Wednesday, March 14, 2012

BAB 12 [KASIHKU YANG SATU]

Bab 12


                Genap hari ini sudah sebulan mereka pulang dari Pulau Redang, dan ini bermakna sudah tiga minggu mereka berpindah keluar dari rumah mertuanya. Kini hanya mereka berdua  yang tinggal di banglo dua tingkat milik Harith walaupun tidak semewah banglo mertuanya, namun banglo itu masih besar buat mereka berdua. Terkejut juga tanpa sepatah kata, Harith menyuruhnya mengemas untuk pulang. Pada mulanya dia sendiri agak blur dengan perintah Harith, namun hanya didiamkan saja. Takut mahu bertanya sebenarnya, mood Harith susah untuk di jangka. Selepas itu barulah dia tahu, itu pun kerana secara tidak sengaja dia terdengar Harith dan kedua ibu bapanya berbincang. Begitu asyik sehingga terlupa akan kewujudannya di rumah mewah itu. Lama juga dia mencuri dengar, apatah lagi namanya juga turut di sebut dalam perbincangan yang sedikit hangat itu.
Nasihat daripada Dato’ Iskandar dan Datin Rosmaria langsung tidak dilayan oleh Harith. Tetap juga mahu berpindah ke rumahnya sendiri. Kesian juga bila mengingatkan mertuanya, jelas nampak raut terkilan di wajah mereka berdua. Namun apa dayanya untuk menghalang Harith. Dia tiada hak...Harith memang tak punyai hati dan perasaan. Sanggup membiarkan ibu bapanya bermuram dan bersedih. Bukannya dia tidak tahu akan niat lelaki itu mengapa beria benar mahu berpindah. Dia bukannya bodoh mahu membezakan mana yang betul dan yang mana dusta. Alasan yang digunakan oleh Harith walaupun logik kedengaran, tetapi dia dapat menghidu apa yang akan terjadi padanya jika dia berpindah dari rumah itu.
            “Mama pasti rindu pada Nia nanti.” Sayu wajah Datin Rosmaria memandangnya. Namun Harith hanya membutakan matanya daripada memandang wajah mamanya yang jelas berat mahu melepaskan mereka keluar dari rumah itu.
            “Janganlah macam ni, rumah Rith bukan jauh pun. Hujung minggu kami jenguk mama ok?” pujuk Harith. Hatinya masih berkeras mahu tinggal sendiri. Hidupnya terasa di kongkong jika tinggal bersama papa dan mamanya. Setiap kali ingin keluar, pasti akan di siasat mahu ke mana dan dengan siapa dia akan keluar. Bimbang benar jika dia melakukan sesuatu yang akan melukakan hati menantu kesayangannya.
            “Sampai hati Rith, apa salahnya jika tinggal dengan kami. Tak kesiankan mama ke? Sunyi betul rumah ni..” terkilan sungguh dengan kedegilan anak sulungnya.
            “Mama please faham Rith. Rumah Rith lagi dekat dengan pejabat. Dekat jugak dengan kampus Nia. Rith tak nak menyusahkan dia. Promise hujung minggu, kami datang jenguk mama, ok?” Harith masih lagi memujuk, dan berharap agar mamanya mengerti sekaligus berhenti daripada merayu. Sungguh dia tidak boleh berterusan tinggal sebilik dengan Dannia. Bimbang jika sesuatu terjadi antara mereka. Kini, dia kini terasa semacam apabila berada dekat dengan gadis itu. Setiap kali bertentangan dengan gadis itu, terus sahaja dadanya tidak mengikut retak yang sama. Sebolehnya dia tidak mahu mempunyai hubungan dengan gadis itu. Hatinya hanya milik Suzanne. Egonya menegah daripada mengakui apa yang berada di hatinya kini.
            “Janji ya, kamu ni bukan boleh percaya sangat, lepas ni buat lupa la, busy memanjang. Ada saja alasannya..” dalam terpaksa, dia merungut tidak berpuas hati.
            “Mama jaga diri. Nanti Nia datang jenguk  mama. Tak mau sedih sedih ya..” Dannia tersenyum sekadar memujuk hati Datin Rosmaria. Kalau diikutkan hatinya, mahu sahaja dia tinggal di sini. Lebih ramai dan pasti meriah. Dia juga kesian dengan Datin Rosmaria yang keseorangan. Tiada siapa yang akan menemani wanita itu jika dia tiada. Iman sudah kembali ke kampusnya. Hanya Mak Mah yang ada. Itu pun bukan selalu Mak Mah dapat menemani Datin Rosmaria kerana dia sendiri banyak pekerjaan yang harus di lakukan.
            “Nia rajinkan diri datang jenguk mama kat sini. Mama sunyi betul duduk sorang sorang. Nak harapkan papa kamu sama je, sibuk memanjang. Kalau tak dapat datang dengan  Harith, Nia datang sendiri. Bukan jauh kan?” ujarnya seakan berharap. Sungguh dia memerlukan seseorang untuk berbicara. Selama Dannia berada di sini seolah dia punyai teman baru, tempat dia berkongsi cerita. Malah Dannia sudi melayaninya berbual dan bergelak ketawa membuatkan sedikit sebanyak rindu pada anak gadisnya terubat.



            Seperti yang di jangka olehnya, Harith nekad untuk berpindah kerana mempunyai niat yang tersembunyi. Dan yang lebih pasti, ianya menguntungkan lelaki itu. Pertama kali dia menjejakkan kaki ke rumah itu, dia arahkan untuk menggunakan bilik di hujung ceruk dapur. Dari perkiraannya, bilik itu dikhaskan untuk orang gaji. Walau apa pun dia masih lagi dapat menerimanya, sekurang kurangnya ada juga bilik untuknya berehat, melepaskan penat lelahnya nanti. Apa yang penting, dia dan Harith tidak sebilik. Rasanya dia sudah tidak sanggup jika terpaksa ditempatkan di dalam bilik lelaki itu. Sakit seluruh badannya terpaksa tidur di atas lantai.
Tidak sampai sepuluh minit berehat, dia di panggil ke ruang tamu mengadap lelaki itu. Dengan lagak yang angkuh Harith duduk tegak di kerusi barangkai sambil menyilangkan kakinya. Lagaknya seperti dialah yang bermaharajalela di situ.
            “Aku nak kau patuhi peraturan yang aku tetapkan dalam rumah ni..” Matanya merenung tajam Dannia sambil senyuman sinis tersungging di bibirnya. Di dalam kepalanya sudah timbul pelbagai agenda untuk gadis di hadapannya.
            “Kau dengar tak apa yang aku cakapkan ni?” sergahnya dengan garang. Mahu tergelak pun ada sebenarnya melihat gadis itu yang terhinjut bahunya dan juga wajah Dannia yang terkulat kulat apabila di sergah begitu. Naik pucat mukanya.
            “Dengar..”
            “Habis tu kenapa diam aku bercakap tadi?” amarahanya sedikit menggunung apabila Dannia hanya mendiamkan diri tidak berkutik. Pertanyaannya langsung tidak berjawab. Hampir lima dua minit berlalu, gadis itu masih lagi senyap. Wajahnya sengaja di tundukkan.
            “Jawablah!!” tengking Harith kuat. Majalah yang di capai tadi dihempas kasar ke atas meja. Hampir terloncat Dannia dari situ. Di dalam hati dia beristighfar panjang.
            “Maaf” hanya itu yang mampu dijawabnya. Tengkingan Harith amat menakutkannya, lengkingan itu lebih kuat daripada yang sebelumnya. Tubuhnya menggeletar, lemah terasa seluruh urat sendinya.
            “Huh, kalau dah bodoh tu, bodoh jugaklah. Lain kali kalau aku tanya jawablah. Yang tu pun nak kena ajar ke?” dingin sahaja nadanya.
            “Mulai hari ni aku nak kau kemaskan apa yang patut. Aku rasa kau pun tahu tanggungjawab kau kan? Kemaskan seluruh rumah ni, pastikan semuanya licin dan tidak berhabuk sedikit pun. Setiap pagi kau ketuk bilik aku sebelum masuk, kejutkan aku dari tidur and the most important is, aku nak kau sediakan semua keperluan aku. Makan, minum dan pakaian aku. Oh ya, pastikan kau guna tangan untuk cuci baju, make sure jangan gunakan mesin basuh. Baju aku mahal. Kau sendiri belum tentu mampu belikan.” Sempat dia menyindir Dannia sebelum meneruskan bicaranya.
            “Aku nak tegaskan kat sini, if family aku datang, pastikan mereka tak syak yang bukan bukan. Pandai pandailah kau handle benda ni. Buat apa yang patut. Faham tak?” soal Harith dengan wajah yang sengaja di tegangkan.
            “Saya faham..”
            “Good.. apa lagi, pergilah kemas apa yang patut. Pastikan balik nanti semuanya dah settle. Aku nak keluar.” Tanpa riak bersalah dia mengambil kunci keretanya dan terus melangkah keluar dari rumah itu.
            Hampir terkeluar biji matanya apabila langkah kakinya menjejak ke ruang tamu. Tadi dia langsung tidak perasankan ruang itu. Setelah ketiadaan Harith barulah dia berani menjenguk sekitar ruang yang ada di banglo Harith. Masyaallah..Macam tongkang pecah. Mengucap panjang dirirnya melihat seluruh isi rumah itu. Barang barang lintang pukang dan terbalik. Dengan majalah dan pakaian yang bersepah sepah. Pengotor betul si Harith. muka aja yang kacak, perangai masyaallah.. teruk betul. Kalaulah orang tahu, pasti kena reject, Hehehehe.. dia mengutuk sendiri. ‘Cukup sebulan aku duduk kat sini pasti migrain. Stress kena buat kerja yang sama setiap hari. Nasib akulah dapat lelaki macam ni’
            Pelik sungguh. Tang ruangan utama sahaja yang kemas. Yang lain semuanya nampak semak. Amat menyakitkan mata. Nak riaklah tu, mesti orang cakap rumah ni kemas bila mana melihat sahaja tuang utama tadi. Langsung tidak terduga apa yang sebaliknya.
Seperti perintah Harith yang dititipkan padanya seminggu yang lepas, sepanjang tinggal di sini,  Dannia menjalankan tugasnya sebagai seorang isteri yang bertanggungjawab dan juga sebagai pelajar. Setiap pagi dia akan bangun awal untuk menyiapkan sarapan dan menggosok baju kerja Harith. Menyediakan semua pakaian sehinggakan tie dan juga stokin yang akan dipakai diletakkan di satu tempat supaya mudah untuk Harith. Setelah siap semuanya tepat jam 6.30 pagi, barulah dia akan mengejutkan Harith. Itupun setelaah berkali kali dia menyeru nama lelaki itu. Selagi jam tak menginjak ke angka tujuh, selagi itu lelaki itu tidak akan bangun. Niatnya mahu menyuruh Harith bersolat, namun hanya tinggal niat apabila lelaki itu pernah memberi amaran padanya dulu. Apabila Harith berada di bilik air, dia mengambil kesempatan itu untuk mengemas katil sekaligus menletakkan pakaian di atas katil. Dilakukan sepantas mungkin kerjanya di dalam bilik itu supaya tidak bertembung dengan lelaki itu. Cukup peristiwa  ketika berada di rumahnya dahulu.
Tepat jam 7.30 pagi, Dannia akan beredar dari rumah itu menuju ke kampus. Mujur sahaja rumah Harith dekat dengan kawasan universitinya. Tidak perlulah dia terkejar kejar dengan rutin hariannya.
Semenjak bergelar isteri dan tinggal bersama, masanya di bahagi dengan betul, siang hari dikemas semua keadaan rumah itu sehingga bersih dan teratur, walaupun letih namun dia senang melakukan tugas tersebut. Pada waktu malam barulah dia berkesempatan untuk mengulangkaji dan menyiapkan assignmentnya. Dia tidak mahu dikatakan mahu menjadi mam besar dirumah tersebut. Kalau boleh mahu dijaga sebaik mungkin harta benda lelaki itu. Sudah menjadi kewajipannya untuk memastikan lelaki itu selesa sepanjang mereka  tinggal sebumbung. Hampir semua benda dia lakukan termasuk mengemas bilik lelaki itu setiap pagi dan menyediakan segala keperluan Harith sehingga pakaian pun dia yang sediakan. Masih diingatan pada hari pertama, Harith menengkingnya kerana tidak menyediakan pakaian kerja kerana lelaki itu sudah lewat. Teruk di maki oleh Harith. Kini dia sendiri sudah terbiasa dengan rutinnya itu.
            Harith awal awal lagi memecat pembantu rumah sejak hari pertama mereka berpindah ke sini. Sengaja mahu Dannia melakukan semua kerja rumah. Dia mahu menyeksa gadis itu sepanjang di rumahnya. Dikerah semua tenaga gadis itu membersihkan seluruh rumah dan semua sudut rumah tersebut. Malah di halaman juga dikerah supaya membersihkan sehingga nampak bersih dan cantik. Semua makan minum dan segala pakaian dia mahu Dannia yang menguruskannya. Lelaki itu, dengan senang lenang hanya menggoyangkan kakinya di ruangan tamu. Dannia dijadikan orang gajinya dan hamba abdi. Pantang melihat Dannia mahu berehat, dia menjerit memanggil gadis itu untuk melakukan kerja yang sama walaupun sudah kemas dan bersih. Dia mahu mengenakan gadis tersebut, mahu membalas dendam diatas perkahwinan yang menyebabkan statusnya berubah dan kebebasannya turut sama terhalang.
Namun sebaliknya berlaku pada Harith. Hatinya menjadi panas melihat wajah tenang melihat gadis itu, langsung tidak mengeluh. Paling tidaknya, dia mahu Dannia merayu dan melutut supaya diberikan rehat. Namun hampa, semua yang dilakukan hanya sia sia. Tiada perasaan kah gadis ini? Sengaja dia menyelerakkan semua barang selepas diguna.
            Dannia perasan sejak pulang dari Pulau Redang, perangai Harith berubah 360 darjah dari perangai asal, malah lebih teruk daripada itu. Disangka perangai Harith hanya seteruk ketika berada di rumahnya di kampung dan rumah mertuanya, tak disangka malah lebih teruk daripada perangai yang diketahuinya. Perangai Harith semakin menjadi jadi. Lelaki itu bebas keluar rumah sesuka hati. Bila malam menjelma mulalah keluar, entah ke mana dia merayap. Bila balik je bau asap rokok dan wangian wanita melekat di tubuh lelaki itu. Bila di pagi hari barulah menampakkan mukanya, namun terus masuk ke bilik untuk tidur, bajunya dicampak sesuka hati. Sudah terbalik pula, macam kelawar pun ada. Bila malam dia keluar, siang hari orang lain mencari rezeki, lelaki itu pula enak enak tidur. Buat tahi mata. Tabiat lelaki itu hanya pada hujung minggu sahaja begitu, hari lain dia sibuk bekerja. Walaupun hari bekerja, tiba waktu malam lelaki itu tidak lekat di rumah. setelah berehat sebentar, dia akan keluar. Lewat jam dua pagi barulah Harith pulang.
            Dannia hanya mampu melihat perangai lelaki itu. Mahu ditegur, dirinya pula akan dihina. Tak sanggup rasanya dihina sebegitu rupa. Dia tidak kisah jika Harith mahu menghina dirinya, namun apabila lelaki itu mempersoalkan tentang keturunannya dia menjadi pedih. Dia tidak mahu keluarganya turut dihina oleh lelaki itu. Sudahnya dia hanya mampu menggelengkan kepala dan mendiamkan diri.
            Satu hal yang membuatkan hatinya pedih, dia selalu melihat baju Harith dengan palitan gincu wanita. Bau wangian yang digunakan wanita melekat kuat pada baju suaminya. Sungguh terhina dirasakan dirinya, sanggup suaminya curang, isteri mana tidak sakit hati melihat sang suami berlaku curang walaupun lelaki itu tak dicintainya. Dia masih bergelar isteri kepada lelaki tersebut, sekurang kurangnya Harith perlu menghormatinya sebagai isteri yang dinikahi. Ah, tak mungkin Harith mahu menghormati gadis kampung yang selalu dihinanya.
            Dia akan terus bersabar, selagi dia mampu, dia akan terus bertahan selama menjadi isteri lelaki itu, andainya suatu hari lelaki itu mahu melepaskannya pergi, dia akan redha.  Malah akan lebih bersyukur jika dia bebas daripada lelaki itu.
            Tidak sabar rasanya dia mahu menghadiri kuliah, lagi sehari, kuliahnya akan bermula seperti biasa. Cuti hujung minggu terasa tidak aman baginya untuk berada di rumah itu. Kalau di beri dua pilihan, dia sanggup jika pensyarahnya mahu mengadakan kelas pada hujung minggu. Dia mahu keluar daripada rumah Harith. Mahu menghirup udara diluar dari kawasan rumah yang langsung tidak memberi kebahagiaan buat dirinya. Sudah begitu lama dirasakan terperap di rumah itu. Mahu keluar, dia tidak diizinkan oleh Harith. Harith awal awal lagi sudah memberi amaran supaya tidak keluar dari banglo tanpa keizinannya. Siapalah dia mahu mungkir pada arahan suami. Sesekali apabila bosan, dia akan menelefon keluarganya di kampung untuk bertanya khabar. Sesekali Zafrey dan keluarga menghubunginya untuk bertanya khabar. Dia amat bersyukur sekurang kurangnya ramai yang menyayangi dirinya walaupun kekurangan kasih sang suami. Kini hubungannya dengan keluarga Zafrey sudah semakin rapat. Dirinya sudah dianggap sebahagian daripada keluarga kaya dan berada itu walaupun agak segan dengan layanan Puan Sri dan Tan Sri.




            “Dannia! Hoi Nia. Sediakan makanan untuk aku. Dah lapar ni.” Laungan Harith bergema di seluruh rumah itu. Terasa penat sungguh berkejar ke mari menghadiri mesyuarat tergempar. Dato’ Iskandar pula terpaksa outstation ke luar negara, sudahnya dia yang terpaksa menghadiri semua meeting yang sepatutnya dihadiri oleh papanya itu.
            Harith melemparkan tie yang melilit di lehernya kemudian di campak ke tepi. Briefcase yang dibawanya pula diletakkan di sebelahnya. Sambil membetulkan duduk, dia mencari kelibat Dannia yang tidak kelihatan di situ.
            “Dannia!!” jeritnya lagi. Kali ini jeritannya bertambah lantang. Membingitkan ruang tamu yang sunyi.
            Terkejut Dannia dengan jeritan kuat Harith. Serta merta kerjanya terhenti. Dia bangkit dari kerusi dan terus menapak keluar sehingga berlari anak menuju ke ruang tamu. Takut juga jika dia terlewat tiba pasti mendapat amukan Harith.
            “Kau ke mana?” suaranya sengaja ditekankan, laju mulutnya bertanya sebaik sahaja kelibat Dannia menyapa di pandangan matanya.
            “Kat bilik, sorry tak dengar” Dalam hati dia berdoa. Cuak juga melihat wajah Harith yang penat. Mahunya dihambur dengan kemarahan jika dia menjawab lebih kurang pertanyaan lelaki itu.
            “Ermm..pergi siapkan makanan, aku lapar ni.” Dengan nada yang masih sama dia mengarah Dannia sebelum matanya dipejam rapat.
Sebaik sahaja melihat mata Harith yang terpejam, pantas langkahnya menuju ke dapur menyediakan makan tengah hari. Ditinggalkan sebentar kerja yang terbengkalai. Assignmentnya ditinggalkan sementara, dia perlu melakukan kerja yang wajib dahulu bagi dirinya. Mujurlah assignment yang diberikan sudah hampir siap. Tak sia sia dia membawa pulang bersama assignment yang diberi. Terkocoh kocoh dia berlari menuju ke dapur. Dia tidak mahu Harith memarahinya. Mujurlah bilik yang di huninya berdekatan dapur, maklumlah bilik orang gaji. Jadi senanglah untuknya bergerak ke sini sana.
            Dannia sempat megerling jam di dinding. Aik? Baru pukul sebelas dah mintak makanan? Awal pula dia balik, suka hati aje balik awal, mentang mentanglah syarikat itu dia yang punya. Pelik sungguh, selalunya liat benar mahu pulang makan di rumah. Nak kata kedekut tak mungkin, bukannya dia tidak tahu, banyak wang Harith di habiskan untuk Suzanne. selalu sahaja dia terjumpa perbagai jenis resit jika mahu membasuh pakaian suaminya itu.
Tiba di dapur, Dannia menghampiri peti ais untuk mengeluarkan semua bahan bahan yang perlu dimasaknya untuk makan tengahari. Tangkas walaupun tidak sehebat angah di kampung. Dibasuh semua bahan basah yang akan digunakan sebentar nanti. Semua peralatan yang mahu digunakan dibasuh terlebuh dahulu, sudah menjadi tabiatnya ketika menolong ibu di dapur, malah tabiatnya terbawa bawa sehingga kini.
Setengah jam kemudian, Harith melangkah ke dapur. Dannia melihat lelaki itu yang sudah siap menggantikan pakaiannya. Hanya mengenakan baju yang pants separas lutut. Cukup santai.
Harith mengambil tempat di meja makan, sengaja dia berada di situ sambil membelek dan juga membaca akhbar di tangan. Dalam dia memerhati Dannia yang ralit membuat kerja tanpa gadis itu sedari. Dia sebenarnya masih tertanya tanya apa hubungan Dannia dengan lelaki yang di lihatnya sewaktu mereka bercuti. Mahu bertanya bimbang jika dikatakan cemburu. Sudahnya dia hanya diam membisu, walaupun hatinya memberontak ingin tahu siapa gerangan lelaki yang berdampingan dengan isterinya itu. Lelaki yang sama yang ditemui dua hari sebelum mereka pulang ke Penang.
 Jika dilihat dari segi pemakaian, bukan calang calang orangnya. Pasti kaya! Di fikirannya sudah mencerna dan menuduh yang bukan bukan mengenai Dannia. Mungkinkah Dannia mahu berbaik dengan lelaki itu kerana lelaki itu kaya dan berpangkat? Bukankah keluarga Dannia bersetuju mengahwinkan mereka kerana keluarganya kaya?
Pada malam itu barulah dia tahu lelaki itu adalah anak pengarah syarikat yang terbesar di Kuala Lumpur dan juga di beberapa buah negara lain. Itu pun secara tidak sengaja ternampak Tan Sri Raziff bersama lelaki itu. Dia sendiri tidak menyangka Tan Sri Raziff mempunyai anak yang begitu tampan. Selama ini mereka pernah berurusan dengan wakilnya sahaja. Dia mengenali Tan Sri Raziff pun kerana lelaki itu pernah menjadi model majalah perusahaan dan usahawan. Dia begitu dikenali masyarakat Kuala Lumpur.
Dia bertambah terkejut apabila melihat Dannia berjalan beriringan masuk ke dewan besar dengan tangannya memaut erat lengan lelaki itu. Dia sendiri terpegun dengan wajah dan penampilan Dannia ketika itu. Di sebalik tiang dia pantas menyorok bimbang jika Dannia menyedari kehadirannya di situ. Apabila dia mahu melangkah masuk, dia di halang pula oleh pegawal di situ. Katanya tidak dibenarkan masuk jika tiada kad jemputan. Dari luar dewan dia ternampak Dannia dan lelaki itu berada semeja dengan Tan Sri Raziff dan ditemani isterinya dan juga sepasang lagi pasangan. Tidak perasan pula dengan pasangan itu. Hampir dua jam lamanya dia mengintip Dannia, kemudian dia mengekori pula Dannia dan anak Tan Sri Raziff menghantarnya sehingga ke muka pintu. Begitu mesra bergelak ketawa keduanya.
Mahu sahaja dia meluru mendapatkan Dannia, dan menarik gadis itu jauh daripada lelaki yang mahu memikat isterinya. Terasa mahu juga menghadiahkan lelaki itu penumbuk sulungnya. Namun cepat cepat dia tersedar, dia pernah berjanji pada Dannia bahawa gadis itu  bebas melakukan apa sahaja asalkan tidak dapat dihidu oleh orang lain terutamanya keluarga. Malah dia sendiri menyuruh Dannia melupakan hasratnya untuk menjadi isterinya yang solehah kerana dia tidak pernah dan akan menganggap Dannia sebagai isteri. Sungguh ego dia ketika itu ketika melafazkannya, langsung tidak berfikir akan risikonya. Ketika itu hatinya dipalu rasa yang amat sakit.
Lama dia memerhatikan Dannia begitu asyik sehinggalah makanan tengaharinya siap. Sesekali dia tersenyum lucu melihat wajah kalut Dannia. Entah kenapa dirinya tertarik untuk memerhati tingkah laku Dannia walaupun secara diam diam. Sudah jatuh hatikah dia pada Dannia? Sudah goyahkan hatinya ini? Harith menggelengkan kepalanya menidakkan. Mana mungkin perasaan ini timbul begitu cepat. Dia yakin, dia hanya tertarik dengan gadis di hadapannya ini. Bukan perasaan cinta.
Ketika di pejabatnya tadi dah hari-hari sebelumnya sejak seminggu yang lepas, satu kerja pun dia tidak boleh fokus. Ingatannya hanya kepada seraut wajah itu. Dia sendiri pening dengan itu semua. Semakin ingin dilupakan semakin terbayang di ruang matanya. Tanpa menunggu masa, dia melangkah keluar dari pejabatnya untuk pulang. Perasaan untuk melihat wajah gadis itu tidak dapat ditahan lagi. Semakin dia cuba semakin kuat pula keinginannya untuk menatap wajah Dannia.
Harith tersedar akan keterlanjuran matanya yang ralit memerhatikan gadis itu. Lantas mengalihkan pandangannya, demi ego, dia tidak akan sesekali tunduk pada perempuan kampung itu. Takkan sesekali dia akan menjilat ludah sendiri. Takkan! Hanya Suzanne yang mampu membahagiakan aku. Perempuan ni tak ada apa yang istimewa. Aku takkan sesekali menjatuhkan maruah aku untuk bergandingan dengan peremuan seperti ini. Nanti apa kata kawan kawan mereka apabila melihat gadis kampung bergandingan dengannya. Mesti dia akan diketawakan. Egonya kini  berlawanan dengan keinginanan hati.
                Setelah siap memasak, Dannia menghidangkan di atas meja. Harith dengan wajah bersahaja berada di meja makan masih berpura pura membaca berita. Setelah yakin Dannia menghidangkan kesemua lauk pauk, dia melipat kertas ditangan.
Tangannya pantas sahaja mencapai pinggan yang telah dipenuhi nasi putih. Dannia menuangkan pula segelas air buat Harith. Tanpa mempelawa Dannia makan, tangan Harith laju menyuap nasi ke mulutnya. Dannia pula segera berlalu ke biliknya mahu menyiapkan kerja yang tertangguh sebentar tadi. Dia tidak mahu mengganggu Harith makan. Belum pernah mereka berdua makan semeja semenjak berpindah. Lelaki itu hanya akan makan apabila dia berlalu dari situ.




                “Bagaimana dengan kerja yang aku suruh korang buat?” badannya disandar ke belakang. Matanya merenung tajam dua manusia di hadapannya. Selepas bermesyuarat dia bergegas pula bertemu dengan dua manusia yang bertanggungjawab untuk menyiasat tentang seseorang. Letih dengan kerenah klien ditambah pula masalah yang membuatkan sedikit sebanyak kepalanya turut pening. Kini berhadapan pula dengan tanggungjawab baru yang diamanahkan oleh Tan Sri Razif.
            “Beres bos. Menurut penyiasat kami. Gadis itu adalah adik kandung bos. Dia diambil oleh sebuah keluarga semenjak masih kecil. Sekarang ni dia menuntut di salah sebuah ipta di Penang. Dan paling penting ialah...” belum sempat lelaki itu menghabiskan ayatnya, pintu biliknya dikuak dan muncul seorang lagi lelaki. Cukup bergaya, berjalan dengan penuh berkarisma tanpa mempedulikan renungan dua manusia yang tidak dikenalinya.
            “Teruskan..” tanpa menghiraukan kemunculan lelaki yang kini berada di sebelahnya.
            “Ehem.. dia telah berkahwin hampir sebulan yang lepas. Hasil siasatan kami, perkahwinan itu berlangsung dengan aturan keluarga.” Lancar ayat yang keluar dari mulut lelaki itu.
            Terkesima sebentar. Jadi dah kahwin? Jadi pertemuan mereka dua minggu yang lepas mungkinkah honeymoon dia dan suaminya? Tapi kenapa hanya keseorangan pulak? Hatinya sedikit cuak akan hal itu. Jika terserempak pasti keseorangan, tak pernah berdua.. Pelik...
            “Lagi satu. Kau ada tak info pasal keluarga angkat dia?”
            Pantas tangannya mencapai sampul yang dihulurkan. Rakus sampul itu dibuka dan dibaca kesemua maklumat yang baru diterima. Kepalanya dipicit picit untuk menghilangkan rasa berdenyut dengan tiba tiba. Perasaan gembira tadi sedikit demi sedikit menghilang apabila berita kedua dikhabarkan padanya.
            “Aku nak kau siasat latar belakang suami dia. Dapatkan kesemuanya dengan detail, jangan lepaskan sekuman pun maklumat tu nanti. Jangan lupa gambar sekali. Dapatkan secepat mungkin. Korang boleh pergi.” Kedengaran tegas di telinga manuasia di bilik itu.
            Apabila kelibat dua manusia hilang dari pandangan. Dia menghembus kuat nafasnya. Tali leher yang melingkar di leher dilonggarkan. Terasa begitu menjerut sehingga susah mahu bernafas. Bagaimana mahu dia ceritakan semua ini pada mama dan papanya?
            “Zaf, macam mana sekarang ni. Betul ke budak tu adik kita?” Ezmiel masih lagi ragu dengan maklumat yang singgah ditelinganya tadi.
            “Hmmm.... memang betul. Dah ada bukti yang sahih dia adik kandung kita.” Terasa sedikit berat berita terakhir yang diterima. Kahwin??
            “Alhamdulillah. Baguslah kalau macam tu. Mesti papa dan mama gembira dengar khabar ni.” Ezmiel tersenyum gembira. Seolah olah terbang semua masalah tentang adiknya. Ringan terasa beban yang dipikul bersama Zafrey. Siapa sangka akhirnya penantian mereka untuk bertemu dengan adiknya muncul juga.
            “Kau kenapa bro? Tak seronok ke dah jumpa adik kita?” hairan melihat reaksi abangnya yang berkerut kerut. Langsng tiada riak gembira.
            “Seronok ni memanglah. Tapi musykil dengan lelaki yang dia dah kahwin. Pulak tu dengan pilihan keluarga. Hati aku tak sedap pulak bila dengar berita ni. Takkan kau tak perasan time kita punya event hari tu. Ke mana mana mesti keseorangan. Lagi satu, mama cerita hari tu time keluar berdua dengan Dannia, mereka terserempak dengan satu pasangan tu. Menurut mama, perempuan tu maki hamun dia and cakap husband tak pernah anggap Dannia macam isterinya. Dia cakap Dannia tu merampas boyfriend dia.” panjang lebar Zafrey berbicara.
            Ezmiel hanya berdiam diri. Tak tahu menahu pulak tentang perkara itu. Mana nak tahunya jika dia sibuk melayan temannya bersosial, mana ada masa mahu berehat di hujung minggu. Tengok sekarang ni, dia pula yang ketinggalan ke belakang. Adehh...
            “So macam mana ni?”
            “Macam mana apanya, tunggu jelah sampai diorang dapat info. Buat sementara ni jangan bagitahu dulu papa dan mama. Aku tak nak mama susah hati pulak.” Awal awal lagi Zafrey memberi sepatah dua kepada Ezmiel, amaran. Bukan boleh percaya si Ezmiel ni mulut lepas. Nanti tak pasal pasal tersasul pulak. Dasar mulut laju. Dalam diam sempat Zafrey mengutuk Ezmiel. Dalam kepalanya pula sudah merancang agenda yang perlu dilakukan seterusnya.

            Dia perlu merangka elok rancangan untuk mendekati Dannia dan perlu teliti untuk memasuki kehidupan adiknya. Terlebih dahulu dia perlu mengetahui bagaimana kehidupan yang dijalani oleh Dannia. Kemudian dia akan terus memasuki kehidupan Dannia secara perlahan lahan dengan cara apa sekalipun.


No comments:

Post a Comment