah Harith? Lama dia cuba mengamati seraut wajah
Harith yang terlayar diingatannya. Lelaki itu kini nampak lebih matang. Lebih
berkarisma dan semakin hensem.
Ah, lelaki itu sememangnya dari dulu
lagi kelihatan kacak pada pandangan matanya. Sejak dahulu lagi...bunyi
dentingan jam di dinding luar biliknya pantas mengembalikannya ke alam realiti.
Dannia mengerling sekilas ke arah skrin i-phonenya. Alamak, asar belum lagi,
dah nak masuk pukul enam ni. Haila...matanya yang terpejam dibuka luas luas,
tuala di dalam almari dicapai sebelum menuju ke bilik air. Mandi terus lah, dah
melekit seluruh badan ni. Dah bau macam kambing gurun pula. Uwekk..
Lepas solat Maghrib, barulah Dannia
turun tunjukkan muka. Dia menuju ke dapur untuk menurut serta memasak. Boleh
belajar dengan Mak Jah dan Kak Siti. Masakan Mak Jah dan Kak Siti terror taw. Jangan main main.. asyik
dengan kerja kerja memotong sayur, Dannia masuk ke ruang dapur terhendap hendap
bagaikan seorang pencuri yang mahu menyamun mangsa. Dannia memberi isyarat
manakala jari telunjuk diletakkan di bibir kepada Kak Siti yang menyedari
kehadirannya di dapur. Makin lama semakin dekat, semakin hampir dan...
“Huargh”
Dannia membuat suara kasar persis seorang lelaki. Mak Jah yang terkejut
menjerit kuat, mulutnya melatah latah bahasa yang bukan bukan. Nak kata vietnam
bukan, filipina pun bukan, korea jauh sekali. Tangan pula usah dikata, macam
bersilat gayanya. Silat gayung kot. Dannia dan Kak Siti sudah terguling guling
ketawa, masing masing memegang perut. Senak perutnya macam nak terburai isi
perut melihat gaya lucu Mak Jah. Hahahaha lawak lawak..
“Isya! Terkejut Mak Jah tahu. Kalau
Mak Jah ada sakit jantung macam mana? Tak ke dah lama jalan?” setelah kembali
normal, barulah Mak Jah bersuara. Suaranya sengaja dikeraskan. Kus semangat
aku, hey budak ni memang la. Geram betul aku. Balik je mesti aku yang kena.
Sekali sekala apa salahnya kenakan Siti tu. Aigo! Hah, kan dah keluar ayat Korea,
dah terikut ikut dengan Isya pula.
“Isya tau Mak Jah tak ada penyakit
tu, sebab tu lah Isya berani.” Dannia duduk almari yang besar berdekatan dengan
Mak Jah. Badannya yang ringan memudahkan dirinya menyelit disitu. Kalau mamanya
nampak habislah. Ketawanya masih lagi belum berhenti, susah betul nak stop.
“Hah, selalu menjawab bila Mak Jah
bercakap. Isya..Isya..ni balik berapa hari?”
“Hari Isnin pagi Isya balik la.
Pergi kerja terus, nak duduk lama sikit. Isya faham Mak Jah dah rindukan Isya.”
Dannia mengekek ketawa apabila melihat Mak jah mencebikkan bibirnya.
“Perasan la kamu ni. Entah perangai
siapa yang diikutnya.” Mak Jah kembali menyiapkan kerja yang terbengkalai
akibat sergahan tadi. Tersenyum kecil Mak Jah terdengarkan kata kata Dannia.
Memang rindu pun. Hehehehe.. tau tau aja Isya ni. Dannia yang sudah dianggap
sebagai anaknya sendiri. Sayangnya pada Dannia makin hari makin bertambah. Satu
satunya puteri tunggal keluarga majikannya. Kehadiran Dannia menceriakan banglo
mewah dan kehidupan penghuni itu.
Mendengarkan ayat itu, Dannia
melompat turun lalu badan gempal Mak Jah dipeluknya dari belakang. Dagunya
diletakkan keatas bahu Mak Jah.
“Ye ke Mak Jah tak rindukan Isya
ni?” saja mahu memprovok sekali sekala.
“Tak pun. Entah siapa yang rindu dia.
Tak ada masa nak miss miss orang”.
Wah terspeaking pulak. Dannia
tergelak halus. Lucu betul.
“Tak apa la kalau dah tak ada orang
nak rindu Isya, nak balik la kalau macam ni.” Tangannya perlahan mahu
melepaskan pelukan itu. Tiba tiba...
“Aik awalnya mengalah? Biasa bukan
main lagi. Mak Jah gurau je lah. Nak touching
touching pulak. Mestilah mak Jah rindu dekat anak Mak Jah ni. Puas hati.”
Dannia tergelak lagi, itulah Mak Jah suka sangat speaking, bila dah keluar satu perkataan mesti diulang ulang. Contohnya
book book, sorry sorry... Dah macam
lagu Super Junior pulak.
Di sebalik dinding yang memisahkan
ruangan dapur dan ruangan makan, Puan Sri Kamilia dan Tan Sri Raziff mengintai
anak gadisnya yang nakal tak bertempat. Tak padan dengan isteri orang. Bersyukur
sangat pada Illahi kerana dipertemukan semula dengan puteri kandungnya. Mereka
melangkah menuju ke arah Dannia yang leka berborak dengan Mak Jah.
“Apa yang Isya sembang dengan Mak
Jah ni?” Suara Tan Sri Raziff menyebabkan Dannia menoleh ke belakang. Senyuman
dihadiahkan.
“Hai papa” Dannia pastas meleraikan
tangannya dari melingkari bahu Mak Jah, dia kini menuju ke arah Tan Sri Raziff
untuk bersalam.
“Assalamualaikum” Opps terkena
sudah. Dannia tersenyum sumbing.
“Waalaikumsalam Warahmatullahi
Wabarakatuh” panjang Dannia menjawab salam Tan Sri Raziff yang menyindirnya.
Tangan papanya disalam dan dikucup. Puan Sri Kamilia dan Mak Jah tergelak
gelak, Kak Siti pula terkemut kemut mulut mahu ketawa, sedaya upaya ditahan.
Takut la tu. Papa ni sengaja nak kenakan aku,tapi silap aku jugak sape suruh tak bagi salam. Haila...tapi
tak pe, ada ubi ada batas, ada hari, tunggulah Cik Isha yang cun melecun ni
balas. Jaga jaga...
“Isha buat apa kat sini? Kacau Mak
Jah ya. Piat jer telinga Isya ni lain kali Mak Jah, kalau dia kacau Mak Jah
buat kerja.” Dengan selamba, Tan Sri Raziff bertanya pada Isya dan sekaligus
menitipkan pesan pada pembantu rumahnya. Muka Dannia yang kelat tidak
dipandang, cover daripada ketawa.
“Apa pula kacau Mak Jah. Isha tolong
ni..” Meleret suara Dannia membela dirinya sendiri. Nak harapkan Kak Siti,
kirim salam jelah.
“Tolong apa Isya? Tolong tengok ya?”
Puan Sri kamilia mencelah tiba tiba.
“Hah, eer, yalah eh taklah. Isya
tolonglah.” Dannia mencari alasan, tangannya digaru garu kepala. Alasan apa ya?
“Dah dah jangan nak digaru kepala
tu. Ada kutu ka apa kat atas tu?” usik Puan Sri Kamilia nakal.
“Mama ni, mana ada. Kepala Isha ni
bersih, suci dan murni dari sebarang makhluk penghisap darah tu.” Rambutnya
yang sedikit serabai disisir dengan jari. Guna tangan pun boleh.
“Isya pergilah bersiap, Abang Ez nak
ajak kamu ambil Abang Zrey kat airport
kejap lagi.” Pesannya sambil menyusun pinggan mangkuk yang akan digunakan nanti
untuk makan malam mereka.
“Abang Ez mana? Tak nampak pun?”
soalnya apabila Puab Sri Kamilia usai berpesan.
“Ada kat bilik. Kejap lagi dia
turunlah.” Mendengarkan ayat itu, Dannia berlari menuju ke tingkat atas, bilik
yang dihuni untuk menyalin pakaian. Mereka yang berada di ruangan itu hanya
menggelengkan kepala apabila Dannia berlari anak tanpa menghiraukan pandangan
papa dan mamanya
Erm, t-shirt lengan tiga suku and jeans putih.
Ok la tu. Rambutnya yang cantik dibiarkan lepas bebas. Cekak purple dipakai
secocok dengan warna bajunya purple terang menyerlahkan kulit putihnya.
Dikenakan dengan sandal purple bertali. Oraite.. Cun melecun. Perasan kau
Dannia... Hehehehe. Lima belas minit, dia menuju ke arah kereta mewah milik
Abang Ez dan mereka bertolak menuju ke
KLIA walaupun masa ada lagi satu jam setengah. Katanya ada hal sekejap. Entah
apa-apa la Abang Ez ni, hatinya tiba tiba berasa kurang enak. Bulu romanya tiba
tiba meremang. Petanda apa ni?
Dannia meliarkan mata seakan akan
mencari kelibat seseorang. Mukanya sengaja dimasamkan tanda protes. Sakit hatinya
sesekali mengingatkan perangai Ezmiel. Dirinya dijadikan kambing hitam sekali
lagi untuk memutuskan perhubungan dengan teman wanita barunya. Sudah berapa
musuh yang mengelilinginya, tak terbilang, tak tenang hidupnya apabila teman
wanita Ezmiel menyerang secara tiba tiba. Dia pula tak mampu menolak permintaan
dan rayuan abangnya. Aduhai. Semput nafas aku kalau macam ni. Dalam setahun hampir 15 orang kot. Entah perangai siapa yang
diikutnya.
Teringat akan perbualan tadi,
hatinya semakin panas. Ezmiel di depannya tak habis habis membuat muka simpati.
Setiap kali mata bertembung dengan mata hitam pekat milik Ezmiel, dijelingnya
tajam. Patutlah seram semacam je tadi time
masuk dalam kereta, pasal ni rupanya. Memang seram pun, silap haribulan boleh
masuk wad gila melayan pertanyaan sinis dan amukan girlfriend Ezmiel.
“Abang Zrey sampai pukul berapa?” soalnya perlahan.
“Katanya pukul 11 malam.” Ezriel
memandang sekilas wajah Dannia. Hatinya masih resah mahu meminta pertolongan
Dannia. Bimbang Dannia marah dan merajuk. ‘Macam mana ni ek? Duduknya tak
tenang, asyik tidak selesa aje ditempatnya, macam kucing nak beranak. Cool
Ezriel, pasti boleh’.
“Awalnya. Sekarang kan baru pukul
lapan setengah. Kenapa nak bertolak awal sangat?” Dannia masih lagi tidak perasan
akan resah Ezmiel. Pertanyaan Dannia tidak dijawab.
“Abang Ez” Dannia menerjah kuat.
Hairan dia melihat Ezmiel. Termenung ke apa? Hish, sakit tengkuk aku menjerit.
“Apa?” Ezmiel yang ternyata terkejut
terjerit kuat mendengar lengkingan Dannia. Cair taik telinga aku. Pakai mike ke
budak ni?
“Apa, apa? Sepatutnya Isya yang tanya
Abang Ez. Sakit tekak Isya panggil abang. Ada masalah ke?”
“Hah, er abang nak mintak tolong Isya.
Hidup mati abang.” Ezmiel menggaru garu kepala.
“Hidup mati? Kali ni siapa pulak
Abang Ez. Abang ni memangkan? Suka main mainkan perasaan orang. Nanti kalau
terkena pada Abang Ez baru padan muka.” Aku dah agak dah, memang tak ada
masalah lain. Nak mengorat memang bagi kat dia ni. Nak clash bagi kat aku.
“Isya please tolong abang Ez. Budak ni payah la. Dah banyak kali abang Ez
bagitahu dia, dia buat buat bodoh je.” dia sudah tidak nampak jalan lain selain
meminta pertolongan Isya. Harapannya.
“Hai darling”
“Er hai Iera. Duduklah.” Ezmiel
menjemput perempuan seksi dihadapannya. Terbuntang mata Dannia melihat gadis
dihadapannya. Amboi seksanya.. dengan baju bertali halus yang singkat dan
pendek yang menampakkan perut. Skirt pendek paras peha menyerlahkan paha yang
putih. Rambutnya yang diperangkan. Beristighfar panjang melihat gadis itu. Mata
Dannia menjeling tajam melihat Ezmiel yang tersengih sengih. Apa punya taste la Abang Ezmiel ni. Macam orang
tak cukup pun ya. Ntah apa apa.
Macam familiar je muka dia ni. Sape
ek? Dannia sedaya upaya mengingati seraut wajah itu. Athirah!! Baru teringat
akan seseorang yang telah menjadi musuhnya secara rasmi. Tak mungkin. Takkanlah
girlfriend Abang Ez si Athirah. Tapi
bukan ke Abang Ez nak clash dengan
minah ni. Good, my chance. Bisik hati
jahatnya. Bila lagi nak balas dendam kat dia ni. Its show time..! hahahahha Dannia gelak jahat dalam hati. The show is begin..
“Bie,
siapa ni? Teman sekerja ke?” Dannia berpura pura bertanya. Dalam hatinya
tergelak jahat...
“Sayang, ni kenalkan kawan Bie. Athirah.” Tangan Ezriel mengenggam
tangan Dannia di atas meja. Wajah Athirah berubah melihat perlakuan mesra
kekasih hatinya. Bie? Sayang? Jadi
siapa dirinya pada Ezmiel?
“ Apa ni darling? Siapa perempuan ni?.” Bengang dengan dua manusia
dihadapannya.
“My
love. Future fiance and will be my wifey so soon. Isha” selamba muka
Ezmiel. Tangannya melingkari bahu Dannia.
“What!
Tunang? You jangan main main dengan I
Ez. You bergurau aje kan?” mukanya
cuak. Matanya menjeling melihat wajah gadis yang berjaya meraih sekeping hati
Ez. Wait!
“Dannia. Kau Dannia kan?” jeritnya
kuat. Mata mata yang memandang tidak dihiraukan. Seraut wajah yang selama ini
didendaminya tak mungkin dia lupakan.. Hatinya bertambah sakit hati dan
cemburunya makin bertambah, dendamnya makin membara. Dannia sekarang bertambah
cantik, kulitnya yang putih melepak. Kau memang bernasib baik Dannia. Dari dulu
hingga sekarang.
“Athirah?” Dannia berpura pura lagi.
Senyuman yang terukir di bibirnya sedaya upaya di tahan nak dikawal supaya
tidak nampak canggung. Hatinya ketawa lucu melihatkan mula Athirah yang sudah
berkerut menahan marah.
“Ez, sampai hati you buat I macam ni. Apa kurangnya I
Ez? I sanggup buat apa sahaja untuk you. And
you, betina. Berani kau rampas boyfriend
aku.” Athirah sudah tidak dapat menahan kemarahannya, dia lantas bangun dan
menarik tangan Dannia bangun bersama lalu ditolak sekuat hatinya. Dannia yang
tak menjangka perlakuan Athirah sedikit terdorong ke belakang, namun sempat
ditahan oleh Ezmiel di sebelahnya. Fuh, selamat kalau tak free je cium lantai KFC ni. First
class kot. Athirah mara mendapatkan
Dannia, tangannya tinggi diangkat untuk menampar wajah cantik milik Dannia.
Belum sempat tangan itu singgah dipipi Dannia, seseorang telah menghalang.
“Iera. I dah lama bersabar dengan kerenah you. Dah berbuih mulut I ni
beritahu you perkara yang sama. I tak pernah cintakan you, Never.
We just friend. Kenapa susah sangat
nak faham ni?” bentak Ezmiel geram apabila melihat sewenang-wenangnya Athirah
menolak Dannia. Nasb baik dia sempat menghalang, kalau tidak pasti jenuh untuk
bersoal jawab dengan papa dan mamanya jika adiknya ini terluka.
“No,
I tak boleh terima bila you pilih
betina ni.” Jari telunjuk dihalakan tepat pada wajah Dannia.
“Dah la Bie, Isya nak balik. Bincanglah elok-elok. Bye” Dannia melangkah meninggalkan Ezriel dan Athirah.
“Mulai hari ni, I tak nak jumpa you lagi.
And one more thing, no more call and
message. I hope you will find someone else who is better than me. Goodbye.” Hatinya
tenang. Tiada lagi gangguan selepas ini. Dia ingin retired dari dunia kasanova. Itu nekadnya. Ezmiel berlari anak
mengejar Dannia yang semakin menjauh darinya.
Di
suatu sudut, sekeping hati membara
menahan api cemburu melihat adegan yang menarik ramai perhatian pengunjung di
situ. Disabarkan hatinya. Dia tidak mahu bersikap terburu buru..
‘You
will deserved that Dannia, tak apa hari ni hari kau, tengoklah nanti
bagaimana aku dapat jatuhkan kau. Wait
and see’ Athirah memerhati mereka dari jauh sehingga hilang dari pandangan
matanya dengan penuh api dendam.
“Abang Zrey” Dannia menjerit nama
abang sulungnya apabila melihat Zafrey melambaikan tangan ke arah mereka berdua.
Langkahnya laju menuju ke arah Dannia dan Ezmiel yang berada tidak jauh.
Gembira betul melihat adik perempuannya. Rindunya pada wajah yang satu itu,
langkahnya semakin lama semakin hampir, semakin dekat, semakin rapat lantas
tanpa pamitan tubuh Dannia melekat ditubuh sasanya. Rindunya pada Dannia sudah
lama ditanggung. Sudah berbulan dia tidak melihat wajah itu. Rindunya menggebu
pada gadis kecil itu.
“Hai sayang. Miss you so much. Isya sihat?” Zafrey memandang Dannia, sedikit pun
tidak mempedulikan Ezmiel yang berada di tepinya.
“Ha’ah, sihat. Wah.. makin bertambah
hensem la Abng Zrey ni..” ujar Dannia ingin mengusik Zafrey. Dannia ketawa
kecil apabia Zafrey menaikkan keningnya yang sudah sedia lebat.
“Amboi kau. Aku ni langsung kau tak
pandang. Ingat sikit aku pun jemput kau jugak.”
Ezmiel mencerlungkan matanya, malah dia segera menyelit di tengah antara Dania
dan Zafrey.
“Eh, kau pun datang rupanya. Baru
perasan. Kalau kau tak bunyi mulut tadi, memang aku dah lupa kat kau”. Zafrey
dengan selamba membalas usikan Ezmiel. Dannia pula sekadar melihat kedua dua
abangnya bergurau. Memang senang hatinya melihat keakraban pada kedua dua wajah
yang selalu ceria. Macam kembar padahal umur mereka berbeza tiga tahun.
“Dah la cik abang berdua, tengok jam
sekarang dah pukul berapa ni? Hampir tengah malam tahu tak. Nanti papa dan mama
bising pula. Jom” Dannia menarik kedua dua tangan lelaki. Tangan kirinya
memegang tangan Ezmiel, manakala sebelah lagi memegang tangan Zafrey. Tarikan
Dannia langsung tidak menganjak dari posisi asal. Dia memandang muka lelaki di
depannya yang sudah menahan senyum. Nak sakat aku lah tu, dua orang ni kalau
jumpa mesti otak tak betul. Ada je yang nak dibuat dalam kepala otak diorang
ni.
“Dah jangan nak mengada ngada. Isya
malas nak layan lawak korang ni. Isya dah ngantuk la. Jomlah. Kita sambung esok
je ok?” Dannia melangkah laju ke depan mahu melarikan diri daripada usikan
mereka berdua. Takut gurauan yang bakal dikenakan ke atasnya, dua lelaki itu,
kalau mengenakan orang pasti akan menyebabkan dia hampir menangis. Tapi belum
menangis lagi tahu...
Melihatkan
Dannia yang semakin jauh, Zafrey berlari anak mengejar langkah Dannia. Ezmiel yang
juga melakukan perkara yang sama setelah jauh ditinggalkan dibelakang. Zafrey
merangkul bahu adik kesayangannya mesra, sebelah lagi memegang beg yang
dibawanya. Mereka berjalan sambil berbual mesra langsung tidak dihiraukan
Ezmiel yang jauh dibelakangnya. Pasti abangnya yang satu itu akan masam mencuka
serta mulutnya memuncung dan merajuk. Pasti. Biar, rasakan. Hehehehhe...
Kemesraan
itu jelas terpamer, tanpa mempedulikan orang ramai, seakan akan sudah lupa
orang sekeliling. Tanpa disedari, sekali lagi seseorang yang berada tidak jauh
dari situ memandang dengan hati yang panas membara, walaupun disebelahnya
berdiri seorang gadis yang cantik.
Dalam satu hari, sudah tiga kali
bertemu Dannia walaupun tidak bersemuka dengannya secara face to face. Sekurang kurangnya dia sudah tahu Dannia berada ibu
kota, dia sangat pasti Dannia bekerja di sekitar Kuala Lumpur. Hanya suatu yang
dikhuatirinya sekarang, lelaki yang ditemui di KFC. Siapa dia? Kenapa dia
mengaku Dannia bakal tunang dan isterinya? Sangat yakin dengan kata kata itu.
Sudah lupakah Dannia akan statusnya yang masih beristeri orang? Dannia langsung
tidak perasan akan kehadirannya di situ. Harith melihat sahaja adegan yang
berlaku di hadapannya. Walaupun hatinya berasa sakit, cuba dikawalnya seboleh
yang mungkin, tidak mahu Julia perasan.
Dia
sengaja mengekori Dannia. Namun dirinya sekali terkejut apabila dia mahu masuk
ke balai berlepas, sekali lagi melihat Dannia bersama dengan lelaki yang pernah
bersama dengan gadis itu tiga tahun yang lepas. Mana mungkin dia lupa pada anak
lelaki berkorporat. Dah jadi playgirl
ke dia ni? Hatinya tidak tenteram dengan perubahan Dannia. Sakit otaknya
memikirkan hal Dannia.
Siapak
lelaki itu di sampingnya di KFC? Mereka kelihatan rapat, kekasihnya kah? Nak
dikatakan abang, dia mengenali abang-abang Dannia. Tak mungkin abangnya, dia
masih belum hilang ingatan, masakan dia tidak mengenali abang-abang iparnya
sendiri. Sakit matanya melihat bahu Dannia yang dirangkul erat oleh lelaki itu.
Hatinya bertambah sakit saat dahi Dannia dikucup oleh lelaki itu. Naik juling
matanya melihat adegan itu. Terasa tergugat dirinya melihat penampilan lelaki
kacak di sisi Dannia. Cukup bergaya persis seorang model.
Mahu
sahaja dia meluru untuk mendapatkan Dannia. Namun dirasakan tak mungkin
untuknya. Tidak sepatutnya dia menunjukkan mukanya pada Dannia. Tapi yang pasti
dia pasti akan bersua muka dengan isteri kesayangannya. ‘tak lama lagi’ desis
hati kecilnya. Biarkan semuanya tenang dahulu, dia akan bertindak perlahan
lahan.
No comments:
Post a Comment