Tuesday, June 5, 2012

BAB 24 [KASIHKU YANG SATU]

Bab 24




       Harith ralit memerhatikan bangunan di luar pejabatnya, memerhatikan bangunan yang kian membangun di negerinya menetap. Sedari tadi dia berdiri di situ  memerhatikan orang ramai yang sedang berjalan atau mungkin juga merayau dan juga memerhatikan kenderaan yang berpusu pusu di jalan raya menuju ke destinasi masing masing.
Sejak semalam dan kini tiba di pejabat, dia tiada mood mahu bekerja. Satu kerjanya pun tak jalan. Di cuba juga beberapa kali, fokus dengan apa yang dibaca, namun hanyalah sia sia. Satu ayat pun begitu susah untuk difahaminya. Seolah-olah ayat yang dibacanya adalah bukan bahasa melayu atau bahasa inggeris. Begitu susah sekali untuk difahami..
Hatinya berlagu bimbang dan resah. Dia sendiri tidak tahu apa yang tidak kena dengannya kini. Masalah satu persatu datang menimpanya. Masalah perihal keluarga, Dannia dan juga syarikatnya.
Perasaan marah dan sakit hatinya pada Suzanne masih lagi terbuku di hatinya. Kalau diikutkan hati mahu sahaja dia memukul gadis itu sehingga lembik. Namun dia masih waras, jika mengikutkan perasaannya pasti dia tidak berdiri di sini, di pejabatnya. Dan yang pasti berada di lokap. Huh! Dia melurut lagi rambutnya yang sudah disisir kemas dan rapi. 
Harith pening. Kepalanya semakin berserabut, baru tiga minggu yang lepas dia mengetahui semuanya. Hatinya berdongkol geram apabila dengan mudahnya dia tertipu dengan segala perbuatan Suzanne. Tidak menyangka sama sekali dia dipermainkan sebegini rupa. Suzanne curang dengannya. Sanggup mempergunakan dirinya untuk keperluan diri gadis itu, dia terasa bodoh, bodoh dengan segala perlakuan manja Suzanne dengannya. Cinta konon! Cinta taik kucing!! Dia buta selama ini, ternyata cinta yang dicurahkan untuk Suzanne hanyalah sia-sia. Berani gadis itu memperlakukannya sebegini setelah begitu banyak wang yang dilimpah dan ditaburkan kepada gadis itu. Dia buta dalam menilai diri Suzanne, buta dengan kelembutan Suzanne dan dia begitu tega mempersiakan isteri sebaik Dannia.
Teringatkan peristiwa tiga minggu yang lepas, ketika dia mengajak Suzanne keluar, gadis itu memberi alasan sakit. Tetapi jika didengar dengan teliti tidak seperti orang sakit pun. Dia bukannya bodoh tidak pantai membezakan suara orang sakit dan suara orang sihat.
Dia sendiri naik hairan, Suzanne sejak akhir akhir ini susah benar jika mahu diajak keluar. Jika berjaya pun, wanita itu hanya mahu dibawa keluar bershopping dan makan selepas itu di suruh menghantarnya pulang. Katanya terlalu penat seharian bekerja. Macamlah gadis itu selalu buat show. Suzanne semakin jarang mengangkat telefon atau membalas mesej yang dihantar. Kadang-kadang bagaikan sengaja dimatikan. Dia yang perasan akan kelakuan pelik Suzanne mula curiga.
Beberapa hari selepas itu, dia mengajak pula Suzanne menemaninya ke sebuah tempat, namun dia diberitahu bahawa wanita itu sakit dan tidak dapat menemaninya keluar dan tanpa menegesyaki apa-apa, walaupun difikirannya mula tibul pelbagai persoalan. Lalu dia berkeputusan untuk melawat sahaja wanita itu. Tetapi apabila tiba di sana lain pula yang di jamu di matanya. Suzanne bergelak ketawa dengan lelaki lain dengan pakaian yang tidak cukup kain. Menyakitkan matanya. Malah terasa cair tahi telinganya apabila mendengar rengekan manja gadis itu dengan seorang lelaki yang tidak dikenalinya.
“Sayang cepatlah, tolong I ni ha..” Dengan suara manja sambil diiringi dengan gelak ketawa Suzanne yang mampu mencairkan tahi telinga sesiapa sahaja yang mendengarnya membuatkan Harith ingin mengetahui apa yang berlaku di bilik gadis itu.
“Kejaplah darling. Ni butang ni tak boleh bukak la..” suara garau seorang lelaki pula kedengaran. Harih sudah tidak betah mahu terus berada di pintu sambil menekapkan telinganya di pintu bilik pantas menguaknya dengar kasar.
Tanpa menunggu masa, dia terus menyerbu masuk apabila pintu yang tadi terbuka sedikit yang membolehkan dia menonton drama sebabak. Terkedu keduanya melihat dirinya dengan renungan tajam dan dengan muka yang merah padam menahan marah. Dia dapat melihat dengan jelas muka gadis itu berubah pucat dan badannya yang menggigil ketakutan manakala lelaki disebelahnya tercengang dengan kehadirannya itu.
Muka Suzanne berubah pucat. Tangannya segera menarik selimut yang menutupi sebahagian tubuhnya yang sudah terdedah. Lantas tangan gadis itu mencapai tuala yang agak besar membaluti tubuh putih gebu itu.
What the hell are you doing Suzanne?” Dengan suara yang cukup tegang dia menyoal gadis dihadaapnnya. Giginya diketap kuat menahan perasaan marah dan sakit hati. Tetapi aneh, langsung tidak ada rasa sakit seperti yang dirasai ketika bersama Dannia dahulu. Rasa sakit yang dirasai lebih kepada perasaan marah apabila Suzanne berani menipunya.
Dengan teragak agak Suzanne cuba menjelaskan kedudukan yang sebenar hubungan antara keduanya.
“Well, I.. I tak buat apa-apa pun.. It just..” tergagap-gagap Suzanne menjawab. Dia buntu malah terkejut dengan kedatangan Harith yang datang ke apartmentnya. Dia menyangka Harith tidak akan datang ke rumahnya apabila diberitahu tidak mahu diganggu. Ternyata dia silap.
“Kau what? Who is he?” kini bicara Harith sudah berubah. Hanya be’raku’ engkau dengan Suzanne. Tajam dia merenung lelaki yang berada di belakang gadis itu yang hanya berseluar pendek tanpa baju di badan.
Actually.. ermm. Harith I’m really sorry..He..”
His fiancé to be.” Sampuk lelaki yang berada di belakang Suzanne. Lelaki itu kini menghadap Harith. Saling berdepan dan menarik tangan Suzanne ke belakang bedannya. Cuba melindungi Suzanne dari diapa-apakan oleh lelaki yang dikenali sebagai Harith. Bimbang juga jika lelaki itu cuba menyakiti gadis kesayangannya.
What?” Terkejut beruk dia mendengar jawapan dari mulut lelaki itu. ‘Tunang?’
Yes, I minta maaf kat you selama ni I tipu. Izlan ni bakal tunang I. And we make a decision..to get married.” Tangan Suzanne erat memegang tangan Izlan. Dia yakin, Izlan adalah cintanya. Mereka akan berkahwin dan mulakan hidup baru.

Tanpa rasa takut, hubungan yang sebenar antara dirinya dan lelaki itu diceritakan serba sedikit. Dikatakan mereka berdua telah lama bercinta sejak Harith berkahwin, dan bakal mengikat tali pertunangan beberapa bulan akan datang. Di saat itu, Harith pula meminta terkedu apabila di ceritakan hal yang sebenarnya. Malah Suzanne telah meminta maaf dan memulangkan kembali ke semua barang yang pernah dihadiahkan untuknya.
I’m really sorry.” Sayu suara Suzanne kedengaran memohon kemaafan darinya.
Bagaikan baru tersedar dari lena yang panjang, Harith meraup mukanya berkali-kali. Semuanya telah berakhir. Hubungannya dengan Suzanne telah musnah saat gadis itu memilih lelaki lain dan bukan dirinya.
Harith berfikir berkali-kali kenapa dia tidak sakit dan pedih di saat Suzanne memilih lelaki yang lain dan bukan dirinya. Dia tidak pula serasa berang dengan penerangan Suzanne, malah dengan senang hati melepaskan Suzanne pada lelaki itu. Sempat pula mengucapkan tahniah pada mereka berdua. Suzanne juga meminta maaf dengannya. Sudahlah, tiada apa yang perlu dirisaukan lagi kini.
Yang menghairankannya, kenapa dia tidak begitu sesakit ketika melihat Dannia dengan lelaki lain. Perasaan sakit yang terlalu lain, adakah dia sudah tersilap langkah? Pening dia memikirkan masalah itu.
Argh!! Semenjak dua menjak ini, bayangan Dannia selalu terbayang di ruang mata. Wajah gadis itu kalut, marah, geram, senyum dan wajah masam. Semuanya masih segar diingatannya. Apatah lagi apabila terserempak dengan Dannia beberapa minggu yang yang lepas. Wajah Dannia semakin kerap singgah di fikirannya.
Ada juga beberapa kali dia cuba mencari Dannia di rumah sewanya dahulu. Tetapi hampa, rumah itu sudah berpindah milik. Apabila ditanya tentang pemilik rumah Dannia, penghuni itu hanya menggelengkan kepala tanda tidak mengenali pemilik yang bernama Dannia. Ingin pulang ke kampung Dannia terasa segan pula. Teringat betapa lancangnya dia menghina keluarga Dannia dulu. Dia sedar betapa bodohnya dia kerana berkata tidak elok tentang Dannia. Malah sanggup dia menghalau Dannia dari kehidupannya. Digantung tak bertali. Mujur sahaja dia tidak melafazkan talak dahulu. Kalaulah dia melafazkannya dia akan menyesal seumur hidupnya.
Hatinya meronta mahu menemui Dannia. Meminta maaf di atas kesalahan yang telah dilakukan pada gadis itu. Tetapi di mana dia harus mencari bayang gadis itu? Setelah ketiadaan Dannia dari banglonya, dia terasa hatinya begitu kosong, seolah kekurangan sesuatu ketika itu walaupun dia masih lagi bersama Suzanne. Namun cuba ditepisnya, tidak mahu terbawa bawa dengan perasaan yang dikatakan mengarut.
Dia akhirnya mengalah tatkala hatinya sudah tidak mampu menanggung perasaan rindu buat sang isterinya itu dan lantas dia berkeputusan untuk pulang ke kampung mencari Dannia. Dia sudah tidak kisah andai kata keluarga Dannia menghalaunya atau memaki hamunnya. Yang penting dia dapat menatap wajah isterinya itu. Melepaskan rindu yang membuak di hati.
Tetapi pencariannya menemui jalan buntu apabila dia pulang ke kampung, rumah yang diduduki oleh mertuanya juga berpindah milik. Dia hairan juga apabila salamnya dijawab oleh seseorang, seseorang yang tidak pernah dikenalinya. Apabila dia bertanyakan di mana pemilik rumah itu, orang itu memberitahu dialah pemilik rumah itu. Dan pemilik asalnya telah berpindah dan tidak tahu ke mana. Harith mengeluh lagi, penyesalannya datang semakin bertimpa.
Sudah buntu di mana dia mahu menjejaki Dannia dan keluarganya. Mahu menelefon dia tidak pernah mengambil tahu perihal keluarga mertuanya. Sudahnya dia pulang semula ke Penang. Beribu sesalan dihati apabila dia langsung tidak pernah mengetahui apa-apa tentang gadis itu. Malah, semua hal peribadi tidak pernah diambil kisah.
Masalahnya bertambah kusut apabila ibu bapanya bertandang ke rumahnya dengan tiba tiba. Ketika itu, Dato’ Iskandar dan Puan Rosmaria tidak pernah mengetahui kejadian yang sebenarnya. Hari itu semuanya terbongkar. Ibunya tiba tiba pengsan tidak sedarkan diri. Keadaan bertambah panik dan kelam kabut. Sejak hari itulah kesihatan ibunya berubah mendadak. Selalu sahaja sakit sakit dan sering berulang alik ke hospital mendapatkan rawatan.
Dan semenjak itu, Datin Rosmaria begitu dingin dengannya. Pertanyaan yang ditanya hanya dengan gelengan dan anggukan. Sepatah perkataan pun tidak keluar dari mulutnya. Layanan ibunya juga hanya acuh tidak acuh sahaja. Papanya pula hanya diam, mengikut rentak ibunya. Hubungan antara mereka bertambah renggang. Iman juga usah dikata, jika ternampak kelibatnya, pantas gadis itu mengunci dan menyembunyikan diri di dalam bilik. Jika Harith berada di dapur, adiknya akan ke ruang tamu dan begitulah sebaliknya yang berlaku. Oleh kerana itu, dirinya terasa tidak betah berada di sana, Harith pulang ke rumah miliknya. hanya sesekali dia pulang untuk menjenguk keluarganya di sana.
Saban hari pada hujung minggu, dia menunggu Dannia pulang ke pangkuannya walaupun dirasakan itu tak mungkin terjadi. Dia tetap tidak berputus asa, sentiasa menunggu dan terus mengunggu. Manalah tahu Dannia akan tergerak hati untuk pulang. Namun ianya hanyalah perbuatan yang sia sia. Kini sudah genap hampir dua bulan pemergian Dannia dari hidupnya. Malah berita daripada Dannia juga gagal dijejakinya.
Pernah juga dia memerhati sekeliling rumahnya. Cuba mencari dan merasai kewujudan Dannia di rumah itu. Hanya itu yang mampu dilakukan untuk menghilangkan rindunya pada Dannia. Malah tempat tidur Dannia dahulu, kini menjadi tempat tidurnya. Masih ada bau gadis itu. Saban malam dia merehatkan diri di bilik itu, melakukan kerja pejabatnya juga di sana. Hanya Tuhan yang tahu betapa rindunya dia pada isteri yang tidak pernah dihargainya itu. Kini semuanya sudah terlambat. Setiap malam dia memeluk bantal yang pernah menjadi milik isterinya itu seakan memeluk Dannia. Baju nikah milik Dannia yang ditinggalkan di situ juga sering menjadi tatapannya.
Dia teringakan Dannia lagi. Satu barang milik gadis  pun tidak ditinggalkan di banglonya itu. Semuanya telah kosong. Sungguh dia terkejut apabila pulang dari kerja pada suatu petang, dia melihat semua barang isterinya telah tiada, bilik isterinya kosong. Sungguh dia terkedu sehingga terduduk di birai katil. Baju yang masih berbaki di dalam almari itu telah dibawa pergi. Malah bingkai gambar yang selalu menjadi tatapannya juga sudah tiada. Menyesal pula apabila dia langsung tidak terfikirkan kebarangkalian gadis itu akan pulang ketika dia tiada di rumah, keluar bekerja. Dia begitu yakin Dannia akan pulang ke pangkuannya.
Yang hanya ditinggalkan oleh Dannia hanya sepasang baju nikah yang dipakai ketika majlis perkahwinnya lapan bulan yang lepas. Mungkin gadis itu sudah tidak memerlukannya lagi apabila dirinya terasa tidak diperlukan. Untuk apa dia bawa bersama baju yang membawa duka kepada isterinya itu.  

Pemergian Dannia menyebabkan hidupnya kini terkontang kanting. Keadaan rumah yang sudah tidak terurus. Bajunya yang sudah tidak berbasuh. Ruang dapur sudah lama tidak dijejakinya. Jika lapar dia akan keluar mencari makan. Dahulu jika adanya Dannia, makanan yang selalu disediakan kena pada seleranya. Walaupun tidak memuji masakan isterinya jauh di sudut hati dia mengiakan keenakan masakan yang disediakan. Saban hari dia pulang ke rumah untuk merasa air tangan isterinya itu.
Kini dia tiada hati mahu menjejakkan kakinya ke dapur, perasaan rindunya semakin kuat mencengkam ke ulu hati mengingatkan dia pada Dannia. Ah, semua yang ada di rumah ini mengingatkannya pada Dannia. Bilakah dia akan bertemu lagi dengan isterinya. Dia akan membuang jauh egonya dan meminta maaf pada gadis itu andaikata suatu hari nanti dia akan terserempak dengan Dannia. Ya Tuhan, temukan aku dengan isteriku..
Akan dicuba berbaik dan meraih semula sekeping hati milik isterinya. Walau bagaimanapun dia tidak akan berputus asa untuk terus menjejaki, dan akan mendampingi Dannia suatu hari nanti. Dia akan membuat apa sahaja agar gadis itu kembali ke sisinya. Yang penting dia harus mengetahui di mana keberadaan isterinya itu.
Terkenangkan hal lalu, membuatkan hatinya sayu, Harith memandang telapak tangannya lama, di sentuhnya perlahan dengan sebelah lagi tangannya. Tangan yang hinggap di pipi isterinya. Dek kerana ego, dia tega menyakiti tubuh badan gadis kesayangannya kini. Kuat tamparan itu mengenai pipi mulus isterinya, masih terbayang di mata darah merah yang mengalir di bibir mungil isterinya. Maafkan abang sayang! Jerit hatinya kuat.
Bunyi interkom di meja menyentakkannya dan sekaligus mengembalikan dirinya di alam realiti. Harith mengeluh lagi. mukanya diraupkan beberapa kali. Ya Allah, temukan aku dengan isteriku….air mata yang bergenang di ruang matanya diseka dengan ibu jarinya.
‘Nia di mana sayang?’ hatinya merintih lagi.
Dia kemudiannya bergerak perlahan menuju ke mejanya. Duduk bersandar di kerusi, kepalanya sedikit pusing kerana terlalu banyak berfikir.
Bunyi telefon di meja sekali lagi berdering. Dengan rasa tak bermaya dia menjawab panggilan itu.
Yes, ok..ok… thanks, tetapkan pada minggu depan untuk saya. Yang lain tolong aturkan kemudian saja and tolong postpone all meeting for today.” Pesanan setiausahanya hanya diberi anggukan sahaja.
 Dia terpaksa membatalkan semua meetingnya hari ini kerana tidak bersedia, tambahan pula dia tidak begitu sihat, terasa pening pening lalat. Semuanya ada, dengan tidak cukup tidur, projek paper yang berada di tangannya pun tidak dibaca walaupun sehelai, bagaimana dia harus berbincang.
Kalaulah papanya tahu, mahu sebulan juga dia akan disindir. Bagaimana agaknya ibunya di rumah, sudah hampir sebulan lebih juga dia tidak pulang ke banglo papanya. Kalau dia pulang ke sana sekalipun, dia tidak akan dilayan dengan baik. Layanan dingin yang diterima, menyebabkan dirinya berasa tawar hati untuk pulang ke sana.
            Kalau ibu merinduinya sudah pasti dia akan menyuruhnya pulang. Ini semua salahnya, terlalu buta menilai seorang isteri sehingga sebegini rupa. Bila sudah hilang di mata barulah tercari cari, tergapai gapai mahu menyambar. Semua masalah yang timbul adalah berpunca darinya sendiri. Harith… apa yang perlu kau buat sekarang ini?





                “Assalamualaikum... Saya Harith wakil daripada R & Iskandar Holding.” Ujarnya dengan sopan dan hormat kepada dua orang lelaki di hadapannya. Kacak! Itulah yang terdetik di Harith kepada dua lelaki yang berbadan tegap ala model di hadapannya. Dia meneliti dalam diam dua wajah dihadapannya. Cuba mentafsir sikap dari segi luaran. Wajah lelaki di depannya hanya serius, tiada langsung senyuman yang terukir.
            “Khairul Zafrey, R&K Holding, This is Ezmiel, my brother dan juga merupakan orang kedua terkuat di dalam syarikat kami. Dia yang akan menguruskan segala kerjasama antara kita nanti.” Mereka berdua tersenyum sekilas sebelum kembali ke wajah yang serius. Diletakkan ke tepi dahulu soal peribadi. Fokusnya sekarang adalah kerjasama dengan syarikat milik kedua dua lelaki di hadapannya yang mungkin menguntungkan syarikat miliknya kelak.
            Harith pula memerhati wajah keduanya dengan kedutan di dahi. Dia masih ingat ingat lupa akan wajah dua orang ini. Seperti pernah dilihat, tetapi dia betul betul terlupa di mana. Rasanya dia pernah melihat lelaki ini berdua bersama Dannia dahulu.
            “So..can we start now? Bincang apa yang patut, saya masih ada temujanji nanti.” Tegas Zafrey bersuara apabila melihat Harith yang sedang memikirkan sesuatu. Memikirkan perkara yang lain bukan berkenaan bisnesnya.
            “Yeahh…sure. Seperti yang saya usulkan projek beberapa minggu yang lepas, saya yakin jika kita bekerjasama, kita akan mendapatkan keuntungan yang berlipat ganda. Cuba bayangkan, masing masing mempunyai keperluan. Saling penuh memenuhi keperluan masing masing. Kalau Encik Zafrey Dan Ezcik Ezmiel dah baca tentu, kalian berdua akan faham tentang projek ini.” Harith menarik nafas yang panjang seterusnya menolak fail yang mengandungi kertas tentang projeknya, seterusnya tanpa menunggu jawapan daripada Ezmiel dan Zafrey dia menerangkan lagi apa yang perlu dan apa yang tidak. Tentang peluang yang cerah jika mahukan syarikatnya lebih berkembang dan begitu juga sebaliknya.
            “Ok, saya setuju. Nanti Encik Harith boleh hantarkan proposal disertakan dengan beberapa kertas kerja yang lain untuk ditanda tangani dahulu. Pihak kami amat berpuas hati dengan segala penerangan dan proposal ini sangat menarik. Saya yakin projek ini akan berjaya dengan jayanya.” Setelah yakin dengan penerangan yang diutarakan, dia dan Ezmiel mengambil kata sepakat untuk menerima kerjasama daripada syarikat milik lelaki itu.
            “Apa kata kita makan dahulu sebelum bersurai. Bila lagi kita mahu berjumpa sebelum projek ini betul betul akan berjalan. Anggap sahaja saya berterima kasih pada Encik Zafrey dan Encik Ezmiel kerana usaha sama dalam projek ini. Bolehkan?” tanpa menunggu masa, Harith menggamit seorang pelayan untuk mengambil order tanpa menunggu jawapan dari dua manusia di hadapannya yang masih berwajah terpinga pinga. Dia inginkan sesuatu jawapan tentang seseorang. Seseorang yang ingin dijejakinya. Dan dia yakin salah seorang daripadanya mempunyai jawapan akan persoalannya nanti.
            Zafrey dan Ezmiel berpandangan antara satu sama lain. Pelik dengan keramahan yang ditunjukkan kerana agak berlebihan. Mereka mula mengesyaki sesuatu namun dibiarkan untuk melihat sejauh mana sikap lelaki itu sebenarnya. Sudahnya mereka berdua hanya menganggukkan kepala tanda bersetuju dengan cadangan Harith. Dalam diam mereka turut menilai peribadi Harith. Mahu melihat sendiri sikap lelaki itu yang sebenarnya.
            “Er, saya rasa pernah jumpa dengan Encik Zafrey sebelum ini. Tapi lupa di mana.” Harith mula mencucuk jarum. Dia ingat sebenarnya di mana pertemuan mereka.
            “Oh ya?” Zafrey cuba mengingati wajah Harith jika dia benar berjumpa dengan lelaki itu. Tak pernah rasanya. Dia masih belum bersua muka dengan Harith secara berdepan. Seingatnya belum pernah. Atau mungkin Harith pernah ternampaknya bersama Dannia barangkali. Bisiknya.
            “Betullah saya tak silap. Tapi di mana ya?” dia mengerutkan mukanya seolah olah sedang berfikir. Zafrey dan Ezmiel berpandangan sesama mereka. Cuba menghantar isyarat yang hanya mereka berdua fahami.
            “Oh ya, baru teringat. Dekat pulau Redang. Saya sempat berbual dengan Tan sri di sana. Waktu itu, syarikat Tan Sri membuat buat event kalau tak silap saya.” Harith merbicara tanpa menyedari dia membuka pekungnya sendiri.
            “Oh.. itu syarikat kami menyambut hari keluarga. Tak sangka pulak encik Harith turut berada di sana. Buat apa di sana? Ada projek atau bercuti? Bulan madu mungkin?” duga Ezmiel secara tiba tiba. Soalan yang hampir membuatkan wajah lelaki itu berubah riak. Tersungging riak senyuman sinis di bibir Ezmiel yang melihat perubahan muka kelat Harith.
            “Eh, taklah. Saja bercuti di sana.” Jawab Harith pantas.
            “Oh, ingatkan honeymoon tadi. Ermm.. Encik Harith dah kahwin ke?” soal Zafrey pula. Cukup panas hatinya mendengar jawapan penafiannya.
            “Belum..” Harith menjawab dalam serba salah. Mahu dijawabnya sudah berkahwin bimbang pula jika kedua lelaki ini menyuruhnya membawa orang rumah jika acara majlis pelancaran perasmian mereka nanti. Keadaan sekarang membuatkan dia bertambah bimbang.
            Mendengarkan ayat itu, panas telinga keduanya mendegarkan jawapan itu. Belum kahwin kepala kau. Habis itu adik aku tu siapa? Dasar lelaki tak boleh diharap. Playboy. Zafrey mengenggam erat tangannya. Kalau diikutkan hati mahu sahaja ditumbuk lelaki yang tak guna itu. Biar padan dengan mukanya. Gadis sebaik Dannia disisihkan dari hidupnya.
            “Encik Zafrey pula macam mana?”
            “Oh, saya pun belum. Tak jumpa lagi yang berkenan di hati. Tapi jika jumpa saya takkan buang dia macam sampah dari hidup saya. Sebolehnya akan di lindungi sebaik baiknya. Tak begitu Encik Daniel?” dengan nada yang tertahan-tahan Zafrey menyindir pedas.
            “Ya, saya setuju.” Ucapnya dengan anggukan. Entah kenapa dapat dirasakan Zafrey seperti menyindirnya dalam diam. Namun ditepisnya perasaan yang bukan bukan bermukim di hati. Dia semakin panas punggung berada di situ. Niatnya tadi untuk bersantai dan mengorek tentang Dannia musnah begitu sahaja. Hatinya tidak tenang, mula disogok dengan fikiran yang bukan bukan.
            ‘Cis, setuju tahi kucing kau. Habis tu Dannia macam mana? Hish, geramnya aku’ kini giliran Ezmiel pula mengenggam erat gelas di tangannya. Mahu sahaja di siram lelaki itu dengan air yang masih berbaki di gelasnya.
            “Oh ya, hari tu saya ada ternampak Encik Zafrey dengan seorang gadis. Girlfriend ke?” soalnya dengan tidak sabar, dia jadi panas punggung menunggu jawapan keluar dari mulut lelaki di hadapannya.
            Zafrey mengerutkan mukanya, cuba berfikir dan mengingati dengan siapa dia keluar, puas difikir namun belum satu pun terlayar di fikirannya. Hanya Dannia. Dannia! Pasti Harith mahu bertanyakan pasal Dannia. Dengan senyuman sinis dia memandang Harith, lelaki itu  dilihatnya sedang menunggu jawapan keluar dari mulutnya.
            “Saya lupa lah. Maaflah, saya sendiri lupa dengan siapa saya keluar tempoh hari. Staff saya agaknya” dia ingin melihat sendiri bagaimana Harith ingin mengorek jawapan daripadanya tentang Dannia. Dia ykain gadis yang dimaksudkannya semestinya Dannia.
            “Er, cuba you ingat balik. Takkan lupa kot.” Harith ketawa sumbang. Ingin menutup rasa hatinya yang terlalu terdesak ingin tahu.
            Jangan harap Harith! Takkan semudah tu kau nak korek berita tentang adik aku!
            “Eh, dah sampai pun makanan kita. Apa kata kita makan dulu?” celah Zafrey pantas, matanya dikerling sekilas melihat jejaka itu yang jelas dengan riak kecewa dan sedaya upaya di tahannya daripada penglihatan mereka berdua, namun Zafrey itu lebih pantas mengesannya.
            “Ermm, ok.” Dia agak kecewa dengan jawapan Zafrey yang lari jauh daripada persimpangan soalannya. Dengan wajah yang kelat dia tersenyum. Seleranya mati, tidak ada nafsu mahu menelan nasi. Namun digagahinya juga bimbang jika Zafrey perasan. Nasi itu dijamahnya, sehingga dia terasa seperti pasir ketika mahu menelannya.
            ‘Jangan harap aku akan bagitahu apa apa berkenaan Dannia pada kau’ Zafrey berkata di hatinya. Suapannya diteruskan dengan penuh berselera. Ezmiel di sebelah hanya diam membisu. Kelihatan adiknya itu sedang memikirkan sesuatu.
            “Thanks lunch for today. Maaflah saya terpaksa pergi dahulu. Ada temu janji. Dah hampir sangat waktu ni. Terima kasih sekali lagi.” Ezmiel pula mengambil alih perbualannya dengan Harith menggantikan abangnya. Dia sempat mengenyitkan matanya pada Zafrey.
            “Zaf, lupa pulak, tadi Nia pesan kat aku, malam ni nak jumpa kau kat tempat biasa.” Sengaja dia menekan nama Dannia supaya lebih jelas di pendengaran Harith. Sengaja mahu Harith mendengar. Biar dia rasakan begitu sakit hatinya waktu ini.
            “Alamak hampir aku terlupa. Thanks ingatkan aku. Kalau tak pasti dia tu merajuk. Kalau boleh aku nak ajak dia makan kat rumah sekali. Boleh berkenalan dengan bakal ibu mertua” Zafrey mengenyitkan matanya pada Ezmiel yang ketawa terkekeh-kekeh. Seolah olah lupa Harith ada di antara mereka.
            “Ok bro, jumpa nanti kat rumah. Jangan lupa jemput tolong Nia sekali.” Zafrey tersenyum.
            Harith terkedu dengan itu. Tersentak apabila nama Dannia meniti di bibir Zafrey. Bertemu bakal mertua? Dannia tu isteri aku! Ingin sahaja dia menjerit sekuat hatinya. Cemburunya datang tiba tiba. Merah padam mukanya menahan sakit hati. Pasti lelaki itu bercakap tentang gadis yang sama. Dannia itu mempunyai kekasihkah? Curangkah Dannia padanya?
            “Ehem..” Harith berdehem kuat.
            “Eh, Harith maaflah, lupa pula pada Encik Harith. Maklumlah bila bercakap pasal buah hati cepat pula lupa pada yang lain.” Zafrey sengaja membakar hati Harith yang kian kelat mukanya.
            “Oh ya? Dah berpunya lah ni ya? Siapa nama gadis yang bertuah tu?” Harith inginkan jawapan yang pasti. Dia mesti lakukan sesuatu.
            “Oh itu, you mean Dannia? Dannia Danisha the only one in my heart.” Ujar Zafrey dengan wajah bangga. Dia melebarkan senyumannya. Bangga dengan empunya diri itu.
            “Hoi, dah la tu, dia ni Encik Harith kalau bercakap pasal Cik Dannia memang macam ni. Angau sungguh.” Katanya seakan menyindir Zafrey. Sengaja mahu menambah perencah yang kian hangat. Biar Harith rasakan, Dannia mempunyai seseorang yang lebih teristimewa biar pun suaminya itu tidak menghargai Dannia. Ingin dia sampaikan maksud bahawa masih ada yang sudi mendampingi Dannia.
            Tanpa sedar, Harith mengenggam erat gelas di tangannya. Dia sungguh terkejut dengan kenyataan yang keluar daipada lelaki yang dikenali sebagi Ezmiel. Berdebar kencang hatinya, mungkinkah dia akan kehilangan gadis yang mula mekar di hatinya. Oh tidak, dia akan berjuang bermati matian demi cintanya. Dannia adalah haknya yang mutlak. Sah di sisi agama dan undang undang. Takkan dibiarkan lelaki lain merebut sekeping hati milik isterinya.
Encik Harith, saya minta diri dulu.” Ezmiel pantas meminta diri sebelum meninggalkan Harith bersama Zafrey.

            “Saya pun sama Encik Harith, saya minta diri dulu, takut nanti lama yang menunggu. Dan selamat bekerjasama sekali lagi. Assalamualaikum..” Zafrey menghulu tangan, berjabat tangan sebelum meninggalkan Harith yang keresahan di situ. Dia kembali duduk di kerusi. Kepalanya kini terasa pusing dengan tiba tiba.  Berfikir ke mana mahu dimulakan menjejaki Dannia. Sudahlah penat terbang dari Penang ke Kuala Lumpur masih terasa, kini dia dibebani dengan penemuan lelaki yang menaruh hati pada Dannia. Di kepalanya berfikir macam macam. Bagaimana jika Dannia membalas rasa cinta untuk lelaki itu? Dan lebih membimbangkannya jika Dannia menuntut supaya dilepaskan untuk bersama dengan Zafrey. Argh! Dia tidak boleh terima semua ini. Ya Allah bantu aku ketemukan dengan isteriku..


No comments:

Post a Comment