Bab
6
Makan
malam dihiasi oleh gelak ketawa Datin Rosmaria dan Mak Mah, Harith dan Dato’
Iskandar hanya kadang kadang ketawa mendengar celoteh Datin Rosmaria. Mereka
kelihatan ceria dan senang hati, Dannia pula hanya sesekali ketawa ikut sama
menyertai Datin Rosmaria dan Dato’ Iskandar bercerita. Segan dengan kehadiran
Harith di situ dan dia terasa janggal
sekali apabila berhadapan dengan lelaki itu. Sesekali mata Harith memandangnya
tajam. Dannia pula menundukkan wajah, takut dengan mata tajam yang menikamnya.
Hilang seleranya, nasi yang dimakan terasa seperti pasir dan batu. Begitu payah
mahu ditelan dan dirasakan begitu kesat di kerongkongnya, mahu sahaja dia
bangun dan beredar dari situ tetapi takut dikatakan kurang ajar pula. Sudahnya
dia hanya menguis makanan yang ada dalam pinggannya.. Ini semua gara gara mamat
singa dihadapannya. Entah apa lagi yang tidak puas hati dengan aku...
“Nia kenapa tak makan nasi tu?”
teguran Puan Rosmaria mematikan lamunannya. Semua mata yang ada di situ
memandangnya. Gulps!
“Er, Nia dah kenyang la mama.”
Dannia tersengih malu kerana ditegur begitu. Nampak sangat dirinya tengah
termenung. Langsung tidak sedar dirinya diperhatikan.
“Papa tengok sikit je Nia makan.
Tambah lah lagi, janganlah segan” Dato’ Iskandar tersenyum sambil menegur. Lelaki itu sungguh
pemurah dengan senyuman. Semenjak dia datang ke rumah itu, lelaki itu asyik
menghadiahkannya dengan senyuman, malah bicaranya juga lembut walaupun sedikit
tegas bunyinya. Bukan seperti Harith, asyik menjerit sahaja. Entah betul ke
tidak Harith ni anak Dato’ Iskandar dan Datin Rosmaria. Jauh benar bezanya
bagai langit dengan bumi.
“Betul. Nia dah kenyang.” Dannia
cuba meyakinkan Dato’ Iskandar, dihadiahkan senyuman buat ayah mertuanya.
“Kalau macam tu, pergilah tunggu
kami kat depan. Kejap lagi mama dan papa ada benda nak bincang dengan kamu
berdua.” Ujarnya bersahaja sambil tangannya mula menolak pinggan menjauhinya. Terasa
penuh dan sendat perutnya hari ini. Berselera benar menjamah makan malam
mereka. Sedap sungguh masakan hari ini, mungkin kerana kehadiran Dannia lauk
hari ini dimasak sedikit special.
Muka
Dannia berkerut pelik. Nak bincang sesuatu? Dadanya mula berdebar, bimbang jika
sesuatu yang buruk bakal terjadi. Bimbang juga jika Datin Rosmaria dan Dato’ Iskandar
dapat menghidu perhubungannya dengan Harith yang tak serupa suami isteri yang
lain. Dalam bimbang, dia akur. Perlahan lahan dia bangun dari kerusi dan mula
mengambil pinggan untuk dibawa ke dapur.
“Tak usahlah Nia, nanti Mak Mah
kemaskan.” Halang Mah Mah menegur Dannia yang sudah mencapai pinggan di
depannya. Mula melakukan rutin hariannya untuk mengemas dan menyimpan kembali
lauk pauk yang tidak terusik.
“Ha’ah, Nia pergi depan, tunggu kat
sana. Kejap lagi mama datang.” Tegas Datin Rosmaria pula. Mahu tidak mahu
terpaksalah dia mengikut arahan ibu mertuanya. Langkahnya di lambatkan. Sengaja
membiarkan Harith dan Dato’ Iskandar mendahuluinya. Sesekali dia menoleh ke
belakang melihat kelibat mereka yang berada di ruang tamu. Datin Rosmaria
bangun dari kerusi di ikuti Mak Mah. Dia
segera melangkah ke hadapan manakala Mak Mah pula mengemas meja.
“Tunggu mama ke?” tegur Datin Rosmaria
dari belakang. Dannia hanya tersenyum hambar membalas pertanyaan Datin Rosmaria.
Tiba di ruang tamu, kelihatan Dato’ Iskandar dan Harith sudah menunggu mereka
tiba di sana. Tanpa menunggu masa, dia menapak mendekati Harith.
Dannia mengambil tempat di hadapan
mentuanya, dan juga bersebelahan dengan Harith. Lelaki itu, apabila melihat
Dannia berada agak jauh darinya, segera dia merapati Dannia. Duduknya sengaja
dirapatkan supaya nampak mesra. Tangannya sengaja diletakkan di belakang
Dannia. Dato’ Iskandar dan Datin Rosmaria tersenyum senyum melihat kemesraan
yang terpamer di hadapan mereka.
Muka
Dannia sudah kelat, menyampah dengan perlakuan Harith yang dirasakan
keterlaluan menunjuk kemesraan itu. ‘terover
lah pulak mamat ni, jilat ludah sendiri, kata tak mahu sentuh aku, jijik lah,
apa lah. Huh’. Dannia membebel dalam hatinya. Mukanya masih lagi dikawal supaya
tidak nampak ketara canggungnya.
“Apa ni papa?” tangan Harith
menyambut huluran sampul surat dari tangan Dato’ Iskandar.
“Bukalah” tangan Harith laju membuka
sampul itu. Dannia pula menjenguk sedikit kepalanya mahu melihat isi kandungan,
mereka berdua tertanya tanya akan isi kandungan sampul tersebut. Dengan penuh
debaran, Harith mengeluarkan sesuatu dari situ.
Taddaa...bagaikan
mahu tersembul biji mata keduanya apabila isi kandungan itu ditarik keluar.
Pakej bulan madu?? Mampus! Harith dan Dannia saling berpandangan. Masing masing
menunjukkan muka yang sukar duitafsirkan.
“Papa, kami tak perlukan semua ni.
Kenapa sampai luar negara ni?” ujarnya dengan wajah yang sudah kelat. Takkan
mahu bercuti sampai luar negara. Dengan perempuan ni? Dah lah sejuk kat sana. Apa
apa pun boleh jadi kalau macam ni. Tahan ke iman aku nanti? Harith menelan
liur.
“Aik, bukan ke selama ni Rith memang
suka ke keluar negara. Lagipun apa salahnya, menantu mama mesti tak pernah
pergi ke sana kan Nia?” Mata mertuanya sudah diarah padanya.
‘Apa
aku nak jawab ni? Dannia cemas..’ think
Dannia think. Laju otaknya mencari
jalan menjawab soalan yang terbit di mulut Datin Rosmaria.
“Er, memang tak pernah. Nia rasa tak
perlu lah keluar negara. Rasanya Harith sibuk kan, abang?” Dannia cuba menolak
menggunakan alasan kesibukan. Terasa nak termuntah memanggil Harith sebegitu.
Yuks.. Eee, seram aku nak ke luar negara bersama lelaki ni. Nak mampus? Silap hari
bulan penyakit gila mamat ni datang, tak ke naya aku. Tak berani aku. Jangan
nak cari nahas Dannia. Bukan boleh percaya dia ni..
Harith tersentak. Terasa indah pula
apabila Dannia memanggil dirinya dengan panggilan abang. Terbuai-buai..Ish apa
yang kau fikir ni?
Harith
mengerling dannia di sebelahnya. Hei, geram betul.. aku pulak disabitkan. Tapi
betul jugak, cuti aku kan tinggal
lagi empat hari. Lagipun takkan papa nak tambah cuti aku, kerja kat office mesti melambak. Lagi satu Suzanne
ni pasti mengamuk, lagipun dia ni bukan tak tahu perbalahannya dengan Suzanne
masih lagi belum reda.
“Betul jugak cakap Nia. Rith masih
lagi banyak kerja kat pejabat tu. Lagipun cuti Rith lagi empat hari” Harith
menggarukan kepalanya. Aduh!
“Papa boleh lanjutkan cuti Rith kalau
itu yang kamu rungsingkan.” Dato’ Iskandar memberi jalan keluar.
“Tak payah lah papa. Lagipun cuti
semester Dannia dah nak habis. Tinggal seminggu aje lagi. Kalau boleh, Nia nak
buat preparation sebelum semester
baru. Boleh batalkan ya mama, papa?” Puh, bismillah, minta mintalah mama dan
papa setuju. Dia sudah mempunyai alasan lain. Otaknya saat ini beku. Apatah
lagi dengan kedudukan dirinya dengan Harith begitu rapat. Tangan mamat ni pulak
boleh tahan gatalnya. Cubalah duduk diam kat situ tak boleh ke?
Kini giliran Datin Rosmaria pula
mengeluh. Dia sedikit kecewa dengan penolakan Dannia dan Harith tidak mahu
menerima hadiah dari mereka.
“Kalau macam tu, mama tangguhkan
dulu tiket ni. Tapi bulan madu tetap kamu berdua akan pergi. Fullstop.” Sela Datin Rosmaria tegas.
“Apa??” serentak suara Harith dan
Dannia. Alamak ingatkan dah habis isu ni. Haiya!
Mati aku macam ni.
“Apa lah kamu berdua ni. Terkejut
sampai macam tu sekali.” Datin Rosma dan Dato’ Iskandar ketawa melihat wajah
anak menantunya yang terkejut beruk. Masing masing tersenyum kambing dengan
teguran mama dan papa. Wajah masing masing kelat.
“Yalah. Bukannya nak suruh kamu
berdua buat apa pun. Suruh bercuti pun terkejut. Kalau ya pun excited janganlah menjerit macam tu.
Sakit telinga papa ni” Dato’ Iskandar mengusik dan masih lagi ketawa. Lucu
betul dengan mereka berdua ni.
“Eh, tapi..” belum sempat Dannia
ingin menghabiskan ayatnya dan...
“Tak ada tapi tapi lagi. Kamu berdua
pilih aje nak pergi mana dalam Malaysia ni. Papa dan mama yang sponsor. Tak ada bantahan lagi. Orang
lain beria ria nak pergi honeymoon.
Korang ni pulak lain, macam tak suka pulak.”
Datin Rosmaria mencelah laju.
“Bukan macam tu papa. Kami betul
betul busy.” Harith cuba berdalih.
Walau bagaimana cara sekalipun, dia mesti memikirkan jalan keluar.
“Papa tak kira, kamu ikut cakap
papa, atau kamu pergi honeymoon luar
negara. You all decide yourself.”
Dato’ Iskandar memberi kata putus. Mereka sudah tidak punya pilihan lain selain
bersetuju sahaja.
“Ok fine. Pulau Redang.” Laju Harith membuat keputusan, tanpa
berbincang dengan Dannia. Sengaja dia memilih tempat itu kerana dia mempunyai
rencana lain. Rencana yang hanya dia yang mengetahuinya.
Mendengarkan
jawapan Harith, Dannia sudah melopong sendiri. Hampir sahaja dia tersedak. Hah,
biar betul dia ni. Adui..masalah masalah. Bimbang juga kalau sesuatu yang tidak
diingininya bakal terjadi. Ya Allah lindungilah hambamu ini..
“You nak bercuti? Kenapa tiba tiba?”
Suzanne. Gadis keturunan serani itu mengelus manja pipi Harith. Tangannya
sedari tadi tidak berhenti merayap di tangan Harith. Bangga dapat memiliki pemuda
setampan dan sekaya Harith. Senang hatinya dapat menumpang kemewahan lelaki itu.
Jadi tak perlulah dia bersusah mahu mencari kerja lain, maklumlah model
tempatan mana nak sama dengan model antarabangsa. Bunyi bising di
sekelilingnya tidak dihiraukan. Dia
hanya mendampingi Harith kerana lelaki itu kaya, dan bukan atas sebab cinta.
Dia memaafkan lelaki itu kerana Harith menghadiahkannya seutas rantai emas.
Cantik, mesti harganya pun cantik..dia tersenyum sendiri.
“Papa I paksa untuk pergi bulan madu.” selamba Harith berkata tanpa
melihat wajah Suzanne yang sudak bertukar riak. Tapi hatinya juga sedikit ragu.
Bimbang jika gadis kesayangannya merajuk, pasti melayang lagi duitnya. Namun
dia seharusnya berlaku jujur pada Suzanne dan gadis itu perlu tahu akan
situasinya. Dia mahu berterus terang dengan Suzanne. Tidak sanggup untuk terus
berbohong. Sudahlah papa dan mamanya juga ditipunya hidup-hidup.
Di
dalam fikiran, dia merangka ayat terbaik untuk memberitahu khabar duka buat
gadis itu. Matanya masih meliar melihat manusia manusia di depannya meliuk
lentok berdansa mengikut rentak musik yang begitu rancak. Sesekali mata nakal
mencari kelibat gadis gadis cantik, cuti mata..
“Apa, honeymoon?? You jangan nak bergurau dengan I.” Gelak ketawa Suzanne kedengaran. Mustahil, setahunya Harith
belum berkahwin, sudah hampir setahun usia perkenalan mereka. Malah secara tak
rasminya Suzanne telah diangkat menjadi teman wanita Harith. Lelaki itu telah
melamarnya. Dan lelaki itu adalah Harith. Lelaki yang sanggup buat apa sahaja
untuknya.
“I
tak tipu. Papa I dah arranggekan semuanya. I cuma perlu bawa
diri dan wife je.” Gelak Suzanne
terhenti tiba tiba. Mulutnya melopong, tak percaya dengan berita yang
disampaikan oleh Harith. Hati yang tadi bagaikan taman, kini mulai layu,
diganti dengan hati yang panas membara. Shit!
Macam mana pula dengannya selepas ini. Mesti kemewahannya terbatas. Sumpah
seranahnya geram. Bagaimana dia boleh tidak tahu tentang perkahwinan lelaki
itu. Bila?
“Bila you kahwin?” tekan suaranya
kuat melawan bunyi musik yang semakin rancak.
“Baru lagi, almost one week.”
“What
the hell.. you kahwin time balik
kampung hari tu?” semakin meruap marahnya. bulat matanya mencerlung tajam wajah
Harith yang selamba.
“Look,
semua ni bukan apa yang you fikirkan. I dengan perempuan tu dipaksa kahwin ok.
I tak cintakan dia pun. Never.”
Terangnya apabila Suzanne tidak senang duduk. Merah padam wajah Suzanne menahan
rasa sakit hati. Mungkin terasa dirinya ditipu.
“You tipu I Rith. You cakap dulu, you takkan kahwin dengan perempuan lain kan?”
Suzanne sudah menjerkah Harith. Matanya mencerlung geram. Sakit hatinya
dipermainkan sesuka hati. Mati mati dia ingatkan Harith cintakannya separuh
mati apabila Harith sanggup membuat apa sahaja demi memikatnya dahulu.
“Yup, time tu memanglah I ada cakap maam tu. Tapi sekarang I’m married man. I kahwin dengan
perempuan tu bersebab.” Nadanya masih tenang. Sedikitpun tidak gentar dengan
suara Suzanne bagaikan halilintar itu.
“Bila dan kenapa I tak pernah tahu pun pasal ni? Habis I
ni macam mana Rith. Jawab” soalan Suzanne bertubi tubi. Air matanya
merembes keluar. Lakonan dimainkan, dia tahu Harith akan kalah dengan pujukan
dan airmatanya.
“Dengar dulu apa I nak cakap ni.. Perkahwinan tu aturan
keluarga. I tak pernah dan tak akan
cintakan perempuan gila harta tu. I
just sayang you sorang jer. Lagipun I kahwin just untuk dapatkan harta. Sanggup ke nanti you hidup dengan I
tanpa harta. I don’t think so.” Harith
menarik perlahan tubuh gadis itu lalu dirangkulnya erat. Dia mengusap perlahan
belakang gadis itu yang sedang diamuk kesedihan. Dia yakin, Suzanne takkan
sanngup berdampingan dengannya apabila dia tidak mempunyai kemewahan seperti
sekarang. Walaupun jawatannya kini bergelar CEO syarikat, tetapi perasann
bimbang masih ada. Dia bimbang jika Dato’ Iskandar menarik balik ke semuanya
apabila dia enggan menikahi Dannia.
“I
tak percaya. Tapi you mesti tidur sebilik kan?” Suzanne menolak perlahan badan
Harith. Rimas! Air matanya diseka. Wajah muram tetap dipamerkan memohon
simpati. Harith miliknya, takkan dilepaskan lombong emas yang memberikan segala
kemewahan untuknya.
“Memang kami sebilik, tapi bukan
sekatil ok, and jauh sekali sebantal.” tegasnya pula.
“Tapi I takut bila you berdua duaan kat sana nanti. Apa apa pun boleh
terjadi. Tambahan pula hubungan you all dah
halal. I tak mahu itu semua terjadi.”
Wajahnya dimuramkan. Halal? Dia ketawa sendiri. Harith mungkin akan
menganggapnya sebagai gadis suci, biarpun sebaliknya yang berlaku. Sengaja dia
menggunakan ayat sebegitu rupa untuk menjerat Harith. Dan dia yakin, Harith
bukan lelaki yang selalu dijumpai di luar sana. Lelaki itu lain dari yang lain.
Mengutamakan perhubungan yang suci. Masih berpegang teguh dengan agamanya yang
soal yang satu itu. Mana mungkin Harith mengauli seorang gadis yang masih belum
mempunyai hubungan yang halal antara mereka. Banyak kali juga dia menggoda
lelaki itu supaya bersamanya. Namun semuanya menampakkan jalan kecewa.
“Don’t
worry, I akan sewa bilik lain
nanti. Why not kalau you ikut I sekali. Boleh kita bercuti bersama.”
Harith memberi cadangan sekadar memujuk Suzanne gadis yang disangka dicintainya.
“Betul ni, I boleh ikut you sekali?” Seakan tidak percaya Harith sudi
mengajaknya bercuti bersama. Hatinya girang. Tapi apa pula alasan yang mahu diberikan
kepada Izlan nanti? Ah, pandai pandailah kau Suzanne. Sebuah kucupan diberikan
pada Harith. Lelaki itu hanya tersenyum senang melihat buah hatinya kembali
ceria. ‘Senang jer nak pujuk minah ni..’ ujarnya sendiri.
“Jomlah menari. I nak menari sekarang ni” Suzanne mula ceria kembali sambil memaut
tangan Harith supaya mengikut. Mereka menuju ke tengah ruang, lalu menari
dengan rancaknya. Badan Suzanne dirangkul erat, sesekali leher gadis itu
dicumbunya. Begitu asyik mereka menari sehingga malam mula menginjak subuh. Jam
empat barulah Harith pulang membawa Suzanne yang sudah kemabukan. Dirinya pula
sudak berasa sedikit pening lalat meneguk air haram itu, nasib baik dia masih
boleh memandu pulang. Gila mahu minum sampai tak ingat dunia. Kalau Dato’
Iskandar tahu, mati dirinya dikerjakan. Papanya bukan boleh dikira, bila angin
taufannya melanda mesti dia akan terseksa, silap haribulan dihalau keluar.
Ketika tiba di perkarangan rumah, Harith memarkirkan keretanya lalu menghendap
masuk ke dalam rumah. Lagaknya bagaikan pencuri. Nasib naik dia membawa kunci
pendua, kalau tidak bermalam diluarlah jawabnya. Dengan berhati hati dia menuju
ke arah tangga, bimbang perlakuannya dapat dihidu oleh Dato’ Iskandar.
Dannia sudah nyenyak tidur dibuai
mimpi. Langsung tidak sedar akan kepulangan Harith yang mabuk. Perlahan lahan
Harith merebahkan dirinya diatas katil. Bajunya langsung tidak ditukar, dirinya
sudah tidak bermaya dan terlalu mengantuk. Dia memerlukan rehat yang
secukupnya. Lupa sudah pada sang isteri yang baru seminggu dinikahinya.
Pada Harith, dia tidak ada kena
mengena langsung dengan Dannia, apa yang gadis itu mahu lakukan dia tidak akan
masuk campur sama sekali. Itu nekadnya, asalkan mereka pandai melakonkan watak
masing masing di hadapan keluarga mereka. Hanya satu yang diimpikan olehnya,
harta Dato’ Iskandar mesti jatuh ke tangannya. Selepas itu, hal Dannia akan
jatuh ke tangga kedua. Dia akan menyingkirkan Dannia dari hidupnya dan hidup
bahagia dengan Suzanne. Dalam lena, Harith bermimpikan kemewahan yang bakal di
kecapinya bersama senyuman kemenangan..
Suzanne melangkah longlai menuju ke
apartmentnya. Pandangannya sudah mulai kabur dan pening. Terlalu banyak minum.
Tangannya meraba kunci di dalam tas tangannya. Kasutnya di hempas kasar ke
lantai untuk mencari kunci. Ish.. mana pulak kunci ni. Tadi ada, janganlah buat
hal. Aku dah tak larat nak jalan ni.. Shit.
Saat tangannya mencapai sesuatu yang agak sejuk lantas dikeluarkan. Tinggi
tangannya di awangan untuk melihat benda di tangannya. Senyuman terukir di
wajah apabila barang yang dicari dijumpainya. Lalu dimasukkan kunci itu ke
lubang untuk membukanya.
Langkahnya sedikit terhuyung hayang
apabila melangkan masuk, setelah pintu apartment berjaya dibuka. Kasut tadi
dikuis dengan kaki dan disepaknya perlahan melepasi pintu. Dan tiba tiba...
“Where
have you been?” suatu suara yang cukup menyentakkan dirinya.
“Lan, why are you here. Bila sampai sayang?” Suzanne bertanya gugup.
Sedaya upaya dia cuba untuk berdiri dengan betul. Pertanyaan Izlan dijawab dengan
pertanyaan. Sepatutnya lelaki itu outstation
selama tiga hari. Ni belum cukup tiga hari, lelaki itu sudah pulang.
“You
tak jawab lagi soalan I tadi. You
dari mana ni?” dengan perasaan marah dia menghamburkan pertanyaannya. Sudah
hampir empat jam dia menunggu Suzanne di rumah. Bila dihubungi langsung tidak
terjawab. Sungguh sakit hatinya, dia sengaja pulang tanpa memberitahu gadis
itu. Niatnya untuk memberi kejutan. Tiba sahaja dia di rumah gadis itu, dia
kehampaan, gadis itu tiada di rumah. Hilang mood
gembiranya tadi bertukar menjadi perasaan geram dan sakit hati.
“I...er..well,
I dari party birthday June.” Suzanne melangkah mendekati Izlan. Cuba
membelai lelaki itu untuk meredakan kemarahan.
“Sampai lewat macam ni?” Izlan masih
tidak berpuas hati dengan jawapan Suzanne. Hatinya sedikit ragu. Betulkah? Atau
gadis itu berpeleseran denga lelaki lain? Terfikirkan hal itu, hatinya menjadi
sakit. Dia tidak rela jika ada lelaki lain mendampingi gadis kesayangannya. Dia
tidak suka. Benci.
“Nak buat macam mana, I nak balik awal, tapi June tu halang. You pun tahu I ni bestfriend dia. So,
dia tak suka I tinggalkan dia kat
situ.” Suzanne merengek manja. Tangannya mengelus lembut bahu Izlan, cuba
meredakan perasaan marah lelaki itu.
“Sampai mabuk macam ni?” Tangan
Suzanne yang merayap dibahunya dicapai dan di genggam erat.
“Sorry,
I tak sengaja. June beri I coke
yang bercampur alkohol. Tak perasan perbuatan dia. Please jangan marah I”
rengeknya manja.
“Ni last time I bagi warning.
I takkan maafkan you jika you ulangi
perkara macam ni lagi. Faham?” Izlan mengeluh lagi. Tak mungkin untuk dia
memarahi Suzanne. Dia terlalu menyayangi gadis ini. Terlalu cinta.
“Thanks sayang. I janji.” Lantas
bibir Izlan dikucupnya dengan penuh kasih. Mujur sahaja lelaki itu sudi
memaafkannya. Suzanne memeluk erat tubuh Izlan yang sasa. Terasa damai hatinya
berada di pelukan itu apabila Izlan membalas pelukannya. Terasa bahagia di
segenap ruang hatinya.
“Pergi mandi. I tunggu you.” Izlan
berbisik perlahan di telinga Suzanne sebelum melepaskan rangkulan di badan
Suzanne. Sempat dia menghadiahi kucupan di leher jinjang Suzanne. Izlan
melangkah menuju ke bilik, dan menekati balkoni mengambil udara sementara
menunggu Suzanne.
Sambil
menghirup udara pagi, dia termenung sendiri. Sesekali terbit keluhan di
bibinya. Dia sendiri terfikir bagaimana dengan kehidupan yang dijalaninya kini.
Kalaulah keluarganya tahu perangainya yang sebenar, pasti mereka kecewa. Lama
dia memikirkan hal yang satu itu. Ibu.. Maafkan Iz..
Bagaimana dia harus meninggalkan itu
semua yang kian sebati dengan dirinya? Seharusnya dia tidak terikut ikut dengan
perangai rakan rakannya yang liar. Kalaulah dia mendengar nasihat rakan baiknya
dahulu, pasti ini semua tidak akan terjadi. Untuk seketika dia insaf. Ya, dia seharusnya
berubah menjadi Izlan yang baru. Tapi bagaimana dengan Suzanne? Dia begitu
mencintai gadis itu. Dia harus bertanggungjawab dengan apa yang telah terjadi.
Tetapi mahukah gadis itu? Izlan mengeluh perlahan, menghembus nafas yang kian
tidak teratur. Sejak beberapa hari yang lepas, dia sering bermimpi perkara yang
bukan bukan. Mimpi yang seolah olah mahu dia kembali menjadi Izlan yang dulu.
Mimpi tentang arwah ayahnya yang dihormati. Tentang ibunya yang sayu..dia sebak
sendiri. Sudah lama dia tidak mnejenguk mereka yang berada di kampung. Rindunya
bertandang lagi. Ibu..
No comments:
Post a Comment