Friday, January 20, 2012

BAB 4 [KASIHKU YANG SATU]

Bab 4


                Hari ni genaplah tiga hari berada di kampung Dannia. Sepanjang berada di sana, tidak betah untuk dirinya, bosan berada di kampung sudah tidak dapat dibendung lagi. Rindu pada rumah dan aktiviti hariannya sudah tidak dapat ditahan lagi. Mana mungkin dia berada di kampung yang serba kekurangan. Selama berada di sini, sudah di cuba beberapa kali pusing mengelilingi bandar kecil, manalah tahu jikalau terjumpa tempat yang menjadi kegemarannya. Namun hampa, mana mungkin tempat seperti itu berada di kampung. Kalau ada pun tidak memenuhi citarasanya. Harith menggeleng kepala, mengenangkan kebodohan diri. Kalau dah namanya kampung...
            Dia nekad mahu pulang ke Penang, walau dengan apa cara sekali pun. Walaupun baki untuk tinggal di kampung masih tinggal beberapa hari, dia memang bernekad. Papanya memang kejam, sanggup membiarkan anaknya tinggal di kampung yang serba kekurangan ini. Malah sempat pula berpesan dengannya, dia dengan senang hati untuk memberikan cuti kepadanya jika mahu berada lebih lama di kampung. Papanya bagaikan sengaja mahu memerlinya.
            Tangannya pantas mencapai beg yang sudah berisi pakaian yang dibawa olehnya beberapa hari yang lalu. Segera dia mengemas barang barang untuk dibawa ke pulang. Sejak semalam lagi hatinya melonjak untuk pulang ke banglo papanya atau ke rumahnya sendiri. Sesekali dia terjengukkan kepalanya mencari Dannia. Apabila melihat kelibat Dannia di ruang tamu, segera dipanggil gadis itu. Tangannya masih lagi lincah mengambil baju yang disimpan di ruang almari dan menyumbatnya ke dalam beg.
“Kau kemas barang barang sekarang, aku nak balik.” Harith memberi arahan bersahaja apabila gadis itu sudah berdiri di sebelahnya. Dirinya tidak betah tinggal di kampung, terasa rindu pada Suzanne. Rindu pada kawan kawannya dan aktiviti yang biasa dilakukan. Rindunya pada Suzanne sangat menggamit perasaannya. Suzanne langsung tidak bertanya khabar. Masih merajukkah gadis itu? Sudah berkali kali dia menghantar pesanan ringkas dan menelefon gadis itu. Langsung tidak diangkat, malah dimatikah telefon bimbitnya. Harith mengeluh kecil, pening memikirkan cara memujuk gadis itu.
“Tapi, ada lagi dua tiga hari kan sebelum kita balik Penang?” Dannia pelik melihat Harith yang pantas memasukkan baju ke dalam beg mahalnya. Macam ada hal yang penting sahaja untuk meninggalkan rumahnya secepat itu. Apa yang dikejarkan? Dia masih belum puas berada di kampung. Belum puas untuk bersama ahli keluarganya.
“Aku cakap kemas sekarang,  kau jangan bagi alasan. Cepatlah kalau tak, kau balik sendiri. Kalau mama aku tanya pandai pandailah kau jawab.” Suaranya dikawal supaya tidak kedengaran seperti menengking, teringat pintu bilik Dannia yang terbuka luas, bimbang juga jika secara tidak sengaja orang di luar ataupun ahli keluarga Dannia mendengarnya.
Dannia masih lagi membatu. Memerhatikan Harith yang sedang berkemas, hendak ditolong awal awal lagi sudah ditegah. Keras kepala betul si Harith ni. Mesti kena ikut kepala dia tu. Kakinya terasa berat mahu melangkah dan menurut segala perintah Harith.
“Hoi, yang kau tercegat lagi kat situ apasal?” lelaki itu mencerlung tajam, merah mukanya sama ada marah ataupun cuaca yang panas. “Tapi...”
“Tak ada tapi tapi lagi. Kau ni memang menyakitkan hati aku lah. Cepat kemas. I said now!” jerkahnya. Dek kerana terkejut bercampur takut, Dannia melangkah laju menuju ke almari bajunya untuk berkemas. Hanya baju yang penting sahaja diambil, selebihnya dibiarkan dahulu. Takkan nak angkut semua kot. Lagipun, kebanyakan bajunya berada di rumah sewanya di Penang.
“Aku tunggu kau kat kereta. Kalau keluarga kau tanya cakap aku ada hal pejabat. Urgent” pesannya lagi sebelum melangkah keluar sambil menjinjit beg baju. Wajah Dannia sedikitpun tidak dipandang. Dannia mengeluh, kenapalah dia dikahwinkan dengan lelaki ini. Untuk kesekian kalinya dia merintih.
‘Tak baik menyalahkan takdir Dannia’..Dia beristighfar sebaik sahaja teringatkan keluhannya tadi.
Sebelum masuk ke dalam kereta mewah milik Harith, Dannia sempat menyalami semua ahli keluarganya. Wajah Syahmir masam mencuka melihat kedinginan Harith. Sebal hatinya melihat sikap Harith yang tergesa-gesa masuk ke dalam kereta, seolah olah mengelak dari bersoal jawab dengan abah dan ibunya. Abangnya Syahmin menggeleng kepala kesal melihat sikap kurang ajar Harith. Dia tidak memahami dengan perangai Harith, sekejap sopan dan melayan baik abah dan ibunya, sekejap pula di lihat dingin dan tak bersopan. Sepatah ditanya, sepatah dijawab. Abah cakap mungkin Harith mempunyai masalah pejabat. Syahmin hanya mengiakan sahaja, malas mahu menjawab. Nanti tak pasal pasal abah menyatakan dia sengaja mahu mencari kesalahan Harith. Jauh di sudut hati, Syahmin tahu abahnya terasa dengan sikap Harith walaupun tidak ditunjukkan, namun dia masih lagi bijak menebak apa yang berada di hati tua milik Encik Zamani. Dia bukan lagi budak kecil yang boleh dibohongi sesuka hati.
Dannia hanya sempat mengenakan baju kurung berwarna merah jambu yang agak kusam. Dia tidak dapat berfikir dengan baik dengan keadaam takut bercambur kalut. Pakaiannya diganti tanpa berfikir panjang. Rambutnya yang panjang hanya diikat satu. Ni semua Harith punya pasal. Tak sempat dirinya hendak bersiap sempurna. Alang alang Harith mengata padanya, lebih baik dia mengiakan sahaja kata kata yang dihambur padanya sebentar tadi.
“Kau tak payah nak bersiap segala. Pakai je baju apa apa pun. Kau tu bukan cantik sangat.” Berdesing telinga Dannia mendengar ucapan yang keluar dari mulut Harith. Sakit hatinya, Harith memang tak sayang mulut. Bila bercakap tidak pernah memikirkan perasaannya
“Ok. Awak tunggu kat luar dulu” Dannia menyabarkan hatinya. Nak tengok sangat kan aku ni tak cantik. Nanti aku tunjuk..
“Cepat sikit. Terhegeh hegeh, lembab. Dasar perempuan kampung.” Sabar Dannia. Sedang Dannia menukar baju ke bilik air, kedengaran bunyi hon yang bingit di luar rumah. Pasti Harith. Kelam kabut Dannia menyarungkan baju kurung dan mengikat rambutnya yang panjang. Pantas tangannya mencapai beg bajunya dan membimbitnya keluar. Hampir sahaja dia tersemban di depan tangga. Apabila hon kereta semakin kerap berbunyi dan menbingitkan telinga seluruh penghuni di rumahnya dan juga jiran tetangga. Tak tahu malu betul lelaki itu.
“Adik jaga diri baik baik. Ingat, adik dah bersuami. Sebaik baik isteri adalah di sisi suaminya. Patuhlah dan taatlah pada suami. Isteri yang solehah akan ditempatkan di syurga. Jangan sesekali melawan cakap suami.” Puan Diana sempat menasihati anak gadis yang disayangi sepenuh hati. Sayu hati untuk melepaskan permata hati yang satu. Berat hatinya.
“Abah lepaskan tanggung jawab ni pada Harith. Dannia bukan lagi tanggungjawab abah dan hak kami. Sebaliknya dah jadi hak Harith. Syurga seorang isteri terletak pada telapak kaki suami. Jangan sesekali membelakangkan suami dalam apa jua keadaan. Baik dan buruk kita haruslah redha dengannya.” Encik Zamani mengusap perlahan kepala anaknya. Di lihat mata abahnya sayu dan berkaca kaca. Sebak. Dannia terhenjut henjut menahan tangis. Sedih hatinya ingin meninggalkan keluarganya. Dannia memeluk erat ibu dan abahnya serentak. Kucupan di pipi dihadiahkan buat Dannia.
“Adik jangan nakal nakal ya. Along sayang adik along yang manja ni. Selalu lah jenguk kitorang kat sini ya. Jangan lupakan kami kat sini.” Hidung Dannia dicuit lalu dipeluk erat adik kesayangannya. Dannia beralih pula pada angah yang berdiri agak jauh dari ibu dan abah.
“Jangan lupa call angah selalu ok? Ada pape hal jangan rahsiakan dari angah. Beritahu perkembangan adik ok? Kalau Harith buat pape kat adik terus call ok? Janji?” Syahmir menghulurkan jari kelingkingnya untuk bertaut dengan jari kepunyaan Dannia. Dannia tersenyum hambar, tidak sanggup rasanya melihat wajah Syahmir yang keruh. Syahmir sedaya upaya menahan sebak yang bertandang dilubuk hatinya. Pasti bosan jika Dannia tiada. Dannia memeluk Syahmir dengan erat. Sebelum Dannia melepaskan pelukan, Syahmir sempat berbisik ditelinga Dannia. “Angah sayang adik sangat sangat” lalu dikucup dahi adiknya lama. Berat sungguuh dia mahu melepaskan adiknya pada seseorang yang belum tentu ikhlas menjaganya.
‘Kami selalu mendoakan kebahagiaan adik. Semoga gembira selalu. Tabahkan hati adikku untuk menghadapi dugaanmu. Abang akan sentiasa cuba melindungi Nia.’ Ucapnya di hati. Air mata yang ditahan dari tadi terasa sudah ingin menitis ke pipi, lalu pantas tangan kasarnya mengesat pelupuk mata.
Pemergian Dannia meninggalkan rasa sayu pada setiap ahli keluarganya. Biar pun bukan keluarga kandung, Dannia tetap dianggap anak kandungnya. Tiada siapa yang dapat menafikan hal itu. Pada anak anaknya dipesan supaya jangan pernah mengungkit asal usul Dannia. Rindunya pada Dannia amat menggebu, ah baru beberapa jam Dannia meninggalkan keluarga. Terasa sepi dan kosong rumah batu dua tingkat milik keluarga Puan Diana dan Encik Zamani.
Sepanjang perjalanan menuju ke Penang, Dannia hanya menyepikan diri. Tiada sepatah perkataan pun terkeluar dari mulut Dannia. Langsung tiada hati untuk bercakap dengan Harith. Rindunya pada keluarga amat menggunung. Masih terasa hangat pelukan ahli keluarganya. Dannia memalingkan wajahnya ke arah tingkap. Tiada niat untuk berbual dengan Harith, membiarkan lelaki itu memandu sendirian. Jika dia ingin bertanya, belum tentu Harith akan menjawab pertanyaannya. Kalau diberi peluang, Harith tentu akan menyakitkan hatinya. Yang terkeluar dari mulutnya pasti hinaan atau cacian yang menyakitkan telinga. Terlalu lancang. Sudahnya Dannia memejamkan mata, tidak sedar bila dia terlena.
            Bunyi deheman yang kuat mengejutkan Dannia dari lena. Dengan mata yang terpisat pisat Dannia menoleh ke arah Harith. Terpinga pinga dia melihat Harith yang sedang memandu. Matanya mahu dipejamkan kembali, namun suara Harith telah membantutkan niatnya.
            “Aku nak depan family aku nanti, kau melakonkan watak yang baik. Kalau kau tak ikut kata aku, tahulah kau macam mana nak ajar kau.” Ujarnya sedikit kuat melawan bunyi bising suara DJ radio yang berkumandang.
            “Hei, kau ni dengar tak? Pekak ker?” terkejut Dannia mendengar suara jeritan Harith yang bergema di ruang kereta.
‘Keturunan tarzan ke dia ni. 24 jam asyik nak memekik aje. Aku tak pekak lagi lah.’
“Saya dengarlah”. Perlahan suara Dannia kedengaran. Malas sebenarnya mahu bertekak dengan lelaki itu. Bosan sungguh asyik mendengar lelaki itu berdendang di telinganya hampir setiap jam. Cukup sebulan pasti pekak telinganya.
            “Dah tu tak reti nak jawab cepat sikit? Kau ingat aku ni tunggul ke?” sakit hatinya apabila Dannia hanya mendiamkan diri. Terasa malas mahu melayan kerenah Harith, dia berpaling ke arah tingkap.
            Brek mengejut oleh Harith menyebabkan Dannia sedikit terhumban ke hadapan. Kecut perutnya melihat muka tegang Harith. ‘Apa lagi yang tak kena dengan mamat separuh singa ni.’ Dah bermacam macam gelaran yang diberikan oleh Dannia pada Harith. Padan muka. Dannia berpaling ke belakang, fuh nasib baik tak ada kereta kat belakang. Kalau tak mesti dah ada yang masuk wad. Suka hati dia je nak berhenti, macam bapak dia punya jalan. Opps... bapak mertua aku jugak. Haila....
            “Kau ni kan, aku tak habis cakap dengan kau lagi. Apasal kau palingkan muka kau kat luar?” sakit hatinya melihat wajah selamba Dannia.
            “Apa lagi yang awak nak cakap. Saya tengah dengar ni” acuh tak acuh sahaja melayan perangai Harith yang menyinga.
            “Kau!!” Harith menuding jari telujuknya tepat ke arah Dannia. ‘Geramnya aku kat perempuan ni. Sengaja nak menyindir aku.’
            “Kau jangan nak kurang ajar dengan aku ya. Kalau kau berani nak kurang ajar dengan aku tahulah aku macam mana nak buat. Jangan cabar aku. Dasar sundal.” Harith tidak jadi mahu berbicara, hilang segala perkataan yang mahu diucapkan dek kegeraman yang terlampau. Memang melampau, dah berani menyindirnya. Jaga kau. Harith menjatuhkan handbrek lalu memecut laju. Perjalanan mereka sepanjang perjalanan, masing-masing mendiamkan diri.



Suzanne masih ligat menari bersama teman lelakinya yang baru dua bulan dikenalinya. Musik rancak yang semakin rancak amat melekakannya. Dia sudah tidak menghiraukan perlakuan lelaki dihadapannya yang begitu rakus meraba tubuhnya. Dia sudah tidak peduli itu semua, bukannya tak biasa. Malah lebih dari itupun dia sudah alaminya. Berada di pelukan jejaka kacak dihadapannya amat mengasyikkan hati perempuannya. Begitu lain jika dirasakan kehangatannya ketika berada di dalam pelukan Harith. Jika dengan Harith, mereka hanya bermesra sekadar biasa, malah tidak pernah dibawa sehingga ke kamar beradu.
Izlan, lelaki kacak yang ditemuinya secara tak sengaja ketika dia yang tergopoh gapah mahu keluar dari kelab malam kerana panggilan Harith. Mujurlah ketika itu, dia tidak minum, baru beberapa jam disitu mahu menghangatkan badan sudah ada yang datang menganggu. Mujurlah tidak terkantoi dengan Harith. Lelaki itu amat menarik di matanya, kelihatan sungguh seksi. Dengan hanya perkenalan singkat antara mereka menghasilkan bibit bibit cinta. Kini sudah hampir sebulan lebih mereka menjalin cerita tanpa pengetahuan Harith, namun tidak pula ingin memutuskan perhubungan dengan lelaki yang menampung kemewahannya selama ini.
            Cuma Harith tidak pernah tahu akan perihalnya itu. Di hadapan Harith dia menjaga tingkah lakunya. Harith tidak pernah meragui kesuciannya. Malah dengan sewenang wenangnya dia mempergunakan Harith untuk mendapatkan kemewahan. Di belakang, Suzanne begitu ligat dengan teman lelakinya. Begitu licik dia memainkan peranan, malah teman lelakinya tidak pernah tahu akan kecurangannya dengan lelaki lain.
            Sayang jika mahu melepaskan Harith, lelaki itu bagaikan lubuk emas buatnya, begitu juga dengan Izlan, lelaki itu begitu dicintainya walaupun tidak sekaya Harith. Malah sanggup menyerahkan segalanya buat Izlan. Sudah beberapa kali dia terlanjur dengan Izlan, namun dia tidak pernah menyesal. Izlan pernah berjanji dengannya untuk bertanggungjawab, dan dia mempercayai lelaki itu.
            “Sayang, jomlah rehat dulu. I dah penat.” Suzanne menarik tangan Izlan. Terasa hangat dengan suasana yang sedikit panas, walaupun suasana begitu dingin. Tambahan lagi, dia sudah terlalu letih dari tadi terkinja kinja di tengah ruangan itu.
            “Kenapa ni?” Izlan mengucup sekilas leher Suzanne yang terdedah. Bahu gadis itu dielus elus lembut. Dipandang wajah gadis itu dengan penuh minat. Gadis yang membuat hatinya tidak tidur lena sejak kebelakangan ini. Walaupun sudah beberapa kali bersama, namun dia masih tidak jemu. Satu satunya gadis yang mampu buat dia bahagia.
            “Nothing. I just penat dari tadi.” Suzanne memeluk Izlan yang kepalanya bersandar pada bahunya.
            “No, you dah janji tak nak sentuh air ni lagi kan?” Izlan mengambil gelas yang sudah berada di genggaman Suzanne. Diletakkan jauh daripada mereka. Suzanne memasamkan mukanya. “Sayang, please..” Izlan memujuknya. Sejahat jahatnya belum pernah dia menyentuh air kencing syaitan itu. Dia megucup dahi Suzanne sebelum membawa gadis itu ke dalam pelukannya.
            “Hurm, okey.” Dia tersenyum lagi. Pujukan Izlan begitu mudah mencairkan hatinya. Berbunga bunga, terasa diri amat disayangi sepenuh hati. Ah, lelaki itu terlalu pandai mengambil dan mencuri perhatiannya.
            “Kita balik, I dah mengantuk ni.” Izlan mengajak Suzanne untuk pulang. Jelingan dan senyuman Izlan amat difahaminya. Isyarat yang dimahukan oleh lelaki itu. Suzanne tersenyum manis membalas senyuman lelaki yang disayanginya sepenuh hati. Malam itu, sekali lagi mereka hanyut disaksikan malam ditemani bulan, begitu bahagia menganyam mimpi buat sepasang kekasih yang dipenuhi noda dan dosa yang terlarang. Bunyi deringan yang berbunyi nyaring langsung tidak mengganggu pasangan itu memadu asmara.
           


Harith menghempas kasar telefon bimbitnya kasar ke atas katil. Sejak petang tadi sehinggalah malam, Suzanne tidak menjawab panggilannya. Malah sms yang dihantar langsung tiada tindak balas. Dia memicit kepalanya sedikit, pening memikirkan bagaimana mahu dipujuk Suzanne nanti. Ke manakah gadis itu? Dia tahu gadis itu marahkannya kerana pertengkaran mereka beberapa hari lepas.
            Dia memarahi Suzanne kerana mendesak ingin mengikutinya ke kampung Dannia. Kalau dibiarkan Suzanne ikut, itu tempah bala namanya. Gadis itu langsung tidak mengetahui akan kepulangannya ke kampung itu adalah majlis perkahwinannya. Dia tidak mahu Suzanne membuat kecoh di majlis itu nanti. Malah sudah diberi amaran keras oleh Dato’ Iskandar supaya jangan membuat onar di majlis perkahwinannya.
            Setelah gagal menghubungi Suzanne, dia nekad untuk pulang ke Penang dan mencari gadis yang entah ke mana menyepikan diri dan menghilang. Risau juga hatinya, kalau kalau Suzanne telah berpaling arah pada lelaki lain, dia tidak boleh kehilangan gadis itu. Suzanne begitu terkenal dikalangan kawan kawannya kerana kecantikan dan keseksian gadis itu. Kerana itulah dia mengangkat Suzanne sebagai teman wanitanya. Malah dia begitu bangga apabila berdiri di sisi gadis itu. Ramai juga mencemburuinya kerana memiliki Suzanne.

            Gadis itu jugalah yang selalu menemaninya bersosial dan ke majlis majlis penting di syarikatnya. Terasa begitu bangga apabila diberi perhatian oleh orang ramai..malah selalu sahaja dia menjadi perhatian usahawan yang ingin menjalinkan hubungan bisnes di syarikatnya.



No comments:

Post a Comment