Friday, April 13, 2012

BAB 16 [KASIHKU YANG SATU]

Bab 16


                Di awal pagi, Dannia seperti biasa bangun dan bersedia untuk menjalankan tanggungjawabnya dan juga rutin harian menyediakan sarapan pagi untuk Harith. Walaupun hatinya masih lagi sakit dengan perangai dan perbuaan Harith, namun sebaik mungkin dan sedaya upaya di tahan rasa hatinya. Hari berganti hari dan bulan berganti bulan, hari ini genaplah 6 bulan perkahwinannya dengan Harith. Dia berfikir sejenak, sampai bilakah mereka akan hidup begini. Bagaimana dengan masa depannya, semakin lama difikir terasa semakin kelam dan kabur dengan masa depannya.
            Hari ini dia perlu menyiapkan secepat mungkin kerjanya, mahu menyiapkan semua assignmentnya yang kian tertangguh. Kalau boleh cuti kali ni dia akan pulang ke kampung. Tengah hari nanti dia akan bertolak ke kampung. Pada Harith dia menyatakan hasratnya mahu pulang. Walaupun lelaki itu diam membisu bahasa, sekurang kurangnya dia mahu lelaki itu tahu di mana keberadaannya. Tidak perlu lelaki itu bersusah payah jika keluarga mertuanya bertanya itu dan ini. Dia tidak mahu menyusahkan lelaki itu. Biarlah lelaki itu dengan kehidupannya. Sudah lama mereka berdua tidak bertegur sapa sejak beberapa minggu yang lepas. Hubungan mereka dingin sejak peristiwa itu. Hanya jika perlu sahaja mereka berdua bersuara. Adakalanya hanya kertas yang menjadi perantaraan antara mereka berdua. Dia sudah penat memikirkan hala tuju hubungang perkahwinan mereka berdua. Hanya pasrah.
            Dalam kesibukan membersihkan rumah, tiba tiba gelak ketawa bergabung  di ruang tamu menggamit Dannia untuk melihat gerangan tetamu. Semakin lama dia mendekat semakin yakin dengan suara nyaring perempuan yang sedang bergelak ketawa. Suzanne! Sejak bila perempuan itu datang dia tidak tahu. Mendengar deruman kereta pun tidak. Takkanlah Suzanne datang dengan teksi, tak logik langsung. Dia tahu taste wanita itu yang tinggi melangit.
            Apabila sampai di ruang tamu, bulat matanya melihat adegan yang terbentang dihadapan matanya. Astaghfirullah.. Khusyuknya diorang ni buat maksiat. Ya Allah apa nak jadi dengan Harith. Langsung tak fikir dosa dan pahala. Sampai hati lelaki itu, mungkin Harith menganggap dia sudah pulang ke kampung agaknya. Bunyi gelas plastik tanpa sengaja dilanggar menyentakkan pasangan yang sedang berkucupan terhenti dengan tiba tiba.
            Bulat mata Harith memandang Dannia di hadapan mata. Di sangka Dannia sudah pulang ke kampung. Tak disangka masih wujud di rumahnya. Mungkin gadis itu tidak tahu Suzanne yang menumpang tidur di rumah mereka semalam memandangkan dia pulang lewat pagi. Mana taknya melepak di club sehingga mabuk, Suzanne yang menghantarnya pulang. Sedar tak sedar, elok sahaja mereka tidur berdakapan di atas katil. Nasib baik tidak terjadi apa apa di luar jangkaannya.
            Serba salah Harith apabila melihat riak wajah yang terlukis di hadapan mata. Merah padam, tidak tahu sama ada marah, malu, sakit hati ataupun sedang menahan tangis. Sungguh tidak menduga Dannia melihat mereka buat kali pertama sedang berkucupan mesra. Sebelum ini dia tidak begitu kisah dengan perlakuannya yang bebas memeluk teman wanitanya. Tidak pernah di tunjukkan pada Dannia  aksi romantis mereka ketika bersama. Kelu mulutnya daripada berkata kata. Terasa suara tersekat di kerongkong. Sakit..
            “Saya akan siapkan makanan tengah hari sebelum keluar nanti. Kejap lagi saya panggil lain untuk makan. Bagi masa untuk Nia siapkan lunch.” Antara dengar tidak dengar, suara Dannia menutur. Dikawal suaranya supaya tidak bergetar. Namun, suaranya dirasakan begitu kuat bergetar. Tanpa menunggu lebih lama, dia menuju ke dapur. Seboleh mungkin dia mahu segera keluar dari rumah itu. Seakan mahu pecah dadanya menahan sakit. Air mata yang mahu menitis di seka cepat.
            Harith pula masih tidak berkutik pandangannya daripada pintu ruangan ke dapur. Hatinya dipalu sedikit rasa, terasa mungkin dengan sikap Dannia yang selamba tanpa menunjukkan rasa dihati. Sekurang kurangnya dia perlu tahu akan perasaan Dannia ketika itu. Namun kosong, sifar. Suara Dannia yang sedikit pun tiada perasaan amat menakutkannya. Sebelum ini, Dannia sentiasa lemah lembut dengannya. Penuh perasaan gadis itu berbicara, namun hari ini hilang semuanya. Suara itu amat menyakitkan hatinya. Langsung tiada perasaan. Harith mengeluh kuat. Dia sendiri tidak tahu apa yang sedang bermain di fikirannya.
            “Honey, bila you nak ceraikan perempuan tu dari hidup you?”  Suzanne yang perasan akan riak Harith mula bersuara. Terasa tergugat dengan perempuan kampung. Perasan akan perangai Harith yang kian dirasakan berubah dari hari ke hari.
            “Apa maksud you ni?” Harith tersentak dengan pertanyaan Suzanne. Tak pernah dia berniat mahu menyingkirkan Dannia. Dulu mungkin tapi sekarang... entahlah, terasa berat hati mahu membebaskan gadis itu dari hidupnya. Dia sudah biasa dengan kehadiran Dannia walaupun hubungan mereka langsung tidak rapat. Malah terlalu renggang. Malah dirinya sudah biasa dengan keperluan yang disediakan oleh Dannia. Dia tidak perlu bersusah payah untuk menyiapkan segala keperluannya kerana semua itu sudah tersedia.
            “Hari tu you dah janji dengan I nak ceraikan dia. You nak kahwin dengan I kan? Bila lagi tempohnya?” soalnya lagi. Sebenarnya dia juga tidak kisah jika Harith mahu atau tidak menyingkirkan Dannia dari hidup lelaki itu. Tetapi dia bimbang akan sesuatu, bimbang jika rahsianya terbongkar. Hubungannya dan Izlan. Sebolehnya dia mahu mengaut dahulu keuntungan daripada lelaki itu sebelum meninggalkan Harith. Terasa kedudukannya sedikit tergugat di sisi Harith, dia mengakui tidak pernah cintakan Harith, yang dia cintakan adalah harta dan pangkat Harith. Cintanya hanya pada Izlan. Lelaki yang kedua yang berjaya menakhluki hatinya.
            “Sabarlah Suzanne, takkan you tak tahu parent I tu macam mana. Dannia tu menantu pilihan keluarga I. You ingat senang ke nak singkirkan dia.?” Harith mendengus perlahan. Kusut kepalanya dengan permintaan Suzanne. Melepaskan Dannia? Tidak sama sekali, walau bagaimanapun, dia tidak akan sesekali melepaskan Dannia dari hidupnya. Melepaskan Dannia ibaratkan membunuh jiwanya. Walaupun tidak pasti akan kata hatinya, namun perkataan ‘bercerai’ amat membunuh dan menyakitkan hatinya.
            Suzanne melepaskan keluhan geram. Dia berlalu ke dapur untuk melihat apa yang dilakukan oleh gadis kampung itu. Di saat inilah dia mahu menyakitkan hati gadis itu. Setibanya di dapur dia sengaja menghimpit Dannia, mengambil segelas minuman fresh orange lalu meneguk rakus. Matanya masih lagi memerhatikan tingkah laku Dannia. Sengaja dia mencampakkan gelas ketika gadis itu sedang membasuh pinggan mangkuk, habis kotoran mengena pada pinggan mangkuk yang baru dicuci. Dannia menjeling, hatinya disabarkan dengan perangai jelik Suzanne. Sengaja mahu mencari pasal dengannya.
            “Kesian you kan?” Suzanne mulakan serangan pertama.
            “Terima kasih jelah. Tak payah nak kesiankan saya. Tak cukup kesian lagi.” Selamba tanpa memandang Suzanne di sebelah. Berdesing telinganya mendengar ayat terbit dari mulut itu.
            “ I bukannya apa, suami you sendiri tak pernah nak mengaku you sebagai isteri. Kalau I la kan, I akan minta cerai.” Sengaja dia tekankan perkataan ‘tidak mengaku’ sebagai suami kepada Dannia. Biar gadis itu beringat sikit. Sakit hatinya dengan perangai selamba Dannia. Langsung tidak menunjukkan sebarang perasaan.
            “Itu you, bukannya I. Lagipun I tak nak la minta yang bukan bukan pada suami I, bergegar tiang arash nanti. Tak tau la kot kot you tak tahu pasal ni. Who know?”  Kau ingat aku nak tunduk dengan kata kata kau ke? Dannia membalas sinis. Walaupun hatinya terasa sakit dengan mulut celupar Suzanne.
            “Kau! Huh, I nasihatkan you lebih baik you berambus dari hidup kitorang. Tak malu ke jadi perampas?” angkuh sekali. Hatinya bertambah sakit.
            “Ye ke I jadi perampas? Bukan you?” Tangannya masih lagi ligat mencapai pinggan mangkuk yang berada di singki untuk di cuci. Sebenarnya malas dia mahu melayan kerenah Suzanne. Apatah lagi, perempuan itu sengaja mahu menaikkan darahnya.
            “Hey, setahu I Harith tu boyfriend I, you tu cuma orang ketiga je. Orang luar yang tak tahu apa apa. Apa yang family you bomohkan pada family dia agaknya kan sampaikan dia mahu berkahwin dengan you. Orang kampung macam family you tu pantang kan tengok orang kaya macam Harith tu. Sanggup jual anak gadis sendiri untuk kesenangan mereka. Well I tak salahkan Harith, coz dia tu memang ditakdirkan berada di keluarga yang kaya dan berpangkat.” Panjang lebar berhujah menyatakan pendapat yang entah apa apa.
            Kali ini giliran Dannia pula panas telinga apabila perihal keluarga dikaitkan dalam perbincangan mereka.
            “Tak kisahlah apa yang you nak kata pun. Tapi pada pandangan orang luar, you tu perampas. Peruntuh rumah tangga orang. So....” Dannia bertentangan mata dengan wajah Suzanne dan menghadiahkan senyuman sinis.
            “I will make sure that you akan tersingkir dari kehidupan Harith. Dia tu milik I.” Bisiknya perlahan. Cukup untuk didengari oleh Dannia.
            “Well, we’ll see. The best woman win.” Sengaja membakar hati Suzanne. Mencerlung gadis itu menahan marah. Tangan Suzanne mencapai gelas kaca dan....
            Prangg!! Bunyi kaca yang pecah berderai membuatkan Harith segera berlari ke dapur. Bimbang juga jika apa apa yang berlaku pada keduanya? Yakah...atau juga Dannia...
            “Suzanne kenapa ni?” Cemas lelaki itu bertanya, apatah lagi melihat Suzanne terjelepok di lantai sambil mengaduh kesakitan. Dannia statik di tempatnya, kaget.
Tidak tahu apa yang terjadi, berpaling sahaja dia sudak melihat Suzanne elok landing di atas lantai. Padan muka, kalau Tuhan nak balas tak payah tunggu, kat atas dunia dah dapat pembalasan. Cash lagi. Dannia sembunyi senyum menahan ketawa.
“Kau buat apa ni?” jerkahan Harith mematikan senyuman Dannia. Disangka sesuatu yang menimpa gadis itu, tetapi sebaliknya.
“Saya.....” belum sempat Dannia mahu membela diri Suzanne cepat cepat mencelah.
“Dia tolak I. Tolong I sayang, sakit.” Mukanya berkerut kerut. Tangannya mencapai tangan Harith untuk berpaut. Harith pantas memapah Suzanne untuk berdiri kembali.
“Aduh!” menjerit kecil apabila cuba bangun. Suzanne terduduk kembali apabila buku lalinya terasa sengal dan berdenyut-denyut. Harith cemas, tanpa menghiraukan Dannia di situ, Harith segera mendukung Suzanne menuju ke sofa. Sempat dia menjeling tajam pada Dannia yang hanya memandang mereka berdua tanpa turut membantu. Lalu dibawa ke luar menuju ke sofa. Ingin merawat wanita kesayangan kononnya, tanpa mengetahui hakikat sebenar.
Beberapa lama kemudian Harith kembali ke dapur dengan wajah merah padam. Di hatinya terdetik perasaan geram dan marah dengan cerita apa yang disogok oleh Suzanne. Tidak menyangka Dannia sanggup berkasar sedemikian rupa dengan Suzanne. Hanya kerana gadis itu mahu membantunya.
“Kau kan memang tak sedar diuntung. Tak tahu bersyukur kan bila kau tumpangkan kau kat sini. Nak tunjuk lagak dengan girlfriend aku.” Harith menolak kasar tubuh Dannia. Mujurlah bekas lauk yang terakhir dihidang sempat mendarat di meja makan. Kalau tak mesti landing baik punya jatuh ke lantai. Kuah yang masih berasap terkena sedikit di tangannya. Berkerut wajah Dannia menahan sakit. Tangannya yang putih melepak mulai bertukar warna kemerah merahan. Dannia mengetap bibir menahan raa pedih yang kian menjalar seluruh urat sarafnya.
Dannia mengeluh perlahan. Wajahnya langsung tidak memandang pada Harith yang menyinga. Dia segera berpaling menghadap sinki dan mencuci tangannya yang terpalit kuah dan sekaligus menyucur air di tangannya yang kian pedih.
“Kenapa kau tolak dia hah?” menyinga wajah harith menahan amarah yang kian menggunung tanpa menghiraukan kesakitan gadis di hadapannya ini.
“Saya tak tolak. Dia jatuh sendiri.” ujarnya membela diri.
Selepas mencuci tempat yang terkena curahan tadi, dia ibgib berlalu ke biliknya mencari ubat. Perlu meletakkan sesuatu supaya kesan lecurnya tidak menjadi teruk. Belum sempat Dannia beredar dari situ, Harith merentap dan menarik kasar tangan Dannia menuju ke ruang tamu. Tangannya dicengkam kasar oleh tangan besar Harith. Menyeringai muka Dannia menahan sakit, dia cuba melepaskan tangannya tapi semakin kuat cengkaman Harith. Menahan sakit cengkaman dan juga rasa pedih yangbberdenyut-denyut di tangan yang dipegang oleh Harith.
Tiba di ruang tamu, Harith merentap seraya melepaskan cengkamannya. Terdorong Dannia ke hadapan.
“Aku nak kau minta maaf dengan dia” Harith menghalakan jarinya tepat ke muka Dannia. Betul betul mengena pada dahi Dannia.
No. Saya tak akan minta maaf. Bukan salah saya.” Dengan takut takut dia menjawab.
“Aku kata minta maaf sekarang.” Harith menjerkah kuat.
Adui, pekak telinga aku!
No.” Entah dari mana dia mendapat keberanian itu melawan Harith walaupun hatinya berdegup kencang.
Harith mengetap bibirnya menahan marah. Suzanne pula membuntangkan matanya, sakit hati dengan kedegilan Dannia, walaupun bukan salah gadis itu. Terasa tercabar dan tewas dengan Dannia apabila gadis itu enggan berbuat demikian.
“Saya takkan minta maaf. You dengar sini Suzanne. You jangan ingat you tu hebat, boleh menundukkan suami  I” ujarnya geram. Sakit hatinya melihat wajah Suzanne.
You jangan....”
No......I belum habis cakap lagi. Apa you ingat hebat sangat ke bila you all berdua berbuat maksiat? Tak malu ke? I tahu you gadis moden, tapi berpada pada la sikit. You tak pernah belajar agama ke? You ingat I heran sangat nak bersuamikan lelaki macam ni? I tak heran sikit pun.” Tanpa sedar Dannia telah menghina suaminya sendiri. Sungguh hatinya sudah tidak dapat menahan sabar dengan kerenah keduanya. Dia sudah terlalu penat dengan semua ini. Hari ini biarlah dia melawan, walaupun hatinya berkali kali meminta diampunkan dosa kerana meninggikan suara dengan suaminya sendiri.
Sempat jari telunjuknya menghalakan ke arah Harith yang merah padam mukanya. Dia sudah tidak kira, apa nak jadi jadilah. Hilang sudah impiannya mahu menjadi isteri mithali. Kesabaran yang ditahan akhirnya meletus juga.
I tak heran langsung dapat suami macam ni. Lebih baik tak ada lah daripada dapat suami yang macam...Langsung tak bertanggungjawab. Dayus... I tak perlukan dia. I masih mampu hidup sendiri la. Kalau you hard up sangat ambiklah. Free je I bagi.”  Suara Dannia makin meninggi.
Harith pula terkejut. Tak disangka selantang ini Dannia bersuara. Tak pernah dia melihat Dannia sebegini rupa marahnya, malah amarahnya lagi hebat berbanding beberapa bulan yang lepas ini merupakan kali kedua Dannia melantangkan suaranya menengking.. Sebelum ini gadis itu hanya diam dan menurut kata.
“Kau jangan nak kurang ajar dengan aku?” Harith bengang. Kata kata Dannia tepat mengena padanya. Tambahan lagi gadis itu dengan lantang memperkecilkan dirinya sebagai suami.
“Kenapa tak betul ke saya cakap ni? Awak ingat saya ni gadis apa, boleh dibuat sesuka hati awak. Saya tak rasa bangga langsung bila bersuamikan awak. Malah malu dengan orang ramai bila suami sendiri dikatakan kaki mabuk dan kaki perempuan.” Tegas Dannia menjawab jerkahan Harith. Riak takut hilang entah ke mana, hanya amarahnya yang tinggal.
Pangg!!
Harith terkedu apabila tangan Suzanne pantas hinggap di pipi Dannia. Langsung tak dijangka perbuatan Suzanne. Langsung menyedarkan Harith yang terkedu di situ.
Dia hanya mampu melihat Dannia terdampar di kakinya. Diam tidak berkutik. Langsung tiada perasaan saat ini. Dirinya masih diam membisu dek kerana ayat Dannia yang lantang dan jelas malu bersuamikannya. Benarkah?
“Abang!!” bunyi pekikan kuat mengejutkan Harith dan Suzanne. Sekali lagi Harith terkedu melihat Iman berdiri dengan muka bengis, merah padam muka itu apabila melihat kakak kesayangan ditampar.
“Kurang ajar. Jaga Kau.” Laju langkah Iman menuju ke arah Suzanne. Gadis itu berundur setapak menjauhi Dannia.
Pangg!! Pangg!! Laju tangan kecil Iman mengenai wajah Suzanne, tanpa sempat dihalang. Semua yang berlaku terlalu pantas, sedar sahaja Suzanne sudah terdorong ke belakang dan terjelepok di lantai.
“Berani kau tampar kakak aku. Kau siapa?” giliran Iman pula menjerit nyaring. Iman tidak dapat menahan marah lalu dipukul gadis itu sekuat hati. Bagaikan histeria Iman memukul dan menghamburkan caci maki terhadap Suzanne. Harith sendiri tidak dapat menahan serangan Iman, jeritan Harith langsung tidak dihiraukan, malah makin lama makin kuat amukan Iman. Suzanne yang jatuh terjelepok sudah lemah dan serabai. Sesiapa yang melihat pasti mengganggap gadis itu tidak siuman.
Pangg!!
Perlakuan Iman terhenti. Terkejut dengan penangan yang tiba tiba mencecah ke pipinya. Tajam mata Iman merenung Harith, matanya berkaca kaca. Hatinya sebak dengan perlakuan Harith. Siapa sangka abang yang dulu penyayang dan melindunginya kini telah berubah. Tak pernah dia diperlaku sedemikian rupa oleh abangnya, kini hari yang bersejarah dalam hidupnya apabila abang yang disayangi sepenuh hati telah menyakiti tubuhnya untuk perempuan seperti Suzanne.
“Sampai hati abang pukul Iman kerana perempuan tak guna tu. Dia tu siapa yang abang nak bela sangat hah?” buat pertama kali dalam hidupnya meninggikan suara kepada Harith. Sungguh dia rasa sangat kurang ajar pada abangnya.
“Iman jangan masuk campur dalam urusan abang. Pergi balik” kuat suara Harith melengking pada Iman.
No. Perempuan tu sepatutnya yang patut berambus dari rumah ni. Bukan orang lain” Iman menjerit, matanya sudah berbalam balam dengan airmata, hanya menunggu masa untuk menitis.
“Kau keluar dari rumah aku sekarang! Keluar!!” jeritan Harith bergema lagi. Kini bahasanya sudah ber’aku engkau.’
No, Iman takkan puas hati selagi betina ni tak keluar dari sini” Sekali lagi Iman membuat serangan, tapi Harith lebih pantas merentap tangannya. Diheret tangan Iman menuju ke arah pintu utama sebelum menolak kasar adiknya.
“Harith, jangan buat Iman macam ni. Dia adik awak.” Dannia cuba menghalang.
“Kau pun sama. Keluar dari rumah aku.” Kini giliran Dannia pula menjadi mangsa jerkahan Harith. Tubuh Dannia diheret kuat sebelum tercampak keluar. Terjelepok dia jatuh ke lantai, nasib baik Iman cepat menghalang daripada jatuh tersembam. Harith masuk semula menghilangkan diri  ke dalam rumah sebelum muncul kembali bersama sebuah beg besar milik Dannia. Tanpa wajah berperasaan, dia mencampakkan beg itu sehingga terburai isi dalamnya. Habis bersepah baju milik Dannia yang tergumpal. Baju yang mahu dibawa pulang ke kampung untuk sementara. Dannia memejam mata menahan sebak yang semakin sempit untuknya walaupun untuk bernafas.
“Mulai hari ini kau diharamkan jejakkan kaki ke rumah aku lagi. Kau pergi dari sini. Agaknya hukuman gantung tak bertali sesuai untuk kau kan. Berambus. Jangan berani kau tunjukkan muka kat aku selagi aku masih hidup.” Disertai hempasan pintu yang kuat.
‘Ya Allah’ sebak hatinya apabila dihalau bagaikan kucing kurap. Terpaku keduanya mendengar bicara Harith yang tidak di sangka sangka.
“Kak Nia, Iman minta maaf kerana Iman Kak Nia dihalau. Maafkan Iman...” teresak gadis itu menangis di sisinya. Sungguh abangnya telah berubah sama sekali.
“Shhyy...Kak Nia ok. Jangan menangis.” Sedaya upaya ditahan rasa hatinya. Tidak mahu ditunjukkan pada Iman. Mungkin inilah suratan hidupnya, tiada bahagia yang tercipta untuknya.
Dannia perlahan mendekati beg pakaian, dikutip satu persatu pakaian yang berterabur di tanah.  Dimasukkan semula ke dalam beg pakaiannya sebelum kakinya melangkah keluar dari kediaman rumah itu. Panggilan Iman hanya dibiarkan sepi...
“Kak Nia...” Iman mengejar kakak iparnya yang sudah berada di luar kediaman rumah itu. Dia tidak akan membiarkan Dannia sendiri menghadapi kesulitan ini. Semua ini berpunca darinya. Kalaulah dia tidak masuk campur dalam urusan rumah tangga mereka berdua, pasti Dannia tidak dihalau keluar dan ucapan keramat itu terbit dari mulut abangnya.
“Kak Nia tunggu... Kak Nia nak ke mana ni?” cemas apabila Dannia hanya membisu. Berjalan dan terus berjalan mengekori arah tuju Dannia.
“Iman baliklah, Kak Nia tahu jaga diri. Jangan bimbang. Pergi balik..” arahnya apabila melihat Iman terus terusan mengekorinya.
“Beritahu Iman, Kak Nia nak ke mana. Biar Iman hantarkan..” Iman menghalang dengan berdiri betul betul di hadapan kakak iparnya dan menghentikan langkah Dannia yang seterusnya.

Dannia berfikir sejenak sebelum bersuara membuatkan Iman terpanar dan menyesal kerana perbuatan terburu-burunya tadi...


No comments:

Post a Comment