Bab
8
Dannia
merenung lautan yang terbentang indah di hadapannya. Dia mengeluh lagi untuk
kesekian kalinya. Harith hilang entah ke mana, mungkin keluar dating dengan kekasih hatinya kot, sudahnya dia tinggalkan terkontang
kanting seorang diri di sini. Mahu berjalan awal awal lagi dia sudah surender, yelah dia mana tahu selok
belok kawasan ini, takut untuk bersendirian. Akhirnya, dia ambil keputusan
untuk berada di biliknya sahaja, nasib baik jugalah bilik yang di diami olehnya
menghadap laut dan dekat dengan kawasan pantai.
Hatinya
masih terbuku dengan Harith. Baru beberapa jam sampai di pulau ini, dia terus
ditinggalkan sendirian. Menguruskan halnya sendiri untuk booking bilik dan membawa begnya yang agak berat, sehingga berpeluh
peluh dirinya. Bilik yang ditempah oleh ibu mertuanya digunakan oleh Harith dan
mungkin juga Suzanne. Dia tidak pasti tentang itu.
Ingatannya teringat akan pertemuan
dua mata dengan teman wanita Harith, siapa lagi kalau bukan Suzanne, pertama
kali dia melihat wanita itu, memang tidak dapat dinafikan wanita yang diangkat
oleh Harith sebagai teman wanitanya agak hebat dan cantik. Maklumlah model, cuma
pakaiannya sahaja yang agak menyakitkan mata. Jelingan dan senyuman sinis
dihadiahkan kepadanya, mungkin bangga kerana dialah wanita yang berjaya
menundukkan Harith. Jelas terpampang kemesraan yang sengaja ditunjukkan
kepadanya, tangan Suzanne yang melingkari tangan Harith dan memaut manja tangan
yang melingkari pinggang Suzanne. Ketawa manja dan kegedikan wanita itu amat
menyakitkan matanya. Dia sudut hati, timbul juga perasaan cemburu, namun cepat-cepat
dicantas dan menghalaunya pergi. Wake up
Dannia, dia tak ditakdirkan untuk kau. Kau harus terima itu semua. Perasaan
yang kian bercambah di hatinya untuk lelaki itu cuba ditepisnya.
Harith begitu bijak menyembunyikan
rahsia teman wanita yang mengikuti mereka berdua. Di hadapan keluarga mertuanya,
Harith begitu mesra melayannya mesra dan wanita itu berada agak jauh dari
mereka sekeluarga. Tetapi mata wanita itu sentiasa mengawasi gerak geri Harith,
sesekali pandangan mata Suzanne melekat pada wajahnya, kemudian dirinya di hadiahi
senyuman sinis. Rimas dengan semua itu, Dannia mengambil keputusan untuk tidak
ambil peduli.
“Kamu jaga Dannia baik-baik Harith.
Dia satu satunya menantu kesayangan mama” pesan Datin Rosmaria untuk kesekian
kalinya.
“Don’t
worry la ma, I will. Kan Nia?”
pandangannya dialihkan pada wajah muram Dannia. Hish tak pandai berlakon betul minah ni. Rungutnya geram apabila
Dannia seolah olah tidak turut serta melakonkan watak suami isteri yang
bahagia. Dia menyiku lengan Dannia untuk turut serta lakonan itu.
“Ya, ma. Nia dah besar panjang,
tahulah Nia jaga diri” Dannia hanya tersenyum pahit. Mengiakan kata-kata Harith
walaupun sebaliknya yang mungkin akan berlaku. Harith berkata sedemikian hanya
di hadapan mertuanya sahaja. Mana mungkin Harith akan mengambil tahu akan
dirinya itu.
‘Cit,
aku tahulah ko tu mana nak jaga aku.
Mesti berkepit dengan minah saleh celup tu. Cit, podah, ingat aku heran sangat ke nak bercuti dengan kau.’
Namun kata kata itu hanya terluah di dalam hatinya sahaja. Bunyi suara
pengumuman flight ke Terengganu di umumkan, Harith pantas meminta diri
diiringi Dannia. Mereka bersalaman seketika sebelum masuk ke balai berlepas.
Tepat jangkaannya, dalam perut kapal
terbang, dirinya di tempatkan agak jauh daripada Harith dan Suzanne. Seat yang sepatutnya diduduki telah bertukar
tangan dengan Suzanne, sudahnya dia di tempatkan di tempat yang agak jauh
selang beberapa seat dengan Harith. Hatinya berdongkol geram dengan Suzanne.
Namun bila difikirkan balik, bagus jugak,
tidak lah telinganya di sumbat dengan bebelan dan makian si mulut longkang tu.
Siapa lagi kalau bukan mamat perasan bagus tu. Mestilah Harith. Hatinya
tiba-tiba pedih tidak semena-mena apabila melihat Harith yang begitu asyik
melayan kerenah kekasih hatinya itu. Dalam diam dia mencemburui Suzanne.
Perjalanan
yang hanya memakan masa tidak sampai sejam, Dannia mengisi masanya dengan menulis
cerpen dan diari. Minatnya dalam bidang penulisan merupakan hobinya tika masih
kecil. Malah dia selalu menghabiskan masa remajanya dengan menulis novel dan
cerpen. Buktinya sekarang ini, bukunya telah pun di terbitkan. Follower di blognya juga semakin ramai,
namun ada yang bertanya ke mana hilangnya diri penulis yang telah lama tidak
menyapa di laman itu. Sejak berumah tangga, dia tidak sempat untuk mengisi
hobinya. Dirinya menyepi beberapa bulan. Memandangkan dia bercuti untuk ‘honeymoon’
maka ada baiknya dia membawa laptop kesayangannya bersama sama bercuti. Boleh
juga mencari idea untuk nukilan yang seterusnya.
Matanya
sesekali memandang ke arah pasangan sejoli tadi. Kadang kadang gelak ketawa
Suzanne yang agak kuat menganggu ketenteraman penumpang lain. Seakan akan
sengaja mahu dia mendengar ketawa manjanya bersama Harith. ‘Ceh, nak buat aku
cemburu la tu. Malam sikit ya aku nak cemburu. Buang karan jer. Ada baiknya aku
cemburu kat kerbau kat kampung aku tu yang selalu dijaga dan ditatang dengan
anak Pak mail yang kureng tu’ Dannia mencemik, yakah? Namun apa yang tersimpan
di hati tiada siapa yang tahu akan kebenaran yang tersembunyi.
Huh!
Gelak macam pontianak mengilai jer. Naik seram bulu roma aku. Kalau lah kat
dalam hutan, sah sah lah aku ni dah lama pengsan. Ingatkan pontianak mengilai,
rupanya manusia jelmaan pontianak. Aduh seram seram....dia mengutuk sakan
Suzanne.
Lagu
Fiction dari kumpulan B2ST kegemarannya berkumandang tanda pesanan ringkas
masuk. Tersenyum Dannia tatkala dia membaca mesej itu. Hanna! macam tahu aje
minah ni aku tengah bosan.
-Uits,
senyap jer sejak ko kahwin. Buzy dengan laki ker? Kihkihkih
-hotak
kau. Macam kau tak tahu aku dengan Harith macam mana. kau buat pa tu?
-Buat cerdik. Amboi, garangnya. Sejak
jadi bini orang makin garang kau ni ya? Pembawakan budak eh? Kwa kwa kwa.. :p
Ewah ewah sedap mulut kau Hanna.
Jaga kau, terkumat kamit bibir comel Dannia membebel. Apa yang dikutuk entah.
-Kau
ni aku pang laju laju nak?
-Relaks
la aku gurau jer. Aku lupa nak tanya. Kau HONEYMOON dekat mana ek?
Eh,
dia ni aku pang jugak si Hanna ni. Sesedap rasa jer nak perli aku. Tak pe,
jagalah kau kalau kita jumpa nanti.
-Kenapa?
Kau nak datang ke kalau aku bagitahu?
-Ala,
bagitahu jer lah. Kedekutnya.. macam la aku nak kacau kau dengan laki kau tu”
-Hanna!!!
-Joking ok? hehehehe...
boleh jer nak suruh aku datang. Lagipun dekat Terengganu je pun. Small matter
la.
-Betul ni?
-Yeah. Mestilah Dannia
ku sayang.
-Pulau Redang. Datang
tau, jangan tak datang pulak!
-Small matter, besok aku
pi sana ok. Just wait. Jangan lupa bagitahu aku tempat kau menginap nanti.
Senang aku nak cari. I’ve got to go now. Bye! See u tomorrow dear J
Dannia
tersenyum gembira, ‘lepas ni bolehlah aku keluar jalan jalan dengan Hanna.
Bestnya, tak sabar menunggu hari esok. Yahoo...Kau ingat kau sorang je ke yang
oleh bersuka ria kat sini Harith? Aku pun gembira ok?’
Dannia
mengerling jam di tangannya. Ya Allah, dah Asar rupanya, solat belum lagi.
Perutnya sudah menyanyi minta diisi. Solat dulu, selepas ni bolehlah dia keluar
cari makan. Tapi di mana? Ah, lantaklah kat mana mana pun, perut aku dah lapar
ni.
Selepas
siap mengerjakan solat dan mandi, Dannia bersiap ala kadar dan melangkah keluar
dari biliknya keluar menuju ke destinasinya. Ke mana ya? Restoran la. Perut
lapar kan? Hampir setengah jam berjalan, Dannia sampai di sebuah restoran
masakan panas, tanpa membuang masa, dia memanggil pelayan untuk memesan
makanannya, perutnya sudah terasa pedih mencucuk. Sesekali mukanya berkerut
menahan sakit. Tangannya masih setia menekap perutnya yang pedih. Inilah
padahnya kalau sengaja melambatkan waktu makan. Hah sekarang rasakan betapa
terseksanya menanggung sakit.
Sementara
menunggu pesanannya, Dannia membelek telefon di tangan, cuba tidak ambil peduli
dengan sakitnya. Sengaja dia melihat kembali gambar gambar kenangannya sepanjang
menuntut di Uitm. Sesekali matanya meliar melihat sekeliling apabila terasa
dirinya diperhatikan. Ah, perasaan aku barangkali.
Dari
jauh sepasang mata memerhatikannya dengan riak sedikit bimbang melihatkan muka
gadis itu yang berkerut seolah-olah menahan sakit. Walaupun terasa benci namun
hatinya masih lagi berasa kasihan melihat gadis itu ditinggalkan terkontang
kanting sendirian di tempat asing. Dirinya pula bersenang lenang dengan wanita
lain. Entah kenapa, apabila dia terpandangkan wajah itu, dia seakan akan tenang
dan damai. Namun apabila tersedar, dia segera menepis perasaan itu semula. Dia
tidak mahu jatuh kasihan pada Dannia, cukuplah dengan hanya terikat dengan
gadis itu dengan ikatan yang tersimpul mati. Walau seteguh mana ikatannya dengan
gadis itu, dia tetap akan nafikan ikatannya. Namun matanya masih tidak lekang
dari memandang wajah Dannia, seakan sudah di gam dengan gam uhu.
Ah,
leganya dapat makan. Fuh! Dannia bersandar kekenyangan. Wajahnya kembali ceria.
Iyelah kan dapat makan, mestilah senang. Apa orang tua tua cakap, kenyang perut
suka hati. Ha, something like that lah. Mana aku nak merayap
lepas ni ek? Dia menimbang aktiviti yang bakal dibuat sebentar lagi.
Dia
menebarkan pandangan ke sekeliling sambil otaknya ligat berfikir mahu ke mana.
Tiba tiba pandangannya tertancap pada sebentuk tubuh yang sedang leka membaca
surat khabar. Amboi, khusyuk betul baca, angkat paper macam apa dah. Tenggelam kepala. Huhuhu.. menarik sangat ke
berita kat dalam tu. Dia tersenyum kecil dengan gelagat manusia yang pelbagai
ragam.
Selesai
membuat bayaran, Dannia segera beredar dari restoran tersebut lalu melangkah menuju
ke arah pantai seakan menggamit memanggilnya untuk ke sana. Dia berjalan jalan
menyusuri pantai, sesekali kakinya bermain dengan air di gigi pantai. Rambutnya
separas pinggang di ikat ekor kuda, supaya tidak kusut dengan angin kuat yang
menampar tubuhnya.
Cantiknya
ciptaan tuhan, leka dengan pemandangan yang terbentang di hadapan matanya, tiba
tiba matanya pula tertangkap sepasang kekasih yang boleh membuatkan hatinya
yang tadi tenang kembali geram dan menyampah. Ingin segera beredar di situ,
mereka telah nampak kelibat nya kat sini. Nanti di katakan cemburu pula. Ah,
jalan je lah.. lantak lah korang nak kata apa pun, buat buat tak nampak bagus
jugak nih. Ingat aku heran and hard up sangat ke? Ini Dannia la...malam sikit nak cemburu buta ni.
Dannia melangkah meneruskan perjalanannya. Langsung tidak menghiraukan merpati
dua sejoli yang sedang asyik mabuk bercinta.
Semakin
lama semakin hampir dengan pasangan itu, kedengaran sesekali gelak ketawa
mereka. mana taknya, suara minah saleh
celup tu kan macam guruh, adeh cair
taik telinga aku nak dengar, bagus jugak tak payah la susah susah aku nak
korek. Jimat duit aku nak beli kapas telinga. Guna yang semula jadi sudah..bunyi
gelak ketawa yang makin lama menyakitkan telinga memaksa Dannia untuk menoleh
ke arah pasangan itu, matanya terbuntang melihat aksi pasangan dihadapannya.
Masyaallah, teruknya laki sape lah
ni, ish ish ish, teruk bebenor aku
tengok. Laki sape? Laki aku rupanya. Adoi, melihatkah Harith yang erat memeluk
pinggang Suzanne yang memakai pakaian yang tak cukup kain, yang perempuan pulak
tak segan silu mengucup pipi sambil mengusap lembut tangan itu. Dah tu depan
aku pulak. Apa jenis perempuan lah Suzanne ni. Beristighfar panjang Dannia
dalam hatinya.
Ya
Allah tabahkan lah hatiku ini. Harith memang tak pernah hormatkannya, depan dia
pun nak buat benda tak senonoh. Apa jenis suami dia ni?? Bukannya lelaki itu
tidak nampak akan kehadirannya di sini, sengaja buat buat tak nampak. Suzanne
apatah lagi, sengaja tunjuk mesra depannya. Tanpa membuang masa, Dannia terus
berlalu di situ, tanpa menoleh ke belakang lagi. Membiarkan pasangan sejoli itu
memadu kasih. Membawa hatinya yang terguris luka. Tidak sanggup rasanya untuk
menonton drama sebabak yang kian merobek hatinya.
Dannia
hanya mengikut arah kakinya yang berjalan, menghala entah ke amna arah tujunya.
Dan yang pasti kaki terus terusan melangkah tanpa henti. Apabila terasa letih,
dia melabuhkan punggungnya ke atas sebuah batu yang agak besar berhampiran
dengan gigi air. Kakinya dijuntaikan ke bawah supaya dapat merasa kedinginan
air masin itu. Saat kakinya merasakan kesejukan air, rasa tenang hatinya.
Perlahan lahan rasa yang bermukim di dadanya beransur pergi meninggalkannya
untuk sementara. Ya, di sini dia berasa sedikit tenang. Berada jauh daripada
keluarga mertua dan berada jauh dengan Harith biarpun hanya beberapa meter
darinya. Sekurang kurangnya lelaki itu tidak menganggunya di sini. Tidaklah
begitu sakit telinganya mendengar sumpah seranah lelaki itu dan juga perlakuan
lepas Harith yang melukakan hatinya.
‘Sampai
bila perkahwinan ini akan bertahan? Tabahkah dirinya mengahadapi pada masa akan
datang?’ memikirkan itu semua, hatinya sedikit sebanyak dipagut rasa resah.
‘Bagaimana nanti jika Harith mahu menceraikannya? Tegakah aku menyandang
gelaran janda pada usia yang muda.’ Wanita mana tidak takut jika gelaran itu
disandang oleh mereka. Cukup mengerikan. Bukankah masyarakat kini suka
mengatakan janda itu bukannya wanita baik-baik. Malah senang sahaja di gelar
perampas biarpun hal yang berlaku sebaliknya. Pasti masyarakat terutamanya para
wanita akan menuding jari pada status itu, biarpun salah dari pihak lain.
“Hai, can i seat here?” sapa suatu suara
yang amat garau di pendengarannya. Serentak itu Dannia menoleh melihat batang
tubuh yang menyapanya. Berkerut dahinya melihat senyuman manis yang terukir
pada wajah lelaki itu. Lelaki pelik! Desis hatinya.
“Hai, err yeah, sure. This is public
place, so semua orang ada hak nak duduk di mana mereka mahu.” Balas Dannia
acuh tak acuh. Malas sebenarnya mahu melayan, tiada mood untuk beramah mesra. Hatinya tidak tenang.
Apabila
mendapat kebenaran , pantas dia melabuhkan punggungnya di sebelah si gadis yang
diam seribu bahasa, yang terlalu asyik merenung ke depan. Namun jaraknya di jauhkan
sedikit daripada gadis itu, mahu berada dekat bimbang jika dikatakan sengaja
mahu menggatal. Lagi pula, dia bukannya jenis seperti itu. Mengambil kesempatan
pada kaum hawa sesuka hatinya.
Dannia masih tidak menghiraukan lelaki
sebelahnya, matanya leka memandang ke hadapan memerhati manusia yang bermandi
manda, hilang sekejap rasa bosan apabila melihat sekumpulan kanak kanak yang
riang bergelak ketawa. Bestnya dapat
jadi budak budak, mesti tiada masalah.... sesekali Dannia tersenyum melihat gelagat kanak kanak yang agak lucu
pada pandangan matanya itu. Alangkah bahagianya jika dia juga salah seorang
daripada mereka. Langsung tiada masalah seperti yang dialaminya sekarang.
Tanpa
di sedari oleh si gadis, dia yang berada disebelah ralit memerhatikan Dannia
yang sedang asyik termenung dan tersenyum. Sesekali terdengar keluhan terbit di
bibir gadis itu. Di dalam hatinya terdetik juga rasa ingin tahu apa yang berada
di hati gadis itu sehingga terbitnya keluhan dari bibir itu. Akal fikirannya
begitu terdesak mahu berbual dengan gadis cantik di sebelahnya. Mahu menyelami
apa yang berada di dasar hatinya. Walaupun pertama kali bertemu, dia merasakan
sesuatu di hatinya.
Sebenarnya
sudah lama dia memerhatikan gadis itu dari jauh, hampir satu jam. Saat
terpandangkan wajah itu, tiba tiba dia teringatkan akan seseorang. Wajah itu
terlalu mirip dengan seseorang. Lama dia memerhatikan gadis itu sebelum dia
menghampiri.
Lalu
tanpa membuang masa laju kakinya melangkah mendekati gadis itu tanpa memikirkan
apa yang bakal terjadi. Di fikirannya hanya mahu mengenali gerangan satu
satunya gadis yang berjaya menarik perhatiannya walaupun gadis itu tidak
berniat mahu mencari perhatian.
“Cantikkan pemandangan kat sini.
Pasti masalah akan hilang begitu je” Lelaki itu memulakan bicara untuk menarik
sedikit perhatian dari gadis di sebelahnya apabila tiada tanda tanda gadis itu
membuka mulut. Terlalu asyik dengan dunianya.
“Ermm, indah sangat ciptaan Tuhan.
Masalah beransur ansur hilang. Tapi peritnya tetap ada.” Dannia menjawab dengan
suara yang sedikit mengendur. Mendengarkan ayat itu, lelaki itu segera
memalingkan wajahnya dari memandang lautan yang terbentang di hadapannya. Tepat
memandang sisi wajah di sebelahnya.
“Datang ke sini bercuti or memang asal sini?” soalnya apabila
gadis di sebelahnya turut terdiam setelah beberapa patah mengeluarkan
kata-kata. Kata-kata yang terlalu mendalam maksudnya.
“Ermm” Dannia membalas pendek.
“Which
one?” lelaki itu tersenyum nipis. Nampak sangat gadis itu masih khayal dan
tidak peka dengan soalannya dan asyik dengan dunianya sendiri.
“Hah? Er, bercuti” Agak kelam kabut
dia menjawab apabila di sergah begitu. Matanya dikerling sekilas ke arah pemuda
di sebelahnya. Erm..kacak. Hanya itu yang lahir dari hatinya. Hish, tak
semestinya kacak baik, Dannia!! Jangan menilai orang terburu buru. Tengok lah
si Harith tu. Harap muka jer hensem, tetapi
perangai nauzubillah, hampeh..
“Seorang je ker bercuti?” Zafrey
mengulangi kembali soalannya tadi.
“Er, yelah kot.” Jawapan Dannia
membuatkan lelaki disebelahnya tergelak lucu. Apa yang lucu dia pun tak tahu.
Pelik..Pelik.. makhluk mana lah yang tersesat kat sini. Dahinya berkerut.
Rasanya tidak salah jawapan itu.
“Kot? Macam tak pasti jer bunyinya?”
soalnya lagi meminta kepastian.
“Yup sorang. Puas hati?” Dannia
tersenyum menutup malu. Entah kenapa dia rasa senang untuk berbual dengan
lelaki ini. Kebiasaannya dia terlalu menjaga tutur kata dan tidak melayan mana
mana lelaki yang ingin mendekatinya. Tapi entah kenapa dengan lelaki ini dia
begitu selesa dan terasa begitu rapat seolah olah mempunyai hubungan istimewa.
Berasa selesa, namun dia tetap berhati hati mengeluarkan kata. Tidak mahu mudah
percaya dengan orang asing yang baru dikenali. Mungkin kerana dia inginkan
teman bicara untuk melayannya yang sedang berduka. Atau mahu teman untuk
menemaninya di saat ini. Dia tidak pasti.
“Awak pula macam mana?” Dannia
berbasi basa. Tidak mahu katakan sombong apabila dia terus terusan mendiamkan
diri.
“Macam mana apanya?” kini giliran
Dannia pula tergelak halus.
“Datang sini bercuti jugak ke?”
soalnya sekali lagi. Kali ini soalannya lebih jelas berbanding tadi.
“Oh,lebih kurang lah. Sambil
menyelam minum air. Actually, company
syarikat tempat saya bekerja mengadakan family
day dan juga Annual Dinner kat
sini. So, saya kat sinilah sekarang”
panjang lebar lelaki itu menjawab.
“Ooo...”
hanya itu yang keluar dari bibirnya. Mulut menjadi bulat, namun suaranya tidak
pula berbunyi. Hanya membuat mimik mulut.
“By the way, dari tadi kita bercakap tak
kenal pun nama masing masing kan. Saya Khairul Zafrey, panggil Zaf aje. And you, little princess?” matanya
merenung anak mata yang amat menarik perhatiannya sejak tadi.
“Dannia.
Just call me Nia.” Mereka saling tersenyum. Nama itu,
Zafrey mengerutkan mukanya, cuba mengingati sebaris nama yang telah lama
tersimpan kukuh dihatinya. Empunya nama yang telah lama dirindui oleh dia
sekeluarga. Diakah? Benarkah? Sedikit sebanyak hatinya melonjak gembira.
“Kenapa
sampai macam tu sekali muka awak. Hai, buruk sangat ke nama saya sampai
berkerut muka tu?” Dannia menyindir Zafrey.
“Eh,
mana ada. Nama Dannia cantik apa.” Zafrey menggarukan kepalanya yang tidak
gatal. Kalau orang tengok mesti kata kat atas kepala aku ni ada kutu. Hish, tak
ada okey. Suci dari segala bau hapak dan binatang binatang penghisap darah ni!
Malu kerana ditegur begitu.
“Just call me Nia. Saya tak selesa bila
panggil nama penuh.”
“Oh,
ok..” Zafrey tersenyum.
“So..
Nia datang sini tiada siapa yang temankan?”
Dannia
pula hanya menjungkitkan bahu. Malas mahu memberi sebarang komen. Terpulang
kepada lelaki itu apa yang mahu difikirkannya. Dia tidak akan sesekali membuka
kisah hidupnya pada orang yang baru dikenali. Cukup sahaja jika lelaki itu
hanya mengetahui nama.
Mereka
meneruskan perbualan. Sesekali Dannia tergelak mendengar celoteh yang keluar
dari mulut Zafrey. Bagi Dannia, lelaki itu mampu membuat orang yang bersedih
bertukar ceria. Lelaki itu mampu membuatnya hilang masalah dan kembali tenang.
Malah setiap butir bicara lelaki itu ada maksud yang mendalam. Siapa dia yang
sebenarnya? Di kepalanya muncul berbagai persoalan. Pelik bin ajaib, Zafrey
mampu membuatnya berasa selesa dan selamat berada di sampingnya..
Mereka
berborak sehinggalah matahari hampir terbenam, lalu dia meminta diri untuk
pulang memandangkan hari sudah gelap. Lagipun dia tidak begitu selesa berada di
samping lelaki itu, apabila sudah terlalu lewat. Nanti apa pula pandangan orang
sekeliling terhadap mereka. Berdua duanya di tempat sebegitu walaupun di tempat
yang terbuka. Dia gadis yang masih berpegang pada agama. Yang masih tahu rasa
malu apabila di pandang serong oleh orang lain. Bimbang juga jika terjadi apa
apa yang boleh mendatangkan fitnah. Nauzubillah minta minta dijauhkan. Memikirkan
hal itu, membuatkannya seriau semacam.
No comments:
Post a Comment