Tuesday, January 10, 2012

BAB 2 [KASIHKU YANG SATU]

Bab 2


Pintu biliknya dikuak perlahan. Gelap, hatinya tertanya-tanya di mana suaminya berada. Tangannya meraba-raba dinding mencari suis lampu. Setelah tangannya mencapai kotak suis, lalu ditekannya. Serentak itu, lampu biliknya menyala, bilik yang gelap kini bertukar mejadi cerah dan terang benderang. Matanya meliar mencari kelibat suami yang menikahinya petang tadi.
Dannia terpandangkan satu susuk tubuh yang lena di atas katil peraduannya apabila matanya menangkap sekujur tubuh yang enak berbaring. Harith! Nyenyak sungguh tidurnya. Langsung tidak terkutik dan terganggu sedikit pun dengan silauan lampu bilik yang menerangi ruang biliknya. Langkah kakinya menuju ke arah pintu jendela. Maghrib begini banyak nyamuk, desis hatinya lalu ditutup jendela ternganga luas tersebut. Pergerakan Dannia di dalam bilik langsung itu tidak disedari oleh Harith yang enak beradu. Sesekali lelaki itu mengawangkan tangan, mungkin menghalau nyamuk yang mengigit tubuhnya.
Dannia segera berlalu ke bilik air untuk membersihkan diri. Tubuhnya terasa melekit dengan peluh dan bajunya yang basah dengan simbahan air sabun membuatkan dirinya terasa tidak selesa dan busuk. Dannia segera mencapai tuala yang baru dibeli oleh ibunya dan mengambil baju tidur yang biasa dipakai ketika di kampung di dalam almari sebelum menuju ke bilik air.
Selesai mandi, Dannia segera mengenakan sehelai t-shirt dan berkain batik. Rambutnya yang basah dilapkan dengan tuala di tangannya. Dikirai rambutnya supaya kering sebelum melangkah ke peraduannya. Dengan teragak agak dia menghampiri Harith, terasa ketar lututnya apabila dia berdiri dekat dengan lelaki itu. Maklum sahaja dia kini berkongsi bilik dengan seorang lelaki yang bergelar suami.
            “Abang..” Dannia cuba mengejutkan Harith yang lena. Dengan suara yang terketar ketar, dia memanggil nama Harith. Hujung kaki lelaki itu disentuh dan dikuisnya perlahan dengan hujung jari. Kata ibu, jika mahu kejutkan seseorang eloklah jika menyentuh hujung kakinya sahaja. Berkali kali dia mencuba, hampir lima minit dia menunggu, lelaki itu langsung tidak memberi sebarang reaksi. Betulkah petua yang diberitahu oleh ibu? Atau dia yang tersalah skill? Kalau benar kenapa pula petua ini langsung tidak memberi sebarang kesan daripada Harith. Lelaki itu langsung tidak berkutik dari tidurnya. Malah bertambah nyenyak adalah.
            “Abang, bangunlah dah maghrib ni.” Dannia bergerak ke sebelah katil pula dan kali ini dia cuba berdiri di sebelah katil di sisi Harith yang berbaring. Tangan kecilnya menunjal perlahan bahu Harith. Namun masih lagi tiada tindak balas. Malah Harith mengiringkan pula badannya membelakangkan Dannia. Ditariknya selimut menutupi bahagian dadanya.
Dannia mengetap bibirnya. Ish susahnya nak kejutkan manusia ni. Ini dah lebih..siap tarik selimut..
            “Abang.” Dannia meninggikan sedikit tone suaranya. Sedikit keras dan agak kuat. Tercabar juga mahu mengejutkan manusia di hadapannya saat ini.
Kang aku simbah air, mengamuk pulak. Nasib baik suami aku, kalau orang lain, mahu disimbahnya dengan sebaldi air.’ Dalam kesabaran mulutnya membebel geram.
            “Urmm... jangan kacaulah aku nak tidur.” Suara Harith kasar dan sedikit keras menerjah ke gegendang telinganya. Matanya masih tertutup. Lelaki itu merengus apabila tidurnya diganggu.
‘Mak ai... Liatnya nak bangun, macam ni ke anak orang kaya. Susah nak bangkit. Ish..ish..’ sempat lagi Dannia mengutuk suaminya dalam hati.
Astaghfirullahalazim.... Dannia tak baik mengutuk suami sendiri. Kemudian dia tersedar akan keterlanjurannya, cepat cepat dia beristighfar di hati.
Haish.. terkutuk pulak.
            “Bangun la, dah maghrib ni.” Dannia masih tidak berputus asa. Masih lagi tidak berputus asa mengejutkan Harith dari tidur. Dia seakan bertanggungjawab untuk mengejutkan Harith untuk mengerjakan kewajipan sebagai umat Islam pada yang Maha Esa. Sudah tugasnya sebagai isteri, saling tegur menegur bila ada kesalahan dan kesilapan.
            “Eh, kau ni kan, suka hati aku la nak buat apa. Jangan nak menyibuk la.” Mata Harith yang tertutup rapat pantas dibuka. Geram bila tidur lenanya diganggu. Kacau betul!!  Terkejut Dannia dengan kata sopan yang keluar dari mulut Harith. Disabarkan hatinya.
Mulutnya terus terkunci rapat, dadanya diurut perlahan dek kerana jeritan Harith yang agak kuat, namun masih terkawal itu. Nasib baik biliknya agak jauh dari bilik yang lain.
            “Bangunlah sembahyang dulu. Kita sembahyang jemaah ya, kalau nak mandi dulu pun pergilah. Lepas ni kita turun makan.” Tanpa menghiraukan cemuhan Harith, Dannia kembali bersuara, digagahkan hatinya supaya tidak terasa dengan kata kasar suaminya. Dia masih lagi memujuk lembut. Cuba mengambil hati sang suami.
            “Hei betina, kau jangan nak buat baik lah dengan aku. Aku tak akan anggap dan takkan terima kau sebagai isteri aku. Kau tak layak dengan aku. Lagi satu jangan kau nak berabang abang dengan aku. Tak ingin. Kau tu bukannya adik aku nak panggil aku macam tu. Lagi  satu, kau tu cuma isteri atas kertas jer. So jangan nak berangan dan perasan ya. So, mark my word.” Harith mencerlung garang ke arah Dannia yang hanya diam membisu. Mungkin takutkan dirinya atau mungkin terkejut dengan jerkahanya. Wajah Dannia terus ditundukkan memandang ke bawah, hatinya terguris dengan kata kata Harith.
Tanpa rasa bersalah, Harith terus bangun dan segera berlalu menuju ke bilik air, semasa melintasi gadis itu sengaja dia merempuh kasar bahu Dannia sehingga terdorong dan hampir jatuh terjelepok. Nasib baik tangannya sempat berpaut pada birai katil.
‘Hai budak ni aku cepuk jugak karang. Aku buat baik, dia main rempuh rempuh pulak. Ingat aku ni apa! Pokok ke? Sabar, Rileks Dannia. Ingat Dannia, dia tu suami kau, jangan melawan...’ desisnya memperingati diri.
“Hah lagi satu, kau tak payah nak tunggu aku nak mengimamkan kau. Kau sembahyang sendiri.” Tukasnya lagi sebelum memasuki bilik air dengan senyuman yang amat sinis. Berdentum pintu bilik air dihempas kuat. Dannia menggelengkan kepala mengenangkan sikap Harith. Baru sehari menjadi isterinya, sudah bermacam macam sindiran dan makian yang diterima. Dannia mengeluh lagi. Entah boleh ataupun tidak dia bertahan rumah tangganya yang sedikit pun tidak teguh.
Dulu dirinya pantang mengeluh, namun sejak berita pertunangannya dengan Harith, dirinya selalu sahaja mengeluh. ‘Sabarlah wahai hati’. Sebaik baik wanita adalah taat dan patuh kepada perintah suaminya. Dannia berkata kata. Seboleh bolehnya, dia ingin menjadi isteri yang solehah buat sang suami. Dia tidak mahu menunjukkan sifat kasar dan suka melawan yang sudah sebati dengannya. Biarlah dia beralah dengan lelaki itu. Lelaki itu suaminya sendiri.
            Selepas menunaikan solat, kelibat Harith belum kelihatan, masih belum keluar dari bilik air. Dia menunggu Harith dengan sabar. Hajatnya mahu sahaja dia turun makan tanpa menunggu Harith. Bimbang abah dan ibunya banyak soal, terpaksalah dia menunggu Harith untuk makan sekali. Sementara dia menunggu, sempat dia mengemas pakaian Harith dan diletakkan di atas katil untuk persalinan lelaki itu nanti.
Sebaik sahaja pakaian yang dipilih terletak elok di atas katil, pintu bilik air di kuak dari dalam, Harith dengan lagak selamba menuju ke almari dan berpatah kembali apabila melihat pakaiannya yang sudah tersedia di atas katil. Dia merampas dengan kasar pakaiannya. Wajahnya masih seperti tadi, langsung tiada senyuman yang terukir.
Dannia sempat mengerling sekilas melihat Harith, wajah lelaki itu kelihatan lebih segar dan bertambah menarik di matanya. Air di rambut lelaki itu masih menitik ke lantai. Bertambah kacak lelaki itu walaupun dengan gaya  selamba. Ish, apa yang kau merepak ni?
Tersedar akan sesuatu, Dannia segera menundukkan wajahnya, malu melihat Harith yang hanya melilitkan tuala di pinggang. Harith menjeling Dannia yang membahang menahan malu berada di birai katil sambil tersenyum sinis.
‘Cis buat baik konon, kekampungan betul. Ni baru dengan tuala, kalau pakai swimming trunk apa pulak reaksi perempaun ni. Memang dasar kampung, kampung jugaklah.’ Kutuknya lagi masih belum berpuas hati. Sengaja dia melambat lambatkan diri untuk memakai baju.  Biar terseksa menahan malu. ‘Padan muka’. Dia tahu gadis itu itu menahan malu dengan keadaan dirinya. Kalau perempuan bandar, mahu tertoleh dua tiga kali melihat dirinya. Dasar buta, kutuknya dengan senyuman sinis. Aduh, perasan betul si Harith ni.
            “Hoi” tersentak Dannia. Badannya terangkat apabila disergah begitu. Langung tidak sedar bahawa Harith sudah berada di muka pintu. Muka Harith yang tegang dipandang dengan sedikit gugup, terlalu lama dia menundukkan kepala, sehingga sakit pangkal lehernya yang putih melepak. Mana taknya, dek kerana malu dengan badan separuh berpakaian Harith, langsung dia tunduk, tidak menghiraukan gerak geri Harith di bilik itu.
“Er, awak tak nak solat dulu?” soalnya. Rasanya Harith langsung tidak menyentuh sejadah yang sengaja dibentang menghadap kiblat. Dia bertambah yakin Harith langsung tidak menyentuh apabila kain pelikat yang diletakkan di atas sejadah tersebut bersama songkak langsung tidak berkalih dari kedudukan asalnya.
 Tanpa menunggu dan menjawab pertanyaan Dannia, Harith melangkah menuju ke pintu dan keluar dengan selamba. Dannia juga turut berbuat sama. Mengekori Harith dari belakang. Setibanya di dapur, Harith melambatkan langkah untuk berjalan seiringan untuk mengelakkan curiga mentuanya. Di hadapan keluarga mertua haruslah dia berlakon, cuba memainkan watak walaupun dia sebenarnya benci dengan situasi ini. Bimbang juga jika mertuanya akan mengadu pada papanya, pasti semua rancangannya nanti gagal untuk mewarisi harta. Melepaslah dia. Sia sia sahaja dia berkahwin dengan gadis ini.
            “Jangan lupa panggil aku abang depan diorang dan lagi satu, tak payah masuk campur dalam urusan peribadi aku. Mind your own business. Kita mati dengan kubur lain-lain.” Pesannya lagi. Wajah Dannia langsung tidak dipandang. Sampai sahaja di ruangan dapur, mukanya segera dimaniskan. Kelibat ibu mertuanya dipandang. Puan Diana segera tersenyum melihat Dannia dan Harith berjalan beriringan. Jarak antara mereka sengaja dirapatkan.
            “Duduklah Harith. Jangan malu malu. Kita dah jadi satu keluarga kan.” Abah menggamit Harith untuk duduk. Dia mengambil tempat yang berhadapan Syahmin, Dannia pula duduk disebelahnya berhadapan dengan abangnya yang tengah. Dilihatnya Harith begitu canggung berada di keluarganya yang sederhana. Syahmir hanya memandang sekilas Harith di sebelah Dannia. Dihadiahi adik iparnya itu senyuman yang cukup sinis, Harith perasan akan senyuman itu. Wajahnya diselambakan. Namun dalam hati, dia bersumpah seranah kepada dua lelaki yang bergelar abang iparnya walaupun umur Syahmin yang sebaya dan umur Syahmir yang muda beberapa tahun darinya menyebabkan dia menjadi sedikit gugup. Tambahan lagi dengan jelingan tajam dan renungan Syahmin yang berada di depan. Shit! Sial!
            “Jemput makan Harith. Maaflah hanya lauk biasa yang ibu sempat hidang. Mesti berbeza benar dengan masakan di rumah Rith kan?” soal Puan Diana, sambil menghulurkan pinggan yang berisi nasi kepada menantunya yang bongsu. Kemudian mengarah Dannia supaya melayan suaminya makan. Dengan wajah yang kelat dan separuh rela, dia menyendukkan lauk pauk ke dalam pinggan Harith.
            “Tak adalah ibu, lauk kat sana biasa je” ujarnya sambil melihat sekilas semua lauk. yang terhidang di hadapan meja mereka berenam. ‘Cis, apa kelas makan macam ni. Macam apa je’. Kalau dekat rumah lagi best agaknya dari masakan orang tua ni’ kutuknya di dalam hati. Berbeza benar dengan kenyataan yang keluar dari mulutnya. Setelah itu, Syahmin segera menadah doa sebelum mereka sekeluarga makan malam dengan penuh berselera. Dengan penuh tertib Harith menunjukkan bakat lakonannya sepanjang berada di meja makan.
            Selesai makan malam, Dannia menyibukkan diri di dapur, menyediakan minuman untuk di bawa ke ruang tamu. Harith pula menyertai abah di ruang tamu ditemani Syahmin. Angahnya lesap entah ke mana. Selesai urusannya di dapur, Dannia segera masuk ke biliknya. Dirasakan badannya amat letih dan terlalu penat memandangkan seharian suntuk  dia langsung tidak sempat berehat. Ingin meletakkan badannya di atas tilam yang empuk sebelum katilnya dirampas. Tanpa banyak fikir, segera direbahkan badannya di atas katil yang berhias indah. Terkebil kebil matanya memandang syiling, berfikir akan masa depannya. Bagaimana akan kehidupan yang bakal mendatang?
Bagaimanakah cara kehidupannya selepas ini? Adakah Harith akan membiarkan dia meneruskan pelajarannya nanti? Begitu banyak persoalan yang bermain di minda. Mertua serta ibu dan abah sudah memberi kata putus untuk membiarkan dia terus belajar. Yalah umurnya baru 20 tahun. Umurnya setahun jagung dan cukup muda untuk menjadi seorang isteri sepenuh masa. Kawan kawan seusia dengannya keluar bergembira dan menghayati dunia luar setelah bergelar pelajar Universiti. Dia pula terikat dengan ikatan perkahwinan.  Terasa iri hati juga pada rakan sebayanya yang bebas diluar sana. Alangkah seronoknya menjadi mereka di luar sana. Boleh bersuka ria bersama sama dan menghabiskan masa remaja dengan melancong bersama dan juga lepak bersama. Bebas berkawan dengan sesiapa sahaja. Ah, banyaknya aktiviti yang boleh dilakukan jika dia tidak terikat dengan hubungan ini. Betapa gembira hidupnya jika dia tidak perlu melalui semua ini.
Baru beberapa bulan menjadi pelajar universiti semester ketiga terakhir, dia di suruh pulang untuk ditunangkan. Terkejutnya bukan kepalang apabila diberitahu dia bakal berkahwin dalam masa sebulan. Belbagai alasan diberikan untuk memutuskan pertunangan ini, pujukan demi pujukan yang diasak ibu dan abahnya. Mana mungkin untuk Dannia menolak apabila ibu terlalu mengharapkannya. Ibu terlalu ingin berbesan dengan rakan baiknya yang terpisah. Ingin dirapatkan hubungan mereka supaya menjadi keluarga, Dannia dijodohkan dengan anak lelaki tunggal mereka. Perit untuk dihadapi semua ini. Lelaki yang ditunangkan dengannya pula tidak habis habis mengasak supaya pertunangan ini diputuskan. Dirinya tersepit di tengah tengah.
Masih teringat akan perbualan dengan tunangnya yang meminta dia memutuskan tali pertunangan mereka. Masih terngiang ngiang nada tidak puas hati lelaki itu.
“Aku nak kau putuskan pertunangan mengarut ni.” Tanpa salam dan pengenalan diri suara di hujung sana menjerit. Pekak telinganya mendengar jerkahan Harith ketika itu. Hampir sahaja terlepas telefon bimbitnya yang mahal. Kalau tak rugi duitnya mahu membeli telefon yang baru. Bukannya harga puluhan ringgit. Mahu beratus melayang.
“Siapa ni?” Dia sedikit panas mendengar jerkahan lelaki itu, namun disabarkan hatinya untuk bertanya dahulu gerangan si pemanggil. Takkan orang gila kot... kalau diikutkan hatinya yang sudah panas, pasti lelaki itu di semburnya sehabis habisan. Baru kau tahu siapa Kaseh Nur Dannia Danisha. Oleh kerana negara kita mengamalkan budi bahasa budaya kita terpaksalah dia mempraktikkannya. Dalam sebal dia bertanyakan gerangan dihujung sana.
“Harith here. Tunang tersayang kau.” Hampir sahaja terlepas telefon bimbit yang dipegangnya. Bagaimana dia tahu number aku. Ah, ni mesti ibu yang bagi. Ngomelnya di dalam hati. Mulutnya mencebik meluat.
“Oh...”mulutnya membulat huruf O, hanya itu yang terkeluar dari mulutnya. Tersayang la sangat, mulutnya sengaja dibuat mahu muntah.. Tersayang kepala kau....Malam sikit aku nak buat kau jadi kesayangan aku.. apa kau ingat aku sayang kau?? Baik sayang kucing kat rumah aku..
“Kau dengar tak apa yang aku cakapkan ni? Let me repeat it once again. Kau putuskan pertunangan ni. This is nonsense.” Kasar sahaja suara itu. Langsung tiada mesranya. Deru nafas lelaki itu turun naik menahan rasa.
“Kenapa saya? Awak lah yang putuskan. Saya ok je. Malah dengan berbesar hati kalau keluarga awak datang dengan penuh beradab memutuskan pertunangan kita.” Selamba Dannia berkata. ‘Dia ingat aku ni nak sangat bertunang dengan dia agaknya’. Empunya di hujung sana sudah mendengus marah. Sakit hati bercampur geram dengan keselambaan gadis di hujung talian, seolah mempermainkannya.
“Aku nak kau yang buat semua ini. Aku tak nak ibu bapa aku yang syak semua ni berpunca daripada aku. Just do it.” Arahnya.
No way. Kalau awak yang nak putuskan. Awak sendiri yang bagitahu parent awak. Saya pun tak nak lukakan perasaan parent saya. Lagipun saya pun tak suka pertunangan ni. Saya harap awak datang ye putuskan pertunangan ni. A.S.AP. Secepat yang mungkin. Ok ya. Bye. Assalamualaikum.” Pantas tangannya menekan butang merah. Baru puas hatinya, apa dia ingat boleh buli aku sesuka hati jer? No way. Kau bukan lagi suami aku, so tak ada hak la nak menyuruh aku buat sesuatu yang akan mengguris perasaan keluarga aku. Hilang moodnya untuk belajar malam itu. Gara gara lelaki itu, dia tidak lena tidur memikirkan pertunangannya yang bakal berlangsung beberapa hari lagi.
Pintu bilik dikuak tiba tiba. Terus lamunan Dannia pecah berkecai, kemudian terjengul muka Harith yang masam mencuka apabila lelaki itu melangkah masuk.
‘Hish dia ni, asyik masam je muka bila tengok aku..agaknya, time mak dia mengandungkan dia, suka makan asam kot, sebab tu muka macam tu’.. Lamunannya tentang pertengkaran kecil bersama Harith terus hilang. Lantas Dannia bangun dari pembaringan, dibetul betulkan bajunya, kekok rasanya mempunyai teman yang berlainan jantina berada di dalam satu bilik. Dia duduk dibirai katil, bantal peluk, awal awal lagi diletakkan di tengah tengah, membuat garisan sempadan. Malah ditambah lagi bilangan bantal di tengah itu. Takut benar dirinya jika lelaki di hadapannya ini berbuat apa apa. Resah hatinya apabila mengenangkan malam ini merupakan malam pertama. Adess, dulu bukan main lagi apabila rakan rakannya yang lain sibuk menceritakan malam pertama. Langsung tidak diambil kisah. Katanya lambat lagi mahu merempuh alam itu. Malam ini bukan main menyesal lagi mengenangkan sikap sombongnya itu. Dannia berharapan dan berdoa supaya Harith tidak menuntut apa apa darinya.
Dannia tersenyum apabila pandangannya bertembung dengan Harith walaupun dirasakan senyumannya tawar. Dadanya berkocak hebat. Namun senyuman itu hanya dibiarkan sepi tanpa dibalas suaminya. Harith mendekati katil, lalu mengambil bantal dan selimut dan dicampakkan ke bawah. Dannia mengerutkan mukanya. Pelik melihat Harith yang bercekak pinggang di hadapannya. Nak bergusti pulak ke dia ni? Lain macam je aku tengok. Saya tak ada asas bergustilah awak..
“Kau tidur kat bawah, biar aku yang tidur kat atas ni... Apalagi turun lah. Tak ingin aku tidur sekatil dengan kau. Kau perempuan kotor.” Lancang mulutnya mengutuk Dannia, tidak sedikit pun menghiraukan perasaan Dannia waktu itu. Asalkan hatinya puas mengenakan dan menyakitkan hati Dannia.
Dannia beristighfar di dalam hati. Mengucap panjang dengan kelancangan mulut lelaki itu. Namun dia hanya diam. Dia menghormati lelaki itu sebagai suaminya. Mana mungkin dia melawan, ajaran agama harus di patuhi walau sejahat mana, sejahil mana suami kita..asalkan tidak melanggari suruhan agama. Dannia langsung tak bergerak dari tempatnya. Walau selancang mana mulut lelaki mengutuknya, Dannia masih tenang disitu. Tetapi hatinya mencebik geram dan menahan rasa.
‘Amboi mulut dia, hei geram betul aku dengan lelaki ni lah. Sesuka hati, sesedap rasa dia mengata kat aku.’ Dalam hati dia mengutuk. Dannia bersabar lagi, perangainya yang sebenar cuba dilindungi. Berdepan dengan suami lain, sedaya upaya dimaniskan mukanya yang kian cemberut menahan marah dan sakit hati. Rasa sendu dihati cuba dikikis.
Harith pula sedikit bingung, betulkah dia bercakap dengan orang yang sama melalui telefon beberapa minggu yang lepas sebelum mereka diijabkabulkan? Gadis di talian suaranya sedikit tegas, berbeza dengan gadis yang dilihat dihadapannya kini. Lebih suka diam membisu daripada membalas kata katanya.
Namun setenang mana wajah yang disembunyikan oleh gadis itu, dia perasan dan masih boleh melihat dengan jelas mata gadis itu sedikit sayu dan berkaca kaca. Wajah keruh Dannia dipandang sekilas sebelum dibutakan matanya dari memandang ‘lakonan’ Dannia. ‘Baru tahu aku siapa, jangan harap aku nak kesiankan kau, perempuan murah. Kau ingat bila menangis aku akan kesiankan kau ke? Silap oranglah.’
“Aku nak tanya kau satu soalan, kenapa kau tak putuskan pertunangan ni. Kau tahu aku tak cintakan kau, malah aku takkan sesekali jatuhkan maruah aku untuk cinta dan sayangkan kau. Kenapa kau tak tolak?” Harith mencengkam kuat bahu Dannia, membuatkan gadis itu bangun. Berkerut mukanya menahan sakit. Kebisuan Dannia membuatkan hatinya semakin geram.
“Kau nakkan harta keluarga aku ya! kau ingat bila kau kahwin dengan aku, kau akan turut senang? Jangan haraplah perempuan, aku akan sedaya upaya akan singkirkan kau dari keluarga aku. Kau takkan dapat satu sen pun. Dasar perempuan murah, bermata duitan. Betina macam kau ni memang tak layak untuk lelaki hebat macam aku”. Harith berlagak angkuh. Hanya ego yang tinggi melangit menguasai dirinya kini.
“Abang, jangan buat macam ni, sakit.” Dannia menahan tangis, tidak disangka malam pertamanya dihadiahi kata kata keji sang suami. Dannia sedaya upaya melepaskan cengkaman itu. Namun makin erat dirasakan, terasa beku darahnya dibahagian bahu. Ingin ditepis tetapi tidak berdaya kerana tangan kasar Harith yang kuat mencengkam bahunya membataskan pergerakannya.
“Hei betina, kan ke aku dah cakap kau tak layak panggil aku guna panggilan macam tu. Kau tak faham bahasa ke perempuan jalang.” Herdik Harith, matanya sedikit merah menahan kemarahan yang meluap luap. Terasa mahu ditampar muka itu.
“Kau dan keluarga kau sama je kan, bermata duitan. Sanggup jual anak gadis untuk mendapatkan harta. Orang miskin macam korang ni memang tak ada maruah diri. Sanggup memperhambakan diri untuk duit semata mata.” Sambungnya lagi dengan nada tidak puas hati. Panas sungguh hatinya melihat gadis itu hanya diam menunduk, menyepikan diri. Soalannya langsung tidak di jawab.
Dihumban Dannia ke lantai sekuat hatinya, nasib baik rumah mertuanya diperbuat daripada batu kalau tak pasti bising rumah. Berkerut muka Dannia menahan sakit di saat punggungnya terhentak kuat di atas batu marmar.
“Awak, jangan kata macam tu pada keluarga saya. Mereka hanya nak rapatkan persaudaraan, lagipun mama awak yang beria ria nak kita bertunang dan berkahwin.” Dannia sudah teresak menahan tangis dan sakit. Terasa retak punggungnya dek tolakan kuat Harith. Ya Allah, sakitnya.
“Jadi kau nak salahkan mama aku?” Harith makin menyinga. Kemarahannya yang disimpan kepada papa dan mamanya selama ini dihamburkan pada Dannia. Tak cukup dengan itu, ditunjal tunjal kepala Dannia dengan tangannya. Langsung tiada perasaan bersalah dan simpati memperlakukan Dannia seperti itu. Asalkan hatinya puas.
“Hei, kau dengar sini. Perkahwinan ni takkan kekal lama, tiba masanya aku akan lepaskan kau, bila dan masanya aku akan tentukan. Sebelum puas aku buat hidup kau merana, aku takkan lepaskan kau. Biar padan muka kau. Baru kau tahu macam mana rasanya jadi isteri yang tak diiktiraf oleh aku.” Harith tersenyum sinis serentak itu ketawa sinis.
“Awak jangan buat saya macam ni. Tolong, kalau benar awak tak sukakan saya lepaskan dengan cara baik.” Dannia menangis hiba. Kakinya Harith dipegang erat. Harith ketawa mendengar tangisan Dannia. Kakinya direntap kuat dari pegangan tangan Dannia.
Pedih hatinya bagai disiat dengan kejam apabila di perlakukan begitu apalagi Harith yang tidak mengakuinya sebagai isteri.
“Ada aku kisah. Tu lah padahnya, kau  nak sangat jadi isteri aku kan. Sekarang jangan kau nak menyesal pulak. Aku akan buat apa sahaja untuk buat kau merana.” Harith ketawa kuat lalu tubuhnya direbahkan di atas tilam. Dibiarkan Dannia teresak di tepi katilnya.

‘Ya Allah tabahkanlah hatiku untuk menempuhi perjalanan hidup ini. Kau ampunkan segala perbuatan suamiku. Kau bukakanlah pintu hatinya untukku.” Dengan linangan air mata, Dannia mengambil comforter lalu dibentangkan di atas lantai berhampiran katil sebelum dirinya direbahkan. Terhenjut henjut dia menahan tangis, ditekup kejap mulutnya dengan telapak tangan supaya tidak mengganggu tidur Harith. Sesiapa yang mendengar pasti turut merasa hiba. Entah pukul berapa Dannia terlena dengan linangan air mata di pipi... entah pukul berapa dia terlelap. Malam pertama merangkak pergi dengan sejuta kedukaan buat Dannia. Malam pertama yang sepatutnya di hiasi dengan bisikan cinta dan kehangatan kasih sayang tidak akan dikecapi olehnya...



No comments:

Post a Comment