Bab
17
Iman
menemani satu satunya kakak ipar yang amat disayanginya. Sedih dan sakit hatinya
masih terbungkam mengenangkan sikap abangnya. Sanggup menghalau Dannia semata
mata perempuan tak sedar diri tu. Kenapa abangnya begitu buta mahu menilai
kebaikan kakak ipar. Wanita yang seksi itu juga mahu diagung agungkannya. Matanya berkaca-kaca menahan air mata daripada
gugur ke pipinya, terasa sedih dengan keadaan Dannia. Kakak iparnya kelihatan
sugul sekali. Masih bingung dengan keadaan yang menimpa rumah tangganya.
Sepanjang perjalanan menuju ke stesen bas, Dannia lebih berminat dengan
pemandangannya diluar. Air mata masih terhambur keluar walaupun sudah berkali
kali disapu. Namun masih degil mahu menodai pipinya.
“Kak Nia, Iman minta maaf atas
perbuatan abang. Sampai hati abang buat macam tu pada Kak Nia. Iman ingatkan
selama ini rumah tangga akak bahagia. Tak sangka macam ni rupanya. Iman tak
sangka macam ni perangai abang. Maafkan Iman dan keluarga kami.” Sayu sahaja suara
Iman kedengaran. Kakak ipar yang selalu ceria, rupanya memendam duka. Kenapa dia tidak perasan akan semua ini..selama
ini gadis itu hanyalah berdusta, berpura pura bahagia disamping abangnya. Malah
abangnya pun tak kurang hebatnya bila berlakon. Ditatang bagai minyak yang
penuh bila Iman berkunjung di rumah. Namun, setinggi mana tupai melompat,
akhirnya jatuh ke tanah jua. Tengoklah buktinya hari ini, terbentang di depan
mata.
“Tak, Iman dan keluarga memang tak
salah. Semua ni salah akak, kalaulah keluarga akak tak terima pinangan dan
perkahwinanan mesti semua ini takkan terjadi, mesti abang Iman tak perlu
menanggung semua ni kan. Tapi memang ini takdir, akak kenalah redha. Iman janji
satu benda dengan akak...” Dannia cuba berhenti menangis, mencari kekuatan
untuk berbicara dengan Iman.
“Apa dia Kak Nia, Iman janji kalau
semua ini dapat menggembirakan hati akak. Iman janji kak...” dengan penuh
yakin, tangannya memegang erat tangan Dannia tanda membuat apa sahaja untuk
gadis itu.
“Janji Iman takkan beritahu mama dan
papa pasal ni. Kak Nia tak mahu mama dan papa jatuh sakit. Tentang akak, tak
payah Iman bimbang. Promise me..” lirih suara Dannia penuh mengharap.
“Tapi kak...” Iman terkejut. Terasa
terlalu berat permintaan Dannia. Bagaimana jika mama dan papa bertanya akan
menantunya. Papa dan mama tahu dia menziarahi rumah abangnya hari ini.
“You
promise me already. Jaga keluarga Iman baik-baik. Sampaikan salam buat
mereka, katakan Kak Nia minta maaf dan halalkan makan minum Kak Nia sepanjang
bergelar menantu mama dan papa. Kak Nia sayangkan keluarga Iman. Jaga diri.”
Dannia seraya memeluk Iman erat. Seolah olah tidak akan lagi berjumpa. Seolah
olah ini adalah pertemuan terakhir antara mereka.
Iman teresak esak di dalam pelukan
Dannia. Terasa sayang mahu melepaskan gadis secantik dan sebaik kakak iparnya
untuk pergi. ‘Iman akan selalu mendoakan kesejahteraan akak. Iman janji suatu
hari nanti Kak Dannia pasti akan kembali pada keluarga kami’. Itu janji yang
diikat di dalam hatinya.
Mungkin waktu ini Harith tidak sedar
akan semua itu, lelaki itu masih lagi leka dan alpa dengan dunianya. Permata di
depan mata tidak nampak berkilauan, kaca juga yang dipuja puja separuh mati.
Mungkin suatu hari nanti dia akan menyesal.
Dia tidak mahu lagi menasihati abangnya yang sudah tersasar jauh. Biarlah
dia dengan dunianya... mungkin suatu hari nanti dia akan terasa dengan
kehilangan Dannia. Waktu itu mungkin sudah terlambat bagi Harith... ‘Abang,
sedarlah. Pujuk balik Kak Dannia’ hatinya menjerit kuat. Sekuat manapun hatinya
merintih, dia tahu Harith tak mungkin akan mendengarnya.
Bunyi hon bas yang kuat menyentakkan
lamunannya. Astagfirullahalazim... lama benar dia termenung, kelibat Dannia di
dalam bas hanya dipandang sepi. Kakak iparnya hanya memandang dengan senyuman
hambar. Jelas riak terluka dan kecewa diwajah cantik itu. Iman mengeluh
perlahan.. bagaimana mahu berdepan dengan pertanyaan mama dan papanya jika dia
menjejakkan diri di rumah banglo mereka.
Hari berginjak lewat waktu petang,
barulah Dannia sampai di kampung, halaman rumahnya. Sengaja dia tidak mahu
memberitahu akan kepulangannya. Dia tidak mahu menyusah dan bimbangkan akan
keluarga tentang permasalahan yang menimpa dirinya. Dengan perlahan langkahnya
menuju masuk ke halaman rumah kampung sebelum kakinya betul betul berdiri berhadapan
tangga menuju ke pintu utama masuk. Teragak agak dia mahu melangkah masuk,
bimbang akan pertanyaan demi pertanyaan yang bakal ditanya sebentar nanti.
“Nia” sapa suatu suara sebelum
sempat mulutnya mahu memberi salam. Terpacul wajah uminya. Seperti yang
dijangka oleh akal dan minda, wajah uminya yang jelas terkejut dengan
kepulangan yang tak disangka. Bertambah terkejut tiba tiba badan uminya
dirangkul erat. Terasa sarat dengan kerinduan kerana sepanjang tempoh
perkahwinannya, inilah kali pertama dia menjejakkan kaki di rumah. Siapa sangka
kepulangan yang dirancang olehnya sekadar mahu melawat rupa rupanya adalah
kepulangan untuk selamanya kembali ke pangkuan keluarga.
“Umi” tangan uminya dikucup, tanpa
dapat ditahan tahan, air mata yang cuba dikawal akhirnya menitis jua. Terlalu
sebak dengan keprihatinan uminya. Teresak esak dia menahan sedih dengan semua
ini. Terasa mahu pecah berkecai hatinya dengan paluan berdetak kencang. Sakit
terlalu sakit.
“Nia seorang ke..mana Harith?” Dadanya
terasa semacam dengan riak terpamer di wajah anak gadisnya. Dannia hanya
menyepi tanpa menjawab pertanyaannya. Kepalanya terjenguk jenguk melihat
sekitar kawasan, mencari kelibat menantunya. Namun tidak kelihatan. Hatinya
bertambah tidak enak melihat tangisan Dannia tidak terhenti malah semakin
bertambah. Segera dia menarik anak gadisnya masuk dan dipimpin sebelum
melangkah mengambil segelas air untuk anak gadisnya yang melayan hiba. Dalam
kepalanya berfikir bermacam macam syak wasangka. Apa yang terjadi pada anak gadisnya
itu.
“Nah minum dulu, jangan dilayan
sangat perasaan tu. Lepas ni masuk dalam bersihkan diri dan berehat.” Hatinya
resah memandang Dannia yang begitu asyik melayan sedih. Entah apa yang
membelenggu hati anak gadisnya sehingga begitu sekali. Ayat yang terkeluar dari
mulutnya seolah olah bagaikan angin lalu, langsung tidak singgah di kepala. Runsing
hatinya...
Setelah kelibat Dannia menghilang ke
dalam bilik, barulah Puan Diana perasan akan sebuah beg besar yang terletak
elok di tepi pintu rumahnya. ‘Apa yang terjadi sebenarnya? Kenapa Dannia pulang
keseorangan? Kelibat Harith langsung tidak kelihatan. Bila ditanya Dannia pula
diam menyepikan diri. Lantas nombor Syahmin dan Syahmir didail. Mereka perlu
dihubungi dengan segera. Hatinya sudah sarat dengan persoalan...
“Nia” Puan Diana mengetuk pintu
perlahan. Sudah hampir lima belas minit Puan Diana berdiri di muka pintu
Dannia. Namun panggilannya dibiarkan tidak bersahut. Dannia hanya mendiamkan
dirinya. Makan malam mereka semua pada malam ini sedikit lewat gara-gara anak
gadis nya itu.
“Nia, buka pintu sayang.” Puan Diana
mengetuk lagi dengan harapan mendapat sahutan. Namun hampa, kebisuan Dannia
menyesakkan dadanya. Hatinya terlalu bimbang dengan apa jua yang terjadi pada
Dannia. Sejak dari petang tadi Dannia menyepikan diri di dalam bilik. Seolah
olah ingin menghindari dari semua orang yang menghuni di rumah itu.
Kerja
yang di buat serba tidak kena, disentuh itu salah, dipegang itu salah.
Kepalanya asyik dengan perangai Dannia yang aneh. Semua yang ditanya semua
dibiarkan tidak berjawab. Pertanyaan daripada suaminya hanya dijawab dengan gelengan.
Yalah mana nak tahu jika Dannia tidak menceritakan apa apa padanya.
“Adik, bukak pintu ni.” Tegas
kedengaran berselang seli dengan ketukan di pintu biliknya. Syahmin mengetuk
kuat pintu bilik itu setelah Puan Diana gagal memjuk adik bongsunya untuk
keluar. Kemudian muncul Syahmir dengan segugus kunci di tangan. Mujurlah dia
teringat akan kunci pendua yang terletak di simpanan bilik rumah itu. Dengan
senang, pintu itu terbuka dengan hanya sekali kunci tersebut dipusing, lantas
tombol pintu bilik Dannia dikuak.
Syahmir mengisyaratkan supaya uminya
masuk untuk memujuk Dannia. Kemudian mereka meninggalkan ruangan tu supaya
Dannia dan uminya dapat berbincang. Setelah beberapa lama dibiarkan berdua,
Dannia keluar bersama uminya di belakang. Namun wajah itu masih lagi sembab dan
merah. Menangis lagi barangkali. Dannia hanya tertunduk, namun mereka yang
berada diruang tamu masih lagi dapat menangkap bunyi esakan terbit dari bibir
Dannnia.
Setelah memujuk Dannia supaya makan
malam bersama mereka, barulah abahnya bertegas untuk berbincang walaupun Dannia
cuba mengelak dan melarikan diri. Ketegasan Encik Zamani membuatkan dia sedikit
akur dengan arahan itu. Kebisuan Dannia membuatkan Encik Zamani sedikit
sebanyak tercabar dengan kesabaran yang mencengkam hati tuanya.
“Nia,
cuba cerita apa yang sebenarnya berlaku. Kenapa menangis sampai macam ni
sekali?” pujuk Encik Zamani memecahkan ruangan yang sedikit hangat. Masing-masing
gelisah menanti butir bicara Dannia.
“Sampai bila Nia nak diam macam ni?
Cuba cerita apa masalahnya.. menangis bukan jalan penyelesaian.” Sambung Encik
Zamani lagi apabila kebisuan dannia mula mempengaruhi ketidaksabarannya. Nadanya
yang tegas menyentakkan kebisuan Dannia.
Dannia
sebenarnya serba salah, entah dari mana dia mahu mulakan semuanya. Seolah olah
dia membuka pintu aib rumah tangganya yang pincang. Tapi jika tidak diceritakan
macam mana dia mahu menerangkan akan kesedihan dan kekecewaan yang jelas
terpampang di mukanya. Mahu berbohong tidak sampai hati, jika dia berbohong
sekalipun sampai bila dia mampu merahsiakan yang sebenarnya, mesti terbongkar
juga suatu hari nanti.
“Ceritalah dik, kita selesaikan sama
sama. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya kan?” Syahmin yang diam
dari tadi bersuara. Dikerling pula wajah Syamir yang berada di sebelahnya yang
sudah panas punggung. Sedikit sebanyak dia perasan akan wajah yang merah padam.
Namun tidak pasti kenapa, marah ataupun menahan sebak melihat adik yang
disayangi demikian rupa.
Puan Diana yang setia disebelah
gadis itu mengenggam erat jemari runcing anaknya. Seakan akan memberi kekuatan
pada anak gadisnya supaya bersuara.
“Sebenar......” Diceritakan semua
dari satu persatu bermula dari perkahwinannya dengan Harith sehingga dia
dihalau dan digantung tak bertali oleh suaminya. Setelah diceritakan semua yang
terjadi sepanjang dia bergelar isteri kepada lelaki itu, barulah hatinya
sedikit tenang. Separuh badannya terasa ringan. Tidak kesemua diceritakan pada
keluarga, hanya sesetengah yang dirasaka perlu sahaja diceritakan. Keburukan
Harith terhadapnya sedaya upaya disembunyikan.
“Aku dah agak semua ni akan berlaku.
Memang dasar jantan tak guna.” Tanpa dapat di tahan, Syahmir menghamburkan
marahnya. Sudah tidak dipedulikan umi, abah dan abangnya yang masih diruangan
itu. Marahnya pada Harith semakin menggunung, memang dari dulu lagi, ditentang
habis habisan dengan berita pertunangan dan perkahwinan Dannia dan lelaki
keparat itu. Namun tentangannya tidak dihiraukan oleh umi dan abahnya. Sudahnya,
hanya mampu melihat semua itu berlaku, sudah dicuba membuang perasaan tidak
senangnya melihat sikap dingin Harith dengan keluarga mereka. Kalaulah lelaki
itu berada dihadapan matanya sekarang, pasti sudah lama dibelasah dan di
cincang lelaki itu menjadi 18 bahagian. Baru puas hatinya. Memang dasar lelaki tak guna. Celaka!
“Angah, bawa bertenang nak, jangan
bertindak melulu.” Encik Zamani bersuara setelah melihat anak keduanya itu naik
hantu.
“Habis tu takkan nak dibiarkan aje
budak tak guna tu. Dari dulu lagi Mir dah cakap, lelaki itu tak sesuai dengan
adik, tapi tak dengar. Tengok sekarang apa dah jadi.” Syamir hampir menjerit.
Sakit hatinya bukan kepalang, lupa sudah dengan siapa dia bercakap.
“Angah behave yourself. Sedar sikit dengan siapa kau bercakap.” Keras
suara Syahmin menegur Syahmir. Adiknya, kalau marah mudah lupa diri. Tak kira
dengan siapa bercakap semuanya diredah. Terlalu panas baran...entah perangai
siapa yang diikutnya.
Syamir mengeluh kuat. Terlalu geram,
sakit hati semuanya bercampur. Punggungnya dihempas kasar ke atas kerusi yang
didudukinya tadi. Puan Diana pula memeluk erat Dannia, sesekali matanya
mengesat pelupuk mata yang mengalirkan air mata. Ibu mana yang tidak sedih
melihat satu satunya anak tunggal perempuan dalam keluarga dijatuhkan hukuman
yang begitu berat bagi seorang isteri oleh lelaki bergelar suami. Tambahan lagi
Dannia terlalu muda dengan semua ini. Timbul penyesalan dengan keputusannya
dahulu.. kalaulah dia tidak menjodohkan Dannia dengan Harith, kalaulah dia
mendengar pendapat Syahmir... terlalu banyak kalau.... tapi semuanya telah
berlaku. Nasi telah menjadi bubur....
Disebabkan Harith, Dannia menderita.
Ingin menyalahkan takdir dia tidak mampu kerana itu sudah menjadi lumrah setiap
manusia yang diduga dengan setiap dugaan dalam hidup setiap yang bernyawa.
Namun tidak disangka sampai begini rupa anaknya diduga. Terlalu berat bagi
gadis seusia itu diduga sedemikian rupa.
“Habis tu macam mana sekarang ni?”
Syahmir makin tak senang duduk dengan kebisuan ahli keluarganya. Masing masing
seolah olah bingung..Abahnya diam membisu. Syahmin dengan termenungnya, uminya
pula menangis...Syahmir, angahnya memicit kepala. Sesekali Syahmir mengeluh
kuat.
“Biar Mir yang pergi jumpa dan
selesaikan masalah ni dengan budak tak guna tu.” tanpa pamitan Syahmir bersuara
memecahkan kebisuan mereka sekeluarga.
“Tak payah, biar along dan abah je yang pergi.” Laju bantahan keluar
dari mulut abahnya. Takut nanti kecoh pula dengan amukan anak bujangnya yang
satu. Bukan boleh diharap, mahu berbincang, alih alih nanti jadi pergaduhan
pula.
“No,
angah tetap nak ikut. Apa nak jadi jadilah.”
“Angah dengar cakap abah. Kami boleh
selesaikan benda ni.” Syahmin cuba menenangkan hati Syahmir. Cuba menghalang
keinginan Syahmir untuk mengikutnya ke Penang.
“No. Keputusan angah muktamad”
Syahmir pantas bangun dan mengambil kunci kereta miliknya lalu keluar dari
rumah itu. Sakit kepala mahu berlama lama di dalam rumahnya itu. Tambah kalau
tengok wajah Dannia yang sembab dan sedih. Lagi parah hatinya. ‘jangan harap
aku akan lepaskan kau Harith. Tunggu dan lihat apa yang akan aku buat nanti.’
“Abah... adik minta tolong sangat
jangan libatkan mama dan papa dalam hal ni.” Dannia bersuara setelah sekian
lama mendiamkan diri.
“Kenapa pulak?” sepatutnya keluarga
besannya patut tahu apa yang menimpa anak gadisnya.
“Umi, Nia tak mahu sesuatu menimpa
mama dan papa. Diorang tak bersalah dalam hal ni. Nia tak mahu mama dan papa
jatuh sakit nanti. Lagipun diorang tak tahu menahu pasal hal yang terjadi hari
ni.” Tidak mahu kerana dirinya, mama dan papa pula yang jatuh sakit, dia tidak
mahu menjadi penyebab jika sesuatu menimpa keluarga mentuanya. Biarlah mereka
tidak tahu akan perihal ini. Tidak mahu membebankan mereka, kerana dia amat
menyayangi mama dan papanya.
Dannia masih termenung di dalam
biliknya. Telefon bimbitnya awal awal lagi dimatikan. Sempat dia menghantar sms
pada Hanna ketidakhadirannya ke kuliah selama beberapa hari. Selepas itu
langsung di offkan. Dia sudah penat
rasanya mahu memikirkan masalah yang menimpa. Yang dimahukan hanyalah
ketenangan. Dia ingin berehat dan tidur, badannya sudah tidak mampu menampung keletihan
yang kian memberat. Dia mahu tidur, biarlah segala yang berlaku hari ini adalah
mimpi semata mata, apabila dia membuka mata nanti biarlah ianya hanya sekadar
mimpi ngeri..
Harith
termenung di sofa ruang tamu. Masih tak percaya dengan apa yang telah dilakukan
tadi. Sungguh, dia tidak sengaja mahu menampar adiknya dan menghalau Dannia
dari rumah, di saat itu egonya tinggi melangit, tambahan pula kemarahannya yang
tidak dapat ditahan. Apatah lagi saat adiknya melihat pergaduhan yang terjadi
antara mereka bertiga. Tak disangka yang Iman akan menjenguk mereka pada hari
ini. Apatah lagi ketika itu Suzanne menampar Dannia yang disaksikan Iman. Apa
lagi naik mengamuk gadis itu melihat kakak kesayangan ditampar dan dihina. Jika
dilihat keadann Suzanne petang tadi, teruk juga lukanya akibat amukan Iman.
Terkejut dia melihat amukan Iman yang menggila.
Entah
angin mana yang meresap ke dalam tubuh gadis itu apabila dengan selambanya
menyindir kemesraan mereka berdua di ruang tamu tengah hari tadi. Sakit
hatinya, seolah olah Dannia telah merendahkan maruahnya sebagai seorang lelaki.
Apatah lagi dikatakan tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami.
Terasa begitu kerdil dirinya berdiri di samping Dannia. Suzanne pula hanya
ketawa sinis seakan akan turut mengiakan kata kata Dannia. Berasap telinganya,
terasa egonya tinggi melangit, tercabar dengan kata kata Dannia.
Setelah mengheret Dannia dan Iman
keluar dari rumah, kakinya melangkah laju menuju ke bilik yang dihuni oleh
gadis itu. Diambil semua pakaian milik Dannia dan dihumban kasar ke dalam beg
besar. Dibawa beg itu keluar dari rumahnya dan mencampakkan di hadapan Dannia
disaksikan oleh Iman. Dimana kewarasannya ketika itu..
Masih terbayang wajah sendu Dannia
yang terkejut kerana dihalau. Kata kata kasar dan kesat dihamburkan pada Dannia
sebentar tadi sebenarnya turut menghiris hatinya. Tapi sekarang ini hatinya
begitu resah, entah kenapa setiap ruang sudut dirinya seakan akan melihat
Dannia. Dannia yang sibuk mengemas, memasak bahkan sedang menyapu sekalipun dia
dapat melihat dengan jelas. Sudah gilakah? Malas mahu dilayan semua itu. Apa
yang tidak kena dengannya, terasa hatinya begitu kosong sekosong kosongnya.
Nampaknya aku betul dah mereng. Come on lah Harith, perempuan tu dah
berambus pun dari hidup kau. Lepas ni kau dah tak perlu berserabut lagi
dengannya. Kan dah ada Suzanne.. lagipun Suzanne lebih sesuai berdampingan
dengan kau yang segak dan sesuai menjadi isteri kepada lelaki berkaporat macam
kau. Baru sesuai... bisikan jahat kembali berbisik di telinganya menghapuskan
rasa kesal di hati. Dannia sudah pergi dari hidupnya. Dia telah menghalau pergi
Dannia dari kehidupannya. Kini semuanya kembali seperti asal. Kembali seperti
dahulu dimana tiada siapa yang menjaga makan minumnya. Bersediakan dia mahu
menghadapi semua ini? Baru sebentar tadi dia menyatakan tak mungkin dia akan
melepaskan Dannia pergi dari hidupnya..Harith mengeluh lagi. Buntu benar denga
peristiwa yang baru berlaku. Bagaimana dengan penerimaan Dato Iskandar dan
Datin Rosmaria nanti apabila menantunya telah pergi?
Arghh!! Harith menjerit kuat.
Melepaskan rasa hati dan serabut yang terbuku.
No comments:
Post a Comment