Wednesday, May 23, 2012

BAB 22 [KASIHKU YANG SATU]

Bab 22


                Bunyi bising motor diluar pagar rumahnya menyebabkan Dannia menghentikan serta merta kerjanya menyidai kain diampaian bersebelahan dengan garaj keretanya. Dia menjenguk sebentar gerangan orang yang memberi salam. Melihatkan seorang lelaki yang berpakaian uniform, Dannia bergegas meninggalkan bakul yang terisi pakaian dan segera mendekati lelaki itu. Setelah sampul bertukar tangan, dia segera mengucapkan terima kasih dan masuk semula ke dalam rumah. sempat dia membelek satu persatu sampul yang berada di tangannya.
            Sedang dia membelek satu sampul yang agak besar, matanya tertancap pada satu logo, serta merta dia menguntum senyuman. Langkah dilajukan memasuki ruang tamu. Makin kuat debaran di dadanya. Dengan perlahan dia membuka sampul berwarna coklat dengan lafaz bismillah...
            “Yes!! Yahoo...” Dannia bersorak gembira. Dia melompat girang, terloncat loncat bagaikan beruk terkena belacan. Jeritannya bergema di ruangan ruang tamu rumah batu dua tingkat. Kuat bergema memenuhi segenap ruang rumah itu. Puan Diana dan Encik Zamani yang kebetulan juga berada dirumah berlari terkocoh kocoh apabila mendengar jeritan anak gadisnya. Terkejut dengan jeritan itu, Encik Zamani sempat mencapai batang penyapu sebagai langkah berjaga jaga. Bimbang jika rumah mereka dimasuki pencuri.
            Bulat mata pasangan itu yang melihatkan Dannia yang terlompat lompat di atas sofa. Saling berpandangan antara satu sama lain. Astagfirullahalazim, budak bertuah ni..
            “Adik, kenapa sampai terlompat lompat ni. Kamu tu perempuan. Tak elok dipandang tahu?” tegas suara Puan Diana menegur anak gadisnya yang masih terloncat riang. Apa kena dengan budak sorang ni..Datang sudah perangai kanak kanak ribena dia tu. Hisy, macam manalah perangai budak ni kat tempat kerja. Kalau lah buat perangai macam ni dekat luar, mesti malu. Nanti jika ditanya, mesti tidak mengaku anak.
            “Ibu, abah...eiy.. happynya. Tengok apa yang adik dapat ni. Yahoo...” Dannia menarik tangan ibu dan abahnya. Penyapu ditangan abahnya sempat dicapai dan dibaling ke tepi..ditarik tangan keduanya menuju ke sofa. Lantas sampul tadi dihulurkan pada Puan Diana dan Encik Zamani.
            “Baguslah adik, tercapai juga kan impian nak sambung study. Tapi kenapa jauh sangat?” Puan Diana sedikit tidak berpuas hati untuk melepaskan anak gadisnya belajar jauh. Kalau setakat dalam negara ni tak apalah juga. Hanya selang beberapa buat negeri sahaja, malah tidak ambil masa yang lama untuk sampai. Jika di luar negara, berbatu batu jauhnya, itu satu masalah. Sekarang ini yang membimbangkan dirinya Dannia adalah perempuan. Agak bahaya untuknya berdikari di negara orang, malah berlainan bangsa.
            “Tak apalah ibu. Lagipun memang adik nak merasa berada di negara orang. Bolehkan ibu, abah?” Dannia betul betul mengharapkan persetujuan ibu dan abahnya. Jika tidak punahlah harapannya yang satu.
            “Kami tak boleh kata apa apa. Dah beritahu papa dan mama kamu?” Encik Zamani tiba tiba teringatkan keluarga Tan Sri Razif. Tak jadi juga jika tak beri keizinan, Tan Sri Razif juga berhak ke atas Dannia memandangkan mereka adalah keluarga kandung anak gadisnya. Kini, apa apa yang berkaitan Dannia tidak lagi boleh dibuat mengikut keputusannya seorang.
            “Belum. Kejap lagi adik telefonlah. Ibu dan abah setuju tak. Kalau boleh, adik nak keizinan dari semua orang, baru tenang adik nak belajar. Bolehkan?” Tangannya mencapai dan mengenggam erat tangan kedua tangan milik ibu dan abahnya. Dia tidak mahu jika ibu dan abahnya terasa diketepikan kerana sudah mempunyai papa dan mama. Walau bagaimanapun, Puan Diana dan Encik Zamanilah yang membesarkan mereka selama ini.
            “Macam nilah, adik bagitahu diorang dulu. Nanti kita bincang lain ya. Kalau mama dan papa dah beri keizinan, kami pun akan setuju. Kami nak yang terbaik untuk adik.” Encik Zamani memberi sepatah dua kepada Dannia, melihatkan wajah anaknya yang penuh mengharap, dia tidak mampu menolak atau melukakan hati Dannia.
            “Terima kasih ibu, abah” Dannia pantas mengucup pipi Puan Diana dan Encik Zamani sekilas sebelum memanjat tangga menuju ke biliknya yang terletak di tingkat atas. Dia mahu memberitahu Syahmir. Mesti lelaki itu tidak percaya berita yang bakal diterimanya nanti.
            Sebelum menunggu laptopnya di onkan, Dannia mencapai telefon bimbitnya, lantas nombor rumah Tan Sri Razif didail. Tiga kali deringan, taliannya diangkat.
            “Hello, mama ada?” tanpa salam, Dannia menerjah.
            “Boleh saya tahu siapa yang bercakap?” suara duhujung talian itu pula bertanya.
            Aik, aku tanya dia tanya aku balik... pembantu rumah kot.
            “Er.. Danisha ni. Mama ada?” Dannia bertanya sekali lagi apabila suara dihujung sana tidak menjawab panggilannya.
            “Oh, Cik Isya ya. Sekejap saya panggilkan ya.”
            “Hello sayang..” setelah lama menunggu, suara Puan Sri kamilia kedengaran.
            “Hello mama. Apa khabar?” Dannia berbasi basa sebelum memberitahu berita penting hidupnya.
            “Sihat. Isya sihat? Mama rindu sayang. Bila nak balik rumah mama?”  Puan Sri kamilia pula bertanya soalan yang hampir menjerut lehernya. Sejak kedatangan keluarga kandungnya dua bulan yang lalu dia belum pernah lagi pulang ke rumah asalnya. Walaupun diajak pulang, namun dia menolak dengan baik, atas alasan dia bekerja di sana. Sayang mahu meninggalkan pekerjaannya.
            “Isya pun rindu mama. Sebenarnya Isya nak bagitahu berita penting ni.” Dengan sabar dia menyusun ayat.
            Puan Sri Kamilia mengeluh perlahan apabila soalannya dibiarkan sepi. “Apa dia sayang”. Walaupun sedikit terkilan dengan anaknya yang sebolehnya mahu mengelak apabila soal ‘pulang’ dibangkitkan.
            “Isya dapat tawaran sambung belajar kat London.” Hanya sekali nafas, dia menuturkan ayatnya.
            “Betul ni? Baguslah. Course apa?” suara Puan Sri Kamilia yang sedikit sayu bertukar nada. Gembira dengan perkhabarannya.
            “Business. Mama dan papa benarkan Isya tak ni?”
            “Pergilah. Mama dan papa benarkan. Tapi mama nak Isya balik rumah dulu sebolehnya sebulan sebelum Isya nak bertolak.” Puan Sri Kamilia sudah menjangkakan hal itu, memandangkan Tan Sri Razif sendiri yang telah melihat dan tahu akan hal itu daripada kawannya sebagai pengarah di Jabatan Kementerian Pelajaran dua hari lalu. Sengaja mereka tidak mahu memberitahu Dannia.
            Dannia pula terpempan dengan permintaan Puan Sri Kamilia. Dia mengira jari, maknanya lagi seminggu. Alamak! Macam mana ni...
            “Insya’allah ma, nanti Isya beritahu ibu dan abah, ok?”
            “Mama berharap sangat. Kami ibu bapa kandung Isya. Isya faham kan?” dengan nada berharap, Puan Sri meluahkan rasa hatinya.
            “Isya janji. Mama jangan bimbang ya.” Dannia terpaksa berjanji. Terasa bersalah dengan Puan Sri Kamilia, mungkin wanita itu terasa hati dengan sikapnya, seolah olah dia tidak pernah mengharapkan kewujudan keluarga itu dalam hidupnya.
            “Ya. Mama pegang janji Isya. Kirim salam pada ibu dan abah. Nanti jangan lupa ajak mereka sekali datang, nanti mama nak buat kenduri sikit. Assalamualaikum.. Love you sayang.”
            “Ya ma. Wasalam.. Love you too.” Dannia mematikan talian sebaik sahaja talian dihujung sana ditamatkan.
            Dannia termanggu sendirian. Banyak perkara yang perlu diselesaikannya. Dalam masa seminggu, dia perlu menyelesaikan berkaitan dengan perletakan jawatannya. Terasa begitu cepat masa berlalu.. Ah...masa begitu mencemburuinya. Belum puas rasanya mahu menjalani kehidupan seperti sekarang.
            Teringatkan sesuatu, Dannia menguntum senyuman, laptopnya yang di onkan sejak tadi dicapai. Lantas jemarinya menari diatas keyboard..
            KasEh cOmeL:           Buzz!! Oleh
            Dannia segera menekan butang buzz apabila melihat Syahmir yang sedang online. Apa sahajalah yang dibuat oleh lelaki itu sekarang ini? Di tempat kerjakah?
            EmiR MacHo:            Buzz!! Waasup girl?
            KasEh cOmeL:           Guess what?
            EmiR Macho:             What?
            KasEh cOmeL:           Tekalah...
            EmiR Macho:                         Ala..bagitahulah... apa dia? Hanna?
            KasEh cOmeL:           Hish, tak ada benda lain ke? Awekss jer..No!!
            EmiR Macho:             Dah tu?
            KasEh cOmeL:           Ish, boringlah angah ni...
 EmiR Macho:                        Amboi.. yela.. apa yang angah dapat?
KasEh cOmeL:           Hanna..hehehe..
EmiR Macho:             Hah! Betul ke ni... ok.
            KasEh cOmeL:           Chit.. laju je kan kalau pasal Hanna... :p
EmiR Macho:             Gurau jelah.. Adik menang loteri ke?
KasEh cOmeL:           Harammmm...
EmiR Macho:             hehe.. Abang Shah nak belikan kereta?
KasEh cOmeL:           Tunggu kucing bertanduk dulu.. L
EmiR Macho:             kihkihkih.. nanti bagitahu along.
KasEh cOmeL:           Hehe...oklah. sebenarnya......
EmiR Macho:             Iye..sebenarnya apa..?
KasEh cOmeL:           Sebenarnya....
EmiR Macho:             Sebenarnya apa...??
KasEh cOmeL:           Sebenarnya dragon ball ada tujuh bijik kesemuanya....hahahhha..
EmiR Macho:             Chit..podah... seyes lah.. !@#$%
KasEh cOmeL:           hehehe..relaks la, sebenarnya adik dapat tawaran belajar kat London.Bestnya.. J
EmiR Macho:             Betul ke? Congrate ya, so angah yang ke berapa ni?
KasEh cOmeL:           Ke-3. Lepas abah dan ibu and mama...
EmiR Macho:             Oh...
KasEh cOmeL:           kenapa. Terasa ker? Janganlah. Abang Shah pun belum tahu lagi... hehehe buruklah muka kalau merajuk... L
EmiR Macho:              No lah, hilang la macho kalau merajuk.. :p
KasEh cOmeL:           Ceh..tak abis2 nak perasankan diri. Before adik lupa, bila nak balik? Adik dah nak balik KL minggu depan before further study. Sempat jumpa tak? Kalau tak sempat datang KL coz mama dan papa nak buat kenduri. Ibu dan abah pun ikut nanti.
Syahmir mengeluh perlahan. Dannia nak berpindah ke Kuala Lumpur? Lepas ni mesti ibu dan abah sunyi nanti. Dah la dia ada di Kedah, jarang kalau boleh balik pun. Mesti sunyi..
EmiR Macho:             Insya’allah dik. Kalau sempat angah balik. Gotta go now. Love you.. Bye.
KasEh cOmeL:           Bye.
            Dannia melemparkan tubuhnya diatas katil. Rindunya pada Syahmir mencengkam diri. Sudah dua bulan abangnya tidak pulang ke Johor. Bila ditanya jawapannya mesti tak lain tak bukan sibuk memanjang.
            Teringat akan pesannya dengan Puan Sri Kamilia, dia segera berlari turun untuk mencari Puan Diana. Dia mencari kelibat ibu dan abahnya. Aik? Tak ada... ke mana pula wanita itu menghilang. Langkahnya ke ruang tamu terhenti apabila terdengar suara orang berbual rancak di belakang ruangan dapur. Dannia meneruskan langkahnya menuju ke tempat Puan Diana dan Encik Zamani berehat.
            “Assalamualaikum bu.. abah”
            “Wasalam.. adik, buat apa tercegat kat situ. Duduk sini.” Puan Diana yang tersedar dari perbualan rancak segera manggamit Dannia. Sempat dia menghulurkan air yang dibuat sebelum menghampiri ibu dan abahnya itu. Petang petang begini seronok jika pekena ais dan juga kuih.
            “Dah beritahu mama adik?” Puan Diana bertanya tidak sabar.
            “Dah. Diorang on je. Tapi mama minta adik balik sana sebelum bertolak ke London. Dia nak adik stay sana sebulan. Maknyanya minggu depan lah. Macam mana?” dengan berhati hati menutur bicara. Dia sebenarnya agak berat hati mahu meninggalkan Puan Diana dan Encik Zamani. Apatah lagi mereka sudah dianggap seperti keluarga kandungnya.
            “Tak apalah kalau macam tu. Lagipun adik tak pernah lagi balik sana kan? Balik nanti nak ibu dan abah hantarkan?”
            “Ermm, sebenarnya mama nak buat kenduru kat rumah tu. Mama jemput keluarga kita pergi sana. Boleh bu?” matanya melihat reaksi Puan Diana dan Encik Zamani saling berganti.
            “Bila tu?”
            “Hari jumaat kita bertolak. Ahad malam kenduri tu.”
            “Ermmm... tak apalah. Kerja adik macam mana?”
            “Yang tu, esok adik bagi surat resign. Esok last adik kerja kot. Tak pun hari Khamis nanti. Tengoklah macam mana. hehehe” kuih dihadapannya diambil lalu disuakan pada mulut mungilnya. Yummy..


            Perjalanan ke Kuala Lumpur mengambil masa hampir tujuh jam. Mana tak lama jika asyik berhenti. Abangnya Syahmin follow di belakang kereta milik abahnya. Syahmir pula akan bertolak berdua dari Kedah. Ermmm... dengan siapa? Buah hatilah.. lelaki itu cukup gembira bila dia meminta tolong untuk tumpangkan Hanna dengannya. Menjerit kuat keriangan, macam budak OKU betul. Mesti lebar senyuman lelaki itu bila dapat berdua dengan Hanna. ‘Pandai pandailah kau angah ayat si Hanna tu...’
            Tiba tiba fikirannya melayang pada seraut wajah yang sudah lama tidak ditemuinya, hampir empat bulan lebih jugalah. Bagaimana agaknya kehidupan lelaki itu..? gembirakah menjalani kehidupan dengan kekasih hatinya? Jika ya, mengapa dia tidak menerima sebarang surat daripada mahkamah? Malah hanya diam menyepi.. bagaimana sebenarnya perhubungan mereka ini. Jika ada yang bertanya bagaimana dia mahu menjawab soalan itu? Apakah aku yang patut menyediakan surat itu semua? Mungkin lelaki itu sudah lupa akan kewujudan aku sebagai isterinya disaat itu dia makin berseronok dan bergembira dengan kekasih hatinya. Mungkin juga mereka sudah berkahwin. Desis hati kecilnya...
                Bagaimana reaksi lelaki itu jika dia mengetahui aku bukanlah anak dari keluarga miskin? Malah lebih tinggi pangkat daripada keluarganya? Adakah kata kata hinaan itu akan mencemari telinganya lagi..? ataupun mencari alasan lain untuk menyakiti aku demi sebuah ikatan perkahwinan tanpa rela?
Ah, Dannia buat apa lagi kau fikirkan lelaki itu. Dia sudah terpadam dari kamus kehidupannya sejak lelaki itu menghina dan menghalau keluarganya tanpa rasa simpati. Tiada lagi kata maaf untuk lelaki itu..mudah mudahan.. tapi hatinya??? Dannia mengeluh lagi..
                “Adik, bangunlah. Kita dah sampai ni.” Puan Diana mengejutkan Dannia yang elok berbaring di seat belakang. Entah berapa lama dia terlena memikirkan masalah rumah tangganya bersama Harith. Dannia yang sedikit mamai, membuka perlahan matanya. Suasana yang amat asing baginya, matanya terbuka luas saat terpandang rumah agam yang tersergam indah dihadapannya. “Rumah siapa ni bu?” Mak ai.. kata nak balik rumah mama. Ni rumah siapa pulak ni..
            Puan Diana tergelak kecil melihat perlakuan anak gadisnya. Sah mamai lagi ni... perlakuan Dannia yang satu satunya susah untuk diubah sejak kecil. Mudah lupa apabila bangun dari tidur.. Rumah sendiri pun nak terkejut bagai.
            “Tekalah rumah siapa?” Puan Diana tergelak kecil melihat perlakuan Dannia yang masih terpinga dan sedaya upaya memerah otaknya. Bulat mata gadis itu melihat rumah yang tersergam indah di situ.
                “Sejak bila ibu ada kawan yang kaya raya ni bu? Tak pernah tahu pun...” Dannia cuba pula mengingati kalau ada kawan ibunya yang tidak pernah ditemui. Tak, semua kawan ibu dia kenal..
            Kemudian mulutnya terbuka luas. Takkanlah....
            “Rumah siapa ni bu?” Dannia cuba mencantas tekaan yang berlegar di ruang mindanya.
            Namun tekaannya terjawab sudah saat Dannia terpandangkan sesusuk badan yang dikenalinya. Zafrey!! Macam mana pula lelaki itu berada di rumah itu.. musykil betul..
            Ya Allah... macam mana aku boleh lupa ni. Zafrey kan abang aku, jadi ni rumah yang bakal aku diami ke? Besar nak mampus rumah Tan Sri Razif, eh, papa aku..boleh duduk sekampung ni.. lelaki itu dari jauh sudah tersenyum lebar. Gembira agaknya kedatangan ‘adik kesayangannya’.
            “Assalamualaikum ibu, abah.” Zafrey segera bersalam dengan ibu dan abah. Tangan mereka diciumnya. Kemudian Zafrey melangkah pula menghampiri Dannia, belum sempat Dannia berbuat apa apa, tubuhnya dirangkul ke dalam rangkulan sasa lelaki itu. Terkejut beruk Dannia, beruk pun tak terkejut sepertinya.. hehehe...
            “Ish apa ni, lemas lah.” Dannia menolak perlahan tubuh Zafrey menjauhinya. Agak malu dengan perlakuan spontan lelaki di hadapannya walaupun abang kandungnya. Ish, lepas ni terpaksalah dia practise buat selamba.
            “Kenapa, kedekut betul adik abang ni. Nak hug sikit pun tak boleh.” Zafrey ketawa. Ketawa itu pula diiringi oleh abah dan ibu. Malah bertambah malu apabila pandangannya bertemu dengan Syahmin serta keluarga kecilnya. Maklum sahaja sebelum ini hanya Syahmin atau Syahmir yang pernah memeluknya.
            “Ibu, dia ni memang macam ni eh? Kedekut?” pertanyaan Zafrey menambahkan lagi keriuhan gelak ketawa mereka di situ. Ni dah kes parah ni. Zafrey pun kaki usik. Masaklah aku kali ni bila mereka berempat bergabung. Memang masak..!
‘Hai Dannia, apalah nasib kau dapat abang semuanya kaki usik. Masaklah kau kali ni...’ rengusnya dengan geram.
“Eh, masuklah semua ke dalam. Lupa pulak Zaf nak pelawa. Syok sangat dapat jumpa budak kecik ni. Masuklah.” Sempat dia menggosok kepala Dannia sebelum membantu Syahmin mengangkat barang barang kepunyaan adiknya.
‘Budak kecik dipanggilnya aku ni?’
“Apa pulak budak kecik. Kan besar ni?”
“Masih kecik bila berdiri kat sebelah abang Zaf” ujar Zafrey dengan nada mengejek. Sengaja mahu menaikkan darah Dannia.
Zafrey menjemput ahli keluarga barunya masuk ke dalam. Panas jika mahu terus berborak di luar dengan cahaya yang terik. Mereka semu hanya dengan sekali ajakan, mereka melangkah masuk ke rumah agam yang berhias indah. Kagum dengan perhiasan di dalam rumah itu bercirikan ala ala british. Mata mereka tidak lepas memandang perhiasan dan susun atur dalaman rumah itu. Nampak menarik di mata dan tenang dijiwa.
“Dah lama sampai? Maaflah, saya kat belakang tadi tolong siapkan makanan.” Puan Sri Kamilia muncul setelah sepuluh minit menunggu. Wanita itu bersalaman dengan ibu dan saling berpelukan persis rakan yang sudah lama tidak ditemui. Dannia tersenyum melihat aksi mesra ibu dan mamanya.
“Isya apa khabar, sayang?” Puan Sri Kamilia mendapatkan Dannia, tubuh kecil itu dirangkul erat ke dalam pelukannya. Gembira bukan kepalang apabila anak gadis satu satunya sudah pulang ke pangkuan keluarga.
“Baik, Mama?” Dannia membalas pelukan Puan Sri Kamilia a.k.a mama kandungnya.
“Mestilah sihat. Bertambah sihat sebab Isya dah balik. Kak Diana dan abang Zam masuklah bilik. Pesti penatkan jalan jauh. Boleh berehat, nanti saya tunjukkan biliknya, sementara kita makan malam. Zaf tolong tunjukkan bilik untuk Syahmin. Oh ya, mana anak bujang akak yang sorang lagi, tak nampak pun dari tadi.” Puan Sri Kamilia teringatkan anak bujang Puan Diana yang selalu diceritakan oleh Zafrey. Itupun melalui Dannia yang banyak bercerita dan berkongsi pendapat dengan Zafrey.
“Belum sampai. Kejap lagi agaknya. Kami dari tempat berlainan. Dia bertolak dari Kedah.” Puan Si kamilia hanya menganggukkan kepalanya.

“Jom abang Zaf tunjukkan bilik Isya.” Zafrey menarik tangan Dannia menuju ke bilik yang bakal didiami oleh Dannia. Bilik yang telah dihias cantik oleh Puan Sri Kamilia. Wanita itulah yang bersusah payah menyumbangkan idea untuk menghias bilik anak gadisnya... mereka melangkah ke bilik tingkat atas sambil tanganya yang masih di genggaman tangan kasar Zafrey...


No comments:

Post a Comment