Bab
10
“Hai
morning Dannia” Zafrey seraya
melabuhkan punggungnya di atas kerusi berhadapan dengan Dannia. Dari jauh di
sudah nampak kelibat Dannia yang duduk keseorangan di meja itu sambil membelek
majalah di tangannya. Sesekali tangan putih gadis itu menyebak rambutnya ke
tepi.
“ Morning” Dannia tersenyum. Hari ni dia terasa begitu bersemangat,
al maklumlah petang nanti Hanna dan abangnya mahu datang. Mana tak gembira
apabila cutinya berteman. Khabarnya Hanna akan bercuti di rumah emak saudaranya
di Pulau Redang, apabila dia memberitahu gadis itu, dia juga turut bercuti di
Pulau yang sama terus diajaknya untuk diperkenalkan kepada emak saudaranya.
Tanpa berfikir panjang, Dannia terus bersetuju. Lagipun dia hanya keseorangan,
bukannya dengan Harith. Lelaki itu pula entah ke mana menghilangnya, kali
terakhir di lihat ketika mereka terserempak di pantai. Selepas itu, langsung
tidak mengetahui di mana jejak Harith. Lelaki itu sedang berseronok agaknya
dengan Suzanne.
“Dah makan ke belum ni?” soal Zafrey
lalau pantas menarik kerusi dan melabuhkan duduknya berhadapan dengan Dannia.
“Belum. Kata nak breakfast sekali kan?” Dannia tersenyum.
Ceria benar kerana makannya berteman.
“Oh, ok. lupa pulak” Zafrey
tersengih malu. Tangannya menggamit pelayan restoran untuk memesan makanan.
Matanya masih lagi memandang Dannia yang agak ceria dengan wajah yang begitu
segar di matanya.
“Erm, kenapa semacam jer hari ni.
Gembira semacam je. Special day ke?”
Matanya masih merenung anak mata Dannia. Cantik. Desis hatinya.
“Mana ada. Just happy je.” Juntaian rambut di dahi di kuak dengan jari
runcing miliknya. Rambutnya yang agak keperangan diikat ke tepi. Rimas dengan angin yang sepoi sepoi
bahasa yang meniup sehingga rambutnya sedikit berterbangan. Terasa geli jika
rambut itu bersentuhan dengan kulit leher jinjangnya.
“Anyway,
saya nak bagi something kat awak.
Nah” Zafrey mengulurkan kertas kepadanya. Kad jemputan kahwin ke? Dannia
mengerutkan dahinya.
“Kad apa ni?” dia mengambil huluran
di tangan Zafrey. Merenung lama sampul tersebut sebelum meminta izin untuk
membukanya.
“Saya bukak eh?”
“Bukalah. Saya harap awak datang
memeriahkan lagi majlisnya. Kalau nak ajak kawan pun tak apa.” Dia mahu
memperkenalkan Dannia pada keluarganya. Dia mahu menemukan Dannia pada Tan Sri
Razif dan Puan Sri Kamilia. Harap harap semuanya berjalan lancar seperti yang
diatur. Dia mesti merungkaikan persoalan ini di benaknya.
“Family
day? Kenapa jemput saya? Boleh ke ni saya datang lagipun saya bukannya staff kat syarikat awak” Pelik, kenapa
nak ajak aku. Ei.. segannya.mukanya dikerutkan, ajakan Zafrey mengundang seribu
pertanyaan di di mindanya.
“Boleh jer. Lagipun boleh teman kan
saya, jadi partner saya dinner malam
tu ok? Saya tak de partner. Yang lain
semua ada partner, saya sorang jer yang
belum ada lagi. Bolehkan?” muka Zafrey penu mengharap.
“Segan lah. Lagipun nanti apa kata staff awak nanti?” Adui, macam mana nak
lepas kan diri eh? Pening kepala aku macam ni. Boleh ke aku datang, lagipun dia
dengan Zafrey baru sahaja kenal antara satu sama lain. Takkan lah sudah mahu
diusung ke sana ke mari. Nnati apa pula tanggapan lelaki itu. Walaupun dia
selesa dengan lelaki itu, takkan sewenang wenangnya dia akan percayakannya.
“Janganlah macam ni. Tak sudi tolong
saya?” Zarfey menayangkan muka kasihan. Puh minta minta Dannia lembut hatinya. Dannia
menggarukan kepalanya, bukan tidak mahu menolong tetapi ah.. kacau.
“Takkan tak ada orang lain. Girlfriend awak mungkin?’ duganya
dengan sengaja. Mahu melihat reaksi lelaki kacak di hadapannya.
“Awak ni. Kalau saya dah ada girlfriend, takkanlah saya nak ajak awak
pula. Mahu dipelangkung kepala saya nanti.” Dengan sisa ketawa yang masih ada
dia menjawab soalan dannia yang kedengaran lucu di telinganya. Muka aku ni
macam penipu ke? Jenis yang tak setia? Lainlah kalau Ezmiel..
“Manalah tahu kan, lelaki zaman
sekarang bukan boleh percaya sangat pun. Yang dah kahwin, mengaku masih bujang.
Yang dah ada girlfriend pulak,katanya
masih single.”
“Betullah. Takkanlah saya nak menipu
pula. Muka saya ni macam penipu ke?” soalnya dengan wajah sedikit hampa.
Sedikit berjauh hati dengan kata-kata Dannia. Adess.. sabarkah wahai hati.
“Manusia ni macam macam rupa. Kadang
kadang muka nampak baik, tapi
sebaliknnya. Entahlah.. saya tak janji boleh ke tidak. Tengoklah macam mana.”
Kata kata Dannia sedikit terkesan di hatinya sendiri. Ya, manusia memang
selalunya tidak seperti yang kita sangkakan. Bukti sudah jelas di depan mata.
Itulah kenyataan dunia hakiki. Manusia yang kita harapkan untuk melindungi
Hawanya sebaliknya dicela dan di hina. Maruah seakan di campak jauh. Jauh di
tangga paling bawah. Ikatan suci dipermain mainkan sesuka hati. Manusia kini
alpa dengan duniawi. Semakin tinggi pangkat dan darjat, semakin angkuh dan
sombong dengan apa yang di milikinya.
“Percayalah, saya tak perbah menipu.
Please..temankan saya” Zafrey bersuara kembali setelah lama menyepi. Dalam
hatinya tertanya tanya dengan perubahan suara Dannia yang seakan menahan sebak.
Walaupun gadis itu sedaya upaya menenangkan diri, tapi dia belum buta
menilainya. Dia mesti menyiasat tentang gadis itu. Di rasakan Dannia terlalu
banyak merahsiakan tentang dirinya. Sedaya upaya gadis itu mengelak apabila
bertanyakan tentang keluarganya.
“Yelah...yelah.” Dannia serba salah.
Kesian la pulak mamat ni..dia terpaksa akur apabila lelaki itu merayu rayu
dengan berwajah simpati. Entah kenapa dia terasa ingin menolong lelaki itu.
Yes.
Zafrey tersenyum senang.
Asyik mereka berbual, Ezmiel datang
menyergah dari belakang. Tersedak sedak Zafrey menahan sakit tertelan nasi.
Mangkuk la budak ni. Dia menjeling geram, potong la dia ni. Nak menyibuk
sepanjang masa.
“Along, patutlah awal pagi
menghilang. Kat sini kau rupanya. Tak tunggu aku pun nak breakfast sekali” Ezmiel dengan selamba menarik kerusi di sebelah
abangnya. Langsung duduk tanpa dipelawa. Dannia di hadapan terpinga pinga
dengan kehadiran lelaki dihadapannya. No
manner.
“Hai, harap awak tak kisah saya join sekali.” Ezmiel tersenyum, sebelah
tangannya menggamit pelayan restoran. Setelah itu, dia berpaling kembali
meneroka wajah cantik di hadapannya. Cantik.. boleh jadik steady girlfriend aku ni..
“Dannia, kenalkan budak tak betul ni
adik saya. Ezmiel. Jangan dilayan sangat dia ni. Buaya tembaga ni” Selamba
Zafrey memperkenalkan Ezmiel kepada Dannia.
“Apa ni along. Saja je nak kenakan
orang. Jangan percaya cakap along. Let me
introduce myself. Hai, saya Khairul Ezmiel. Adik kesayangan lelaki di
sebelah dan hero malaya tau. Hehehhehe...” matanya dikenyitkan. Baru jer nak
mengayat dah kena potong line, along
ni macam tau tau je..
Dannia hanya ketawa melihat telatah
dua manusia dihadapannya. Sungguh rapat hubungan adik beradik dua orang ni. Tak
rugi aku berkenalan dengan mereka ni. Desis hatinya. Ceria dia melayan dua
manusia di hadapannya.
Masing
masing mempunyai personaliti tersendiri, namun menarik dimatanya. Si abang
tinggi berbadan sasa. Gaya rambut.. not
bad. Masih nampak kacak di matanya. Si adik pula walaupun tidak setinggi
abang, boleh juga dikira tinggi jika berdampingan dengan mana mana model. Gaya
rambut terkini, stylo sesuai dengan gaya santainya.
“Dannia. Nice to meet you Ezmiel.”
“Ops, just call me Ez okay?” Ezmiel membetulkan panggilan Dannia
terhadapnya. Matanya masih merenung Dannia sehinggakan membuatkan gadis itu
resah gelisah dan tidak selesa.
“Ehem, oit.” Zafrey yang melihat Dannia serba salah apabila direnung
begitu segera mengetuk kepala Ezmiel membuatkan lelaki itu tersentak, sebelum
tersengih malu.
“Sorry.” Ezmiel tersenyum sumbing.
Apabila pelayan menghantar makanan mereka, lantas
masing masing menjamu selera. Kadang kadang diselitkan dengan perbualan dan
senda gurau. Sepanjang mereka bersama, langsung tidak dihiraukan dengan
sekeliling. Hilang semua masalah yang dialamainya. Hilang wajah Harith dan
perangai yang menjengkelkan. Yang ada kini semuanya rasa gembira dan teruja.
Gembira akan percutiannya tanpa wajah Harith dan datenya dengan kedatangan Hanna dan rasa terujanya dengan dua
jejaka tampan yang amat akrab.
Masa yang ditunggu tiba juga. Dengan
penuh kesabaran dannia menunggu kedatangan Hanna. Senyuman terukir dibibir
bertambah lebar saat bebola matanya terpandang kelibat sahabat baiknya.
“Hanna”
Dannia menjerit sambil melambaikan tangannya ke arah gadis ayu dihadapannya.
Gembira tak terperi kerana cutinya bakal dihabiskan dengan Hanna.
“Nia. Rindunya aku dengan kau” Hanna
memeluk tubuh Dannia, apabila kakinya berdiri berhadapan dengan gadis itu.
“Assalamualaikum Nia” sapa seorang
lelaki yang berada di belakang Hanna. Lelaki itu tersenyum gembira.
“Waalaikumsalam Abang Fiq. Lama tak
jumpa, apa khabar?” mulutnya mengukir senyuman. Sudah lama tidak bertemu dengan
Abang Hanna.
“Baik. Nia pula macam mana?” Syafiq
bertanya khabar sahabat adiknya. Sudah berbulan bulan lamanya dia tidak bersua
muka dengan gadis di hadapannya. Semakin cantik dan matang berbanding dahulu.
Nasiblah dia sudah mempunyai buah hati, jika tidak pasti Dannia di jadikan
seseorang yang istimewa di hatinya. Siapa yang tidak mahukan gadis secantik dan
sesopan Dannia menjadi seseorang istimewa di hati. Pasti semua orang mahu, dan
hanya lelaki yang bodoh sahaja menolak gadis itu. Di dalam hati, dia berasa
sedikit simpati buat gadis itu kerana menjadi mangsa keadaan. Jika Hanna tidak
menceritakan segalanya pada dia, pasti dia tidak tahu gadis di hadapannya sudah
berkahwin.
Lelaki itu memang bodoh kerana tidak
tahu menilai kebaikan Dannia. Terlalu buta untuk menilai permata di depan mata.
Kaca itu juga yang mahu di puja puja. Mengingatkan lelaki itu, hatinya sebal
meningatkan lelaki yang bernama Harith. Kalau diikutkan hati mahu sahaja di
tumbuk lelaki yang tidak bertanggungjawab itu.
“Ok je”
“Ehem, amboi terus lupa eh, bila dah
jumpa Dannia. Abang Fiq, jangan nak
mengada ngada ya, ingat orang yang tersayang... So Nia, kita nak buat apa satu hari ni?” Hanna segera mencelah
apabila perbualan yang semakin hangat diantara keduanya tanpa mempedulikan Hanna
termanggu mangu sendirian.
“Entahlah. Kita jalan jalan jelah
nak?” cadangnya apabila dia juga tidak mengetahui selok belok tempat ini.
Jangankan mahu mecadangkan tempat, nama tempat pun dia tidak tahu.
“Erm, okay, tapi malam ni aku nak
ajak kau ke rumah emak saudara aku. Makan malam kat sana. No excuse, aku dah bagitahu Mak Ngah aku yang aku bawak kawan.”
“Ada pilihan lain?” Dannia bertanya.
“Of
course a BIG NO, dear” Hanna tersengih sengih.
“Fine,
jom lah kita bertolak sekarang. Abang bawak korang pi jalan jalan sekeliling
Pulau” Syafiq berjalan mendahului Dannia dan Hanna. Ditinggalkan dua sahabat
yang berpegangan tangan di belakang.
Suasana
pagi agak mendinginkan, lebih lebih lagi angin pagi yang sejuk yang menghembus
di tubuh masing masing. Dan seperti yang telah dijanjikan kepada Zafrey, dia
menghadirkan diri setelah beberapa kali diingatkan oleh lelaki itu ditemani
Hanna walaupun sedikit lewat daripada masa yang di janjikan. Dia bukannya
sengaja mahu lewat, tetapi akibat bangun lewat. Inilah akibatnya jika terlalu
penat berjalan, tambahan lagi semalam dia begitu kenyang dengan masakan ibu
saudara Hanna. Berselera sungguh dengan masakan wanita itu. Lewat malam barulah
dia pulang, itu pun setelah puas didesak oleh wanita itu supaya bermalam di
rumahnya.
Ketika mereka sampai, majlis telah pun
bermula. Tidak jauh daripadanya, dia melihat sekumpulan manusia yang sedang
rancak bermain, mungkin staff syarikat Zafrey. Desis hatinya sendiri. Dari
celahan manusia yang sedang asyik bermain dia ternampak kelibat Zafrey dan
Ezmiel di situ. Dannia mengambil keputusan untuk duduk di bawah pokok yang agak
rendang dan terlindung daripada cahaya matahari yang mula memunculkan empunya.
Bunyi
keriuhan di pantai dengan staff R&K Holding yang meriah menggamit Dannia dan Hanna untuk memandang ke
arah mereka yang berada tidak jauh dari situ. Dari kejauhan, dia melihat
ketangkasan Zafrey dan Ezmiel mendapatkan bola dan melantunkan kembali ke pihak
lawan. Sesekali badan mereka jatuh menghempap pasir pantai. Namun itu semua
bukan halangan untuk mereka kembali melawan pihak lawan. Keasyikannya memerhati
membuatkan terbit sesekali ketawa kecil di mulutnya kerana kelucuan melihat
pelbagai aksi yang di tunjukkan. Hatinya terhibur.
Setelah
setengah jam beraksi di gelanggang, Zafrey kemudian berlari anak sambil
melambaikan tangannya apabila anak matanya terpaku pada Dannia yang sedang
berehat di bawah pokok. Dengan pantas, dia melangkah menuju ke arah gadis yang
di temani rakannya. Dari jauh, Zafrey tersenyum lebar, gembira dengan
kedatangan Dannia yang di sangka tidak hadir. Dengan nafas yang tercungap
cungap dia cuba melepaskan nafas lelah bermain. Semput dadanya mahu bernafas.
“Hai..Ingatkan
tak datang tadi” ujarnya apabila nafasnya kian dirasakan sudah teratur.
“Dah
janji kan. Mana boleh mungkir janji. Tak baik tahu..” Dia membalas selamba.
Tangannya segera menghulurkan sebotol minuman untuk lelaki itu. Bekalan air
yang di bawa dari biliknya.
“Thanks..” pantas dia meneguk air.
Langsung tiada perasaan malu apabila dia meneguk rakus air yang berada di dalam
botol tersebut. Dahaganya hanya Tuhan yang tahu. Lebihan air, digunakan untuk
menyejukkan mukanya yang dirasakan melekit dengan keringat peluh.
“Ah..leganya.
Anyways siapa ni?” matanya beralih
melihat seseorang yang berada di sebelah Dannia. Sedari tadi gadis itu leka
memandangnya tanpa berkelip. Dia pula naik malu apabila di renung sebegitu
rupa.
“Kenalkan,
Hanna.. Hanna, Zafrey dan lelaki yang
datang ke sini tu Ezmiel. Diorang adik beradik.” Mulutnya sedikit memuncung
menghala ke arah Ezmiel yang sedang berjalan ke sini. Lelaki itu kelihatan
begitu bergaya berjalan ke arah mereka. Dengan senyuman kasanovanya. Satu
pertemuan sudah cukup untuknya mengenali Ezmiel. Betul kata Zafrey, lelaki itu
menjadi perhatian ramai gadis. Dan Ezmiel pula tidak segan silu mengenyitkan
mata dan melayangkan ciuman kepada si gadis. Dannia dan Zafrey menggeleng
kepala melihat kelakuan Ezmiel. Hanna tercengang melihat aksi selamba lelaki itu.
“Kau
jangan layan sangat kat mamat tuh. Kepala tiga suku sikit. Playboy tu.” Tanpa rasa bersalah, dia berpesan kepada Hanna.
Suaranya sedikit perlahan, bimbang jika di dengari oleh Ezmiel yang kian
menghampiri. Zafrey tergelak mendengar kutukan khas buat adiknya. Langsung
tidak ada rasa marah atau berkecil hati kerana itu adsalah kenyataan yang tidak
dapat di sangkal olehnya.
“Aku
pun tak mahulah.” Balasnya kembali. Bibirnya terjuih tanda meluat walaupun
sedikit terpegun dengan kekacakan yang dimiliki oleh Ezmiel.
‘Hensemnya...Eh,
apa yang aku merepak ni. Syahmir aku lagi kacak ok?’ gelakya dalam hati.
Sekacak mana lelaki di hadapannya, cintanya masih lagi utuh untuk Syahmir
walaupun dia dan Syahmir tidak pernah meluahkan perasaan masing masing. Dia
juga tidak dapat menggagak apa perasaan Syahmir terhadapnya.
“Hai
si cantik..” sapa Ezmiel ke arah Dannia. Dannia pula mencebik.
“Hai..
penat main?” soalnya kembali. Sekadar berbasi basa. Memang tidak dapat di
nafikan kekacakan Ezmiel. Lihat sahaja sekarang. Dengan gaya begitu pun masih
kacak di matanya. Anak siapalah ni... adess..
“Yup. Tapi seronok. Kenapa tak join dorang tu main? Segan?” Ezmiel
mengesat peluh di dahi dengan kain yang diberikan oleh Dannia.
“Malas. Duk kat sini lagi best.
Borak borak kan Hanna?” Dannia tersenyum. Hanna hanya mengangguk, mengiakan apa
yang dikatakan oleh kawannya. Matanya sesekali memandang Ezmiel yang leka
mengambil angin dengan tuala yang masih lagi tersangkut di leher lelaki itu.
“Lepas ni ada game pulak. Treasure
Hunt.” Ezmiel tiba tiba bersuara.
“Treasure hunt? Macam menarik. Join
jom.. Kawan Nia boleh join sekali. 1
group 4 orang. So kita satu geng lah.
Amacam?” Ezmiel mengemukakan cadangan. Air di pegangan Zafrey diambil diteguk
rakus tanpa mempedulikan renungan tajam yang di hadiahkan untuknya.
“Ok juga cadangan tu. Join kami ok?” Zafrey mengiakan cadangan
Ezmiel.
Dannia hanya menjungkitkan bahu
sambil mengangkat keningnya ke arah Hanna meminta pandangan.
“Ok kot. Lagipun bosan juga kalau
asyik duduk jer.”
“Ok
set.”
Petang itu, mereka menyertai treasure hunt seperti yang diatur oleh
pengacara majlis. Dannia benar benar gembira dengan aktiviti yang diikutinya.
Permainan ini benar benar mencabar diri. Hampir tiga jam mereka berlari dan
berjalan mengikuti arahan yang tertera pada setiap kertas sebagai petunjuk. Diredah
hutan, dipanjat pokok, direndam dalam air masin semuanya dibuat. Benar benar
menyeronokkan.
Namun,
hasilnya agak memuaskan hati mereka semua walaupun tidak memenangi tempat
pertama. Sudah lama dirasakan tidak segembira ini. Tenang hatinya dari semua
masalah yang menimpanya sejak beberapa minggu ini. Terasa ingin menjerit
gembira dengan kebebasan walaupun hanya sekejap cuma. Sepanjang hari bibirnya
tidak lekang dengan senyuman. Hanna sendiri naik hairan dengannya yang asyik
tersenyum. Apabila ditanya, dia hanya menggeleng tanpa menjawabnya.
Harith
menghempas kasar punggungnya di sofa bilik. Suzanne menghilang entah ke mana. Masuk
kali ini sudah tiga kali gadis itu menghilangkan diri walaupun bilik mereka
hanya bersebelahan. Entah ke mana gadis itu menghilang, dia sudah tidak mahu
ambil peduli tentang ketiadaan gadis serani itu. Menyakitkan hatinya. Kini dia
keseorangan di biliknya. Terkebil kebil sendirian. Dadanya berombak menahan
nafas. Geram dan bengang dengan Suzanne belum habis kini di ganti dengan
perasaaan sakit hati.
Suzanne
dengan perangainya yang selalu menghilang, katanya mahu bercuti bersama, tapi
asyik menghilang entah ke mana. Hatinya pada Suzanne semakin lama semakin
berkurangan. Entah kenapa, perangai Suzanne semakin hari semakin lain. Tapi dia
tidak begitu kisah akan itu, tapi hatinya semakin panas apabila melihat Dannia
bersama dua lelaki yang sedang bergelak ketawa langsung tidak menghiraukan
sekeliling. Hilang moodnya mahu
bercuti.
Niatnya
membawa Suzanne untuk menyakiti hati Dannia, gadis kampung yang sedikit
sebanyak menggugat hatinya. Namun sebaliknya yang berlaku, kini dirinya yang
sakit hati melihat kemesraan yang terpamer di depan mata. Di lihat Dannia
langsung tidak mempedulikan dirinya selama mereka berada di sini. Dia mengagak
Dannia akan merayu padanya atau sekurang kurangnya akan mencari dirinya. Namun
gadis itu langsung tidak mencari apatah lagi menjenguk untuk bertanya khabar di
mana dirinya menghilang.
Masih
terbayang di mata kemesraan Dannia dan rakannya dengan dua lelaki. Lagak
bagaikan sudah lama benar berkenalan. Gadis itu bukan main lebar dan manis
senyumnya apabila salah seorang mereka membuat lawak. Sakit telinganya mendengar
gelak ketawa Dannia dan beberapa lelaki itu. Entah apa yang lucu. Kutuknya
sendiri. Terdetik di hatinya untuk mengetahui siapa lelaki itu kerana kali ini
sudah dua kali dia terserempak dengan lelaki itu bersama Dannia.
Walaupun
kemarahan pada Dannia menggunung, namun hatinya sedikit lega apabila melihat
kelibat Dannia yang sedang minum sambil menghayati udara pagi di sudut hujung.
Kakinya lantas mengambil tempat yang agak jauh dari pandangan Dannia supaya
kelibat dirinya tidak disedari oleh gadis itu. Leka dia menatap seraut wajah
cantik menawan walaupun tanpa dikenakan sebarang mekap. Nampak begitu mulus dan
semulajadi. Sedang asyik menatap wajah itu, tiba tiba gadis itu didatangi
seorang lelaki, dilihat lelaki tersebut bercakap cakap sebeluh mengambil tempat
berhadapan dengan Dannia. Hatinya terbakar apabila melihat Dannia yang sedang
berborak dengan lelaki yang agak segak penampilan walaupun hanya berpakaian
santai. Kelihatan begitu mesra. Kekasihnya kah? Setelah agak lama melihat
mereka, Harith segera berlalu dari situ dengan hati yang membuku. Sakit hatinya
bukan kepalang. Perempuan curang! Niatnya mahu manyakiti Dannia namun
sebaliknya dia pula yang sakit hati. Kurang ajar!!