Monday, April 30, 2012

BAB 18 [KASIHKU YANG SATU]

Bab 18


                Hari ini genap seminggu Dannia berada di kampung. Namun bayang Harith langsung tidak kelihatan. Apatah lagi mahu menjenguk dan membawanya kembali pulang ke Penang. Dihatinya Dannia amat berharap agar Harith kembali menjemputnya pulang. Pulang ke pangkuan lelaki itu. Selama seminggu dia menunggu dengan penuh rasa sabar, harapannya supaya Harith kembali membawanya ke rumah mereka.
Selama seminggu Dannia berada di kampung, dia mulai sedar akan rasa hatinya. Dia cintakan Harith, cintakan suaminya itu. Walaupun sebelum ini sudah berkali dia mencuba untuk menafikan apa yang berada di hatinya itu, tetapi untuk kali ini, dia tewas. Rindunya pada Harith begitu menebal. Setiap hari dia menantikan kedatangan Harith, malah telefonnya juga dihidupkan kembali setelah dua hari dia sengaja membiarkan telefonnya tanpa bateri. Hampir setiap masa dia merenung kembali telefon itu dengan membawa sejuta harapan.
Namun hampa, lelaki itu seperti nekad mahu meninggalkannya tanpa sebarang kata putus. Mungkin dia patut sedar Harith bukan jodohnya. Tetapi mengapa hatinya terasa begitu perit bagaikan ditusuk sembilu. Hatinya terlalu degil untuk mencintai dan menyayangi lelaki itu. Dia sendiri tidak sedar bila masanya dia jatuh sayang dan cintakan suaminya. Bagaimana hatinya boleh terjatuh sayang dan kasihkan lelaki yang saban hari menghadiahkan kata hinaan dan tengkingan kepadanya.
Tidak dapat dinafikan lelaki itu terlalu sempurna. Sempurna dengan segala yang dimiliknya. Mana mungkin untuk Harith jatuh cinta dengan dirinya yang serba kekurangan. Harith terlalu memandang kebendaan dan benda yang cantik. Dannia tersenyum mengenangkan kebodohan dirinya. Sebolehnya lelaki itu hanya mahukan benda yang perfect di matanya.
Lihat sahaja kelakuan Harith ketika berada di kampungnya. Lelaki itu terlalu sombong dengan orang kampung, dia pasti tidak suka bergaul dengan orang yang tidak setaraf dengannya. Waktu perkahwinannya dahulu pun, Harith lebih senang bersiar siar seorang diri tanpa ditemani oleh sesiapa pun. Cuma abahnya sahaja yang melayan kerenah lelaki itu. Itu pun sekadar melepas batuk di tangga. Macam hendak tak hendak sahaja lagaknya.
            Berada di kampung, membuatkan hatinya yang sarat dengan masalah sedikit tenang walaupun hatinya adalah sebaliknya. Dia cuba untuk melupakan masalahnya yang satu itu. Dia ingin merasa gembira menjalani kehidupannya tanpa Harith di sisi. Malah lebih gembira kerana terasa bebas daripada lelaki itu walaupun perasaan rindunya masih berbaki buat Harith. Sejak dua hari yang lepas, dia telah nekad tidak akan berpaling ke belakang lagi. Dia tidak mahu terpenjara di dunia kesedihan, betul kata angahnya, kehidupan harus diteruskan.  Setelah berfikir semasaknya, dia tidak mahu lagi menaruh harapan dengan Harith, biarlah masa yang menentukan arah tuju hubungan mereka suami isteri. Perasaan kasih dan cinta akan dipadamkan dari hatinya. Walaupun mengambil masa yang lama, akan sedaya upaya untuk dia mencuba.
            Petang nanti dia mahu berangkat ke rumah sewa Hanna. Dia akan kembali lagi ke rumah sewa lamanya. Nasibnya agak baik apabila Hanna masih tinggal keseorangan dan juga belum ada yang menjadi teman serumah mereka dahulu, jadi tidak kisah sangat jika dia mahu tinggal kembali di situ. Kehidupannya kini telah berubah walaupun tiada kata putus dari Harith. Lelaki itu tidak mahu mengambil mahupun menceraikannya. Malah tidak pernah menghiraukannya lagi sepanjang peninggalannya hampir seminggu yang lalu dari banglo Harith.
Di usia yang begitu muda dia digantung tak bertali. Orang kampung mula bercakap tentang mereka sekeluarga. Semuanya tidak enak di dengar. Maruah keluarga mula diperkatakan. Timbul pelbagai bagai cerita tentang dirinya. Walaupun hanya segelintir yang mengumpat akan keluarga mereka, jika di sogok banyak kali mustahil lebih ramai lagi yang akan percaya dan mengata. Orang kampung memang lebih suka menjaga tepi kain orang. Malah cemburu dengan kelebihan orang lain.
            Masih terngiang ngiang di telinganya tentang perkhabaran yang dibawa oleh abahnya.  Walaupun apa yang diberitahu seakan sebuah cerita yang tidak lengkap. Di kerah pula angahnya supaya menceritakan semua tentang pertemuan lapan mata antara mereka.
            Sekarang, dia sudah mengetahui sebenarnya cerita pertemuan mereka. Sampai hati Harith langsung tidak menghormati bapa mertuanya ketika mereka berkunjung ke rumah.  Kata angah, apabila tiba di sana, mereka mencari alamat rumah Harith yang diberikan oleh Dannia. Tiba di alamat yang  tertera,  mereka disambut oleh seoang wanita yang seksi. Gadis yang sombong dan agak kurang ajar mulutnya. Ingatkan salah rumah, baru sahaja ingin beredar dari sana Harith muncul dengan berseluar pendek tanpa berbaju. Mengucap panjang abahnya apabila pertama kali mereka dikejutkan dengan penampilan Harith bersama wanita itu.
            Bila diajak berbincang, Harith dengan lantang menyuarakan dia tidak akan melepaskan Dannia mahupun menyuruh Dannia kembali padanya. Lelaki itu dengan angkuh dan sombong berkata, malah dimarahinya abah dan abangnya. Dititipkan lagi pesan padanya supaya jangan sesekali menjejakkan kaki ke rumahnya lagi. Sampai begitu sekali benci Harith padanya. Malah Harith langsung tidak menjemput mertuanya masuk walaupun untuk segelas air. Perbincangan mereka hanya berlangsung di luar rumah, itupun hanya untuk seketika.
Apabila Syahmir dan Syahmin bersuarakan pendapat, ditengkingnya dengan pelbagai kata makian. Apalagi, Syahmir yang sedaya upaya menahan sabar akhirnya meletuskan kemarahan. Sempatlah juga ditumbuk muka Harith tu. Belum sempat adegan itu berlanjutan , mereka berdua dihalang oleh along dan abah. Wanita disamping Harith pula menggugut supaya beredar dari situ dan akan menelefon pihak polis jika masih disitu. Kemudian mereka di halau bagaikan kucing kurap. Jelaslah padanya semuanya telah berakhir. Harith tak mungkin pernah menyayanginya apatah lagi untuk mencintainya. Dia redha, seharusnya dia melepaskan Harith berlalu dari hidupnya.
            “Adik dah kemas semuanya?” pertanyaan angah mencantaskan semua lamunan dan ingatannya pada perbualan lewat malam semalam. Dia yang termenung di jendela ruang tamu tersenyum. Cuba menyembunyikan rasa hatinya itu.
            “Ha’ah. Baru jer siap. Siapa yang nak hantar adik nanti?”
            “Angah dan along. Adik okey ke?” Risau melihat senyuman Dannia yang pudar. Tiada lagi seri menghiasi wajah itu. Runsing sungguh hatinya dengan masalah yang menimpa adik kesayangannya. Tapi dia tahu Dannia seorang yang tabah. Dia yakin Dannia takkan mudah berputus asa meneruskan hidupnya.
            “Ok. jangan risau. Adik tak mahu lagi mengingatkan itu semua. Don’t worry. Sekarang ni adik nak tumpukan perhatian pada study. I’m strong enough.”  Dannia tersenyum lagi walaupun jelas kecanggungan senyumannya.
            “Good. Jangan diingat lagi lelaki tak guna tu.” Dannia hanya tergelak halus. Lelaki tak guna? Kena sangatlah panggilan tu pada Harith. Dia pun mahu melupakan Harith, buat apa terhegeh hegeh pada yang tak sudi. Kali ini dia nekad, dai akan melupakan segalanya tentang lelaki itu. Harith lelaki yang tidak patut diberikan cinta.



            Seperti yang di janjikan, Syahmin dan Syamir menghantar Dannia sehingga ke pintu pagar rumah sewanya. Kedatangan itu di sambut oleh senyuman gembira Hanna. Ternyata gadis itu sangat gembira kerana Dannia kembali untuk menemaninya di rumah itu.
            “Nia! Rindunya aku kat kau.” Jeritan Hanna riang kedengaran. Pantas tubuh Dannia dirangkul. Lupa akan kehadiran orang lain yang turut menyaksikan pertemuan dua sahabat yang hampir dua minggu berpisah. Dia kini mampu menarik nafas lega apabila melihatkan keadaan Dannia sihat-sihat sahaja. Selama bercuti kecemasan, susah benar mahu menghubungi gadis itu. Dannia seolah-olah memencilkan dirinya dari bertemu atau berhubung dengan orang luar.
            “Ish, lepaslah. Lemas ni. Oi..” Dannia sedaya upaya meleraikan pelukan erat yang bergayut di badan. Mak ai, kalau laki aku tak apalah juga nak peluk kemas kemas. Gatalnye kau Dannia oi. Hehehhe.. Ok stop it Dannia. No more husband by your side.
            Hanna tersengih apabila Dannia berjaya merungkaikan pelukannya sebentar tadi. Kalau ikutkan hati mahu sahaja dicium wajah sahabat baiknya. Tapi memandangkan mereka berada diluar rumah, bimbang jika jiran mereka mengatanya sebagai songsang. Mak ai... simpang malaikat empat puluh empat la.
“Dannia lamanya kau bercuti eh? Kesian aku sorang sorang tak ada kawan kat Uni. Sampai hati kau cuti lama.” Hanna mengeluarkan muncung panjangnya.
“Ni, sepanjang aku tak datang. Ada apa apa tak?”
“Tak de. Aku tolong kau cover baik punya.” Ibu jari ditunjukkan tanda beres sambil mata dikenyitkan.
“Bagus. Macam tulah kawan aku.” Bahu Hanna di peluk mesra.
“Ehem. Dah lupa ke kitorang kat sini?” Amboi dua manusia ni. Terus lupa orang sekeliling bila dah jumpa. Bertuah punya adik, bukan mahu dijemputnya masuk. Sabar jelah aku..
“Eh, Abang Syah dan Abang Mir pun ada sekali. Maaf tak perasan tadi.” Hanna tersenyum malu. Adeh, malu den macam mana boleh tak perasan. Hilang keayuan aku kat depan diorang. Dahla depan pakwe macho ni..huhuhu..nasib badan la, confirm kena reject.
“Ha’ah. Kamu ni macam dah setahun tak jumpa.” Syahmin menggelengkan kepala melihat telatah dua sahabat. Syahmir pula hanya tersenyum segan, dadanya berdegup kencang, kaget berdepan dengan kawan adiknya. Padahal sudah lama kenal tapi entah kenapa bila berhadapan dengan gadis manis itu, lidahnya kelu. Haiya...
“Er, abang berdua tak nak masuk dulu ke? Boleh lunch terus. Mesti penat kan?” Hanna mempelawa mereka berdua masuk. Yelah takkan nak halau kan? Penat lelah di memasak tadi apabila mendapat tahu Syahmin dan Syahmir mahu datang untuk menghantar Dannia pulang. Seperti kebiasaannya dia seakan bertanggungjawab untuk memastikan dua manusia itu kenyang apabila beredar dari rumahnya.
“Tak apa ker ni?” Yelah, kenalah tanya dulu, takkan nak main redah masuk rumah anak dara kan? Hehehe..Tapi macam lah tak biasa.
“Boleh je. Lagipun dah masak lebih ni. Kan Nia ada bagitahu korang nak datang. So, terus makan kat sini jelah.” Hanna tersenyum manis.
Dupp!! Mak ai, manisnya senyuman dia. Confirm tak tidur malam aku kalau macam ni. Angaulah kau lepas ni Syahmir oi..huhu..di belakang Syahmin, Syahmir masih merenung seraut wajah yang membuatkannya tidak tentu arah.
“Hah, kalau macam tu jom lah masuk. Along and angah tolong angkut ya. Thank you.” Dannia pantas menarik tangan Hanna dan berjalan menonong masuk. Langsung ditinggalkan abang-abangnya yang tercengang diluar. Sengaja mahu membuli Syahmin dan Syahmir. Bila lagi nak buli kan...
“Hoi, kau duk termenung apalagi ni Mir. Angkatlah” Apa ke hal pula dia boleh pulak termenung kat sini. Telunjuk tangan Syahmin ditunjal kuat pada bahu Syahmir. Segera dia bergerak ke belakang untuk mengambil barang Dannia. Banyak jugak barang adiknya itu. Habis semua diangkutnya datang ke sini.
“Hah! Er, kejap.” Syahmir menggaru kepalanya yang tidak gatal. Perlakuan spontannya, alamak nasib tak kantoi. Adui, gadis idamanku...parah sungguh kau ni Mir. Boleh pulak duk tenung anak dara orang. Mahu dihambat dengan penyapu jika tahu dek Dannia ni. Confirm gelak terguling guling, mahu setahun di ejek. Bukan boleh percaya kepala tak betul adik bongsunya.
Barang barang Dannia segera di punggah masuk ke dalam rumah. Setelah semuanya diangkut, mereka melepaskan penat di kerusi yang ada di luar rumah teres itu. Kelibat Dannia dan Hanna tidak kelihatan setelah menghidangkan air untuk mereka berdua. Sibuk mengemas agaknya, bukan dia tidak tahu perangai Dannia yang tidak suka dengan keadaan tidak kemas. Selagi tidak kemas, selagi itulah dia akan mengemas. Apabila sudah berpuas hati barulah yang lain lain diambil perhatian.
“Abang abangku sekalian. Jomlah masuk makan. Kesian adik tengok muka kebuluran manusia berdua sekalian. Dipersilakan untuk santap ya.” Wajah Dannia yang tiba tiba muncul dengan sengihan lebar, mungkin berasa bersalah barangkali dengan ketidakprihatinannya pada abang mereka. Syok sangat mengemas sampai lupa segalanya.
“Hai, ingatkan dah lupa terus kat kitorang kat sini.” Sindiran dan jelingan Syahmir kedengaran tajam di telinganya.
“Sorryla, adik kemas tadi. Pastu terus tolong Hanna kat dapur sediakan makanan. Dah jom.” Ditarik kedua tangan abangnya satu persatu supaya mengikutinya ke dapur. Bagaikan lembu dicucuk hidung, mereka berdua mengikuti langkah Dannia, perut mereka dan berdendang sayang minta diisi. Bertuah betul adiknya, hampir pukul tiga baru dapat makan. hampeh..
‘Amboi, banyaknya makanan. Fuh nampak macam sedap’. Tanpa menunggu masa yang lama, Syahmin dan Syahmir segera mengambil tempat masing masing. Laju tangannya mengambil pinggan yang telah terisi nasi dari tangan Dannia. Mereka semua makan dengan penuh berselera.
“Sedap tak?”
“Sedapp!! Pandai Hanna masak”
“Biasa biasa je bang.” Hanna tersenyum malu. Segan dipuji sedemikian rupa. Apatah lagi di depan Syahmir.
Syahmir buat muka selamba. Cuba ditahan debaran dihati. Senyuman dan lirikan Hanna amat menggoda. Padahal, hanya lirikan yang biasa biasa, cuma Syahmin yang terasa berlainan. Dil to Pagal Hai...
“Masakan Hanna memang sedap, tengoklah kawan baik siapa, adik kan? Orangnya pun manis dan ayu. Tak gitu angah?”
Uhuk!! Uhuk!! Syahmir tersedak dengan tiba tiba. Laju tangannya mencapai gelas. Alamak air dah habis... Uhuk!! Air..Air.. tolong aku..! Merah padam mukanya menahan sakit di celah kerongkongnya. Erit tekaknya menahan rasa pedas sehingga ke ulu hati.
Huluran gelas di tangan Dannia pantas dicapai, rakus diteguknya sehingga licin. Setelah agak selesa dan lega, muka Dannia dipandangnya dengan penuh geram. Ewahh, bukan main selamba badak budak ni kenakan aku! Bertambah geram apabila Syahmin melambakkan tawanya. Dannia pula tersenyum simpul, menahan ketawa.
“Gelakla..gelak..” Syahmir memnucung.
“Kenapa angah? Takkan sebut nama Hanna pun boleh tersedak.” Selamba Dannia menegur. Padahal dalam hati sudah tergelak kuat. Kelakar tengok muka Syahmir yang agak lucu ditambah gelabat kelam kabut. Boleh jadi mat kelibut ni..
Hanna di ruang meja itu sudah merah padam muka menahan malu. Malu bila Dannia cuba memasangkannya dengan Syahmir. Padahal suka... Mahu tapi malu...kekeke...
“Ish malaslah nak layan kau ni adik. Mengarut betul. Awak jangan layan sangat kat Nia ni. Wayar kat kepala dia ni putus.” Dia bangkit dari kerusi lalu melangkah ke hadapan. Cuba mengawal riak emosinya dan rasa hatinya. Malu la..habis macho aku tadi. Syahmin dan Dannia apalagi, riuh ruangan dapur dengan gelak ketawa mereka.
Syahmir melangkah ke hadapan, sengaja mahu mengambil angin petang. Dibiarkan Syahmin berborak dengan Dannia dan Hanna di dapur. Namun fikirannya masih kepada Hanna. Macam mana dia mahu mendekati gadis itu. Hatinya sudah lama bertaut pada gadis itu, sejak dari dulu diperkenalkan oleh Dannia. Namun, cuba ditepis perasaan yang timbul. Tetapi makin lama makin kuat perasaan itu dihatinya. Sudah tidak mampu ditanggung perasaannya.
Untuk diluahkan pada Hanna, dia tidak mampu. Takut hanya dia bertepuk sebelah tangan. sebelum meluahkan perasaan, dia perlu tahu status gadis itu, sudah berpunya atau belum..tak mahu dikatakan perampas bila gadis itu sudah berpunya. Tapi bagaimana jika gadis itu sudah berpunya? Hatinya tidak kuat mahu menerima jika Hanna tidak punya perasaan padanya. Dia mengeluh perlahan... perit sungguh bila berkaitan tentang hati dan perasaan.
“Ehem, er awak, Nia dan abang Syah panggil.” teragak agak Hanna menutur bicara. Sungguh, ketar lutut dia mahu berdepan dengan Syahmir, apatah lagi apabila lelaki itu merenungnya.
“Er, ok..okey. Aw..awak pun jomlah masuk sekali” Aisemen...Gagap la pulak. Aduh..macam mana nak berbual, bila berdepan je jadi gagap. Kena berlatih dulu lah nampak gayanya. Heh, tak boleh diharap betul.
“Ok.”
Petang itu, Hanna dan Dannia mengajak mereka ke mall. Membeli beberapa barang peribadi adiknya. Lama jugaklah mereka melepak disana. Dannia berjalan beriringan dengan Syahmin. Sengaja mahu Hanna berjalan dengan Syahmir. Ditinggalkan mereka berdua jauh ke belakang.
Sebenarnya Dannia tahu angahnya menaruh hati pada Hanna, oleh sebab itulah, dia cuba merapatkan mereka berdua. Syahmin pula tidak banyak soal bila disuruh berjalan berdua dengannya.
Jauh dibelakang, perjalanan mereka berdua kaku. Tidak seorang pun yang membuka bicara. Hanna dan Syahmir masing masing berdiam diri, tidak tahu topik yang mahu dibicarakan. Masing masing gelisah.
“Hanna macam mana belajar. Ok? Tak ada masalah?” Syahmir memulakan bicara. Cuba melawan rasa gugup dalam dirinya. Terasa begitu lama perjalanan mereka apabila berdiam diri.
“Ok je.”
Aik, punya panjang aku tanya macam tu je jawab. Ok, rileks.. tanya lagi..
“Lagi beberapa bulan je kan nak habis. Lepas ni nak buat apa?”
“Ha’ah. Tak tahu lagi.. kalau ada rezeki nak sambung. Tengoklah dapat result macam mana. kalau ok, bolehlah sambung.”
“Mesti boleh. Hanna kan pandai.” Syahmir sudah agak selesa bila mendapat reaksi positif akan perbualannya.
“Insya’allah. Abang Mir kerja apa sekarang ni?” sebenarnya dia sudah tahu daripada Dannia. Gadis itu sering bercerita mengenai keluarganya ketika mereka berehat dan bersantai di rumah.
“Kerja biasa biasa jer. Abang kerja sebagai eksekutif akauntan dengan kawan abang.” Wujudlah jugak sedikit rasa bangga dengan kejayaannya apabila buah hati bertanya. Mimpilah kau Mir, belum apa apa dah mengaku buah hati.
“Wah, apa yang biasanya. Ok lah tu. Dulu Hanna pun ada cita cita nak jadi akauntan, tapi tak kesampaian. Sudahnya mak dengan ayah suruh ambil bisness. Senang katanya mahu mencari pekerjaan.” Hanna bercerita sedikit sebanyak tentangnya. Rasa selesa, bila lelaki itu tidak segan silu bertanya dan melayannya. Tanggapannya pada lelaki itu sebelum ini salah sama sekali. Sebelum ini dia menganggap lelaki itu sombong. Tapi kenyataan itu meleset salah sama sekali.
Mereka berborak sehingga rasa canggung antara mereka hilang begitu sahaja. Kadang kadang boleh bergelak ketawa, lupa pada Dannia dan Syahmin yang hilang entah kemana. Yang dirasakan ketika rasa bahagia antara keduanya. Syahmir kadang kadang melirik kearah Hanna, senyuman dan galak ketawa gadis itu terasa damai di hatinya. Hilang semua masalah yang membelengu dirinya jika menatap senyuman manis gadis itu.
Dari kejauhan Dannia mengintai pasangan yang riang bergelak ketawa. Senang hatinya melihat pasangan itu sedang bergurau senda. Jelas kelihatan riak bahagia di wajah yang terpamer. Cukup dengan itu, hatinya gembira melihat abangnya gembira. Tiba tiba hatinya sebak bila mengingatkan dirinya yang tiada penghujung cerita. Sedikit timbul riak cemburu melihat kegembiraan semua orang. tetapi bukan dirinya... adakah dirinya akan selamanya begini..tiada sekelumitkah bahagia dalam hidupnya?

Sentuhan dibahunya menyedarkan daripada terus memerhatikan gelagat angahnya. Dannia tersenyum membalas senyumah Syahmin..lalu menarik tangan itu beredar dari situ, terus terusan membiarkan pasangan itu berborak... 


1 comment: