Monday, January 30, 2012

BAB 5 [KASIHKU YANG SATU]

Bab 5


                Dannia membuka matanya apabila di rasakan kereta itu sudah berhenti bergerak. Dannia Mengerling melihat ke sebelah pemandu dan ternyata Harith di sebelahnya sudah tiada, matanya meliar mencari kelibat Harith. Bunyi bising di belakang memaksa Dannia melihat arah tersebut. Melihatkan kelibat Harith, Dannia pantas keluar mendapatkan lelaki itu. Langsung tidak memandang melihat sekelilingnya.
Tatkala badannya di pusing, matanya terbuntang melihat keindahan dihadapannya yang tersergam sebuah banglo mewah dua tingkat. Dengan keluasan taman yang sangat luas. Di kanannya mempunyai sebuah kolam renang yang cantik. Disebelah kirinya pula mempunyai sebuah taman dipenuhi pokok bongsai dan bunga mawar. Ditengah tengahnya pula terdapat beberapa kerusi yang cantik dan sebuah buaian. Sungguh cantik, sejuk mata memandang. Damai rasanya hati. Wahh....tidak pernah disangka suaminya sekaya ini.
Melihatkan Harith yang mula berjalan sambil membimbit begnya menjauhi kereta, Dannia terkial kial mengeluarkan barangnya dari boot kereta dengan bersusah payah, nasib baik begnya tidaklah seberat mana. Dalam hati dia mengutuk geram mengenangkan perangai lelaki itu yang tidak langsung menolongnya. Sebal sungguh dia dengan lelaki itu, sekurang kurangnya kejutkanlah dia dari tidur. Bagitahu sepatah yang mereka sudah tiba. Kalaulah dia tidur lena dengan pulas tak ke tidur dalam kereta sampai ke esok jawabnya? Kejam betul. Hai, nasib akulah dapat suami macam ni..
Harith langsung tidak menolongnya. Lelaki itu sudah menonong memasuki banglo tersebut tanpa menghiraukan dirinya terkontang kanting dibelakang . Huish, berlagak nak mampus. Apa punya laki la dia ni.. Bajet kaya la ni.. tapi memang kaya pun. Alah, bapak dia yang kaya bukan dia. Haila... yang tu pun nak angkuh semacam. Kutuknya lagi. Wajahnya mencemik geram, mulutnya terkumat kamit membebel bermacam macam.
            Apabila Dannia menjejakkan kaki ke dalam rumah mewah, sekali lagi dirinya terpegun dengan reka bentuk rumah itu, walaweh, rumah ke istana ni? Gila bapak kaya dia ni. Patutlah bongkak semacam je. Rumah mewah dihiasi dengan perabot buatan luar negara, ruang tamu dihiasi dengan TV plasma yang besar. Macam panggung wayang.. lampu pula usah dikata dihiasi dengan lampu kristal yang besar. Benar benar memukau hatinya yang sudah sedia terpukau dengan kecantikan dan kemewahan banglo itu. Kalau Hanna yang melihat semua ini pasti gadis itu terpegun sakan. Mahu tersembul biji matanya keluar.
“Nia, masuklah sayang.” Sapaan Datin Rosmaria membuatkan Dannia berpaling pantas. Datin Rosmaria menjemput menantu tunggalnya masuk. Dia tersengih malu kerana terlalu asyik memerhatikan ruang banglo tersebut sehingga tidak menyedari kedatangan tuan rumah. Lantas dia mendapatkan Datin Rosmaria memerangkap ibu mentuanya untuk bersalam. Bergayanya mak mertua aku ni. Ish..ish..Datin Rosmaria memakai pakaian jubah yang dihiasi dengan manik dan batu permata. Rambutnya pula disanggul tinggi. Kena benar dengan gelaran yang diberikan padannya.
            “Mama apa khabar?” Dannia berbasi basa dengan Datin Rosmaria, takut di katakan sombong pula nanti. Ibu mentuanya tersenyum manis sebelum mengangguk. Senang hatinya melihat Dannia yang sudah tiba. Sangkanya anak menantunya akan pulang dua tiga hari lagi. Terkejut benar dia apabila melihat wajah Harith yang bertembung dengannya di dapur tadi. Pantas dia mendapatkan Dannia apabila diberitahu anak terunanya mengenai menantunya itu.
“Mama sihat. Ibu dan ayah Nia sihat? Duduklah Nia. Jangan segan la, ini kan dah jadi rumah Nia jugak.” Datin Rosmaria menarik tangan menantunya duduk di sebelahnya. Tangannya mengusap kepala Dannia. Kemudia jatuh pula pada bahu. Melihatkan Dannia, dia teringatkan anak gadisnya Iman. Beria benar Iman apabila soal Dannia dibangkitkan. Gembira sangat dapat kakak ipar.
“Alhamdulillah. Mereka sihat.” Beg Dannia diletakkan di tepi sofa buatan luar negara. Dari mana Dannia sendiri tidak pasti. Kemudian datang pula seorang wanita yang seusia dengan Datin Rosmaria, mungkin sebaya dengan ibunya atau mungkin lebih tua. Wanita itu meletakkan dulang sebelum gelas dihidangkan di hadapan Dannia dan Datin Rosma. Dannia mengangguk sambil menghadiahi sekuntum senyuman.
“Dannia kenalkan ni Mak Mah, pembantu rumah ni, tapi mama dah anggap macam kakak mama sendiri.” Mak Mah menghulurkan tangan lalu tangan tersebut di cium dengan sopan oleh Dannia. Terkedu Mak Mah dengan perbuatan sopan Dannia. Dia pulak naik segan.
“Apa khabar Mak Mah.” Sapanya sopan bertanya khabar.
“Baik, eh..tak payah di cium tangan Mak Mah, tangan Mak Mah berbau ni” segan betul apabila tangannya di cium oleh Dannia, sedangkan anak sendiri pun tidak berbuat begitu. Malah perbuatan itu pula di hadapan Datin Rosmaria. Terharu hatinya dilayan sebegitu rupa oleh menantu Dato’ dan Datin. Berbeza betul dengan teman wanita Harith yang sering diheret ke rumahnya. Macam langit dengan bumi. Gadis dihadapannya bukan sahaja sopan dan santun, malah berbudi bahasa dan cantik lagi. Cantiknya cantik asli tanpa mengenakan sebarang mekap. Kalau dibuat perbandingan dengan Suzanne dan teman wanita Harith yang lain, huh. Simpang malaikat 44 la jawabnya. Berbeza betul.
“Tak apa Mak Mah, kan mama dah cakap Mak Mah pun macam kakak mama sendiri. Lagipun apa salahnya.” Sopan Dannia menjawab.
“Tak apalah kalau macam tu, Mak Mah nak ke dapur dulu nak siapkan makan malam nanti. Mak Mah masuk dulu.” Wanita yang dikenali Mak Mah itu menuju ke dapur setelah memperkenalkan diri, mahu meyiapkan juadah tengah hari yang akan dijamukan untuk menantu baru Datin Rosmaria.
            “Mama gembira sangat Nia dah jadi sebahagian daripada keluarga ni.” Datin Rosmaria bersuara tiba-tiba memecahkan kesunyian mereka berdua. Menyatakan rasa hatinya. Dia berasa sangat gembira dengan kehadiran menantu tunggalnya. Tanggungjawabnya sudah selesai. Ternyata hasrat pilihannya untuk bermenantukan Dannia tercapai. Bangganya apabila menantu tunggal mendapat pujian dari rakan-rakannya apabila gambar gadis itu ditunjukkan. Melambung-lambung pujian yang diberikan. Dia sendiri kembang kuncup mendengar itu semua.
Hatinya sedikit sebanyak menjadi lapang. Tanggungjawab dia dan suaminya sudah sedikit kurang. Harith sudah berkeluarga. Dia amat berharap masjid yang baru terbina akan terus kukuh. Harapannya kini agar Harith akan lebih bertanggungjawab dalam memikul tanggungjawab sebagai suami. Kehadiran Dannia diharap akan menceriakan hari hari mereka sekeluarga. Dalam hati dia berdoa supaya Dannia bisa membuatkan Harith berubah. Meninggalkan semua perangai buruknya yang satu itu.


           
            Dannia mengetuk pintu bilik yang bakal di huninya, setelah diberi arahan masuk, barulah dia memulas tombol pintu. Matanya meliar ke seluruh bilik. Untuk kesekian kali hatinya berdetik perasaan teruja dan kagum. Besarnya bilik ni, kalah ruang tamu rumahnya. ‘Gila besar, boleh duduk sekampung nih.’ Dilihatnya Harith sedang tekun mengadap laptopnya. Entah apa yang di tengok dia tidak mahu tak ambil pusing.
            Harith sekadar menjeling sekilas melihat Dannia memasuki biliknya. Langsung tidak ditegur, dia meneruskan kerjanya yang tertangguh, sengaja dia membawa pulang kerja kerja untuk disiapkan. Buat apa nak duduk kat rumah, nak mengadap Dannia, huh baik tak payah. Meluat mahu melihat wajah Dannia, seboleh bolehnya dia mahu berada jauh dari gadis itu. Kerana itulah dia sengaja menyibukkan dirinya di bilik. Dirinya sudah nekad, selepas ini dia akan membuat peraturan peraturan yang perlu  Dannia ikuti. Mesti gadis itu bengang. Memikirkan hal itu, Harith tersenyum kecil.
            Seperti Harith, Dannia juga tidak mengambil pusing dengan kehadiran lelaki itu di sudut bilik besar itu. Dia memulakan kerjanya dengan mengemas baju. Baju yang dibawa diletakkan di dalam almari yang sama dengan Harith tetapi dia mengasingkannya, sebelah miliknya dan sebelah lagi milik Harith. Sesudah itu, dia lantas mengambil baju dan tuala lalu menuju ke bilik air. Terasa rimas dengan peluh yang mula merenik walaupun bilik itu dipasang dengan penghawa dingin. Panas berada di situ tambahan dengan kehadiran Harith. Sakit jiwanya.
            Beberapa minit kemudian, Dannia keluar dari bilik air, dia hanya mengenakan baju berlengan pendek berwarna ungu dan bahagian bawah hanya dibaluti tuala yang singkat separas betis, menyerlahkan lagi betis putih dan bunting miliknya. Harith yang tadi tekun mengadap kerja di meja hujung tingkap mengalihkan pandangan ke arah bunyi pintu bilik air yang dibuka. Kini dirinya pula terpaku melihatkan keadaan sebenar gadis yang sudah menjadi isterinya itu. Sepanjang berada di kampung, Dannia dia tidak pernah melihat gadis itu seperti sekarang. Selalunya apabila bangun sahaja dari tidur, Dannia sudah siap mandi dan bersolat. Namun kini lain pula jadinya.
Dia menelan liur melihat keadaan Dannia yang separuh siap, tambahan lagi rambut basah membuatkan hati Harith bergelora hebat. ‘Tak boleh jadi ni’.Harith mendehem beberapa kali sebelum bersuara. Cuba meredakan hatinya yang berperasaan aneh.
            “Heh kau ni tak reti nak pakai siap siap ke kat bilik air hah?” Harith menengking kuat menutup rasa gugup di hatinya yang bergelora. Hish, apa dah jadi dengan jantung aku nih? Macam apa jer berdetak kuat nih..jangan Harith, kau mesti kuat. Jangan tergoda dengan dia. Kau jangan buat gila, perempuan tu mesti nak goda kau..bisik hatinya.
            “Kau pergi pakai seluar sekarang. Aku nak bincang something dengan kau.” Arahnya sebelum mengalihkan pandangannya ke arah lain, tidak sanggup mahu melihat Dannia, takut hatinya menjadi goyah. Imannya memang tidak kuat untuk menangkis segala godaan Dannia walaupun gadis itu tidak berniat untuk menggoda. Imannya bukalah kuat sangat, senipis bawang. Bila bila sahaja dia akan tumbang.
            Melihatkan Harith memandang ke arah lain dia sedikit pelik. Apa punya oranglah, ingat aku ni seksi gamaknya. Kan dah paki baju ni. Mengong.
Dannia segera mencapai seluar track lalu kembali semula ke bilik air untuk menukar pakaiannya. Tadinya dia bukan sengaja mahu keluar dengan keadaan begitu, tetapi dia terlupa mahu bawa bersama seluar yang diletakkan di atas beg.
Setelah lengkap berpakaian, dia keluar semula. Tualanya yang digunakan disangkut di tempat penyidai sebelum dia menghampiri lelaki tersebut yang asyik menaip. Leka lelaki itu menaip sebelum sehelai kertas keluar dari printer. Harith membawanya sekilas sebelum menyerahkan kertas itu kepadanya.
            “Nah kontrak. Kau mesti ikut semua ni. Jangan sesekali ingkar. Kalau tak, tahulah macam mana aku nak hukum kau nanti.” Dia menghulur kasar kertas di tangannya kepada Dannia lalu disambut pantas oleh gadis itu.
            Berkerut mukanya apabila membaca isi yang terkandung dalam kontrak itu. Bulat matanya melihat syarat syarat di dalam kertas itu. Amboi banyaknya, macam nak pergi meminang puteri Gunung Ledang. Main syarat segala lagi. Macam kanak-kanak ribena. Perasan betul mamat singa ni, mesti dah anggap terlebih laku. Apa punya syarat ni? Hatinya membebel lagi mengutuk Harith.
1.        Panggilan untuk seorang suami apabila berhadapan dengan family, terutamanya family Daniel Harith Dato’ Iskandar.
Amboi, tang nama dia bukan main siapkan ber bin lagi. Tahulah anak Dato’. Aku pun tak inginlah panggil kau dengan panggilan macam tu kalau tak ada orang, tak ada mama, papa dan yang lain di sekeliling. Aku dah ada abang tau. Dua orang lagi.
2.    Tidur di bilik berasingan.
Baguslah kalau macam tu, kalau tak diberitahu pun aku tak inginlah. Tak ingin aku serahkan tubuh aku kat singa macam kau. kirim salam sajalah. Pasti hidup aku susah kalau duduk sebilik dengan kau nanti.
3.      Tidak dibenarkan untuk mengambil tahu hal peribadi masing-masing maksud kata lain, bebas melakukan apa sahaja tanpa ada sekatan pasangannya. Harith bebas keluar dengan sesiapa sahaja yang disukai dan begitu juga sebaliknya.
4.   Dilarang sama sekali menyentuh hak peribadi masing-masing dan juga barang milik Daniel Harith. Diharamkan sama sekali.
5.      Hidup dengan duit sendiri memandangkan masing-masing bekerja.
6.      Kontrak ini akan tamat apabila mencecah dua tahun perkahwinan, dan mana-mana pihak berhak mencari pasangan hidup dalam tempoh tersebut bergantung pada terma dan syarat.
Apa hal pulak keluar terma dan syarat segala ni? Ingat masuk peraduan beli dan menang ke apa? Dalam membebel dia sembunyi senyum. Kelakar betul syarat ke enam ni. Lawak-lawak..terma dan syarat? Adess...
Harith mengetap bibirnya apabila perasan gadis itu tersenyum simpul menahan senyum. ‘Apa yang kelakarnya kontrak tu. Rasanya tak ada lawak pun aku letak kat dalam tu’.
“Apa yang kau duk tersenyum tu?” soalnya dengan nada yang sengaja ditekankan. Sakit hati dengan senyuman terukir di bibir mungil milik gadis itu. Dannia hanya menggelengkan kepalanya sebelum meneruskan pembacaan pada syarat seterusnya.
7.    Pihak yang membocorkan rahsia perkahwinan berhak untuk mendapatkan pampasan hidup sebagai ganti rugi.
Apa punya suami dia ni, nak lari dari tanggungjawablah tu. Eleh, aku pun tak heran la nak sentuh barang barang kau. Walaupun aku ni tak kaya macam kau, aku masih boleh kerja sendiri, masih lagi boleh guna tulang empat kerat aku ni nak kerja. Aku tak mahu lah harta benda kau tu. Sikit pun aku tak nak. Bukan boleh bawak masuk ke lubang kubur pun. Ambik kau! Mulut Dannia terkumat kamit mengejek syarat Harith. Kacang je nak ikut semua ni. Tapi pasal cerai tu, nak minta pampasan? Tak masuk akal betul. Sengaja nak menyusahkan aku. Mentang mentanglah dia tahu aku tak mampu.
What kind of pampasan?” Dannia mengerutkan mukanya.
“Akan diberitahu kemudian. Lain lain syarat aku akan update dari semasa ke semasa.” Ujarnya dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir. Akalnya berfikiran jahat mahu mengenakan Dannia, dia berjalan mendekati katilnya untuk berbaring. Dibiarkan Dannia berdiri di tengah ruang itu dengan wajah terpinga-pinga..
Jam sudah menunjukkan angka sebelas. Matanya sudah kuyu, penat seharian memandu masih belum hilang. Dannia melangkah menuju ke katil untuk mengambil bantal dan comforter untuk dijadikan selimut. Belum sempat Dannia melangkah kembali menuju ke sofa dengan bantal dan comforter dia di sergah oleh Harith.
“Hoi, kau dah lupa syarat aku tahu tu eh? Syarat nombor 4. Hilang ingatan ke apa kau ni?” jeritnya kuat sehingga hampir sahaja terlepas apa yang dipegangnya.
‘Alamak, start sekarang ke ni. Habis macam mana aku nak tidur. Dah lah aircond suhu rendah. Beku aku macam ni.’
Start sekarang ke syarat kontrak ni? Habis macam mana saya nak tidur?” mukanya tidak puas hati memandang Harith. Tak habis habis menyusahkannya. Hilang sudah azamnya mahu menjadi isteri solehah.
“Yup. Itu kau punya pasal. Ada aku kisah? Dah cukup baik aku bagi kau pinjam sofa tu untuk kau tidur. Bagi betis nak peha pulak..” Harith berkata selamba. Dia menyembunyikan senyumnya melihat kerutan pada wajah itu. Padan muka.
Hei geram betul aku dengan mamat ni. Kalau ya pun jangan lah start malam ni. Start la besok ke, minggu depan ke, tahun depan ke? Memang sengaja dia ni. Hatinya mendengus geram. Lalu dia melangkah kembali menuju ke sofa dengan hati yang geram. Mulutnya terkumat kamit menyumpah Harith. Biarlah berdosa sekali pun, hatinya di saat ini terlalu geram dengan perangai Harith yang macam budak budak berumur sepuluh tahun. Belajar tinggi tinggi tapi otak masyaallah...
Malam itu, dia terpaksa tidur di dalam kesejukan. Badannya sungguh tidak selesa dengan keadaan yang bagaikan peti ais. Sepanjang malam, mulutnya terkumat kamit membebel pada lelaki yang menjengkelkannya. Tepat jam tiga pagi barulah dia dapat melelapkan matanya yang kian kuyu. Nasib baik dia masih membawa beberapa helai kain batik. Boleh juga dibuat selimut. Kau memang kejam Harith!



            “Selamat pagi Puan Dannia” Mak Mah, pembantu rumah banglo itu menyapanya mesra. Tangannya masih lagi ligat mengacau mee goreng di dalam kuali. Tangkas tangannya memasukkan bahan tambahan ke dalam kuali sehingga bergoyang goyang badannya mengikut alunan tangan. Boleh masuk masterchef ni. Dannia tersenyum di dalam hati, terasa lucu melihat Mah Mah yang bertungkus lumus menyediakan sarapan untuk mereka pada pagi itu.
            “Pagi Mak Mah. Kan Nia dah pesan jangan panggil puan. Panggil Nia je. Ok.”
            “Boleh ke? Nanti tuan Harith marah pulak kat Mak Mah” jawabnya dengan nada perlahan. Takut di dengari oleh majikannya.
            “Tak apa Mak Mah, jangan pedulikan dia. Mamat singa tu memang macam tu, 24 jam mengaum je kerjanya” Selamba Dannia berkata. Mendengarkan panggilan singa pada anak majikannya, dia ketawa kecil. Kelakar betul Dannia ni, baru sehari berada di rumah itu sudah memanggil Harith dengan panggilan itu. Tapi memang ada betulnya, Harith memang panas baran. Dia sering sahaja dimarahi. Langsung tiada perasaan hormat pada dirinya yang lebih tua. Namun Mak Mah tidak ambil hati kerana sudah menganggap Harith macam anaknya sendiri. Walau macam mana pun Harith melayannya, dia tidak kisah.
            “Awal Nia bangun.” Mak Mah berbasi basa menegur menantu majikannya.
            “Mana ada Mak Mah, sekarang dah hampir pukul tujuh ni. Nak Nia tolong?” Dannia mengambil mangkuk yang sedikit besar untuk memasukkan mee goreng yang hampir siap. Sambil itu, dia meregangkan badannya. Sungguh, pagi tadi terasa mahu patah pinggangnya, semalaman berada di sofa yang tidak berapa empuk. Cait, kata anak orang kaya, beli sofa pun keras semacam. Takkan sofa murah kot?
            “Tak payah lah Nia, dah nak siap pun. Nia duduklah dulu. Nanti Mak Mah buatkan air” tangannya menghalang tangan Dannia yang sudah mahu mencapai bekas kaca mahu mengisi mee goreng. Jika dibiarkan nanti apa pula kata datin Rosmaria.
            “Tak apa la, Nia buat sendiri saja. Mak Mah nak air tak, Nia buatkan sekali.” Pelawanya pula setelah gagal menolong Mak Mah menyediakan sarapan. Ingatkan dia sudah bangun awal untuk menolong, ternyata Mak Mah bagnu lebih awal siapkan semuanya.
            “Eh, tak payah la susah susah. Nanti Mak Mah buat sendiri.”tolaknya segan dengan keramahan menantu majikannya.
            “Ala Mak Mah ni tak sportinglah. Nia terror tau buat air” Dannia tergelak kecil. Entah apa yang lucu. Teror? Angahnya lagi terror, buat air kaw kaw.
            “Amboi, apa yang menantu mama ni buat kat dapur ni. Gelaknya sampai kat tangga boleh dengar” Suara Datin Rosmaria menyapa dari belakang. Mematikan ketawa Dannia yang tergelak dari tadi. Mak Mah pula yang terpinga pinga melihat dirinya yang ketawa seorang diri.
            “Eh, mama. Selamat pagi. Tak ada apa apa pun. Berbual kosong dengan Mak Mah tadi. Mama nak air, boleh Nia buatkan sekali sementara menunggu papa dan Harith turun makan.” Dannia mengambil teko untuk membancuh air.
            “Ok jugak tu, lagipun masih awal ni, papa kamu tu kalau hujung minggu macam ni pukul lapan memang tak tunjuk muka lagi.” Datin Rosmaria memang sudah menghafal setiap jadual suaminya itu.
            “Oraite ma. Kita minum minum dulu, lepas ni boleh la kita borak borak panjang. Nia nak berkenalan dan nak tahu juga kisah silam Mak Mah. Boleh?” Riang hatinya hari ini. Lupa sudah pada suaminya yang masih nyenyak di atas. Mungkin selepas ini dia akan meluangkan masanya dengan Mak Mah.
            “Ish, Mak Mah mana ada cerita yang menarik. Nia lah cerita pasal keluarga Nia. Mak Mah teringin nak tahu pasal Dannia. Bolehkan?” Ada baiknya dia bercerita mengenai gadis riang di hadapannya ini daripada mendengar ceritanya yang sedih.
            “Keluarga Nia?” Dannia menuding jarinya ke arah dirinya sendiri. Haiye...
            “Macam mana nak cerita ni ek, hehehe...keluarga Nia biasa aja, tak kaya pun. Nia ada abah, ibu dan dua orang abang yang poyo. Hehehhehe...” Dannia membawa air yang di buatnya tadi lalu menuangkan di dalam gelas yang berada di hadapan Datin Rosmriaa dan Mak Mah. Sopan sekali perlakuannya.
            “Dannia anak perempuan tunggal la ni. Patutlah..” Mak Mah meleret senyum. Dannia pula sudah mengerutkan mukanya. Matanya membulat, menampakkan anak matanya yang bersinar sinar. Alis matanya yang lentik mencantikkan lagi wajah itu. Datin Rosmaria tersenyum.
            “Apa yang patut Mak Mah?” Bingung dengan kata kata Mak Mah. Apa yang patut ya?
            “Manja...” Datin Rosmaria dan Mak Mah berkata serentak.
            “Manja? Mana ada Dannia manja. Ish mengarut. Mak Mah, nanti tolong ajar Dannia masak tau.” Dannia merengek pada Mak Mah. Dia begitu selesa apabila berbual dengan pembantu rumahnya. Dilayan seperti ibunya melayan, sedikit sebanyak kerinduan pada ibunya terlerai dengan kemesraan yang ditujukkan oleh dua wanita dihadapannya.
            “Hai beria ria nak belajar memasak ni kenapa ya?” Datin pula menyampuk. Tidak sangka Dannia beria ria mahu memasak. Kalau perempuan lain jangan haraplah mahu memperhambakan diri di dapur. Takut kasar tangan lah katakan. Susah mahu ketemu gadis sebaik dan sesopan Dannia, satu dalam seribu.
            “Taklah ma, Dannia nak beat angah ni. Dia tu selalu ejek Dannia. Dia cakap Nia tak pandai masak. Mak Mah mesti tolong Dannia tau. Biar angah tu melopong nanti tengok kehebatan Nia. Baru dia tahu, Dannia ni bukan sebarangan orang tau.” Dannia bersuara bangga.
            Datin Rosmaria dan Mak Mah ketawa sakan melihat keletah Dannia. Senang hatinya bermenantukan Dannia yang manja dan peramah itu. Pagi itu gelak tawa mereka bergema di ruang dapur. Sudah lama rumah itu tidak riuh semenjak Iman, anak perempuannya sambung belajar di Kuala Lumpur. Jarang anaknya itu pulang ke Penang. Sekurang kurangnya sekarang Dannia ada, hilang sedikit rindunya pada Iman.
            “Oh ni kira nak menunjuk la ni ya?” sela Mak Mah yang masih ketawa dengan keletah Dannia. Tak sangka dia dapat berjumpa dengan gadis sebaik, cantik dan peramah seperti gadis dihadapannya. Gadis zaman sekarang, kalau cantik mesti tak elok budi pekertinya. Bila dah elok budi pekerti wajah pula yang kurang cantik.
            “Mana ada. Nia buat semua ni sebab tak nak angah ejek Nia lagi.” Ujarnya menangkis kata kata Datin Rosmaria kepadanya.
            “Yelah tu....”
            “Betul ni..” Dannia muncung sedepa apabila kedua wanita dihadapannya ini seakan meraguinya.
            “Please...” tangannya dicantumkan menjadi satu seolah mengangkat daulat lagaknya merayu. Sengaja membuat muka kasihan di hadapan mereka berdua. Jika mak Mah sanggup, bolehlah dia berguru dengan wanita itu.
            “Yalah..nanti Mak Mah ajarkan..” ujar Mak Mah mengalah dengan menantu baru Datin Rosmaria yang manja keletahnya. Mana sanggup dia menghampakan Dannia yang beria mahu belajar.
            “Yeah..sayang you lebihlah Mak Mah..Muaahh!!” dia bersorak gembira. Datin Rosmaria dan Mak mah hanya menggeleng kepalanya melihat telatah gadis itu yang seperti keanak anakan. Baru sehari bersama Dannia, dia sedah serasi dengan menantunya itu.




No comments:

Post a Comment