Bab
20
Minggu
ini adalah minggu terakhir untuk pelajar Universiti mengulangkaji pelajaran.
Semua pelajar semakin sibuk dengan tugas masing-masing. Dannia dan Hanna juga
tidak terkecuali. Minggu ini, mereka berdua terlalu sibuk menguruskan masa
untuk mengulangkaji pelajaran. Mereka sebolehnya cuba fokus dengan apa yang
bakal dihadapinya.
Tiada
lagi senda gurauan antara mereka. Dannia kini semakin tekun belajar cuba
mengulangkaji pelajaran yang di rasakan tidak faham. Kadang kadang dirasakan
waktu untuk mengulangkajinya tidak cukup, pernah juga Hanna menegur apabila
dilihat Dannia begitu tekun belajar sehingga makan minumnya dilupakan. Makin
sakit kepalanya apabila nasihat yang diberi hanya dipandang sepi. Sudahnya dia
yang makan hati berulam jantung dengan perangai endah tak endah gadis itu.
Dannia tetap dengan perangainya yang tidak menentu masa makannya.
Bagi Dannia, dia cuma mahu
menumpukan pada pelajarannya memandangkan ini merupakan peperiksaan akhir untuk
tahun terakhirnya di universiti. Dia perlu mempersiapkan diri dengan ilmu di
dada, dia tidak menghiraukan suara suara sumbang yang mengatakan dia belajar di
saat akhir, apa yang penting dia mahu melakukan yang terbaik. Biarlah hanya
seminggu dua ini dia bersengkang mata asalkan dia terasa puas dengan apa yang
mahu dicapainya. Ini merupakan peluangnya yang ada untuk terus mendapatkan
biasiswa dan tajaan untuk ke luar negara.
Hanna dan Dannia kini jarang
bercakap dan bersua muka walaupun mereka serumah. Masanya banyak dihabiskan
dengan menelaah buku pelajaran. Begitu juga dengan Hanna, dirasakan tidak perlu
membuat perkara uang tidak membawa faedah kepadanya. Mereka hanya akan belajar
bersama jika subjek yang agak susah untuk mereka fahami, mereka saling membantu
jika salah seorang daripadanya meminta untuk mengajar. Begitulah sebaliknya.
Akhirnya penantian yang ditunggu
tiba juga...
Masing masing menarik nafas lega
apabila peperiksaan berakhir. Wajah masing masing ada yang tersenyum lega dan
juga sebaliknya. Wajah Dannia dan Hanna jelas terpamer riak kelegaan. Di kepala
sudah bermacam macam rancangan sepanjang mereka bercuti sementara menunggu
keputusan akhir. Dannia memerhati gelagat rakan-rakannya yag tersenyum
kegembiraan kerana sudah terlepas dari azab seksaan. Dia tersenyum apabila
beberapa rakannya bersorak bagaikan melepaskan perasaan yang di pendamkan
selama mereka menelaah pelajaran.
“Nia, apa rancangan kau kali ni? Nak
buat apa?” ketika itu mereka sudah bergerak menuju ke kereta, bersedia untuk
pulang. Hanna berjalan seiringan dengan Dannia.
“Tak tahu. Kerja kot. Kau?”
“Kerja jugak. Lepas ni susah la kita
nak jumpa kan? Mesti aku rindu giler
kat kau nanti. Yelah, sorang duk kat utara yang sorang lagi duk kat selatan.”
“Alah kau ni..macam lah tak boleh
berhubung langsung. Apa guna internet ada cik Hanna oi?” tangannya menyeluk beg
untuk mencari kunci kereta. Setelah tangannya mencapai segugus kunci lantas dia
mengeluarkannya dan menekan butang hijau. Dannia meletakkan buku dan begnya di
belakang kerana disebelahnya sudah diduduki Hanna.
“Apa kata kita pi jalan jalan dulu
nak. Besok kan dah nak start kemas
kemas barang. Aku nak beli barang sikit nak bawak pulang.” Ujar Hanna
mengutarakan pendapatnya. Tidak sabar rasanya mahu pulang ke kampung walaupun
kampungnya hanya mengambil masa yang tidak begitu lama.
“Boleh..boleh..jomlah. Aku pun dah
lama tak shopping.” Berseri wajah
Hanna apabila diajak shopping. Gila shopping! Dannia tersenyum, sudah dapat
diagak reaksi Hanna.
Tanpa membuang masa, Dannia
menjatuhkan handbrek lalu ditekan
gearnya. Laju keretanya meluncur meninggalkan Universiti. Hari ini adalah hari
terakhirnya di sana. Entah bila lagi agaknya dia akan bertandang ke sana. Sebelum
bertolak mereka sempat berjumpa kawan sekuliahnya untuk mengucapkan selamat
tinggal dan meminta maaf tanda perpisahan.
Destinasinya
kini adalah ke Mall yang berada di pulau itu. Dia mahu menghabiskan masanya di
sana. Mahu melapangkan fikiran tentang
segala galanya. Alasan mahu shopping
hanyalah alasan semata mata. Dia tidak mahu merosakkan mood Hanna yang sedang
gembira dan ceria untuk bershopping.
Mereka berdua berjalan jalan di
sekitar Mall di tengan bandar Pulau Pinang. Dari ke sebuah ke sebuah kedai
mereka masuk. Dannia hanya mengikuti langkah Hanna. Setiap kedai yang
dikunjunginya langsung tidak menarik perhatiannya. Hanya Hanna yang membeli
sakan untuk dibawa pulang ke Kedah nanti.
Setelah melewati semua kedai, mereka
melepaskan rehat di KFC yang berdekatan. Sementara memesan makanan untuk mereka
tengah hari nanti. Hanna membelek barang barang yang dibeli olehnya. Senyuman
tidak pernah lekang dari wajahnya. Puas hati dengan apa yang dibelinya.
Sesekali tangannya membelek beg yang di beli tadi. Mcukup berpuas hati dapat
membeli apa yang diingininya.
“Kau ni dari tadi senyum memanjang
kenapa?” Pelik betul. Entah apa yang
lucu.
“Saja aku nak senyum. Tak boleh ke?” makin lebar senyumannya.
“Kau ni, bukan tak boleh. Tapi apa
pulak kata orang nanti. Tak pasal pasal aku di copnya berkawan dengan orang
gila.” Dannia membuat muka bimbang. Matanya meliar ke kiri dan kanan.
Mendengarkan ayat power yang keluar dari mulut comel
Dannia, senyumannya yang tadi lebar terus mati. Matanya mencerlung tajam
memandang Dannia. Kurang asam betul kawannya yang sorang ini, langsung bermulut lepas. Ada dikatanya aku ni gila.
“Kau
ni kan. Ei.. geram aku. Ada ke patut aku ni kau kata gila.” Memang tak patut la
kan? Belajar dah tinggi tinggi, takkan la nak ambil jawatan gila.
Hanna bangun meninggalkan Dannia
mahu memesan makanan. Ditinggalkan Dannia di situ untuk menjaga barang
barangnya. Dannia pula hanya menjungkitkan bahu melihat telatah Hanna yang
hanya menonong tanpa menolongnya memesan makanan.
Sementara menunggu, matanya meliar
ke sekeliling, melihat gelagat orang sekeliling yang datang untuk membeli
belah. Tiba-tiba matanya terpaku pada sekumpulan manusia. Bukan kerana gelagat
mereka semua, tetapi kerana sebatang tubuh yang banyak menghadiahkan keperitan
dan kesakitan dalam hidupnya. Pantas dilarikan matanya dari memerhatikan
kumpulan itu. Ditundukkan sedikit kepalanya, dengan harapan lelaki itu tidak
perasan akan kehadirannya di situ.
Dalam hatinya dia berdoa, supaya
sekumpulan manusia itu tidak akan singgah di kedai berhampiran dengan
kedudukannya. Dadanya dipalu dengan hebat, berdetak kencang seakan berlari acara
bermeter. Lantas, novel yang berada di dalam begnya dicapai untuk melindungi
wajahnya.
Hatinya berdetak lebih kencang
apabila kumpulan itu menuju ke arah pintu utama KFC. Ya Allah! Dannia mengintai
sedikit di celah buku novel yang dibacanya. Dari jauh dia nampak Harith dan
rakannya mengambil meja yang berhampiran dengan pintu. Lelaki itu mengambil
tempat bertentangan dengan arah pintu masuk. Alamak macam mana dia mahu keluar
nanti, nak tunggu diorang beredar mesti memakan masa yang lama...mahunya empat,
lima jam menunggu.
“Hoi, kalau ya pun nak baca,
janganlah dekat sangat. Buta nanti.. mata dah elok elok boleh jadi juling.”
Hanna sedikit terpinga melihat gelagat Dannia yang membaca dengan jarak terlalu
dekat. Separas dengan kepalanya. Dari jauh lagi dia memerhatikan Dannia yang
disangka membaca tanpa menegtahui keadaan sahabatnya yang kalut dan cemas.
Langsung tidak perasan akan kekalutan Dannia.
“Hanna, kita kena pergi dari sini. Please?” Dannia sudah tidak peduli
dengan sergahan Hanna. Kata kata itu langsung tidak berbekas dihatinya. Apa
yang penting, mereka perlu beredar dari situ secepat mungkin sebelum disedari
oleh Harith. Selama dua bulan berpisah walaupun bukan secara rasmi, mereka
membawa haluan masing masing. Dia tidak pernah mengambil tahu lagi tentang
Harith. Biarlah lelaki itu dengan dunianya yang dipilih. Dia sebolehnya mahu
memadamkan wajah dan nama empunya itu dari hidupnya.
“Kau kenapa, aku dah siap order nak makan kat sini. Rugilah.”
Hanna masih tidak dapat menangkap apa yang berlaku di sekelilingnya. Semakin
pelik melihat Dannia yang sesekali menutup mukanya dengan buku. Cukup gelisah
dan panik.
“Ok fine. Kau makan kat sini sorang sorang. Aku nak balik. Pandai
pandailah kau nanti.” Dannia lantas bangun. Bulat mata Hanna melihat perangai
Dannia yang berubah tiba tiba. Kelam kabut dia mencapai barang barangnya.
“Ok, aku ikut. Tapi tunggu aku
kejap.” Hanna mengambil semula dulang makanan tadi dan kembali menghantarnya ke
kaunter. Matanya mengekori perjalanan Hanna. Dilihat Hanna bercakap cakap
dengan penjaga kaunter sebelum wanita berpakaian merah itu mengambil dan membungkus
ayam yang belum sempat dijamah oleh mereka. Setelah itu, Hanna kembali
mendapatkan Dannia.
“Ok.
Shall we?” Hanna mencapai barang barang lalu berjalan menuju ke pintu
keluar. Tiba tiba Hanna berhenti mengejut dan berpaling ke arah Dannia yang
berada dibelakangnya. Pucat mukanya memandang Dannia. Mulutnya ternganga,
barulah dia mengerti kini dengan wajah cemas Dannia. Harith!
“I
knew it. Jalan je and buat tak
nampak. Tolong cover aku.” Dannia
memohon pengertian. Kini barulah dia faham kenapa Dannia naik angin dengannya
tiba tiba dan sedikit kalut, ada singa jantan rupanya. Huh! Ok Hanna, you got a mission.. Hanna berjalan
selamba melintasi meja yang diduduki oleh Harith dan teman mereka yang lain.
Dannia pula berjalan sedikit rapat dibelakang Dannia untuk melindungi wajahnya
daripada di lihat Harith. Hanna melihat Harith langsung tidak perasankan mereka
kerana terlalu leka berborak, tanpa mengetahui keadaan sebenar lelaki itu yang
sudah menyedari kehadiran mereka sejak tadi.
Semakin dekat kakinya melangkah
menuju ke arah pintu keluar, semakin kencang degupan jantungnya. Seolah olah
seluruh tubuhnya dipam dengan kuat. Dahinya berpeluh, walaupun kawasan itu
berhawa dingin. Semakin hampir...makin dekat.. dan akhirnya. Fuh!! Selamat
keluar. Setelah berjaya melepaskan diri, tangan Hanna ditarik supaya
mengikutinya. Beberapa langkah dia menapak menjauhi pintu utama tiba tiba....
“Dannia” satu laungan yang cukup
membuatkan dirinya tahan nafas. Langkah Dannia kaku.
Baru
sahaja Hanna mahu memalingkan wajah melihat gerangan yang memanggil kawannya,
Dannia lebih pantas menarik tangan Hanna dan berlari sepantas mungkin. Terkial
kial Hanna mengikuti langkah Dannia, ingin tercabut tangannya ditarik sebegitu
rupa. Mujur tidak tersembam, dan nasibnya lebih baik kerana tidak memakai baju
kurung. Kalau pakai baju kurung mahu terkoyak kainnya. Setelah begitu jauh
melarikan diri dan yakin mereka berdua selamat daripada penghlihatan Harith.
Mereka segera mengambil tempat untuk melepaskan penat dan lelah. Sesekali matam
mereka meliar sekeliling, bimbang benar jika lelaki itu mengekori mereka
berdua.
Dannia melepaskan nafasnya yang mahu
putus. Hanna apatah lagi, dengan barang yang dibawa disebelah kanan manakala
tangannya sebelah kiri ditarik oleh Dannia. Terasa mahu pitam, terasa pucat
mukanya tidak berdarah. Apa punya kawan lah dia ni.. sabar jelah, kalau ya pun
nak buat acara larian, bagilah aku ready dulu...
mahu tak semput aku...
Setelah keadaan mereka kembali reda,
Dannia tiba tiba ketawa. Ditekan tekan perutnya dan hampir terduduk.
Hanna yang melihatnya sedikit
terkejut. Apa kena dengan Dannia ni, dua tiga hari moodnya sentiasa berubah
dengan tiba tiba. Sekejap gembira, sekejap termenung kemudian tersenyum pulak.
Jangan gila sudah..tekanan perasaan punya pasal.
“Kau kenapa Nia, ketawa tak ingat
dunia. Kau sedar ke tak ni. Jangan nak takutkan akulah” Hanna sedikit marah,
takut sebenarnya melihat keadaan Dannia. Malu pun ada, mereka masih ditempat
orang ramai, nanti apa kata orang disekeliling? Dannia masih ketawa, malah
ketawanya makin kuat, tangan Dannia menunjuk ke arah Hanna. Hanna pantas
berpusing ke belakang, disangka Dannia suruh dia melihat benda yang
ditunjukkan. Matanya cuba diliarkan melihat apa yang lucu. Tak ada pun? Makin
hairan..
“Nia, seriuslah.” Hanna semakin
bengang. Panas hatinya melihat ketawa gadis itu seakan Dannia mahu
mempermainkan dirinya yang masih blur. Dannia pula sedaya upaya meredakan
ketawanya, kemudian ditarik tangan Hanna menghampiri tiang yang agak besar
umpama cermin. Hanna masih lagi blur, apabila matanya beralih melihat tiang
itu, terbuntang luas matanya. Astagfirullahalazim... aku ke ni? Tangan Hanna
meraba raba mukanya.. Ya Allah comotnya muka aku, rambut aku!
Dannia kembali melambakkan
ketawanya. Hilang sudah perasaan takut dan cemas tadi. Kelakar betul rupa Hanna
sekarang. Macam orang meroyan pun ada, dengan maskaranya yang sedikit comot,
bedaknya yang sedikit bertompok dengan rambutnya lagi yang kusut masai... aduh,
parah betul.
“Dannia!” ditampar bahu kawannya
sehingga mengaduh kesakitan. Tangannya menyelongkar beg sandangnya mencari
tisu. Masam mencuka wajahnya, panjang bebelannya memarahi Dannia.
“Ni kau punya pasal, habis make up aku. Kalau kau tak tarik aku
tadi, tak jadi macam ni tahu?” Sambil membebel memarahi Dannia, tangannya
melakukan kerja membersihkan wajah.
“Sorry,
aku tak sengaja lah. Tapi kalau aku tak tarik kau. Takkan aku nak tinggalkan
kau kat sana sorang sorang. Nak balik jalan kaki?” ternyata dia tidak mahu
mengalah dengan Hanna.
Ye tak ye jugak. Dahlah teksi cekik
darah. Mahu melayang duitnya lima puluh..Hanna menjeling geram. Kenyataan yang
keluar dari mulut Dannia tidak dapat disangkal.
“Dah, jomlah balik. Aku dah lapar la.
Banyak juga energy kita tadi eh?”
Dannia berseloroh nakal sambil tergelak lucu. Teringat kembali acara pecut
tadi. Tapi masih tertanya tanya siapa gerangan yang memanggil namanya. Macam familiar je suara tu... siapa ya? takkan
Harith, lelaki itu tak pernah sekali pun menyebut namanya sepanjang mereka
tinggal sebumbung. Hanya panggilan yang menyakitkan telinga yang mencemari
cuping telinganya saban hari. Jangan mimpi disiang harilah...
“Nia, kau dah siap packing ke barang barang kau?” Hanna
bertanya apabila dilihat gadis itu hanya bersantai malas malasan di atas kerusi
sambil membaca novel yang sempat dicapai olehnya di kedai buku petang tadi.
“Belum.. besok jelah. Kan free..buat apa nak rushing sangat cik Hanna oi.” Matanya masih belum beralih dari membaca
buku. Terasa sayang mahu mengalihkan perhatian daripada membaca novel di
tangannya, amat menarik.
“Bukan rushing, kemas lah sikit sikit. Nanti taklah penat sangat. Kau tu,
kena rehat lebih. Penat kang susah pulak nak drive. Nak harapkan aku, memang tak lah kan?” sepanjang mereka
tinggal bersama, Hanna banyak bergantung kepada Dannia lebih lebih lagi soal
pengangkutan. Mujur sahaja dia sama kelas dan jurusan dengan Dannia. Ternyata
jodoh persahabatan antara mereka terikat erat.
“Kejap lagilah. Bagi aku masa
habiskan novel ni dulu.”
“Huh, haramm..!” tahu sangat
perangai Dannia tu. Takkan berganjak ke mana mana jika novel sudah berada
ditangannya. Sabar jelah Hanna...
“Assalamualaikum...” bunyi suara
diluar pagar membantutkan pekerjaan Dannia. Salam hanya dijawab dalam hati,
namun dia meneruskan kerjanya. Langsung tidak melihat siapa yang bertandang ke
rumahnya tengah hari ketika matahari terpacak di atas kepala. Busy...
“Waalaikumsalam.. Ya encik. Cari
siapa?”
“Rumah Cik Dannia Danisha ke? Kalau
betul, boleh saya jumpa dengannya?” Lelaki berkulit hitam manis itu sopan
bertanya.
“Ya. tapi dia sibuklah. Kenapa ya?”
siapa dia ni. Siap bawak bunga segala. Peminat ke? Cuba mengingati wajah
dihadapannya.
“Oh ya. kalau macam tu sila tanda
tangan kat sini. Dan bunga serta hadiah ni untuk dia. Terima kasih.”
Oh, penghantar bunga rupanya.
Bengong betul kau Hanna. Langsung tak boleh bezakan mereka ni. Dah terang tang
tang dia pakai baju uniform. Dia tersengih malu..setelah menandatangani, bunga
dan kotak hadiah bertukar tangan.
“Terima Kasih.” Ucapnya seraya
berpaling dan kakinya melangkah masuk ke dalam rumah kembali sambil tangannya
memegang sejambak bunga dan bungkusan yang entah apa yang eberada di dalamnya.
“Nah untuk kau. Wah, sejak bila ada
peminat ni eh?” Hanna menghulurkan bungkusan dan jambangan bunga mawar kepada
Dannia. Dannia hanya memandang tanpa menyambut bunga yang dihulurkan.
“Dari siapa ni.?” Setelah lama,
barulah Dannia mengambil bungkusan dan jambangan bunga tersebut lalu dibawa ke
hidung. Wanginya...
“Tapi kenapa ada dua jambangan ni.
Banyak betul duit orang ni. Mahu beratus melayang.”
“Entah, bertuah kau ya. Cuba kau
tengok kad yang terselit tu.” Mulut Hanna memuncung ke arah kad yang
dimaksudkannya.
Dannia mencapai kad yang berada di
jambangan mawar merah, lalu dibaca perlahan.
‘Salam rindu... maaf diatas
segala kekhilafanku.’
Ur
BH..D-H
“Khilaf apa bendanya pulak ni.
Makhluk mana pulak yang buat silap kat aku ni Hanna? Setahu aku, tak ada.” Ni D-H
mana ntah. Guna nama samaran pulak tu. Macamlah aku ni tak terror bab teka meneka.
“Ntah
ntah salah hantar kot. Kau pasti ke bunga ni untuk aku.?” Dannia menggarukan
kepalanya yang tidak gatal. Macam macam lah orang zaman sekarang ni.
“Eh, betullah kau. Tak salah pun. Tu
lagi satu kau tak nak baca ke?.” Hanna menghulurkan jambangan mawar putih
bercampur peach kepadanya. Cantik! Gubahan yang cantik bersama anak patung
kecil dihadapannya.
Kini, tangan Dannia mengambil pula
kad yang terselit di tepi patung jambangan bunga itu.
Hello
princess, dah habis exam kan? Hope enjoy ur life after this. Jangan
Lupakan ur abang.
Lot of Love,
Zafrey & Family
Dannia tersenyum lebar,
gembira dengan jambangan yang diterima daripada Zafrey. Kemudian di ambil pula
bungkusan yang dibalut cantik. Dibuka dengan berhati-hati. Kemudian, dia
mengeluarkan isi yang terkandung di dalamnya.
“Cantiknya Dannia.” Hanna menjerit
kuat.
Dannia tersenyum manis. Memang
cantik, sutera ditangannya disentuh perlahan. Dibawa ke badannya. Baju kurung
sutera berlatarkan hitam bertambah cantik dengan sulaman di bahagian dada dan
leher. Dengan kain yang dijahit secara duyung, kembang dibahagian bawah amat
memukau hatinya. Kemudian Dannia mencapai pula surat yang terselit di dalam
kotak itu.
Mama
harap Dannia dah terima bungkusan ini. Mama mahu Dannia memakainya sewaktu
majlis yang akan berlansung tidak lama lagi. Mama amat mengharapkan kedatangan
Dannia. Terimalah hadiah yang tak seberapa daripada mama sebagai ucapan tahniah
kerana berjaya menamatkan pelajaran. From Mama...
“Dari siapa baju ni?”
“Mama Zafrey.” Dannia tersengih
lagi. Bajunya tadi dicapai kembali. Belum puas menilik, terlalu cantik.
“Bakal emak mertua baru ke ni?
Sayang betul pada kau ya.” Hanna berseloroh nakal, mengusik sahabatnya dari
tadi memadankan baju di badannya.
“Apa pulak. Diorang dah anggap aku macam ahli keluarga lah. Zafrey tu
aku anggap macam abang aku jelah. Tempat meluahkan perasaan selain daripada
kau. Sebenarnya Abang Zaf dah ada girlfriend.
Kat mana pulak mahu dicampak girlfriend
dia tu nanti kalau dia pilih aku.” Panjang lebar dia menyangkal ramalan Hanna.
“Yelah yelah. Sambung kerja kau.
Kejap lagi kita keluar makan pulak. Dah petang sangat ni.” Bunga yang diterima
diletakkan di dalam balang kaca setelah diisi dengan air, untuk sementara waktu
supaya tidak layu...
Dannia melihat kali terakhir rumah
sewanya. Rumah yang telah lama didiaminya sejak tiga tahun yang lepas. Rumah
yang memberi perlindungan dari panas dan hujan. Rumah yang menjadi kenangannya
sepanjang berada di negeri orang.
“Nia, dah siap ke? Jomlah kita
bertolak sekarang.” Hanna menyerahkan kunci rumah kepada pemilik sebenar rumah
itu. Rumah yang kini bukan lagi milik mereka. Dannia hanya mengangguk perlahan.
Dia segera bergerak memasuki perut keretanya. Hanya barang yang benar benar
penting, dibawanya pulang bersama. Separuh lagi, telah diposkan. Perabot yang
dibeli hanya ditinggalkan dirumah itu.
Dannia termenung, perlu kah dia berjumpa dengan
mertuanya sebelum bertolak pulang? Dia takut jika kepulangannya nanti tidak
disenangi oleh Harith. lagi pula dia tidak mahu bertembung dengan Harith. Peratusan
untuk bersua muka dengan lelaki itu adalah tinggi jika dia pulang menjenguk
mertuanya. Setelah difikir fikirkan baik buruknya, dimatikan sahaja niatnya.
Mertuanya mesti tidak tahu akan hubungannya dengan Harith.
Tanpa berfikir panjang, keretanya
menyusur menuju ke jalan keluar dari Pulau itu. Selamat tinggal Pulau Pinang...
umur panjang akan ku jejaki lagi...
No comments:
Post a Comment