Bab
23
Dannia
melangkah masuk ke dalam bilik bersebelahan dengan bilik Zafrey. Itu pun dia
tahu apabila ternampak tanda nama yang diletakkan di muka pintu bilik.
Bersebelahan bilik kanannya pula bilik Ezmiel. Itu bermaksud biliknya berada di
tengah tengah antara keduanya. Wah, ada bodyguard ni..bagus betul.
Pintu bilik yang terukir namanya di buka
perlahan lahan. Wah!! Hampir terbuntang biji matanya apabila melihat warna
bilik yang dihias cantik. Warna putih dan purple, cantik. Memang kena dengan
citarasanya. Rasanya inilah kali pertama dia berasa puas dengan memiliki bilik
yang begitu cantik sepanjang dia singgah di muka bumi ini. Sebelum ini memang
dia selalu mengimpikan sebuah bilik yang cantik dan mewah.. namun tak sangka
angannya akan menjadi realiti. Apatah lagi dirinya kini merupakan anak jutawan.
Terasa semuanya seakan mimpi.
“Cantiknya..” desisnya perlahan.
Zafrey di belakang hanya memerhati tingkah Dannia. Dannia pula tidak sedar akan
gerak gerinya diperhatikan oleh lelaki itu. Terlalu asyik dengan pemandangan
dihadapannya..adakah dia bermimpi di siang hari? Dannia mencubit perlahan
pipinya yang gebu. Auch! Sakitnya.
“Isya tak mimpi lah. It’s reality..” Zafrey tergelak kecil. Pertama
kali memanggil Dannia dengan panggilan manja gadis itu terasa mahu tergeliat
lidahnya. Zafrey ketawa lucu dengan tingkah Dannia yang selalu mencuit hatinya.
Keletah dan gelagat yang keanak anakkan adik bongsunya itu terlalu menenangkan
hati walaupun hanya selamba. Hatinya berlagu riang dengan kedatangan ahli baru
dalam keluarganya. Kedatangan yang ditunggu tunggu selama belasan tahun
akhirnya muncul juga. Terasa macam bermimpi adiknya kini berada di depan mata.
“Abang Zaf, mana Abang Ez tak nampak
batang hidung pun?” Dannia mula mencapai baju yang terlipat elok di dalam beg
lalu dikeluarkannya. Bajunya itu perlu di susun ke dalam almari. Semak matanya
melihat dengan perbagai beg bermacam saiz yang terdampai di lantai ruang
biliknya. Dannnia mula bertanyakan kelibat abang keduanya yang tidak nampak
semenjak dia tiba di rumah agam itu. Tangannya lincah mengambil satu persatu
pakaian untuk dimasukkan ke dalam almari. Cuma pakaian kecilnya masih berada di
dalam beg itu. Malu dengan Zafrey yang berada di biliknya itu. Rasa segannya
masih menebal walaupun Zafrey adalah abang
kandungnya.
“Mana lagi, duk enjoy dengan aweks
dia la.” Ujarnya seraya melangkah menuju ke arah katil empuk milik gadis itu.
Terasa lenguh kakinya yang sedari tadi berdiri. Lalu dihempas badannya ke atas
katil itu. Umph.. bestnya dapat meregangkan urat. Lirikan mata Dannia yang
menjeling dibiarkan sepi. Tak Takut pun.. hehehehehe.. mukanya diselambakan
seolah tidak nampak akan renungan maut itu.
“Owh ya.. bila dia balik?” Tangannya
masih lincah mengemas. Ingatnya bila dah ditunjukkan bilik lelaki itu akan
keluar, ermm hampeh, selamba dia landing atas
katil berhias cantik. Dia sendiri pun belum rasmi lagi.
“Entah, selagi tak malam memang tak
nampak batang hidung budak tu. Petang ni abang nak ajak beli barang sikit. Kita
keluar eh?” Zafrey berura ura mahu mengajak Dannia keluar. Dia mahu meluangkan
masa bersama dengan Dannia, inilah peluangnya yang ditunggu selama ini. Keluar
dengan adik perempuannya. Boleh lah dia tunjukkan adiknya yang cun melecun ni
kat kawan kawannya. Biar terbuntang mereka semua yang selamba mengata kat aku
tak ada awek. Huhuhu...ambil kesempatan betul kau ni Zafrey. Selepas ini pasti
hilang gosip yang buka-bukan mengenainya di pejabat.
“Nak keluar buat apa?” Tangannya berhenti
daripada menyusun baju. Kini dirinya beralih pula ke balkoni. Pintu sliding door di buka perlahan,
membiarkan angin petang masuk. Remote aircond
dimatikan.
“Nak beli barang sikit. Kata nak
buat kenduri. Mesti kena ada barangnya.” Ucap Zafrey sambil memejamkan matanya.
“Ok” tanpa banyak bicara di terus bersetuju.
Tangannya mencapai pula telekung dan tuala untuk di letakkan di penyidai kain
berdekatan dengan almari soleknya. Kini barangan itu pula yang di susun dengan
rapi. Setelah siap, Dannia kembali pula membuka almari yang masih belum terusik
olehnya. Ingin meletakkan baju kurungnya pula. Saat dia membuka pintu almarinya
sekali lagi dia terpaku dengan pakaian yang berada di situ.
‘Baju
siap pula ni?’ desis hatinya pelik. Setahunya dia yang menghuni bilik ini.
“Abang
Zaf ini baju siapa?” dia bertanya.
“Bilik ni siapa punya?” tanpa menjawab soalan
Dannia dia bertanya soalan yang lain kepada adiknya. Dannia mengerutkan dahi.
‘Haih,
orang tanya dia, dia tanya kita balik. Bahasa melayu dapat berapa ni?’ kutuknya
dalam hati.
“Mama
cakap ini bilik Isya.” Ujarnya sambil tangan Dannia membelek beberapa pasang
baju dan gaun yang tersangkut elok di situ. Di telitinya dengan penuh minat.
Jika dilihat bukan sebarangan harga, lihat sahaja jenama, pasti beribu ringgit.
“Yang
itulah tuannya.” Zafrey menukar posisinya. Kali ini dengan gaya meniarap.
Mukanya di palingkan ke arah Dannia. Masih memerhatikan Dannia yang sedang berkemas.
Tidak terasa mahu kembali ke biliknya. Lepak di sini lagi best fikirnya.
“Hah,
biar betul. Semua ni ke?” dengan tidak percaya dia kembali meminta kepastian.
“Yalah
sayang oi..”
Dannia
mencebikkan bibirnya apabila mendengar jawapan Zafrey. Geram dengan jawapan
seolah mahu mempermainkannya. Lain benar perangai yang kini terpamer di
hadapannya dengan perangai yang ditunjukkan sebelum lelaki itu menjadi abangnya
dalam kata yang sebenar.
Rasa
gembira turut terpamer di ruang wajahnya apabila baju tersebut adalah miliknya.
Cantik! Pandai betul mama pilih.
“Minta tolong boleh?” pintanya. Matanya
memandang Zafrey.
“Ermmm...”
Zafrey memberi respon walaupun dengan mata yang terpejam. Memberi isyarat
bahawa mendengar dan juga akan mendengar bicara yang seterusnya.
“Isya
nak mandi ni... so keluar boleh?”
pintanya selamba. Dikerdipkan matanya beberapa kali dengan mulutnya tersenyum
manis.
“Tak
mahulah. Pergilah mandi. Tak ada kesan effect
pun kat abang.”
‘Haih!
peragai dah berubah seratus peratus. Makin mengada ngada dia nih’ kutuknya
lagi. Haih, nak banyak aku buat dosa mengumpat abang sendiri nampaknya. Apa nak
jadi ni Dannia oi?? Dannia menjenggilkan matanya.
Zafrey
yang melihatnya mencebik, namun di hati memuji kecomelan muka keanakkan Dannia.
Seumur hidupnya inilah kali pertama dia memuji perempuan. Itupun adiknya
sendiri...kerana tidak mahu terikat dengan mana mana wanita, kawan kawan dan
staff sepejabatnya menyangka dia sebaliknya. Huh simpang malaikat empat puluh
empat, dia bukan yang jenis begitu. Namun dia tidak menyangkal, biarlah apa
yang mahu dikatakan oleh orang. Dia tidak peduli. Asalkan staff perempuan di syarikat milik papanya tidak menganggu dan
menggodanya. Terasa rimas apabila hampir setiap hari staff perempuan di sana menggodanya. Huh!!
“Kalau
abang kata tak nak macam mana?” duganya sekali lagi dengan nakal apatah melihat
gadis itu mencerlungkan matanya.
Bulat
mata Dannia mendengar Zafrey berkata sedemikian rupa. Nak kena dia ni, dengan
pantas dan cepat dia menyambar bantal kecil lalu dilemparkan pada Zafrey. Pap!
Tepat terkena pada mukanya. Dannia ketawa kecil apabila balingannya tepat
terkena pada sasarannya. Padan muka.
Menyeringai
lelaki itu menahan sakit. Digosokkan hidung mancungnya. Pedih. Main kasar budak
ni..
“Sakitlah”
rengusnya geram. Matanya menjeling Dannia yang tersengih.
“Padan
muka. Keluar cepat.” Tangannya menunjukkan ke arah pintu bilik, menunjuk arah
keluar. Mukanya diseriuskan. Jelingan Zafrey langsung tidak memberi impak yang menakutkannya. Tetapi
dengan selamba dia kembali ke katil tempat pembaringan Zafrey dan menarik
tangan lelaki itu supaya bangun. Apabila lelaki itu berjaya didirikan, dia
menolak belakang tubuh itu dan mengheretnya ke muka pintu. Menolak keluar
Abangnya.
Dannia
seraya menolak pintu bilik itu. Dan kini gilirannya pula menghempaskan badannya
ke atas katil. Wah, bestnya dapat berehat. Hehehe... kini dia tersenyum
gembira. Terasa bebas sebebasnya, soal harith sudah sama sekali dilupakan.
Tidak mahu memikirkan lagi mengenai lelaki itu. Dia sudah sama sekali tidak
mahu berfikir tentang lelaki itu. Cukuplah kasih sayang keluarganya.
Dalam
beberapa hari lagi dia akan bertolak ke London. Memulakan kehidupan yang baru,
tanpa suami dan keluarga di sisi. Dia harus kuat, yang penting masa depannya
terjamin. Mujur sahaja Hanna ditempatkan sama universiti dengannya. Tidaklah
dia berasa kekok di sana nanti. Dia menguntum senyum lagi...
Terbayang
bayang bagaimana kehidupannya setelah menetap di kota sejuk itu. Tidak sabar
rasanya mahu menjejakkan kaki ke sana. Dia sangat bersyukur dengan apa yang
dimilikinya sekarang. Mempunyai keluarga yang bahagia dan juga masa depan yang
terjamin. Ya, apalagi yang dia mahu cari, semuanya sudah berada di depan mata.
Soal jodohnya, dia tidak mahu berfikir lagi. Andai kata dia bukan jodoh lelaki
itu, dia akan redha. Dia tidak sedar bila dia terlena, apa yang penting lenanya
kini bertemankan mimpi bahagia bersama keluarganya di sisi.
Bunyi
ketukan berselang seli dengan panggilan namanya dari luar bilik menganggu
tidur. Dannia cuba mencelikkan mata, terasa begitu payah seolah olah sudah
digam dengan gam uhu. Lenanya terganggu, terasa begitu malas bangun dari tilam
yang begitu empuk yang mengulitinya bertambah dengan angin yang sepoi sepoi
masuk melalui pintu balkoninya. Dengan mata yang masih terpejam dia bangun
menyebabkan terhuyung hayang seperti
orang mabuk.
“Hoi,
membuta rupanya. Tengok jam dah pukul berapa? Kata nak temankan abang cari
barang. Cepatlah!” terbuntang matanya melihat wajah dannia yang kuyu baru
bangun tidur. Naik kematu punggungnya menunggu gadis itu di bawah. Rupanya
gadis itu membuat tahi mata dia atas. Dia mula membebel.
“Isya!”
zafrey menjerit betul betul di telinga Dannia. Bengang kerana dia bercakap
seorang diri, gadis dihadapannya langsung tidak menghiraukannya. Hampir sahaja
gadis itu terloncat dek kerana jeritan yang bisa memekakkan telinganya. Terus
matanya terbuka luas, cuba memerhati sekeliling apa yang terjadi.
“Apa
abang Zaf ni. Sakit telinga orang.” Mengomel kegeraman dengan tingkah laku
abangnya. Sesuka hati menjerit di telinganya. Tak habis habis mahu
menganggunya.
“Tengok
jam dah pukul berapa?” tanpa mempedulikan rungutan Dannia, dia menyerang pula
dengan soalan. Sudah terlewat benar mahu ke market membeli barang dapur.
“Ermm..
pukul tiga setengah... hah tiga setengah? Alamak tak solat lagi. Keluar..
syuh.. keluar. Nak mandi ni.” Dia menolak kembali Zafrey supaya keluar dari
bilinya tanpa mempedulikan rungutan zafrey. Dia sudah terlewat mahu bersolat
dan tiada masa mendengar celoteh zafrey. Dikunci pintu bilik itu dan lantas dia
mengambil tuala yang tersedia di tepi pintu bilik air dan lantas masuk. Hampir
satu jam setengah, dia sudah berada di ruang tamu. Bersedia untuk keluar
menemani Zafrey.
Zafrey
membawa dannia ke pejabat milik keluarga mereka. Sengaja dia meminta cuti pada
hari ini. Ezmiel pun sama. Bila dapat tahu tentang dia mahu bercuti, dia juga
turut serta. Tidak mahu ketinggalan untuk sama sama menyambut Dannia. Tetapi
hampeh, entah ke mana pula Ezmiel menghilangkan diri setelah beberapa jam dia
di rumah.
Perjalanan
mereka hanya mengambil masa selama lima belas minit. Dannia sedikit hairan
apabila kereta Zafrey membelok ke sebuah bangunan yang begitu besar. Tadi kata
nak pergi market. Ni market tu ke? Tak nampak signboard pun.
“Kita
kat mana ni? Tadi kata nak pergi market. Ni ke marketnya?” soal Dannia lurus.
Perli pun ya jugak. Dia menjenguk sedikit ke luar tingkap melihat bangunan di
hadapannya.
“Ni
pejabat la. Jom lah jumpa papa dulu. Abang tetinggal dokumen kat sana. Nak
ambil ni. Besok dah cuti, malas nak datang balik” ujarnya bersahaja dan terus
keluar dari perut kereta. Dannia juga melakukan benda yang sama. Mengekori
langkah Zafrey memasuki bangunan yang tinggi melangit.
Di
lobi, semua mata memandang mereka, kemudian berbisik bisik. Dia menjadi pelik,
pelik dengan orang orang yang memandangnya seperti tidak pernah melihat orang.
Dannia segera berpaut pada lengan Zafrey cuba memperlahankan langkah Zafrey
yang besar. Segan pun ada juga. Zafrey pula sebaliknya, dipaut bahu Dannia
dengan erat, senyuman tidak lekang dari bibir.
‘Apa
kenalah dengan Abang Zaf ni? Senyum memanjang’ desisi hatinya bertambah pelik.
Setibanya
di pejabat sekali lagi mereka menjadi perhatian. Kali ini dengan renungan
daripada staff perempuan yng memandangnya tajam dan lelaki pula dengan mata
yang tidak berkelip. Mungkin tidak menyangka sekali lagi mereka semua akan
berjumpa selepas majlis di Pulau beberapa minggu yang lepas.
Dannia
hanya mengukir senyuman. Tidak tahu lagi apa respon yang perlu diberi. Renungan
yang menikam wajahnya dibiarkan. Biarlah, bukan luak pun.
“Isya,
masuk la bilik papa dulu. Jalan terus and bilik paling hujung ada tanda nama,
kejap lagi abang datang.” Ujarnya sebelum memulas tombol pintu biliknya. Dannia
berjalan menuju ke arah bilik yang dikatakan oleh Zafrey. Sempat dia tersenyum
pada setiausaha papanya yang sopan. Pada kiraannya mungkin umurnya sudah
mencecah tiga puluhan dan sudah pasti mempunyai tanggungjawab lain.
“Ya,
cik nak jumpa Tan Sri ke? Dah buat appointment?” tanya wanita itu ramah sebelum
Dannia membuka suara. Dannia menggarukan kepala tidak tahu mahu berkata apa.
“Boleh
bagitahu Tan Sri saya nak jumpa dia?” Tanya, berat mulutnya mahu memperkenalkan
dirinya yang sebenar. Pasti staff di pejabat papanya tidak tahu papanya
mempunyai anak perempuan.
“Maaf
cik, rasanya cik tak ada appointment
dengannya kan?” wanita itu membelek buku dihadapannya. Menyemak buku harian
yang digunakan untuk menguruskan jadual Tan Sri agaknya.
“Er,
tapi saya nak jumpa di sekejap pun tak boleh?” soalnya lagi. Dibenaknya Cuma
satu, jika tidak dibenarkan juga dia akan pergi dari sini menuju ke bilik
Zafrey pula.
“Tak
bo....” belum sempat wanita itu menjawab, tiba tiba pintu bilik Tan Sri Raziff
terbuka dari dalam. Kemudian muncul wajah papanya, masing masing memandang
wajah satu sama lain. kemudian baru lah Tan Sr Raziff tersenyum lebar..
“Isya,
datang dengan siapa. Tak bagitahu papa dulu nak datang sini?” ujar Tan Sri
Raziff seraya menapak menuju ke tempat setiausahanya.
“Tak
tahu pun nak singgah sini. Abang Zaf yang ajak tadi. Papa apa khabar?” dia
segera meraih tangan Tan Sri Raziff dan dukucup tangan kasar itu.
“Baik.
Ni dari mana? Bukankah Zaf cuti hari ni?’ soalnya sedikit hairan. Pelik dengan
kehadiran anak terunanya lewat petang di pejabat.
“Dia
nak ambil barang yang tertinggal. Kami nak pergi beli barang sikit.”
“Oh
ya, kenalkan ni anak perempuan bongsu saya, Dannia. Ni setiausaha papa, panggil
je Kak Nisah.” Tan Sri Raziff memperkenalkan keduanya apabila melihat riak
wajah jelas terkejut di muka Anisah.
“Maaflah,
akak tak tahu Dannia anak Tan Sri, maafkan akak sekali lagi.” Ujarnya tergagap
gagap.
“Tak
apa, saya tak kisah pun.” Dannia tersenyum manis cuba menghilangkan rasa resah
dihati wanita itu.
“Saya
tak pernah tahu pun Tan Sri ada anak perempuan. Patutlah saya lihat mukanya ada
iras Puan Sri. Cantik macam ibunya.” Sempat wanita yang dikatakan setiausaha
papanya memuji dirinya. Dia malu sendiri.
“Erm
memang macam ibunya. Oklah, jom ikut papa masuk.” Dia tidak berminat mahu
menceritakan kehidupan Dannia sebelum ini. Cuba dirahsiakan daripada umum.
Tidak suka hal keluarganya diketahui umum. Dia mengajak Dannia masuk ke
biliknya untuk berbual lebih lanjut. Lama juga dia tidak berjumpa anaknya itu,
hampir tiga minggu lamanya.
Hampir
beberapa minit, Zafrey pula mengetuk bilik Tan Sri Raziff untuk menjemput
Dannia dan bertolak ke tempat yang dituju. Dia tidak mahu mereka akan
terperangkap dengan kesesakan jalan raya. Dia agak berpuas hati dengan apa yang
dilakukannya. Tujuan asal ke sana hanyalah untu memperkenalkan Dannia pada
staffnya. Mahu mematikan segala gosip tentang dirinya yang dikatakan straight.
Baru puas hatinya apabila melihat sebilangan staff pejabatnya yang terbuntang
mata melihat gadis secantik bidadari berdampingan dengannya.
Dia
masih lagi ingat semua mata memandang ke arah mereka berdua, lebih lebih lagi
Dannia apabila gadis itu memaut erat lengannya ketika berjalan beriringan. Dia
yakin sebentar lagi akan timbul gosip oleh ahli mesyuarat tingkap yang tidak
bertauliah yang di lantik oleh ahli ahli tersendiri.
Zafrey
menoleh jam di dashboard kereta, sudah hampir jam lima petang, perjalanan ke
sana mengambil masa sedikit lama kerana kesesakan lalu lintas. Sesekali matanya
menjeling sekilas melihat Dannia di sebelah yang asyik termenung. Entah apa
yang berada di fikiran adiknya.
“Are you okay?” lagu yang berkumandang di
perlahankan. Mahu memberi sepenuh tumpuan pada bicara yang akan keluar dari mulut
merah itu. Dia mahu mengetahui apa tersirat di hati gadis itu.namun gadis itu
diam membisu seolah olah dia tidak mendengar pertanyaan darinya.
“Isya..”
tegurnya lagi sedikit kuat sekaligus membuatkan gadis itu memandangnya dengan
terpinga pinga. Zafrey tersenyum kecil, memang sah Dannia tidak mendengar
pertanyaannya sebentar tadi.
Wajah
itu masih terkebil kebil memandang Zafrey yang telah mengalihkan pandangannya
memandang ke depan.
“Fikirkan
apa? Ermm? Masih ingatkan dia?” tanyanya kembali.
“Siapa?”
tanyanya kembali kurang mengerti siapa ‘dia’ yang dimaksudkan oleh Zafrey.
Kepalanya berputar ligat berfikir mencari empunya diri ‘dia’.
“Harith..masih
terfikirkan dia?” bukan bermaksud mahu menoreh luka kembali, tetapi mahu
mengorek perasaan Dannia pada lelaki itu. Dia berharap sangat agar Dannia tidak
jatuh cinta pada lelai itu. Dengan perangai yang agak tidak digemari.. Bukan,
boleh dikatakan teruk. Sehingga sanggup menghalau isterinya yang masih sah di
sisi undang undang hanya kerana wanita lain. Sungguh dia tidak boleh terima
akan hal yang satu itu. Harith adalah lelaki yang paling bodoh yang pernah
ditemuinya, lelaki sebaik Dannia ditolak dan wanita yang entah apa apa itu juga
yang diagung agungkannya.
“Ermm,
tak lah. Malas nak ambil tahu hal dia lagi. Biarlah masa yang menentukan
semuanya. Isya dah tak kisah, yang penting masa depan. Isya masih boleh
bertahan jika dia tidak ada. Dah terbiasa dengan semua itu.” Dengan nada
bersahaja ayat itu meniti di bibirnya, walaupun hatinya sedikit sebanyak
terluka ketika meluahkannya. Dia harus akur dengan itu semua. Lelaki itu tak
mungkin akan mencarinya, malah bersyukur kerana berjaya menghalaunya dari
kehidupan lelai itu. Entah entah sekarang ini tengah mengadakan kenduri
kesyukuran. Jahat sungguh akalnya berfikir sehingga sebegitu rupa..
“Abang
harap dia sedar suatu hari nanti. Dia akan menyesal dengan perbuatannya kerana
melepaskan isteri sebaik Isya. Kalaupun bukan jodoh kamu berdua, abang yakin,
Isya akan dapat lelaki yang lebih baik dari Harith. Abang yakin itu..” dia
mencapai tangan Dannia dan digengamnya erat. Memberi semangat kepada gadis itu.
Dannia
hanya tersenyum hambar. Entah kenapa dengan dirinya sejak akhir akhir ini, agak
sensitif jika dibangkitkan soal Harith. Dirinya akan terasa begitu sebak dan
hatinya terasa begitu remuk. Tidak mungkin dia rindukan lelaki itu..Tidak
mungkin! Dia memejamkan matanya, cuba menghilangkan wajah yang kian terbayang
di ruang matanya kini. Ya Allah, tabahkanlah hatiku..
“Eh,
Puan Sri. Ini anak kamu yang mana buat kenduri ni. Selama ni I tak tahu pula
you ada anak perempuan..” sela jirannya Datin Maimunah kehairanan.
“Oh,
ni anak bongsu saya. Sebelum ni dia tinggal kat keluarga angkatnya kat Johor.
Sekarang ni baru tinggal dengan I. Nantilah I kenalkan pada you nanti.” Jawab
Puan Sri Kamilia ceria. Ramai juga kenalannya yang datang. Ingatkan hanya
sebilangan sahaja yang datang walaupun hampir kesemua rakan rakannya dijemput.
Tentu sahaja mereka datang menunjukkan muka. Ah sudah biasa dengan itu semua.
Manusia, bila kita kaya dengan pangkat dan harta mudah sahaja mereka
menampakkan wajah. Cuba jika keluarganya jatuh mendadak, pasti tiada seorang
pun datang. Sudak serik dengan situasi itu. Sudah lali. Itulah bezanya dengan
keluarga yang besederhana seperti keluarga Encik Zamani dan Puan Diana.
“Yalah.
Nanti boleh juga I kenalkan anak bujang I dengan anak you. Kalau berkenan,
rezeki sayalah nak berbesan dengan you Puan Sri.” Mengekek ketawa wanita yang
hampir lewat usianya dari Puan Sri Kamilia.
‘Ermm, dah tunjuk taring la tu. Jangan
haraplah. Anak aku dah kahwin. Nak jodohkan anak aku dengan anak bujang senang
dia tu, lebih kurang dengan Harith jugak. Baik tak payah’ dalam diam Puan Sri
Kamilia mengutuk sendirian. Namun wajahnya masih dimaniskan. Sebenarnya dia
cukup meluat dengan situasi ini. Penuh hipokrit. Bukan mahu menuduh tetapi dia
sendiri sudah masak benar dengan perangai jirannya itu.
“Insy’allah
Datin, kalau ada jodoh antara mereka tu. Adalah. Oh ya, Datin datang seorang
sajakah? Jasmine mana?” soalnya sekadar berbasi basa dengan tetamu yang datang.
Teringin juga dia melihat anak perempuan Datin Maimunah dari dekat. Sebelum ini
dia hanya melihat gadis itu dari jauh.
“Oh,
dia..erm, dia ada kerja. Mungkin lewat sikit dia sampai agaknya. Oklah Puan
Sri, saya minta diri ke sana sebentar ya. Bye” dengan gugup dia meminta diri.
Ingin lari daripada Puan Sri bertanyakan perihal anak gadisnya yang liar.
‘Aku
dah agak da. Senang je pun nak buat dia lari dari bertampal di sisi aku. Hai
Maimunah, bilalah kau ni nak bertaubat...’
“Sayang,
cantik betul anak mama malam ni.” Puan Sri Maimunah mendapatkan Dannia yang
hanya memakai baju kurung moden berwarna hitam berbunga pink lembut. Sesuai
benar dengan bentuk badannya dan selendang panjang berwarna rona pink dikenalan
di kepala. Bertambah ayu..
“Mama...
dah makan? Ibu dan abah dah makan ke?” dari tadi mamanya sibuk melayan tetamu.
Dia pula nai risau melihat wanita itu berulang alik ke sana ke mari. Sambil itu
sempat juga mencari kelibat ahli keluarganya yang lain.
“Assalamualaikum..selamat
malam saudara dan saudari sekalian. Malam ini saya ingin memperkenalkan satu
satunya puteri dalam keluarga kami, Danisha. Majlis yang diadakan malam ini
adalah sempena mensyukuri limpah kurnia rezeki untuknya yang tidak lama lagi
akan menyambung pelajarannya ke luar negara. Dengan ini, marilah kita sama sama
berdoa supaya anak saya selamat pergi dan pulang dalam memperjuangkan masa
depannya.” Serentak itu, giliran Encik Zamani pula membaca doa buatnya diiringi
oleh Tan Sri Razlan mengaminkan doa tersebut. Alhamdulillah kerana kedua buah
keluarga ini merestui pemergiannya ke sana dengan aman. Semoga aku berjaya
mencapai cita citaku. Amin....