Thursday, February 9, 2012

BAB 7 [KASIHKU YANG SATU]

Bab 7


                “Ok, saya rasa itu sahaja yang perlu disampaikan setakat ini. Jika ada pertanyaan sila rujuk pada anak kedua saya Ezmiel.” Tan Sri Raziff bangun dari kerusi yang didudukinya dan melangkah meninggalkan bilik mensyuarat yang luas itu diikuti dengan kakitangannya yang lain meninggalkan Khairul Ezmiel, Khairul Zafrey dan seorang lagi lelaki.
            “Zaff, kau rasa macam mana? Kita nak buat kat mana kali ni?” Zafrey di depannya direnung. Dari semalam lagi dia berfikir tentang event company yang bakal diadakan tak lama lagi.
            “Kita buat different la sikit tahun ni. Aku tak naklah buat kat hotel macam yang sebelum ni. Dah naik muak tau tak. Aku rasa, better kita pergi Terengganu nak? Kita pergi pulau..amacam?” Zafrey memberi cadangan.
            “Pulau? Pulau mana? Bajet kau dah kira ke?” soal Ezmiel pula. Cadangan yang menarik perhatiannya. Tidak terfikir olehnya akan Pulau-pulau cantik di pantai timur itu.
            “Pulau Redang. Bajet tu don’t worrylah, no hal. Papa tak kisah. Lagipun kali ni kita buat two in one. Pilihlah tempat best sikit. Alang-alang boleh bercuti terus. Mama kan dah lama nak bercuti kat Terengganu?” Teringat akan Puan Sri Kamilia yang sudah lama ingin ke negeri pantai timur.
            “Pulau Redang tu ok jugak Ez, Zaff. Aku dengar pulau tu cantik tau. Boleh aku bawak awek aku.” Danny menyampuk tiba-tiba, bayangan bersama gadis impiannya terlayar di ruang mata. Hanya sekejap sahaja apabila kepalanya diketuk dengan fail yang agak tebal. Potong stim betullah. Lama benar dia tidak menjejakkan kaki ke sana. Hampir berbelas tahun lamanya. Kali terakhir dia ke sana ketika masih lagi di bangku sekolah.
            “Sakit aku kepala bongok. Baby lah kau ni” Danny menggosok kepalanya. Biul sekejap. Ingat tak bayar zakat ke?
            “Selamba badak kau nak babykan aku. Padan lah dengan muka kau. Dalam kepala otak takde benda lain ke nak fikir?” Zafrey ketawa. Teman adiknya memang nakal, ada sahaja benda yang mengarut yang akan diutarakan walaupun tidak diminta pendapatnya yang tak berapa nak cerdik.
            “Okey stop. Sekarang ni serius ok? Nak buat kat mana?” Zafrey mencelah setelah ketawanya reda. Sesekali dia menoleh jam yang berada dinding bilik itu. Kalau boleh dia perlu cepat, sebentar lagi dia perlu keluar untuk bertemu klien.
            “Pulau Redang lah. Muktamad, lagipun tempat dan bayaran aku boleh uruskan. Aku ada kawan kat sana, lagipun dia pemilik hotel tu. So pandai pandailah aku nak handle.” Panjang lebar dia menerangkan hujahnya.
            “Ok set. Pape lepas ni ko inform kat aku. Aku nak bincang pulak dengan papa. Kalau tak ada pape aku nak ciou dulu. Aku ada hal” Zafrey bangun dari tempatnya. Tergesa gesa menuju ke arah pintu.
            “Hoi, walaweh, lajunya.. nak jumpa awek ke bro?” laungnya dari tempat yang didudukinya. Sengaja mahu mengusik Zafrey, bukannya dia tidak tahu lelaki itu tidak berapa ngam dengan kaum Hawa.
            “Awek kepala kau, aku nak jumpa client ni. Dah lambat tau tak?” sempat Zafrey membalas laungan rakannya sebelum badannnya melolos keluar dari bilik besar. Ezmiel dan Danny menggelengkan kepala. Kenal sangat dengan perangai abangnya yang terlalu komited dengan kerjaya. Gadis yang berminat dengan Zafrey langsung tidak dilayan. Buka calang-calang gadis yang meminati Zafrey. Sebut sahaja namanya, pasti ramai gadis yang teruja. Apatah lagi kedudukan dan harta milik keluarga mereka. Pasti ramai yang tergila-gila.
                So, aku dengar kau still tak jumpa adik kau yang hilang tu. Betul ke?” Soalannya membuatkan wajah Ezmiel sedikit keruh. Memikirkan hal itu, hatinya dipagut kecewa. Adik perempuan masih tidak ditemui. Dia bimbangkan kesihatan mamanya yang terlalu rindukan anak perempuan tunggal. Satu satunya puteri tunggal dalam keluarga mereka. Setakat ini, ke semua orang yang diupah langsung tidak berjaya menjejak adiknya itu.
            “Ermm” hanya itu yang tekeluar dari mulutnya. Akalnya sudah buntu mencari adiknya yang sudah hampir dua puluh tahun tidak ditemui. Memikirkan mamanya Puan Sri Kamilia, hati lelakinya menjadi sayu. Kesian mama, mesti terlalu rindukan adik. Ibu mana yang tidak sedih apabila anak yang baru dilahirkan terpisah, belum sempat diberi susuan.  Keluarga neneknya begitu kejam, sanggup memisahkan mereka semata mata kerana dendam.
            “Sabarlah, aku yakin suatu hari nanti kau pasti berjumpa dengan adik kau.” Danny menepuk nepuk bahu sahabat baiknya. Menyesal kerana mulutnya yang terlepas cakap menyoal soalan sensitive pada Ezmiel. Muram sudah wajah yang ceria tadi.
            “Aku harap macam tu lah. Lagipun aku  buntu, sampai sekarang kami tak jumpa dia. Entah macam mana rupa dia sekarang. Dari kecil aku tak sempat jumpa adik aku. Entah-entah kami pernah berselisihan jalan, tapi tak kenal each other.” Luahan terbit dari mulut Ezmiel melepaskan apa yang terbuku di dalam hati.
            “Okeylah, aku nak blah dulu. Ada hal kejap lagi. Kau tolong handle guest list dan keperluan lain yang perlu. Apa apa hal, kau roger aku later.” Ezmiel ingin lari dari situasi yang menyesakkan dadanya. Dia perlu pulang ke rumah untuk menemani mamanya ke butik. Itulah janjinya semalam pada Puan Sri Kamilia, wanita itu berpesan adanya supaya dia pulang tengah hari untuk menemaninya ke butik. Mahu mengharapkan Zafrey, abangnya itu sibuk memanjang. Hanya kadang kadang sahaja dia dapat memenuhi permintaan ibu tercinta. Papanya pula sibuk menghadiri mesyuarat tergempar yang bakal diadakan oleh ahli lembaga pengarah lain kerana projek besar telah berjaya diraih oleh mereka.    
                Bunyi deringan di telefon bimbitnya menyebabkan Ezmiel memperlahankan sedikit kereta yang dipandu sebelum diberhentikan di bahu jalan. Tangannya laju mencapai handphone di poket seluarnya. Dipandang sekilas nama yang tertera sebelum bibirnya mengukir senyuman lebar.
            “Assalamualaikum my sweetheart. Ya, Ez on da way balik la ni. Lagi setengah jam Ez sampailah. Mama tunggu jer ok? Mana ada Ez lupa date kita. Oraite ma bye, love you” Mesti orang tak percaya kalau mereka dengar perbualan dirinya dengan mama. Manja sangat, kalau dengar dek orang lain, naya aku. Tak pasal pasal kena gelak sampai diorang terguling guling dengar playboy macam aku ni cakap manja dengan mama aku.Ez...Ez...lantaklah, lagipun apa salahnya nak bermanja dengan mama sendiri. Bila lagi kan? Kan? Hehehehe...



Puan Sri Kamilia berjalan beriringan dengan Ezmiel menuju ke butik, setiap manusia yang berselisihan dengan mereka pasti akan menoleh berkali kali. Terpegun dengan keanggunan si pemakai bersesuaian dengan status yang dipegang oleh perempuan itu. Anak terunanya pula tampil segak bergaya walaupun baju kerja yang dipakai oleh Ezmiel dengan lengan yang tersinsing separas siku, tanpa tie di leher, gaya santai remaja terkini. Puan Sri Kamilia tersenyum bangga di samping anak terunanya, bukan mahu riak tetapi terselit perasaan bangga terhadap perhatian yang diberikan pada anak terunanya.
”Hai Puan Sri, lama I tak nampak you, dah lama tak datang kat butik I. Makin anggun you sekarang ni. Jealous I tau.” Badan Sally meliuk lintuk bagaikan sotong. Ezmiel di sisi hanya memerhati lelaki separuh perempuan bercakap bersama ibunya. Meremang seluruh badan apabila melihat lelaki itu mengenyitkan mata padanya. Huish, Mak ai merenyam betul. Bergetar badan Ezmiel ketakutan apabila melihat lelaki itu menghampirinya.
“Hai handsome. I’m Sally. Nice to meet you” tangan dihulurkan pada Ezmiel. Teragak agak dia mahu meyambut huluran tangan itu.
  “Hai. Nice to meet you too.” Tangannya menyambut huluran itu dan sekaligus meleraikan tangannya sepantas kilat dari tangan nyah yang dikenali sebagai Sally. Eiii geli aku. Apa punya nama la kau pakai. Agaknya nama Salleh dah jadi Sally kot. Nama mak bapak dah bagi elok duk pi tukaq buat pa. Huish dasyhat manusia zaman sekarang nih. Mama ni pun satu, dalam banyak-banyak butik kat Penang ni, yang sotong ni jugak dipilihnya. Trauma aku lepas ni nak datang sini.
“Segak la Puan Sri. Sape tu?”
            “Anak kedua I. Kenapa berkenan ke?” Puan Sri tersenyum memandang Sally di sebelahnya.
            “Anak you? Segak mak. Kalau I dapat mesti tak cari yang lain. Umph gitu.” Sally ketawa kecil, matanya masih lagi memandang Ezmiel yang sudah panas punggung dari tadi. Tak selesa dengan renungan mata lelaki separa suku itu.
            “Kalau you berkenan boleh jer. Tapi kena tanya tuan punya badan dulu la kan” Puan Sri Kamilia tersenyum nakal, sengaja mahu mengusik Ezmiel yang sudah berpeluh peluh. Macam kucing nak beranak saja lagaknya.
Mak ai, ada ke patut mama mahu kenankan aku dengan mamat lembut ni. Simpang malaikat empat puluh empat minta dijauhkan. Geli lah...
            “Mama” hampir terjerit dia mendengar ayat yang keluar dari mulut mamanya. Nak mampus, aku masih waras lagi tau. Aku normal ok? Puan Sri Kamilia sudah ketawa sakan, mahu berguling guling rasanya melihat wajah panik Ezmiel. Hahahaha...memang kelakar.
            “Ez, ada hal la mama. Lambat lagi ke? Kejap lagi nak jumpa client ni.” Segera dia mematikan ketawa Puan Sri Kamilia. Mukanya usah dikata masam mencuka. Ni dah kes membuli namanya. Geramnya mama ni, sempat lagi nak kenakan aku. Tak pe.. tak pe ada ubi ada batas ada hari, ni hah tunggulah anakmu yang lagi macho ni balas. Wait and see ya mama. Mukanya tersengih jahat, ligat otaknya mencari idea. Huhuhahaha... ting!
            Dalam meredakan ketawanya, Puan Sri Kamilia terpandangkan kelibat seseorang yang amat menarik perhatian. Lantas, Puan Sri Kamilia keluar dari butik yang menghalang penglihatan ke arah gadis itu yang masih ralit membelek sehelai baju yang bertentangan dengannya. Tanpa mempedulikan Ezmiel yang nyata terpinga pinga, dia menghayunkan langkah dengan agak laju, hatinya berdebar debar ketika ini. Tak dapat digambarkan dengan kata kata, semakin dekat melangkah semakin kuat paluan di dadanya. Terasa air hangat bertakung di tubir mata. Panggilan Ezmiel dibiarkan tidak bersahut, kalau boleh sedikit pun dia tidak mahu mengalihkan pandangannya daripada tubuh itu. Pandangan orang di sekelilingnya dibiarkan dengan pandangan tertanya tanya. Semakin dekat, semakin laju langkahnya dan akhirnya bertukar menjadi kepada larian anak. Sampai sahaja di tempat yang dituju, bayangan gadis yang menjamu matanya hilang. Puan Sri Kamilia makin resah, tak mungkin.. pasti dia...aku yakin. Ya Allah, bantulah hambamu Ya Allah.....
            “Mama, what going on?” Nafas Ezmiel turun naik. Kelakuan Puan Sri Kamilia kelihatan pelik. Entah apa yang dicari oleh mama kesayangannya sehingga berlari anak menuju ke sini. Terpinga pinga dirinya ditinggalkan macam orang bodoh di dalam butik nyah tadi.
            “Mama” Ezmiel menyentuh bahu Puan Sri Kamilia perlahan. Sentuhannya agak memeranjatkan Puan Sri Kamilia, lantas tangan tua menyapu bersih mukanya. Di sapu air hangat yang menodai pipinya. Puan Sri Kamilia menghela nafas panjang, cuba menenangkan diri, namun matanya masih lagi melilau mencari gerangan orang yang dicari.
            “Ez nampak tak seorang gadis yang berdiri kat sini tadi?” suaranya ditahan. Sebak di dada cuba ditenangkan.
            “Gadis?” Ezmiel cuak. Janganlah mama nak kenankan aku dengan gadis tu. Bukan boleh percaya mama ni. Kalau angin monsun dia datang habislah aku. Tapi dia sendiri ragu. Kenapa mama menangis. Dia nampak air muka Puan Sri Kamilia yang keruh itu.
            “Hmmm... gadis yang pakai blous ungu. Rambut paras pinggang, pakai hairclip.
            “Kenapa dengan budak tu mama?” Mak ai sempat lagi duk teliti budak tu. Cantik sangat ke?
            “Kalau mama nak kenankan Ez dengan budak tu tak payahlah. I’m not interested.” Laju mulutnya menyanggah.lansung tidak mendengar apa ayat yang seterusnya keluar dari mulut mamanya itu.
            “Apa yang kamu merepek ni Ez, kamu jangan nak perasan ya. I’m Serious.” Puan Sri Kamilia mencebik. Tidak mahu melayan lawak anaknya. Gadis itu dicari lagi. Dia berdoa supaya gadis itu ditemukan lagi dengannya.
            “Hah. Er, Ez tak nampak pun.” Tangannya digaru garu di kepala. Aisemen, terperasan pula. Malunya. Dia berdehem beberapa kali men’cover’ malunya. Hehehehe... nak buat macam mana kan, aku kan hensem. Adoyai, sempat lagi kau ni perasan ya Ez! Malah kali ini dia kembali serius. Matanya juga melilau mencari gerangan yang dicari oelh Puan Dri Kamilia.
            “Please, Ez tolong cari. Please, I’m begging you.” Desak Puan Sri Kamilia lagi. Dia mengharapkan Ezmiel kali ini.
            “Ok ma, relaks ok, Ez cari. Mama jangan gelabah. Tunggu sini Ez cari.” Arahnya sebelum meninggalkan Puan Sri Kamilia di situ. Adeh, mana kau nak cari budak ni, sehari pun pasti belum jumpa. Dahlah besar pasaraya ni. Mau seminggu kaki aku kebas. Dalam mencari dia merungut perlahan. Mata manusia di sekelilingnya langsung tidak dihiraukan.
Ezmiel mencari manusia yang dicirikan mamanya sebentar tadi. Dari satu kedai ke kedai yang lain dia masuk. Hampir sejam mencari Ezmiel kembali semula ke sisi Puan Sri Kamilia. Tercungap cungap dirinya menahan nafas, dah boleh masuk marathon ni..
            “Macam mana? Jumpa tak?” laju Puan Sri Kamilia bertanya sebaik sahaja melihat Ezmiel menuju ke arahnya. Mahu sahaja berlari mendapatkan Ezmiel untuk bertanyakan jawapan. Besar sungguh harapannya supaya Ezmiel menemui gadis itu.
            “Tak de lah mama. Siapa sebenarnya perempuan tu? Mama kenal ke?” bertubi tubi pertanyaan yang keluar dari mulutnya, tanpa sempat ditahan. Dia memerlukan penjelasan yang membuatkan dirinya terkejar kejar mencari orang yang dia sendiri tidak pasti akan gerangannya.
            “You little sister.” Sebaris ayat yang membuatkan Ezmiel terkejut dan terkaku. Dia tidak salah dengarkah? Masakan ‘adiknya’ itu berada di Kuala Lumpur. Tak mungkin..kalau gadis itu berada di kota ini masakan orang upahannya itu gagal menjejaki adiknya itu.
            “What? Mama pasti ke?” hampir terkejut dengan kenyataan mamanya.
            “Mama tak tahu. Tapi firasat mama kuat meyatakan she is you sister” Ezmiel menepuk dahinya kuat. Mama...mama...hatinya sedikit terusik melihat wajah mamanya yang begitu redup dan sayu. Dia faham akan kerinduan itu.
            “Mama..”
            “Mama yakin Ez. Please percayakan mama” redup matanya memandang anak terunanya itu.
            “Mama, salah lihat agaknya. Kita balik ya. Dah lama kita kat sini.” Pujuk Ezmiel. Serba salah apabila melihat Puan Sri Kamilia yang sudah berubah muram dan sedih. Hilang wajah ceria mamanya sebentar tadi.
            “Mama nak cari adik. Tolong mama, mama terlalu rindukan dia” matanya berkaca-kaca menahan sebak. Rindu pada Isya tidak tertanggung rasanya.
            “We will meet her someday. Trust me. Kami semua pun rindukan dia. Kita balik dulu. Ez dan Abang Zaf akan usahakan ya ma. Apa yang penting, mama kena jaga kesihatan mama. Come.” Ezmiel menarik tangan Puan Sri Kamilia supaya mengikutinya. Tangannya menggenggam erat menghulurkan sejuta semangat buat wanita kesayangannya.



            “Cuba yang ni pulak.” Datin Rosmaria menunjukkan dress yang agak labuh untuk Dannia. Dress untuk dipakai apabila bersiar pada waktu petang. Fabrik yang cukup ringan dan warna yang agak sesuai dengan tempat percutian Dannia dan Harith nanti. Dia mahukan yang terbaik untuk anak menantunya itu.
            “Ma, dah banyak la. Cukup lah tu. Ok? lagipun Nia dah ada banyak baju kat rumah.” Dannia menolak dengan baik cadangan ibu mertuanya yang masih lagi bersemangat untuk membeli belah. Semua kedai mahu di singgahnya. Kakinya sudah naik lenguh menurut semua kemahuan Datin Rosmaria. Terasa mahu tercabut kakinya.
                “Ala, cuba la dulu. Mama berkenan sangat. Cuba dulu ya sayang?” Datin Rosmaria tidak berputus asa memujuk menantu kesayangannya. Sayangnya pada Dannia melebihi sayangnya pada Harith. Selepas ini dia mahu belikan untuk Iman pula. Sengaja dia tidak memaklumkan pada Iman untuk ke Kuala Lumpur, sekaligus melawat anak bongsunya itu. Pasti Iman akan gembira. Apatah lagi apabila membawa bersama kakak iparnya yang sering ditanya siang dan malam.
            Dannia mengeluh kecil. Kalah lagi dengan pujukan mertuanya. Dia terpaksa akur dengan kehendak Datin Rosmaria, bimbang jika dia menolak, wanita itu akan berkecil hati pula. Sebelum ini sudah banyak yang ditolak, itu dan ini semuanya di tolak. Nampaknya kali dia terpaksa menerima walaupun hatinya menegah. Dia tidak mahu Harith menghinanya atau mengatanya di kemudian hari apabila tahu mamanya banyak berbelanja untuk dirinya.
            “Ok” Datin Rosmaria tersenyum senang dengan kepatuhan Dannia.
            Setelah mendapat kesemua barang yang dikehendaki, mereka menuju ke foodcourt di tingkat atas. Perut mereka sudah berkeroncang minta di isi. Sampai sahaja di sana, dannia memilih tempat berdekatan dengan dinding kaca melepaskan penat lelahnya seharian berjalan.
            “Mama nak makan apa? Nanti Nia order.”
            “Nasi putih Tom Yam and fresh orange ya. Thanks sayang” Datin Rosmaria juga melakukan yang sama, melepaskan penat. Barang yang dibelinya diletakkan ke tepi.
            Dannia tersenyum mengangguk sebelum beredar menuju ke kaunter untuk order dan memilih makanan lain. Datin Rosmaria pula sibuk membelek barang barang yang dibeli tadi. Sesekali matanya melilau melihat sekeliling memandang keletah anak muda zaman sekarang tanpa segan silu berpelukan dan bercumbu. Kepalanya digelengkan beberapa kali. Kalau lah anaknya serupa dengan mereka semua, mahu dipelangkung dengan pinggan mangkuk kat rumah. Biar benjol di kepala. Buat malukan keluarga aje.
            Bunyi pinggan yang diletakkan di hadapannya memaksa Datin Rosmaria melihat ke hadapan kembali. Senyuman dihadiahkan pada Dannia sebaik sahaja matanya singgah pada seraut wajah tenang dihadapannya. Sungguh, matanya tidak puas menatap seraut wajah cantik Dannia. Hati tuanya sudah terpaut pertama kali dia terpandang wajah itu di rumah kawannya. Hajat mahu bermenantukan Dannia akhirnya tercapai, walaupun bagi pihak anak lelakinya agak tidak adil. Dia mahukan yang terbaik buat Harith, dan saat itulah dia tidak ragu ragu mahu memilih Dannia sebagai pendamping Harith. Dia yakin Harith akan berubah dan bahagia dengan Dannia.
            “Nia dah ready ke nak pergi honeymoon?” soalnya apabila masing-masing menyepikan diri.
            “Dah ma” Dannia tersenyum sumbing. Kelat wajahnya di saat soalan itu keluar dari mulut Datin Rosmaria. Haisemen, jangan lah tanya yang bukan bukan lagi. Aku tak nak tambah dosa... tolong aku!!
            “Erm... harap harap hujung tahun dapatlah mama dan papa menimang cucu..” terdengarkan bunga bunga harapan yang meluncur dari mulut itu, Dannia tersedak sedak dan batuknya semakin lama semakin kuat. Peritnya! Laju tangannya mencapai air di atas meja lalu disedutnya rakus. Perit sungguh tekaknya. Merah muka dan hidungnya menahan sakit.
“Hai kenapa ni? Mama sebut cucu sampai macam tu sekali lagaknya” Datin Rosmaria tergelak kecil. Muka Dannia yang sudah merah ditatapnya. Comel! Entah keberapa kali dia memuji Dannia dia sendiri tidak terkira.
“Ehem..Insya’allah ma. Kalau ada rezeki adalah” hentam jelah. Aku tak de idea ni. Alahai, macam mana ni. Hatinya cemas, kalau di tuntutnya tak ke mampus. Idea oh idea datanglah padaku...ku seru dikau.. eh, apa yang aku merepek meraban ni.
“Pukul berapa nak pergi kolej Iman?” soal Dannia laju. Sengaja mengubah topik. Hatinya tidak tenang selagi terpaksa menipu. Untuk mengelak dia terpaksa memesong ke topik yang jauh mengenai alam perkahwinannya.
“Sekejap lagilah. Selepas Zohor kot. Petang nanti dah nak bertolak balik.”
            Dannia mengangguk perlahan. Sebaik sahaja makanan yang dipesan tiba, mereka menjamu selera. Kadang-kadang diselitkan juga cerita mengenai persatuan Datin Rosmaria. Aktif sungguh ibu mertuanya menyertai beberapa kelab persatuan. Katanya hanya dengan menyertai persatuan tersebut barulah dia dapat menghilangkan rasa sunyinya. Kerana itulah dia mahukan Dannia melahirkan anak secepat yang mungkin. Sekali lagi apabila soal itu diutarakan Dannia tersenyum kelat.
“Ok lah ma, jom lah kita balik atau mama ada lagi barang yang nak dibeli?” sengaja melencong ke topik lain. Semput nafas aku kalau ditanya isu sensitif ni.
“Tak de. Balik lah, dah dekat pukul tiga ni. Solat pun belum. Kita singgah dulu mana mana masjid. Then baru bertolak ke kolej. Kejap mama call Iman dulu.”
Oraite mam” tangannya di angkat ke paras kepala tabik hormat. Sengaja mahu mengusik Datin Rosmaria. Tergelak Datin Rosmaria dengan perangai keanak anakan menantu sulungnya.
Macam macam la kau ni Dannia.
“Dah, jangan nak usik mama. Jom.” mereka melangkah keluar dengan barang yang sarat ditangan. Sesekali mereka bergelak ketawa dengan kenakalan Dannia yang tidak habis habis bercerita tentang abang abangnya yang lucu. Ya Allah semoga keluargaku sentiasa dilimpahi dengan kegembiraan. Amin. Doa Datin Rosmaria di dalam hati.

Datin Rosmaria dah penat seharian berjalan di sekitar Kuala Lumpur. Sengaja dia mengajak Dannia mengikuti suaminya ke Kuala Lumpur. Mulanya ditegah oleh Dato’Iskandar, namun apabila dipujuk suaminya itu bersetuju. Malah Harith sendiri yang membenarkan Dannia mengikuti mama dan papanya ke Kuala Lumpur. Dia sudah merancang sesuatu dengan ketiadaan papa dan mamanya dan juga ketiadaan Dannia. Ya, masa ini lah peluangnya untuk berjumpa dan menghabiskan masa dengan Suzanne. Gadis idamannya...


No comments:

Post a Comment