Sunday, January 15, 2012

BAB 3 [KASIHKU YANG SATU]

Bab 3

Bunyi jam loceng yang di kunci di telefon bimbit mengejutkan Dannia dari tidur. Dirinya terpisat pisat menahan kantuk. Badannya mengeliat kecil cuba meregangkan badan. Lenguh seluruh anggota badan dan uratnya tidur dalam keadaan berlapikkan comforter. Tambahan lagi dengan kesakitan semalam yang masih lagi terasa. Kelopak matanya perlahan lahan cuba dibuka, matanya sedikit berpinar dengan cahaya lampu yang menerobos masuk sehingga ke biliknya. Tangannya mencapai telefon yang semakin membingitkan telinganya. Pukul 5.30 pagi. Lantas dia bangun untuk membersihkan diri dan bersolat subuh. Sempat tangannya mencapai tuala sebelum berlalu ke bilik air.
Opps..dia kembali semula ke almarinya apabila terlupa akan baju persalinannya. Terlupa sebentar akan dirinya sudah berkongsi bilik. Selesai mandi, dia bersolat Subuh. Mahu menghadap penciptaNYA memohon keredhaan hidup. Kemudian dia membelek sekilas mukanya di cermin, bimbang jika tangisan sepanjang malam akan memberikan kesan pada wajahnya. Mujurlah tiada tanda membengkak pada matanya, jika tidak pasti jenuh mahu di terangkan jika ibu dan ahli keluarganya yang lain jika mereka bertanya.
Dannia sempat membentangkan sejadah untuk suaminya sebelum keluar dari bilik. Harapnya Harith akan bangun dan bersolat. Pagi tadi baru Dannia teringat, dia tidak pernah nampak Harith bersolat sepanjang berada di rumahnya. Begitu liat lelaki itu mahu berdiri di atas tikar sejadah. Begitukah kehidupan Harith selama ini? Lupakah dia pada penciptanya? Agaknya begitulah semua keluarga mentuanya. Bolehkah dia bertahan selama menjadi isteri Harith. Mengingatkan itu semua, Dannia beristighfar panjang.
Usai bersiap, Dannia menuju ke dapur. Hajatnya mahu menolong ibu menyediakan sarapan. Kesian pada Puan Diana yang bangun seawal pagi dan bertungkus lumus menyediakan sarapan untuk mereka semua. Tepat jam 6.45pagi, Dannia turun ke dapur mahu menjenguk Puan Diana.
            “Ehem, awal bangun pengantin kita”  Entah dari mana abang sulungnya muncul. Tiba-tiba sahaja bersuara menegurnya. Syahmin menarik kerusi, lalu duduk melepaskan lelahnya. Peluhnya yang merenik di dahi diseka dengan tuala yang disangkut pada bahunya. Matanya melilau sekeliling, entah apa yang dicari oleh alongnya itu. Kemudian mata itu singgah kembali ke wajahnya yang sedang ralit menghidangkan makanan di atas meja.
Kemudian Syahmin bangun berdiri di dinding yang memisahkan dapur dan ruang makan. Mahu masuk ke biliknya. Sebelum menghilangkan diri ke bilik, dilihat alongnya tersengih sengih bagaikan kerang busuk. Adalah tu mahu diusiknya, aura tanduk sudah tumbuh di atas kepala. Ibu pula tersenyum senyum. Telatah anak sulungnya dibiarkan sepi. Puan Diana meneruskan kerjanya menyiapkan Nasi Lemak untuk mereka bersarapan nanti. Malas mahu masuk campur. Jam sudah menujukkan pukul 7 pagi. Sekejap lagi pasti suaminya turun ke dapur untuk minum.
            “Yang tersenyum macam kerang busuk tu kenapa? Menang loteri ke semalam?” Pertanyaan dari Dannia yang berbaur sindiran. Dannia menjeling geram. Tahu sangat perangai Syahmin yang kuat mengusik. Entah mimpi apa alongnya semalam, awal benar bangunnya pagi ni. Biasa kalau cuti pukul lapan jangan harap mukanya tersembul dekat dapur. Saja lah tu....tapi pagi ni memang pelik, rajin benar alongnya berjogging. Sejak bila entah alongnya mempunyai hobi baru, kalau dulu bukan main liatnya. Nak dipaksa barulah nak bersenam segala. Pelik bin ajaib...
            “Haram tau main benda tu. Hai, takkan nak senyum pun tak boleh, senyumkan satu sedekah. Pagi pagi yang indah ni eloklah kita tersenyum, sambil tu buat senaman mulut sekali. Barulah awet muda. Orang tu pulak garang ya sejak berpunya ni.”
Hah kan aku dah kata, tak lain tak bukan, perli akulah tu. Pantang  ada peluang, laju saja idea nak kenakan orang. Menyampah...Dannia mencebik. Dipandang Syahmin sekilas dengan ekor matanya.
            “Bukan tak boleh. Tapi senyuman along tu menyakitkan hati tahu tak?” Tukasnya geram. Matanya menjeling tajam menikam anak mata milik Syahmin. Sengaja menjengilkan matanya menjadi bertambah bulat.
“Amboi, tajamnya jelingan tu. Sakit jantung along ni. Rasa macam nak tercabut.” Puan Diana tergelak kecil mendengar celoteh Syahmin. Anak terunanya macam macam, ada sahaja celoteh keluar dari mulutnya.
            “Ibu, tengok along ni, suka sangat kacau adik.” Panjang muncung Dannia. Geram betul dengan Syahmin. Mulutnya bertambah muncung apabila melihat ibunya hanya tersenyum. Faham benar keretah anak terunanya yang sulung. Tak boleh duduk diam, pasti ada benda yang hendak dibuatnya. Kadang kadang jika bukan Dannia, pasti dirinya yang disakat. Abahnya hanya sekali sekala terkena, takut barangkali dengan ketegasan Encik Zamani. Tapi kalau kena dengan anginnya, rajin pula suaminya membalas usikan Syahmin.
            “Angah mana bu?” Dannia tercari cari wajah Syahmir apabila angahnya tidak berada di dapur. Biasanya Syahmir lah yang tertenggek di ruang dapur menolong ibu. Walaupun lelaki, Syahmir tidak kekok berada di dapur, malah angahnya lebih pandai memasak berbanding Dannia dan Syahmin. Syahmir memang terror, entah dari mana angahnya belajar.
            “Entah, tadi ibu dah kejutkan si angah tu. Dia tidur balik agaknya.” Ujar Puan Diana menjawab pertanyaan anak gadisnya. Tanpa membuang masa, Dannia menuju ke bilik angahnya, sempat dia menunjal kuat bahu alongnya yang dari tadi duk tersenyum. Lelaki itu tergelak kecil. Ada ada sahaja perangai Dannia yang lucu.
Laju kakinya menapak ke bilik Syahmir. Diketuk perlahan pintu bilik lelaki itu yang bertanda namanya. Setelah diketuk berkali kali dan tiada sahutan, Dannia segera memulas tombol pintu. Terbuntang matanya melihat Syahmir yang berselimut enak bergumpal di atas katil.
‘Amboi sedapnya dia terbongkang tidur, langsung tak berkutik’. Lenguh tangannya mengetuk pintu. Nak tercabut tangannya mengetuk pintu bilik. Syahmir tidur begitu pulas.
‘Ni dah solat ke belum budak ni?’ Dah hampir pukul lapan. Sejak bila dia ni suka tidur balik lepas subuh ni. Buruknya perangai..’ Bisiknya perlahan.
            “Angah, bangun lah.” Dannia menggoncangkan badan Syahmir. Ditarik selimut lelaki itu, semakin ditarik, semakin kuat pula Syahmir menariknya kembali menutupi badannya. Eh, liatnya nak bangun. Kenapa dengan angah ni? Kena sampuk ke apa hari ni? Liat bebenor nih.
“Angah!!!” Dannia menjerit kuat di telinga Syahmir. Sengaja dia menjerit kuat ditelinga abangnya supaya Syahmir bangun. Dek kerana terkejut, Syahmir terlompat lalu terjun dari katilnya dan terjatuh menghempap badan Dannia.
 Adoi, sakitnya badan aku. Beratnya angah ni. Macam anak gajah...
            “Adoi, bangun cepat. Sakit lah.” Dannia menolak kuat badan Syahmir yang elok landing diatasnya. Langsung tak bergerak. Tidur balik ke dia ni...
            “Apa adik ni. Sakit telinga angah.” Tangannya menenyeh sedikit mata, sisa mengantuk masih terasa. Itulah tidur lewat lagi... bersembang tak ingat dunia. Syahmir pantas berdiri apabila melihat badannya menghempap tubuh kecil Dannia. Terpenyek pulak budak ni nanti. Telinganya digosok beberapa kali. ‘Gila kuat suara, cair tahi telinga aku. Guna mike ke apa?’
“Aduh sakitla angah. Beratnya badan angah, keturunan apa ni?” rungutnya beserta keluhan menahan sakit.
‘Berat nak mampus.’
 Tangan Dannia dicapai untuk membantu adiknya apabila gadis itu terkial kial mahu berdiri. Dannia menggosok sedikit kepalanya yang terhantuk. Biol kepala aku..kuat kot terhantuk, mahu sebulan hilang ingatan.
            “Mana ada berat, adik tu yang ringan sangat kot.” Syahmir duduk di birai katil sebelum berbaring semula ingin menyambung kembali tidurnya. Ditarik comforternya sehingga menutupi separas dada, lantas matanya kembali terpejam, mana taknya balik rumah pukul 3 pagi. Nasib baik abahnya tak sedar, kalau tak memang kenalah dia nanti. Langsung tak sedar asyik duk bersembang punya pasal.
            “Eh, nak tidur lagi ke? Bangunlah, teman adik pergi pasar.” Dannia menarik kuat tangan Syahmir supaya bangun. Terasa ingin keluar berjalan dengan Syahmir. Rindu benar dengan gurauan mesra abangnya itu.
            “Harith kan ada. Kenapa tak ajak dia. Bawalah dia, mana tahu dia nak jalan jalan kat kampung ni” matanya di pejam rapat. Malasnya nak bangun, buat taik mata lagi best ni...
            “Tak syok la pergi dengan dia. Dia letih lagi tu. Takkan dia nak pergi tempat tempat macam tu. Boleh la please?” pujuknya dengan lembut.
            “Angah letih la dik. Semalam tidur lewat. Ajak along la eh?” Syahmir cuba tawar menawar. Terasa sayang pula mahu meninggalkan katil.
            “Ala, along ada kerja la. Jom la angah temankan adik. Kesian adik nanti kena kacau  dengan budak budak hujung kampung tu.” Dannia membuat muka kesian. Cuba cara phycho pulak. Dia tahu angahnya cepat cair bila dia membuat wajah sedih. Syahmir masih lagi tidak menghiraukan rengekan Dannia yang memegang erat tangannya.
Aik? Tak de respon pulak...tak boleh jadi ni...
            “Fine, kalau angah tak nak teman adik, lepas ni kita jangan bercakap lagi. Adik tak nak tolong angah lgi. Jangan harap. Biar adik kena kacau kat bebudak tu. Angah memang tak sayang adik” Pantas tangan Syahmir dilepaskan. Tangannya direntap keras. Dia ingin  melangkah ingin keluar, Syahmir yang tersedar segera memaut tangan Dannia.
            “Ish yelah... Tunggu angah mandi dulu” Ujar Syahmir akhirnya mengalah. Siapa yang tak sayang adik... Dannia mengukir senyum. Berjaya juga akhirnya memujuk Syahmir. Kacang je nak pujuk..Hehehehe..
Bukan tak tahu perangai Dannia yang suka merajuk dengannya, dengan orang lain tak pulak. Geram aku, jenuh aku nak pujuk pulak. Haila...
            “Ni yang buat adik bertambah sayang ni.” Dannia tersenyum manis.
“Dah, keluar dulu. Ke nak tengok wayang free kat sini.” Syahmir mengacah untuk menarik boxer yang dipakainya. Menjerit Dannia, apa lagi, mencicit adiknya berlari dengan pantas. Syahmir ketawa melihat Dannia. Macam budak kecil, tak padan dah jadi isteri orang..
            “Apa yang bising sangat ni adik? Menjerit pagi pagi, kamu tu dah jadi isteri orang, jadi matang sikit Dannia.” Puan Diana sudah membebel. Pepagi dah menjerit, bising rumahnya dengan perangai Dannia yang riang.
            “Angah lah ibu, ada ke patut nak buat wayang free. Tak senonoh betul dia tu.” Dannia tersenyum kecil manakala Puan Diana hanya tersenyum. Itu lagi sorang anak terunanya, nakal sungguh. Kesian Dannia dapat abang abang yang suka mengusik.
            “Harith mana? Dah bangun belum, panggil dia sarapan pagi. Panggil abah dan abang abang kamu sekali.” Dannia mengangguk perlahan mendengar arahan ibunya.
“Ok mam” tangannya mendabik di kepala tanda menerima arahan. Puan Diana menggeleng kepala.
Dannia berlari untuk memanggil ahli keluarganya sarapan. Keanak anakkan sungguh Dannia. Wajah itulah yang membuatkan hidupnya menjadi tenang. Bahagia betul keluarganya dengan kehadiran Dannia. Dia lah racun dialah juga penawar hidup Puan Diana dan Encik Zamani. Memang dia amat menyayangi Dannia, malah sayangnya melebihi anak kandungnya sendiri. Maklumlah Dannia seorang sahaja perempuan. Namun sedikit pun tidak menimbulkan cemburu di hati anak anak terunanya. Malah anak teruna mereka juga amat menyayangi dan mengasihi Dannia seperti adik kandung mereka sendiri. Tidak pernah timbul isu anak angkat dalam keluarganya.
            Dannia amat dilindungi oleh kedua abangnya. Jika ada yang membuli Dannia, pasti orang itu akan menerima akibatnya. Pernah satu ketika, seorang budak menggelarnya anak haram, apabila dia mengadu pada along dan angah, teruk budak itu dibelasah. Sejak hari itu, tidak seorang pun yang berani mengatakan hal tersebut.
Di sekolah pula, dirinya dilindungi oleh Syahmir, memandangkan dia satu sekolah dengan abangnya yang tengah. Bila ada pelajar lelaki yang ingin mendekati Dannia, Syahmir segera memberi sepatah dua kata, dan terus pelajar itu beredar. Di sekolah, pening juga angahnya itu hendak mengawal Dannia. Ramai betul peminat adiknya. Ada sahaja surat surat yang diterima Dannia oleh kawan kawan lelaki. Nak dibuat adik angkat, keluarga angkat, abang angkat, semuanya berangkat. Namun surat itu langsung tidak dibaca.. disimpan elok di dalam kotak. Kata Dannia lagi sekadar dibuat kenangan tanda dirinya yang begitu popular. Adess...
           


“Ehem. Assalamualaikum ibu” Harith memberi salam. Wajahnya di maniskan, berlakon. Walaupun hatinya tidak menyenangi dengan keluarga barunya. Memandangkan dia sekarang berada di rumah itu, terpaksalah memaniskan mukanya.
            “Waalaikumsalam, duduklah Harith. jangan malu malu. Adik, layan suami kamu, tolong ambilkan makanan untuk Harith” Puan Diana yang sedang sibuk menghiris timun memberi arahan apabila di lihat gadis itu hanya berdiri kaku disitu.
            Mendengarkan arahan itu, lantas dengan berat hati dia mengambil pinggan yang dihulur oleh Harith kepadanya.
            “Adik tolong angah jugak.” Huluran pinggan di sambut setelah pinggan Harith yang penuh dengan sambal dan beberapa bahan lain sampingan nasi lemak diletakkan dihadapan lelaki itu.
            “Along jugak” Syahmin tersengih. Terangkat keningnya ala ala Ziana Zain.
            “Along dan angah ni pemalas betul. Nasib baik ada adik yang baik hati ni.” Dannia perasan sendiri. Tak ada orang nak puji, baik puji diri sendiri.
            “Perasan” serentak  kata kata itu terkeluar dari mulut abang abangnya. Dannia membulatkan matanya “Apa?”
            “Ok tak pe lepas ni jangan harap la adik nak tolong kalian berdua kalau ada masalah.” Dannia memuncungkan bibirnya yang mungil. Kehadiran Harith disisi langsung dia lupakan.
“Amboi merajuk pulak puteri ni. Meh sini along tolong ambilkan nasi untuk adik” laju tangannya mencapai pinggan yang berdekatan.
            “Along, bak sini pinggan tu, aku nak letak sambal pulak.” Angahnya mencapai sambal dihadapannya kemudian dicapai pula beberapa hirisan timun. Mata Dannia bertambah bulat melihat along dan angahnya meletak bermacam macam bahan di dalam pinggannya, hampir penuh satu pinggan. Dah berbukit tingginya. Mulutnya ternganya luas, maunya lalat masuk nanti..
            “Oit, dah dah, ni nak bagi adik makan ke nak bagi siapa ni? Nak suruh mati kekenyangan ke?” Dannia menjerit kecil, muncungnya bertambah panjang, geram hatinya melihat kedua abang mengenakannya. Ni siapa yang nak habiskan ni?
            “Korang ni depan rezeki tak elok bercakap banyak. Syah, Mir cuba kamu jangan nakal sangat. Tak kesian kat adik ker asyik kena buli.” Puan Dania menggeleng, tangannya pantas memulas telinga kedua dua anak teruna. Abahnya pula menghadiahkan jelingan maut. Tersentak keduanya. Dannia ketawa kecil sempat menjelirkan lidahnya pada mereka.
“Padan muka”. Dannia mengangkat ibu jarinya tanda thumb up.
Harith tersenyum kecil, ceria betul. Sedaya upaya dirinya menahan ketawa melihat gelagat abang abang iparnya. Di sudut hati terbit sedikit perasaan senang dengan keluarga mentuanya. Perasaan tidak senang pada mulanya terhakis sedikit demi sedikit. Tersedar akan itu, cepat cepat diusir perasaan yang ingin bercambah di hati. Benteng egonya tadi kian runtuh kembali terbina kukuh..
            Setelah sarapan, masing masing membuat aktiviti sendiri. Syahmin ke pejabat kerana ada urusan yang hendak dilaksanakan. Terpaksalah turun ke padang walaupun hari cutinya. Maklum sajalah, peguam memang tiada masa lapang. Sibuk memanjang. Banyak kes yang perlu diselesaikan katanya. Walaupun mempunyai syarikat sendiri yang dikongsi oleh rakannya, dia tidak pernah menggoyang kaki, makan gaji buta. Syahmin amat komited dengan kerjayanya. Apa sahaja kes yang diterima, sedaya upaya dibuat dan diselesaikan dengan sebaik mungkin.
Syahmir pula bekerja sebagai eksekutif di sebuah syarikat pengeluaran barangan import dan eksport. Angahnya itu tidaklah begitu obses dengan kerjanya jika dibandingkan dengan along. Seboleh bolehnya, Syahmir tidak akan membawa pulang kerja kerja untuk disambung di rumah. Baginya waktu pejabat ialah masa untuk bekerja. Bila di rumah, kerja mesti dilupakan. Entah dari mana prinsip itu datang. Kerana itulah Dannia lebih rapat berbanding angahnya.
            Selepas sarapan,seperti yang dijanjikan,  Dannia dan Syahmir bertolak ke pekan, sudah diberitahu pada ibunya dan juga Harith ketika di meja makan. Lelaki itu hanya diam, mengangguk tidak, menggeleng pun tidak. Sudahnya hanya dibiarkan, bagi la tu kot...
 Harith pula lebih suka menyendiri dan bersiar sendirian tanpa ditemani Dannia. Jika terlalu bosan, dia akan menyusur ke ternakan ikan keli milik mentuanya yang berada tidak jauh dari rumah. Melihat sendiri projek ikan yang diusahakan oleh Encik Zamani. Sapaan dan teguran orang yang berselisihan dengannya hanya disambut ala kadar dan diangguk sahaja, bak burung belatuk. Hendak disenyum, haramm...


Banyak juga yang barang dan keperluan diborong oleh Dannia dan Syahmir, penuh tangan lelaki itu menjinjit barang basah. Sebelah tangan lagi menjinjit plastik sayuran. Tepat matahari terpacak di atas kepala barulah mereka berdua pulang ke rumah. Itupun setelah beberapa kali Syahmir merungut dek keletihan.



            “Kau ke mana tadi?” suara kasar Harith menerpa ke gegendang telinganya. Ketika itu, Dannia melangkah masuk ke bilik mahu mandi setelah penat dan badannya yang melekit kerana berperang di dapur menyediakan makan tengah hari. Pergerakannya di dalam bilik menjadi sedikit kaku apabila melihat wajah menyinga Harith. ‘Kenapa pulak ni, apa pula salah aku kali ni.. hujan tak, ribut tak.. berangin satu badan pula.’ Dengan langkah yang malas dia menghampiri Harith yang sedang bercekak pinggang. Bila masa entah lelaki itu pulang. Sedar tak sedar suara lelaki itu yang menerjah ke gegendang telinganya.
            “Saya ke pekan dengan angah. Beli sayur dan ikan nak di masak tengah hari.” Dannia pelik rasanya bukan ke dah di beritahu kepada ibu, malah Harith ada sekali tadi. Pekak agaknya mamat ni. Sengaja nak sakitkan hati aku la tu... apa kena dengan lelaki di depannya, apa yang dibuat semua tak kena pada pandangan Harith. Pening kepalanya, ini baru sehari setengah hidup bersama lelaki ni, agaknya macam mana kalau dah setahun, boleh gila gamaknya...
            “Hei betina, kau tu nak pergi mana mana mesti dapat kebenaran aku tahu tak? Kau nak jadi isteri derhaka ke? Kalau aku tak izinkan tadi macam mana?” Kasar Harith melenting. Sengaja mahu mengertak. Pandangannya melihat batang tubuh Dannia. Sakit mata melihat pakaian yang dipakai oleh Dannia, kekampungan betul. Baju kurung? Dahlah lusuh. Entah apa apa, tak berfesyen betul. Macam ni nak jadi pendamping aku? Gila.. memang tak lah aku nak bawak kau kat majlis penting. Mahu malu seumur hidup.. getus hati kecilnya.
            “Sa..saya ingatkan awak dah tahu tadi. Awak kan ada sekali tadi?” Dannia tergagap gagap menjawab dan sekaligus bertanyakan soalan kembali. Takkan tak perasan kot aku beritahu tadi..Ish biar betul dia ni.
            “Kau ingat aku kebulur sangat ke aku nak dengar kau bercakap dengan keluarga tak guna kau tu? Kalau kau tak bagitahu, macam mana aku nak tahu. Bodoh punya orang” Bukannya Harith tidak dengar perbualan Puan Diana dan Dannia. Dia dengar, malah sangat jelas di telinganya. Sengaja dia ingin menyakitkan hati Dannia. Hatinya cukup puas melihat wajah Dannia keruh. Rasakan.
            “Maafkan saya. lain kali saya bagitahu jika nak keluar.” Dannia menunduk, dan meminta maaf walaupun jelas bukan salahnya. Tidak berani mahu memandang wajah marah Harith. Dia lebih rela memandang kakinya daripada muka Harith yang garang. Ucapan maaf Dannia dibiarkan sepi. Langsung tidak diambil peduli, seolah olah Dannia bercakap seorang diri.

Tanpa memandang wajah Dannia, Harith keluar dari bilik itu dengan senyuman. Puas hatinya dapat melepaskan geram pada Dannia. Dapat menyakitkan hati Dannia dan juga melihat wajah itu bertukar keruh. Entah kenapa dia suka sangat melihat wajah itu merah padam. Kelakar pun ada melihat wajah itu. Hahahahahahah...  nampaknya selepas ini dia akan mempunyai hobi baru...apalah nasib kau lepas ni. Jangan harap aku nak kasihankan kau, apatah lagi jatuh hati pada perempuan sepertinya. Harith menggeleng berkali kali. Terasa seram sejuk memikirkan jikalau Dannia yang menjadi pendampingnya seumur hidup. Malu besar aku nanti.. malam sikit, jadi maid pun belum tentu aku terima.. Yakah??


No comments:

Post a Comment