Saturday, June 30, 2012

BAB 28 [KASIHKU YANG SATU]

Bab 28

            Hari ini Dannia hanya mengenakan pakaian ringkas ke pejabat. Maklum sahaja hari ini dia bangun lambat. Hampir pukul tujuh pagi barulah dia terjaga, nasib sahaja dirinya ‘red flag’ tak adalah dia terkejar mahu bersolat subuh. Terkocoh-kocoh dia bangun dari katil dan menuju ke bilik air membersihkan diri. Tepat jam tujuh empat puluh lima minit barulah dia bertolak. Mujur sahaja dia cekap memandu dan nasibnya sedikit baik apabila jalan yang dilaluinya tidaklah sesibuk mana. Dannia hanya sekadar berkemeja violet berlengan tiga suku dan seluar slack hitam. Amat sesuai dengan warna kulitnya yang putih melepak. Rambutnya yang beralun cantik diikat tepi. Wajahnya hanya disapukan sedikit bedak dan dioleskan dengan pelembab bibir berwarna merah jambu supaya tidak kelihatan kering. Walaupun berpenampilan ringkas namun langsung tidak mencacatkan wajah si pemakai yang kelihatan anggun dan cantik. Langkahnya ke pejabat hari ini dengan penuh yakin dan bersemangat.
Setiap langkahnya menuju ke pejabat dengan penuh yakin, mata-mata yang memandangnya langsung di biarkan. Sesekali dia tersenyum apabila matanya menyapa beberapa pandangan pekerja yang turut sama bekerja di bawah satu bumbung dengannya.     Setibanya dia di pintu pejabat, bunyi keriuhan yang amat luar biasa menyebabkan dia pantas mendapatkan sekumpulan rakan sepejabatnya yang lain untuk turut serta. Suasana riuh di pejabat pagi itu amat pelik baginya. Riuhnya yang amat luar biasa. Staf lelaki dan wanita sibuk bercakap sesama sendiri. Entah apa yang disembangkan. Kebiasaannya, mereka paling suka jika berbual di meja masing-masing. Tetapi pagi ini sungguh luar biasa sampaikan Sameon, manusia yang paling tidak suka bergosip turut serta menyertai yang lain.
‘Apasal diorang ni?’ Desisnya lagi.
            Dannia segera melangkah ke arah Amira setelah briefcase yang dibimbit dari tadi diletakkan dalam bilik yang disediakan khas untuknya. Sempat dia menjeling beberapa pekerja wanita yang masih rancak berborak. Masih tidak menyedari kehadirannya.
            “Oit Mira, apasal aku tengok hari ni riuh semacam je ni?” Semua mata memandang tepat ke wajahnya apabila dengan tiba-tiba dia menyampuk. Mahu terkejut semua yang ada di situ.
            “Weh, bila kau sampai?” Amira terkejut melihatkan Dannia yang sudah berada di celahan yang lain. Langsung tidak perasan, apatah lagi badan Dannia yang kecik molek itu.
            “Hah, tulah kau, duk sibuk sangat bergosip sampaikan aku kat sini pun tak perasan.” Sindir Dannia perlahan. Mulanya dia hanya ingin bergurau, tetapi renungan dari semua mata yang memandangnya membuatkan dia gugup.
            “Kenapa? Aku ada buat salah ke?” sambungnya lagi.
            “Kau tak tahu ke hari ni anak Encik Badrul masuk?” Bersinar mata Amira menjawab. Yang lain hanya mengangguk bagaikan burung belatuk. So??
            “Hari tu kau kata minggu depan. Hari ni baru hari Rabu kan?” Dannia buat muka peliknya. ‘Ke hari ni hari Isnin?. Aku silap hari ke ni’.
            “Dia tak jadi masuk minggu depan, sebab ada mesyuarat, dia kena attend meeting hari  ni.” Terang Amira lagi.
            “Oooo” bulat mulutnya menjawab.
Bunyi deheman suara Encik Badrul memeranjatkan mereka semua. Bagaikan tikus berkeliaran di kejar kucing gamaknya. Mereka yang ada di situ bergerak kembali ke tempat asal. Wajah mereka ditundukkan menikus, takut jika Encik Badrul naik angin melihat stafnya yang santai bergosip, apatah lagi waktu bekerja sudah pun bermula. Langsung tidak menyangka Encik Badrul datang seawal begini. Kebiasaanya kalau jam tidak menginjak ke angka sepuluh jangan harap bosnya itu menunjukkan muka. Entah apa pula mimpi Encik Badrul hari ini.
            Dannia juga kembali melangkah masuk ke dalam biliknya, walaupun ramai yang mengatakan dia adalah pekerja kesayangan Encik Badrul, omongan itu langsung tidak di ambil kisah. Baginya mereka semua adalah sama, tiada soal pekerja kesayangan atau pun tidak. Dia langsung tidak pernah membezakan pangkat atau kedudukannya di situ. Semua pekerja di situ dilayan sama rata malah jauh sekali untuk pilih kasih.
Sekembalinya dia di bilik, Dannia sempat mengintai apa yang berlaku di luar melalui celahan cermin kaca dari biliknya. Dari situ dia ternampak Encik Badrul sedang bercakap dengan beberapa orang termasuk seorang lelaki yang masih tidak diketahui milik siapa. Lelaki itu sedang membelakangkannya sambil berbual sebelum mereka semua berjabat tangan. Di fikirannya sudah terdetik akan seseorang yang membuatkan satu pejabat itu bagaikan  riuh sekampung pagi tadi.
‘Mungkin anak Encik Badrul kot’ Dannia membuat andaian sendiri. Beberapa minit kemudian, Encik Badrul berpaling dan melangkah pula menuju ke bilik yang dihuninya itu. Dannia cepat-cepat beredar manjauhi tingkap dan pintu dan mengambil segera duduk di kerusi empuknya itu. Dia menraik nafas panjang. Beberapa minit kemudian, pintu biliknya terkuak dan muncul Encik Badrul diikuti seorang lelaki.
            “Selamat Pagi Encik Badrul’” sapanya mesra beserta senyuman sambil menundukkan kepala tanda hormatkan ketuanya..
            “Pagi Nia. Come I want to introduce to my son. He will takeover my place. Aiman Iqbal.” Dannia mengalihkan pandangannya ke arah lelaki tersebut sebelum menguntumkan senyuman lebar di bibir. Bulat matanya memandang dengan riak terkejut. ‘Iqbal’. Muka Iqbal juga tersenyum lebar sambil menunjukkan tanda peace.  
            “Iqbal” Dannia tesenyum gembira.
“Hai Nia.” Iqbal turut tersenyum membalas senyuman manis gadis dihadapannya. Matanya tidak lepas memandang seraut wajah yang menjadi pujaan hatinya selama ini. Gadis yang di puja dalam diam. Tidak sangka dia bertemu kembali dengan gadis itu setelah kembali ke Malaysia.
            “You all kenal each other ke?” Soal Encik badrul kehairanan. Hairan melihat keduanya saling tersenyum gembira apabila bersua muka. Apatah lagi dengan muka Iqbal yang berseri-seri bagaikan baru menang loteri sahaja gamaknya.
            “Yup, kami study satu U kat London dulu bah. Kenal sangat dengan Nia ni. Junior Iq, abah.” Panjang lebar Iqbal menjawab.
“Baguslah kalau macam tu, abah harap lepas ni senang lah korang bekerjasama. Apa apa hal, kamu rujuk dengan Nia ok?” Pandangannya terarah ke arah wajah anaknya yang terlebih gembira berjumpa Dannia.
            “Kalau macam tu abah keluar dulu. Korang berbuallah.” Encik Badrul melangkah keluar dari bilik Dannia meninggalkan Iqbal. Setelah pintu di tutup Iqbal lantas mengalihkan kembali memandang wajah Dannia. Memandang seraut wajah yang menjadi igauannya sejak pertama kali berkenalan dengan gadis itu.
            “So... lama tak jumpa Nia. Lepas balik dari London terus menyepi ya?” Dannia sekadar tersenyum. Bukan niatnya ingin menyepi diri. Dirinya begitu sibuk menguruskan diri mencari rumah sewa dan mencari pekerjaan. Kerana kesibukan itulah Dannia terlupa terus pada Iqbal yang telah banyak membantunya selama berada di London.
“Maaflah. Nia sibuk kebelakangan ni.” Jelas Dannia. Bimbang juga Iqbal jika berkecil hati dengannya. Lebih haru jika Iqbal menganggapnya sombong.
            “Urm tak pe, Iq faham. Don’t worry. Tak ambil hati pun.” Matanya masih memaku pada wajah Dannia yang dirasakan semakin menawan di matanya. Banyak sungguh perbezaan setelah hampir dua tahun tidak berjumpa. Sungguh ketara perubahan Dannia, lebih anggun dan semakin manis.
            Mendengarkan kata kata Iqbal, Dannia menarik nafas kelegaan.
But, you must pay for that.” Sambung Iqbal.
“Er apa dia?” Teragak agak Dannia sambil  mengerutkan dahinya.
“Macam biasa, lunch date. Boleh?”
‘Dah agak dah si Iqbal ni. Memang tak ada benda lain di minta. Tak berubah ubah perangai. Aduhai...’
“Boleh, but not just the two of us. Nanti merajuk pulak kawan Nia. Kita pergi berempat boleh?” Iqbal mengangguk juga walaupun ada riak kecewa di hatinya, cuba dikawal agak ketara di pandangan Dannia. Susah betul nak keluar berdua dengan gadis. ‘Tak apalah, mungkin dia boleh mencuba pada hari lain’. Bukan ke hari ini sahaja, aku berjumpa dengannya. Setiap hari.’
            “Kita jumpa lunch nanti.” Iqbal bangun untuk keluar dari bilik Nia. Ingin kembali ke biliknya untuk memulakan tugas. Senang hati dengan pertemuan empat mata. Langsung tidak disangka dia kini sebumbung dengan Dannia. Satu pejabat pula tu. Alhamdulillah dia tidak perlu bersusah payah mahu menjejaki Dannia. Niatnya terkubur begitu sahaja. Ternyata Allah memudahkan jalannya untuk mendekati gadis itu..
“Ok, bye.” Dannia lantas membelek report yang harus disiapkan olehnya. Iqbal pula menuju ke bilik ayahnya yang kini menjadi miliknya. Walaupun hanya sekadar timbalan CEO. Iqbal tidak kisah akan itu semua. Hasratnya mahu menjadi peguam tidak tercapai apabila Encik Badrul mendesaknya supaya bekerja di syarikat itu. Seboleh bolehnya dia ingin membuka syarikat firguama sendiri. Oleh kerana kesihatan abahnya tidak begitu sihat, dia memutuskan dahulu untuk menggantikan ayahnya untuk sementara.
Iqbal masih lagi tersenyum. Rasa tidak berpuas hati pada abahnya kerana memaksanya menurut segala kemahuannya sedikit demi sedikit hilang di hati. Kini dia diselubungi rasa gembira. Terasa mahu menjerit sahaja. Rindunya pada gadis itu hanya Tuhan yang tahu. Telah lama dia memendam perasaan sayang dan cinta buat gadis itu. Namun dia masih belum punya kekuatan untuk meluahkannya. Takut jika Dannia bertindak menjauhkan diri darinya. Biarlah dahulu. Takkan lari gunung dikejar. Bukannya Iqbal tidak tahu sikap gadis itu. Dannia terlalu mementingkan persahabatan. Mana mana lelaki yang ingin berkenalan darinya disambut hanya sekadar sahabat. Tidak lebih dari itu.
           

            Jam sudah menujukkan satu tengah hari, namun Dannia masih lagi ralit membuat kerjanya. Kepalanya langsung tidak dipanggungkan atau menoleh, terlalu khusyuk dengan kertas yang berteraburan di atas meja sambil sesekali tangannya menari di atas papan kekunci menekan huruf dan nombor.
Ketukan pintu kedengaran beberapa kali sebelum tersembul wajah Iqbal sambil tersengih di muka pintu. Badannya hanya disandarkan pada pintu sambil menyilangkan tangannya.
”Jomla. banyak lagi kerja Nia yang belum siap?” Laju muutnya bertanya apabila Dannia hanya memandangnya sekilas sebelum beralih semula pada kertas yang bersepah di mejanya.
“Jap, Nia kemas dulu. Masuk la Iq.” Jemput Dannia meminta supaya Iqbal masuk dan menunggunya sementara dia mengemas kertas yang berteraburan di atas mejanya itu. Di susun segala kertas mengikut susunan yang telah di buat. Senang untuknya merujuk kembali jika mempunyai kesilapan atau tersilap memasukkan data.
            “Tak pe, Iq tunggu kat sini je. Take your time.” Dannia mengemas meja dan mula menyusun kertas kertas yang bersepah sebelum di masukkan ke dalam fail. Sambil menunggu, Iqbal memerhati suasana bilik Dannia.
            ‘Masih tak berubah’ desis Iqbal perlahan. ‘Masih sukakan warna warna dan corak yang sama’
Setelah selesai, laju tangannya mengambil tas tangan kemudian keluar beriringan dengan Iqbal sambil berborak mesra. Amira dan Zaleha hanya memerhati dari jauh dari tempat mereka. Pelik agaknya dia dan Iqbal dapat berbual mesra hanya dalam masa sehari.
            “Duk pandang apa? Jom la lunch.” Terkebil kebil mereka memandang Dannia yang sudah berdiri di pintu lif. Masih ralit memerhatikan keduanya walaupun Dannia dan Iqbal sudah berdiri di hadapan mereka berdua.
“Encik Iqbal follow kita lunch.” Sambungnya lagi setelah tiada sahutan daripada mereka bersua. Mungkin segan atau mungkin takutkan Iqbal, maklum sahaja Iqbal anak Encik Badrul. Manalah tahu jika lelaki di hadapannya ini spesis bapaknya, tak ke haru? Langsung tidak boleh bergurau senda. Semua benda dipandang serius.
 “Korang ni kenapa diam aje dari tadi?” Sergah Dannia tiba-tiba. Tidak selesa suasana sepi antara mereka. Selalunya bukan main riuh dengan suara keduanya bertekak dan bergelak ketawa.
            “Tak de pe la. Betul ke Encik Iqbal ikut sekali ni?” Soal gadis hitam manis dihadapannya sekali lagi meminta kepastian. Teruja betul si Amira, tengok sahaja dah dapat agak. Macam jumpa artis pulak. Apa nak jadi pada sahabatnya yang seorang ni? Pantang nampak jejaka handsome, cepat je perasaan teruja tu datang. Tak cover langsung, buat malu.
            “Hai Encik Iqbal.” Amira dan Zaleha menyapa serentak. Amira  tersenyum malu malu kucing. Datang dah penyakit miangnya. Huih. Zaleha di sebelah hanya menunuduk tanda hormat. Dijelingnya sekilas sahabatnya yang tiba-tiba berubah laku menjadi sopan. Datang sudah perempuan melayu terakhir.
“Hai” Iqbal membalas pendek dengan sedikit senyuman. Takut di katakan sombong.
Mereka berempat berjalan beriringan menuju ke parking kereta di ground floor.
“Jomla naik kereta Iq, Iq nak makan kat Restoran masakan Timur. Dengar kata restoran tu baru buka.” Ujar Iqbal memecahkan kesunyian teman Dannia, dari tadi dia hanya berborak dengan Dannia. Dua temannya yang lain ditinggalkan jauh di belakang.
Dannia memandang dua manusia di depannya meminta pendapat. Melihat anggukan daripada Amira dan Zaleha, dia hanya menurut.
“Ok”’ Lantas Dannia menapak masuk ke dalam kereta milik Iqbal.
            Sesampai mereka di sana. Mereka memilih makanan yang disediakan secara catering dan lantas menjamu selera. Sambil makan mereka bercerita dan bergelak ketawa. Macam macam cerita yang di kongsi oleh mereka. keramahan Iqbal amat menyenangkan mereka.
            Tengah hari itu, mereka semua menjamu selera di tempat yang telah di pilih oleh Iqbal. Sepanjang mereka berada di sana, ada sahaja cerita yang cuba diimbau kembali kenangan mereka berdua sepanjang perkenalannya di London. Amira dan Zaleha leka mendengar dan hanya sesekali menyampuk. Mereka yang pada mulanya agak segan untuk berbicara. Namun ternyata lelaki di hadapan mereka ini tersangat pandai mengambil hati dan ramah berbicara walaupun lelaki itu pada mulanya kelihatan kekok. Tidak di sangka oleh Amira dan Zaleha, pada pertama kali berjumpa dengan Iqbal semasa sesi perkenalan, Iqbal amat lokek dengan senyuman, malah di katakan sombong dan angkuh. Andaian itu meleset sama sekali dan pandangan mereka terhadap Iqbal berubah terus. Malah mereka semakin selesa dengan lelaki itu.
            “Erm, you all nak tahu tak, Nia ni dulu time kat London ramai tau peminat. Tak terlayan. Kiri kanan lelaki menghimpit.” Iqbal menggiat gadis di hadapannya. Matanya galak  merenung Dannia sambil tersenyum. Mira dan Zaleha sudah tersenyum nakal.
            “Ala kat pun sini apa kurangnya En. Iqbal, tiap-tiap hari terima bunga tau. Bukan calang-calang orang kat depan kami ni.” Kak Leha menggiat Dannia yang berada di depannya bersebelahan Iqbal. Dannia hanya tersenyum sambil menggelengkan kepala, sengaja dijuihkan mulutnya. Suka sangat mengusiknya.
            “Mengarutlah korang ni kan? Saja jer nak bagi aku segan.” Dalam marah bergurau Dannia menangkis kenyataan itu.
            “Betul En. Iqbal, kami tak bohong. Kalau tak percaya tengoklah nanti.” Tambah Amira lagi menyatakan hal yang satu itu.
            “Eleh, tak nak mengaku pulak.”
            “Ye ke? Hai melepas lah I, dah lah time kat London dah ramai pesaing. Kat sini lagi ramai rupanya.” Iqbal mengeluh, saja mahu mengusik Dannia. Tangannya sengaja memicit kepala dan di tongkatkan kepala. rupanya lebih rama yang cuba mendekati gadis pujaannya ini. Disangka apabila pulang ke sini, berkuranglah sedikit. Nampaknya dia perlu lebih berusaha untuk memikat Dannia. Dari dulu dia mencuba, tetapi dia bingung. Fahamkah Dannia akan isi hatinya selama ini? Dia sengaja berkata begitu. Entah faham ke tidak Dannia ni, naif sangat, tapi itulah wanita yang membuat tidurnya tidak lena saban hari.
            “Hah tengok, lagi sorang peminat kau Nia. Terima jelah Encik Iqbal ni.” Amira mencelah cepat. Mahu melihat reaksi Dannia yang agak kelam kabut menangkis.

            “Korang percaya lah sangat kat Iqbal ni. Suka sangat menyakat orang, bab mengenakan orang memang nombor satu. Lepas ni korang kena  berhati hatilah ya.” Dengan selamba Dannia mengenakan Iqbal. Iqbal melopong, dalam diam dia terkena kembali.Zaleha dan Amira ketawa sakan melihat muka Iqbal yang sudah kelat dan masam mencuka. Adeh, buruknya. 


Monday, June 25, 2012

BAB 27 [KASIHKU YANG SATU]

Bab 27

            “Morning Kak Leha” suara riang Dannia menyapa setiausaha bosnya Zaleha yang sudah hampir lewat tiga puluhan. Wanita itu turut tersenyum memandangnya apabila teguran itu terbit dari mulut Dannia. Dia yang sudah hampir setahun mengenali wanita itu amat rapat dengannya, sudah dianggap Zaleha seperti kakaknya. Tempat dia mengadu apabila dimarahi oleh majikannya. Ke mana sahaja mereka pasti bersama. Dengan wajah yang berseri-seri Zaleha menggamitnya supaya mendekati wanita itu. Baru tiga bulan yang lepas wanita melangsungkan perkahwinannya setelah sekian lama bercinta. Dia dan beberapa rakan pejabat yang lain turut menghadiri majlis perkahwinan yang agak sederhana itu.
 Hari ini hari pertama pada minggu itu. Dia kembali bersemangat untuk memulakan harinya bekerja. Sudah dua hari dia terkurung di banglo mama dan papanya tanpa melakukan apa-apa. Langsung tidak tahu apa aktiviti yang mahu dilakukannya olehnya. Masing-masing sibuk dengan jadual mereka tersendiri, tinggallah dia yang terkontang kanting di sana. Sudahnya dia menolong mamanya melakukan rutin hariannya iaitu berkebun sehingga pinggangnya terasa sakit dan lenguh sini dan sana.
            “Morning Nia. Amboi senangnya hati hari ni. Ada apa apa ke Nia?” ramah Zaleha menegurnya. Seri pengantin yang masih berseri terpamer raut wajah Zaleha.
“Mana ada Kak Leha. Ada ada jelah akak ni. Nia muram salah, Nia gembira pun salah.” Dannia mengambil tempat dihadapan Zaleha. Wanita itulah yang selalu memberi tunjuk ajar padanya dan selalu menolongnya sepanjang bekerja di situ. Maklum sajalah hanya Zaleha yang rajin menegurnya selain Mira si mulut kepoh itu. Dia bukannya ramah sangat. Hanya beberapa pekerja sahaja yang rapat dengannya.
            “Nia!” Laungan suara Amira yang kuat menggegarkan satu office sudah cukup membuatkan office yang sunyi itu sedikit bising sehingga membuatkan beberapa rakan mereka yang lain menoleh dan tersenyum sambil menggelengkan kepala dengan telatah Amira di pagi hari. Memang waktu pagi macam ini sudah menjadi kebiasaan pekerja di syarikat gergasi itu riuh dengan gelak ketawa pekerja sebelum masuknya bos mereka. Cuba riuh time waktu kerja, memang terbalik la satu office mendengar jerkahan Encik Badrul yang sememangnya kepala angin. Pantang salah sikit memang menikus la jawabnya semua pekerja di situ. Dannia sendiri sudah serik mendengar suara jerkahan lelaki yang boleh mencairkan tahi telinganya. Walaupun bukan dirinya yang menjadi mangsa jerkahan, namun kecut juga kalu berdiri berdekatan di situ seumpama menunggu masa untuk dijatuhkan hukuman pancung.
            “Ni bunga untuk kau hari ni.” Tangan Amira menghulurkan sejambak bunga ros berwarna putih kepada Dannia. “Terima kasih lah wahai sahabatku intan payung. Susah susah jer kau belikan untuk aku” sengihnya beserta senyuman yang nakal.
“Ceh, tak ada maknanya aku nak bagi kat kau” Amira menjuihkan bibirnya.
“Habis tu siapa yang bagi?” Soalnya berpura-pura walaupun dia sudah dapat mengagak siapa gerangannya.
“Macam biasa la secret admire kau la yang bagi. Cuba baca kat kad tu.” mulut Amira memuncung menunjuk ke arah kad yang terselit. Pantas tangannya mencapai kad yang terselit di celah gubahan bunga lalu dibaca perlahan.
Salam perkenalan buat Nia..sambutlah perkenalan ikhlas ini...
                                                                                  Dato’ Zakuan
Dannia mencebik. Meluat betul dengan perangai Dato’ Zakuan yang gatal tidak bertempat. Tak habis habis dengan rayuan perkenalan untuk dirinya. Geli geleman Dannia dengan lelaki tua yang tidak sedar diri. Sudahlah botak, perutnya buncit, ada hati mahu mengurat. Isteri sudah dua. Hish tak sedar diri betul orang tua tu. Bebelnya denan penuh rasa menyampah.
“Nah ambiklah kalau kau nak, kalau kau tak nak letak jer kat dalam tu” Seraya tangannya menunjuk ke arah bakul sampah di sudut meja yang berada di luar biliknya. Tak lalu untuk menyimpan bunga itu di dalam biliknya. Buatnya lelaki itu meletakkan santau tak ke naya? Eiy..minta simpang dijauhkanlah...
“Sayangnya nak buang. Bak la sini, daripada buang baik letak kat meja aku. Ada jugak haruman semula jadi“ Tanpa perasaan malu, dia menyambar pantas bunga itu sambil tersengih sumbing.
“Ni coklatnya sekali, aku tak nak la.” Dannia menghulurkan satu lagi pemberian Dato’ Zakuan padanya.       
“Hai bertuah la badan” keluh Zaleha.  
“Akak ni da lama bekerja kat sini tak pernah dapat pun bunga” sambungnya lagi.
“Ala akak ni, bukan ke Nia dah bagi bunga hari hari. Kenapa pulak cakap tak pernah dapat?” bulat mata Dannia memandang wajah Zaleha bersama kerutan di wajahnya.
‘dah datang da penyakit lurus dia ni’ aduhai. Sabar jelah wahai hati.
“Bukan, maksud akak dari lelaki la Cik Nia oi”. Keluhnya panjang. Aku lesing jugak budak ni karang.
“Nanti nanti adalah akak oi..Ala minta la kat laki akak. Apa yang susah. “ Sela Dannia lagi dan membulatkan mata yang yang cantik. Nampak comel di mata Zaleha.
“Ok la akak, sambung la kerja tu, nanti Encik Bad tu datang mengaum susah pulak” mendengar ayat yang keluar dari mulut Nia, Amira dan Zaleha tergelak sakan sampai terkeluar air mata. Dannia ni ada je lawak pepagi buat nak dibuatnya.
Sudah menjadi kebiasaan buat Dannia menerima sejambak bunga daripada lelaki lelaki di pejabat, klien mahupun rakan sepejabatnya. Dia sudah lali dengan itu semua. Pada mulanya memang agak segan, tapi lama kelamaan sudah biasa buatnya. Malah bunga tersebut kadang kala menjadi makanan tong sampah. Semenjak Dannia bekerja di bawah syarikat  R & Iskandar Holding, ramai pekerja lelaki mengusha dirinya. Malah sesetengah pekerja perempuan iri hati padanya. Bukan dia tidak tahu akan hal itu, malah pening kepala memikirkan itu semua. Dengan nasihat Zaleha dan Amira, dia mengambil keputusan untuk tidak menghiraukannya. ‘lantaklah, aku tak kacau hidup korang pun’.
Ramai juga pekerja yang senang hati malah menerima dirinya dengan baik. Mereka senang dengan pertuturan sopan dan budi bicara dirinya. Malah gadis itu amat sempurna di pandangan mata orang ramai dengan kecantikan semula jadi dan keayuannya amat menyerlah. Tambahan pula perangai yang keanak anakan Dannia yang semula jadi tanpa dibuat buat membuatkan sesiapa yang mendampingan dengannya berasa selesa. Walaupun Dannia memegang jawatan yang agak tinggi di dalam syarikat tersebut, keramahan dan sifat rendah diri gadis itu membuatkan ramai yang menghormati dirinya. Malah tanpa segan silu dia berbual dengan mak cik cleaner syarikatnya untuk menghilangkan rasa bosannya seharian di pejabat.
“Kak Leha, jom la lunch da pukul berapa ni?” kepala Dannia tersembul di celah pintu biliknya.
“Nia ni terkejut akak tau” pen yang berada di tangan Kak Leha tercampak ke bawah.
“Kalau la hari hari macam ni da lama jalan Kak Leha ni tahu.” Zaleha mencerlung tajam ke arah Nia.
“Eeeiii takutnya”  sambil menjelir lidah.
“Kak Leha, Mira mana. Tak nak lunch sekali ker?” tak nampak pun mak cik ni. Biasanya dia la yang paling awal duk melangut kat meja Zaleha.
“Dia tunggu kita kat restoran katanya” ceh! Dah blah rupanya. Patutlah tak nampak muka. Dah lapar sangat la tu agaknya.
Mereka bergegas menuju ke lif untuk turun. Setelah menunggu beberapa minit, pintu lif terbuka. Mereka masuk ke dalam perut lif yang agak pada dengan manusia yang turut sama mahu mengenyangkan perut mereka, selalunya memenag beginilah, waktu lunch memang sesak. Semput nafas Dannia duduk di dalam lif tersebut. Sesampai di lobi, mereka terus berjalan tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Apa yang penting perut perlu diisi. Siulan nakal beberapa pemuda yang lalu lalang langsung tidak diendahkan oleh mereka berdua.
“Hah tu pun Mira” mereka melangkah ke arah Mira yang sedang melambai kearahnya. Fuh! Penatnya. Dannia dan Zaleha berlari anak menuju ke arah Amira yang sudah menunggunya di meja. Dari jauh dia sudah nampak kelibat Amira yang tersenih memanjang. Dannia melajukan lariannya apabila panas terik yang begitu membahang dan agak menyakitkan kulitnya.
“Eh, aku ada cerita hot ni” Amira memulakan bicara sebelum sempat Dannia dan Zaleha melabuhkan punggung ke kerusi. Memang kaki gosip la minah ni. Layann je la.
“Eh kejap, bagi akak order dulu eh. Haus ni.” pintas Zaleha, laju sahaja mulutnya menyampuk sebelum sempat Amira meneruskan percakapannya.
“Potong stim la Kak Leha ni”  Dannia hanya tersenyum lucu melihat wajat cemberut Amira yang kembali merapatkan mulutnya, berhenti seketika menunggu Zaleha yang membuat pesanan makanan mereka.
Ok shoot” Dannia melambakkan tawa terdengar ayat Zaleha apabila pesanan sudah diambil oleh pelayan tadi. Terpandangkan renungan tajam dari Zaleha dan Amira, Dannia pantas mengangkat tangan dan menutup mulutnya. Daripada kena ketuk kepala dengan si Mira ni baik dia diam.
“Bulan depan anak  Dato’ Iskandar dah start masuk. That’s mean kita dapat CEO baru la. ” Hek eleh kecoh la Mira ni, aku ingat apa lah yang kecoh sangat.
”Mana kau tahu ni Mira?” Zaleha sudah terlopong. Seingatnya Dato’ Iskandar memnag mempunyai anak lelaki yang boleh dikatakan sangat hot. Malah lelaki itu beberapa kali juga turun ke Kuala Lumpur beberapa tahun yang lepas sebelum Dannia bekerja di syarikat itu.
“Adalah dari sumber tertentu.” Amira tersengih sengih.
‘Dato’ Iskandar’ tak mungkin papa. Ramai lagi yang bernama Iskandar, malah ramai juga berpangkat Dato’ yang mempunyai nama yang sama. Dannia cuba menyedapkan hatinya yang mulai bercelaru. Selama menjadi menantu Dato’ Iskandar mertuanya itu, tidak pernah sekali pun dia mengambil tahu tentang hal syarikat papanya tu. Malah nama syarikat papanya pun tidak pernah diketahuinya. Biarlah, nanti kalau dia bertanya bimbang jika Harith mengatakannya yang bukan-bukan. Serik mahu dituduh cuba mahu mengikis harta keluarga lelaki itu.
“Lagi satu, minggu ni anak Encik Badrul pun akan masuk menggantikan Encik Badrul. Wah bestnya dua lelaki idaman Malaya dah nak masuk. Lepas ni makin ramai la anak dara kat situ menempel dan bergaya sakan.” Luah Amira lagi dengan penuh teruja.
“Hoi” tersedak sedak Dannia apabila disergah sebegitu rupa apabila mulutnya sedang leka menyedut air. Nasib sahaja dia air yang disedutnya baru ingin memasuki mulutnya, tidak sempat memasuki kerongkong. Dan paling bernasib baik apabila air yang disedutnya tidak tersembur keluar.
 “Apahal kau ni. Nak bagi aku mati ke apa?” Marah Dannia garang. Merah mukanya menahan pedih di tekaknya. Perit tekaknya akibat batuk yang menjadu-jadi.
Sorry..sorry. Kau lah, dari tadi aku duk cerita kau buat bodoh jer, tak ada perasaan langsung, kau selamba badak jer termenung dan sempat pulak duk kunyah makanan. Macam tak makan seminggu pulak” Zaleha mengurut belakang Dannia. Kesian melihat Dannia yang batuk teruk akibat tersedak.  
“Aku lapar la. Ada masalah ke?” tanya Dannia selamba.
“Ei geram betul aku. Tak ada perasaan teruja langsung la kau ni. Memang hati kayu la.” Dannia langsung tidak ambil hati dengan kata kata Amira. Sudah terbiasa dengan mulut celupar gadis itu setelah beberapa bulan mengenali Amira.
“Dah tu kau nak suruh aku buat apa? Terpekik melolong ke?” Dannia bertanya geram.
“Dah la tu Mira, Nia. Jom la kita makan. Dah nak habis waktu lunch ni.” Zaleha pantas menyampuk. Dannia kembali menyuap nasi ke dalam mulutnya. Kalau bertekak dengan Mira ni sampai besok pun takkan habis punya..
   


Dannia merebahkan badannya di atas tilam. Huh leganya dapat berehat. Bolehlah meregangkan otototot yang bekerja keras ni. Hari ini dia pulang lewat lagi. Kerja yang menimbun di atas mejanya cuba disiapkan seadanya. Malas mahu dibawa pulang. Nanti pasti ada barang yang tertinggal apabila mahu menyiapkan kerja.
Dannia terkebil-kebil memandang siling. Cuba mengingati butir bicara Amira petang tadi yang masih terngiang ngiang di telinganya. Siapa Dato’ Iskandar yang diceritakan oleh gadis itu. Adakah orang yang sama? Adakah kini dia sedang bekerja di bawah anak syarikat mertuanya. Hatinya berlagu bimbang jika itu hakikat yang sebenar-benarnya.
 Mengenangkan dirinya belum lagi solat isyak, terus dicapai tuala ke bilik air, membersihkan diri dan mengambil wuduk. Begitulah kehidupan hariannya yang diisi. Sengaja dia menyibukkan diri untuk melakukan kerja supaya dirinya tidak mengingati kisah lalunya.
            “Nia, kau tengok tv ke atau tv yang tengok kau ni?” bantal yang berada di ribanya pantas dibaling. Bingo. Tepat mengena muka Hanna. Mengekek Dannia ketawa. Padan muka, kacau lagi.
“Main kasar nampak” dicapai bantal semula dan lontarannya macam biasa, tidak mengenai wajahnya. Hanna mendengus geram.
            “Kau ada masalah ke? Semenjak dua menjak ni aku tengok kau asyik termenung je. Teringat kat family kau eh?” Hana menyerkap jarang. Manalah tahu jika jeratnya mengena.
“Sampai bila kau nak macam ni Nia. Eh, kau tak rindu keluarga kau ke?” senyap lagi.
“Hai dinding, bercakap la, jangan la senyap sunyi aje.” Hanna cuba memancing suara Dannia.
“Kau jangan nak perli aku pulak Hanna. Kau nak kena lempang eh?” Hanna mencebik.
“Cantik sangat la tu buat macam tu”
            “Hek eleh, da memang aku cantik la.”perasan betul minah ni. Angkat bangkul sendiri la pulak.
“Yelah tu. Perasan betul kau ni. Bila la kau nak berhenti memuji diri sendiri ni?” menyampah pulak tengok si Hanna ni. Macam macam ragam. Layan jelah dapat housemate macam ni. Daripada duduk teringat benda benda yang boleh mengguris perasaannya lebih baik layan si Hanna ni bersembang.
            Hanna yang perasan melihat wajah sahabat yang dianggap adiknya itu cuba bercerita kisah harian mereka. Hatinya turut sakit mengenangkan nasib yang menimpa Dannia. Tidak habis habis dirinya ditimpa musibah. Bukannya dia tidak tahu kisah suka duka gadis itu. Boleh dikatakan semua rahsia kisah hidup suka duka Dannia disimpan rapi olehnya. Takkan dibiarkan sesekali orang lain menyakiti perasaan temannya yang satu itu. Sesekali Dannia akan dibawa ke kampung halaman. Keluarga Hanna sudah menganggap Dannia sebahagian daripada mereka. Setiap tahun Dannia akan dibawa pulang ke rumah keluarganya di kampung. Malah ahli keluarga Hanna amat rapat dengan Dannia terutama abangnya yang tengah. Jarak umur mereka yang berbeza tiga tahun bukanlah ukuran untuk terus rapat. Malah keluarga Hanna amat senang dengan kehadiran Dannia.
            “Hujung bulan kita balik kampung aku eh?”
            “Kenapa nak balik kampung? Ada kenduri ke?” soal Dannia setelah lama mendiamkan diri.
            “Kau ni lupa ke, kan ke sekarang ni musim buah. Lagi satu abang Man nak kahwin kan?” Dannia menepuk dahi. Lupa da.
“Aku lupa la. Nasib baik kau ingatkan, kalau tak mengajuk la abang Man. Jenuh aku nak pujuk pulak.” Hanna menggeleng kepala. Teringatkan abangnya yang sulung itu yang pernah mogok dengan Dannia kerana tidak dapat pulang dimajlis pertunangannya. Bukan kerana sengaja, tapi dia menghadiri kursus di Melaka.
“Lagi dua minggu kan” Dannia mengira tarikh yang semakin hampir.
“Aku nak beli apa ek kat Abang Man dengan Kak Tika tu” tangannya meletakkan di atas mulut sambil mengetuk perlahan. Mulutnya dimuncungkan.
            “Kau ada idea ke Hanna?”
            “Hah, er aku tengah pikir la ni. Nak bagi apa eh?” setelah beberapa lama mereka berfikir. Ting! 
“Apa kata kita bagi tiket honeymoon nak?” bulat mata Hana memandang Dannia.
            “Kau ni biar betul. Banyak tu kos nak guna. Kebulur aku macam ni” Tak boleh.
            “Kau ni, bukan kau sorang la. Kita share la, amacam.” Dannia tak mahu mengalah.
“Tak de idea lain ke?”. Hana cuba mencari idea lain.
Nope”. Jawabnya Nia pantas.
“Ala sekurang kurangnya dorang tu ada la kenangan, bila dorang teringat honeymoon, mestila teringat kat kita.”
            “Eh apesal pulak?” Hanna cuba mencari jawapan.
            “Kau ni apesal lembab sangat malam ni. Selalunya cepat jer pikat. Kau makan semut ke?” Dannia melambakkan tawanya.
“Kau ni kan, buat aku sakit hati la pulak.” Hanna menjeling sekilas. Huh.
            “Ala nak touching plak” Dannia masih lagi dengan sisa ketawanya. Kelakar betul muka Hanna dirasakan waktu itu. Masam mencuka. Setelah ditambah ditolak didarab dan dibahagi. Kata sepakat telah diambil untuk membeli 2 tiket percutian ke Langkawi untuk Abang Man dan Kak Tika.
            “Hah besok kita pi picnic nak? Dah lama tak lepak ni. Ko ajak la Mira tu. Aku ni dah lama tak sembang ngan Mira kepoh tu. Layan gossip best jugak ni.” Sengihan nakal diukir. Hanna ni memang la, suka sangat layan gossip tu. Duk sembang 4 hari 4 malam pun belum tentu habis lagi.
            “Best jugak tu. Kau call la Mira tanya dia. Set place and time.”

Ok set” dia tersenyum apabila membayangkan detik detik yang akan diluangkan pada hujung minggu. Wah bahagianya...


Thursday, June 14, 2012

BAB 26 [KASIHKU YANG SATU]

Bab 26

Kereta Mini Cooper milik Dannia mula memasuki perkarangan banglo putih yang mewah. Dannia segera memarkirkan keretanya di garaj kereta disebelah kereta mewah milik papa dan abangnya yang lain. Sebaik sahaja Dannia melangkah menghampiri pintu, Puan  Sri Kamilia sudah berdiri tegak dan anggun sambil tersenyum manis di muka pintu. Senyuman Dannia semakin melebar melihatkan wanita yang dirinduinya.
            “Assalamualaikum mama.” Dannia berlari anak mendapatkan Puan Sri Kamilia yang berdiri di hadapan pintu masuk lalu dipeluk erat. Tangan wanita itu dicium penuh sopan dan penuh rasa kasih. Terlerai sudah pada mamanya yang tercinta.
            “Waalaikumsalam sayang. Isya dari mana ni?” Puan Sri Kamilia membalas pelukan Dannia dan mengucup sayang pipi anak perempuan tunggalnya. Muka Dannia yang agak kemerah-merahan dek kerana terkena cahaya matahari di pandang sayang.
            “Dari rumah sewa la ma. Tadi pergi shopping barang dapur dengan Hanna. Ni, Isya ada belikan buah dan sayur. Erm..Isya lapar la mama.” Dannia mengusap perutnya dan menarik Puan Sri Kamilia beriringan dengannya. Sejak dari tadi dia mengidamkam masakan mamanya. Rindu benar dengan masakan Puan Sri Kamilia. Tangannya masih lagi menjinjit plastik yang berisi buahan dan sayuran yang dibelinya tadi. Di ruang tamu, Dannia meliarkan matanya mencari penghuni yang lain. Mana perginya semua orang ya? Desisnya perlahan.
            “Papa dan abang mana?” Soalnya apabila kelibat manusia yang turut menghuni di rumah itu langsung tidak kelihatan. Ruang tamu begitu kosong. Selalunya Zafrey dan Ezmiel selalu berada di ruang tamu, berbaring di sana dan meluangkan masa mereka dengan bermain game. Hari ini pula entah ke mana semuanya menghilang.
            “Papa keluar jumpa kawan. Abang Ezmiel mana lagi kalau tak menempel dengan girlfriend dia tu. Pening kepala mama ni, nakal tak bertempat. Ada saja anak gadis orang yang dikeleknya. Abang Zrey outstation kat London, malam ni baru sampai.” Mama dah mula membebel, Dannia tersenyum melihat wajah mama yang mulutnya macam berteh jagung. Puan Sri Kamilia memang begitu, selalu mengadu padanya jika hal Ezmiel dibabitkan.
            “Biar la Abang Ez tu, nanti berubah lah bila dah jumpa perempuan yang betul-betul dia sayang.” Dannia membela Ezmiel. Mamanya kalau sudah membebel pasti panjang. Sampai malam tak habis gamaknya.
            “Betullah tu cakap Isha. Macam la mama tak faham anak handsome mama ni.” tiba tiba muncul Ezmiel dibelakang Dannia yang tersengih macam kerang busuk, namun masih kacak di pandangannya. Kepulangan Ezmiel langsung tidak disedari, terlalu asyik mendengar Puan Sri Kamilia membebel sehingga bunyi kereta langsung tidak singgah di telinganya.
            “Abang Ez.” Dannia berteriak kecil, lantas badan Ezmiel dipeluknya sebelum merangkul lengan Ezmiel.
            “Isya rindu giler kat Abang Ez.” Ezmiel ketawa melihat keleteh Dannia. Tubuh kecil Dannia dipeluk mesra. Bertuah memiliki Dannia kerana adiknya selalu menyebelahi dirinya apabila berada di dalam kesusahan. Terutamanya masalah jika berkenaan teman wanita, dia dan Dannia begitu serasi apabila soal temannya itu dipersoalkan. Dannia yang selalu menyebelahinya menyebabkan dia begitu senang untuk meminta pertolongan.
            “Abang Ez pun sama. Kenapa dah lama tak balik ni?” kini bahunya pula dipeluk. Tangan Ezmiel yang masih bebas mengusap lembut kepala adik kesayangannya itu.
            “Apa pulak, kan Isya dah balik ni.” Wajah segera dimasamkan. Bukan marah sangat dengan Ezmiel, sengaja mahu mengusik lelaki itu. Hehe..
            “Ala, Abang Ez tanya aje, tengok ni ma, anak kesayangan mama ni dah muncung pulak. Kalah muncung itik.” Senang hatinya melihat adik yang manja. Manja semula jadi, bukan macam teman wanitanya yang lain, tergedik gedik macam itik tergesel gesel macam kucing parsi minta dimanjai, manja yang sengaja dibuat buat. Kalau boleh, biarlah bakal isterinya bersikap seperti Isya. Pasti mana mana jejaka yang mendapat isteri seperti Isya bertuah. Hanya seorang sahaja lelaki yang bodoh yang mengsia-siakan hidup adiknya.
            “Malas la Isya nak layan Abang Ez ni. Naik dulu ya mama. Kejap lagi Isya turun tolong mama sediakan makan malam ok? Assalamualaikum” Dannia pantas berlalu menaiki biliknya yang berada di tingkat tiga. Adoyai, jauhnya bilik aku. Tu lah, dulu beria ria sangat nak bilik paling atas, dapat hirup suasana nyaman la, itulah inilah. Sekarang baru padan muka.
            Dannia memanjat tangga menuju ke bilik ingin merebahkan diri di atas katil. Letihnya masih terasa. Bum!! Badannya dihempas ke atas katil empuk. Ahh..nikmatnya terasa. Dia mengerdipkan matanya beberapa kali. Rasa selesa sungguh dengan keadaan sekarang. Lama dia termenung sebelum wajah lelaki itu muncul kembali di ruang matanya. Benarkah lelaki yang ditemuinya adalah Harith? Lama dia cuba mengamati seraut wajah Harith yang terlayar diingatannya. Lelaki itu kini nampak lebih matang. Lebih berkarisma dan semakin hensem.
            Ah, lelaki itu sememangnya dari dulu lagi kelihatan kacak pada pandangan matanya. Sejak dahulu lagi...bunyi dentingan jam di dinding luar biliknya pantas mengembalikannya ke alam realiti. Dannia mengerling sekilas ke arah skrin i-phonenya. Alamak, asar belum lagi, dah nak masuk pukul enam ni. Haila...matanya yang terpejam dibuka luas luas, tuala di dalam almari dicapai sebelum menuju ke bilik air. Mandi terus lah, dah melekit seluruh badan ni. Dah bau macam kambing gurun pula. Uwekk..
            Lepas solat Maghrib, barulah Dannia turun tunjukkan muka. Dia menuju ke dapur untuk menurut serta memasak. Boleh belajar dengan Mak Jah dan Kak Siti. Masakan Mak Jah dan Kak Siti terror taw. Jangan main main.. asyik dengan kerja kerja memotong sayur, Dannia masuk ke ruang dapur terhendap hendap bagaikan seorang pencuri yang mahu menyamun mangsa. Dannia memberi isyarat manakala jari telunjuk diletakkan di bibir kepada Kak Siti yang menyedari kehadirannya di dapur. Makin lama semakin dekat, semakin hampir dan...
            “Huargh” Dannia membuat suara kasar persis seorang lelaki. Mak Jah yang terkejut menjerit kuat, mulutnya melatah latah bahasa yang bukan bukan. Nak kata vietnam bukan, filipina pun bukan, korea jauh sekali. Tangan pula usah dikata, macam bersilat gayanya. Silat gayung kot. Dannia dan Kak Siti sudah terguling guling ketawa, masing masing memegang perut. Senak perutnya macam nak terburai isi perut melihat gaya lucu Mak Jah. Hahahaha lawak lawak..
            “Isya! Terkejut Mak Jah tahu. Kalau Mak Jah ada sakit jantung macam mana? Tak ke dah lama jalan?” setelah kembali normal, barulah Mak Jah bersuara. Suaranya sengaja dikeraskan. Kus semangat aku, hey budak ni memang la. Geram betul aku. Balik je mesti aku yang kena. Sekali sekala apa salahnya kenakan Siti tu. Aigo! Hah, kan dah keluar ayat Korea, dah terikut ikut dengan Isya pula.
            “Isya tau Mak Jah tak ada penyakit tu, sebab tu lah Isya berani.” Dannia duduk almari yang besar berdekatan dengan Mak Jah. Badannya yang ringan memudahkan dirinya menyelit disitu. Kalau mamanya nampak habislah. Ketawanya masih lagi belum berhenti, susah betul nak stop.
            “Hah, selalu menjawab bila Mak Jah bercakap. Isya..Isya..ni balik berapa hari?”
            “Hari Isnin pagi Isya balik la. Pergi kerja terus, nak duduk lama sikit. Isya faham Mak Jah dah rindukan Isya.” Dannia mengekek ketawa apabila melihat Mak jah mencebikkan bibirnya.
            “Perasan la kamu ni. Entah perangai siapa yang diikutnya.” Mak Jah kembali menyiapkan kerja yang terbengkalai akibat sergahan tadi. Tersenyum kecil Mak Jah terdengarkan kata kata Dannia. Memang rindu pun. Hehehehe.. tau tau aja Isya ni. Dannia yang sudah dianggap sebagai anaknya sendiri. Sayangnya pada Dannia makin hari makin bertambah. Satu satunya puteri tunggal keluarga majikannya. Kehadiran Dannia menceriakan banglo mewah dan kehidupan penghuni itu.
            Mendengarkan ayat itu, Dannia melompat turun lalu badan gempal Mak Jah dipeluknya dari belakang. Dagunya diletakkan keatas bahu Mak Jah.
            “Ye ke Mak Jah tak rindukan Isya ni?” saja mahu memprovok sekali sekala.
            “Tak pun. Entah siapa yang rindu dia. Tak ada masa nak miss miss orang”. Wah terspeaking pulak. Dannia tergelak halus. Lucu betul.
            “Tak apa la kalau dah tak ada orang nak rindu Isya, nak balik la kalau macam ni.” Tangannya perlahan mahu melepaskan pelukan itu. Tiba tiba...
            “Aik awalnya mengalah? Biasa bukan main lagi. Mak Jah gurau je lah. Nak touching touching pulak. Mestilah mak Jah rindu dekat anak Mak Jah ni. Puas hati.” Dannia tergelak lagi, itulah Mak Jah suka sangat speaking, bila dah keluar satu perkataan mesti diulang ulang. Contohnya book book, sorry sorry... Dah macam lagu Super Junior pulak.
            Di sebalik dinding yang memisahkan ruangan dapur dan ruangan makan, Puan Sri Kamilia dan Tan Sri Raziff mengintai anak gadisnya yang nakal tak bertempat. Tak padan dengan isteri orang. Bersyukur sangat pada Illahi kerana dipertemukan semula dengan puteri kandungnya. Mereka melangkah menuju ke arah Dannia yang leka berborak dengan Mak Jah.
            “Apa yang Isya sembang dengan Mak Jah ni?” Suara Tan Sri Raziff menyebabkan Dannia menoleh ke belakang. Senyuman dihadiahkan.
            “Hai papa” Dannia pastas meleraikan tangannya dari melingkari bahu Mak Jah, dia kini menuju ke arah Tan Sri Raziff untuk bersalam.
            “Assalamualaikum” Opps terkena sudah. Dannia tersenyum sumbing.
            “Waalaikumsalam Warahmatullahi Wabarakatuh” panjang Dannia menjawab salam Tan Sri Raziff yang menyindirnya. Tangan papanya disalam dan dikucup. Puan Sri Kamilia dan Mak Jah tergelak gelak, Kak Siti pula terkemut kemut mulut mahu ketawa, sedaya upaya ditahan. Takut la tu. Papa ni sengaja nak kenakan aku,tapi silap aku jugak sape suruh tak bagi salam. Haila...tapi tak pe, ada ubi ada batas, ada hari, tunggulah Cik Isha yang cun melecun ni balas. Jaga jaga...
            “Isha buat apa kat sini? Kacau Mak Jah ya. Piat jer telinga Isya ni lain kali Mak Jah, kalau dia kacau Mak Jah buat kerja.” Dengan selamba, Tan Sri Raziff bertanya pada Isya dan sekaligus menitipkan pesan pada pembantu rumahnya. Muka Dannia yang kelat tidak dipandang, cover daripada ketawa.
            “Apa pula kacau Mak Jah. Isha tolong ni..” Meleret suara Dannia membela dirinya sendiri. Nak harapkan Kak Siti, kirim salam jelah.
            “Tolong apa Isya? Tolong tengok ya?” Puan Sri kamilia mencelah tiba tiba.
            “Hah, eer, yalah eh taklah. Isya tolonglah.” Dannia mencari alasan, tangannya digaru garu kepala. Alasan apa ya?
            “Dah dah jangan nak digaru kepala tu. Ada kutu ka apa kat atas tu?” usik Puan Sri Kamilia nakal.
            “Mama ni, mana ada. Kepala Isha ni bersih, suci dan murni dari sebarang makhluk penghisap darah tu.” Rambutnya yang sedikit serabai disisir dengan jari. Guna tangan pun boleh.
            “Isya pergilah bersiap, Abang Ez nak ajak kamu ambil Abang Zrey kat airport kejap lagi.” Pesannya sambil menyusun pinggan mangkuk yang akan digunakan nanti untuk makan malam mereka.
            “Abang Ez mana? Tak nampak pun?” soalnya apabila Puab Sri Kamilia usai berpesan.
            “Ada kat bilik. Kejap lagi dia turunlah.” Mendengarkan ayat itu, Dannia berlari menuju ke tingkat atas, bilik yang dihuni untuk menyalin pakaian. Mereka yang berada di ruangan itu hanya menggelengkan kepala apabila Dannia berlari anak tanpa menghiraukan pandangan papa dan mamanya
 Erm, t-shirt lengan tiga suku and jeans putih. Ok la tu. Rambutnya yang cantik dibiarkan lepas bebas. Cekak purple dipakai secocok dengan warna bajunya purple terang menyerlahkan kulit putihnya. Dikenakan dengan sandal purple bertali. Oraite.. Cun melecun. Perasan kau Dannia... Hehehehe. Lima belas minit, dia menuju ke arah kereta mewah milik Abang Ez dan  mereka bertolak menuju ke KLIA walaupun masa ada lagi satu jam setengah. Katanya ada hal sekejap. Entah apa-apa la Abang Ez ni, hatinya tiba tiba berasa kurang enak. Bulu romanya tiba tiba meremang. Petanda apa ni?



            Dannia meliarkan mata seakan akan mencari kelibat seseorang. Mukanya sengaja dimasamkan tanda protes. Sakit hatinya sesekali mengingatkan perangai Ezmiel. Dirinya dijadikan kambing hitam sekali lagi untuk memutuskan perhubungan dengan teman wanita barunya. Sudah berapa musuh yang mengelilinginya, tak terbilang, tak tenang hidupnya apabila teman wanita Ezmiel menyerang secara tiba tiba. Dia pula tak mampu menolak permintaan dan rayuan abangnya. Aduhai. Semput nafas aku kalau  macam ni. Dalam setahun hampir  15 orang kot. Entah perangai siapa yang diikutnya.
            Teringat akan perbualan tadi, hatinya semakin panas. Ezmiel di depannya tak habis habis membuat muka simpati. Setiap kali mata bertembung dengan mata hitam pekat milik Ezmiel, dijelingnya tajam. Patutlah seram semacam je tadi time masuk dalam kereta, pasal ni rupanya. Memang seram pun, silap haribulan boleh masuk wad gila melayan pertanyaan sinis dan amukan girlfriend Ezmiel.
            “Abang Zrey sampai  pukul berapa?” soalnya perlahan.
            “Katanya pukul 11 malam.” Ezriel memandang sekilas wajah Dannia. Hatinya masih resah mahu meminta pertolongan Dannia. Bimbang Dannia marah dan merajuk. ‘Macam mana ni ek? Duduknya tak tenang, asyik tidak selesa aje ditempatnya, macam kucing nak beranak. Cool Ezriel, pasti boleh’.
            “Awalnya. Sekarang kan baru pukul lapan setengah. Kenapa nak bertolak awal sangat?” Dannia masih lagi tidak perasan akan resah Ezmiel. Pertanyaan Dannia tidak dijawab.
            “Abang Ez” Dannia menerjah kuat. Hairan dia melihat Ezmiel. Termenung ke apa? Hish, sakit tengkuk aku menjerit.
            “Apa?” Ezmiel yang ternyata terkejut terjerit kuat mendengar lengkingan Dannia. Cair taik telinga aku. Pakai mike ke budak ni?
            “Apa, apa? Sepatutnya Isya yang tanya Abang Ez. Sakit tekak Isya panggil abang. Ada masalah ke?”
            “Hah, er abang nak mintak tolong Isya. Hidup mati abang.” Ezmiel menggaru garu kepala.
            “Hidup mati? Kali ni siapa pulak Abang Ez. Abang ni memangkan? Suka main mainkan perasaan orang. Nanti kalau terkena pada Abang Ez baru padan muka.” Aku dah agak dah, memang tak ada masalah lain. Nak mengorat memang bagi kat dia ni. Nak clash bagi kat aku.
            “Isya please tolong abang Ez. Budak ni payah la. Dah banyak kali abang Ez bagitahu dia, dia buat buat bodoh je.” dia sudah tidak nampak jalan lain selain meminta pertolongan Isya. Harapannya.



            “Hai darling”
            “Er hai Iera. Duduklah.” Ezmiel menjemput perempuan seksi dihadapannya. Terbuntang mata Dannia melihat gadis dihadapannya. Amboi seksanya.. dengan baju bertali halus yang singkat dan pendek yang menampakkan perut. Skirt pendek paras peha menyerlahkan paha yang putih. Rambutnya yang diperangkan. Beristighfar panjang melihat gadis itu. Mata Dannia menjeling tajam melihat Ezmiel yang tersengih sengih. Apa punya taste la Abang Ezmiel ni. Macam orang tak cukup pun ya. Ntah apa apa.
            Macam familiar je muka dia ni. Sape ek? Dannia sedaya upaya mengingati seraut wajah itu. Athirah!! Baru teringat akan seseorang yang telah menjadi musuhnya secara rasmi. Tak mungkin. Takkanlah girlfriend Abang Ez si Athirah. Tapi bukan ke Abang Ez nak clash dengan minah ni. Good, my chance. Bisik hati jahatnya. Bila lagi nak balas dendam kat dia ni. Its show time..! hahahahha Dannia gelak jahat dalam hati. The show is begin..
            “Bie, siapa ni? Teman sekerja ke?” Dannia berpura pura bertanya. Dalam hatinya tergelak jahat...
            “Sayang, ni kenalkan kawan Bie. Athirah.” Tangan Ezriel mengenggam tangan Dannia di atas meja. Wajah Athirah berubah melihat perlakuan mesra kekasih hatinya. Bie? Sayang? Jadi siapa dirinya pada Ezmiel?
            “ Apa ni darling? Siapa perempuan ni?.” Bengang dengan dua manusia dihadapannya.
            “My love. Future fiance and will be my wifey so soon. Isha” selamba muka Ezmiel. Tangannya melingkari bahu Dannia.
            “What! Tunang? You jangan main main dengan I Ez. You bergurau aje kan?” mukanya cuak. Matanya menjeling melihat wajah gadis yang berjaya meraih sekeping hati Ez. Wait!
            “Dannia. Kau Dannia kan?” jeritnya kuat. Mata mata yang memandang tidak dihiraukan. Seraut wajah yang selama ini didendaminya tak mungkin dia lupakan.. Hatinya bertambah sakit hati dan cemburunya makin bertambah, dendamnya makin membara. Dannia sekarang bertambah cantik, kulitnya yang putih melepak. Kau memang bernasib baik Dannia. Dari dulu hingga sekarang.
            “Athirah?” Dannia berpura pura lagi. Senyuman yang terukir di bibirnya sedaya upaya di tahan nak dikawal supaya tidak nampak canggung. Hatinya ketawa lucu melihatkan mula Athirah yang sudah berkerut menahan marah.
            “Ez, sampai hati you buat I macam ni. Apa kurangnya I Ez? I sanggup buat apa sahaja untuk you. And you, betina. Berani kau rampas boyfriend aku.” Athirah sudah tidak dapat menahan kemarahannya, dia lantas bangun dan menarik tangan Dannia bangun bersama lalu ditolak sekuat hatinya. Dannia yang tak menjangka perlakuan Athirah sedikit terdorong ke belakang, namun sempat ditahan oleh Ezmiel di sebelahnya. Fuh, selamat kalau tak free je cium lantai KFC ni. First class kot. Athirah  mara mendapatkan Dannia, tangannya tinggi diangkat untuk menampar wajah cantik milik Dannia. Belum sempat tangan itu singgah dipipi Dannia, seseorang telah menghalang.
            “Iera. I dah lama bersabar dengan kerenah you. Dah berbuih mulut I ni beritahu you perkara yang sama. I tak pernah cintakan you, Never. We just friend. Kenapa susah sangat nak faham ni?” bentak Ezmiel geram apabila melihat sewenang-wenangnya Athirah menolak Dannia. Nasb baik dia sempat menghalang, kalau tidak pasti jenuh untuk bersoal jawab dengan papa dan mamanya jika adiknya ini terluka.
            “No, I tak boleh terima bila you pilih betina ni.” Jari telunjuk dihalakan tepat pada wajah Dannia.
            “Dah la Bie, Isya nak balik. Bincanglah elok-elok. Bye” Dannia melangkah meninggalkan Ezriel dan Athirah.
            “Mulai hari ni, I tak nak jumpa you lagi. And one more thing, no more call and message. I hope you will find someone else who is better than me. Goodbye.” Hatinya tenang. Tiada lagi gangguan selepas ini. Dia ingin retired dari dunia kasanova. Itu nekadnya. Ezmiel berlari anak mengejar Dannia yang semakin menjauh darinya.
Di suatu sudut, sekeping hati  membara menahan api cemburu melihat adegan yang menarik ramai perhatian pengunjung di situ. Disabarkan hatinya. Dia tidak mahu bersikap terburu buru..
            ‘You will deserved that Dannia, tak apa hari ni hari kau, tengoklah nanti bagaimana aku dapat jatuhkan kau. Wait and see’ Athirah memerhati mereka dari jauh sehingga hilang dari pandangan matanya dengan penuh api dendam.
           


            “Abang Zrey” Dannia menjerit nama abang sulungnya apabila melihat Zafrey melambaikan tangan ke arah mereka berdua. Langkahnya laju menuju ke arah Dannia dan Ezmiel yang berada tidak jauh. Gembira betul melihat adik perempuannya. Rindunya pada wajah yang satu itu, langkahnya semakin lama semakin hampir, semakin dekat, semakin rapat lantas tanpa pamitan tubuh Dannia melekat ditubuh sasanya. Rindunya pada Dannia sudah lama ditanggung. Sudah berbulan dia tidak melihat wajah itu. Rindunya menggebu pada gadis kecil itu.
            “Hai sayang. Miss you so much. Isya sihat?” Zafrey memandang Dannia, sedikit pun tidak mempedulikan Ezmiel yang berada di tepinya.
            “Ha’ah, sihat. Wah.. makin bertambah hensem la Abng Zrey ni..” ujar Dannia ingin mengusik Zafrey. Dannia ketawa kecil apabia Zafrey menaikkan keningnya yang sudah sedia lebat.
            “Amboi kau. Aku ni langsung kau tak pandang. Ingat sikit aku pun jemput kau jugak.” Ezmiel mencerlungkan matanya, malah dia segera menyelit di tengah antara Dania dan Zafrey.
            “Eh, kau pun datang rupanya. Baru perasan. Kalau kau tak bunyi mulut tadi, memang aku dah lupa kat kau”. Zafrey dengan selamba membalas usikan Ezmiel. Dannia pula sekadar melihat kedua dua abangnya bergurau. Memang senang hatinya melihat keakraban pada kedua dua wajah yang selalu ceria. Macam kembar padahal umur mereka berbeza tiga tahun.
            “Dah la cik abang berdua, tengok jam sekarang dah pukul berapa ni? Hampir tengah malam tahu tak. Nanti papa dan mama bising pula. Jom” Dannia menarik kedua dua tangan lelaki. Tangan kirinya memegang tangan Ezmiel, manakala sebelah lagi memegang tangan Zafrey. Tarikan Dannia langsung tidak menganjak dari posisi asal. Dia memandang muka lelaki di depannya yang sudah menahan senyum. Nak sakat aku lah tu, dua orang ni kalau jumpa mesti otak tak betul. Ada je yang nak dibuat dalam kepala otak diorang ni.
            “Dah jangan nak mengada ngada. Isya malas nak layan lawak korang ni. Isya dah ngantuk la. Jomlah. Kita sambung esok je ok?” Dannia melangkah laju ke depan mahu melarikan diri daripada usikan mereka berdua. Takut gurauan yang bakal dikenakan ke atasnya, dua lelaki itu, kalau mengenakan orang pasti akan menyebabkan dia hampir menangis. Tapi belum menangis lagi tahu...
Melihatkan Dannia yang semakin jauh, Zafrey berlari anak mengejar langkah Dannia. Ezmiel yang juga melakukan perkara yang sama setelah jauh ditinggalkan dibelakang. Zafrey merangkul bahu adik kesayangannya mesra, sebelah lagi memegang beg yang dibawanya. Mereka berjalan sambil berbual mesra langsung tidak dihiraukan Ezmiel yang jauh dibelakangnya. Pasti abangnya yang satu itu akan masam mencuka serta mulutnya memuncung dan merajuk. Pasti. Biar, rasakan. Hehehehhe...
Kemesraan itu jelas terpamer, tanpa mempedulikan orang ramai, seakan akan sudah lupa orang sekeliling. Tanpa disedari, sekali lagi seseorang yang berada tidak jauh dari situ memandang dengan hati yang panas membara, walaupun disebelahnya berdiri seorang gadis yang cantik.



            Dalam satu hari, sudah tiga kali bertemu Dannia walaupun tidak bersemuka dengannya secara face to face. Sekurang kurangnya dia sudah tahu Dannia berada ibu kota, dia sangat pasti Dannia bekerja di sekitar Kuala Lumpur. Hanya suatu yang dikhuatirinya sekarang, lelaki yang ditemui di KFC. Siapa dia? Kenapa dia mengaku Dannia bakal tunang dan isterinya? Sangat yakin dengan kata kata itu. Sudah lupakah Dannia akan statusnya yang masih beristeri orang? Dannia langsung tidak perasan akan kehadirannya di situ. Harith melihat sahaja adegan yang berlaku di hadapannya. Walaupun hatinya berasa sakit, cuba dikawalnya seboleh yang mungkin, tidak mahu Julia perasan.
Dia sengaja mengekori Dannia. Namun dirinya sekali terkejut apabila dia mahu masuk ke balai berlepas, sekali lagi melihat Dannia bersama dengan lelaki yang pernah bersama dengan gadis itu tiga tahun yang lepas. Mana mungkin dia lupa pada anak lelaki berkorporat. Dah jadi playgirl ke dia ni? Hatinya tidak tenteram dengan perubahan Dannia. Sakit otaknya memikirkan hal Dannia.
Siapak lelaki itu di sampingnya di KFC? Mereka kelihatan rapat, kekasihnya kah? Nak dikatakan abang, dia mengenali abang-abang Dannia. Tak mungkin abangnya, dia masih belum hilang ingatan, masakan dia tidak mengenali abang-abang iparnya sendiri. Sakit matanya melihat bahu Dannia yang dirangkul erat oleh lelaki itu. Hatinya bertambah sakit saat dahi Dannia dikucup oleh lelaki itu. Naik juling matanya melihat adegan itu. Terasa tergugat dirinya melihat penampilan lelaki kacak di sisi Dannia. Cukup bergaya persis seorang model.
Mahu sahaja dia meluru untuk mendapatkan Dannia. Namun dirasakan tak mungkin untuknya. Tidak sepatutnya dia menunjukkan mukanya pada Dannia. Tapi yang pasti dia pasti akan bersua muka dengan isteri kesayangannya. ‘tak lama lagi’ desis hati kecilnya. Biarkan semuanya tenang dahulu, dia akan bertindak perlahan lahan.