Bab 25
3 tahun kemudian...
“Argh..Aduh”
Jeritan yang agak kuat agak memeranjatkan ramai pengunjung yang sedang leka memilih
pelbagai fesyen di butik berhadapan dengannya. Ada yang tertoleh toleh melihat
simpati dan ada juga yang memandang sinis terhadap sesusuk tubuh yang jatuh
terduduk dan sedang mengerang kesakitan.
Dannia
menjerit kecil, terkejut bercampur sakit di kaki dan tulang punggungnya yang
kuat terhempas ke lantai. Berkerut mukanya menahan sakit. Hatinya panas apabila
dilanggar dengan kuat. ‘mangkuk tingkat mana pulak yang langgar aku ni’ dengusnya
geram namun wajahnya langsung tidak memandang sekeliling mahupun mendongak
melihat empunya yang melanggarnya tadi. Fokusnya masih pada lututnya yang
terasa sengal. Digosok kuat lututnya itu sebelum beralih mengibas seluar.
Punggungnya juga terasa kebas dan sakit. Mungkin terlalu kuat dia terhentak,
apatah lagi dengan lantai yang sekeras ini.
‘Nasib
baik aku pakai seluar hari ni, kalu tak mesti dah tayang free show kat sini’. Ngomelnya lagi.
‘Adoyai, sakitnya bontot aku retak seribu la gamaknya. Sengal tulang punggung aku ni.
Anak siapa la yang langgar, aku punyalah sikit besar ni tak nampak. Buta apa.’ Dengan
mulut yang masih terkumat kamit membebel entah apa yang keluar. Sakit hati,
sakit bontot semuanya ada. Handphone
aku!! Dannia mengutip telefonnya yang sudah tersepai tidak jauh darinya. Cantek punya tercampak kat kaki makhluk
yang melanggarnya tadi. Dannia mengambil kasar i-phone berjenama apple yang
sudah berkecai di lantai. Sementara lelaki tadi mengambil barangan Dannia yang
tercampak agak jauh tempatnya berdiri.
“Sorry. Are you akay?” Sapa
satu suara yang agak garau di pendengarannya. Namun lelaki itu langsung tidak menghulurkan
tangan memberikan bantuan kepadanya. Apatah lagi, langsung tidak menolongnya
mengutip kembali telefonnya yang sudah tidak seperti telefon. Hanya mengambil
beg yang berisi baju. Isi beg sedikit terkeluar. ‘Nasib baik bukan baju kecik,
kalau tak huh, mahu malu setahun aku kat sini’ rungutnya lagi dengan muka tidak
berpuas hati.
“Errr... yeah i’m okay”
Suaranya dikawal sebaik mungkin, namun sakit hatinya hanya Tuhan yang tahu. Tanpa
memandang empunya suara yang menegurnya, terus dia merangkak dan mengambil beg barang
yang terlepas dari tangannya sebelum berdiri dan berpaling untuk beredar dari
situ. Langsung tidak dihiraukan lelaki yang masih berdiri di hadapannya itu. Bimbang
akan kemarahannya tempias, dia malas mahu berbicara. Dibiarkan kata maaf pemuda
berlalu begitu sahaja. Beberapa langkah dia menjauhi pemuda itu, terdengar
suara tadi memanggil namanya.
“Nia”
Langkah Dannia terhenti saat sahaja suara garau itu menyebut namanya. Suara
itu! Bagaimana dia boleh tidak perasankan suara itu. Suara yang mahu dipadamkan
dari kamus hidupnya.
Mungkinkah?
Dannia menggelengkan perlahan. Mungkin hanya perasaannya atau khayalannya
semata. Mustahil dia akan berada di sini. Mana mungkin lelaki itu berada di
sini, Kuala Lumpur. Lelaki itu jauh di Penang bekerja di sana. Tetapi yakah?
Malas mahu memikirkan kemungkinan itu, Dannia mula menghayunkan kembali langkah
kakinya meninggalkan pemuda tadi. Wajah lelaki itu langsung tidak dipandangnya.
Dannia cuba berfikiran positif menolak anasir yang bermain di fikirannya..
“Kaseh
Nur Dannia Danisha” Suara garau memnaggil lagi namanya. Kali ini nama penuhnya
dilaungkan menyebabkan langkahnya terhenti. Perlahan lahan Dannia berpaling ke arah
empunya suara tersebut. Hatinya berdebar tidak semena-mena membentuk huruf o.
Mulutnya sedikit ternganga. Ya Allah, aku tak bermimpikah?
Saat
terpandangkan wajah itu, Dannia merasakan seolah-olah mahu pitam,
berpusing-pusing alam sekeliling. Pucat wajahnya dapat dirasakan seperti sudah
tiada darah yang mengalir di seluruh wajahnya. Langkahnya kaku langsung tidak
dapat melangkah walaupun setapak seperti sudah digamkan dengan gam uhu. Lututnya
seakan lemah. Namun pandangannya masih lagi tidak beralih daripada memandang
wajah tersebut. Pemuda yang berdiri jauh beberapa langkah dengan memandangnya
dengan satu renungan yang cukup tajam. Barbagai perasaan
terbuku yang dirasakan di saat ini. Marah, geram, sakit hati, rindu semuanya
bercampur baur. Satu wajah yang tak dapat dilupakan selama ini. Di saat
wajahnya kian pudar dari ingatan, kini kembali melakar satu persatu.
Tanpa
menunggu masa, Dannia terus beredar dari situ dengan pantas, tak ingin melihat
wajah itu di saat ini. Dannia melangkah laju tanpa memandang kiri dan kanan.
Apa yang ada dalam kepalanya hanya satu, melarikan diri dan menjauhkan diri
daripada lelaki itu. Laungan lelaki itu langsung tidak pedulikannya. Harapannya
biarlah ianya sekadar bermimpi. Mimpi ngeri dalam hidupnya.
Di
suatu sudut, Dannia melepaskan keluhan yang berat dan termengah-mengah. Badannya
disandarkan pada tiang yang agak besar, terlindung daripada pandangan orang
lain. Tercungap cungap menahan nafas yang tidak teratur seakan membuat larian
400 meter acara padang. Setelah nafasnya
kembali teratur, dia duduk di bangku yang disediakan. Nasib baik orang agak ramai
ketika ini dan memudahkan dirinya untuk menyelit dan melarikan diri.
Sekali
lagi mukanya berkerut menahan sakit apabila punggungnya mencecah bangku. ‘Adui,
sakit bontot aku.’ Letih benar dirinya, sakit dibontotnya masih lagi terasa
ditambah pula larian marathon tadi. Malang betul nasibnya hari ini. Nafasnya
kembali teratur setelah penatnya sedikit hilang. Matanya meliarkan sekeliling,
manalah tahu jika lelaki itu mengejarnya, jenuh pula dia mahu melarikan diri.
Begitu berhati-hati dia melihat sekeliling cuba memastikan lelaki itu tidak
mengekorinya.
Hanya
sementara di dapat melepaskan penatnya sebelum tangannya laju menepuk dahi
apabila teringatkan seseorang. Hanna!
“Alamak
!! macam mana aku boleh lupa ni, adoi.. ni mesti mamat tu punya pasal ni. Kan dah terlupa si Hanna.” patutlah
terasa pelik, rupanya tertinggal si Hanna pulak kat kedai cenderahati tadi.
Hish, kalau aku masuk sekali tadi kan senang, tak payah nak dilanggar oleh
mamat tu and lari marathon. Pantas
tangannya mencapai handphone dan cuba dihidupkan kembali i-phone kesayangannya
dan mencari nombor milik Hanna.
- Hana, kau kat
mana ni?
-
Aku kat Watson ni. Kau kat mana? da nak gerak ke?’
-
Ha’a. Cepat la sikit! tengok jam dah pukul berapa
ni. Kau ni shopping satu kedai ker? Cepat sikit, kalu tak aku tinggal ko kat
sini.’
-
Hek eleh kecohla ko ni minah, tunggu la sat. Aku tengah
pilih barang ni. Apehal lak nak cepat2 ni?
-
Aku nak pi Mid Valley sat. Jom la pi jalan kat
sana plak.
-
Eh, tadi kata tak nak pi sana. Kau ni betul ke x?
Hilang ingatan ke?
‘Cis, berani
betul ko ni Hanna kata aku hilang
ingatan lagi, siap ko.’ Nia hanya
mencebik bibirnya. Hanna ni memang kalau dah
shopping habis barang yang nak dibeli, memang boros betul. Shopping mengalahkan orang yang bergaji
lebih RM 3K.
-
Ko ke aku
yang hilang ingatan ni? Aku cakap nak p sana tadi kan? Kau 2 short term memory. Cepat sikit, lambat
memang ko kena tinggal. Aku bagi ko 5 minute jer. Aku tunggu kat parking!!
Don’t be late.!!
Pantas
mensej yang ditaip segera dihantar. Dannia tersenyum nakal. Jadi Hitler sekali sekala
apa salahnya. Malas berlama di sini, takut terserempak dengan pemuda itu lagi. Malah
moodnya untuk bersiar-siar sudah semakin pudar.
Harap-harap
Hanna tidak perasan apa yang berlaku sebentar tadi. Kakinya melangkah
meninggalkan bangku yang diduduki lalu keluar dari bangunan untuk ke tempat parking. Ada baiknya dia menunggu Hanna
di sana. Fikirnya lagi.
Sementara
menunggu kedatangan Hanna, Dannia menghidupkan enjin kereta. Sepuluh minit
menunggu, kelihatan Hanna tergesa gesa berlari menghampiri kereta. Dannia
tergelak halus melihat muka Hanna yang merah padam. Kepanasan barangkali dengan
ugutanya. Saat pintu kereta dibuka, Dannia melambakkan tawanya. Sakit perut
macam nak berguling-guling pun ada melihat wajah mencuka Hanna. Dannia sekadar
tersengih sumbing tatkala melihat wajah Hanna dan mata gadis itu yang menjeling
tajam.
‘Eleh
ingat aku takut ke dengan muka singa dia tu.. tak takut langsung okey, dah
kalis. Sindiran itu hanya bergema di dalam hati, bimbang jika Hanna merajuk
dengannya.
Destinasi
mereka seterusnya menuju ke Mid Valley, Dannia mahu menghabiskan masanya
melepak di sana. Hilangkan rasa bosan. Sekali sekala apa salahnya menghilangkan
stress. Hihihi... lagipun dia ada
barang yang mahu dibeli. Apa lagi mestilah novel. Dah lama rasanya tak mengisi
masa lapangnya sewaktu cuti semester dulu. Habis novel dibelinya. Sudah penuh
rak buku dengan koleksi novel. Tapi semua novel telah dipindahkan ke rumah papa
dan mama. Teringatkan mama dan papa, rindunya membuak pada mereka. Sudah lama
tidak pulang, hampir dua bulan. Mama ada berpesan suruh pulang hujung minggu
ini. Maknanya minggu ni la. Erm tak apalah, nanti malam aku balik lah, lagipun
dekat je dengan rumah sewa aku. Hanya setengah jam jer. Dannia berkira kira
dalam hatinya. Sekuntum senyuman terukir dibibir merahnya.
“Hoi,
kau ni angau ke apa?” prangg.. hilang lamunan Dannia. Dia menjeling Hanna
disebelah yang tersengih sengih macam kerang busuk. His kacau daun la dia ni.
“Banyak
lah kau angau. Aku teringatkan mama aku la. Aku nak balik petang nanti. Aku
tidur sana la kot.Kau nak ikut tak?”
“Lah
ye ke? Sorang lah aku malam ni? Erm tak kot.” Tolaknya.
“Jom
la. Kadang kadang mama aku tanya pasal kau tau.” Bukannya Dannia tak tahu Hanna
segan dengan abang abangnya yang suka menyakat gadis itu.
“Ish
segan la aku. Kalau abang kau tak ada tak pe la jugak.” Bingo. Dah agak da, minah ni! “Lagipun aku ada banyak kerja
yang aku bawak balik. Nanti tak sempat nak buat pula” Dannia mencebik, alasan
lapuk!
“Betul
ni? Jangan menyesal pula tau.”
Hanna
mengangguk laju bak burung belatuk.
“Ok
la. Suka hati kau. Aku nak pergi beli buah tangan kat family aku lah. Nak bawak balik
nanti. Nak jalan sekali or nak
berpecah ni?” Dannia bertanya, kot kotlah Hanna mahu mengikutnya.
“Berpecahlah,
aku nak pi butik jap. Nak tengok dress
la”
“Ok,
jumpa lagi satu jam lebih dari sekarang. Pukul satu nanti tunggu aku dekat
kereta ok? Kita lunch.”
“Oraite
lady boss” Hana mendabik tangannya sebelum melangkah ke arah bertentangan
dengan Dannia.
Terpaku
dirinya melihat empunya badan yang dilanggar sebentar tadi. Seraut wajah yang
dirindui sekian lama. Benarkah itu isterinya? Isteri yang dijejaki hampir tiga
tahun lamanya.
Saat
tubuh gadis itu berlanggar dengannya, dia dapat merasakan getaran di hati. Dia
kenal dengan wangian itu. Wangian yang sama yang sering dipakai oleh Dannia.
Mana mungkin dia melupakan wangian yang menjadi kegemaran isterinya itu. Apatah
lagi apabila dia yakin manusia yang berada di hadapannya kini adalah Dannia. Ingin
sekali dia memeluk tubuh itu. Gembira hatinya bukan kepalang.
Tanpa
berfikir panjang, dia meminta maaf pada gadis itu supaya gadis itu mendongak
dan memandangnya. Namun dia sedikit kecewa apabila gadis itu hanya diam
membisu, saat gadis itu bangun dan mahu melangkah pergi dia memanggil nama Dannia.
Pada mulanya gadis itu berhenti namun langsung tidak berpaling, mungkin gadis
itu tidak mendengar panggilannya. Dan apabila gadis itu kembali memulakan
langkah, dia memanggil sekali lagi.
“Kaseh Nur Dannia Danisha”. Sekali
lagi dia memanggil gadis itu. Kali ini gadis itu berpaling, tetapi melihatkan
dirinya, muka gadis itu pucat dan jelas terlukis wajah terkejut melihat
dirinya. Apabila dia melangkah mahu menghampiri Dannia, gadis itu terus
berpaling dan melarikan diri dengan tergesa-gesa, macam nampak hantu lagaknya. Laungannya
langsung tidak dihiraukan.
Harith cuba mengejar Dannia yang
semakin menjauh, kehadiran Julia yang muncul dengan tiba tiba membantutkan
niatnya. ‘Nia’ desis hatinya. Rindunya pada Dannia amat membebankan hati dan
perasaannya. Sudah lama dia menjejaki wanita itu sejak tiga tahun lamanya.
Sudah banyak dia berhabis duit untuk mengupah penyiasat menjejaki Dannia.
Hampir hampir dia berputus asa setiap kali orang suruhannya memberikan jawapan
negatif. Seolah-olah gadis itu amat licik menyembunyikan diri darinya.
Mungkin
sudah suratan takdir, hari ini tanpa diduga dia terserempak dengan Dannia. Seraut
wajah yang amat dirinduinya setelah sekian lama. Wajah gadis itu sudah jauh
berubah. Hatinya yakin gadis itu adalah Dannia. Dia kenal dengan haruman yang
dipakai oleh gadis itu, malah bentuk tubuh gadis itu juga terlakar diingatannya
dengan kemas.
Pada
saat dia terpandang wajah gadis yang menunduk itu hati seakan berdebar kecil
namun sepantas kilat jantungnya berdebar hebat apabila mendengar suara wanita
tersebut. Dia bertambah yakin apabila suaranya menyebut sebaris nama yang
membuatkan gadis itu berpaling dan memandang wajahnya. Dapat dia lihat wajah
pucat dan terkejut yang terlukis di wajah gadis itu apabila gadis itu memandang
dirinya. Walaupun hatinya melonjak gembira denga pertemuan itu, tetapi sedikit
sebanyak hatinya juga turut kecewa dan terluka apabila gadis itu melarikan diri
dan langsung tidak mempedulikannya lagi apabila dia memanggil gadis itu untuk
kesekian kalinya. Bencikah gadis itu padanya sehingga langsung tiada ruang
kemaafan untuknya saat ini? Memang niatnya untuk mengejar Dannia, namun
terhalang dek Julia disisinya yang memaut erat lengan sekaligus menghalangnya
daripada berbuat demikian.
“Siapa
tu sayang?” Soal Julia sambil matanya menangkap kelibat gadis yang semakin jauh
daripadanya. Matanya masih lagi memaku pada kelibat gadis tadi yang semakin
menjaih dari mereka berdua.
‘Shit,
tak sempat aku nak kejar’ jerit hatinya dengan perasaan geram. Geram akan Julia
di sisinya memegang erat lengannya dari dia mengejar Dannia. Geram akan dirinya
sendiri kerana membiarkan Dannia terlepas darinya.
“No one la” Ringkas Harith menjawab.
Enggan mengulas lebih lanjut perihal Dannia apatah lagi dihadapan Julia.
“Berapa
kali I dah cakap jangan pegang tangan
I and don’t call me like that, kenapa
you
ni degil sangat?” Dengus Harith sambil menepis tangan Julia. Julia mencebik
geram.
“Why,
I sayang you, that’s why I call you sayang. betul ke no one? Kenapa nampak terkejut betul perempuan tu tadi macam nampak
hantu jer..?” tanya Julia masih dengan wajah yang tak berpuas hati. Ragu-ragu
dengan jawapan Harith.
“Betul,
dah la. Jom kita dah lewat ni.” Harith melangkah laju meninggalkan Julia yang
terkedek kedek mengejarnya dari belakang. Rimas betul dirinya dengan Julia.
Sudah berkali kali dia mengatakan tidak mempunyai apa apa perasaan pada Julia.
Tapi sepupunya itu tetap buat tidak endah. Julia selalu berada di sampingnya
kerana terikat dengan hubungan kekeluargaan. Julia adalah anak bongsu Pak
Longnya. Ingin memarahi bimbang Pak Longnya akan berkecil hati, jadi
terpaksalah dia membiarkan. Bukan sahaja itu, jawatan Julia di dalam
syarikatnya menyebabkan dia terpaksa bekerjasama dengan Julia. Ke mana sahaja
dia pergi pasti Julia akan mengekorinya. Rimas!
Sepanjang
berlangsungnya perbincangan mengenai kerjasama syarikat R&Iskandar Holding,
Harith langsung tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian pada perbentangan
ringkas cliennya. Dirasakan terlalu
lama masa berjalan. Panas punggung di buatnya. Julia di sisinya hanya menjeling
melihat kegelisahan dirinya tetapi langsung tidak diambil peduli dengan itu
semua. Di fikirannya hanyalah Dannia. Fikirannya masih kepada seraut wajah yang
ditemui sebentar tadi. Di fikirannya semua tentang gadis itu. Ya, gadis itu.
Dia tertanya tanya dimana selama ini gadis itu menghilangkan diri. Ke manakah
gadis itu selama ini? Hatinya semakin resah mengingatkan Dannia. ‘Bagaimana dia
mahu menjejaki Dannia’ laju otaknya memikirkan cara untuk menjejaki gadis itu
kembali. Apa yang dibincangkan oleh cliennya
hanyalah sekadar pandangan kosong. Sifar.
Setelah
selesai perbincangan dengan Encik Rasyid. Pantas Harith meminta diri. Julia di
sebelahnya yang merengek sedari tadi yang meminta menemani membeli belah
dipandang sepi. Harith merengus geram dan mengalah apabila sepupunya itu berkeras
mahu dia menemani membeli barang-barangnya. Mahu di cari kelibat Dannia
dirasakan tidak mungkin. Kuala Lumpur terasa begitu luas dipenuhi lautan manusia.
Mana mungkin dia dapat menemui isterinya itu dalam masa yang terdekat.
Apabila
terpandangkan Julia yang tergedik dengannya mahu dibelikan itu dan ini,
diturutkan juga permintaan itu. Lagipun dia tidak mahu Julia mengadu dengan
papanya nanti tidak melayan anak manja Pak Longnya itu. Berbulu matanya memandang
pakaian Julia yang agak mencolok mata itu. ‘memang tak cukup kain betul minah
ni’ huh. Dulu dirinya amat bangga berdampingan dengan Suzanne dan juga Julia
serta yang lain lain gadis yang mengejar dirinya. Semua perempuan dikeleknya.
Siapa yang tak bangga apabila dirinya dijadikan perhatian oleh semua mata mata
gadis. Pakejnya yang lengkap dengan
ketampanan, berstatus tinggi, berpelajaran dan kaya dan berada serta merupakan
anak Dato’ yang terpengaruh menyebabkan ramai gadis tergila gilakan dirinya.
Tambahan lagi pangkatnya sebagai CEO di syarikat papanya.
“You ni buta ke apa hah? Jalan pakai mata
lah. You ni jalan pakai kepala lutut
ke?” suara Julia yang nyaring membuatkan Harith tercengang cengang lalu
memandang Julia memarahi seorang gadis yang sebaya dengannya. Leka berjalan
sambil termenung sehingga tidak sedar apa yang berlaku di sekelilingnya. Sudah
jauh benar dia meninggalkan Julia di belakang. Harith menarik nafas perlahan.
Jauh benar dirinya terleka, nasib sahaja bukan berada di jalan raya. Kalau
tidak sudah pasti dirinya ‘selamat’dilanggar.
“Maaf
saya tak sengaja cik.” Gadis tersebut menundukkan kepala seolah olah dimarahi
oleh majikannya.
“Sorry sorry, tu la. Lain kali kalau nak
jalan tu pandang pandang la sikit.” Jeritnya lantang tanpa menhiraukan mata-mata
memandang drama sebabaknya.
“Apahal
ni Jue?” tanya Harith sambil memandang gadis yang tertunduk tadi. “Budak ni la
sayang, sakit tahu tak badan I ni.
Dah la langgar I ni besarnya anak
gajah” Celupar sungguh mulutnya berbicara tanpa mempedulikan renungan mata
gadis tersebut.
‘Cis,
longkang punya mulut, badan aku yang kurus kering di panggilnya anak gajah.
Macamla badan dia tu lawa sangat. Harap kurus sikit jer dari aku. Harap muka
jer lawa, mulut jamban’ kata tersebut hanya mampu diluahkan dalam hati. Hatinya
sungguh berdongkol geram dengan perangai gadis tiga suku dihadapannya ini.
“Maaf
ya cik. Kami pergi dulu.” Harith menarik kasar lengan Julia. ‘Kesian kat lelaki
tu, da la handsome dapat awek mulut
longkang pulak. Kesian...kesian’. ucapnya di hati. Dia segera beredar dari situ
apabila terasa dirinya sudah tidak mampu menahan sabar dengan kerenah pasangan
di hadapannya.
“Lepaslah
sayang sakit tau tak” Menyeringai Julia menahan sakit apabila Harith menarik
kasar tangannya.
“You ni tak malu ke terpekik melolong kat
situ?” Harith menghamburkan marahnya pada Julia. Malu dirinya menjadi perhatian
ramai orang.
“Bukan
salah I sayang. Budak tu yang langgar,
mana I tak marah.” Julia
mempertahankan dirinya. Huh ada aku kisah. Julia sekadar mencebik. Harith
pantas meninggalkan Julia.
“Sayang
tunggulah.” jerit Julia kuat. Untuk kesekian kalinya dia mengejar lagi Harith
yang sudah jauh ke hadapan.
‘Pakai
speaker ke ape minah ni, cair taik telinga aku’. Rungut Harith sambil
meneruskan langkahnya. Sengaja dibesarkan langkahnya dan meninggalkan Julia yang
semakin jauh dibelakang. Jeritan Julia yang menyuruhnya menungu langsung tidak
di layan.
Setelah
sampai tempat yang dituju, Dannia dan Hanna segera keluar dari kereta dan
langkah kaki mereka menghala ke arah sebuah restoran yang begitu ramai pengunjung.
Kali ini makanan panas menjadi pilihan mereka walaupun masih awal petang.
Kebanyakkan pengunjung yang bertandang terdiri daripada ahli keluarga. Mereka
memilih tempat yang agak tersorok dari pengunjung yang lain mahu merasai
sedikit privasi dari suara anak-anak yang merengak dan bermain.
“Kau kenapa Nia?” Soalan yang terpacul daripada
Hanna agak memeranjatkan Dannia. Tersentak dan hilang terus ingatannya pada
satu wajah yang dijumpainya pagi tadi. Sangkanya Hanna ralit memerhatikan
sekelilingnya. Namun sangkaannnya meleset sama sekali apabila dengan tiba-tiba
Hanna menumpukan perhatian padanya.
“Kenapa
apa pula kau ni?” Pertanyaan dijawab pertanyaan. Cuba berdalih untuk menutup
rasa hatinya.
“Eleh
kau ni, aku tanya kau, kau tanya aku balik. Tak adalah, you look different today since sebelum Mid Valley lagi. Anything
wrong?” Hanna perasaan wajah Dannia yang sedikit pucat tadi, tapi malas
mahu bertanya. Tunggu masa yang sesuai. Nah, sekarang masanya menjadi wartawan.
Mengasah lagi bakat yang terpendam.
Hanna
mengelipkan matanya berkali kali. Dannia sekadar tersengih melihat mata Hanna
yang berkelip kelip. Mengada ngada betul la. Tahu la bulu mata panjang. Kalu ori tak apalah juga. Hish!
“Different? Mana ada. Aku macam biasa je
la. Maybe little bit tired kot.” Dannia
cuba tersenyum menutup gelisah dihatinya. Memang letih! Letih melarikan diri
dari pemuda tadi. Bukannya dia tidak tahu Hanna yang selalu dapat baca
reaksinya apabila dilanda musibah.
“Come on la, aku da lama jadi kawan kau
tau, bukan sehari dua, da hampir 6 tahun la.” Hanna cuba mengorek rahsia hati. Dannia
mengeluh kecil, namun sekadar menggelengkan kepala tanpa memandang Hanna.
Rasanya tidak perlu untuk dia ceritakan apa yang terjadi padanya sebentar tadi.
Bimbang pulak jika Hanna terlebih over
jika dia menceritakan tentang lelaki itu.
“Yelah,
siapa la aku ni kan nak kongsi story
kat aku ni. Aku sedar siapa la aku...” Lirih suaranya meraih simpati Dannia
yang termenung panjang.
“Betul
la beb, aku okey. Tak ada masalah pun
sekarang ni. Letih je. Kan da lama tak keluar macam ni. Kau ni pun...” Nia
berhenti berbicara saat pelayan mahu mengambil order makanan mereka.
“Makan
Cik” Tanya pelayan lelaki tersebut memandang Dannia dan Hanna silih berganti,
namun pandangannya kembali terarah pada wajah Dannia. Mengkagumi ciptaan Tuhan.
Lama matanya menyapa raut wajah Dannia sehingga membuatkan Dannia rasa tidak
selesa.
“Fresh Orange and Nasi Putih Tomyam”. Ujarnya
pantas dan terus mencerlungkan mata pada Hanna yang tersipu menahan tawa.
“Err...
sama dengan cik ni ya! Terima kasih” Dannia bercakap sedikit kuat mematikan renungan dari pelayan tersebut.
Terleka dengan renungannya terhadap wajah yang cantik, pelayan tersebut
berdehem beberapa kali sebelum beredar dari meja tersebut. Kantoi sudah!
“Kau ni apahal? Gila ke apa?” sergahnya geram.
Bukan mahu di tolong. Gelak lagi adalah.
Tersengih
sengih Hanna melihat Dannia dengan senyuman nakal. Tisu yang berada di
tangannya laju di lontar ke arah Hanna. Tergelak Hanna kerana usikannya yang
amat sensitif pada Dannia. “Heheheheh... relaks la Nia, aku bukan apa, kelakar
betul mamat tadi, tengok kau macam tak pernah tengok perempuan. Aku kat sini
langsung tak dipandangnya.” Menjuih bibirnya.
“Malas
aku nak layan kau ni. Lepas ni kita singgah masjid, solat jap. Then ko decide nak pergi mana.”
“Betul
ke ni? Kalau macam tu kita pergi butik jap eh, then baru kita pi beli barang dapur.” Teruja betul si Hanna ni.
Pantang betul, bila dah bagi green light
ni, semua tempat mahu disinggahnya. Hish! Tergelak Dannia degan perangai Hanna
yang mengalahkan kanak kanak Ribena. Nasib baik dah tak tanya soalan cepumas
tadi. Bisik hati kecilnya.
“Pukul
4 sharp aku nak balik.” Dannia
memberi amaran.
“Perli
aku la tu.”
“Tau
tak apa. Kau ni bukan boleh kira sangat, selagi matahari tak terbenam tak tahu
jalan balik.” Dannia tergelak kecil melihat Hanna yang terkumat kamit, mentera
apa entah yang dibacanya. Macamlah Dannia tidak tahu Hanna tengah membebel.
Ketawa Dannia yang kecil menjadi semakin galak apabila Hanna membaling tisu yang
dilempar kepada Hanna kembali kepada tuannya.
Tanpa
mereka sedari ada sepasang mata yang memandang ke arah mereka tanpa jemu.
Setelah selesai menjamu selera, mereka bergegas ke masjid, menunaikan solat
bagi yang Maha Esa.
Di
butik, Dannia menggelengkan kepalanya melihat telatah Hanna yang asyik tertanya
itu ini kepada pelayan butik tersebut. Kadang kadang ketawa sendirian melihat
pelayan tersebut mencebik geram dan tak berpuas hati, mahu di marah itu customernya. Layan ajelah si Hanna ni.
Dannia juga tak lepas pandang melihat beberapa dress yang agak menarik
perhatiannya. Segera membelek dress yang agak cantik pada pandangan matanya.
Dress hijau lumut tersebut ditariknya. ‘cantik’ desisnya. Dress ringkas yang
separas lutut yang agak kembang mengikut potongan badan tanpa lengan tersebut
dicapainya. Kainnya yang agak lembut itu disentuh. Tanpa berfikir panjang,
segera dibawa ke kaunter pembayaran. Selesai urusannya, dia mengajak Hanna
singgah ke Tesco untuk membeli barangan dapur. Setelah mendapat segala barang
yang diperlukan, mereka terus pulang ke rumah sewanya. Dia harus berkemas untuk
pulang ke rumah keluarga. Perkhabaran tentang kepulangannya telah diberitahu
sebentar tadi. Mamanya bukan main gembira dengan perkhabaran itu.
Sekali
lagi Harith terpana saat dia melangkah masuk ke sebuah restoran dan terpandang wajah gadis yang dijumpai tadi
sedang rancak berbual dengan sahabatnya. Sengaja Harith memilih tempat yang agak
tersorok daripada pandangan Dannia. Mungkin kah takdir dipertemukan lagi?
Harith mengambil tempat bertentangan dengan Dannia. Celoteh Julia di hadapannya
hanya sekali sekala disampuk untuk mengelakkan curiga Julia.
Hatinya
tenang menatap seraut wajah yang dirinduinya. Kadang kadang melihat Dannia
tersenyum, kadang kadang termenung. Adakalanya melihat Dannia bergelak ketawa
walaupun butirannya tidak jelas.
‘Jauh
betul dia berubah’ desis hatinya. Wajah
gadis itu yang dahulu tanpa secalit mekap sekarang dah pandai bermekap.
Menambahkan lagi keayuan dan kecantikan semula jadinya. Pakaiannya sekarang dah
up-to-date dan mengikut fesyen
terkini, namun masih lagi mengekalkan kesopanannya. Dannia yang kini semakin
menawan di pandangan matanya. Tingkah laku gadis itu diperhati lagi tanpa rasa
jemu. Dia menjadi tenang setiap kali Dannia berada di pandangan matanya.
‘Sudah
punyai penggantikah?’ Pasti ramai kumbang yang mengintai bunganya yang kian
mekar. Cemburunya semakin bercambah apabila melihat seorang pelayan lelaki yang
leka memandang wajah Dannia tanpa berkalih. Mahu sahaja menarik Dannia jauh
daripada pelayan tersebut. Memikirkan akal kewarasannya, hatinya disabarkan.
Memikirkan
perkara itu, hatinya semakin gelisah. Dia tidak sanggup andai kata gadis itu
sudah mempunyai penggantinya. Tidak sanggup rasanya memikirkan jika Dannia
berpaling arah darinya. Sungguh dia tidak mampu menerima. Dia sanggup tidak
berkahwin lagi andai kata Dannia bukan untuknya. Dia akan terus menunggu Dannia
sehingga akhir hayatnya.
‘Jangan harap ada lelaki lain yang boleh
rampas Dannia daripada aku. Jangan harap’. Tekad hatinya.
Harith
berpura pura memandang ke arah lain apabila Dannia bersama rakannya bangun
untuk beredar dari situ. Pantas tangannya membuka surat khabar yang terdapat
tidak jauh dari situ dan berpura-pura membacanya apabila pasti Dannia dan
rakannya tu akan melalui laluannya untuk beredar dari situ.
“I nak pergi toilet jap. You tunggu kat sini”.
Harith
pantas bangun dan meninggalkan Julia tanpa menunggu Julia bersuara. Julia hanya
memerhati langkah laju Harith dengan pelik. Pelik apabila lelaki itu dengan
tergesa-gesa menuju keluar dari pintu utama. Tadi katanya mahu pergi ke tandas.
Harith
mengekori langkah Dannia yang sedang asyik berborak. Sengaja dia mengekori
Dannia sedikit jauh terlindung untuk mengelakkan dari gadis itu perasan akan
kehadirannya. Dannia yang langsung tidak mengetahui akan gerak geri diekori
langsung jalan menonong sehingga tempat parking kereta. Langsung tidak disedari
gerak geri mereka berdua diperhatikan.
Laju
otaknya mengingati nombor plat kereta berkenaan sebelum kereta hitam tersebut
meluncur pergi. Mata Harith hanya mampu melihat tanpa merelakannya.
‘Abang
akan pastikan sayang kembali pada abang.’ desis hatinya. Pantas tangannya
menyeluk saku mengeluarkan i-phonenya untuk mendail seseorang. Beberapa minit
dia bercakap, kemudian Harith menamatkan panggilan itu sebelum menyimpan
kembali i-phonenya ke dalam kocek seluar dengan senyuman yang tidak lekang dari
bibir.
Hatinya
kembali tenang setelah membuat panggilan tersebut. Sekembali di meja makan,
Julia hanya memandang dengan wajah pelik apanila melihat Harith tidak lekang
dengan senyuman di bibirnya.
“Sayang,
apa yang seronok sangat ni. Gembira je I
tengok.” Laju ayat tersebut dibibir merah milik Julia. Tangannya mencapai
tangan Harith lalau diusap perlahan sebelum lelaki itu menarik tangannya dari
disentuh.
“Nothing”
Dengan senyuman lebar.
“Hurm,
makan la. Dah lama sampai order you tu. Kejap lagi kita dah nak bertolak.”
Pinta Julia. Hatinya masih tertanya tanya dengan sikap Harith yang tiba tiba
menjadi riang. Untuk bertanya kesekian kali takut pula menjejaskan mood
baiknya. Bukannya boleh dikira si Harith ni. Cepat sangat berubah mood.
No comments:
Post a Comment