Saturday, March 31, 2012

BAB 14 [KASIHKU YANG SATU]

Bab 14


            Bunyi  bising alarm dari telefon bimbit mengejutkan Dannia dari tidur. Matanya terpisat pisat bangun dari perbaringan. Kepalanya terasa berdenyut kuat, dia menggagahkan diri ke bilik air untuk mandi dan menunaikan solat. Sakit di badannya tidak dihiraukan, pergelangannya terasa pedih akibat cengkaman kuat lelaki yang tidak dikenali mencucuk perit. Tangannya berbirat merah kesan pergelutan malam tadi.  Dibiarkan rasa sakit itu. Dannia menuju ke bilik air untuk membersihkan dirinya dan dia perlu menjalankan rutin hariannya mengemas rumah seperti selalu.
Menggingatkan hal semalam, hatinya menjadi takut, trauma.  Masih terbayang wajah wajah rakan Harith yang amat menakutkannya.  Sungguh dia amat terkilan dengan perbuatan Harith, sanggup dia membawa pulang kawan kawannya dan mengadakan parti liar di rumah. Langsung tidak menghormati dirinya sebagai isteri. Terasa maruah dirinya dipijak pijak lumat tanpa belas kasihan. Apatah lagi kata hinaan Harith padanya begitu sakit dirasakan. Bertambah sakit apabila begitu tega Harith membiarkan kawan kawannya memperlakukannya sesuka hati.
            Tanpa melengah lengahkan masa, dia segera turun ke ruang tamu untuk memantau keadaan dibawah setelah siap mengerjakan solat dan membersihkan diri. Dia mahu melakukan tugasnya seperti sediakala, walaupun tidak pernah dianggap sebagai isteri, dia masih lagi mahu melakukan tanggungjawabnya seperti seorang isteri. Sebaik sahaja kakinya dijejakkan pada ruang tamu, matanya terbuntang dengan pemandangan yang terhampar dihadapannya. Luluh hatinya melihat sang suami berpeluk sakan dengan wanita yang bukan muhrim dengannya. Ya Allah! Tabahkanlah hatiku. Hatinya terasa pedih, ulu hatinya terasa begitu sakit. Isteri mana yang sanggup melihat suami mereka curang. Cintakah aku pada Harith? kenapa hatiku sakit melihat semua ini. Tidak! Tak mungkin aku akan mencintai lelaki seperti ini. Tak akan aku serahkan hatiku pada lelaki yang memijak maruahnya sesuka hati. Rasanya dia tidak perlu menanam perasaan sayang dan cinta buat lelaki yang sah bergelar suaminya lima bulan yang lalu. Dia sepatutnya menyekat perasaan itu untuk Harith.
            Peritnya hati. Dia melangkah menuju kearah suaminya yang nyenyak tidur memeluk teman wanitanya. Dalam terpaksa, kakinya menghampiri ke arah keduanya, mahu membersihkan segala sampah dan botol minuman yang berada di situ. Bau masam menusuk kuat ke dalam hidungnya. Sudah lali dengan semua itu, dia hanya mampu memandang, tak berani lagi menegur lelaki itu, biarlah. Dia sudah melakukan semua yang termampu. Tidak sanggup lagi rasanya menerima herdikan demi herdikan beserta penampar dari lelaki itu. Tangannya segera mencapai gelas minuman yang masih berbaki separuh. Saat kakinya mahu bergerak, tanpa diduga kakinya tergelincir kerana licin, air yang dipegangnya terlepas dari tangan dan....Dushh...
            “Apa ni??” Suzanne mencelikkan matanya pantas apabila terasa ada air yang terpercik ke mukanya.
            “Ma..maaf, saya tak sengaja”. Tergagap gagap dia menjawab.  Habis lah aku kali ni. Mengamuklah singa tu kejap lagi. Dia sudah berdebar kencang.
            “Kau memang sengajakan?” muka Suzanne merah menahan marah geram dengan Dannia, enak enak dia tidur dalam pelukan Harith, dengan tetiba Dannia mencurah air ke mukanya. Habis melekit badan dengan air tersebut.
            “Tak, Saya memang tak sengaja. Lantai licin” ujarnya lagi. Dalam hati dia berdoa supaya di selamatkan daripada tengkingan Harith. Dia sudah terbayang apa yang bakal terjadi padanya jika Harith mengamuk.
            “Kau ingat aku nak percya ker? Atau kau jealous tengok kami? Dasar prempuan tak tahu malu. Terhegeh hegeh. Kalau kau nak tahu, Harith tak pernah cintakan kau. Jangan bermimpi di siang hari lah. Sedarlah sikit diri kau tu menumpang jer kat sini.” Dengan lancang Suzanne memarahi Dannia yang terkulat kulat. Mengulangi kembali patah perkataan yang keluar dari mulut Harith semalam.
            Aku memang tak sengaja. Sesedap hati jer memaki aku perempuan ni. Kenapalah tak terjirus sebaldi. Kang senang. Baru puas hati aku ni. Dannia mencebik, malas mahu melayan kerenah singa betina. Elok sangatlah tu, sang betina lawan singa jantan. Sesuai sangat! Dengan wajah yang diselambakan, dia melangkah menjauhi Suzanne yang masih lagi memaki hamunnya. Wajahnya sedaya upaya dikawal supaya tidak ketara mempamerkan wajah terluka dan takut dengan semua itu.
            “Hei kau nak ke mana hah?” tangan Suzanne sudah mencengkam tangan Dannia. Panas hatinya melihat Dannia dengan muka selamba. Seolah olah dia pula yang gila bercakap seorang, makian yang langsung tidak menyakitkan Dannia. Belum puas dengan itu, dia menampar muka Dannia. Menyeringai wajahnya menahan sakit. Mujurlah Dannia sempat mengimbangi badannya. Terasa pening kepala dengan penangan yang tak diduga.
            Bunyi bising menyebabkan tidur Harith terganggu. Dngan terpisat pisat dia bangun, terasa pening dan sakit badannya. Mana tak sakit, dia terlebih minum dan badannya pula tertidur di sofa, sengal usah dikata. Apatah lagi satu sofa dikongsi berdua. Entah bila Suzanne tidur dengannya.
            “Apa bising bising ni Suzanne. You ganggu I tidur tahu tak?” geram. Tidak suka ada orang yang mengganggu lenanya.
            “Sayang, you tengoklah perempuan tak tahu malu ni. Dia simbah air kat muka I time kita tidur tadi. Habis melekit badan I.” Suzanne menghentak kakinya memprotes. Sakit hatinya apabila Harith seakan akan memarahinya.
            “Saya tak sengaja” Dannia menjawab pantas.
            “Kau tipu. Dia memang sengaja, jealous tengok I tidur dengan you” pantas sahaja Suzanne menyampuk. Menaikkan kemarahan Harith pada Dannia.
            “Dah lah Suzanne, I malas lah nak bertekak pagi pagi ni. And kau perempuan, minta maaf dengan Suzanne cepat.” tegas Harith sambil mencerlung matanya. Suzanne di sebelah sudah tersenyum.
            “Saya tak sengaja. Lagipun buat apa nak minta maaf. Saya tak salah pun.” Entah di mana dia mendapat kekuatan menjawab soalan itu. Timbul sedikit keyakinan dalam dirinya, hatinya terbakar dengan tuduhan Suzanne yang tidak berasas.
            Mendengarkan ayat itu keluar dari bibir munggil Dannia, berdesing telinganya. Harith bangun dan segera merapati Dannia yang kelihatan kaget.
            “Apa kau cakap?”
            “Saya tak akan minta maaf. Lagipun saya tak sengaja. Sepatutnya dia yang minta maaf kerana tuduh saya macam tu” Dannia mengulangi jawapan sama. Pang!! Buat kali kedua tangannya naik ke muka gadis itu.
            Harith dan Dannia terkaku. Kuat penangannya di pipi mulus Dannia. Terpusing badannya dengan penangan Harith. Terasa ada cecair yang mangalir dari celah celah bibirnya. Perit. Pipinya yang masih terasa sakit dengan penangan semalam masih terasa tetapi kini dihadiahkan pula dengan penangan yang baru. Terasa pening pening lalat dirinya. Dannia memandang Harith dengan tajam, sebelum Dannia melangkah laju meninggalkan Harith yang masih kaku.


            Di ruang tamu, Harith meraup mukanya berkali kali, entah kenapa dia merasakan sesuatu apabila melihat mata Dannia berkaca kaca. Hatinya menjadi sendu dengan tiba tiba, mulutnya tiba tiba menjadi berat untuk memarahi Dannia. Hatinya dengan berdebar kencang seolah olah melakukan acara larian. Sungguh, selama hampir enam bulan perkahwinan mereka, dia tidak pernah bertentang mata dengan sepasang mata milik Dannia. Selama ini gadis itu hanya menunduk apabila dimarahi. Tapi hari ini, saat mata hitam miliknya bertembung dengan mata hazel milik Dannia, mulutnya terkunci rapat, serapat rapatnya. Bingung dengan dirinya.
            Harith merenung tangan kanan yang menampar pipi isterinya buat kali kedua. Selama ini, tangan itu tidak pernah menampar Dannia. Tapi semalam dan hari ini? Dia telah menampar pipi isterinya dengan kuat sehingga cecair merah keluar dari bibir itu. Apakah yang merasuknya? Mungkin dirinya yang masih pening dan badannya yang terasa sakit tambahan lagi tidurnya di ganggu. Kasihan isteri aku....Isteri? Hatinya terasa sesuatu. Apakah perasaan ini? Tak mungkin aku jatuh hati padanya. Dia menidakkan apa yang terjadi padanya. Tak mungkin!! Harith menggeleng laju. Sesak nafas memikirkan ini semua. Untuk kesekian kalinya, dia meraup kasar mukanya. Hatinya gusar. Argh!! Harith menjerit kuat.
            “Honey, macam mana dengan I ni. Habis basah baju I”  Suzanne merengek manja. Tangan Harith dipautnya. Cuba menarik perhatian Harith yang agak bingung.
            “Suzanne, please. You balik dulu. I tak berapa sihat ni. Baju you nanti I ganti lain. Tak pun basuh saja. Bukannya susah pun.” Mendatar sahaja suaranya. Tiada mood mahu bercakap dengan wanita dihadapannya. Rasa bersalah lebih menguasai diri. Mendengarkan ayat yang terbit dari mulut lelaki itu, Suzanne tersenyum. Shopping time!
            “Ok honey. Bye.” Suzanne mengucup lembut pipi Harith sebelum beredar dari situ. Harith hanya diam tak berkutik dari tempatnya.


Sesampai di kamarnya, Dannia lantas menguncikan dirinya. Teresak esak manahan tangis yang ditahan. Ibu, abah tolong, Nia dah tak tahan dengan semua ini. Nia mahu pergi dari sini. Tolong Nia ibu. Ya Allah aku dah tak sanggup menghadapi semua ini. Jauhkan aku dari semua ini. Tolong aku Ya Allah!  
Di bilik, Dannia teresak esak menahan tangis. Sakit hati bercampur dengan pedih di pipi. Sampai hati lelaki itu menamparnya dengan kuat sehingga terasa pening. Di gagahkan diri menuju sehingga tiba di bilik. Kerana Suzanne, lelaki itu tega menyakiti dirinya. Dia merebahkan diri di katil. Hatinya pilu mengenang nasib dirinya. Sepanjang hari Dannia berkurung di dalam bilik. Dia tidak mahu bertembung dengan Harith lagi. Sedih kerana tuduhan tak berasas, dia menerima hukuman.
Kepalanya terasa begitu berpusing pusing. Dia memejamkan matanya untuk menghilangkan rasa sakit yang kian menyengat kepala. Bunyi deringan telefon dibiarkan sepi tanpa dijawab. Setelah bunyi deringan berhenti, dia melihat panggilan yang diterima. Abang Zaf! Pantas didail kembali nombor Zafrey.
            “Assalamualaikum. Hello Abang Zaf. Kenapa call Dannia?” Dia memicitkan kepalanya berkali kali. Cuba menghilangkan rasa sakit di kepala.
            “Waalaikumsalam. Dannia ok ke?” Zafrey di hujung talian sudah keresahan mendengar suara serak Dannia seperti menangis. Hatinya berlagu bimbang.
            “O..ok. Cuma sakit kepala. Don’t worry. Kenapa call?” Dannia megutarakan soalan yang sama apabila Zafrey tidak menjawab pertanyaannya.
            “Abang ingat nak jumpa Nia. Tapi Nia tak sihat pulak. Tak apalah kalau macam tu. Dah makan ubat belum ni? Jangan lupa makan ubat nanti ya. Abang just nak bagitahu, abang dah on the way nak balik ni. Flight abang lagi setengah jam. Jaga diri ya. Nanti ada masa turun KL, mama dah lama rindukan Nia. Take care. ” Panjang lebar Zafrey menasihati Dannia.
            “Ok bang, nanti Nia call aunty. Abang Zaf pun sama take care. Sorry Nia tak boleh nak hantar abang. Nia tak berapa sihat ni.” Cuba berdalih. Mana mungkin dia menunjukkan dirinya dengan mata yang merah bahana menangis dan pipinya yang lebam.
            “No hal. Bye take care.”
            “Ok, bye” Dannia pantas mematikan panggilannya. Dia kembali memejamkan matanya. Setelah beberapa lama, dia terlena.


            Harith di ruang tamu masih lagi keresahan menunggu Dannia keluar dari bilik. Seribu penyesalan cuba diusir dari hatinya. Namun gagal. Malah makin bertambah rasa penyesalan itu. Sudah dua jam dia menunggu Dannia keluar dari biliknya, bayang gadis itu masih belum kelihatan. Ingin menjenguk terasa malu dan ego menguasai diri. Ingin meminta maaf tak mungkin rasanya kerana ianya akan mencalarkan egonya yang dijunjung.
Setelah penat berfikir, sudahnya dia menuju ke bilik bersiap untuk keluar. Tidak betah rasanya berada di rumah itu. Dia harus keluar untuk menenangkan fikirannya yang kian berserabut tentang Dannia yang semakin mendapat tempat di hatinya. Dia ingin mencari sedikit ketenangan untuk menenangkan dirinya. Mana mungkin untuk tinggal di sini. Dia masih bellum bersedia berhadapan semula dengan gadis itu.
            Kejamkah dirinya? Kerana mahu mengusir Dannia dari hatinya, tega dia menyakiti hati dan empunya gadis itu. Langsung tiada riak kasihan dan simpati. Hatinya begitu sakit mengenangkan hatinya yang cepat goyah. Padahal Dannia langsung tidak bersalah, entah kenapa  hati miliknya cepat sangat tergoda dengan Dannia. Argh.. tensionnya. Apalah yang ada pada gadis kampung tu. Aku ni dah tak betul gamaknya. Harith geram dengan dirinya yang mudah cair dengan Dannia.
            Setelah bersiap ala kadar, dia mengambil kunci kereta, sempat juga mencapai beberapa helai pakaian dan disumbat ke dalam beg galasnya. Dia mahu bersendirian buat sementara waktu. Dia perlu menjauhi perempuan itu. Ya, itulah yang akan dibuat. Menjauhi Dannia. Dan cuba mengusir Dannia dari menghuni hati miliknya.
Laju keretanya memecut, memandu kereta menuju entah ke mana arah tujuannya. Hanya mengikut kata hatinya tanpa sedar, sudah dua jam dia memandu.. sedar tak sedar dirinya sudah berada di persimpangan menuju ke Kuala Perlis. ‘Eh, aku nak buat apa kat sini.’ Termanggu dia sebentar, drive punya drive, keluar dari Penang pun sampai tak sedar. Parah sungguh kau Harith.
            Dia kembali teringat kejadian di rumahnya hampir 5 jam berlaku. Masih terbayang  di ruang mata bagaimana kuatnya Dannia menerima penangan tamparan daripada tangannya. Hampir sahaja gadis itu tersungkur menyembah lantai marmar, terasa dayus apabila memukul wanita, namun kesabarannya kian menipis dengan rengekan Suzanne yang mengganggunya dari tidur, kemarahan itu di tempiaskan pula pada Dannia. Tiba tiba dia teringat kembali pada parti yang diadakan di rumahnya malam tadi... Dia tidak dapat menggingati sepenuhnya, bagaimana dengan Dannia? Bila dia pulang dari kuliah? Dari mana gadis itu sehingga lewat malam baru pulang? Ingatannya pada peristiwa semalam masih lagi kabur, dia cuba mengingat kembali..
            Kepalanya memicit micit cuba mengimbas kembali apa yang berlaku. Mungkinkah?? Ya dia perasan dengan wajah Dannia sebelum dia menampar pipi mulus gadis itu. Pipi gadis iu sedikit lebam, bibir mungil itu sedikit luka. Tetapi kini dia pula menambahkan lagi luka di wajah Dannia. Harith? teganya kau menyakiti hati dan badan seorang wanita? Tiba tiba..
            ‘Dia memang patut menerima itu semua, bukankah perempuan itu yang merampas semua kehidupan kau?. Kehidupan kau tak lagi bebas, terikat dengn ikatan bodoh ni.’
            ‘Tidak Harith, dia sepatutnya dilindungi. Kau sebagai suami patut melindungi seorang isteri. Apatah lagi perempuan seorang yang lemah. Patut dihormati dan dilindungi. Bukannya sepak terajang dan caci maki yang harus diterima. Bertaubatlah Harith...’
            ‘Ah, bukan ke kau tak pernah cintakan dia, buat apa dibela dengan perempuan itu. Bukankah kau dah ada Suzanne? Dia jauh lebih cantik dan seksi berbanding dengan budak perempuan tu.’
            ‘Tidak Harith, kecantikan bukan dinilai dari luaran, isterimu jauh lebih baik berbanding dengan perempuan perempuan yang mendampingimu. Mereka Cuma mahukan kekayaan yang mengelilingimu, bukannya hati...’

            Benarkah? Arghh... berserabut dirinya dengan kata kata yang entah dari mana. sayup sayup kedengaran bergema di telinganya...hatinya masih lagi ragu...dia sendiri tidak dapat meneka perasaannya kini? Kesal? Marah? Cinta? Rindu? Sudahnya fikirannya hanya tinggal kosong dan sifar...


No comments:

Post a Comment