Bab
13
Dewan
kuliah yang tadinya senyap dan sunyi kini kembali bising apabila pensyarah
mereka keluar dari bilik itu. Bunyi sorakan rakan lelaki mengusik kembali
memeriahkan suasana yang sedia bising di dalam dewan itu. Rakan rakannya yang
lain pula sibuk berborak sakan, ada yang sibuk bertanya soalan yang
dibincangkan tadi, ada yang menyumbatkan telinganya dengan earphone melawan bunyi bising suara yang sumbang dan sesetengah
dari mereka mula beredar dari situ. Maklum sahaja selepas ini mereka sudah tiada
kelas. Setiap hari isnin, itulah rutin mereka semua. Jadual mereka tidak begitu
padat sehingga ke petang. Yang lain sibuk melakukan kerja masing masing. Ada
juga yang membuang masa dengan melepak. Hari isnin merupakan hari santai untuk mereka
semua walaupun hari kuliah pertama untuk minggu itu.
Dannia
pula langsung tidak ambil kisah dengan suasana itu, tangannya pantas berkemas ke semua buku yang digunakan sebagai
rujukannya. Dia mahu segera keluar dari
situ, dewan yang terasa rimas dengan orang ramai. Dia mahu mencari sedikit
ketenangan. Menghilangkan rasa sesak di dalam dadanya yang kian bertamu. Ingin
mengambil sedikit udara yang segar atau lebih tepat mahu menenangkan otaknya.
Otaknya yang kini selalu memikirkan perangai Harith yang berubah sejak akhir-akhir
ini.
Dia terasa pelik dengan perangai Harith
sejak kebelakangan ini, selalu juga pulang awal dan selalu menghabiskan masa di
rumah. Lebih suka membuat kerjanya di ruang tamu ketika dia sibuk mengemas. Ada
sahaja yang di tegurnya, membetulkan kesalahan kerja yang dibuat. Itu tak kena,
ini tak kena dan boleh dikatakan semuanya tidak kena pada mata lelaki itu.
Sengaja mahu mencari kesalahannya. Dannia bengang sendiri, dia lebih suka
dengan situasi dahulu di mana Harith suka keluar menghabiskan masa di luar.
Senanglah dia mahu menguruskan rumah. Kadang kadang terfikir juga di benaknya,
kelakuan Harith yang terlebih mesra berbanding dahulu. Hanya kekadang lelaki
itu naik angin jika tiada mood. Dia
terlalu memikirkan mood Harith yang selalu berubah tidak kena masa. Dia
tertanya-tanya sendiri. Ada waktu tertentu, Harith garang sama seperti yang
sebelumnya dan ada ketika lelaki itu seperti sengaja ingin beramah mesra
dengannya.
“Dannia, kau dah nak balik ke?” Hanna
melihat Dannia yang sedang berkemas segera bertanya. Dirinya ketika ini masih
lagi bersantai di atas bangku sambil menongkat dagunya. Hari isnin, inilah
dirinya. Malas. Dia sendiri tidak tahu kenapa dengan dirinya yang demikian
rupa. Setiap minggu dia betul tiada mood mahu belajar. Mungkin kerana kelasnya
yang langsung tidak padat.
“Yup, balik lah. Lagipun kelas dah
habis ni kan? Kau ada plan nak pergi
mana mana ke?” Dannia menyusun buku yang digunakan tadi kemudian lantas
dipegangnya. Pen yang digunakan dimasukkan ke dalam beg yang elok tersandang
dibahunya.
“Jom
kita lepak dulu nak?” Hanna sudah mengutarakan cadangan yang tak berapa
bernasnya. Bosan pula jika mahu terus pulang. Bukannya ada sesiapa di rumah
sewanya semenjak Dannia berpindah. Ingin dikongsikan dengan orang lain terasa
tidak selesa pula.
“Kau nak lepak kat mana pula ni.
Macam tak ada kerja je.” Dannia sempat mengerling jam di tangannya. Baru pukul
sebelas, awal lagi nak balik. Kalau balik pun bukan ada orang kat rumah. Nak
harapkan muka Harith tercongok kat rumah jangan haraplah selagi matahari tak
terbenam. Eh ye ke? Bukankah lelaki itu sekarang lebih suka terperap di rumah
dan mencari kesalahannya?
“Jom la lepak kat mana mana.
Temankan aku pi shopping ke?” Hanna
mengutarakan pendapatnya. Lagipun dia langsung tiada mood mahu pulang ke rumah
sewanya.
“Hish kau ni tak de benda lain ke? Asyik
nak shopping aje kerja kau.” Dannia
mengerutkan muka. Nak shopping apa
lagi la minah ni. Minggu lepas dah shopping,
hari ni nak shopping lagi. Banyak
betul duit minah ni. Haiye...
“Please.
Aku sorang ni. Lagipun kau nak balik awal-awal kat rumah laki kau bukan ada
pun.” Hanna menjuih bibir. Tahu sangat akan sifat Harith yang satu. Bencinya
pada Harith tak pernah surut, malah makin hari makin bertambah. Dia bertambah
meluat apabila secara tidak sengaja dia ternampak Harith berdampingan dengan
seorang wanita yang seksi menuju ke dalam restoran. Bukan main ligat lagi
Harith apabila di belakang Dannia. Enak berpeluk dan bercumbu tanpa mengira
tempat. Malu tak terkata dirinya apabila melihat perangai sebenar Harith.
Dia
merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan Dannia walaupun gadis itu ada
memberitahunya Harith mempunyai teman wanita. Dia tidak mahu kerana
perkhabarannya akan membuatkan Dannia bersedih dan rumah tangga sahabatnya
semakin parah. Hanna hanya mampu berdoa dari jauh kesejahteraan kawannya itu.
“Ok lah, jom” Dannia berfikir
sejenak sebelum bersetuju dengan Hanna. Perkhabaran terbaru tentang perangai
Harith masih tidak di ketahui oleh Hanna.
Jika di beritahu pasti banyak pertanyaan terbit dari mulut gadis itu.
Pasti jenuh dia mahu menjawab.
Dia
juga sebenarnya stress dengan
kehidupan yang dilalui bersama Harith. Harith tidak pernah mahu berubah.tetapi
sejak akhir akhir ini, perangai lelaki itu semakin hari semakin melampau. Balik
rumah sering mabuk, naik seram dia melihat perangai Harith. Apabila lelaki itu
mabuk dan meracau yang bukan-bukan, dia akan segera menguncikan diri di dalam
bilik sehingga keesokan harinya. Dirinya sudah tidak betah untuk tinggal di
sana. Selama lima bulan lebih dia tinggal bersama Harith seolah olah sudah tahu
akan jadual rutin suaminya itu.
Dannia dan Hanna mengambil keputusan
untuk melawat dan bersiar siar di sekitar Penang. Soal Harith diketepikan
dahulu. Dia tidak mahu memikirkan perihal suaminya. Dia mahu menghabiskan masanya dengan berjalan
jalan. Mahu menghilangkan stress,
sekurang kurangnya dapat dia melepaskan diri daripada menghadap Harith yang
banyak kerenah. Lagi pula, dia mahu membeli barang keperluan dapur. Harith
meninggalkan wang dan berpesan padanya untuk membeli barang dapur apabila dia
memberitahu barang dapur yang sering digunakan sudah habis.
Mereka menuju ke Mall. Dengar kata
kawan kawannya kat sana mengadakan sale,
Hanna lah orang yang beria ria mengajaknya ke sana. Gila shopping minah ni. Diikut sahaja sahabatnya tanpa banyak kerenah.
Yang pasti, dia tidak mahu segera pulang ke banglo suaminya. Sedang mereka leka
berjalan menuju ke sebuah butik, tiba tiba....
“Dannia!” dia mematikan langkahnya
apabila terasa seseorang memanggil dirinya. Matanya meliar mencari gerangan
yang memanggil dirinya. Macam pernah dengar aje suara tu..
“Dannia” pantas dia menoleh. Bulat
matanya memandang jejaka yang berdiri sambil tersenyum menawan. Zafrey!! Secara
automatik senyuman terukir cantik di wajahnya. Manis.
“Abang Zaf, buat apa kat sini?”
girang hatinya bertemu jejaka yang sudah lama tidak bersua muka. Hanya telefon
yang menghubungkan mereka berdua. Jarak antara mereka menyebabkan susah untuk
mereka keluar bersama, tambahan lagi sibuk dengan kuliahnya manakala lelaki itu
sibuk dengan kerjanya. Maklum sajalah lelaki bekerjaya tetapi hari ini, lelaki
itu berada di sini. Pulau Pinang!
“Abang ada meeting kat Penang ni. Sekarang dah habis. Hah, Nia buat apa kat
sini. Tak de kuliah ke. Ke tuang ni?”
Zafrey membuat muka serius. Buat muka garang. Macam lah Dannia takut dengannya.
Hehehehe...
“Mana ada. Dah habis lah. Nia teman
si Hanna jalan jalan. Boringlah nak
balik rumah awal awal.” Dannia seolah mengadu pada Zafrey.
“Betul ke ni. Kalau macam tu korang
berdua temankan abang jalan jalan kat sini boleh?” Dia memandang gadis berdua
dihadapannya secara bergilir gilir. Dannia dan Hanna saling berpandangan
meminta pendapat. Saling menjungkit bahu.
“Ok kot. Tapi kami dah beli tiket
nak tengok wayang. Macam mana?” Dannia serba salah mahu menolak cadangan
Zafrey. Tiket sudah dibeli tadi, takkan nak cancel
kot, sayanglah. Dahlah penat beratur masih belum hilang lagi.
“Kalau macam tu abang join and temankan korang dulu, then korang temankan abang pulak macam
mana? Nak beli ole ole untuk mama”
Memang niatnya mahu membelikan sesuatu untuk wanita kesayangannya itu. Tidak
pernah lupa jika dia keluar outstation
pasti akan dibelikan wanita itu sesuatu. Tidak pernah pulang dengan tangan
kosong.
“Ok lah. Jom, sebelum tu kita pi
makan dulu la eh? Dah lapar ni.” Dannia
memegang perutnya. Sengaja membuat muka kesian. Dannia oh Dannia....
“Ok
little princess. Jom, belanja abang eh?” Giliran Zafrey pula membuat muka
kesian. Meminta simpati, kononnya tidak berduit. Padahal duit berlambak.
“Eh, kami mana ada duit. Abanglah
yang belanja kami. Abang Zaf kan dah kerja. Kitorang ni student lagi. Mana ada duit. Kan Hanna?” Dannia memprotes. Bulat
matanya apabila Zafrey mahu dia belanja lelaki itu. Haish, manalah dia ada duit.
“Yelah... Kedekutlah korang ni. Ni
bila Nia nak turun KL? Mama dah lama rindu kat Nia. Asyik tanya Nia aje.
Kitorang ni langsung tak nak tanya..” rungut Zafrey sambil menyelitkan sama
hasrat Puan Sri Kamilia padanya. Sudah bernanah telinganya mendengar rungutan
dari mulut mamanya yang selalu bertanyakan perihal anaknya yang bongsu. Entah
bila mereka mahu memberitahu akan Dannia tentang pertalian mereka. Kata Tan Sri
Raziff, tunggu masa yang sesuai. Mereka tidak mahu mengejutkan Dannia tentang
berita itu sekaligus membuatkan pelajaran Dannia terganggu. Cukuplah mereka
tahu anak bongsunya masih hidup dan sihat walafiat. Suatu hari nanti pasti
Dannia akan tahu juga, cuma tunggu masa sahaja..
“Maaflah, bukan Nia tak mahu turun
KL. Sekarang banyak betul assignment.
Busy sikitlah. Tak pe cuti nanti, Nia
turun KL ok? Promise!” Dannia membuat
janji, tangannya membuat tanda sumpah. Zafrey tersenyum lucu dan gembira dengan
telatah adiknya.
“Dahla jom.” Hanna menyampuk apabila
terasa sudah terlalu lama membuang masa dengan hanya berborak. Apatah lagi
berada di tengah tengah laluan orang.
Sepanjang hari mereka menghabiskan
masa bersama. Dannia dan Hanna membawa Zafrey melawat sekitar bandar Pulau
Pinang. Seronok dapat menghabiskan masa dengan lelaki itu yang sudah dianggap
sebagai abangnya. Kemudian mereka ke Fraser Hill, dihabiskan masa mereka
sehingga ke waktu petang.
Sebelum berangkat pulang, mereka
singgah di masjid dahulu dan makan malam bersama. Kata Zafrey, dia boring duduk di hotel keseorangan.
Sudahnya mereka makan malam di sebuah restoran sehingga malam..banyak yang
diborakkan, semuanya berkisar tentang kehidupan Dannia dan Zafrey. Di
kesempatan itulah Zafrey cuba memberitahu mereka tentang kehilangan adiknya
yang bongsu.
Sebelum
pulang, sempat mereka membeli belah untuk Puan Sri Kamilia sebagai buah tangan
untuk wanita itu. Rindunya pada Puan Sri Kamilia amat menggamit hatinya.
Apabila teringatkan wanita itu, rindunya pada ibu di kampung semakin mengcengkam.
Sudah lama dia tidak menghubungi ibunya di kampung lantaran terlalu sibuk
dengan kuliahnya. Nekadnya dia mahu menghubungi Puan Diana apabila pulang
nanti. Sudah tidak sabar rasanya mahu mendengar suara umi dan abanhnya di
kampung. Suara abang abangnya yang selalu mengusiknya. Rindunya... Jam menunjukkan
waktu Isyak barulah mereka bergegas pulang ke rumah masing masing. Itupun
setelah berkali kali menolak perlawaan Zafrey untuk menghantar mereka pulang.
Tepat
jam 10 malam, Dannia tiba di banglo. Namun dia sedikit pelik apabila melihat
banglo yang terang benderang. Harith sudah pulangkah? Pelik, selalunya lelaki
itu hanya akan berada di rumah apabila tengah malam menjelang. Dia sudah
menghafal ke semua jadual hidup Harith yang selalu pulang lewat apabila
bermulanya hari pertama setiap minggu.
Segera
dia bergegas mendekati pintu rumahnya. Tiba di pintu, dia bertambah hairan
apabila melihat begitu banyak kasut di hadapan pintu. Buat kenduri ke? Tak de pulak Harith memberitahunya apa apa.
Bunyi bising dan bingit di dalam rumah menarik Dannia untuk mengetahui keadaan
di dalam.
Sebaik sahaja pintu di buka,
terbuntang matanya melihat suasana di dalam banglo tersebut. Masyaallah. Parti
apa ni? Private party? Sakit matanya
melihat suasana di dalam rumah. Dah macam disko. Perempuan dan lelaki berpeluk
sakan di tengah ruang tamu tanpa segan silu. Saling berkucupan tanpa
menghiraukan orang sekeliling. Di sudut meja hujung berhampiran tangga,
sekumpulan manusia yang sedang meneguk rakus air haram sambil memeluk teman
wanita masing masing. Ya Allah! Apa semua ni? Takut dirinya dengan suasana baru
di rumah banglo itu. Matanya segera mencari kelibat Harith. Dia meredah laluan
kawan kawan Harith yang sudah separa mabuk. Ditepis kasar tangan nakal yang
cuba menariknya ke tengah ruangan tamu. Dannia Semakin panik apabila kelibat
Harith tidak kelihatan di dalam rumah itu. Tiba di suatu sudut, tiba tiba
matanya tertancap pada satu tubuh yang asyik berpelukan dengan wanita yang
begitu seksi. Wanita yang sama ketika ‘honeymoon’
mereka. Wanita itu sudah meliuk lintuk di dalam dakapan suaminya. Harith! Suzanne!
Berani - berani lelaki itu mengadakan parti liar di rumah mereka.
Dannia segera mendekati Harith. Dia
sudah tidak dapat menahan sabar dengan kerenah lelaki itu. Ditarik kasar lengan
Harith yang erat sedang merangkul tubuh wanita di dakapannya sehingga terlerai.
Dengan sekali rentapan, Harith terdorong sedikit jauh dari Suzanne. Wanita itu
menjeling geram apabila secara tiba-tiba kehangatannya terlerai. Sinis sahaja
pandangan Suzanne pada Dannia. Tanpa mempedulikan renungan tajam Suzanne, segera
dia mengheret tubuh Harith menjauhi yang lain dan merentap tangan kasar itu
dari pegangannya. Panas hatinya seakan mahu terbakar. Hari ini Harith benar
benar mencabar kesabarannya. Dia sudah tidak tahan dengan tekanan perangai Harith
yang keterlaluan. Kalaulah Dato’ Iskandar dan Datin Rosmaria tahu pasti mereka
kecewa dengan anak lelaki tunggalnya. Nasib baik juga kedua mertuanya tidak
datang ke sini malam ini. Kalau tak pasti kecoh dan berlaku perang mulut. Pasti
teruk Harith dimarahi.
“Harith! Apa semua ni?” Dannia menjerit
nyaring cuba melawan suasana bingit ditelinganya.
Terkejut
Harith dengan tengkingan kuat Dannia. Terkedu dirinya dengan wajah bengis
Dannia. Pertama kali setelah usia perkahwinan mereka hampir menginjak lima
bulan, Dannia menunjukkan wajah sebegitu bengis. Matanya mencerlung garang. Dia
sudah tidak peduli dengan siapa dia meninggikan suara. Mukanya merah menyala
menahan marah. Harith sudah melampau!
Harith
juga turut terkejut dengan tengkingan
Dannia. Pertama kali Dannia menjerit nyaring sepanjang mereka bersama. Terasa tercabar
egonya dengan tengkingan Dannia, apatah lagi di hadapan kawan kawannnya. Malunya
tak terkira, lebih malu daripada berdakapan dengan temannya sebentar tadi.
Bengang dengan itu, amarahnya kian memuncak. Berani Dannia menengkingnya
sebegitu rupa.
“Hey! Kau apahal sibuk dalam urusan
aku. Jangan lupa ni rumah aku. Suka hati aku lah nak buat apa. Sedar diri kau
sikit. Dalam rumah ni kau tu menumpang jer.” Harith menolak kasar tubuh Dannia
di hadapannya. Tolakan kasar Harith menyebabkan Dannia terdorong ke belakang,
nasib baik dia sempat berpaut pada tiang. Kalau tak mesti dia dah tersungkur
mencium lantai marmar. Bunyi sorakan kuat di seluruh rumah amat memalukan
Dannia. Dia sudah tidak peduli akan itu semua.
“Sampai hati awak buat parti kat
rumah ni. Awak sedar tak apa yang awak buat ni hah?” Dannia cuba melawan. Tahap
kesabarannya selama ini yang disimpan sudah terhambur keluar. Cukuplah selama
ini dia bertahan. Biar hari ini dia meluahkan semuanya. Sudah tidak sanggup
bersubahat dengan kegilaan Harith. Lelaki itu sudah jauh benar tersasar dari
yang sepatutnya.
“Hey, kau peduli apa dengan apa yang
aku nak buat. Kau tu masih budak hingusan. Jangan cuba nak ajar apa yang aku
buat.” Bengang dirinya apabila Dannia melawan. Bertambah malu apabila beberapa
temannya menyorak girang.
“Memang saya peduli. Saya ni isteri
awak, tahu tak? Sekurang kurangnya hormat sikit. Hormat pada ikatan kita. Dah
tak ada tempat lain awak nak buat semua ni sampaikan rumah ni pun nak buat
maksiat?” bertambah lantang dia bersuara mengalahkan jeritan dan alunan muzik
yang bergema di dalam rumah itu.
“Kau diam. Blah lah, aku tak perlu minta kebenaran kau. Kau tak ada hak? Kau
dengar sini baik baik. Kau tu bukannya siapa siapa bagi aku. Tak ada kena
mengena pun. Lagipun selama ni aku tak pernah anggap kau tu isteri aku. Tolong
sikit ya, perempuan macam kau mana layak dengan aku. Kau tu perempuan kampung.
Macam sampah, menyemak jer dalam rumah aku ni.” Harith sudah melalut, pengaruh
alkohol sudah menguasai diri. Dalam sedar dia menyumpah seranah dan memaki
hamun Dannia dengan cukup hina.
“Harith, you’re too much.” Jerit Dannia lagi. Melawan tengkingan Harith.
Kata hinaan yang dilemparkan terus meresap ke dalam hatinya.
“Kenapa kau terkejut. Kau nak tahu,
aku tak pernah pun sayangkan kau, cintakan kau apatah lagi mahu menganggap kau
sebagai isteri aku. Kau tu Cuma boneka dalam rumah ni. Boneka yang hanya boleh
dijadikan maid. Taraf kau ni mana
layak dengan aku. Kau kat sini menyemak.” Jerit Harith dekat dengan telinga
Dannia. Tengkingan Harith betul betul mengenai tepat wajah dannia yang saling
berhadapan.
“Kenapa awak buat semua ni? Kenapa
awak tak batalkan aje pernikahan kita dulu?” bergetar suara Dannia menahan
sebak.
“Kau tanya aku kenapa? Sebab kau,
aku akan kehilangan harta kekayaan jika aku tak kahwin dengan kau. Entah dari
mana mama dan papa aku kutip dan jumpa perempuan macam kau ni sehingga beria
benar mereka mahu menantukan kau. Apa kau dah bagi pada papa dan mama aku?
Hidup aku dah cukup musnah apabila berkahwin dengan kau. Hidup aku terkongkong.
Kenapa kau tak mampus je dari dunia ni. Kau memang tak layak hidup kat muka
bumi ni. Kau ni pembawa sial tahu tak?” tanpa rasa bersalah Harith menghamburkan
kemarahannya. Egonya kini kemuncak.
Oleh kerana terlalu geram dengan
Harith, Dannia segera berlalu ke dapur sebaik sahaja Harith menyudahkan kata
penghinaa padanya. Kemudian muncul semula dengan segayung air, dengan pantas
dia menyimbah air tersebut ke wajah Harith supaya sedar. Dia sudah tidak kisah
akan keadaan sekeliling, apa nak jadi jadilah kali ini. Dia sudah tidak peduli.
“Hoi, berani kau simbah air kat aku!
Kurang ajar!” Harith mencengkam kuat bahu Dannia sehingga berkerut dan terjerit
kecil gadis itu. Gayung yang dipegangnya terlepas dari tangan. Keadaan
sekeliling sudah kembali diam, terkejut barangkali dengan pergaduhan mereka
suami isteri.
Pang!
Dannia memegang pipinya, darah pekat mengalir di celah bibirnya. Senyuman sinis
dihadiahkan pada Dannia, sebelum lelaki itu kembali menarik teman wanitanya
menuju ke sudut yang lain, dan meninggalkan Dannia yang terduduk di situ. Sempat
dia berpesan pada rakan rakannya.
“Hoi geng, kau ajak betina ni join
korang. Free of charge.” Harith
menjerit kuat, dia sudah separa sedar. Dia khayal dengan dunianya. Dannia hanya
dipandang sekilas lalu sebelum semakin hanyut dengan dunianya. Jalannya juga
sudah terhoyong hayang semakin tidak stabil.
Jeritan
Dannia langsung dibiarkan sepi olehnya. Malah hanya dipandang wanita itu
apabila rakannya mengusik dan cuba membuat bukan bukan pada gadis itu. Air di
tangan diteguk rakus. Puas hatinya melihat Dannia diusik. Pelukan wanita
dihadapannya semakin dieratkan. Dia langsung terleka, terleka dengan kemesraan
Suzanne, semakin lama, semakin jauh bunyi bising sayup sayup kedengaran sebelum
suasana bertukar sepi..
“Ya Allah....” hanya khalimah itu
yang mampu terbit dari mulut Dannia, apabila ada tangan nakal yang mula membuat
perkara yang bukan-bukan padanya. Sampai hati Harith membuat padanya sebegini
rupa. Hina sangatkah dirinya kerana keluarganya tidak berharta? Rintih Dannia
pilu.
No comments:
Post a Comment