Friday, April 6, 2012

BAB 15 [KASIHKU YANG SATU]

Bab 15


Hari ini sudah lebih daripada empat hari dia keseorangan di rumah banglo ini. Demamnya sudah kebah sejak semalam. Semakin hari terasa semakin berserabut kepalanya. Masalah datang bertimpa timpa dalam hidup. Harith pula hilang entah ke mana, sepanjang mereka bertekak sejak seminggu yang lepas dia langsung tidak nampak bayang Harith. Entah ke mana pula lelaki tu bertamadun. Dan sepanjang ketiadaan Harith dia pula jatuh sakit. Demamnya melarat sehingga dia terpaksa meminta tolong dari Hanna. Dia langsung tidak dapat bangun walaupun untuk ke tandas.
            Sepanjang ketiadaan Harith, terasa tenang dan aman hidupnya tanpa suara pekikan dan jeritan daripada mulut lelaki tu. Namun hatinya sedikit gelisah, bimbang jika ibu mertuanya bertandang dengan tiba-tiba, apa yang mahu dikelentongnya nanti. Cukuplah dia tidak mahu menambah dosa lagi. Tak tertanggung rasanya dengan segala pembohongan yang telah dilakukan. Selama hidup dengan Harith, terlalu banyak pembohongan yang diciptakan oleh mereka berdua. Mujur sahaja mereka telah berpindah, kuranglah sedikit sesi bersoal jawab dengan ibu mertuanya itu. Saban hari dia dihantui rasa bersaah teramat sangat dengan keluarga mertuanya itu.
            Teringat akan pesanan Datin Rosmaria yang menyuruhnya pulang ke banglo mertuanya beberapa hari yang lalu. Wanita itu menyuruhnya pulang ke rumah untuk makan malam bersama. Dia sendiri akui, sejak berpindah keluar dari banglo mewah itu, belum pernah lagi dia bertandang ke sana. Janjinya pada Datin Rosmaria, hanyalah janji kosong.
Bukan sengaja dia mahu memungkiri janji. Iyalah tak ada motif langsung untuk ke sana, mahu pulang keseorangan bimbang jikalau Datin Rosmaria cuba mengorek rahsia perihal rumah tangganya, lagi parah jika Datin dan Dato’ meminta cucu. Jangan cari penyakitlah... ketaq lutut dirinya mendengar permintaan yang tidak mungkin untuk dia tunaikan.  Mengenangkan permintaan ibu mertuanya sudah membuat dirinya kecut perut. Harith belum lagi diberitahu. Nombor lelaki itu pun dia tidak tahu, apatah lagi mahu menelefon. Pening pening.
Dannia mengerling jam di mejanya. Hari sudah menginjak ke angka sembilan pagi, setelah bersolat dia kembali meyambung tidurnya. Terasa badannya sudah kebah dari demam yang amat menyeksakan. Dannia bangkit dari katil sebelum mengemas katilnya yang agak berkedut sebelum mencapai tuala dan menuju ke bilik air.
Petang nanti dia mahu keluar, ada temujanji dengan seseorang. Gembira hatinya tidak terkata. Bertemu dengan seseorang yang mampu meringankan masalah dan bebannya. Rindunya kepada lelaki itu menggamit hati. Memang tepat kedatangan lelaki itu ke sini ketika dia memerlukan seseorang. Sekarang baru tengah hari, ‘lagi dua jam’ Dannia bergegas ke dapur mahu menyiapkan makan tengah hari, manalah tahu jika lelaki itu pulang dengan tiba tiba. Tak adalah dia kelam kabut atau bimbang mahu meninggalkan rumah. Hatinya kuat mengatakan lelaki itu akan pulang ke rumah hari ini setelah beberapa hari menghilangkan diri setelah peristiwa berdarah itu.
Setelah siap semuanya, Dannia segera keluar dari rumah dan menghidupkan kereta viva hitam miliknya. Dia mahu menjemput Hanna terlebih dahulu sebelum bertemu dengan lelaki itu. Dalam kepalanya sudah bermacam macam rancangan mahu menghabiskan masa mereka hari ini.
Setelah menyiapkan apa yang patut, dan memastikan ke semua keperluan yang digunakan oleh Harith lengkap, Dannia segera melangkah ke bilik yang dihuni di hujung dapur. Dia perlu bersiap sedia, hati sudah melonjak gembira mahu bertemu dengan lelaki yang sudah dianggap abangnya. Lelaki itu banyak menolong sejak Zafrey muncul dalam hidupnya.  Hubungan mereka juga bertambah erat sejak pulang dari ‘honeymoon’ bersama Harith.
Dannia membunyikan hon apabila tiba di rumah sewa yang dihuninya dahulu. Malas mahu turun dari kereta dengan suasana panas terik. Lima minit menunggu, kelibat Hanna muncul dengan sedikit termengah. Kelam kabut gadis itu mengunci pintu rumah dan berlari terkocoh kocoh sambil membimbit kasut di tangan.
“Tak sempat nak pakai la tu. Kelibut betul. Hehehe.. asal gertak sikit mesti jadi macam tu.”



Keretanya diparkir di ruangan yang disediakan. Mereka segera mencari tempat untuk lepak sementara menunggu kedatangan lelaki itu. Tangan Hanna ditarik apabila mendekati food court yang terdapat di situ. Matanya meliar mencari gerangan yang di tunggu. Bimbang pula jika lelaki itu terpaksa menunggunya lama. Hanna berjalan menuju ke arah satu meja yang agak terpencil dari pandangan orang ramai. Rimas katanya mahu berada di tengah- tengah. Pasti kurang privasi. Dia mahu bertanyakan sesuatu kepada gadis itu.
“Aku nak tanya something ni. Kau jangan marah pulak eh?”  Hanna memulakan bicara setelah agak lama mereka diam membisu. Serba salah dia mahu bertanya, takut Dannia akan berasa hati. Namun dia harus juga bertanya, bukan mahu menyibuk, tetapi sebagai kawan rapat, dia tidak mahu Dannia menanggung masalah sendirian. Sebolehnya dia mahu sama berkongsi masalah gadis itu. Hari ini dia ingin meminta kepastian tentang rumah tangga Dannia. Rasanya dia berhak masuk campur dalam urusan rumah tangga sahabatnya apatah lagi melihat Dannia seolah pasrah sahaja dengan hidupnya itu. Ini bukan Dannia sahabat yang disayanginya.
“Apa dia? Sejak bila kau pandai minta izin ni. Selalunya main redah jer.” Sindirnya laju. Sudah terbiasa bercakap lepas dengan Hanna. Gadis itu pun apa kurangnya. Wah, bila dah sembuh laju je mulutnya mahu membalas kata.
“Aku serius lah. Janganlah main main.” Hanna menarik muncung panjang apabila disindir.
“Ok..Ok, asyik nak sentap jer kau ni. Hah tanyalah. Kalau boleh aku jawab, tapi agak agak kau susah tak? Jangan heavy sangat eh? Tak dapat jawab pulak nanti?” Dannia tersengih sengaja mahu mengusik Hanna.
“Er, kau dengan Harith macam mana?” perlahan sahaja ayat itu keluar dari mulutnya. Serba salah sebenarnya, takut merosakkan mood Dannia yang kian pulih.
“Kau rasa macam mana?” soalnya pula. Wajahnya sedikit kelat apabila nama Harith di bangkitkan. Baru sahaja dia ingin melupakan Harith dan bergembira, tetapi Hanna pula menimbulkan soal Harith.
“Eh, manalah aku tahu. Aku tanya kau, kau tanya aku balik pulak?”
“Macam tu lah. Still lagi berangin macam tu. Tak tahu ke mana pula dia menghilang kali ini. Tak balik balik lagi.” Pada siapa dia mahu lagi mengadu. Pada ibu dan abah tak mungkin. Dia tak mahu bimbangkan ibu dan abahnya. Tambahan lagi kalau diketahui angah dan alongnya, mesti mengamuk sakan dua orang tu. Baik tak payah, silap hari bulan dibelasah si Harith tu. Bukan boleh dijangka perangai abang abangnya lebih lagi si Syahmir.
“Sampai bila korang nak macam ni Nia?”
“Entahlah. Aku pun tak tahu. Kepala aku dah berserabut tahu tak. Bukan kepala je, semuanya. Muka aku ni tak tahu dah nak letak kat mana. Siapa yang tak malu bila orang  sekeliling kata suami aku ni curang. Semua orang bercakap pasal kami. Tak tahu mana nak letak muka aku. Malu sangat Hanna.” Suaranya yang kian sebak ditahan. Sedaya upaya ditahan air mata yang mahu mengalir. Tidak mahu merosakkan moodnya.
“Habis tu kau nak buat apa sekarang ni? Teruskan bersabar, macam tunggul kayu. Macam tu?” Hanna semakin sakit hati dengan Harith. Lelaki itu sentiasa mahu mneyakitkan Dannia. Entah apa masalah mamat tu. Bajet handsome, kaya dan semua orang terhegeh hegeh nakkan padanya kot. Sebab tu jadi macam tu, riak semacam. Berbakul bakul sumpah seranah untuk Harith. Sakit hatinya mengingatkan beberapa hari yang lepas, sakit pening Dannia langsung tidak dihiraukan. Nasib baik Dannia ada menelefonnya, kalau tak, entah apa yang akan jadi. Harith ni memang lelaki yang tak bertanggungjawab.
Dalam dua hari jugaklah dia berkampung di rumah milik Harith semata mata mahu menjaga Dannia. Harith ni pun satu, kalau ya pun tak sukakan Dannia, sekurang kurangnya bertimbang rasalah sikit.
“Dah tu apa hak aku Hanna?” lemah suara menuturkan kata. Pahit..
“Apa kata kau duduk berbincang elok elok. Ambil kata sepakat, berpisah secara baik.” Hanna mengemukakan cadangan, walaupun peratusannya amat nipis.
‘Harith dan Dannia duduk berbincang’ Dunia nak kiamat kot. Kalau Dannia boleh diterima akal untuk duduk berbincang. Kalau Harith, berani potong jari la. Lelaki angkuh macam tu takkan nak dengar pendapat orang. Kirim salam jelah..
“Kau tahu, kalau boleh memang aku nak berpisah. Tapi kena fikirkan pihak keluarga kami pula. Apa kata diorang nanti, perkahwinan kami tak sampai pun setahun. Baru enam bulan takkan dah nak bercerai.” Bersediakah dia mahu berpisah, walaupun Harith tidak pernah menganggapnya sebagai kawan jauh sekali sebagai isteri, hatinya sedikit menyimpan perasaan sayang buat lelaki itu walaupun dia cuba menghapuskannya dari bertamu di ruang hatinya. Semuanya sia-sia. Terpaksalah dipendam sendirian, langsung disembunyikan rahsia hatinya daripada Hanna dan Zafrey. Biarlah hanya dirinya sahaja yang tahu dan merasainya.



“Assalamualaikum...” sapaan seseorang membantutkan perbincangan dan sesi luahan mereka. Dannia mengalihkan pandangan sebelum berpaling pada satu tubuh yang berdiri dihadapannya. Cuba mencari kekuatan dan ketenangan sebelum berdepan bersua muka.
“Waalaikumsalam..Abang Zaf.” Hanna menjawab.
Salam Zafrey hanya dijawab di dalam hati. Dannia menguntum senyuman pada Zafrey.
            “Seronok sembang sampai tak sedar abang sampai. Borak apa ni?” Zafrey mengambil tempat duduknya, bersebelahan dengan Hanna dan berhadapan dengan Dannia.
“Borak kosong jer. Tak ada yang menarik pun.” Dannia menjawab dengan nada yang sengaja di ceriakan. Buat masa ini lelaki itu tidak perlu tahu. Mungkin nanti saja. Tidak mahu merosakkan mood mereka yang berada di situ dengan masalahnya.
“So, kita nak buat apa hari ni?” Zafrey bertanyakan agendanya pada Dannia dan Hanna. Sebenarnya dia ke sini kerana Dannia. Pada Dannia diberitahu kepada gadis itu mempunyai hal pejabat. Mahu bertemu client dan menguruskan projek. Padahal hal yang sebaliknya. Dia mahu lihat keadaan Dannia. Dia tahu pasti gadis itu berbohong di saat dia membuat panggilan dia dapat mengesan suara serak Dannia bukanlah kerana sakit, tetapi menangis. Dia bukannya bodoh tidak dapat membezakan suara ketika menangis dan suara ketika sakit.
Zafrey berasa bimbang dengan keadaan Dannia. Mahu sahaja dia terbang mendapatkan Dannia dan bertanyakan apa yang sebenarnya berlaku pada gadis itu. Di dalam flight hatinya berlagu bimbang. Mahu sahaja dia membatalkan rancangannya yang mahu pulang ke Kuala Lumpur, tetapi bimbang jika Dannia bertanya dan dia tiada jawapan untuk itu.
“Entah, dah selesaikan semua masalah pejabat abang ke? Nanti kang tertangguh pulak.” Soalnya. Dia berfikir banyak kali juga Zafrey terbang ke Penang kerana urusan kerja di sini.
“Dah siap pun, sekarang ni abang nak enjoy, habiskan masa dengan adik abang ni...” hidung Dannia dicuitnya. Tidak sempat ditepis oleh Dannia. Memuncung gadis itu tanda protes. Hanna di sebelahnya mengekek ketawa. Mereka berdua memang begitu, pantang berjumpa pasti dimulai dengan usik mengusik. Dia juga senang hati apabila melihat sahabatnya bergelak ketawa. Kalulah Harith seperti Zafrey, pasti gadis itu gembira dan selalu tersenyum bahagia. Tiada air mata.
“Dah la tu korang, jom lah. Nanti tak sempat nak tawaf pulak. Kalau dibiarkan sampai besok pun tak habis ni...” Hanna menyampuk perbalahan yang mulai mekar antara keduanya.
“Haih, Mak cik dah marah la, jom la..nanti ada pulak yang mengamuk kat sini.” Usik Zafrey nakal. Dia memang suka mengusik kedua gadis di hadapannya. Memang riuh jika dapat berkumpul bertiga sebegini. Satu pertemuan yang membibitkan persahabatan dan juga pertemuan saudara kandungnya.
Mereka bertiga mula bergerak dari sebuah kedai ke sebuah kedai. Saja mencuci mata kata Zafrey walaupun telah ditolak berkali kali oleh dua gadis dihadapannya. Haih sabar ajelah dengan dia ni. Boleh join Hanna, kaki shopping betul. Apa yang berkenan semua dibelinya. Cerewet pun ya juga, nak beli satu barang lima enam kali juga dia menilik.
Semua baju dikebasnya, dress, kemeja, t shirt perempuan semua di belinya jika sudah berkenan di mata. Mereka berdua pelik juga, Zafrey membelikan pakaian perempuan, sah sah lah bukan untuk diri lelaki itu. Pasti untuk seseorang yang istimewa ni. Sudahnya mereka berdua melopong, hampir tiga ribu juga wangnya melayang.
“Dah habis shopping? Kenapa tak beli dengan kedai terus..kan senang..? perli Dannia apabila lelaki itu menghampirinya dengan beberapa beg kertas di tangan. Dannia dan Hanna sudah lama menyerah kalah, sendi lututnya sudah longgar. Tidak larat untuk berjalan lagi.
“Ha’ah, tak payahlah, nanti kesian pulak kat orang Penang, nanti kat mana pula diorang semua nak shopping.” Selanya selamba membalas kata Dannia. Gadis itu mencebik geram, sudah tiga jam dia berlegar legar di kawasan itu.
“Hah, lepas ni kita nak ke mana?” Hanna sampuk, ingin tahu rancangan mereka seterusnya. Ingatkan mereka akan bersiar siar di Fraser Hill dan Taman. Tapi hampeh, lain yang di rancang lain pula yang dilakukan oleh Zafrey.
“Minum dulu jom, hauslah pulak. KFC?” Zafrey memberi cadangan. Mahu makan dia terasa kenyang. Lagi pula tekaknya terasa mahu makan ayam.
“Erm ok jugak tu. Kitorang pun dahaga ni.. dah la jom. Kejap lagi mahu wayang dah nak start. Ada masa setengah jam je lagi..” ajak Dannia pula. Dia tidak mahu terlewat menonton cerita yang menjadi pilihannya. Dari seminggu yang lepas dia ingin menonton cerita itu.
Mereka menuju ke KFC yang seperti dirancangkan. Menghilangkan rasa dahaga dan juga rasa lapar. Sepanjang mereka bertiga ada sahaja gelak ketawa yang tercetus antara meraka, baik Dannia, Hanna ataupun Zafrey masing masing tidak kering dengan lawak dan cerita lucu. Hampir pukul enam petang mereka bergerak ke panggung wayang. Dannia yang terlalu ketara dengan wajah teruja dan tidak sabar mahu menonton cerita kegemarannya mula membuat bising apabila Hanna dan Zafrey seolah cuba melengahkan masa.
Setelah itu, mereka singgah ke masjid untuk bersolat. Kemudian mereka menghantar Hanna pulang. Sebelum itu, Zafrey telah berpesan padanya untuk bertemu kembali. Katanya ada sesuatu yang mahu dibincangkan dengannya. Dannia hanya menurut sahaja, pada perkiraannya mesti ada sesuatu yang agak penting. Jika tidak tak adalah pula lelaki itu berpesan sebegitu padanya.
“Nia..” Zafrey melambaikan tangannya pada gadis itu apabila ternampak Dannia mencari kedudukannya di restoran itu. Tadi sudah dipesannya untuk berjumpa di sana. Dannia yang ternampak lambaian Zafrey terus mendekati lelaki itu.
“Sorry lambat sikit. Jalan jam tadi..” dia meminta maaf diatas kelewatannya sampai ke sana. Ini semua kerana kemalangan kecil di jalan itu sehingga melewatkan masanya berjumpa Zafrey.
“Tak apa. Abang pun baru sampai.” Zafrey segera mengamit seorang pelayan untuk memesan makanan mereka.
“Apa yang penting sangat nak bincang ni? Abang Zaf ada masalah ke?” dia membuka mulut apabila Zafrey mendiamkan dirinya. Sebaliknya lelaki itu hanya merenung dirinya dengan pandangan yang sukar untuk ditafsirkan. Dannia resah dengan pandangan yang dilemparkan untuknya. Sungguh dia berasa kurang selesa dengan situasi sebegitu.
Zafrey yang melihat Dannia yang bagaikan kucing mahu beranak mula mengeluh. Terasa serba salah pula mahu bertanya. Tetapi dia harus tahu tentang masalah Dannia, masalah rumah tangganya kerana Dannia itu adalah adiknya.
“Kalau abang tanya Nia jawab.” Mendatar sahaja suaranya.
“Tanyalah, insyaallah Nia jawab.”
“Bagaimana dengan Harith, masih bermasalah dengannya? Maaf kalau pertanyaan abang agak keterlalauan. Tapi percayalah, sebagai seorang abang, abang berhak mengetahui tentang masalah yang menimpa adiknya.. Nia percayakan abang kan?” dia memulakan mukaddimahnya supaya Dannia faham akan pertanyaannya dan supaya Dannia tidak salah sangka dengannya.
Ayat yang mampu membuatkan Dnnia terdiam. Terus terkelu.. bagaimana dia mahu menjawab soalan yang begitu pedih untuknya. Terasa malu pula bila masalahnya diketahui oleh lelaki itu.
“Ok. Tak ada masalah.” Mukanya dimaniskan semanis mungkin. Dia tidak mahu Zafrey terus bertanyakan soalan yang lain nanti.
“Masih nak bela dia? Jangan tipu abang Nia. Abang tahu hari abang pulang ke KL, suara Nia yang serak bukan disebabkan selesema atau sakit tekak kan? Abang bukannya bodoh yang boleh di tipu...” selanya tiba tiba dan sedikit berang. Sakit hatinya Dannia yang mahu menyembunyikan hal yang begitu parah darinya.
“Biar Nia yang selesaikan masalah Nia. Abang tak perlu bimbang..” ujarnya dengan tenang. Terasa kulit mukanya pijar. Sedikit terasa dengan tuduhan Zafrey yang dirasakan begitu berat. Bukan dia mahu membela Harith, tetapi dia tidak mahu ada campur tangan dari orang luar. Walaupun Zafrey juga tahu mengenai masalah rumah tangganya sejak dia dan Puan Sri Kamilia terserempak dengan Harith secara tak sengaja di Pulau Redang beberapa bulan yang lepas. Hanya kerasa insiden itu, keluarga Zafrey mengetahui keadaan rumah tangganya yang bergolak. Tetapi dia tidak akan sesekali menyalahkan wanita yang sudah dianggap sebagai ibunya.
“Cerita pada abang. Abang tak nak Nia pendam sendiri. Nanti boleh sakit, stress dengan keadaan tu boleh membuatkan seseorang menghidapi penyakit hypertension.” Ujarnya lagi sekan memujuk gadis itu supaya bercerita.
“Entahlah, Nia dah berputus asa dengan ini semua. Biarlah dia dengan dunianya sendiri. Cuma satu yang Nia harap agar dia dapat lepaskan Nia dengan cara baik jika dia sudah tidak mahukan Nia. Lebih baik hidup keseorangan daripada hidup begini. Hubungan yang tiada berpenghujung.” Selanya perlahan. Dannia menarik nafas dalam cuba menahan sebak dan sakit di dada. Matanya dilarikan daripada bertentang mata dengan Zafrey. Menghindarkan matanya yang sudah berair daripada dikesan oleh lelaki itu.
“Nia tak cuba berbincang dengan dia?” soalnya kembali apabila suasana antara mereka kembali sunyi. Dannia membisu dan Zafrey pula termenung. Cuba mencari jalan keluar untuk menyelesaikan masalah adiknya.
“Dia tak ada masa. Selalu tiada masa, selalu sibuk dengan dunianya. Entah apa yang penting di luar sana.”
“Dah tu... Nia nak biarkan aja? Sekurang kurangnya Nia perlu bertegas, jangan terlalu beri muka. Bukan abang nak suruh Nia tengking ataupun buat apa apa yang boleh menyebabkan Nia jadi derhaka, tetapi cukuplah supaya dia tak buli Nia. Nia perlu bertegas, jangan terlalu mengikut katanya.” Tanpa disedari Dannia, tangan Zafrey kuat mengengganm tangannya sendiri di bawah meja. Agak geram dengan Dannia. Gadis itu acuh tidak acuh sahaja dengan nasihatnya. Dia mahukan yang terbaik buat gadis itu, adiknya. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia bersua muka dengan Harith dan membuat perhitungan dengan lalaki keparat itu. Namun dia tidak boleh bertindak sesuka hati. Takut nanti bertambah buruk jadinya.
“Nia tahu maksud Abang Zaf. Nia dah cuba, banyak kali tetapi semuanya tak berhasil bang. Nia sendiri dah buntu. Biarlah, Nia dah penat dengan semua ni. Dah berputus asa pun. Mungkin suatu hari nanti dia akan lepaskan Nia dengan cara baik.” Ujarnya. Dia sendiri naik buntu dengan Harith. Lelaki itu seakan mahu menyeksanya. Menghukumnya walaupun bukan kesalahan yang dilakukan.
“Atau Nia minta dilepaskan dengan cara baik”
Dannia mengeluh buat sekian kalinya. Kali ini sudah dua kali dikemukakan cadangan itu. Petang tadi Hanna dan kini Zafrey.
“Entahlah, bukan Nia tak mahu. Tapi fikirkan tentang keluarga mertua dan keluarga Nia. Tentu diorang akan kecewa dengan berita ni. Perkahwinan kami tak sampai pun lagi setahun. Nia malu bang.” Bentaknya secara tiba tiba.
“Nia cubalah bincang dulu dengan keluarga. Kalau tak bincang mana diorang nak tahu. Jangan sampai satu tahap, berita ni tersebar kat kampung daripada mulut orang lain. Abang pasti keadaan tu semakin teruk jadinya” dia mengutarakan kebimbangannya yang terlintas di hati. Itu adalah salah satu faktornya. Dia bimbang jika perangai Harith yang mempunyai wanita lain dapat di hidu oleh orang kampung. Bertambah teruk jadinya, bukan sahaja Dannia yang menjadi mangsa cemuhan, keluarganya juga turut terpias.
“Itu yang Nia bimbangkan. Sekarang ni pun jiran jiran Nia dah banyak bergosip. Malu Nia. Tak tahu nak letak muka kat mana, bang. Insy’allah  Nia akan slow talk dengan dia. Mana tahu kalau dia berlembut hati mahu menerima nasihat ni. Abang Zaf doakan Nia ya..” terasa malu pula dengan lelaki dihadapannya kerana mengetahui masalah rumah tangganya yang bergolak dek kerana perbuatan suaminya yang tidak bermoral. Sungguh hanya lelaki ini yang mampu menyenangkan fikiran dan perasaannya. Terasa beban yang ditanggung hilang separuh dari tubuhnya. Terasa sedikit ringan bahunya setelah masalah yang di tanggung dapat diluahkan kepada seseorang.
“Abang selalu doakan yang terbaik untuk adik abang. Kalau ada masalah Nia ceritalah pada abang. Mana tahu lain kali abang boleh tolong. Sekurang kurangynya sedikit sebanyak ia dapat diluahkan. Jangan dipendam di dalam hati takut nanti menjadi parah. Manalah tahu luaran aje nampak ok, tapi di hati siapa pun tak dapat meneka. Abang tak mahu nanti jadi lain pula. Kalau gila tak ke naya dapat adik yang kurang siuman kan?” disebalik nasihat yang diberikan, Zafrey sempat mengusik Dannia yang keruh mukanya. Niatnya hanya satu iaitu untuk mencipta suasana yang sedikit ceria antara mereka.



Dannia memarkir kereta miliknya di sebelah kereta Harith. Berdebar juga rasa hatinya untuk melangkah masuk ke dalam banglo Harith. Terasa ketar lututnya mahu menghayunkan langkah ke pintu rumah itu apabila perasan kereta milik Harith yang tersadai di ruang garaj. ‘Bila Harith pulang dan Lelaki itu tidak keluarkah malam ini? Hairan juga.. semakin dekat langkahnya menuju ke arah muka pintu, semakin kencang degupan jantungnya. Sebelum dia memulas tombol pintu, sempat dia berdoa supaya segalanya baik baik sahaja dan tidak akan terserempak dengan lelaki itu.
Kreeek!! Bunyi pintu yang ditolak seseorang menyebabkan Harith pantas melabuhkan punggung di atas sofa dan menghadap televisyen di hadapannya, kononnya khyusyuklah tu. Padahal hujung pangkal cerita yang ditayangkan sepatah haram pun dia tidak tahu hujung pangkalnya. Sengaja dia tidak menghiraukan Dannia yang mula melangkah masuk. Perlakuan yang dibuat langsung bertentangan dengan kehendak hatinya. Hatinya meronta ingin memandang seraut wajah yang dikasarinya beberapa hari yang lepas. Sehinggakan dia tidak tenang berada jauh dari gadis itu. Sungguh dia merasa bimbang dengan keadaan Dannia yang ditinggalkan selepas pertengkaran mereka.
Dannia melangkah laju tanpa menghiraukan Harith yang sedang ralit menonton. Malas mahu menegur, bimbang akan terbit bibit bibit pertengkaran. Itulah punca utama jika mereka berdua bersua muka. Bagaikan anjing dengan kucing, saling bercakaran. Yang teruk dialah yang akan terluka. Langkahnya dilajukan untuk mendaki anak tangga. Dalam hati dia berdoa supaya Harith tidak lagi ambil peduli tentang ke mana dia pergi. Harith? Mahu ambil tahu akan hal peribadinya? Memang tak lah kan? Dannia tergeleng dengan apa yang berada di fikirannya. Dunia mahu kiamat jika itu semua berlaku. Lelaki itu berhati batu, tiada perasaan. Dannia mula melangkah anak tangga pertama, dikuti anak tangga kedua dan seterusnya. Di kepalanya sudah berkira kira mahu berehat dan memanjakan diri di dalam bilik tamu yang berada di tingkat atas. Terasa penat kerana sehari suntuk menghabiskan masa bersama Hanna dan Zafrey. Dia teringatkan Zafrey, kenapa lelaki itu terlalu baik? Selalu menjadi tempat dia mencurahkan perasaan dan masalah? Adakah kerana dia telah jatuh cinta pada lelaki itu? Ah, tak mungkin, kenapa hatinya tidak langsung merasakan debar apabila bertentangan mata dengannya. Mungkin kerana dia merasakan selesa ketika berada di samoing lelaki itu atau mungkin dia berasa dilindungi. Ah, payahnuya menyelesaikan soal hati dan perasaan..
Harith mengerling sekilas, hatinya berbolak balik, berperang dengan perasaannya. Separuh hatinya mahukan dia meminta maaf dan separuh lagi menegaskannya daripada berbuat demikian. Egonya masih berada di pucak teratas. Pening kepalanya dengan masalah yang satu..tanpa berfikir lebih lama, dia menuju ke bilik atas, hanya sesaat dia berhenti kembali. Tadi kalau tidak silap, dia melihat Dannia menaiki tangga menuju ke tingkat atas. Ke mana gadis itu pergi, takkan ke biliknya kot. Hish kau Harith, jangan mengarut, mana mungkin Dannia berani menjejakkan kaki ke biliknya. Dia bermonolog sendiri. Kakinya kembali melangkah ke biliknya. Ingin menunggu sahaja di biliknya sehingga Dannia keluar dari bilik tamu. Hasratnya mahu berbincang dengan Dannia. Kali ini dia nekad..
Harith mundar mandir di dalam biliknya. Aircond yang di pasang langsung tidak terasa. Bilik itu panas membahang, dahinya berpeluh sakan. Resah menanti kehadiran atau kelibat Dannia. Oleh kerana dia mahu berjumpa, setiap bunyi yang berlaku di sekelilingnya diambil peka. Manalah tahu jika Dannia akan keluar dari bilik tamu dan beralih ke bilik yang berada di dapur. Bolehlah dia juga turut keluar, mencari alasan untuk ke dapur semata mata ingin mencari peluang bercakap dengan gadis itu. Mahu memanggil Dannia terasa malu pula. Manalah tahu jika Dannia berprasangka yang bukan bukan padanya. Mahu dijaga juga egonya sebagai lelaki.
Hampir sejam berlalu, namun tiada tanda tanda bunyi Dannia membuka pintu biliknya dan beredar ke bilik satu lagi. Harith sudah penat menunggu. Dia tidak akan sesekali memanggil atau mengetuk pintu bilik gadis itu. Setelah terlalu lama menunggu, akhirnya dia mengalah jua, Harith turun kembali ke bawah, untuk melihat kelibat Dannia, manalah tahu dia tidak perasan, atau gadis itu berpindah bilik secara senyap senyap. Mana tahu kan? Harith mula mencari di mulai dengan bilik tamu. Dia mengintai di celah pintu, hairan.. bilik itu gelap. Seperti tidak berpenghuni. Sudah tidurkah? Tangannya teragak agak mahu membuka pintu bilik itu. Apa kata gadis itu nanti jika dia dengan selamba masuk. Tapi... Eh, ni kan rumah aku, ada aku kisah. Itulah jawapan jikalau Dannia bertanya, niatnya di hati. Lagi pula apa hak dannia menghalangnya memasuki bilik itu? Harith tersengih sendiri. Dengan hati yang tekad dia memulas tombol. Sebaik sahaja pintu elok terbentang luas, matanya meliar melihat sekeliling. Kosong!! Dia kembali menutup pintu bilik dan mencari di ruangan lain. Setiap sudut dia memerhatikan kelibat Dannia. Hampa, semuanya tiada. Hanya satu tempat lagi yang belum dijelajahinya iaitu dapur. Mungkinkah dia ada di sana? Harith berjalan menuju ke dapur ingin mengintai kelibat manusia yang dicari sedari tadi. Gothcha!! Hatinya berbisik riang, dan apabila Dannia berpaling menghadapnya, lalu laju tangannya mencapai gelas dan membuka peti ais ingin mengambil fresh orange yang terdapat di situ lalu menuangnya ke dalam gelas, dia kembali gugup. Aisemen!! Macam, mana nak mulakan ni..? setelah ditambah, di tolak, di di darab dan dibahagikan, dia berpaling dan mula bersuara.
“Aku.......” panjang ayatnya sebelum dia terdiam. Dia memandang sekeliling. Aik?? Mana pulak dia ni menghilang? Tadi ada je kat sini.. kepalanya digaru, pelik sungguh. Macam biskut chipsmore. Sekejap ada sekejap tak ada. Haish! Terbantut lagi niatnya untuk bertanyakan keadaan Dannia. Baru sahaja dia ingin melangkah beredar dari situ, demi terpandangkan sesuatu yang terletak elok di tengah tengah meja, segera dicapainya untuk melihat. Nota?

Saya balik kampung besok.
-Dannia

Ringkas tulisannya. Dan hanya dengan beberapa patah perkataan membuatkan Harith merengus geram. Gadis itu lebih rela menulis nota kepadanya daripada bercakap. Apa, mulut ada tongkol emas ke apa? Terasa sakit hatinya. Wait! Yang aku jadi bodoh nak bercakap sangat dengan perempuan tu kenapa? Penting ke dia dalam hidup kau Harith. Ingat, dia tu perempuan yang langsung tak diiktiraf sebagai isteri, wake up Harith. Kemudian lelaki itu termanggu manggu. Memikirkan kembali bisikan yang bergema di telinganya..bunyi pesanan ringkas masuk terus menyedarkan Harith dari igauan. Tangannya mengumpal kertas kecil yang berada di tangannya tadi, kemudian terus dilemparkan. Buat apa aku memikirkan perempuan kampung tu..dia melurut rambutnya dengan kasar. Bodoh sungguh kau Harith. Hampir sahaja menjatuhkan ego dan maruah kau. Shit!! Mudah sangat ditewaskan dengan perasaan.


            Harith kembali dengan perangai lamanya melepak di kelab malam setelah apa yang berlaku di rumahnya. Dia sengaja mahu menghilangkan rasa serabut. Fikirnya jika dia keluar berpeleseran di kelab, rasa serabutnya akan menghilang, namun semakin berserabut. Asap rokok di sedut serakusnya sambil bergili meneguk riski yang di pesannya. Suzanne di sebelah sudah terlentok di bahunya. Kepenatan setelah ligat gadis itu menari tanpa menghiraukan sekeliling. Hampir dua jam dia berada di situ.
            Harith meliarkan matanya ke sekeliling. Sesekali dia mengerling beberapa orang gadis yang leka bergelak ketawa di hujung sana. Kemudian matanya beralih pula ke arah Suzanne yang lena di sebelahnya. Lama dia memerhatikan raut wajah Suzanne. Dia mula berfikir tentang sesuatu. Kenapa tiada langsung getar di hatinya saat dia bertentangan mata dengan gadis serani ini? Kenapa harus Dannia dia berperasaan dan merasa getaran ini? Cintanya pada siapa? Suzanne atau Dannia?
            Berada di samping Dannia selalu membuatkan hatinya tenang. Tenang dari segala masalah. Hanya dengan memandang gadis itu semua rasa serabutnya hilang. Hatinya tenang jika berada berdekatan dengan Dannia. Dia tidak dapat menerima Dannia untuk berdampingan dengannya. Gadis itu tidak layak bersamanya. Dannia hanya gadis biasa yang tidak punyai apa-apa melainkan perwatakannya yang lemah lembut dan budi bicaranya.
            Harith bingung. Dia termenung panjang memikirkan hal itu. Soal perasaan begitu rumit. Cintakah dia pada Dannia? Tetapi bagaimana pula dengan Suzanne. Rasanya dia cintakan Suzanne bukannya Dannia. Teteapi kenapa semakin hari dia merasakan hatinya semakin tawar untuk bersama Suzanne. Wanita itu juga semakin lama semakin jarang untuk bersamanya. Ada sahaja alasan apabila diajak keluar. Gadis itu semakin sibuk. Sangat jarang untuk bersua muka. Cuma untuk malam ini, dia berjaya memujuk gadis itu keluar.
            Argh! Kenapa ini semua terjadi padanya? Kenapa Dannia perlu hadir dalam hidupnya? Jika dia cintakan Dannia sekalipun, adakah gadis itu merasai apa yang dirasainya kini? Tegakah dia mendengar jawapan apabila di tolak? Tidak, rasanya dia tidak perlu meluahkan rasa hatinya pada Dannia. Dannia harus dilupakan. Suatu hari anati, mereka berdua akan berpisah juga, itulah janji mereka berdua yang telah disetujui pada malam mereka kembali di rumah ibu bapanya.

            Harith meneguk lagi minumannya. Kali ini, sudah tiga gelas dihabiskannya. Dirinya pula terasa sudah terasa lain macam. Seram sejuk tubuhnya, matanya pula sudah pun terasa berbalam-balam. Harith menekup mukanya dengan kedua belah lengannya dan diletakkan di atas meja. Memejamkan matanya cuba menghilangkan rasa pening..


No comments:

Post a Comment