Bab
19
“Assalamualaikum
Nia.” Suara di hujung talian kedengaran begitu mendatar. Suara Puan Diana
bernada bimbang dan resah.
“Waalaikumsalam, Ibu.. apa khabar?” Pelik dia dengan suara mendatar ibunya. Apa
yang tak kena pulak eh? Musykil aku..selalu ceria aja apabila ibunya menelefon.
Tapi kali ini berbeza, ketara sungguh suara ibunya di pendengarannya.
“Baik. Nia macam mana? Ada masalah
tak sepanjang duduk sana?” Kali ini suara ibu bergetar seolah olah menahan
sebak, hatinya terasa semacam. ‘Ya Allah jauhkan dari semua kecelakaan, lindungi keluargaku Ya Allah’
“Tak ada pulak bu. Kenapa ni, suara
lain macam je ni?.” Dannia resah gelisah. Suara Puan Diana begitu
membimbangkannya seolah ada sesuatu yang cuba disembunyikan dari
pengetahuannya. Ibu ni buat aku cuak pula. ‘Kenapa hati aku rasa semacam je.
Tak boleh jadi ni. Kena tahu juga walau macam mana pun. Tak tenang aku kat
sini.’ Hatinya berdegup kencang.
“Dannia, ibu ada benda nak cakap ni.
Tapi tak selesa kalau nak bincang kat sini. Hujung minggu ni Nia balik rumah
ya. Kami semua ada benda nak bincang ni. Balik ya, sayang?” Dannia bertambah
bimbang. Dia yakin ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh ibunya itu.
“Ok la ibu, kalau tak ada aral
lintang, Nia balik. Semua baik baik aje kan bu? Jangan risau. Maaf bu, Nia tak boleh cakap
lama ni. Kelas dah nak mula. Jaga diri ya. Kirim salam kat semua.
Assalamualaikum”.
“Yalah. Nia pun sama.
Waalaikumsalam.” Dannia terus sahaja mematikan talian sebaik sahaja talian di
hujung sana sudah tidak kedengaran lagi. Termanggu dirinya sebentar. Otaknya
ligat memikirkan perkara yang mahu dibincangkan oleh ibunya. Soalannya tadi tak
terjawab oleh ibu. Puan Diana tidak mahu dia mengetahui apa yang sebenarnya
terjadi. Makin sesak dadanya. Soal diakah?
“Nia.” Hanna menyiku lengan Dannia
apabila sapaannya tidak mendapat reaksi. ‘Minah ni kenapa pulak.. sekejap ok sekejap tak ok. Entah apa pula masalah budak
Dannia kali ini. Desis hatinya apabila melihat dannia termenung panjang sebaik
sahaja dia bercakap melalui telefon.
“Nia, kau kenapa?” Hanna cuba
mengorek rahsia Dannia. Hairan juga melihat gadis itu, langsung tidak memberi
seberang reaksi padanya. Selalunya pantang diusik laju je tindak balas. Maklum
lah kanak kanak ribena.
“Hanna, aku ingat nak balik kampung.
Ibu call tadi suruh balik. Entah apa
yang berlaku. Aku risau betul Hanna.”
Dannia meluahkan apa yang terbuku dihatinya. Pada Hanna sahaja dia dapat
berkongsi masalah. Dia tiada sesiapa di sisinya melainkan Hanna. Hanya gadis
itu yang boleh dipercayainya.
“Kau janganlah bimbang. Berdoa
banyak banyak semoga semuanya baik baik je. Habis tu bila kau nak balik ni?
Hujung minggu ke?” Hanna berkira kira. Kalau hujung minggu ni rasanya tak ada
apa yang penting. Semua assignment dah
submit. Test semua baru je
lepas.
“Ha’ah. Hujung minggu apanya. Lusa
kan dah cuti. Kalau boleh aku nak balikla. Kau nak ikut sekali tak ni?” Hanna
diajak pulang sekali dengannya. Mahu pulang keseorangan tak larat pula. Mesti
bosan jika memandu sendirian. Nasib baik keretanya dibawa ke rumah sewa setelah
kejadian ‘itu’. Itupun Harith yang kirimkan pada abah dan abang abangnya ketika
pertemuan terakhir lapan mata.
“Boleh juga. Aku pun dah lama tak
balik ni. Mak aku dah bising dah. Kira balik sekali lah ni ya.”
Petang itu, setelah tamat sesi
kuliahnya, beberapa kali juga dia memujuk alongnya untuk menceritakan apa yang
terjadi. Namun lelaki itu hanya mendiamkan diri dan menyuruhnya pulang sahaja.
Biar ibu dan abah yang bercerita ke semuanya. Syahmin sebolehnya cuba mengelak
dan memesong mencari topik lain jika Dannia bertanyakan tentang hal ibu.
Apabila tiada tanda tanda alongnya akan memberitahu hal yang sebenar, tangannya
laju mendail nombor Syahmir pula. Tapi hanyalah sia sia, angahnya juga tidak
memberitahu apa apa padanya. Sudahnya dia hanya mengeluh dan mengalah.
“Baik angah cakap apa yang terjadi
sebenarnya kat kampung..” Tanpa memberi salam, dia terus melontarkan
pertanyaan. Sehingga lupa akan rutinnya apabila menjawab telefon seperti
kebiasaannya. Dia akan mendesak sedaya upaya yang mampu supaya angahnya
bercerita.
“Apa ni adik. Salam tak bagi, terus
terjah orang. Assalamualaikum...” Syahmir menyindir. Niatnya hanya untuk
bergurau. Terasa geram juga apabila adiknya sesuka hati melontar peluru
bersoalan. Salam langsung tidak diberi seperti kebiasaannya.
“Apa yang terjadi sebenarnya? Mesti
angah tahu kan?” Dannia bertanya lagi dengan nada sedikit tegas tanpa
mempedulikan sindiran Syahmir. Salam Syahmir hanya dijawab di dalam hati. Tiada
langsung nitnya untuk membalas kembali gurauan Syahmir. Hatinya membuak buak
ingin tahu perkara sebenarnya.
“Tahu apa ni? Salam tak jawab pun.”
Syahmir yang seakan sudah tahu akan Dannia pasti menelefonnya, sudah bersiap
sedia dengan sesi soal jawab tak bertauliah adiknya. Malah, Syahmin sendiri
telah memberi amaran kepadanya supaya jangan memberitahu apa apa pada Dannia
jika gadis itu menelefonnya.
“Dah jawab dalam hati. Angah, please jangan nak buat tak tahu pula. What happened?” Dia terasa ingin
menjerit. Sakit hati, geram, bimbang dan rasa ingin tahu semuanya bercampur
menjadi satu. Syahmin dan Syahmir seakan sudah bersedongkol untuk tidak
memberitahunya atau mungkin benar Syahmir langsung tidak mengetahui apa yang
dimaksudkannya.
“Adik, relaks ok. Angah betul tak
tahu apa yang adik cakapkan ni.” Tenang sahaja jawapan Syahmir.
“Angah please, I know you hiding something from me. Come on la, I hate a liar.”
“Apa ni Nia, kan angah dah cakap
angah tak tahu pape pun, What are you talking about.”
“Fine.
Adik takkan tolong angah lagi kalau angah tak mahu cakap.” Ugut Dannia geram.
Dia berjalan keluar menuju ke halaman rumah. Lebih selesa jika mahu bertekak
dengan Syahmir. Lagipun dia tidak mahu Hanna tahu apa yang cuba dirancang
olehnya untuk menyatukan Syahmir dan Hanna.
“Lepas
ni angah tackle sendiri Hanna. Malas
dah adik nak ambil tahu.” Suaranya dikendurkan sedikit apabila nama Hanna di
sebut. Bumbang juga jika Hanna akan perasan jika dirinya tuut diselitkan dalam
perbualan dua beradik.
“I count it until three..”Sambungnya
lagi. Hanya itu satu satunya idea yang terlintas difikiran apabila Syahmir
tidak mahu memberi kerjasama. Mesti angahnya akan berfikir dua tiga kali.
Angahkan penakut kalau perihal hati dan perasaannya.
“Eh, jangan lah macam tu. Kejam
tu..” meleret suara dihujung talian. Sayu sahaja suaranya apabila perihal Hanna
diungkit. Habislah, pada siapa dia mahu berharap mahu mendapatkan perhatian
gadis pujaannya itu?
‘eh, boleh dia ni main main lagi.
Tak boleh jadi ni.’ Semaikn geram apabila Syahmir meleretkan suara. Pertanyaannya
haramm nak dijawab.
“Bagitahu cepat.” Dannia semakin mendesak.
Dah lama dia bergayut. Dah la kredit tak banyak ni. Adui angah, please bagitahu...dia benar benar
tersdesak kali ini, dan juga cemas jika kreditnya hanya tinggal ‘sejemput’
untuk berbicara.
“Macam mana angah nak cakap, angah
tak tahu apa apa pun. Adik jangan lah macam tu. Siapa yang nak tolong angah
lepas ni. Please..” kedua belah
tangan ditekapkan bersama, merayu kononnya. Macamlah Dannia nampak reaksinya
ketika ini.
“Habis tu adi...” Tutt!! Tut!!
“Hello...Hello..!!” Shit..topup dah
habis. Ish time ni lah dia nak habis. Bertambah rungsing jadinya apabila
jawapan yang dimahukan. Arghhhh!! Dannia menjerit kuat. Geram dan sakit
hatinya.
“Hoi, kau ni kenapa. Kena sampuk
ke?” marah Hanna. Terkejut bukan main hinggakan terconteng sedikit dakwat
pen pada kertas yang sedang ditulis di
ruang tamu. Dari sebalik cermin dia mengintai Dannia ke luar. Jeritan Dannia
begitu kuat kedengaran. Mahu dipelangkung dengan jiran mereka nanti.
Dikerling
gadis itu yang duduk agak jauh darinya. ‘Makhluk mana yang sampuk kawan aku ni
malam malam buta. Dengar dek jiran nanti tak ke haru kena sound.’ Dah lah, perumahan yang dihuni mengamalkan amalan harmoni
dan senyap pada waktu malam. Kiri dan kanan dihuni oleh keluarga yang mempunyai
anak kecil. Hanya sesuku sahaja yang dihuni oleh pelajar. Malah, awal awal lagi
dinasihatkan supaya tidak membuat bising atau kecoh pada waktu malam.
“Tension
aku tahu tak. Buah hati kau ni lah, langsung
tak tolong aku.” Luah Dannia geram. Dia kembali ke ruang tamu tempat
Hanna mengulangkaji.
“Buah hati aku? Siapa pula nih. Kau jangan Nia..” Hei budak ni. Nak
kenankan aku dengan siapa pulak la.
“Hai buah hati sendiri tak kenal.”
Perlinya perlahan. Hatinya masih berbuku geram, malas mahu menyebut nama
angahnya. Kalaulah angahnya ada di depan mata, sudah lama dilukunya, biar
bertelur sebiji dua di dahi. Baru puas hatinya.
“Malas la aku nak layan kau. Aku study lagi bagus.” Hanna segera ke
biliknya. Malas nak ambil tahu pasal Dannia, lagipun jika ditanya pada gadis
itu ketika tengah marah, pasti tidak ditemui jawapan. Kena sembur lagi adalah,
daripada kena sembur, baik dibiarkan cool
dahulu.
Hari yang di nanti akhirnya tiba
jua. Dari semalam dia sudah siap mengemas bajunya untuk dibawa pulang. Hatinya
meronta ingin pulang ke kampung dan mengetahui apa yang telah terjadi semasa
ketiadaannya. Sebaik sahaja kuliahnya tamat, Dannia terus mengheret Hanna
pulang. Bagaikan mengerti perasaan Dannia, Hanna juga bersiap awal sama seperti
sahabatnya itu.
Hampir
tiga jam memandu, akhirnya sampai juga dia di Kedah. Nasib sahaja Penang dan
Kedah tidaklah begitu jauh. Walaupun sekejap, namun ia amat memenatkannya.
Terasa kejang seluruh urat sarafnya duduk tegap di atas kerusi. Apatah lagi
mereka berkejar masa untuk pulang ke rumah dan bersiap sebelum balik ke Kedah.
“Assalamualaikum...ibu” Dannia memberi salam
sebaik sahaja keluar daripada kereta viva hitam miliknya. Terkocoh kocoh
berlari menuju menaiki tangga. Beg di tangan di bimbit dengan kemas. Sebaik
sahaja melihat kelibat Puan Diana dan Encik Zamani di halaman belakang rumahnya
sedang mengambil angin, laju langkahnya menuju ke arah mereka. Rindu pada umi
dan abah sangat sangat.
“Umi..abah..”
sapanya dengan wajah gembira.
“Adik..
bila sampai?” Puan Diana segera berpaling apabila mendengar suara anak
gadisnya. Terkejut dengan kedatangan anak bongsunya di rumah. Disangka Dannia
akan pulang pada hari esok memandangkan esok bermulanya cuti hujung minggu.
“Baru
je umi.. Umi dan abah sihat?” segera dicapai tangan umi untuk di salam, diikuti
tangan abahnya.
“Adik
sihat tak ni? Makin kurus umi tengok. Tak cukup makan ke?” Puan Diana perasan
tubuh Dannia yang sedia kurus kini semakin kurus. Mungkin penangan yang dari
Harith dan mungkin juga tertekan dengan pelajaran. Tapi kemungkinan kedua yang
di pilihnya, walaupun hatinya kuat menyatakan anaknya semakin kurus kerana
kemusnahan rumah tangganya.
Dalam
senyuman, Puan Diana menyusun ayat yang sesuai untuk memberitahu berita yang
ingin disampaikan oelh mereka berdua. Entah macam mana mahu di beritahu jika
anak gadisnya bertanya alasan mereka akan berpindah. Bagaimana mahu diterangkan
akan cemuhan orang kampung pada mereka sekeluarga. Dia sendiri sudah tidak
tahan akan semua ini. Bukan mahu mengalah, tapi ini bukanlah elok untuk mereka
sekeluarga. Lebih lebih lagi dengan kesihatan Encik Zamani yang kian merosot.
Bila mereka berpindah kelak, mungkin keadaannya akan bertambah baik.
Mereka
semua telah berbincang masalah ini, cuma Dannia yang belum tahu. Malah Syahmin
juga bersetuju mahu berpindah ke kampung halaman ayahnya di Johor.
Pertukarannya akan bermula tak lama lagi, cuma Syahmir yang tidak dapat
mengikuti mereka kerana syarikat yang dikongsinya bersama. Syahmir cuma akan
berpindah ke rumah sewa bersama kawannya yang agak berdekatan dengan tempatnya
bekerja.
“Ibu..sebenarnya
kenapa ibu suruh adik balik ni?” teragak agak dia bertanya. Bimbang jika ibunya
terasa hati. Tidak mahu dikatakan dirinya dipaksa pulang dan kepulangannya ke
sini adalah tidak ikhlas.
“Itu
kita bincang kemudian. Adik dah makan belum ni?” Dannia mengeluh. Jawapan yang
dicari masih belum diketahui. Hairan bin ajaib dengan perangai ibu kali ini.
Puan Diana seolah olah ingin menyembunyikan sesuatu dari pengetahuannya. Sabar
Dannia, pasti sekejap lagi jawapan pasti ditemuinya.
“Belum
bu. Laparla...” rengeknya kemudian dengan nada yang manja.
“Adik
nak makan sekarang atau nak tunggu along dan angah pulang?” kepala Dannia
diusap penuh kasih sayang. Kemudian dielus pula bahu Dannia. Sayang benar
dirinya pada Dannia. Anak gadisnya ini sangat manja dengan sesiapa sahaja yang
rapat dengannya.
“Tunggu
diorang la ibu. Boleh kami makan sekali.” Dannia berbaring di pangkin tempat
mereka duduki. Kepalanya diletakkan pada peha ibunya. Ah.. bestnya dah lama
mereka tidak berkeadaan begitu. Puan Diana yang melihatnya hanya tersenyum.
“Manja
betul anak ibu ni kan. Selalu cengeng.”
Rambut Dannia yang panjang dielusnya pula. Cantik.. pandai anak gadisnya
jaga. Mesti ikut rambut ibu atau bapanya. Rambut hitam berkilat dan beralun
dibahagian bawah, jika dilihat dari jauh rambut itu berwarna coklat. Sangat
cantik. Ramai orang puji rambut gadis itu, malah ada yang bertanya dimana gadis
itu buat rambut..
“Mana
ada bu. Adik cengeng dengan ibu je. Dengan orang lain adik ni garang tau”
“Yelah
tu. Boleh percaya ke ni?”
“Mestilah
kena percaya. Adik kan anak ibu.”
“Amboi,
mengada ngada baring kat peha ibu. Tepilah sikit. Bagi orang lain pulak.” Suara sumbang kedengaran di
cuping telinganya. Ditolaknya badan Dannia sedikit kuat sehingga jauh tersasar
ke belakang.
Tu
dia, pengacau dah balik. Tak payah berpaling dia sudah tahu satu satunya
makhluk yang selalu mendengki dengannya. Syahmir! Dia ni kalau satu hari tak
tengok hidup aku aman memang tak sah la gamaknya. Ada je benda nak buat aku
bengang.
“Sibuk
la lalat hijau ni.” Ambik kau sebijik. Dari tadi duk sibuk mengerumuni tempat
baringnya.
“Biarlah.
Dengki la tu.” Syahmir ketawa kemenangan apabila Dannia mengalah, sebab apa...?
mestilah tak larat nak alihkan badannya. Ada hati badan cekeding macam papan
nak alihkan badan aku yang sasa ni. Tunggu tahun depan jelah...hahaha..
“Angah
ni, asal orang balik je buat orang bengang. Menyampah, dah la..nak masuklah
macam ni. Tunggu along lagi bagus.” Ditinggalkan Syahmir yang masih lagi ketawa
lucu. Entah apa apa la dia tu...
Sementara
menunggu Syahmin pulang, Dannia masuk ke biliknya. Baru teringat dia belum lagi
mengemas baju yang dibawanya. Sampai je tadi, terus ibu dan abahnya dicari.
Begnya dicampak diruang tamu. Segera diambil beg garfieldnya lalu didukungnya
persis mendukung anak kecil ke dalam dakapannya. Dia ingin mandi dahulu sebelum
makan tengaharinya. Sambil menunggu bolehlah dia melayan novel novelnya. Entah
bagaimana dengan koleksi novel yang disimpan olehnya. Agak agak berhabuk tak..?
Makan tengahari mereka sekeluarga
bertambah meriah dengan kehadiran along dan isterinya Kak Zana, tak lupa juga
anak buahnya Memey. Lama wajah anak itu tidak dipandang, hampir setahun juga.
Waktu majlis kahwinnya, dia terlalu sibuk sehingga terlupa akan satu satunya
anak buahnya itu. Apa punya ibu saudara la aku ni... Kalaulah Memey pandai
bercakap mesti budak tu kata aku ni sombongkan. Sorry sayang, Tanter tak
sengaja tau..
“Tanter..tanter” Memey menjerit
nyaring memanggilnya. Tanter, itulah
panggilan untuknya yang sering diajar Syahmir kepada anak buahnya yang satu.
Pada mulanya Dannia tidak setuju, tahu sangat akan kegemaran panggilan itu oleh
Syahmir. Angahnya gila Indonesia, kesemua lagu seberang disukainya sehingga
terbawa bawa kepada percakapannya.
“Ye sayang. Nak apa?” kepala anak
kecil itu diusap perlahan. Tercungap cungap menahan nafas. Sedikit letih,
lagipun kedudukannya memang jauh daripada anak kecil itu.
“Nak kerimm...” tangannya menunjuk
ke arah satu arah, matanya melihat kearah yang ditunjukkan. Dilihat ramai kanak
kanak mengerumuni tempat itu..Oh Ice
cream rupanya. Dannia tersenyum mendengar satu-satu anak buahnya bercakap.
Masih pelat walaupun berumur hampir dua tahun.
“Jom..jom...” tangan si kecil di tarik
mengikutinya menuju ke arah penjaja ice
cream di pinggir jalan. Terjerit riang Memey apabila kehendaknya diikuti.
Sampai di sana, beberapa orang sebaya dengannya turut membuat perkara yang
sama. Menunggu adik ataupun anak mereka barangkali. Dannia hanya tersenyum apabila
pandangan mereka berlaga. Namun senyumannya hanya dibalas dengan senyuman
sinis. Entah kenapa pelik dia memikirkan orang kampungnya, bukan mahu dibalas
senyuman malah hanya jelingan balasannya. Malas dia mahu memikirkan itu semua.
“Ok, jom” apabila Memey mendapat ice
creamnya, di dukung anak itu supaya beredar dari situ. Terasa tidak selesa
apabila terdengar bisikan yang yang menyakitkan telinganya. Entah kenapa
hatinya tidak enak. Apa pula kali ini yang telah dibuat sehingga menimbulkan
gosip tidak bertauliah di kampungnya.
Tiba di rumah, dia termanggu
sendirian, membiarkan Memey mencari ibu bapanya dan bermain sendirian. dia
masih memikirkan kata kata yang di dengar secara tidak sengaja..
‘kesian..ada
suami ditinggal tinggalkan’
‘yalah..agaknya
memang tak tahu jaga suami agaknya. Dengar kata digantung tak bertali’
‘Yelah..aku
pun dengar macam tu jugak. Hari tu abang aku cakap, dia jumpa laki dia dengan
perempuan lain. Gila seksi perempuan tu..’
‘Tulah,
ada hati nak berdamping dengan lelaki kaya. Kan dah kena tinggal’
‘tapi
aku dengarlah, diorang kahwin tu sebab keluarga Dannia yang minta. Terhegeh
hegeh, tak malu betul..sanggup jual anak’
Oleh
kerana tidak sanggup lagi mendengar, sengaja dia mendukung Memey supaya
langkahnya bertambah laju untuk beredar dari situ. Sakit telinganya mendengar
fitnah yang dilemparkan padanya. Sampai bila dirinya perlu dicemuh dan dihina. Cukuplah
dengan cemuhan Harith selama dia bergelar isteri kepada lelaki itu. Diharapkan
bila pulang ke kampung, dirinya bebas dan dapat menenangkan fikiran... tapi
sekarang...
Mungkinkah hal ini ada kena mengena
dengan suruhan ibu yang menyuruhnya pulang. Masih terngiang ngiang di telinga
suara ibunya yang agak berlainan ketika menelefonnya dua hari lepas. Dia mula
berasa tidak selesa berada di kampung sendiri, dulu bila ditanya di mana tempat
yang paling best..mesti kampung halaman yang dijawabnya. Tapi kini..bila
ditanya masihkah jawapan yang sama? Rasanya tidak lagi...
Untuk kesekian kalinya dia mengeluh
perlahan..kuatkah dia menghadapi cemuhan orang kampung. Bagaimana keluarganya? Hatinya?
“Ibu...” Dannia perlahan lahan
mendekati ibunya. Serba salah sebenarnya ingin bertanya, macam mana jika ibunya
tak mahu menjawabnya. Sejak dia tiba petang tadi, ibunya masih tidak memberitahunya
apa apa pun. Sudah panas punggung dia menunggu. Penantian memang satu
penyeksaan kan? Ibu jangan seksa Dannia lagi.....
“Ibu, boleh adik tahu apa sebenarnya
yang terjadi? Ibu nak tahu, tadi adik beli ais krim kat Memey depan tu. Lepas
tu ada la dua, tiga orang kat sini.. yang tak bestnya, kenapa dia tengok adik
lepas tu bisik bisik...” sengaja dia tidak memberitahu apa yang di dengar.
Mahukan lebih penjelasan, walaupun kata kata sinis tadi sudah cukup
menceritakan segalanya. Dia mahu mendengar sendiri daripada mulut Puan Diana.
Mendengarkan pertayaan Dannia,
tangannya yang ligat melipat baju terhenti tiba tiba. Nampaknya dia terpaksa
memberitahu apa yang terjadi pada Dannia. Ingatkan mahu memberitahu pada malam
ni. Tapi..gadis itu sendiri sudah tidak betah menunggu.
Puan Diana tersenyum tawar, matanya
singgah melihat wajah gadis cantik dihadapannya.
“Adik panggil abah dan semua..kita
duduk dan bincang. Abah nak bagitahu sesuatu”
Tanpa menunggu masa, Dannia
meninggalkan Puan Diana untuk mencari abah dan abang abangnya. Setelah semuanya
dipanggil, mereka semua berkumpul di ruang tamu. Puan Diana sempat menyediakan
minuman untuk mereka. Entah bila Puan Diana menyusup ke dapur menyediakan itu
semua.
“Adik tahu kenapa ibu suruh balik?”
setelah agak lama berdiam diri, Encik Zamani akhirnya bersuara. Wajah di ruang
tamu itu dipandang satu persatu dan akhir sekali barulah pandangan itu jatuh
pada wajah anak gadisnya. Melihat gelengan Dannia, Encik Zamani mengeluh
perlahan..
“Abah rasa Dannia dah tahu apa yang
terjadi pada keluarga kita kan?” Encik Zamani lagi sekali menyoal Dannia. Anak
gadisnya masih lagi membisu sebelum menjawab dengn pertanyaan.
“Abah, straight to the point. Adik tak tahu apa yang sebenarnya abah nak
cakapkan. Just tell me..” kesabarannya diuji.
“Kami dah bincang dengan semua
orang. Kita akan pindah, jauh dari tempat ni. Cuma adik yang lambat tahu. Dah
lama kami berbincang dan buat keputusan ni..” mendatar suaranya. Yang lain
hanya diam mendengar. Langsung tidak menyampuk, hanya sesekali suara Memey
bercakap sendirian, butir bicaranya yang kadang kadang sukar difahami.
“Tapi kenapa tiba tiba..?”
“Bukan tiba tiba.. dah lama
sebenarnya, tapi cuma seminggu dua ni abah dah nekad. Semua dah setuju. Hujung
bulan ni kita pindah. Rumah dah ada.” Begitu payah Encik Zamani mahu bersuara,
seolah olah ada yang cuba disembunyikan dari pengetahuannya.
“Bukan sebab adik ke?” Dannia
bertanya tiba tiba tak sempat ditahan. Dannia terkedu sendiri, kali ini
mulutnya tidak bekerjasama dengan otak. Dia mengetap bibir dengan seolan yang
tidak semena-mena terbit dari mulutnya.
Dannia mamandang pula wajah mereka
satu persatu.
Dia mengeluh lagi...
“Ibu..Abah.. adik tahu, mesti sebab
fitnah orang kampung kan? Tak payah nak sembunyi apa apa dari adik.” Rasa
bersalah bertandang dihati. Kali ini dia telah menyusahkan keluarga, disebabkan
dia, keluarga mendapat malu..sebabkan akukah? Tidak.. ini semua salah lelaki
itu, dia yang menyebabkan keluarganya mendapat malu..
“Ibu, abah, Nia minta maaf
disebabkan adik, keluarga kita dapat cemuhan orang kampung. Adik minta maaf
malukan keluarga. Adik...” Dia tidak dapat teruskan katanya, hanya esakan kecil
yang kedengaran. Sebak dengan apa yang menimpa keluraganya. Hanya disebabkan
dia, keluarganya turut terkena lempias. Dia betul batul rasa bersalah dan
sedih, keluarga dicemuh hanya kerana kesalahan yang tidak dilakukan olehnya.
“Adik tak salah. Mungkin takdir
keluarga kita macam ni. Kami tak kisah pun. Kami tahu siapa yang salah. Mulut
orang tak boleh ditutup, biarkan mereka. Suatu hari nanti pasti semuanya akan
terbongkar. Cuma kita kenalah redha dengan semua ini.” Kini Puan Diana pula
yang memujuk Dannia, apabila gadis itu teresak semakin kuat.
“Sudahlah adik, bawa bersabar ya.
Jangan di fikirkan sangat. Memang kami dah rancang lama nak pindah, tunggu masa
je. Bukan sebab adik semata mata.” Syahmir bangun dan duduk di sisi gadis itu
sebelum memeluknya erat. Terasa bergegar menahan tangisan yang kian berlagu
apabila gadis itu berada dalam dakapannya. Diusap perlahan bahu gadis kesayangan
mereka, cuba memujuk.
No comments:
Post a Comment