Tuesday, May 29, 2012

BAB 23 [KASIHKU YANG SATU]

Bab 23


                Dannia melangkah masuk ke dalam bilik bersebelahan dengan bilik Zafrey. Itu pun dia tahu apabila ternampak tanda nama yang diletakkan di muka pintu bilik. Bersebelahan bilik kanannya pula bilik Ezmiel. Itu bermaksud biliknya berada di tengah tengah antara keduanya. Wah, ada bodyguard ni..bagus betul.
            Pintu bilik yang terukir namanya di buka perlahan lahan. Wah!! Hampir terbuntang biji matanya apabila melihat warna bilik yang dihias cantik. Warna putih dan purple, cantik. Memang kena dengan citarasanya. Rasanya inilah kali pertama dia berasa puas dengan memiliki bilik yang begitu cantik sepanjang dia singgah di muka bumi ini. Sebelum ini memang dia selalu mengimpikan sebuah bilik yang cantik dan mewah.. namun tak sangka angannya akan menjadi realiti. Apatah lagi dirinya kini merupakan anak jutawan. Terasa semuanya seakan mimpi.
            “Cantiknya..” desisnya perlahan. Zafrey di belakang hanya memerhati tingkah Dannia. Dannia pula tidak sedar akan gerak gerinya diperhatikan oleh lelaki itu. Terlalu asyik dengan pemandangan dihadapannya..adakah dia bermimpi di siang hari? Dannia mencubit perlahan pipinya yang gebu. Auch! Sakitnya.
            “Isya tak mimpi lah. It’s reality..” Zafrey tergelak kecil. Pertama kali memanggil Dannia dengan panggilan manja gadis itu terasa mahu tergeliat lidahnya. Zafrey ketawa lucu dengan tingkah Dannia yang selalu mencuit hatinya. Keletah dan gelagat yang keanak anakkan adik bongsunya itu terlalu menenangkan hati walaupun hanya selamba. Hatinya berlagu riang dengan kedatangan ahli baru dalam keluarganya. Kedatangan yang ditunggu tunggu selama belasan tahun akhirnya muncul juga. Terasa macam bermimpi adiknya kini berada di depan mata.
            “Abang Zaf, mana Abang Ez tak nampak batang hidung pun?” Dannia mula mencapai baju yang terlipat elok di dalam beg lalu dikeluarkannya. Bajunya itu perlu di susun ke dalam almari. Semak matanya melihat dengan perbagai beg bermacam saiz yang terdampai di lantai ruang biliknya. Dannnia mula bertanyakan kelibat abang keduanya yang tidak nampak semenjak dia tiba di rumah agam itu. Tangannya lincah mengambil satu persatu pakaian untuk dimasukkan ke dalam almari. Cuma pakaian kecilnya masih berada di dalam beg itu. Malu dengan Zafrey yang berada di biliknya itu. Rasa segannya masih menebal walaupun  Zafrey adalah abang kandungnya.
            “Mana lagi, duk enjoy dengan aweks dia la.” Ujarnya seraya melangkah menuju ke arah katil empuk milik gadis itu. Terasa lenguh kakinya yang sedari tadi berdiri. Lalu dihempas badannya ke atas katil itu. Umph.. bestnya dapat meregangkan urat. Lirikan mata Dannia yang menjeling dibiarkan sepi. Tak Takut pun.. hehehehehe.. mukanya diselambakan seolah tidak nampak akan renungan maut itu.
            “Owh ya.. bila dia balik?” Tangannya masih lincah mengemas. Ingatnya bila dah ditunjukkan bilik lelaki itu akan keluar, ermm hampeh, selamba dia landing atas katil berhias cantik. Dia sendiri pun belum rasmi lagi.
            “Entah, selagi tak malam memang tak nampak batang hidung budak tu. Petang ni abang nak ajak beli barang sikit. Kita keluar eh?” Zafrey berura ura mahu mengajak Dannia keluar. Dia mahu meluangkan masa bersama dengan Dannia, inilah peluangnya yang ditunggu selama ini. Keluar dengan adik perempuannya. Boleh lah dia tunjukkan adiknya yang cun melecun ni kat kawan kawannya. Biar terbuntang mereka semua yang selamba mengata kat aku tak ada awek. Huhuhu...ambil kesempatan betul kau ni Zafrey. Selepas ini pasti hilang gosip yang buka-bukan mengenainya di pejabat.
            “Nak keluar buat apa?” Tangannya berhenti daripada menyusun baju. Kini dirinya beralih pula ke balkoni. Pintu sliding door di buka perlahan, membiarkan angin petang masuk. Remote aircond dimatikan.
            “Nak beli barang sikit. Kata nak buat kenduri. Mesti kena ada barangnya.” Ucap Zafrey sambil memejamkan matanya.
            “Ok” tanpa banyak bicara di terus bersetuju. Tangannya mencapai pula telekung dan tuala untuk di letakkan di penyidai kain berdekatan dengan almari soleknya. Kini barangan itu pula yang di susun dengan rapi. Setelah siap, Dannia kembali pula membuka almari yang masih belum terusik olehnya. Ingin meletakkan baju kurungnya pula. Saat dia membuka pintu almarinya sekali lagi dia terpaku dengan pakaian yang berada di situ.
‘Baju siap pula ni?’ desis hatinya pelik. Setahunya dia yang menghuni bilik ini.
“Abang Zaf ini baju siapa?” dia bertanya.
 “Bilik ni siapa punya?” tanpa menjawab soalan Dannia dia bertanya soalan yang lain kepada adiknya. Dannia mengerutkan dahi.
‘Haih, orang tanya dia, dia tanya kita balik. Bahasa melayu dapat berapa ni?’ kutuknya dalam hati.
“Mama cakap ini bilik Isya.” Ujarnya sambil tangan Dannia membelek beberapa pasang baju dan gaun yang tersangkut elok di situ. Di telitinya dengan penuh minat. Jika dilihat bukan sebarangan harga, lihat sahaja jenama, pasti beribu ringgit.
“Yang itulah tuannya.” Zafrey menukar posisinya. Kali ini dengan gaya meniarap. Mukanya di palingkan ke arah Dannia. Masih memerhatikan Dannia yang sedang berkemas. Tidak terasa mahu kembali ke biliknya. Lepak di sini lagi best fikirnya.
“Hah, biar betul. Semua ni ke?” dengan tidak percaya dia kembali meminta kepastian.
“Yalah sayang oi..”
Dannia mencebikkan bibirnya apabila mendengar jawapan Zafrey. Geram dengan jawapan seolah mahu mempermainkannya. Lain benar perangai yang kini terpamer di hadapannya dengan perangai yang ditunjukkan sebelum lelaki itu menjadi abangnya dalam kata yang sebenar.
Rasa gembira turut terpamer di ruang wajahnya apabila baju tersebut adalah miliknya. Cantik! Pandai betul mama pilih.
 “Minta tolong boleh?” pintanya. Matanya memandang Zafrey.
“Ermmm...” Zafrey memberi respon walaupun dengan mata yang terpejam. Memberi isyarat bahawa mendengar dan juga akan mendengar bicara yang seterusnya.
“Isya nak mandi ni... so keluar boleh?” pintanya selamba. Dikerdipkan matanya beberapa kali dengan mulutnya tersenyum manis.
“Tak mahulah. Pergilah mandi. Tak ada kesan effect pun kat abang.”
‘Haih! peragai dah berubah seratus peratus. Makin mengada ngada dia nih’ kutuknya lagi. Haih, nak banyak aku buat dosa mengumpat abang sendiri nampaknya. Apa nak jadi ni Dannia oi?? Dannia menjenggilkan matanya.
Zafrey yang melihatnya mencebik, namun di hati memuji kecomelan muka keanakkan Dannia. Seumur hidupnya inilah kali pertama dia memuji perempuan. Itupun adiknya sendiri...kerana tidak mahu terikat dengan mana mana wanita, kawan kawan dan staff sepejabatnya menyangka dia sebaliknya. Huh simpang malaikat empat puluh empat, dia bukan yang jenis begitu. Namun dia tidak menyangkal, biarlah apa yang mahu dikatakan oleh orang. Dia tidak peduli. Asalkan staff perempuan di syarikat milik papanya tidak menganggu dan menggodanya. Terasa rimas apabila hampir setiap hari staff perempuan di sana menggodanya. Huh!!
“Kalau abang kata tak nak macam mana?” duganya sekali lagi dengan nakal apatah melihat gadis itu mencerlungkan matanya.
Bulat mata Dannia mendengar Zafrey berkata sedemikian rupa. Nak kena dia ni, dengan pantas dan cepat dia menyambar bantal kecil lalu dilemparkan pada Zafrey. Pap! Tepat terkena pada mukanya. Dannia ketawa kecil apabila balingannya tepat terkena pada sasarannya. Padan muka.
Menyeringai lelaki itu menahan sakit. Digosokkan hidung mancungnya. Pedih. Main kasar budak ni..
“Sakitlah” rengusnya geram. Matanya menjeling Dannia yang tersengih.
“Padan muka. Keluar cepat.” Tangannya menunjukkan ke arah pintu bilik, menunjuk arah keluar. Mukanya diseriuskan. Jelingan Zafrey langsung tidak  memberi impak yang menakutkannya. Tetapi dengan selamba dia kembali ke katil tempat pembaringan Zafrey dan menarik tangan lelaki itu supaya bangun. Apabila lelaki itu berjaya didirikan, dia menolak belakang tubuh itu dan mengheretnya ke muka pintu. Menolak keluar Abangnya.
Dannia seraya menolak pintu bilik itu. Dan kini gilirannya pula menghempaskan badannya ke atas katil. Wah, bestnya dapat berehat. Hehehe... kini dia tersenyum gembira. Terasa bebas sebebasnya, soal harith sudah sama sekali dilupakan. Tidak mahu memikirkan lagi mengenai lelaki itu. Dia sudah sama sekali tidak mahu berfikir tentang lelaki itu. Cukuplah kasih sayang keluarganya.
Dalam beberapa hari lagi dia akan bertolak ke London. Memulakan kehidupan yang baru, tanpa suami dan keluarga di sisi. Dia harus kuat, yang penting masa depannya terjamin. Mujur sahaja Hanna ditempatkan sama universiti dengannya. Tidaklah dia berasa kekok di sana nanti. Dia menguntum senyum lagi...
Terbayang bayang bagaimana kehidupannya setelah menetap di kota sejuk itu. Tidak sabar rasanya mahu menjejakkan kaki ke sana. Dia sangat bersyukur dengan apa yang dimilikinya sekarang. Mempunyai keluarga yang bahagia dan juga masa depan yang terjamin. Ya, apalagi yang dia mahu cari, semuanya sudah berada di depan mata. Soal jodohnya, dia tidak mahu berfikir lagi. Andai kata dia bukan jodoh lelaki itu, dia akan redha. Dia tidak sedar bila dia terlena, apa yang penting lenanya kini bertemankan mimpi bahagia bersama keluarganya di sisi.
Bunyi ketukan berselang seli dengan panggilan namanya dari luar bilik menganggu tidur. Dannia cuba mencelikkan mata, terasa begitu payah seolah olah sudah digam dengan gam uhu. Lenanya terganggu, terasa begitu malas bangun dari tilam yang begitu empuk yang mengulitinya bertambah dengan angin yang sepoi sepoi masuk melalui pintu balkoninya. Dengan mata yang masih terpejam dia bangun menyebabkan  terhuyung hayang seperti orang mabuk.
“Hoi, membuta rupanya. Tengok jam dah pukul berapa? Kata nak temankan abang cari barang. Cepatlah!” terbuntang matanya melihat wajah dannia yang kuyu baru bangun tidur. Naik kematu punggungnya menunggu gadis itu di bawah. Rupanya gadis itu membuat tahi mata dia atas. Dia mula membebel.
“Isya!” zafrey menjerit betul betul di telinga Dannia. Bengang kerana dia bercakap seorang diri, gadis dihadapannya langsung tidak menghiraukannya. Hampir sahaja gadis itu terloncat dek kerana jeritan yang bisa memekakkan telinganya. Terus matanya terbuka luas, cuba memerhati sekeliling apa yang terjadi.
“Apa abang Zaf ni. Sakit telinga orang.” Mengomel kegeraman dengan tingkah laku abangnya. Sesuka hati menjerit di telinganya. Tak habis habis mahu menganggunya.
“Tengok jam dah pukul berapa?” tanpa mempedulikan rungutan Dannia, dia menyerang pula dengan soalan. Sudah terlewat benar mahu ke market membeli barang dapur.
“Ermm.. pukul tiga setengah... hah tiga setengah? Alamak tak solat lagi. Keluar.. syuh.. keluar. Nak mandi ni.” Dia menolak kembali Zafrey supaya keluar dari bilinya tanpa mempedulikan rungutan zafrey. Dia sudah terlewat mahu bersolat dan tiada masa mendengar celoteh zafrey. Dikunci pintu bilik itu dan lantas dia mengambil tuala yang tersedia di tepi pintu bilik air dan lantas masuk. Hampir satu jam setengah, dia sudah berada di ruang tamu. Bersedia untuk keluar menemani Zafrey.
Zafrey membawa dannia ke pejabat milik keluarga mereka. Sengaja dia meminta cuti pada hari ini. Ezmiel pun sama. Bila dapat tahu tentang dia mahu bercuti, dia juga turut serta. Tidak mahu ketinggalan untuk sama sama menyambut Dannia. Tetapi hampeh, entah ke mana pula Ezmiel menghilangkan diri setelah beberapa jam dia di rumah.
Perjalanan mereka hanya mengambil masa selama lima belas minit. Dannia sedikit hairan apabila kereta Zafrey membelok ke sebuah bangunan yang begitu besar. Tadi kata nak pergi market. Ni market tu ke? Tak nampak signboard pun.
“Kita kat mana ni? Tadi kata nak pergi market. Ni ke marketnya?” soal Dannia lurus. Perli pun ya jugak. Dia menjenguk sedikit ke luar tingkap melihat bangunan di hadapannya.
“Ni pejabat la. Jom lah jumpa papa dulu. Abang tetinggal dokumen kat sana. Nak ambil ni. Besok dah cuti, malas nak datang balik” ujarnya bersahaja dan terus keluar dari perut kereta. Dannia juga melakukan benda yang sama. Mengekori langkah Zafrey memasuki bangunan yang tinggi melangit.
Di lobi, semua mata memandang mereka, kemudian berbisik bisik. Dia menjadi pelik, pelik dengan orang orang yang memandangnya seperti tidak pernah melihat orang. Dannia segera berpaut pada lengan Zafrey cuba memperlahankan langkah Zafrey yang besar. Segan pun ada juga. Zafrey pula sebaliknya, dipaut bahu Dannia dengan erat, senyuman tidak lekang dari bibir.
‘Apa kenalah dengan Abang Zaf ni? Senyum memanjang’ desisi hatinya bertambah pelik.
Setibanya di pejabat sekali lagi mereka menjadi perhatian. Kali ini dengan renungan daripada staff perempuan yng memandangnya tajam dan lelaki pula dengan mata yang tidak berkelip. Mungkin tidak menyangka sekali lagi mereka semua akan berjumpa selepas majlis di Pulau beberapa minggu yang lepas.
Dannia hanya mengukir senyuman. Tidak tahu lagi apa respon yang perlu diberi. Renungan yang menikam wajahnya dibiarkan. Biarlah, bukan luak pun.
“Isya, masuk la bilik papa dulu. Jalan terus and bilik paling hujung ada tanda nama, kejap lagi abang datang.” Ujarnya sebelum memulas tombol pintu biliknya. Dannia berjalan menuju ke arah bilik yang dikatakan oleh Zafrey. Sempat dia tersenyum pada setiausaha papanya yang sopan. Pada kiraannya mungkin umurnya sudah mencecah tiga puluhan dan sudah pasti mempunyai tanggungjawab lain.
“Ya, cik nak jumpa Tan Sri ke? Dah buat appointment?” tanya wanita itu ramah sebelum Dannia membuka suara. Dannia menggarukan kepala tidak tahu mahu berkata apa.
“Boleh bagitahu Tan Sri saya nak jumpa dia?” Tanya, berat mulutnya mahu memperkenalkan dirinya yang sebenar. Pasti staff di pejabat papanya tidak tahu papanya mempunyai anak perempuan.
“Maaf cik, rasanya cik tak ada appointment dengannya kan?” wanita itu membelek buku dihadapannya. Menyemak buku harian yang digunakan untuk menguruskan jadual Tan Sri agaknya.
“Er, tapi saya nak jumpa di sekejap pun tak boleh?” soalnya lagi. Dibenaknya Cuma satu, jika tidak dibenarkan juga dia akan pergi dari sini menuju ke bilik Zafrey pula.
“Tak bo....” belum sempat wanita itu menjawab, tiba tiba pintu bilik Tan Sri Raziff terbuka dari dalam. Kemudian muncul wajah papanya, masing masing memandang wajah satu sama lain. kemudian baru lah Tan Sr Raziff tersenyum lebar..
“Isya, datang dengan siapa. Tak bagitahu papa dulu nak datang sini?” ujar Tan Sri Raziff seraya menapak menuju ke tempat setiausahanya.
“Tak tahu pun nak singgah sini. Abang Zaf yang ajak tadi. Papa apa khabar?” dia segera meraih tangan Tan Sri Raziff dan dukucup tangan kasar itu.
“Baik. Ni dari mana? Bukankah Zaf cuti hari ni?’ soalnya sedikit hairan. Pelik dengan kehadiran anak terunanya lewat petang di pejabat.
“Dia nak ambil barang yang tertinggal. Kami nak pergi beli barang sikit.”
“Oh ya, kenalkan ni anak perempuan bongsu saya, Dannia. Ni setiausaha papa, panggil je Kak Nisah.” Tan Sri Raziff memperkenalkan keduanya apabila melihat riak wajah jelas terkejut di muka Anisah.
“Maaflah, akak tak tahu Dannia anak Tan Sri, maafkan akak sekali lagi.” Ujarnya tergagap gagap.
“Tak apa, saya tak kisah pun.” Dannia tersenyum manis cuba menghilangkan rasa resah dihati wanita itu.
“Saya tak pernah tahu pun Tan Sri ada anak perempuan. Patutlah saya lihat mukanya ada iras Puan Sri. Cantik macam ibunya.” Sempat wanita yang dikatakan setiausaha papanya memuji dirinya. Dia malu sendiri.
“Erm memang macam ibunya. Oklah, jom ikut papa masuk.” Dia tidak berminat mahu menceritakan kehidupan Dannia sebelum ini. Cuba dirahsiakan daripada umum. Tidak suka hal keluarganya diketahui umum. Dia mengajak Dannia masuk ke biliknya untuk berbual lebih lanjut. Lama juga dia tidak berjumpa anaknya itu, hampir tiga minggu lamanya.
Hampir beberapa minit, Zafrey pula mengetuk bilik Tan Sri Raziff untuk menjemput Dannia dan bertolak ke tempat yang dituju. Dia tidak mahu mereka akan terperangkap dengan kesesakan jalan raya. Dia agak berpuas hati dengan apa yang dilakukannya. Tujuan asal ke sana hanyalah untu memperkenalkan Dannia pada staffnya. Mahu mematikan segala gosip tentang dirinya yang dikatakan straight. Baru puas hatinya apabila melihat sebilangan staff pejabatnya yang terbuntang mata melihat gadis secantik bidadari berdampingan dengannya.
Dia masih lagi ingat semua mata memandang ke arah mereka berdua, lebih lebih lagi Dannia apabila gadis itu memaut erat lengannya ketika berjalan beriringan. Dia yakin sebentar lagi akan timbul gosip oleh ahli mesyuarat tingkap yang tidak bertauliah yang di lantik oleh ahli ahli tersendiri.
Zafrey menoleh jam di dashboard kereta, sudah hampir jam lima petang, perjalanan ke sana mengambil masa sedikit lama kerana kesesakan lalu lintas. Sesekali matanya menjeling sekilas melihat Dannia di sebelah yang asyik termenung. Entah apa yang berada di fikiran adiknya.
Are you okay?” lagu yang berkumandang di perlahankan. Mahu memberi sepenuh tumpuan pada bicara yang akan keluar dari mulut merah itu. Dia mahu mengetahui apa tersirat di hati gadis itu.namun gadis itu diam membisu seolah olah dia tidak mendengar pertanyaan darinya.
“Isya..” tegurnya lagi sedikit kuat sekaligus membuatkan gadis itu memandangnya dengan terpinga pinga. Zafrey tersenyum kecil, memang sah Dannia tidak mendengar pertanyaannya sebentar tadi.
Wajah itu masih terkebil kebil memandang Zafrey yang telah mengalihkan pandangannya memandang ke depan.
“Fikirkan apa? Ermm? Masih ingatkan dia?” tanyanya kembali.
“Siapa?” tanyanya kembali kurang mengerti siapa ‘dia’ yang dimaksudkan oleh Zafrey. Kepalanya berputar ligat berfikir mencari empunya diri ‘dia’.
“Harith..masih terfikirkan dia?” bukan bermaksud mahu menoreh luka kembali, tetapi mahu mengorek perasaan Dannia pada lelaki itu. Dia berharap sangat agar Dannia tidak jatuh cinta pada lelai itu. Dengan perangai yang agak tidak digemari.. Bukan, boleh dikatakan teruk. Sehingga sanggup menghalau isterinya yang masih sah di sisi undang undang hanya kerana wanita lain. Sungguh dia tidak boleh terima akan hal yang satu itu. Harith adalah lelaki yang paling bodoh yang pernah ditemuinya, lelaki sebaik Dannia ditolak dan wanita yang entah apa apa itu juga yang diagung agungkannya.
“Ermm, tak lah. Malas nak ambil tahu hal dia lagi. Biarlah masa yang menentukan semuanya. Isya dah tak kisah, yang penting masa depan. Isya masih boleh bertahan jika dia tidak ada. Dah terbiasa dengan semua itu.” Dengan nada bersahaja ayat itu meniti di bibirnya, walaupun hatinya sedikit sebanyak terluka ketika meluahkannya. Dia harus akur dengan itu semua. Lelaki itu tak mungkin akan mencarinya, malah bersyukur kerana berjaya menghalaunya dari kehidupan lelai itu. Entah entah sekarang ini tengah mengadakan kenduri kesyukuran. Jahat sungguh akalnya berfikir sehingga sebegitu rupa..
“Abang harap dia sedar suatu hari nanti. Dia akan menyesal dengan perbuatannya kerana melepaskan isteri sebaik Isya. Kalaupun bukan jodoh kamu berdua, abang yakin, Isya akan dapat lelaki yang lebih baik dari Harith. Abang yakin itu..” dia mencapai tangan Dannia dan digengamnya erat. Memberi semangat kepada gadis itu.
Dannia hanya tersenyum hambar. Entah kenapa dengan dirinya sejak akhir akhir ini, agak sensitif jika dibangkitkan soal Harith. Dirinya akan terasa begitu sebak dan hatinya terasa begitu remuk. Tidak mungkin dia rindukan lelaki itu..Tidak mungkin! Dia memejamkan matanya, cuba menghilangkan wajah yang kian terbayang di ruang matanya kini. Ya Allah, tabahkanlah hatiku..



“Eh, Puan Sri. Ini anak kamu yang mana buat kenduri ni. Selama ni I tak tahu pula you ada anak perempuan..” sela jirannya Datin Maimunah kehairanan.
“Oh, ni anak bongsu saya. Sebelum ni dia tinggal kat keluarga angkatnya kat Johor. Sekarang ni baru tinggal dengan I. Nantilah I kenalkan pada you nanti.” Jawab Puan Sri Kamilia ceria. Ramai juga kenalannya yang datang. Ingatkan hanya sebilangan sahaja yang datang walaupun hampir kesemua rakan rakannya dijemput. Tentu sahaja mereka datang menunjukkan muka. Ah sudah biasa dengan itu semua. Manusia, bila kita kaya dengan pangkat dan harta mudah sahaja mereka menampakkan wajah. Cuba jika keluarganya jatuh mendadak, pasti tiada seorang pun datang. Sudak serik dengan situasi itu. Sudah lali. Itulah bezanya dengan keluarga yang besederhana seperti keluarga Encik Zamani dan Puan Diana.
“Yalah. Nanti boleh juga I kenalkan anak bujang I dengan anak you. Kalau berkenan, rezeki sayalah nak berbesan dengan you Puan Sri.” Mengekek ketawa wanita yang hampir lewat usianya dari Puan Sri Kamilia.
 ‘Ermm, dah tunjuk taring la tu. Jangan haraplah. Anak aku dah kahwin. Nak jodohkan anak aku dengan anak bujang senang dia tu, lebih kurang dengan Harith jugak. Baik tak payah’ dalam diam Puan Sri Kamilia mengutuk sendirian. Namun wajahnya masih dimaniskan. Sebenarnya dia cukup meluat dengan situasi ini. Penuh hipokrit. Bukan mahu menuduh tetapi dia sendiri sudah masak benar dengan perangai jirannya itu.
“Insy’allah Datin, kalau ada jodoh antara mereka tu. Adalah. Oh ya, Datin datang seorang sajakah? Jasmine mana?” soalnya sekadar berbasi basa dengan tetamu yang datang. Teringin juga dia melihat anak perempuan Datin Maimunah dari dekat. Sebelum ini dia hanya melihat gadis itu dari jauh.
“Oh, dia..erm, dia ada kerja. Mungkin lewat sikit dia sampai agaknya. Oklah Puan Sri, saya minta diri ke sana sebentar ya. Bye” dengan gugup dia meminta diri. Ingin lari daripada Puan Sri bertanyakan perihal anak gadisnya yang liar.
‘Aku dah agak da. Senang je pun nak buat dia lari dari bertampal di sisi aku. Hai Maimunah, bilalah kau ni nak bertaubat...’
“Sayang, cantik betul anak mama malam ni.” Puan Sri Maimunah mendapatkan Dannia yang hanya memakai baju kurung moden berwarna hitam berbunga pink lembut. Sesuai benar dengan bentuk badannya dan selendang panjang berwarna rona pink dikenalan di kepala. Bertambah ayu..
“Mama... dah makan? Ibu dan abah dah makan ke?” dari tadi mamanya sibuk melayan tetamu. Dia pula nai risau melihat wanita itu berulang alik ke sana ke mari. Sambil itu sempat juga mencari kelibat ahli keluarganya yang lain.

“Assalamualaikum..selamat malam saudara dan saudari sekalian. Malam ini saya ingin memperkenalkan satu satunya puteri dalam keluarga kami, Danisha. Majlis yang diadakan malam ini adalah sempena mensyukuri limpah kurnia rezeki untuknya yang tidak lama lagi akan menyambung pelajarannya ke luar negara. Dengan ini, marilah kita sama sama berdoa supaya anak saya selamat pergi dan pulang dalam memperjuangkan masa depannya.” Serentak itu, giliran Encik Zamani pula membaca doa buatnya diiringi oleh Tan Sri Razlan mengaminkan doa tersebut. Alhamdulillah kerana kedua buah keluarga ini merestui pemergiannya ke sana dengan aman. Semoga aku berjaya mencapai cita citaku. Amin....


No comments:

Post a Comment