Bab
9
Zafrey
merebahkan badannya di atas katil. Pertemuan singkat yang terjadi sebentar tadi
betul betul membuatkan hatinya tenang dan gembira. Sepanjang perjalanan pulang
ke hotel, dia tersenyum memanjang. Malah, semua orang yang memandangnya dihadiahkan
senyuman manis, sehinggakan gadis gadis yang berselisihan dengannya menoleh
berkali-kali. Hairan barangkali dengan kelakuannya. Tak pun lebih kurang
dikatakan gila, tersenyum senyum..tersengih sengih keseorangan. Lantaklah, ada
aku kisah? Yang pasti dia berasa gembira. Pertemuan yang amat
mengembirakannya..dia perlu mendekati gadis itu. Ya, ada sesuatu yang menarik
perhatiannya tentang Dannia. Dan dia mesti mencari jalan untuk terus mendekati
Dannia.
Bunyi deheman yang agak kuat di tepi
telinganya menyentakkan Zafrey. Pantas dia terbangun dari pembaringan.
‘Fuh,
nak terlompat aku dari katil. Kalau jatuh tak ke naya. Boleh patah pinggang aku
ni. Mengong punya orang.’ Zafrey menjeling tajam pada Ezmiel yang berada
disebelahnya sambil bercekak pinggang. Muka selamba ditayang pada abangnya. Langsung
tiada perasaan bersalah. Seronok benar melihat Zafrey yang terkejut beruk.
“Kau ni nak tegur elok-elok la
sikit. Nasib baik tak jatuh katil.” dengusnya geram. Makin sakit hatinya dengan
wajah selamba tanpa perasaan Ezmiel. Lelaki itu tersengih sengih sambil tersenyum lebar kerana berjaya
mengenakannya yang nampak agak berlainan. Sengaja dia mahu mengacau mood abangnya yang ceria. Bukan senang
dia mahu melihat lelaki itu berubah sedemikian rupa. Entah apa yang
mengembirakan hati abangnya itu. Dia pasti kerana pertemuan itu. Dia yakin
sekali, bukannya dia tidak nampak abangnya itu begitu khusyuk berborak dengan
seorang gadis cantik di tepi pantai. Dia hanya memerhati lelaki itu dari jauh,
malas mahu mengacau. Saja mahu bagi can
untuk abangnya mengenal kaum Hawa. Boleh tahan taste abangnya. Tidak dapat dinafikan gadis itu terlalu cantik.
“Aku dah elok tegur kau tadi, yang
kau ni tersengih sengih memanjang dari tadi kenapa? Terjumpa bidadari ke?
Sampaikan Danny panggil pun kau tak dengar” tergeleng geleng melihat Zafrey.
Jatuh cinta ke apa dia ni? Dah macam orang yang tak betul gamaknya.
“Hah, mana dia?” di tertoleh ke kiri
dan ke kanan mencari sahabatnya yang seorang itu.
“Dalam bilik air, kau kenapa?”
soalnya lagi. Ingin mengorek rahsia hati Zafrey.
“Tak ada apa lah. Papa dan mama dah
sampai belum?” sengaja bertanya perihal mama dan papanya, malas mahu
membincangkan soal dirinya.
“Dah, petang tadi. Betul ke tak ada
apa, bukan main seronok aku tengok kau bersembang dengan satu girl tadi. Dah terpikat ker?” Ezmiel
memandang wajah Zafrey, soalan atau kenyataan, tapi yang pasti dia sedang
menyindir abangnya.
“Eh, mana ada. Takkanlah...., tapi
aku rasa macam familiar sangat muka girl tu. Macam pernah tengok jer.“ Tapi
dimana ya. Sambungnya dalam hati. Otaknya masih lagi tertanya tanya tentang
gadis itu. Padanya, gadis itu seakan akan mempunyai satu tarikan untuknya
supaya lebih mendekati Dannia. Dan dia semakin tertarik kerana perlakuan dan
perangai yang agak mirip dengan seseorang. Seseorang yang agak rapat dan
menjadi kesayangannya.
“Cakap je lah, kau dah ‘ter’ fall in love with her. Kan senang, tak
payah nak bengkang bengkok nak kencing aku,
bro.” Sindir Ezmiel menahan ketawa. Huh, nak kencing akulah tu.
“Hotak
kau. Aku serius ni.” Budak ni aku lesing jugak karang. Aku cakap betul betul, dia main main pulak.
“Suka hati kaulah. Tapi aku rasa kau
memang dah jatuh cinta ni. Hahahahaha...” dia gelak jahat. Gelak terlalu jahat
tak boleh, nanti kena lesing betul betul nanti, jadi biul pulak otak aku. Si Zafrey ni kalau nak bagi memang bagi betul, tak
de testing testing dah.
“Malas lah aku nak layan kau. Suka
hati kau lah nak cakap apa pun. So jadi tak dinner
dengan papa dan mama?” soalnya lagi meminta kepastian. Kalau tak jadi dia mahu
merayap.
“Yup, jadilah bro, papa dan mama nak
jumpa kat bawah. Lapan setengah sharp,
jangan lewat pesannya.” Ezmiel bergegas menuju ke bilik air setelah di lihat
Danny keluar dari bilik air. Langkah kakinya laju menonong masuk, kejar masa. Masa itu kan emas.
Hehehehehe....
Zafrey kembali berbaring di atas
meja. Kelibat Danny yang lalu lalang di dalam bilik itu langsung tidak
dihiraukan. Ingatannya masih teringat akan pertemuannya dengan gadis cantik
yang dijumpai sebentar tadi. Terasa tenang hatinya melihat seraut wajah cantik
ciptaan Allah. Mukanya kadang kadang berkerut seolah olah cuba menggingati
seraut wajah yang agak samar samar melintas dibenaknya. Muka itu..Muka Dannia
menggingatkan dia pada seseorang. Ingat ingat lupa padanya. Dalam termenung,
Zafrey menoleh sekilas pada jam ditangannya. Mak aih, dah 8.25 malam. Kelam
kabut Zafrey membetulkan bajunya yang sedikit berkedut. Matanya melilau mencari
kelibat Ezmiel, aik kosong? Kurang asam punya budak, langsung tak tunggu aku. Senyap-senyap
budak bertuah tu keluar?
Dia
perlu cepat bersiap. Entah sempat atau tidak dalam masa lima minit. Aduh, masak
dia nanti kena perli dengan mama.
“Makan lah, kamu ni kenapa Zaf dari
tadi tak habis habis sengihnya. Tersenyum senyum, macam dah angau pulak mama
tengok.” Puan Sri Kamilia menegur Zafrey apabila gelagat anak sulungnya yang
agak aneh pada malam ini. Bukan main ceria lagi.
“Hah, err, eh tak ada apa lah mama.
Zaf senang hati je dapat bercuti sekali dengan papa dan mama. Hehe” hentam
jelah labu. Tangannya digaru garukan, entah mama percaya ke tak alasannya.
Ezmiel tersengih sumbing, tangannya masih mengiris daging dihadapannya.
Sesekali kepalanya digeleng gelengkan. Senyuman di bibir terukir sebelum dia
membuka mulut.
“Alah mama ni, orang tengah angau
tu, janganlah kacau daun.” Ezmiel melambakkan ketawanya yang ditahan tahan
sejak tadi. Kalau tahan lama lama pecah urat kentut pulak. Hahahaha..sambil
ketawa dia menyumbat daging ke mulutnya. Amboi, sungguh tidak sopan si Ezmiel
ni.
Zafrey menjeling tajam Ezmiel yang
berhadapannya. Bibirnya diketap geram. ‘Ada saja si mulut kepoh ni nak kenakan
aku. Aku sekeh jugak budak ni, biar bertelur dua bijik dekat dahi. Hey geram
betul aku..’dia menjengilkan matanya memberi amaran.
Tan
Sri Raziff hanya tersenyum melihat keleteh anak bujang bersenda gurau dengan
isteri kesayangan mereka, walaupun jauh di sudut hati terasa begitu kekurangan.
Hatinya kadang kadang begitu sayu apabila mengenangkan anak bongsunya yang
sudah bertahun hilang. Alangkah bahagia jika anak perempuannya juga turut
serta. Pasti lengkap keluarganya.
Pandangan Zafrey tiba
tiba tertancap pada sesusuk tubuh yang membuatkan hatinya gembira sepanjang
hari. Hatinya tadi yang geram dengan Ezmiel tiba tiba surut terpadam dengan sendirinya.
Kuasa apa lah yang ada pada gadis ni, cepat jer
geram aku kat budak tak berapa betul ni hilang. Senyuman kembali terukir. Susah
benar mahu menyembunyikan perasaannya ketika ini.
“Excuse
me. Kejap ya ma, pa.” Zafrey lantas bangun meminta diri. Meninggalkan Tan
Sr kamilian dan Tan Sri Raziff serta Ezmiel yang masih lagi galak
mentertawakannya..
“Ehem, Hai ” Zafrey berdehem
beberapa kali untuk memberitahu kewujudannya di situ.
Dannia yang leka termenung tersentak.
Hai mamat mana pula nak kacau aku ni. Rungut hatinya. Tension betul aku. Tak boleh aman sikit. Nak buat pekak ke tak? Nak
ke tak nak? Kalau aku buat pekak nanti kata sombong pulak. Betul ke nak
mengurat aku, perasan lah kau Dannia, maybe
nak tanya something kot..Dia perlahan
lahan memusingkan kepala, serentak itu senyuman terus terukir di bibirnya.
Alamak, terkutuk pula. Sorry tak
sengaja.
“Hai, awak?” Hensem lah pulak mamat ni malam ni. Sempat
lagi yer kau ni Dannia. Gatal. Dannia
tersenyum kecil. Tidak di sangka dia akan bertemu kembali dengan Zafrey. Terdetik
hatinya. Lelaki itu seorang kah? Kepalanya ditoleh mencari seseorang, manalah
tahu jika lelaki itu bersama seseorang.
“Nia cari siapa? Tunggu seseorang
ke?” soalnya apabila melihat Dannia seperti mencari seseorang. Dannia menggelengkan
kepala. Ish takkanlah dia sorang-sorang kot. Desis hatinya. Jika lelaki lain
pasti di bawa bersama teman wanita apabila bercuti.
“Yup, it’s me. Dinner?” Alamak tersalah cakap pulak. Kalau dijawabnya nak shopping ke, nak memancing ke.. tak ke
haru namanya.
“Ha’a. Jemputlah duduk. Or you tunggu someone else maybe..” Dannia
tersenyum lagi. Kali ini ikhlas ye.
“Er, sorang je ke?” tanpa menjawab soalan Dannia, dia bertanya pula. Mana lah
tahu gadis itu keluar dengan pakwe or tunang..nak tahu juga.
“Ha’ah” ringkas dia menjawab.
“Kalau macam tu jom lah ikut Zaff,
meja kat hujung sana. Boleh sembang sembang dengan adik and yang lain” sambil tangan Zafrey menghala ke arah meja yang
dimaksudkan.
“Eh, tak apalah lagipun tak nak
menganggu Zaff dinner. It’s ok.” seganlah cik abang oi. Dia tersenyum tatkala
pandangan matanya bertembung dengan adik Zafrey yang dimaksudkan. Namun Dannia
sedikit pelik melihat adiknya yang sudah terlopong melihat dirinya. Hai, macam
nampak hantu je bila pandang aku.
Hodoh sangat ke aku ni?? Nak kata hodoh, ramai pula peminat aku. Dannia
mengetuk kepalanya beberapa kali, gelagatnya mengundang ketawa Zafrey.
“Hai, saya ajak bukan main lama
fikir, siap ketuk ketuk kepala lagi. Kenapa otak tak nak jalan ker?” Zafrey ketawa
lucu.
Amboi sempat lagi duk kutuk aku
mamat ni. Apa ni Dannia! Ni kes dah memalukan diri ni sampai kena tegur.
Sudahnya dia hanya tersenyum kambing. Embekk, pinjam sekejap yer senyuman kau.
Hihihi..
“Er, lain kali aje lah Zaff. Saya
tak nak lah ganggu keluarga awak nak dinner.
Maybe korang nak luangkan masa bersama kan? Lain kali ya?” Logik tak?
Hentam jelah labi. Segan la nak join,
bukan nak jumpa mak mertua kot. Lagipun dia segan dengan lelaki yang dikenali
sebagai adik Zafrey, asyik pandang dari tadi. Ingat aku ni makhluk asing ke?
Sama jer pun ada dua mata, satu
hidung, and satu mulut.
“Erm, dah kalau macam tu tak apalah,
anyway boleh kita jumpa esok? Please?” Zafrey mengharap.
“Jumpa? Er ok.” Biarlah, sementara
menunggu kedatangan Hanna boleh juga dia menghabiskan masanya dengan bersembang
dengan Zafrey. Lagi pun jika difikirkan kembali ada baiknya jika dia
keseorangan melayani rasa bosan. Sekurang kurangnya Zafrey boleh menemaninya
nanti. Takut juga dia keseorangan berada di tempat jauh. Sekurang kurang berada
di samping Zafrey membuatkan dia berasa selamat dan dilindungi.
“Ok,
Set. Saya tunggu awak breakfast
pagi esok. Tunggu kat lobi ok? bye.”
Zafrey mengenyitkan matanya seraya berlalu ke meja mereka. Hatinya lapang,
senyuman terukir di bibir nipisnya. Tak sabar menunggu hari esok, entah kenapa
hatinya terasa teruja semacam apabila berjumpa dengan gadis itu. Hish, dah tak
betul nih.
“Hah kamu dari mana ni Zrey? Lama
benar kamu hilang, kami dah selesai makan pun.”
“Tak ke mana pun. Jumpa kawan jap.”
“Yelah tu. Percaya sangat kat Zrey
ni, Ez nampak dia duk mengayat awek cun tadi” Dengan selamba ayat itu keluar
dari mulut Ezmiel tanpa memandang Zafrey yang mencerlung tajam memandangnya.
“Mana?” laju Puan Sri Kamilia
memandang sekeliling. Sengaja mahu mengusik anak sulungnya. Tan Sri Razif sudah
tersengih gelagat isterinya. Nakal betul isterinya.
Bukk! Bangang punya orang. Rasakan.
“Sakitlah.” Ezmiel terdiam saat
kentang goreng di dalam pinggan Zafrey melantun kuat di dahinya. Hilang wajah
machonya diganti dengan wajah sakit. Keras jugak kentang ni, pedih dahi aku.
“Padan muka. Jom lah, Zrey dah penat
lah. Nak rehat kat bilik. Mama dan papa nak stay
kat sini ke?”
“Tak lah, kami nak jalan jalan. Bagi
chance kat kami nak pi dating. Ingat korang je ke yang pandai dating. Papa pun pandai tau. Jom mama.”
Tan Sri Razif tersenyum mengusik isterinya yang sudah menahan malu. Zafrey dan
Ezmiel tergelak sakan dengan telatah ibu bapanya yang beromantik tak kira
tempat. Mereka berpecah menuju ke destinasi masing masing.
“Woi Zrey, siapa tadi tu. Macam familiarlah.” Ezmiel masih tertanya
tanya akan wajah tadi. Sengaja tidak mahu mengungkit di hadapan papa dan
mamanya. Lagipun dia yakin Zafrey tak akan buka mulut tentang gadis itu.
“Yang kau beria sangat nak tahu ni
kenapa? Tadi bukan main lagi kau kenakan aku depan papa dan mama. Nasib baik
diorang tak tanya time tu tahulah aku
nak ajar kau cukup cukup.”
“Ala bro, relaks la. Yang sentap sangat ni apehal? Papa dan mama tak
tanya tadi kan. Chill la, gurau sikit
pun tak boleh.” Ezmiel membela dirinya. Bibirnya dijuihkan sedikit.
“Bagitau lah siapa budak tu. Lagipun
aku tengok muka dia tu, aku teringakan seseorang tau. Seriously.”
Dum!! Adoi, hei kenapa lah abang aku
ni suka sangat berhenti tiba tiba. Lain kali bagilah signal, boleh aku ready.
Sakit hidung aku yang mancung ni.
“Kau ni nak berhenti bagitahu lah
dulu.” Ezmiel menjerit kuat di telinga Zafrey. Namun lagak Zafrey hanya
selamba, diam tak terkutik. Aik mamat ni, aku menjerit pakai volume paling kuat pun boleh buat dek.
Sah pekak apa?
“Kau pun perasan ke Ez? Kalau kau
nak tahu dengan budak tulah aku sembang petang tadi.”
“Oh, budak tu ke? Aku pun perasan
jugak muka budak tu.” Tangannya bermain main di dagu. Diusap perlahan dagunya
seolah olah berfikir cuba menginggati. Muka Zafrey dipandang, dilihat wajah itu
sedang menunggu jawapan darinya. Dalam hatinya tergelak. Tanduk sudah tumbuh
dikepalanya..
“Hah, aku tahu!” ucap Ezmiel
tiba-tiba.
“Siapa?” muka Zafrey bersinar sinar
memandangnya meminta jawapan.
“Macam muka awek aku lah. Kau
berkenan ke?” muka Ezmiel sedikit berkerut, cuba menaham ketawa yang bakal meledak
pada bila-bila masa sahaja.
Pap! Zafrey menepuk kuat dahinya.
Ada pulak ke situ jawapannya. Geram betul dengan perangai Ezmiel, dasar playboy. Huh, bukan boleh percaya dengan
budak sekor ni. Malas aku nak layan.
Buang masa aku jer. Asyik nak main je
kerjanya.
Zafrey bengang, laju langkahnya
meninggalkan Ezmiel yang terpinga pinga apabila soalannya dibiarkan tanpa
jawapan. Aku serius tahap cipan dia oleh pulak main-main. Panggilan Ezmiel
dibiarkan, menonong laju langkahnya memasuki perut lif. Dia mahu berehat, kalau
dilayan kerenah Ezmiel memang sampai besok pun takkan habis. Ezmiel pula ketawa
berdekah-dekah sehingga berair matanya di situ tanpa menghiraukan pandangan
orang ramai.
Bunyi bising dengan
musik rancak langsung tidak menghalang Ezmiel daripada berbincang dan bergurau
senda dengan Danny serta beberapa rakan mereka yang lain. Malam ini mereka
sudah berjanji dengan rakan mereka yang lain untuk mengadakan reunion, tetapi hanya rakan rakan
rapatnya sahaja yang dijemput kerana reunion ini hanya untuk berjumpa rakan
rakan sekepala dengan mereka.
“Weh bro, lama aku tak nampak kau.
Makin bertambah macho dan hensem kau eh?” Darius memandang Ezmiel yang dilihat
paling ketara perubahan lelaki itu.
“Well,
biasa de” Ezmiel sengaja berlagak.
“Perasan la, aku puji sikit dah
berlagak. Pi gi dah”
“Hahaha.. mana ada bro. Aku macam dulu jugaklah, maybe style aku
jer berubah sikit. Kenalah jaga standard sikit. Nak test market.”
“Kau
kerja kat mana sekarang ni?”
“Aku take over syarikat papa aku. Ni ha, kawan kau lagi sorang ni tak
nak tanya ker?” Ezmiel memeluk bahu
rakan baiknya, Danny. Lelaki itu tersengih sumbing.
“Kau apa citer?”
“Aku jadi kuli jer. Sama company
dengan si Ez ni, memerangkap penolong dia lah”
“Wah, mesti kaya korang ni kan?
Bukan calang calang syarikat bapak kau tu.” Darius teruja.
“Fulamak
awek baek punya.” Johan berkata tiba
tiba membantutkan niat mereka yang ingin berbicara. Semua mata memandang ke
arah satu sudut yang diduduki oleh gadis itu.
“Pergh, cun la. Bapak seksi.” Terbeliak matanya melihat gadis itu berpakaian.
“Kau ni boleh tahan jugak eh
gatalnya. Kau nak try ke?” Ezmiel
memancing minat Johan. Tersengih lelaki itu menjawab pertanyaan yang tidak di
duga.
“Kau macam mana? Nak bet? Jom la, time ni la nak test market.
Kita tengok sekarang ni siapa yang paling terror.
Dulu kau juara kan? Aku akan make sure
kali ni turn aku pulak?” Johan
menganggkat kening mencabar Ezmiel. Danny dan Darius sudah memandang satu sama
lain. Mereka sekadar menjungkit bahu.
“Kalau aku dapat macam mana?” Ezmiel
seakan sudah berminat. Apa salahnya sekali sekala, bukan dia mahu mengusung
gadis itu ke sana ke mari selepas ni. Just
for one night. Hehehehe...
“Aku akan sponsor korang semua ke
genting. Pakej 3 hari 2 malam dan sebaliknya. Amacam?” Johan tersenyum seolah
olah yakin dia akan menang pertaruhan ini. Danny dan Darius hanya diam tidak
membantah. Siapa pun menang mereka tidak kisah kerana mereka akan untung tanpa
apa apa pertaruhan.
“Ok set. Kau dulu” Ezmiel memeluk tubuh memerhati tingkah Johan yang
menghampiri gadis itu. Badannya disandarkan pada kerusi. Dalam hatinya dia amat
yakin, gadis itu tidak akan tunduk pada Johan kerana lelaki itu tidaklah
bermulut manis seperti dirinya. Tambahan pula, lelaki itu jauh berbeza
penampilan dengannya.
Hampir setengah jam menunggu, Johan
kembali dengan wajah muram. Melihat akan reaksi Johan yang masam macam tertelam
asam mereka semua tertawa.
“My
turn ya. Wish me good luck!”
langkah kemas diatur menuju ke arah gadis berbaju merah hati.
“Hai
gorgeous” Ezmiel memberikan senyuman
paling menawan buat gadis itu. Melihatkan gadis itu bagaikan terpegun, hati
Ezmiel bersorak riang. Yes, Next step..
“Boleh I duduk kat sini?” Ezmiel masih lagi memandang gadis itu yang tidak
terkutik dari kerusinya, malah menjawab pertanyaannya pun tidak..terpegun benar
agaknya. Ezmiel mengawangkan tangannya beberapa kali cuba mengembalikan gadis
itu ke alam realiti. Ezmiel tersenyum sinis.
“Yes
sure. Have a seat” Gadis itu tersenyum dengan wajah yang merah menahan malu.
Terlalu asyik dengan khayalan wajah jejaka kacak di hadapannya sehingga tidak
sedar lelaki itu bertanya. Boleh tahan mamat ni. Handsome la, bergaya pulak tu ,mesti
kaya ni. Desisnya dengan senyuman lebar.
“Ezmiel Tan Sri Razif. And you beutiful lady?” Tangan dihulur
kepada gadis yang agak menonjol penampilannya. Dari jauh pun sudah dapat dihidu
perfume yang dipakai oleh gadis itu.
“Suzanne.” Aku dah agak. Hish tak
boleh jadi ni. Nasib baik Harith tak ikut aku malam ni. Kalau tak mesti melepas
lombong emas aku. Kalau dilihat paras rupa memang tiada tolok banding dengan
Harith, cuma satu jer lelaki ni lebih kaya dari Harith. Suzanne tersenyum di
dalam hati.
Apabila tangannya bersambut, Ezmiel
segera mengucup belakang tangan gadis itu. Hatinya berbunga riang..
huhuhu..matilah kau kali Johan..
“Habislah kau kali ni Joe. Kalah
lagi nampaknya” Danny menggiat Johan yang sudah merengus marah. Ketawa Danny
dan Darius menjulang kemarahannya. Shit!
“Nampaknya macam tulah. Menyesal aku
offer kat dia. Memang aku tak boleh
kalahkan dia lah.” Johan mengalah. Dirinya sudah tewas saat terpandang Ezmiel
berbual mesra sambil minum dengan gadis itu. Memang tak dinafikan Ezmiel jauh
lebih bergaya darinya dari rupa paras dan harta. Namun janji tetap janji,
melayanglah duitnya seribu. Lewat pagi barulah mereka beredar dari club tersebut memandangkan hari sudah
hampir siang. Takut nanti papanya menghidu dirinya melepak di club.
No comments:
Post a Comment