Saturday, July 7, 2012

BAB 29 [KASIHKU YANG SATU]

Bab 29


                “Assalamualaikum semua.” Suara itu mengejutkan staf yang tengah leka berborak. Mana tidaknya lunch mereka belum habis lagi. Lagi 15 minit sebelum masuk waktu pejabat. Kedatangan Encik Badrul pada petang itu membuatkan staf pejabatnya terpinga-pinga. Setelah dua minggu Encik Badrul meletak jawatan dan di ganti Iqbal, petang itu lelaki itu kembali menunjukkan muka dan paling menarik perhatian mereka semua ialah dengan kehadiran seorang pemuda yang kacak berpakaian kemas. Dengan penampilan segak bergaya dan bercermin mata hitam itu sungguh menarik perhatian. Ketinggian dan badan persis seorang model. Berkulit cerah, berkening lebat, berhidung mancung, bibirnya yang merah tanda tidak merokok dan berkumis nipis. Cukup tampan. Membolehkan hati si gadis cair apabila memandangnya. Malah dari kejauhan, para gadis mula berbunyi sok sek, berbisik antara satu sama lain. Mungkin tertanya tanya akan gerangan lelaki yang mampu menggoyah perasaan ramai gadis.
            “Iqbal mana?” Tanya Encik Badrul menyapa salah seorang stafnya yang masih lagi ralit memerhati Harith setelah bayangan yang dicari belum ditemui. Dia melihat sekilas pergelangan tangannya untuk melihat jam. Ermm...masih awal lagi.
            “Belum masuk Encik Badrul.” Salah seorang staf yang berdiri berhampiran dengannya menjawab, malah tersipu malu apabila Harith memberikan senyuman padanya.
            “Erm, masuk bilik Pak Ngah dulu la Harith. Kita tunggu dulu, lagipun sekarang waktu lunch. Kejap lagi balik lah si Iqbal tu” seraya mengamit Harith masuk ke biliknya.
“Mana bilik saya Pak Ngah?” Belum sempat Encik Badrul berlalu Harith bertanyakan bilik yang bakal di huni. Ingin melawat bakal biliknya dahulu sebelum bertandang ke bilik Pak Ngahnya itu.
            “Sebelah bilik Iqbal tu. Bilik yang ada tanda CEO tu. Kalau kamu nak masuk bilik pergi la,nanti bila Iqbal dah balik Pak Ngah panggil lain.” Pesannya sebelum berlalu untuk meronda department yang lain. Manalah tahu jika ada masalah, bolehlah dia membantu apa yang patut. Mahu harapkan Iqbal, anak lelakinya itu pun masih baru.
            “Saya masuk bilik saya lah ya Pak Ngah.. Assalamualaikum.” Setelah salamnya berjawab, barulah dia melangkah ke biliknya sendiri. Sepanjang langkah, dia melilau juga mencari kelibat seseorang yang membuatkan dia berpindah ke sini.
            Harith memulas tombol pintu biliknya. Bilik yang tersergam indah berdekatan dengan tingkap memudahkannya melihat pemandangan di luar. Pejabat yang baru dihuni olehnya beberapa minit amat cantik dan mewah. Set sofa berwarna maroon di sebelah kiri buatan Itali beserta meja kaca. Bongsai sebagai hiasan bilik. Di suatu sudut tersedia rak majalah dunia perniagaan. Sebelah kanannya pula terdapat beberapa almari buku yang memuatkan buku bersaiz tebal dan juga terdapat beberapa koleksi kereta dan bangunan di dalam balang kaca. Cukup mewah. Haruman yang digunakan pula amat menyamankan minda dan dirinya. pandai betul papa upah designer bersesuaian dengan cita rasanya.
            Harith melabuhkan punggung di kerusi empuk miliknya. Kerusi itu dipusing ke kiri dan ke kanan. Sementara menunggu, dia mencapai beberapa dokumen untuk dibaca. Sekadar untuk memahami sebelum dirinya dibebankan dengan kerja kerja yang bakal dipikul sebagai tanggungjawabnya sebagai CEO. Sebelum ini, pejabatnya terletak di Penang. Memandangkan rumah keluarganya berada di sana. Walaupun mempunyai mempunyai penthousenya sendiri. Pada hujung minggu dia akan pulang ke rumah keluarga. Menghabiskan masa di sana. Tiada lagi sikap liarnya. Kalau terasa terlalu bosan barulah dia keluar, itupun sekadar melepak bersama rakan yang lain. Tiada lagi istilah disko atau club malam dalam hidupnya.
Pertemuannya dengan Dannia, membuatkan dia tekad untuk berada lebih dekat dengan gadis itu lalu mengambil keputusan untuk berpindah ke Kuala  Lumpur. Apatah lagi apabila mengetahui di mana gadis itu sedang bekerja di syarikat milik keluarga mereka. Gembira bukan kepalang hatinya. Papanya pula pelik apabila diusulkan hasratnya untuk mengambil alih syarikat yang berada di Kuala Lumpur. Apabila di tanya, Harith hanya sekadar  menjawab untuk bertukar angin. Masih teringat akan perbualan papa dan mama dengannya seminggu lepas.
“Rith ingat nak pindah KL la pa.” Suara Harith memecah keheningan ruang tamu ketika Dato’ Iskandar sedang berehat bersama Datin Rosmaria landskap buatan itu.
“Kenapa tiba-tiba?” Datin Rosmaria memandang anak terunanya. Inginkan jawapan. Pelik, tiba tiba mahu berpindah ke Kuala Lumpur. Bukankah selama ini, dia begitu pantang mahu ke sana. Jika ada urusan selalu sahaja memberi alasan untuk menolak.
“Cuba beritahu kenapa Rith nak pindah ke sana?” Sampuk Dato’ Iskandar. Pelik betul dengan Harith sejak pulang dari Kuala Lumpur bertemu client seminggu yang lepas. Asyik termenung, kadang kadang tengah meeting pun anaknya boleh berangan. Apa masalahnya dia sendiri tidak tahu. Apabila di tanya cepat sahaja anak sulungnya mengubah topik perbualan. Seperti ada sesuatu yang cuba disembunyikan darinya.
Just nak tukar angin la pa. Lagipun papa ada nak uruskan company kat sini. Biarlah Rith yang transfer sana ya.” Pujuk Harith lagi. Rasanya tidak perlu untuk memberitahu apa yang berada di fikirannya yang sebenar. Buat sementara ini biarlah dia yang menyelesaikan masalah ini.
But why so suddenly? Do you have any problem here?” Dato’ Iskandar masih tidak berpuas hati dengan jawapan anaknya. Takkanlah Harith mahu berpindah ke sana kerana rimas dengan Julia.
Nothing.” Harith menjawab malas. Sedikit sebanyak soalan yang tertubi-tubi membuatkan dia bosan.
“Julia right?” Duga Dato’ Iskandar lagi. Bukannya dia tidak tahu anak saudaranya itu selalu menghimpit Harith. Ke mana sahaja Harith pergi pasti dia akan mengikutinya. Walaupun sudah tahu Harith sudah berkahwin, namun langsung tidak membuatkan gadis itu berputus asa. Malah anak saudaranya itu  dengan bersahaja mengutuk menantunya nan seorang.
I just told you, it’s nothing. Rith nak bertukar angin. Lagipun boleh Rith sama sama bekerjasama satu bumbung dengan Iqbal. Dengar kata dia dah kerja ganti papa dia kat company kita kat sana. Lagi satu, ramai client kita dari sana, Rith terpaksa berulang alik dari KL ke Penang. Jadi lebih baik Rith tukar kat sana.. senang nak jumpa client dan uruskan projek kita.” Yakin dan logik alasan yang keluar dari mulutnya. Lancar mulutnya bertutur memberikan alasan. Mengelak dari membangkitkan soal Julia. Malas mahu memikirkan sepupunya yang tidak faham bahasa.
Dato’ Iskandar terdiam. Berfikir sejenak sebelum memberi kata putus. Kalau dilihat dengan alasan itu, memang betul anaknya terpaksa berulang alik dari Penang ke Kuala Lumpur. Sebulan kadang kadang 5 kali. Kesian anaknya. Bukan dekat perjalanan itu. Lagi pula, clientnya ramai berada di sebelah Kuala Lumpur. Pekerjanya di sana tidak boleh memberi kata putus memandangkan syarikat client mahukan pertemuan dengan anaknya sendiri.
“Bila Rith mahu transfer ke sana?”
“Minggu depan. Secepat yang mungkin lah.”
“Kenapa cepat sangat Rith? Mana kamu nak tinggal kat sana nanti?” Datin Rosmaria yang tadi mendiamkan diri menyampuk tiba tiba.
“Lagi cepat lagi bagus, nanti taklah tertunggu tunggu client kat sana. Pasal mana Rith nak tinggal, mama dan papa jangan risau. Rith akan mintak tolong kawan Rith carikan apartment.” Lagipun Ijat juga tinggal dan bekerja di sana. Senang untuknya untuk meminta sahabat baiknya nanti. Jika tiada, bolehlah dia menumpang di rumah kawannya untuk sementara waktu sementara mendapatkan rumahnya sendiri.
“Baiklah kalau macam tu kata Rith. Nanti papa bagitahu Pak Ngah kamu.” Ujar dato’ Iskandar tanpa mengesyaki apa-apa lagi. Di tolak kemungkinan tentang anak saudaranya itu. Mungkin benar kata anak terunanya itu.
Kata putus dan persetujuan Dato’ Iskandar membuatkan dirinya amat gembira untuk berpindah ke Kuala Lumpur. Bukan itu sahaja, dia akan berada dekat dengan Dannia. Gadis yang di cintai sepenuh hati. Tidak di beritahu kepada keluarganya berita tentang pertemuannya dengan Dannia. Sengaja untuk membuat kejutan. Berita ini biarlah di rahsiakan dahulu sebelum Dannia betul betul kembali ke pangkuannya. Mesti keluarganya gembira apabila bertemu kembali dengan menantu mereka. Malah keluarga mertuanya juga masih belum diketahui kedudukannya. Biarlah satu persatu masalah ini diselesaikan. Kehidupan Harith selepas Dannia pergi betul betul menghuru harakan kehidupannya. Dirinya tidak sabar untuk bertentang mata dengan isterinya itu. Mengenangkan hal itu, membuatkan dirinya tersenyum lebar. Lambatnya masa berlalu. Dirasakan terlalu lama masa menunggu waktu pejabat berjalan seperti biasa. Terasa rindu mahu bertemu dengan gadis kesayangannya itu.
Lamunannya terbang melayang apabila pintu biliknya diketuk sebelum muka seseorang tersembul di muka pintu dengan sengihan yang lebar. Siapa lagi kalau bukan Iqbal. Kawan baik memerangkap sepupunya. Dengah langkah yang bersahaja Iqbal menuju ke arahnya sebelum Harith bangun dan pantas tubuh lelaki itu dipeluk erat bagaikan berkurun lama tidak berjumpa.
 “Wah, dah lama aku tak jenguk kau. Makin lama tak jumpa makin hensem kau ya. Amacam bro, kau sihat?” Dari tadi sepupunya itu memandang dari bawah ke atas melihat dirinya.
“Aku macam ni la. Bila kau balik Malaysia? Tahu-tahu dah masuk kerja ganti Pak Ngah.” Harith bertanya ala kadar.
“Dah 6 bulan aku balik. Tapi tak sempat nak jenguk kau kat Penang tu. Family kau sihat ke?”
“Haram kau ni nak tunjuk muka kat Penang. Family aku tu sihat la kot. Papa ngan mama aku sihat, cuma mama aku tu la da jarang nak beramah mesra ngan aku macam dulu tu. masih berkecil hati dengan hal tu. Papa aku dah ok sekarang ni dengan aku. Adik aku tu pula dah jarang balik rumah. Duduk kat rumah sewanya.” Harith menjuihkan bibirnya.
“Aku bukan tak nak balik rumah kau, tapi lately ni busy sikit. So.....Dah jumpa ke wife kau tu? Aku pun nak kenal juga macam mana rupa wife kau tu.” Iqbal tidak pernah mengenali wanita yang dikatakan isteri sepupunya. Ketidakhadiran pada majlis perkahwinan itu kerana dirinya berada di luar negara. Majlis yang diadakan secara mengejut itu tidak dapat dihadirinya kerana waktu itu dia sendiri sedang bertarung dengan peperiksaan semester.
“Hampir hampir” ringkas jawapannya.
“Biar betul. Wah! tak lama lagi bolehlah aku jumpa gadis yang telah buat sepupu aku yang bangang lagi playboy ni berubah 360 darjah. Kat mana dia sekarang ni?” Ujar Iqbal.
Harith menjeling tajam ke arah Iqbal. ‘Mulut longkang betul la mamat ni. Suka suki kata aku ni bangang lagi playboy’. Mencerlung dia melihat Iqbal yang selamba badak mengatanya.
“Takkan marah kot bro. Rileks la.” Harith tidak mempedulikan Iqbal. Memang tak dinafikan sikapnya dahulu amat menjengkelkan. Dia menggunakan kelebihan pada dirinya untuk memikat gadis gadis untuk dikelek ke hulur hilir. Sikapnya bertambah liar sejak balik dari luar negara. Puas dinasihati oleh papa dan mamanya. Namun nasihat itu tidak dipedulikan. Masanya sering dihabiskan di pub dan kelab malam. Saban malam dirinya balik dalam keadaan mabuk dan tidak terurus. Perangainya yang satu itu membuatkan papa dan mama tekad untuk menjodohkan dirinya dengan pilihan keluarga.
‘Dia ada syarikat ni, satu bumbung dengan kita’ kata kata itu hanya terluah dihatinya. “Tak la. Dia ada kat KL sekarang ni. Aku tengah berusaha la nak usha balik bini aku tu.” Biarlah dia rahsiakan dulu identiti Dannia pada Iqbal buat sementara waktu.
“Baguslah kalau macam tu. Lagi senang kerja kau nanti.”  
“Jom la aku kenalkan kau kat staf kita yang lain. Mereka dah tak sabar nak jumpa CEO yang handsome ni.” Ujar Iqbal mematikan lamunannya. Iqbal dapat rasakan kehadiran Harith di pejabat mereka mampu membuatkan gadis dan pekerja di company itu tertoleh toleh pada jejaka itu. Pasti ramai gadis yang jatuh hati dan gila bayang pada sepupunya. Harith mempunyai banyak kelebihan, berbanding dirinya yang hanya kekurangan harta dan kurang bersosial menyebabkan dirinya tidaklah begitu pandai bergaul terutamanya dengan perempuan. Jika nak dibandingkan dengan harta, Harith lebih kaya darinya dan sikapnya yang ramah dan pandai mengambil hati orang serta memikat itulah yang menjadikan diri sepupunya itu playboy di mata wanita.
“Banyak la kau punya handsome.” Harith ketawa kecil mendengar bicara sepupunya. Mereka melangkah keluar dari biliknya. Iqbal memperkenalkan Harith kepada semua staff yang berada di pejabat. Mata mata si gadis tidak lepas memandang Harith yang kacak bergaya. Tidak kurang juga pekerja perempuan yang sudah pun berkahwin, memandang Harith macam nak terkeluar biji mata. ‘Ingat  sikit kat laki korang oi’. Saat dirinya berada di hadapan bilik yang pintunya tertutup rapat, hatinya berdebar menanti reaksi wajah itu yang bakal dihadapinya.
“Dan ni bilik the most beautiful girl in the world. Jangan terpikat pula ya. Aku punya.” Iqbal sempat berpesan sambil membuat lawak sebelum mengetuk pintu bilik Dannia. Tetapi Iqbal, dia memaksudkan apa yang dikatakan sebentar tadi.
Tombol pintu dipulas sebaik mendengar arahan masuk. Di suatu sudut kelihatan seorang gadis yang begitu asyik menyiapkan kerjanya. Begitu tekun sehingga kepalanya begitu menunduk hampir sahaja mencecah fail yang di tiliknya. Dannia yang masih lagi ralit memerhati patah perkataan di dalam fail itu langsung tidak terganggu dengan kehadiran Iqbal. Sudah terbiasa dengan kedatangan Iqbal ke biliknya yang mahu menganggu atau bertanya khabar walaupun baru berjumpa. Sudah di simpan di memori kepalanya setiap perlakuan lelaki itu yang terlebih prihatin. Sama seperti dahulu dan langsung tidak berubah.
“Yes Iq, come in.” Lunak suara Dannia mempelawa Iqbal masuk, namun kepalanya masih menunduk menghadap kertas kerjanya. Tidak menyedari kehadiran tetamu lain ke biliknya.
“Hai Nia. Macam tahu tahu je I nak datang. Instinct ke apa?” ketawa Iqbal. Dannia hanya ketawa perlahan. Kepalanya tergeleng-geleng, tak habis habis Iqbal mahu mengusiknya. Bibirnya masih lagi tersenyum manis mendengar bicara nakal Iqbal.
“Amboi busynya. Ni I datang nak kenalkan you dengan our new CEO.” mendengarkan ayat Iqbal, Dannia pantas bangun dan kepala nya sedikit mendongak. Saat matanya menjamu sesusuk tubuh yang telah lama mahu di usir dalam hidupnya, dia menelan liur. Liurnya terlalu kesat seperti menelan pasir rasanya. Senyumannya terus mati. Dia terkaku di situ sambil pandangannya lama menilik tubuh lelaki yang kemas dan segak pemakaiannya. 
Sesak nafasnya dirasakan saat itu. ‘tak mungkin’ Berdengup kencang hatinya melihat sesusuk tubuh yang dikenalinya. Terasa mahu rebah disaat itu juga. Dikuatkan hatinya dan dirinya supaya tidak cepat melatah. Tangannya yang kian menggigil cepat-cepat di sembunyikan di belakang. Sedaya upaya di kawal reaksi mukanya supaya tidak ketara di penglihatan dua lelaki di hadapannya.
“Nia are you okay?” Iqbal memandang pelik wajah Dannia yang jelas berubah dengan kehadiran Harith.  
You all kenal each other ke? ” soalnya lagi. ‘sakit ke apa ni’ tadi bukan main senyum. Ni lain pula. Terkejut kot. Tapi takkanlah... Iqbal memandang mereka dengan rasa yang curiga.
I...I’m okay. Nope, I tak pernah kenal pun siapa dia sebelum ni.” Laju Dannia menjawab sedikit gugup. ‘Ya Allah’. Mukanya sedaya upaya dikawal supaya tidak dapat dikesan oleh Iqbal. Sungguh, dadanya bergetar hebat di saat ini, apatah lagi berdepan dengan dua manusia ini sekaligus.
“Daniel Harith” tangannya dihulurkan. Ujar lelaki itu dengan wajah yang tenang malah sempat menghadiahkannya senyuman manis. Senyuman yang tidak mampu untuk dia membalasnya. Huluran tangan lelaki itu dibiarkan lama sebelum tangan Dannia bertaut dengan tangan kasar milik Harith.
“Dannia” setelah itu cepat-cepat tangannya ditarik. Dapat dirasakan erat genggaman Harith mengenggam tangannya. Seolah olah memberi amaran padanya. Atau peringatan barangkali..Relaks Dannia. Cool..
“Well I harap you dapat biasakan diri dengan Encik Harith because kerja you banyak berurusan dengannya. I hope kita akan dapat bekerjasama di masa hadapan.” Ujar Iqbal ringkas. Dia pula mengambil tempat di hadapan Dannia dan melabuhkan duduknya di situ. Dipandang wajah Harith dan Dannia silih berganti. Aneh. Suasana di antara keduanya terasa dingin dan kaku. Lalu tanpa mahu berfikir lebih panjang, dia mengambil fail yang di hantar kepada gadis itu untuk di semak awal pagi untuk melihat dan meneliti semula. Mungkin masing-masing masih segan.
Hampir sepuluh minit meneliti fail yang di selak, suasana masih lagi sepi. Malah kedudukan Harith dan Dannia juga masih tidak berubah. Masih berdiri di tempat yang sama. Cuma mata antara mereka masih memandang antara satu sama lain, dan sesekali Dannia melarikan wajahnya dan berpaling ke arah lain. Sangat jelas akan situasi itu, Iqbal akhirnya mengalah. Terasa bosan dengan suasana itu sebenarnya.
“Okay Iq harap NIa dapat memberi tunjuk ajar and bekerjasama dengan Encik Harith. Nak harapkan Iq, baru lagi. Okay Nia?” tanya Iqbal. Langsung tidak menghiraukan situasi itu. Mahu bertanya di rasakan tidak mungkin. Biarlah, suatu hari nanti pasti akan terbongkar juga. Kita tunggu dan lihat.
“Okay” Jawabnya sepatah tanpa memandang wajah Harith. Dannia memberikan senyuman pada Iqbal, namun di dapat merasakan senyumannya agak canggung. Di dalam hatinya berharap agar Iqbal membawa Harith keluar dari  biliknya secepat mungkin. Dadanya sudah tidak tahan dengan rasa semput, susah bena mahu bernafas. Seakan faham dengan situasi itu, Iqbal mengajak Harith keluar dari situ.
“Jom Rith.” Iqbal mengajaknya keluar dari situ. Hajatnya mahu mengajak Harith berbual di biliknya. Masih banyak yang mahu di bualkan dengan sepupunya itu. Mahu selidik serba sedikit tentang kehidupan Harith. Manalah tahu jika dia dapat informasi tentang suasana yang berlaku sebentar tadi. Dannia yang mendengar ajakan itu sedikit hairan.
 ‘Aik selambanya Iqbal ni panggil Harith, diorang kenal satu sama lain ke? Kawan ke?’
“Kau keluar dulu. Aku nak stay sini jap. Ada benda nak discuss.” Iqbal memandang Harith, mukanya sedikit terpinga pinga. Discuss? Baru masuk hari ni dah nak discuss segala? Biar betul...tapi tentang apa?
“Amboi semangatnya kau. Biar betul kau ni? Nak discuss apa pulak?” dahinya berkerut seribu dengan tolakannya sebentar tadi. Hairan dengan tiba-tiba lelaki di hadapannya ini mahu berbincang, dah tu dengan Dannia pula. Hairan sungguh. Hajatnya mahu mengajak Harith ke biliknya untuk berborak sebelum lelaki itu mula bekerja tertunda. Kini hatinya melonjak ingin mengetahui apa yang mahu di bincangkan oleh Harith.
“Adalah, tak lama pun. Kau keluar dulu ok?” Pandangannya tidak di alihkan dari wajah Dannia. Masih merenung tajam seraut wajah ayu milik Dannia. Ah, lama sungguh dia tidak melihat wajah itu, hampir sebulan setelah pertemuan secara tidak sengaja antara mereka. dan hari ini sekali lagi mereka bertemu. Dengan situasi yang berbeza di mana gadis itu menjadi pekerja bawahannya. Kali ini pasti dia tidak akan terlepas. Desis hatinya.
Dannia sudah bimbang, resah hatinya apabila mendengar lelaki itu mahu berada di biliknya untuk berbincang. ‘Ya Allah kuatkan hatiku’
“Ok la kalau macam tu. Lepas ni singgah bilik aku jap eh.” Iqbal berjalan mendekati pintu. Kepalanya di garukan beberapa kali. Walaupun dia hampa dengan arahan Harith yang mahukan dia beredar dahulu dan sekaligus mematikan niatnya untuk terus berada di bilik itu.
“Nia, hati hati sikit ya, Encik Harith ni playboy tau. Jangan terpedaya dan terpikat. Ingat sikit..” Pesannya dan serentak ketawa yang dibuat buat sebelum melangkah keluar.
Yeah, of course I will” jawabnya bersama senyuman sinis. Harith tidak menghiraukan gurauan sepupunya. Malah sempat menjeling ke arah Iqbal yang mengenyitkan mata ke arah Dannia. Setelah yakin Iqbal keluar, Harith menutup pintu bilik itu sekali gus mengunci dari dalam dan kembali menghampiri Dannia yang masih kaku dan berdiri statik di tempatnya seakan bersedia mahu menyanyikan lagu Negaraku.
Berubah wajahnya apabila Harith menekan tombol pintu biliknya. Lelaki itu kembali melangkah menghampirinya. Setiap langkah Harith mengundang debar di hati. Sangkaannya selama ini dia cukup kuat dan yakin untuk berdepan dengan Harith. Namun ianya seperti tidak mudah yang di sangkakan. Benarlah kata orang, jangan terlalu yakin jika kita masih belum pasti dengan apa yang bakal mendatang. Kini semuanya terbentang di depan mata dan ini realiti yang terpaksa dia hadapinya sekarang.
 Suasana di dalam bilik Dannia sunyi. Masing masing diam membisu, Harith mahupun Dannia tidak mengalah. Dannia melabuhkan punggung di atas kerusi miliknya tanpa mempelawa Harith duduk. Membiarkan lelaki itu dengan renungannya. Dia hanya membutakan matanya dengan kehadiran lelaki itu. Tangannya membelek fail yang berada di depannya. Cuba fokus apa yang yang di baca. Berharap agar Harith akan memahami akan kesibukannya dan segera keluar dari bilik itu.
“Nia apa khabar?” akhirnya Harith bersuara, mengalah dengan kebisuan Dannia yang ternyata dingin bagaikan ais beku. Dari penglihatannya, Dannia sudah berubah, gaya, pertuturan yang matang, dan paling ketara wajahnya yang dingin apabila berhadapan dengannya. Kecantikan wajahnya yang semakin cantik dan ayu, bertambah menyerlah dengan mekap yang tipis. Untuk seketika dia terleka dengan keindahan di hadapan matanya. Terfikir bagaimana dia boleh buta menilai diri Dannia. Kecantikan dan keperibadian isterinya itu.
“Nia sihat?” soal Harith lagi. Dia tersenyum, Dannia ketara mahu mewujudkan suasana dingin antara mereka berdua.
Dannia malas mahu menjawab, pantas membelek kertas yang berada dihadapannya dengan  sedikit kasar. Pertanyaan lelaki itu dibiarkan sepi.
“Nia, abang tanya ni. Kenapa diam?” Harith masih tidak berputus asa bertanya khabar. Kepalanya ditongkatkan dengan tangan yang sengaja diletakkan di atas meja.
Dannia mencebik. Huh, sejak bila mamat ni membahasakan dirinya sebagai abang. Jangan harap aku nak panggil kau macam tu. ‘tak takut ke jatuh  standard bahasakan diri kau tu abang dengan perempuan kampung macam aku ni’ desisnya dengan wajah yang meluat. Dannia masih lagi membisu. Harith pantas merampas fail yang berada di tangan Dannia.
“Apa yang nak dibincangkan?” kepalanya didongak untuk memandang Harith. Pandangannya berlaga dengan anak mata hitam pekat milik Harith. Lama. Segera Dannia mengalihkan pandangannya apabila dirasakan hatinya berdetak kian kencang dan kalah dengan panahan mata itu.
“Nia sihat?” Harith masih menagih jawapan.
As you can see.” jawabnya selamba walaupun nada suaranya terasa bergetar namun masih mengekalkan kedinginannya.
Family Nia? Nia ke mana menghilang selama ni?” soalnya lagi. Begitu susah untuk mendengar suara Dannia. Seolah olah ada emas di dalam mulutnya.
That is my personal. Tak ada kena mengena dengan awak” Sibuk je nak tahu. Bukannya selama ni Harith peduli akan dirinya. Buat apa susah susah nak bagi report pada Harith. Buang masa aje. Lagipun Harith tidak layak untuk mengambil tahu hal peribadinya.
Harith tersenyum dengan jawapan Dannia. Masih marah, desis hatinya. Namun dia suka dengan penampilan baru isterinya. Nampak begitu yakin di tambah dengan satu sut persalinan yang agak sesuai dengan jawatan yang disandang.
That is my personal too. You’re my wife Nia. Hal yang berkaitan Nia akan jadi hal abang jugak. Jangan nak nafikan tentang itu” tungkas Harith pantas. Tiada kedengaran lagi bahasa ‘nama dan awak’ kini diganti dengan ‘saya dan awak’. Jelas jelas Dannia mahu membina tembok antara mereka. Membina satu tembok yang susah untuk menembusinya.
Do I know you, Encik Harith? Jangan nak perasan, Encik Harith. I takkan kongsi my personal dengan sesiapa pun including you.” Tajam renungannya menikam mata Harith. Sakit hatinya dengan pertanyaan Harith. Pedih hatinya mengenangkan status yang disandang di samping lelaki itu. Layakkah Harith mahu bertanyakan perihalnya setelah bertahun lama dia dibuang dari kehidupan lelaki itu dan tidak dihiraukan.
Berubah wajah Harith dengan soalan Dannia. Mungkinkah itu salah satu niat Dannia untuk membuatnya sakit hati. Kalau benar, ya hatinya terasa sakit dan sayu apabila isterinya sendiri seolah olah tidak mengenali dirinya. Disangka pertemuannya kali ini akan membuatkan angan-angannya menjadi realiti di mana Dannia akan menerimanya seperti dahulu. Nampaknya dia terpaksa akur, Dannia kini dan dulu sudah banyak bezanya. Dannia yang dulu sudah pasti akan berlembut hati untuk menerimanya kembali tanpa teragak-agak. tetapi jika sekarang.. Harith nampak kabur.
“Nia masih marahkan abang kan?” Harith sengaja ingin menduga Dannia dan menanti dengan sabar. Wajah Dannia yang dingin dan tiada perasaan dipandang. Mencari jika ada riak wajah yang terpamer. Hampa, tiada langsung.
“Dah la Encik Harith. Kalau tak ada apa apa lagi sila keluar dari bilik ini. I ada banyak lagi kerja nak buat.” Harith tidak mempedulikan arahan Dannia, malah mengambil tempat duduk bertentangan dengan gadis itu. Diamati wajah Dannia dari dekat. Diikutkan hatinya, mahu sahaja memeluk Dannia. Rindunya pada Dannia hanya Tuhan yang tahu.
Dannia yang bangun mengejut membuatkan Harith tersentak. Muka Dannia yang merah padam dipandangnya sebelum gadis itu melangkah laju menuju ke arah pintu. Belum sempat tangan Dannia mencecah tombol pintu, Harith menarik kuat lengan Dannia. Tarikan yang kuat menyebabkan mukanya tersembam di dada Harith. Lantas tangan Harith merangkul erat tubuh Dannia yang kecil itu.
“Apa ni?” Dannia meronta di dalam pelukan Harith. Terkaku dengan perlakuan Harith yang spontan dan tidak dijangka olehnya.
Tangan kasar Harith memaut keras pinggang Dannia, malah mengeratkan lagi pelukannya ke tubuh itu yang kian kuat meronta. Terasa lekuk tubuh Dannia yang hangat di badannya. Namun sekuat mana rontaan Dannia langsung tidak dapat melawan tubuh sasa dan tenaga lelaki Harith.
 “Lepaskan.....” jeritan kecil Nia terhenti apabila terasa kucupan di bibirnya. Terkejut bukan kepalang dengan perbuatan Harith yang berani. Bulat matanya memandang Harith. Dannia sedaya upaya melepaskan mulutnya dari pautan bibir Harith. Setelah beberapa minit bibirnya dilepaskan. Sesak nafas dirasakan. Namun pelukan dibadannya masih jitu bersatu dengan Harith.
“Abang rindukan sayang. I really miss you.” Harith berkata perlahan, tanpa sempat ditahan-tahan. Sebuah kucupan dihadiahkan di dahi Dannia. Sungguh dia rindu pada gadis yang kini berada di dakapannya. Semacam tak percaya angan-angannya kini menjadi realiti. Berada di pelukan Dannia walaupun gadis itu langsung tidak membalas pelukannya. Harith mengeratkan lagi pelukannya.
Dannia pula langsung tidak mempedulikan kata rindu yang diucapkan oleh Harith. Pelukan Harith sedaya upaya dileraikan.
I can’t breath. Lepaskan saya En....” sekali lagi bibirnya dipagut, kali ini terasa bibir Harith menekan lembut bibirnya. Namun kali ini Dannia tidak meronta lagi. Dirinya statik tidak bergerak. Terasa lemas dengan kucupan Harith. Sayu hatinya dengan perbuatan Harith. Sampai hati Harith melakukan perbuatan ini padanya. Tiba tiba sahaja Dannia menolak kuat tubuh Harith menyebabkan tautan bibir mereka terlerai. Harith yang tidak bersedia terdorong ke belakang. Dannia mengesat bibirnya dengan telapak tangan, teras jijik dengan perbuatan Harith, apatah lagi terbayang adegan Harith yang pernah berkucupan dengan Suzanne. Matanya berkaca kaca memandang Harith yang kaget. Sedaya upaya menahan air mata yang mula bertakung di tubing matanya. Lantas pintu bilik Dannia dihempas.
Dannia melangkah laju menuju ke tandas. Dia perlu mententeramkan hatinya yang gundah itu. Di dalam bilik, Harith meraup muka berkali kali. Menyesal dengan perbuatannya, sikapnya yang terburu buru menyebabkan Dannia terluka. Kemudian Harith perlahan meninggalkan bilik Dannia dan menuju ke biliknya. Hatinya turut gundah mengenangkan sikap Dannia yang dingin. Gadis itu awal-awal lagi telah membina benteng untuk menjauhinya, ‘Bagaimana harus ku pujuk Nia’.
Dibilik air, Nia teresak esak menahan tangisnya. Lama dia berteleku di dalam bilik air. Ingin keluar bimbang staf yang lain melihat wajahnya yang mendung dan matanya yang merah. Segera dia mencapai telefon bimbit yang berada di dalam poketnya dan menaip mesej untuk mengambil emergency leave. Kepada Iqbal mesej itu diberitahu, bimbang jika ada yang tercari cari.




No comments:

Post a Comment