Monday, March 5, 2012

BAB 11 [KASIHKU YANG SATU]

Bab 11


                Orang ramai mula memenuhi ruangan dewan yang menjadi majlis makan malam dan majlis ulang tahun syarikat R&K Holdings. Kebanyakkan staff syarikat tersebut datang dengan membawa pasangan masing-masing. Majlis yang agak mewah dengan tema yang begitu elegan dan eklusif nampak begitu mempesonakan pada sesiapa sahaja. Bagitu juga dengan tema pakaian mereka untuk majlis itu dengan tema tradisional dan retro versus glamorous. Masing masing tampil dengan si hawa anggun dan si adam pula segak bergaya dengan gaya yang tersendiri. Cukup versetile, majlis yang diadakan cukup memukau para tetamu yang di jemput hadir. Tidak ketinggalan juga Zafrey dan Ezmiel yang segak bergaya dengan penampilan mereka. sejak mereka muncul, si gadis mencuri pandang ke arah mereka berdua dengan penuh minat.
Sementara itu, Dannia dan Hanna masih lagi di biliknya bersiap untuk menghadiri majlis itu atas jemputan Zafrey dan Ezmiel sendiri. Mereka berdua bakal menemani jejaka tersebut sebagai pasangan mereka. Dengan senang hati Dannia dan Hanna bersetuju tanpa banyak soal. Lagipun mereka tidak pernah menghadiri majlis tersebut sebelum ini. Maklumlah mereka masih lagi bergelar pelajar. Walaupun di tahun kedua sebelum semester terakhir mereka berakhir. Pengalaman ini adalah baru bagi mereka berdua.
            “Hanna, tak over sangat ke aku pakai macam ni? Segan lah aku. Macam over pulak?” sambil merungut Dannia membetulkan dress ungu separas buku lali yang di beli oleh Zafrey untuknya. Beria ria lelaki itu mengajak dia ke butik untuk membeli sepasang baju untuknya  hanya untuk dia menghadiri majlis itu. Hampir sahaja mereka berdua bertekak kerana hal itu. Namun  Zafrey tetap bertegas dengan pendiriannya. Sudahnya dia hanya mampu mengalah walaupun terbit rasa segan di hati.
            “Apa pulak over. Ok lah tu. Cantik apa? Meh sini aku nak make upkan kau sikit.” Hanna menarik tangan Dannia lalu menyuruhnya duduk berhadapan dengannya supaya senang dia mahu menconteng muka Dannia dengan mekap. Wajah Dannia yang putih melepak menyenangkannya untuk menyolek. Dengan sentuhan neutral juga sudah cukup menaikkan seri wajah itu. Bukan seperti sesetengah wanita yang bermekap sehingga berinci tebalnya semata mata mahu kelihatan cantik.
            “Kau nak make up apa lagi. Ok lah setakat ni. Tak payah over sangat lah.” Dannia menepis nepis tangan Hanna daripada menyentuh mukanya. Rimas sungguh. Teruja benar rakannya mahu dia kelihatan cantik.
            Papp!! Hanna menampar tangan Dannia sedikit kuat menghalang Dannia.
            “Duduk diam diam lah. Takkan kau nak malukan Zafrey dengan penampilan kau yang kurang nih?” Dannia mencebik geram. Tangan digosok berkali kali akibat sengal dengan penampar free. ‘kureng asam punya budak ni. Sakit tangan aku’
            “Done” Hanna terjerit kecil apabial hasil tangan  amat memuaskan hatinya. ‘cantik’ desis hati kecilnya.
            “Eh, kejap, rambut kau ni ha, takkan nak biarkan macam ni. Tak cantik langsung. Pusing sini biar aku tolong.” selamba dia mengutuk Dannia. Tangannya yang sedikit kuat memegang bahu Dannia memaksa gadis itu mengikut rentaknya. Dengan bakat yang ada, sekejap sahaja rambutnya di sanggul cantik ke tepi dengan gaya yang santai. Anak rambut sengaja di biarkan bebas terlepas dari sanggul itu. Diselitkan pula dengan penyepit seakan tiara di tepinya.
            “Oklah. Jom. Tengok jam dah pukul berapa, dah hampir lewat. Nanti segan pula nak masuk.” Dannia bergegas menuju ke bilik, langkahnya laju menyebabkan kakinya hampir tersungkur. ‘Mak ai, nasib baik tak jatuh. Jangan lah kat majlis tu nanti jatuh pulak. Memalukan.’ Mata mata yang memandangnya membuatkan dia sedikit kelu. Apa pula pandangan orang ramai yang melihatnya. Tidak ketinggalan juga beberapa mata nakal yang merenungnya tanpa lepas. Dirinya pila terasa berada di bumi asing. Pelik sangat ke???
            Zafrey tercari cari kelibat Dannia dan Hanna. Sudah hampir pukul 8.15 malam, kelibat mereka masih belum muncul. Ezmiel di sebelah sudah gelisah jika sesuatu yang terjadi pada mereka. Akhirnya hampir lima belas minit menunggu, kelibat dua orang gadis menarik perhatian semua yang ada di dewan tersebut. Begitu juga dengan Zafrey dan Ezmiel. Apabila gadis tersebut semakin hampir, terpegun mereka dengan penampilan Dannia yang begitu anggun dan cantik. Penampilan yang begitu ketara dengan sebelum ini. Zafrey tersentak apabila Dannia melambai lambaikan tangannya di hadapan muka Zafrey. Lelaki tersebut berdehem kecil menutup malu. Ezmiel ketawa kecil dengan melihat abangnya yang jelas menahan malu.
            “Sorry lambat” pohonnya apabila tiba di hadapan lelaki yang langsung sedang melopong. Mahu ketawa pun ada. Macam tak pernah tengoh orang sahaja lagaknya.
            “No, tak lambat pun actually. Majlis baru nak mula. So shall we?” Dannia mengangguk kecil. Mereka melangkah menuju ke arah dewan masuk. Mereka berjalan di atas karpet merah yang tersedia di sepanjang jalan menuju ke jalan masuk. Diikuti oleh Ezmiel dan Hanna di belakang. Sepanjang jalan, Dannia begitu berdebar debar dengan pandanagn orang ramai yang tertumpu ke arah mereka. Terasa begitu canggung langkahnya sepanjang perjalanan menuju ke meja.
            “Hey relaks ok. Saya ada kat sebelah ni. Jangan takut sangat. Be cool ok?” Zafrey menyedari riak muka Dannia lantas menggengam tangan Dannia yang begitu sejuk. Dia menarik tangan Dannia lantas di letakkan di lengannya supaya dipegang. Mereka mengambil tempat di meja VVIP yang disediakan khas untuknya. Dannia dan Hanna sedikit tercengang apabila ditempatkan di tempat yang begitu exclusive. Mahu bertanya dirasakan begitu segan dengan kehadiran satu lagi pasangan yang agak berumur. Melihatkan Zafrey dan Ezmiel bangun, Dannia dan Hanna juga turut bangun memberi penghormatan pada pasangan tersebut.
            Mereka berbalas senyuman apabila pasangan tersebut terarah pada wajahnya.  Dannia perasan akan raut muka pasangan yang begitu terkejut dengan kehadirannya. Dannia berdebar debar akan riak muka meraka. Terasa dirinya membuat kesalahan yang begitu besar, kecut perutnya melihat pasangan itu, lebih lebih lagi melihat wanita yang agak berumur di sebelah sudah keruh mukanya.
            “Mama, papa kenalkan Dannia. Dannia, ni papa dan mama saya selaku pengarah syarikat R&K Holdings.” Zafrey pantas memperkenalkan Dannia pada kedua orang tuanya apabila melihat muka Puan Sri Kamilia bertukar keruh. Zafrey mengenggam kuat tangan mamanya supaya bersabar.
            “Apa khabar Tan Sri, Puan Sri?” Dannia tersenyum walaupun dirasakan senyumannya begitu ketara canggungnya.
            “Baik. Dannia apa khabar?” Puan Sri Kamilia bertanya cuba bereaksi tenang untuk menahan sebaknya. Hatinya sudah tidak keruan melihat gadis dihadapannya.
            “Baik Puan Sri” Dannia terasa sedikit lega melihat keramahan wanita dihadapannya walaupun hatinya begitu ragu dan pelik dengan perubahan riak muka wanita tersebut. Hatinya melonjak ingin tahu namun disabarkan hatinya.
            “Hah Ez, siapa pula sebelah kamu ni. Tak nak perkenalkan ke?” Tan Sri Razlan menegur anak teruna keduanya. Kepalanya digeleng gelengkan beberapa kali. Sudah ke berapa puluh gadis yang dikenalkan kepadanya. Entah dari mana pula diangkutnya gadis di sebelah anaknya ini. Namun gadis ini kelihatan lebih sopan berbanding dengan gadis gadis yang selalu dikepit sebelum ini. Lebih cantik dan ayu, malah nampak lebih bersopan santun.
            “Kenalkan pa, ma Hanna. Hanna ni papa dan mama saya. Hanna ni kawan baik Dannia” Hanna di sebelah hanya tersenyum tanda hormat. Begitu juga dengan Tan Sri dan Puan Sri hanya memberi senyuman mesra.
            Majlis diteruskan dengan persembahan nyanyian untuk majlis pembukaan. Sementara itu, Puan Sri kamilia bercakap cakap dengan Dannia, cuba merisik tentang keluarganya. Hati Puan Sri Kamilia tidak dapat menunggu lebih lama untuk mengetahui asal usul Dannia. Gadis itu mesti dirisik lebih cepat, hatinya kuat mengatakan gadis itu mempunyai hubungan darah dengannya. Apabila majlis sampai ke penghujung, iaitu acara kemuncak adalah penyampaian hadiah untuk pemenang dalam semua aktiviti yang diadakan sempena family day dan king dan queen. Walaupun mereka tidak memenangi treasure hunt namun mereka masih lagi berasa seronok. Sedang mereka berborak borak, tiba tiba lampu ruangan dewan menjadi gelap tiba tiba, sejurus dengan itu, bunyi senyap dengan tiba tiba.
            Beberapa minit kemudian, lampu dihalakan pada mereka. kemuadian tepukan gemuruh yang begitu gamat diseluruh dewan bergema memenuhi ruangan dewan tersebut.
            “Di persilakan King dan Queen kita pada tahun ini jatuh kepada CEO kita, Encik Khairul Zafrey dan queen kita yang cantik menawan pasangannya,Cik Dannia Danisha.” MC yang berdiri di pentas melaung nama Zafrey dan Dannia kuat disertai dengan tepukan gemuruh dan sorakan tetamu yang datang. Dannia sudah terpaku, terlalu terkejut dengan laungan namanya. Hairan, bagaimana namanya diketahui oleh MC tersebut.
            “Jomlah. Tutup mulut tu. Nanti masuk lalat pulak” Zafrey tersenyum kecil. Tan Sri Razlan dan Puan Sri Kamilia tersenyum lucu melihat riak terkejut pada wajah Dannia. Namun masih comel yang keanak anakan.
            Dannia tersengih malu. Namun masih belum bergerak dari tempatnya. Melihatkan reaksi Dannia, Zafrey menarik tangan Dania menuju ke arah pentas untuk menerima mahkota yang di menanginya. Serentak itu, kilauan kamera berkedipan apabila mereka berdiri bergandingan di sana. Macam artis lagaknya..
            Hampir tengah malam mereka bersurai, sempat Puan Sri Kamilia bertukar nombor handphone dan no biliknya. Para tetamu juga telah lama beransur pulang. Hanya kakitangan tertinggi sahaja yang tinggal yang masih leka berbosak. Zafrey pula menghantar pulang Dannia sehingga di depan pintu bilik.



            “Here we go princess. Good Night. Jumpa lagi besok.” Zafrey menghulurkan sekuntum bunga putih pada Dannia. Sempat dia mencapai sekuntum bunga dan di sembunyikan di belakangnya tanpa pengetahuan Dannia. Sengaja mahu memberi kejutan pada gadis yang membuatkannya gembira malam ini.
            “Good night, thanks Zaff jemput saya ke majlis tu.” Dannia menyambut bunga yang dihulurkan padanya lalu di cium lembut. Wangi! Dia tersenyum malu, pertama kali menerima bunga daripada seseorang secara berdepan. Terasa seperti bercinta gamaknya. Ah, lelaki ini bisa membuatkan sesiapa sahaja jatuh hati. Namun hatinya langsung tidak bergetar dengan suasana romantis ini. Zafrey hanya dianggap sebagai abangnya. Sungguh aneh ketentuan ini, dalam pertemuna yang tidak dijangkakan, dia dan Zafrey bertemu untuk melindungi antara satu sama lain.
            “Welcome. Anytime untuk my little princess. Anyway, you look gergous tonight.” Pujinya ikhlas. “Seriously, you look so beutiful as an angel was sent to me from above.” sambungnya lagi sambil menunjuk jari telunjuknya ke atas.
            “Thanks... So, should I call you Abang Zaf huh?” duga Dannia menahan malu apabila dipuji oleh lelaki kacak.
            “Up to you, dear. Besok jangan lupa pesanan mama.” Zafrey mengingatkan sekali lagi tentang janji Dannia dan Puan sri Kamilia. Dia mahukan dua wanita itu bertemu. Dia mahukan sesuatu terjadi antara keduanya, saling mengenali dengan lebih dekat. Mungkin sesuatu yang bakal terjadi jika diizinkan olehNYA.
            “Ok. takkan Nia nak lupa pula. Ok lah dah lewat malam ni. Nia masuk dulu. Bye. Good Night.” Dannia meminta diri.
            “Good night too. Bye.” Zafrey melambai ke arah Dannia sebelum melangkah pergi dengan senyuman yang masih tidak lekang dari bibir. Hajatnya sudah tercapai. Dannia tidak segan silu memanggilnya panggilan yang lebih mesra apabila dia menyatakan rasa ingin mempunyai seorang adik perempuan. Gadis itu langsung tidak kekok dengan mereka sekeluarga. Pada mama dan papanya sengaja dia memperkenalkan Dannia sebagai adik angkatnya.



            Di dalam bilik, Puan Sri Kamilia mundar mandir di hadapan suaminya. Dia begitu yakin dengan gadis yang ditemui tadi adalah satu satunya anak bongsunya yang hilang. Muka yang mirip dengannya ketika masih muda meyakinkan lagi akan tekaannya. Bukan dia tidak nampak wajah suaminya juga turut berubah melihat wajah Dannia.
            “Lia yakin bang, Dannia tu anak kita. Abang rasa macam mana?” Puan Sri Kamilia tidak senang duduk. Sekali sekala dia mengeluh dan mendengus geram dengan suaminya yang hanya diam. Matanya tajam memandang si suami yang leka membaca buku. Rungutannya hanya di biarkan sepi dan langsung tidak di endahkan.
            “Abang!” Puan Sri kamilia menjerit kecil. Terjatuh buku yang berada ditangan Tan Sri Raziff. Perlahan suaminya itu mengurut dadanya.
            “Astaghfirullahalazim, apa awak ni Lia. Terkejut saya.” Tan Sri Razlan mengutip kembali buku yang terjatuh di lantai. Die tergeleng geleng dengan telatah isteri kesayangannya yang bagaikan kucing kehilangan anak. Tersenyum melihat gelagat isterinya yang bagaikan cacing kepanasan. Berdiri tidak kena, duduk lagilah..
            “Awaklah, saya bercakap dengan awak ni. Boleh pula awak buat bodoh je. Letih saya bercakap sorang sorang.” Rungutnya geram. Mulut isterinya yang memuncung mengundang ketawanya.
            “Eh awak ni. Mana ada saya buat bodoh.. Saya tengah baca ni” Tan Sri Razif membela diri. Tahu sangat akan perangai isterinya yang kalut dan suka membebel. Namun wanita itu yang paling disayanginya.
            “Yelah tu. Kita siasatlah abang siapa Dannia tu. Lia yakin Dannia tu anak kita. Please?”
            “Cuba bawa bersabar Lia sayang. Abang akan suruh Zaf dan Ez siasat semua ni. Lagipun diorang rapat jer. Awak janganlah bimbang, apa kata awak pun risik risik lah besok. Kan ke awak nak keluar dengan Dannia besok. Hah, masa tu lah awak nak kenal lebih rapat dengan budak tu.” Panjang lebar Tan Sri Razif memberi cadangan. Melihatkan senyuman yang terukir dibibir isterinya, dia tersenyum lega.
            “Jom lah tidur. Dah lewat ni.” Tan Sri Razif mengajak isterinya tidur memandangkan hari sudah begitu lewat malam. Isterinya itu tidak boleh dibiarkan, kalau tidak dihalang sampai ke pagilah jawabnya memikirkan akan perihal anak bongsunya itu.



            Mereka menuju ke pekan dan mall yang ada di sekitar pulau tersebut. Sepanjang jalan, Puan Sri Kamilia tidak pernah penat berborak. Girang hatinya tidak terkata kerana dapat menghabiskan masanya dengan Dannia. Tak terduga olehnya percutian kali ini lebih besar maknanya berbanding dengan sebelumnya. Puan Sri Kamilia amat bersyukur kerana telah mengembalikan anak bongsunya walaupun tidak sahih akan kebenarannya. Baginya Dannia adalah anaknya yang bongsu. Walaupun apa keputusan dan kebenaran yang akan terbongkar, Dannia akan dianggap sebagai anaknya. Wajah Dannia saling tidak tumpah dengannya ketika masih muda.  Tiada sesiapa pun dapat menghalangnya. Nekadnya dalam hati. Dia sangat senang dengan tingkah laku dan tutur kata sopan Dannia. Wajahnya juga seperti keanak anakan amat menyenangkan hati ibu sepertinya. Beruntung Ibu Dannia kerana mengandungnya.
            “Dannia, jom rehat dulu. Kaki aunty dah penatlah” Puan Sri Kamilia menarik lembut tangan Dannia menuju ke restoran yang berhampiran. Kakinya sudah berasa kebas berjalan terlalu lama. Walaupun perasaan segan masih berbaki, dia menggagahkan dirinya untuk keluar membeli belah menemani Puan Sri Kamilia apabila wanita itu menelefonnya awal pagi tadi. Dia yang langsung terlupa dengan temujanji itu menepuk dahi. Muda-muda dah nyanyuk. Pasti wanita itu akan terkilan jika dia tidak turut serta dengan rancangan yang telah diaturkan sejak semalam.
            “Ok, jom kita duduk kat sana” Dannia menunjukkan tempat untuk mereka. Sengaja dia memilih tempat yang agak jauh terpencil dan berdekatan dengan balkoni supaya merasa angin yang segar. Jam menunjukkan pukul 11 pagi, namun cuaca yang begitu beringin membuatkan suasana tak begitu panas terik.
            Lama mata Puan Sri Kamilia meneliti untuk kesekian kali wajah Dannia sehingga membuatkan gadis itu berasa segan sebelum dia membuka mulut. Misi utamanya sejak semalam.
            “Siapa nama ibu dan abah Nia?” Puan Sri Kamilia terus sahaja melontarkan soalan untuk merisik akan kehidupan Dannia sebelum ini.
            “Diana Amiruddin dan abah Nia Encik Zamani. Kenapa aunty?” Pelik akan soalan Puan Sri Kamilia yang tiba tiba mahu perihal keluarganya.
            “Aunty saja nak tahu. Mereka keluarga kandung Dannia? Boleh aunty berjumpa dengan mereka?” soalnya lagi, meninggalkan kerutan di dahi Dannia.
            “Er ya. Nia dah anggap mereka keluarga kandung Dannia sebab meraka yang jaga Dannia sejak lahir. Nanti kalau senang aunty datanglah ke rumah. Mesti abah dan ibu gembira kalau dapat jumpa aunty” Dannia bercerita serba sedikit akan prihalnya.
            “Apa maksud Nia? Aunty tak faham.” Dia cuba mengorek lagi, berita yang disampaikan oleh Dannia sedikit sebanyak menggembirakannya. Benarkah Dannia diambil sebagai anak angkat?
            “Dannia sebenarnya diambil sebagai anak angkat oleh keluarga Nia sekarang. Mereka cakap Dannia diambil sebagai anak angkat di sebuah rumah kebajikan. Kata ibu, Dannia dijumpai di pagar pintu. Selepas beberapa hari Dannia diambil oleh keluarga ibu. Sampailah sekarang.” Tanpa paksaan dia menceritakan kisah hidupnya itu. Bagaimana dia dijumpai dan dijaga. Satu persatu kisah hidupnya diceritakan pada Puan Sri Kamilia tanpa perasan riak muka wanita di hadapannya. Suaranya mengendur, suaranya sedikit bergetar. Pedih hatinya kerana tidak pernah mengenali ibu bapa kandungnya. Walaupun pihak kebajikan telah mengesahkan bahawa dirinya bukan anak haram kerana mempunyai sijil kelahiran yang sah di sisi undang undang. Sewaktu ditinggalkan, dokumen sijil kelahiran sempat diselitkan di celah celah kain bersamanya. Namun yang menjadi tanda tanyanya sehingga sekarang kenapa begitu tega ibu dan bapa kandungnya sanggup membuang dirinya. Betapa dirinya terasa dibenci oleh keluarga sendiri.
            Sentuhan di tangan mengembalikan dirinya berada di alam realiti. Begitu lama dirinya termenung menginggatkan cerita ibu. Sebelum ini dia cuba meneyembunyikan identiti dirinya daripada orang ramai. Tapi entah kenapa hari ini dalam sejarah dengan senang dia bercerita tentang dirinya yang serba kekurangan kepada wanita dihadapannya.
            “Aunty minta maaf. Tak terniat nak membuat kamu sedih. Maafkan aunty.” Puan Sri Kamilia menyeka air mata yang mahu menitis di pipi Dannia. Dia mengenggam erat tangan gadis dihadapannya. Dia bertambah yakin akan nalurinya. Dia memang anakku! Tapi dia masih tidak punyai bukti kukuh. Bukan ragu, tapi bimbang Dannia akan terluka di kemudian hari jika kebenaran adalah disebaliknya.
            “Dahlah. Jom kita balik, lagipun dah lama benar kita kat sini. Kejap lagi dah masuk waktu Zohor. Mesti bising Zafrey dan Ezmiel kalau kita lagi lama kat sini. Jom” belum sempat Dannia dan Puan Sri kamilia bangun dari meja. Mata Dannia terpaku pada sepasang pasangan yang menuju ke arah mereka. Puan Sri kamilia juga melihat ke arah yang sama apabila melihat mata Dannia yang terpaku pada suatu arah.
            “Well well well... sayang tengoklah siapa ni. Your wife. Kesian kan tengok perempuan yang tak diiktiraf sebagai isteri oleh suaminya sendiri. Perempuan tak tahu malu.” Suzanne erat memeluk lengan Harith di sebelahnya. Sengaja mahu membakar hati Dannia.
            “Aunty jom kita balik. Dah lewat ni.” Dannia meraik tangan Puan Sri Kamilia yang sudah berdiri disebelahnya. Terbuntang matanya melihat pasangan dihadapan lebih lebih lagi wanita disebelahnya, masyaallah baju tak cukup kain. Seksi bukan main. Bukan main singkat lagi kain yang dipakai, dengan baju yang singkat separas pusat bertali halus di bahu. Nauzubillah.
            “Siapa ni Dannia? Apa maksud perempuan ni?” Puan Sri Kamilia sudah panas telinga mendengar penghinaan itu. Sakit telinga.
            “Entah aunty. Jangan dilayan ya. Tak de kena mengena dengan kita. Dia salah orang kot.” Dannia malas mahu bertekak dengan Suzanne. Orang seperti itu jangan dilayan kerenahnya. Memalukan diri jer. Tak boleh pahala pun, yang dapat dosa jer. Free pulak tu.
            “Hey betina, kau jangan nak buat tak kenal pulak. Hai, dah hilang ingatan ke kat husband you ni? Biasalah kan, wife mana nak mengaku bila husband dia ada kekasih lain kat luar. Betina tak bermaruah macam you ni memang suka merampas apa yang bukan haknya kan.” Sinis senyuman yang diberikan pada Dannia. Cemburu pada Dannia kerana memiliki seraut wajah cantik walaupun tanpa mekap. Terasa begitu jauh jika mahu dibandingkan dengan isteri kekasihnya. Merah padam mukanya apabila mendengar suara sinis Dannia terasa disindir.
            “Maaflah ya. Setahu auntylah, betina yang kau cakap tak bermaruah ni kau lah kan. Nak tahu kenapa? Sebab kau yang duk menempel kat laki orang. Kau tu bukan ada apa apa ikatan pun dengan lelaki kat sebelah tu. Dengan mulut yang bau longkang mengata orang sendiri yang lebih. Entah apa punya perempuan lah kau ni kan? Tetiba datang tak bagi salam, then main terjah terjah orang sesuka hati. Kurang ajar.” Puan Sri Kamilia menhadiahkan sindiran sinis pada perempuan tak tahu malu. Biar dia rasakan tinggi rendah langit itu. Mentang mentanglah Dannia tak menjawab, sesenang hati mahu menghina orang. Dia pula yang terasa sakit hati mendengar penghinaan walaupun bukan dituju untuknya.
            Mendengarkan ayat keluar dari mulut wanita itu, merah padam mukanya menahan malu. Geram betul, si Harith pula bukannya mahu menolong, malah berdiam diri.
            “Hey perempuan tua, kau jangan nak masuk campur dalam urusan kami. Kau orang luar tak tahu apa apa. And kau Dannia, jangan kau ingat bila dah ada orang yang bela, aku akan lepaskan kau. Aku akan pastikan kau disingkir dari keluarga Harith. Cuma aku yang layak di sisinya” dengan yakin Suzanne berkata.

            “Dah la sayang. Tak payah dilayan diorang ni. Jom, tadi you cakap nak pi shopping kan. Tak de faedah you bertekak dengan diorang ni. Buat sakit mulut je lah. Dah jom.” Harith menarik tangan Suzanne untuk berlalu dari situ. Hatinya sakit melihat Dannia seolah olah dirinya tak wujud di hadapan gadis itu. Apatah lagi untuk menegur. Wait a minute Harith. Apasal sangat kau beria ria nak Dannia tegur kau ni. Sakit ke apa. Entah entah..... ? No way, aku takkan jatuh ke tangan perempuan kampung macam tu. Tak de taste langsung. Ego kau Harith.


No comments:

Post a Comment