Tuesday, February 28, 2012

BAB 10 [KASIHKU YANG SATU]

Bab 10


                “Hai morning Dannia” Zafrey seraya melabuhkan punggungnya di atas kerusi berhadapan dengan Dannia. Dari jauh di sudah nampak kelibat Dannia yang duduk keseorangan di meja itu sambil membelek majalah di tangannya. Sesekali tangan putih gadis itu menyebak rambutnya ke tepi.
            “ Morning” Dannia tersenyum. Hari ni dia terasa begitu bersemangat, al maklumlah petang nanti Hanna dan abangnya mahu datang. Mana tak gembira apabila cutinya berteman. Khabarnya Hanna akan bercuti di rumah emak saudaranya di Pulau Redang, apabila dia memberitahu gadis itu, dia juga turut bercuti di Pulau yang sama terus diajaknya untuk diperkenalkan kepada emak saudaranya. Tanpa berfikir panjang, Dannia terus bersetuju. Lagipun dia hanya keseorangan, bukannya dengan Harith. Lelaki itu pula entah ke mana menghilangnya, kali terakhir di lihat ketika mereka terserempak di pantai. Selepas itu, langsung tidak mengetahui di mana jejak Harith. Lelaki itu sedang berseronok agaknya dengan Suzanne.
            “Dah makan ke belum ni?” soal Zafrey lalau pantas menarik kerusi dan melabuhkan duduknya berhadapan dengan Dannia.
            “Belum. Kata nak breakfast sekali kan?” Dannia tersenyum. Ceria benar kerana makannya berteman.
            “Oh, ok. lupa pulak” Zafrey tersengih malu. Tangannya menggamit pelayan restoran untuk memesan makanan. Matanya masih lagi memandang Dannia yang agak ceria dengan wajah yang begitu segar di matanya.
            “Erm, kenapa semacam jer hari ni. Gembira semacam je. Special day ke?” Matanya masih merenung anak mata Dannia. Cantik. Desis hatinya.
            “Mana ada. Just happy je.” Juntaian rambut di dahi di kuak dengan jari runcing miliknya. Rambutnya yang agak keperangan diikat  ke tepi. Rimas dengan angin yang sepoi sepoi bahasa yang meniup sehingga rambutnya sedikit berterbangan. Terasa geli jika rambut itu bersentuhan dengan kulit leher jinjangnya.
            “Anyway, saya nak bagi something kat awak. Nah” Zafrey mengulurkan kertas kepadanya. Kad jemputan kahwin ke? Dannia mengerutkan dahinya.
            “Kad apa ni?” dia mengambil huluran di tangan Zafrey. Merenung lama sampul tersebut sebelum meminta izin untuk membukanya.
            “Saya bukak eh?”
            “Bukalah. Saya harap awak datang memeriahkan lagi majlisnya. Kalau nak ajak kawan pun tak apa.” Dia mahu memperkenalkan Dannia pada keluarganya. Dia mahu menemukan Dannia pada Tan Sri Razif dan Puan Sri Kamilia. Harap harap semuanya berjalan lancar seperti yang diatur. Dia mesti merungkaikan persoalan ini di benaknya.
            “Family day? Kenapa jemput saya? Boleh ke ni saya datang lagipun saya bukannya staff kat syarikat awak” Pelik, kenapa nak ajak aku. Ei.. segannya.mukanya dikerutkan, ajakan Zafrey mengundang seribu pertanyaan di di mindanya.
            “Boleh jer. Lagipun boleh teman kan saya, jadi partner saya dinner malam tu ok? Saya tak de partner. Yang lain semua ada partner, saya sorang jer yang belum ada lagi. Bolehkan?” muka Zafrey penu mengharap.
            “Segan lah. Lagipun nanti apa kata staff awak nanti?” Adui, macam mana nak lepas kan diri eh? Pening kepala aku macam ni. Boleh ke aku datang, lagipun dia dengan Zafrey baru sahaja kenal antara satu sama lain. Takkan lah sudah mahu diusung ke sana ke mari. Nnati apa pula tanggapan lelaki itu. Walaupun dia selesa dengan lelaki itu, takkan sewenang wenangnya dia akan percayakannya.
            “Janganlah macam ni. Tak sudi tolong saya?” Zarfey menayangkan muka kasihan. Puh minta minta Dannia lembut hatinya. Dannia menggarukan kepalanya, bukan tidak mahu menolong tetapi ah.. kacau.
            “Takkan tak ada orang lain. Girlfriend awak mungkin?’ duganya dengan sengaja. Mahu melihat reaksi lelaki kacak di hadapannya.
            “Awak ni. Kalau saya dah ada girlfriend, takkanlah saya nak ajak awak pula. Mahu dipelangkung kepala saya nanti.” Dengan sisa ketawa yang masih ada dia menjawab soalan dannia yang kedengaran lucu di telinganya. Muka aku ni macam penipu ke? Jenis yang tak setia? Lainlah kalau Ezmiel..
            “Manalah tahu kan, lelaki zaman sekarang bukan boleh percaya sangat pun. Yang dah kahwin, mengaku masih bujang. Yang dah ada girlfriend pulak,katanya masih single.”
            “Betullah. Takkanlah saya nak menipu pula. Muka saya ni macam penipu ke?” soalnya dengan wajah sedikit hampa. Sedikit berjauh hati dengan kata-kata Dannia. Adess.. sabarkah wahai hati.
            “Manusia ni macam macam rupa. Kadang kadang muka nampak  baik, tapi sebaliknnya. Entahlah.. saya tak janji boleh ke tidak. Tengoklah macam mana.” Kata kata Dannia sedikit terkesan di hatinya sendiri. Ya, manusia memang selalunya tidak seperti yang kita sangkakan. Bukti sudah jelas di depan mata. Itulah kenyataan dunia hakiki. Manusia yang kita harapkan untuk melindungi Hawanya sebaliknya dicela dan di hina. Maruah seakan di campak jauh. Jauh di tangga paling bawah. Ikatan suci dipermain mainkan sesuka hati. Manusia kini alpa dengan duniawi. Semakin tinggi pangkat dan darjat, semakin angkuh dan sombong dengan apa yang di milikinya.
            “Percayalah, saya tak perbah menipu. Please..temankan saya” Zafrey bersuara kembali setelah lama menyepi. Dalam hatinya tertanya tanya dengan perubahan suara Dannia yang seakan menahan sebak. Walaupun gadis itu sedaya upaya menenangkan diri, tapi dia belum buta menilainya. Dia mesti menyiasat tentang gadis itu. Di rasakan Dannia terlalu banyak merahsiakan tentang dirinya. Sedaya upaya gadis itu mengelak apabila bertanyakan tentang keluarganya.
            “Yelah...yelah.” Dannia serba salah. Kesian la pulak mamat ni..dia terpaksa akur apabila lelaki itu merayu rayu dengan berwajah simpati. Entah kenapa dia terasa ingin menolong lelaki itu.
            Yes. Zafrey tersenyum senang.
            Asyik mereka berbual, Ezmiel datang menyergah dari belakang. Tersedak sedak Zafrey menahan sakit tertelan nasi. Mangkuk la budak ni. Dia menjeling geram, potong la dia ni. Nak menyibuk sepanjang masa.
            “Along, patutlah awal pagi menghilang. Kat sini kau rupanya. Tak tunggu aku pun nak breakfast sekali” Ezmiel dengan selamba menarik kerusi di sebelah abangnya. Langsung duduk tanpa dipelawa. Dannia di hadapan terpinga pinga dengan kehadiran lelaki dihadapannya. No manner.
            “Hai, harap awak tak kisah saya join sekali.” Ezmiel tersenyum, sebelah tangannya menggamit pelayan restoran. Setelah itu, dia berpaling kembali meneroka wajah cantik di hadapannya. Cantik.. boleh jadik steady girlfriend aku ni..
            “Dannia, kenalkan budak tak betul ni adik saya. Ezmiel. Jangan dilayan sangat dia ni. Buaya tembaga ni” Selamba Zafrey memperkenalkan Ezmiel kepada Dannia.
            “Apa ni along. Saja je nak kenakan orang. Jangan percaya cakap along. Let me introduce myself. Hai, saya Khairul Ezmiel. Adik kesayangan lelaki di sebelah dan hero malaya tau. Hehehhehe...” matanya dikenyitkan. Baru jer nak mengayat dah kena potong line, along ni macam tau tau je..
            Dannia hanya ketawa melihat telatah dua manusia dihadapannya. Sungguh rapat hubungan adik beradik dua orang ni. Tak rugi aku berkenalan dengan mereka ni. Desis hatinya. Ceria dia melayan dua manusia di hadapannya.
Masing masing mempunyai personaliti tersendiri, namun menarik dimatanya. Si abang tinggi berbadan sasa. Gaya rambut.. not bad. Masih nampak kacak di matanya. Si adik pula walaupun tidak setinggi abang, boleh juga dikira tinggi jika berdampingan dengan mana mana model. Gaya rambut terkini, stylo sesuai dengan gaya santainya.
            “Dannia. Nice to meet you Ezmiel.”
            “Ops, just call me Ez okay?” Ezmiel membetulkan panggilan Dannia terhadapnya. Matanya masih merenung Dannia sehinggakan membuatkan gadis itu resah gelisah dan tidak selesa.
            “Ehem, oit.” Zafrey yang melihat Dannia serba salah apabila direnung begitu segera mengetuk kepala Ezmiel membuatkan lelaki itu tersentak, sebelum tersengih malu.
            “Sorry.” Ezmiel tersenyum sumbing.
             Apabila pelayan menghantar makanan mereka, lantas masing masing menjamu selera. Kadang kadang diselitkan dengan perbualan dan senda gurau. Sepanjang mereka bersama, langsung tidak dihiraukan dengan sekeliling. Hilang semua masalah yang dialamainya. Hilang wajah Harith dan perangai yang menjengkelkan. Yang ada kini semuanya rasa gembira dan teruja. Gembira akan percutiannya tanpa wajah Harith dan datenya dengan kedatangan Hanna dan rasa terujanya dengan dua jejaka tampan yang amat akrab.



            Masa yang ditunggu tiba juga. Dengan penuh kesabaran dannia menunggu kedatangan Hanna. Senyuman terukir dibibir bertambah lebar saat bebola matanya terpandang kelibat sahabat baiknya.
“Hanna” Dannia menjerit sambil melambaikan tangannya ke arah gadis ayu dihadapannya. Gembira tak terperi kerana cutinya bakal dihabiskan dengan Hanna.
            “Nia. Rindunya aku dengan kau” Hanna memeluk tubuh Dannia, apabila kakinya berdiri berhadapan dengan gadis itu.
            “Assalamualaikum Nia” sapa seorang lelaki yang berada di belakang Hanna. Lelaki itu tersenyum gembira.
            “Waalaikumsalam Abang Fiq. Lama tak jumpa, apa khabar?” mulutnya mengukir senyuman. Sudah lama tidak bertemu dengan Abang Hanna.
            “Baik. Nia pula macam mana?” Syafiq bertanya khabar sahabat adiknya. Sudah berbulan bulan lamanya dia tidak bersua muka dengan gadis di hadapannya. Semakin cantik dan matang berbanding dahulu. Nasiblah dia sudah mempunyai buah hati, jika tidak pasti Dannia di jadikan seseorang yang istimewa di hatinya. Siapa yang tidak mahukan gadis secantik dan sesopan Dannia menjadi seseorang istimewa di hati. Pasti semua orang mahu, dan hanya lelaki yang bodoh sahaja menolak gadis itu. Di dalam hati, dia berasa sedikit simpati buat gadis itu kerana menjadi mangsa keadaan. Jika Hanna tidak menceritakan segalanya pada dia, pasti dia tidak tahu gadis di hadapannya sudah berkahwin.
            Lelaki itu memang bodoh kerana tidak tahu menilai kebaikan Dannia. Terlalu buta untuk menilai permata di depan mata. Kaca itu juga yang mahu di puja puja. Mengingatkan lelaki itu, hatinya sebal meningatkan lelaki yang bernama Harith. Kalau diikutkan hati mahu sahaja di tumbuk lelaki yang tidak bertanggungjawab itu.
            “Ok je”
            “Ehem, amboi terus lupa eh, bila dah jumpa Dannia.  Abang Fiq, jangan nak mengada ngada ya, ingat orang yang tersayang... So Nia, kita nak buat apa satu hari ni?” Hanna segera mencelah apabila perbualan yang semakin hangat diantara keduanya tanpa mempedulikan Hanna termanggu mangu sendirian.
            “Entahlah. Kita jalan jalan jelah nak?” cadangnya apabila dia juga tidak mengetahui selok belok tempat ini. Jangankan mahu mecadangkan tempat, nama tempat pun dia tidak tahu.
            “Erm, okay, tapi malam ni aku nak ajak kau ke rumah emak saudara aku. Makan malam kat sana. No excuse, aku dah bagitahu Mak Ngah aku yang aku bawak kawan.”
            “Ada pilihan lain?” Dannia bertanya.
            “Of course a BIG NO, dear” Hanna tersengih sengih.
            “Fine, jom lah kita bertolak sekarang. Abang bawak korang pi jalan jalan sekeliling Pulau” Syafiq berjalan mendahului Dannia dan Hanna. Ditinggalkan dua sahabat yang berpegangan tangan di belakang.
Suasana pagi agak mendinginkan, lebih lebih lagi angin pagi yang sejuk yang menghembus di tubuh masing masing. Dan seperti yang telah dijanjikan kepada Zafrey, dia menghadirkan diri setelah beberapa kali diingatkan oleh lelaki itu ditemani Hanna walaupun sedikit lewat daripada masa yang di janjikan. Dia bukannya sengaja mahu lewat, tetapi akibat bangun lewat. Inilah akibatnya jika terlalu penat berjalan, tambahan lagi semalam dia begitu kenyang dengan masakan ibu saudara Hanna. Berselera sungguh dengan masakan wanita itu. Lewat malam barulah dia pulang, itu pun setelah puas didesak oleh wanita itu supaya bermalam di rumahnya.
 Ketika mereka sampai, majlis telah pun bermula. Tidak jauh daripadanya, dia melihat sekumpulan manusia yang sedang rancak bermain, mungkin staff syarikat Zafrey. Desis hatinya sendiri. Dari celahan manusia yang sedang asyik bermain dia ternampak kelibat Zafrey dan Ezmiel di situ. Dannia mengambil keputusan untuk duduk di bawah pokok yang agak rendang dan terlindung daripada cahaya matahari yang mula memunculkan empunya.
Bunyi keriuhan di pantai dengan staff R&K Holding yang meriah  menggamit Dannia dan Hanna untuk memandang ke arah mereka yang berada tidak jauh dari situ. Dari kejauhan, dia melihat ketangkasan Zafrey dan Ezmiel mendapatkan bola dan melantunkan kembali ke pihak lawan. Sesekali badan mereka jatuh menghempap pasir pantai. Namun itu semua bukan halangan untuk mereka kembali melawan pihak lawan. Keasyikannya memerhati membuatkan terbit sesekali ketawa kecil di mulutnya kerana kelucuan melihat pelbagai aksi yang di tunjukkan. Hatinya terhibur.
Setelah setengah jam beraksi di gelanggang, Zafrey kemudian berlari anak sambil melambaikan tangannya apabila anak matanya terpaku pada Dannia yang sedang berehat di bawah pokok. Dengan pantas, dia melangkah menuju ke arah gadis yang di temani rakannya. Dari jauh, Zafrey tersenyum lebar, gembira dengan kedatangan Dannia yang di sangka tidak hadir. Dengan nafas yang tercungap cungap dia cuba melepaskan nafas lelah bermain. Semput dadanya mahu bernafas.
“Hai..Ingatkan tak datang tadi” ujarnya apabila nafasnya kian dirasakan sudah teratur.
“Dah janji kan. Mana boleh mungkir janji. Tak baik tahu..” Dia membalas selamba. Tangannya segera menghulurkan sebotol minuman untuk lelaki itu. Bekalan air yang di bawa dari biliknya.
Thanks..” pantas dia meneguk air. Langsung tiada perasaan malu apabila dia meneguk rakus air yang berada di dalam botol tersebut. Dahaganya hanya Tuhan yang tahu. Lebihan air, digunakan untuk menyejukkan mukanya yang dirasakan melekit dengan keringat peluh.
“Ah..leganya. Anyways siapa ni?” matanya beralih melihat seseorang yang berada di sebelah Dannia. Sedari tadi gadis itu leka memandangnya tanpa berkelip. Dia pula naik malu apabila di renung sebegitu rupa.
“Kenalkan, Hanna.. Hanna,  Zafrey dan lelaki yang datang ke sini tu Ezmiel. Diorang adik beradik.” Mulutnya sedikit memuncung menghala ke arah Ezmiel yang sedang berjalan ke sini. Lelaki itu kelihatan begitu bergaya berjalan ke arah mereka. Dengan senyuman kasanovanya. Satu pertemuan sudah cukup untuknya mengenali Ezmiel. Betul kata Zafrey, lelaki itu menjadi perhatian ramai gadis. Dan Ezmiel pula tidak segan silu mengenyitkan mata dan melayangkan ciuman kepada si gadis. Dannia dan Zafrey menggeleng kepala melihat kelakuan Ezmiel. Hanna tercengang melihat aksi selamba lelaki itu.
“Kau jangan layan sangat kat mamat tuh. Kepala tiga suku sikit. Playboy tu.” Tanpa rasa bersalah, dia berpesan kepada Hanna. Suaranya sedikit perlahan, bimbang jika di dengari oleh Ezmiel yang kian menghampiri. Zafrey tergelak mendengar kutukan khas buat adiknya. Langsung tidak ada rasa marah atau berkecil hati kerana itu adsalah kenyataan yang tidak dapat di sangkal olehnya.
“Aku pun tak mahulah.” Balasnya kembali. Bibirnya terjuih tanda meluat walaupun sedikit terpegun dengan kekacakan yang dimiliki oleh Ezmiel.
‘Hensemnya...Eh, apa yang aku merepak ni. Syahmir aku lagi kacak ok?’ gelakya dalam hati. Sekacak mana lelaki di hadapannya, cintanya masih lagi utuh untuk Syahmir walaupun dia dan Syahmir tidak pernah meluahkan perasaan masing masing. Dia juga tidak dapat menggagak apa perasaan Syahmir terhadapnya.
“Hai si cantik..” sapa Ezmiel ke arah Dannia. Dannia pula mencebik.
“Hai.. penat main?” soalnya kembali. Sekadar berbasi basa. Memang tidak dapat di nafikan kekacakan Ezmiel. Lihat sahaja sekarang. Dengan gaya begitu pun masih kacak di matanya. Anak siapalah ni... adess..
            “Yup. Tapi seronok. Kenapa tak join dorang tu main? Segan?” Ezmiel mengesat peluh di dahi dengan kain yang diberikan oleh Dannia.
            “Malas. Duk kat sini lagi best. Borak borak kan Hanna?” Dannia tersenyum. Hanna hanya mengangguk, mengiakan apa yang dikatakan oleh kawannya. Matanya sesekali memandang Ezmiel yang leka mengambil angin dengan tuala yang masih lagi tersangkut di leher lelaki itu.
            “Lepas ni ada game pulak. Treasure Hunt.” Ezmiel tiba tiba bersuara.
            “Treasure hunt? Macam menarik. Join  jom.. Kawan Nia boleh join sekali. 1 group 4 orang. So kita satu geng lah. Amacam?” Ezmiel mengemukakan cadangan. Air di pegangan Zafrey diambil diteguk rakus tanpa mempedulikan renungan tajam yang di hadiahkan untuknya.
            “Ok juga cadangan tu. Join kami ok?” Zafrey mengiakan cadangan Ezmiel.
            Dannia hanya menjungkitkan bahu sambil mengangkat keningnya ke arah Hanna meminta pandangan.
            “Ok kot. Lagipun bosan juga kalau asyik duduk jer.” 
            “Ok set.”
            Petang itu, mereka menyertai treasure hunt seperti yang diatur oleh pengacara majlis. Dannia benar benar gembira dengan aktiviti yang diikutinya. Permainan ini benar benar mencabar diri. Hampir tiga jam mereka berlari dan berjalan mengikuti arahan yang tertera pada setiap kertas sebagai petunjuk. Diredah hutan, dipanjat pokok, direndam dalam air masin semuanya dibuat. Benar benar menyeronokkan.
Namun, hasilnya agak memuaskan hati mereka semua walaupun tidak memenangi tempat pertama. Sudah lama dirasakan tidak segembira ini. Tenang hatinya dari semua masalah yang menimpanya sejak beberapa minggu ini. Terasa ingin menjerit gembira dengan kebebasan walaupun hanya sekejap cuma. Sepanjang hari bibirnya tidak lekang dengan senyuman. Hanna sendiri naik hairan dengannya yang asyik tersenyum. Apabila ditanya, dia hanya menggeleng tanpa menjawabnya.



Harith menghempas kasar punggungnya di sofa bilik. Suzanne menghilang entah ke mana. Masuk kali ini sudah tiga kali gadis itu menghilangkan diri walaupun bilik mereka hanya bersebelahan. Entah ke mana gadis itu menghilang, dia sudah tidak mahu ambil peduli tentang ketiadaan gadis serani itu. Menyakitkan hatinya. Kini dia keseorangan di biliknya. Terkebil kebil sendirian. Dadanya berombak menahan nafas. Geram dan bengang dengan Suzanne belum habis kini di ganti dengan perasaaan sakit hati.
Suzanne dengan perangainya yang selalu menghilang, katanya mahu bercuti bersama, tapi asyik menghilang entah ke mana. Hatinya pada Suzanne semakin lama semakin berkurangan. Entah kenapa, perangai Suzanne semakin hari semakin lain. Tapi dia tidak begitu kisah akan itu, tapi hatinya semakin panas apabila melihat Dannia bersama dua lelaki yang sedang bergelak ketawa langsung tidak menghiraukan sekeliling. Hilang moodnya mahu bercuti.
Niatnya membawa Suzanne untuk menyakiti hati Dannia, gadis kampung yang sedikit sebanyak menggugat hatinya. Namun sebaliknya yang berlaku, kini dirinya yang sakit hati melihat kemesraan yang terpamer di depan mata. Di lihat Dannia langsung tidak mempedulikan dirinya selama mereka berada di sini. Dia mengagak Dannia akan merayu padanya atau sekurang kurangnya akan mencari dirinya. Namun gadis itu langsung tidak mencari apatah lagi menjenguk untuk bertanya khabar di mana dirinya menghilang.
Masih terbayang di mata kemesraan Dannia dan rakannya dengan dua lelaki. Lagak bagaikan sudah lama benar berkenalan. Gadis itu bukan main lebar dan manis senyumnya apabila salah seorang mereka membuat lawak. Sakit telinganya mendengar gelak ketawa Dannia dan beberapa lelaki itu. Entah apa yang lucu. Kutuknya sendiri. Terdetik di hatinya untuk mengetahui siapa lelaki itu kerana kali ini sudah dua kali dia terserempak dengan lelaki itu bersama Dannia.

Walaupun kemarahan pada Dannia menggunung, namun hatinya sedikit lega apabila melihat kelibat Dannia yang sedang minum sambil menghayati udara pagi di sudut hujung. Kakinya lantas mengambil tempat yang agak jauh dari pandangan Dannia supaya kelibat dirinya tidak disedari oleh gadis itu. Leka dia menatap seraut wajah cantik menawan walaupun tanpa dikenakan sebarang mekap. Nampak begitu mulus dan semulajadi. Sedang asyik menatap wajah itu, tiba tiba gadis itu didatangi seorang lelaki, dilihat lelaki tersebut bercakap cakap sebeluh mengambil tempat berhadapan dengan Dannia. Hatinya terbakar apabila melihat Dannia yang sedang berborak dengan lelaki yang agak segak penampilan walaupun hanya berpakaian santai. Kelihatan begitu mesra. Kekasihnya kah? Setelah agak lama melihat mereka, Harith segera berlalu dari situ dengan hati yang membuku. Sakit hatinya bukan kepalang. Perempuan curang! Niatnya mahu manyakiti Dannia namun sebaliknya dia pula yang sakit hati. Kurang ajar!!


1 comment:

  1. Casino de Resorts - GoyangFC
    Casino de Resorts. Las Vegas' 검증 사이트 먹튀 랭크 oldest hotel in Las 라이브 스코어 사이트 Vegas. Casino de Resorts and the 바퀴벌레 포커 largest casino 라이브스코어 in Las Vegas, with over 바카라예측프로그램 450 slot machines, a luxury

    ReplyDelete