Monday, April 30, 2012

BAB 18 [KASIHKU YANG SATU]

Bab 18


                Hari ini genap seminggu Dannia berada di kampung. Namun bayang Harith langsung tidak kelihatan. Apatah lagi mahu menjenguk dan membawanya kembali pulang ke Penang. Dihatinya Dannia amat berharap agar Harith kembali menjemputnya pulang. Pulang ke pangkuan lelaki itu. Selama seminggu dia menunggu dengan penuh rasa sabar, harapannya supaya Harith kembali membawanya ke rumah mereka.
Selama seminggu Dannia berada di kampung, dia mulai sedar akan rasa hatinya. Dia cintakan Harith, cintakan suaminya itu. Walaupun sebelum ini sudah berkali dia mencuba untuk menafikan apa yang berada di hatinya itu, tetapi untuk kali ini, dia tewas. Rindunya pada Harith begitu menebal. Setiap hari dia menantikan kedatangan Harith, malah telefonnya juga dihidupkan kembali setelah dua hari dia sengaja membiarkan telefonnya tanpa bateri. Hampir setiap masa dia merenung kembali telefon itu dengan membawa sejuta harapan.
Namun hampa, lelaki itu seperti nekad mahu meninggalkannya tanpa sebarang kata putus. Mungkin dia patut sedar Harith bukan jodohnya. Tetapi mengapa hatinya terasa begitu perit bagaikan ditusuk sembilu. Hatinya terlalu degil untuk mencintai dan menyayangi lelaki itu. Dia sendiri tidak sedar bila masanya dia jatuh sayang dan cintakan suaminya. Bagaimana hatinya boleh terjatuh sayang dan kasihkan lelaki yang saban hari menghadiahkan kata hinaan dan tengkingan kepadanya.
Tidak dapat dinafikan lelaki itu terlalu sempurna. Sempurna dengan segala yang dimiliknya. Mana mungkin untuk Harith jatuh cinta dengan dirinya yang serba kekurangan. Harith terlalu memandang kebendaan dan benda yang cantik. Dannia tersenyum mengenangkan kebodohan dirinya. Sebolehnya lelaki itu hanya mahukan benda yang perfect di matanya.
Lihat sahaja kelakuan Harith ketika berada di kampungnya. Lelaki itu terlalu sombong dengan orang kampung, dia pasti tidak suka bergaul dengan orang yang tidak setaraf dengannya. Waktu perkahwinannya dahulu pun, Harith lebih senang bersiar siar seorang diri tanpa ditemani oleh sesiapa pun. Cuma abahnya sahaja yang melayan kerenah lelaki itu. Itu pun sekadar melepas batuk di tangga. Macam hendak tak hendak sahaja lagaknya.
            Berada di kampung, membuatkan hatinya yang sarat dengan masalah sedikit tenang walaupun hatinya adalah sebaliknya. Dia cuba untuk melupakan masalahnya yang satu itu. Dia ingin merasa gembira menjalani kehidupannya tanpa Harith di sisi. Malah lebih gembira kerana terasa bebas daripada lelaki itu walaupun perasaan rindunya masih berbaki buat Harith. Sejak dua hari yang lepas, dia telah nekad tidak akan berpaling ke belakang lagi. Dia tidak mahu terpenjara di dunia kesedihan, betul kata angahnya, kehidupan harus diteruskan.  Setelah berfikir semasaknya, dia tidak mahu lagi menaruh harapan dengan Harith, biarlah masa yang menentukan arah tuju hubungan mereka suami isteri. Perasaan kasih dan cinta akan dipadamkan dari hatinya. Walaupun mengambil masa yang lama, akan sedaya upaya untuk dia mencuba.
            Petang nanti dia mahu berangkat ke rumah sewa Hanna. Dia akan kembali lagi ke rumah sewa lamanya. Nasibnya agak baik apabila Hanna masih tinggal keseorangan dan juga belum ada yang menjadi teman serumah mereka dahulu, jadi tidak kisah sangat jika dia mahu tinggal kembali di situ. Kehidupannya kini telah berubah walaupun tiada kata putus dari Harith. Lelaki itu tidak mahu mengambil mahupun menceraikannya. Malah tidak pernah menghiraukannya lagi sepanjang peninggalannya hampir seminggu yang lalu dari banglo Harith.
Di usia yang begitu muda dia digantung tak bertali. Orang kampung mula bercakap tentang mereka sekeluarga. Semuanya tidak enak di dengar. Maruah keluarga mula diperkatakan. Timbul pelbagai bagai cerita tentang dirinya. Walaupun hanya segelintir yang mengumpat akan keluarga mereka, jika di sogok banyak kali mustahil lebih ramai lagi yang akan percaya dan mengata. Orang kampung memang lebih suka menjaga tepi kain orang. Malah cemburu dengan kelebihan orang lain.
            Masih terngiang ngiang di telinganya tentang perkhabaran yang dibawa oleh abahnya.  Walaupun apa yang diberitahu seakan sebuah cerita yang tidak lengkap. Di kerah pula angahnya supaya menceritakan semua tentang pertemuan lapan mata antara mereka.
            Sekarang, dia sudah mengetahui sebenarnya cerita pertemuan mereka. Sampai hati Harith langsung tidak menghormati bapa mertuanya ketika mereka berkunjung ke rumah.  Kata angah, apabila tiba di sana, mereka mencari alamat rumah Harith yang diberikan oleh Dannia. Tiba di alamat yang  tertera,  mereka disambut oleh seoang wanita yang seksi. Gadis yang sombong dan agak kurang ajar mulutnya. Ingatkan salah rumah, baru sahaja ingin beredar dari sana Harith muncul dengan berseluar pendek tanpa berbaju. Mengucap panjang abahnya apabila pertama kali mereka dikejutkan dengan penampilan Harith bersama wanita itu.
            Bila diajak berbincang, Harith dengan lantang menyuarakan dia tidak akan melepaskan Dannia mahupun menyuruh Dannia kembali padanya. Lelaki itu dengan angkuh dan sombong berkata, malah dimarahinya abah dan abangnya. Dititipkan lagi pesan padanya supaya jangan sesekali menjejakkan kaki ke rumahnya lagi. Sampai begitu sekali benci Harith padanya. Malah Harith langsung tidak menjemput mertuanya masuk walaupun untuk segelas air. Perbincangan mereka hanya berlangsung di luar rumah, itupun hanya untuk seketika.
Apabila Syahmir dan Syahmin bersuarakan pendapat, ditengkingnya dengan pelbagai kata makian. Apalagi, Syahmir yang sedaya upaya menahan sabar akhirnya meletuskan kemarahan. Sempatlah juga ditumbuk muka Harith tu. Belum sempat adegan itu berlanjutan , mereka berdua dihalang oleh along dan abah. Wanita disamping Harith pula menggugut supaya beredar dari situ dan akan menelefon pihak polis jika masih disitu. Kemudian mereka di halau bagaikan kucing kurap. Jelaslah padanya semuanya telah berakhir. Harith tak mungkin pernah menyayanginya apatah lagi untuk mencintainya. Dia redha, seharusnya dia melepaskan Harith berlalu dari hidupnya.
            “Adik dah kemas semuanya?” pertanyaan angah mencantaskan semua lamunan dan ingatannya pada perbualan lewat malam semalam. Dia yang termenung di jendela ruang tamu tersenyum. Cuba menyembunyikan rasa hatinya itu.
            “Ha’ah. Baru jer siap. Siapa yang nak hantar adik nanti?”
            “Angah dan along. Adik okey ke?” Risau melihat senyuman Dannia yang pudar. Tiada lagi seri menghiasi wajah itu. Runsing sungguh hatinya dengan masalah yang menimpa adik kesayangannya. Tapi dia tahu Dannia seorang yang tabah. Dia yakin Dannia takkan mudah berputus asa meneruskan hidupnya.
            “Ok. jangan risau. Adik tak mahu lagi mengingatkan itu semua. Don’t worry. Sekarang ni adik nak tumpukan perhatian pada study. I’m strong enough.”  Dannia tersenyum lagi walaupun jelas kecanggungan senyumannya.
            “Good. Jangan diingat lagi lelaki tak guna tu.” Dannia hanya tergelak halus. Lelaki tak guna? Kena sangatlah panggilan tu pada Harith. Dia pun mahu melupakan Harith, buat apa terhegeh hegeh pada yang tak sudi. Kali ini dia nekad, dai akan melupakan segalanya tentang lelaki itu. Harith lelaki yang tidak patut diberikan cinta.



            Seperti yang di janjikan, Syahmin dan Syamir menghantar Dannia sehingga ke pintu pagar rumah sewanya. Kedatangan itu di sambut oleh senyuman gembira Hanna. Ternyata gadis itu sangat gembira kerana Dannia kembali untuk menemaninya di rumah itu.
            “Nia! Rindunya aku kat kau.” Jeritan Hanna riang kedengaran. Pantas tubuh Dannia dirangkul. Lupa akan kehadiran orang lain yang turut menyaksikan pertemuan dua sahabat yang hampir dua minggu berpisah. Dia kini mampu menarik nafas lega apabila melihatkan keadaan Dannia sihat-sihat sahaja. Selama bercuti kecemasan, susah benar mahu menghubungi gadis itu. Dannia seolah-olah memencilkan dirinya dari bertemu atau berhubung dengan orang luar.
            “Ish, lepaslah. Lemas ni. Oi..” Dannia sedaya upaya meleraikan pelukan erat yang bergayut di badan. Mak ai, kalau laki aku tak apalah juga nak peluk kemas kemas. Gatalnye kau Dannia oi. Hehehhe.. Ok stop it Dannia. No more husband by your side.
            Hanna tersengih apabila Dannia berjaya merungkaikan pelukannya sebentar tadi. Kalau ikutkan hati mahu sahaja dicium wajah sahabat baiknya. Tapi memandangkan mereka berada diluar rumah, bimbang jika jiran mereka mengatanya sebagai songsang. Mak ai... simpang malaikat empat puluh empat la.
“Dannia lamanya kau bercuti eh? Kesian aku sorang sorang tak ada kawan kat Uni. Sampai hati kau cuti lama.” Hanna mengeluarkan muncung panjangnya.
“Ni, sepanjang aku tak datang. Ada apa apa tak?”
“Tak de. Aku tolong kau cover baik punya.” Ibu jari ditunjukkan tanda beres sambil mata dikenyitkan.
“Bagus. Macam tulah kawan aku.” Bahu Hanna di peluk mesra.
“Ehem. Dah lupa ke kitorang kat sini?” Amboi dua manusia ni. Terus lupa orang sekeliling bila dah jumpa. Bertuah punya adik, bukan mahu dijemputnya masuk. Sabar jelah aku..
“Eh, Abang Syah dan Abang Mir pun ada sekali. Maaf tak perasan tadi.” Hanna tersenyum malu. Adeh, malu den macam mana boleh tak perasan. Hilang keayuan aku kat depan diorang. Dahla depan pakwe macho ni..huhuhu..nasib badan la, confirm kena reject.
“Ha’ah. Kamu ni macam dah setahun tak jumpa.” Syahmin menggelengkan kepala melihat telatah dua sahabat. Syahmir pula hanya tersenyum segan, dadanya berdegup kencang, kaget berdepan dengan kawan adiknya. Padahal sudah lama kenal tapi entah kenapa bila berhadapan dengan gadis manis itu, lidahnya kelu. Haiya...
“Er, abang berdua tak nak masuk dulu ke? Boleh lunch terus. Mesti penat kan?” Hanna mempelawa mereka berdua masuk. Yelah takkan nak halau kan? Penat lelah di memasak tadi apabila mendapat tahu Syahmin dan Syahmir mahu datang untuk menghantar Dannia pulang. Seperti kebiasaannya dia seakan bertanggungjawab untuk memastikan dua manusia itu kenyang apabila beredar dari rumahnya.
“Tak apa ker ni?” Yelah, kenalah tanya dulu, takkan nak main redah masuk rumah anak dara kan? Hehehe..Tapi macam lah tak biasa.
“Boleh je. Lagipun dah masak lebih ni. Kan Nia ada bagitahu korang nak datang. So, terus makan kat sini jelah.” Hanna tersenyum manis.
Dupp!! Mak ai, manisnya senyuman dia. Confirm tak tidur malam aku kalau macam ni. Angaulah kau lepas ni Syahmir oi..huhu..di belakang Syahmin, Syahmir masih merenung seraut wajah yang membuatkannya tidak tentu arah.
“Hah, kalau macam tu jom lah masuk. Along and angah tolong angkut ya. Thank you.” Dannia pantas menarik tangan Hanna dan berjalan menonong masuk. Langsung ditinggalkan abang-abangnya yang tercengang diluar. Sengaja mahu membuli Syahmin dan Syahmir. Bila lagi nak buli kan...
“Hoi, kau duk termenung apalagi ni Mir. Angkatlah” Apa ke hal pula dia boleh pulak termenung kat sini. Telunjuk tangan Syahmin ditunjal kuat pada bahu Syahmir. Segera dia bergerak ke belakang untuk mengambil barang Dannia. Banyak jugak barang adiknya itu. Habis semua diangkutnya datang ke sini.
“Hah! Er, kejap.” Syahmir menggaru kepalanya yang tidak gatal. Perlakuan spontannya, alamak nasib tak kantoi. Adui, gadis idamanku...parah sungguh kau ni Mir. Boleh pulak duk tenung anak dara orang. Mahu dihambat dengan penyapu jika tahu dek Dannia ni. Confirm gelak terguling guling, mahu setahun di ejek. Bukan boleh percaya kepala tak betul adik bongsunya.
Barang barang Dannia segera di punggah masuk ke dalam rumah. Setelah semuanya diangkut, mereka melepaskan penat di kerusi yang ada di luar rumah teres itu. Kelibat Dannia dan Hanna tidak kelihatan setelah menghidangkan air untuk mereka berdua. Sibuk mengemas agaknya, bukan dia tidak tahu perangai Dannia yang tidak suka dengan keadaan tidak kemas. Selagi tidak kemas, selagi itulah dia akan mengemas. Apabila sudah berpuas hati barulah yang lain lain diambil perhatian.
“Abang abangku sekalian. Jomlah masuk makan. Kesian adik tengok muka kebuluran manusia berdua sekalian. Dipersilakan untuk santap ya.” Wajah Dannia yang tiba tiba muncul dengan sengihan lebar, mungkin berasa bersalah barangkali dengan ketidakprihatinannya pada abang mereka. Syok sangat mengemas sampai lupa segalanya.
“Hai, ingatkan dah lupa terus kat kitorang kat sini.” Sindiran dan jelingan Syahmir kedengaran tajam di telinganya.
“Sorryla, adik kemas tadi. Pastu terus tolong Hanna kat dapur sediakan makanan. Dah jom.” Ditarik kedua tangan abangnya satu persatu supaya mengikutinya ke dapur. Bagaikan lembu dicucuk hidung, mereka berdua mengikuti langkah Dannia, perut mereka dan berdendang sayang minta diisi. Bertuah betul adiknya, hampir pukul tiga baru dapat makan. hampeh..
‘Amboi, banyaknya makanan. Fuh nampak macam sedap’. Tanpa menunggu masa yang lama, Syahmin dan Syahmir segera mengambil tempat masing masing. Laju tangannya mengambil pinggan yang telah terisi nasi dari tangan Dannia. Mereka semua makan dengan penuh berselera.
“Sedap tak?”
“Sedapp!! Pandai Hanna masak”
“Biasa biasa je bang.” Hanna tersenyum malu. Segan dipuji sedemikian rupa. Apatah lagi di depan Syahmir.
Syahmir buat muka selamba. Cuba ditahan debaran dihati. Senyuman dan lirikan Hanna amat menggoda. Padahal, hanya lirikan yang biasa biasa, cuma Syahmin yang terasa berlainan. Dil to Pagal Hai...
“Masakan Hanna memang sedap, tengoklah kawan baik siapa, adik kan? Orangnya pun manis dan ayu. Tak gitu angah?”
Uhuk!! Uhuk!! Syahmir tersedak dengan tiba tiba. Laju tangannya mencapai gelas. Alamak air dah habis... Uhuk!! Air..Air.. tolong aku..! Merah padam mukanya menahan sakit di celah kerongkongnya. Erit tekaknya menahan rasa pedas sehingga ke ulu hati.
Huluran gelas di tangan Dannia pantas dicapai, rakus diteguknya sehingga licin. Setelah agak selesa dan lega, muka Dannia dipandangnya dengan penuh geram. Ewahh, bukan main selamba badak budak ni kenakan aku! Bertambah geram apabila Syahmin melambakkan tawanya. Dannia pula tersenyum simpul, menahan ketawa.
“Gelakla..gelak..” Syahmir memnucung.
“Kenapa angah? Takkan sebut nama Hanna pun boleh tersedak.” Selamba Dannia menegur. Padahal dalam hati sudah tergelak kuat. Kelakar tengok muka Syahmir yang agak lucu ditambah gelabat kelam kabut. Boleh jadi mat kelibut ni..
Hanna di ruang meja itu sudah merah padam muka menahan malu. Malu bila Dannia cuba memasangkannya dengan Syahmir. Padahal suka... Mahu tapi malu...kekeke...
“Ish malaslah nak layan kau ni adik. Mengarut betul. Awak jangan layan sangat kat Nia ni. Wayar kat kepala dia ni putus.” Dia bangkit dari kerusi lalu melangkah ke hadapan. Cuba mengawal riak emosinya dan rasa hatinya. Malu la..habis macho aku tadi. Syahmin dan Dannia apalagi, riuh ruangan dapur dengan gelak ketawa mereka.
Syahmir melangkah ke hadapan, sengaja mahu mengambil angin petang. Dibiarkan Syahmin berborak dengan Dannia dan Hanna di dapur. Namun fikirannya masih kepada Hanna. Macam mana dia mahu mendekati gadis itu. Hatinya sudah lama bertaut pada gadis itu, sejak dari dulu diperkenalkan oleh Dannia. Namun, cuba ditepis perasaan yang timbul. Tetapi makin lama makin kuat perasaan itu dihatinya. Sudah tidak mampu ditanggung perasaannya.
Untuk diluahkan pada Hanna, dia tidak mampu. Takut hanya dia bertepuk sebelah tangan. sebelum meluahkan perasaan, dia perlu tahu status gadis itu, sudah berpunya atau belum..tak mahu dikatakan perampas bila gadis itu sudah berpunya. Tapi bagaimana jika gadis itu sudah berpunya? Hatinya tidak kuat mahu menerima jika Hanna tidak punya perasaan padanya. Dia mengeluh perlahan... perit sungguh bila berkaitan tentang hati dan perasaan.
“Ehem, er awak, Nia dan abang Syah panggil.” teragak agak Hanna menutur bicara. Sungguh, ketar lutut dia mahu berdepan dengan Syahmir, apatah lagi apabila lelaki itu merenungnya.
“Er, ok..okey. Aw..awak pun jomlah masuk sekali” Aisemen...Gagap la pulak. Aduh..macam mana nak berbual, bila berdepan je jadi gagap. Kena berlatih dulu lah nampak gayanya. Heh, tak boleh diharap betul.
“Ok.”
Petang itu, Hanna dan Dannia mengajak mereka ke mall. Membeli beberapa barang peribadi adiknya. Lama jugaklah mereka melepak disana. Dannia berjalan beriringan dengan Syahmin. Sengaja mahu Hanna berjalan dengan Syahmir. Ditinggalkan mereka berdua jauh ke belakang.
Sebenarnya Dannia tahu angahnya menaruh hati pada Hanna, oleh sebab itulah, dia cuba merapatkan mereka berdua. Syahmin pula tidak banyak soal bila disuruh berjalan berdua dengannya.
Jauh dibelakang, perjalanan mereka berdua kaku. Tidak seorang pun yang membuka bicara. Hanna dan Syahmir masing masing berdiam diri, tidak tahu topik yang mahu dibicarakan. Masing masing gelisah.
“Hanna macam mana belajar. Ok? Tak ada masalah?” Syahmir memulakan bicara. Cuba melawan rasa gugup dalam dirinya. Terasa begitu lama perjalanan mereka apabila berdiam diri.
“Ok je.”
Aik, punya panjang aku tanya macam tu je jawab. Ok, rileks.. tanya lagi..
“Lagi beberapa bulan je kan nak habis. Lepas ni nak buat apa?”
“Ha’ah. Tak tahu lagi.. kalau ada rezeki nak sambung. Tengoklah dapat result macam mana. kalau ok, bolehlah sambung.”
“Mesti boleh. Hanna kan pandai.” Syahmir sudah agak selesa bila mendapat reaksi positif akan perbualannya.
“Insya’allah. Abang Mir kerja apa sekarang ni?” sebenarnya dia sudah tahu daripada Dannia. Gadis itu sering bercerita mengenai keluarganya ketika mereka berehat dan bersantai di rumah.
“Kerja biasa biasa jer. Abang kerja sebagai eksekutif akauntan dengan kawan abang.” Wujudlah jugak sedikit rasa bangga dengan kejayaannya apabila buah hati bertanya. Mimpilah kau Mir, belum apa apa dah mengaku buah hati.
“Wah, apa yang biasanya. Ok lah tu. Dulu Hanna pun ada cita cita nak jadi akauntan, tapi tak kesampaian. Sudahnya mak dengan ayah suruh ambil bisness. Senang katanya mahu mencari pekerjaan.” Hanna bercerita sedikit sebanyak tentangnya. Rasa selesa, bila lelaki itu tidak segan silu bertanya dan melayannya. Tanggapannya pada lelaki itu sebelum ini salah sama sekali. Sebelum ini dia menganggap lelaki itu sombong. Tapi kenyataan itu meleset salah sama sekali.
Mereka berborak sehingga rasa canggung antara mereka hilang begitu sahaja. Kadang kadang boleh bergelak ketawa, lupa pada Dannia dan Syahmin yang hilang entah kemana. Yang dirasakan ketika rasa bahagia antara keduanya. Syahmir kadang kadang melirik kearah Hanna, senyuman dan galak ketawa gadis itu terasa damai di hatinya. Hilang semua masalah yang membelengu dirinya jika menatap senyuman manis gadis itu.
Dari kejauhan Dannia mengintai pasangan yang riang bergelak ketawa. Senang hatinya melihat pasangan itu sedang bergurau senda. Jelas kelihatan riak bahagia di wajah yang terpamer. Cukup dengan itu, hatinya gembira melihat abangnya gembira. Tiba tiba hatinya sebak bila mengingatkan dirinya yang tiada penghujung cerita. Sedikit timbul riak cemburu melihat kegembiraan semua orang. tetapi bukan dirinya... adakah dirinya akan selamanya begini..tiada sekelumitkah bahagia dalam hidupnya?

Sentuhan dibahunya menyedarkan daripada terus memerhatikan gelagat angahnya. Dannia tersenyum membalas senyumah Syahmin..lalu menarik tangan itu beredar dari situ, terus terusan membiarkan pasangan itu berborak... 


Sunday, April 22, 2012

BAB 17 [KASIHKU YANG SATU]

Bab 17


                Iman menemani satu satunya kakak ipar yang amat disayanginya. Sedih dan sakit hatinya masih terbungkam mengenangkan sikap abangnya. Sanggup menghalau Dannia semata mata perempuan tak sedar diri tu. Kenapa abangnya begitu buta mahu menilai kebaikan kakak ipar. Wanita yang seksi itu juga mahu diagung agungkannya.  Matanya berkaca-kaca menahan air mata daripada gugur ke pipinya, terasa sedih dengan keadaan Dannia. Kakak iparnya kelihatan sugul sekali. Masih bingung dengan keadaan yang menimpa rumah tangganya. Sepanjang perjalanan menuju ke stesen bas, Dannia lebih berminat dengan pemandangannya diluar. Air mata masih terhambur keluar walaupun sudah berkali kali disapu. Namun masih degil mahu  menodai pipinya.
            “Kak Nia, Iman minta maaf atas perbuatan abang. Sampai hati abang buat macam tu pada Kak Nia. Iman ingatkan selama ini rumah tangga akak bahagia. Tak sangka macam ni rupanya. Iman tak sangka macam ni perangai abang. Maafkan Iman dan keluarga kami.” Sayu sahaja suara Iman kedengaran. Kakak ipar yang selalu ceria, rupanya memendam duka.  Kenapa dia tidak perasan akan semua ini..selama ini gadis itu hanyalah berdusta, berpura pura bahagia disamping abangnya. Malah abangnya pun tak kurang hebatnya bila berlakon. Ditatang bagai minyak yang penuh bila Iman berkunjung di rumah. Namun, setinggi mana tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Tengoklah buktinya hari ini, terbentang di depan mata.
            “Tak, Iman dan keluarga memang tak salah. Semua ni salah akak, kalaulah keluarga akak tak terima pinangan dan perkahwinanan mesti semua ini takkan terjadi, mesti abang Iman tak perlu menanggung semua ni kan. Tapi memang ini takdir, akak kenalah redha. Iman janji satu benda dengan akak...” Dannia cuba berhenti menangis, mencari kekuatan untuk berbicara dengan Iman.
            “Apa dia Kak Nia, Iman janji kalau semua ini dapat menggembirakan hati akak. Iman janji kak...” dengan penuh yakin, tangannya memegang erat tangan Dannia tanda membuat apa sahaja untuk gadis itu.
            “Janji Iman takkan beritahu mama dan papa pasal ni. Kak Nia tak mahu mama dan papa jatuh sakit. Tentang akak, tak payah Iman bimbang. Promise me..”  lirih suara Dannia penuh mengharap.
            “Tapi kak...” Iman terkejut. Terasa terlalu berat permintaan Dannia. Bagaimana jika mama dan papa bertanya akan menantunya. Papa dan mama tahu dia menziarahi rumah abangnya hari ini.
            “You promise me already. Jaga keluarga Iman baik-baik. Sampaikan salam buat mereka, katakan Kak Nia minta maaf dan halalkan makan minum Kak Nia sepanjang bergelar menantu mama dan papa. Kak Nia sayangkan keluarga Iman. Jaga diri.” Dannia seraya memeluk Iman erat. Seolah olah tidak akan lagi berjumpa. Seolah olah ini adalah pertemuan terakhir antara mereka.
            Iman teresak esak di dalam pelukan Dannia. Terasa sayang mahu melepaskan gadis secantik dan sebaik kakak iparnya untuk pergi. ‘Iman akan selalu mendoakan kesejahteraan akak. Iman janji suatu hari nanti Kak Dannia pasti akan kembali pada keluarga kami’. Itu janji yang diikat di dalam hatinya.
            Mungkin waktu ini Harith tidak sedar akan semua itu, lelaki itu masih lagi leka dan alpa dengan dunianya. Permata di depan mata tidak nampak berkilauan, kaca juga yang dipuja puja separuh mati. Mungkin suatu hari nanti dia akan menyesal.  Dia tidak mahu lagi menasihati abangnya yang sudah tersasar jauh. Biarlah dia dengan dunianya... mungkin suatu hari nanti dia akan terasa dengan kehilangan Dannia. Waktu itu mungkin sudah terlambat bagi Harith... ‘Abang, sedarlah. Pujuk balik Kak Dannia’ hatinya menjerit kuat. Sekuat manapun hatinya merintih, dia tahu Harith tak mungkin akan mendengarnya.
            Bunyi hon bas yang kuat menyentakkan lamunannya. Astagfirullahalazim... lama benar dia termenung, kelibat Dannia di dalam bas hanya dipandang sepi. Kakak iparnya hanya memandang dengan senyuman hambar. Jelas riak terluka dan kecewa diwajah cantik itu. Iman mengeluh perlahan.. bagaimana mahu berdepan dengan pertanyaan mama dan papanya jika dia menjejakkan diri di rumah banglo mereka.




            Hari berginjak lewat waktu petang, barulah Dannia sampai di kampung, halaman rumahnya. Sengaja dia tidak mahu memberitahu akan kepulangannya. Dia tidak mahu menyusah dan bimbangkan akan keluarga tentang permasalahan yang menimpa dirinya. Dengan perlahan langkahnya menuju masuk ke halaman rumah kampung sebelum kakinya betul betul berdiri berhadapan tangga menuju ke pintu utama masuk. Teragak agak dia mahu melangkah masuk, bimbang akan pertanyaan demi pertanyaan yang bakal ditanya sebentar nanti.
            “Nia” sapa suatu suara sebelum sempat mulutnya mahu memberi salam. Terpacul wajah uminya. Seperti yang dijangka oleh akal dan minda, wajah uminya yang jelas terkejut dengan kepulangan yang tak disangka. Bertambah terkejut tiba tiba badan uminya dirangkul erat. Terasa sarat dengan kerinduan kerana sepanjang tempoh perkahwinannya, inilah kali pertama dia menjejakkan kaki di rumah. Siapa sangka kepulangan yang dirancang olehnya sekadar mahu melawat rupa rupanya adalah kepulangan untuk selamanya kembali ke pangkuan keluarga.
            “Umi” tangan uminya dikucup, tanpa dapat ditahan tahan, air mata yang cuba dikawal akhirnya menitis jua. Terlalu sebak dengan keprihatinan uminya. Teresak esak dia menahan sedih dengan semua ini. Terasa mahu pecah berkecai hatinya dengan paluan berdetak kencang. Sakit terlalu sakit.
            “Nia seorang ke..mana Harith?” Dadanya terasa semacam dengan riak terpamer di wajah anak gadisnya. Dannia hanya menyepi tanpa menjawab pertanyaannya. Kepalanya terjenguk jenguk melihat sekitar kawasan, mencari kelibat menantunya. Namun tidak kelihatan. Hatinya bertambah tidak enak melihat tangisan Dannia tidak terhenti malah semakin bertambah. Segera dia menarik anak gadisnya masuk dan dipimpin sebelum melangkah mengambil segelas air untuk anak gadisnya yang melayan hiba. Dalam kepalanya berfikir bermacam macam syak wasangka. Apa yang terjadi pada anak gadisnya itu.
            “Nah minum dulu, jangan dilayan sangat perasaan tu. Lepas ni masuk dalam bersihkan diri dan berehat.” Hatinya resah memandang Dannia yang begitu asyik melayan sedih. Entah apa yang membelenggu hati anak gadisnya sehingga begitu sekali. Ayat yang terkeluar dari mulutnya seolah olah bagaikan angin lalu, langsung tidak singgah di kepala. Runsing hatinya...
            Setelah kelibat Dannia menghilang ke dalam bilik, barulah Puan Diana perasan akan sebuah beg besar yang terletak elok di tepi pintu rumahnya. ‘Apa yang terjadi sebenarnya? Kenapa Dannia pulang keseorangan? Kelibat Harith langsung tidak kelihatan. Bila ditanya Dannia pula diam menyepikan diri. Lantas nombor Syahmin dan Syahmir didail. Mereka perlu dihubungi dengan segera. Hatinya sudah sarat dengan persoalan...



            “Nia” Puan Diana mengetuk pintu perlahan. Sudah hampir lima belas minit Puan Diana berdiri di muka pintu Dannia. Namun panggilannya dibiarkan tidak bersahut. Dannia hanya mendiamkan dirinya. Makan malam mereka semua pada malam ini sedikit lewat gara-gara anak gadis nya itu.
            “Nia, buka pintu sayang.” Puan Diana mengetuk lagi dengan harapan mendapat sahutan. Namun hampa, kebisuan Dannia menyesakkan dadanya. Hatinya terlalu bimbang dengan apa jua yang terjadi pada Dannia. Sejak dari petang tadi Dannia menyepikan diri di dalam bilik. Seolah olah ingin menghindari dari semua orang yang menghuni di rumah itu.
Kerja yang di buat serba tidak kena, disentuh itu salah, dipegang itu salah. Kepalanya asyik dengan perangai Dannia yang aneh. Semua yang ditanya semua dibiarkan tidak berjawab. Pertanyaan daripada suaminya hanya dijawab dengan gelengan. Yalah mana nak tahu jika Dannia tidak menceritakan apa apa padanya.
            “Adik, bukak pintu ni.” Tegas kedengaran berselang seli dengan ketukan di pintu biliknya. Syahmin mengetuk kuat pintu bilik itu setelah Puan Diana gagal memjuk adik bongsunya untuk keluar. Kemudian muncul Syahmir dengan segugus kunci di tangan. Mujurlah dia teringat akan kunci pendua yang terletak di simpanan bilik rumah itu. Dengan senang, pintu itu terbuka dengan hanya sekali kunci tersebut dipusing, lantas tombol pintu bilik Dannia dikuak.
            Syahmir mengisyaratkan supaya uminya masuk untuk memujuk Dannia. Kemudian mereka meninggalkan ruangan tu supaya Dannia dan uminya dapat berbincang. Setelah beberapa lama dibiarkan berdua, Dannia keluar bersama uminya di belakang. Namun wajah itu masih lagi sembab dan merah. Menangis lagi barangkali. Dannia hanya tertunduk, namun mereka yang berada diruang tamu masih lagi dapat menangkap bunyi esakan terbit dari bibir Dannnia.
            Setelah memujuk Dannia supaya makan malam bersama mereka, barulah abahnya bertegas untuk berbincang walaupun Dannia cuba mengelak dan melarikan diri. Ketegasan Encik Zamani membuatkan dia sedikit akur dengan arahan itu. Kebisuan Dannia membuatkan Encik Zamani sedikit sebanyak tercabar dengan kesabaran yang mencengkam hati tuanya.
“Nia, cuba cerita apa yang sebenarnya berlaku. Kenapa menangis sampai macam ni sekali?” pujuk Encik Zamani memecahkan ruangan yang sedikit hangat. Masing-masing gelisah menanti butir bicara Dannia.
            “Sampai bila Nia nak diam macam ni? Cuba cerita apa masalahnya.. menangis bukan jalan penyelesaian.” Sambung Encik Zamani lagi apabila kebisuan dannia mula mempengaruhi ketidaksabarannya. Nadanya yang tegas menyentakkan kebisuan Dannia.
Dannia sebenarnya serba salah, entah dari mana dia mahu mulakan semuanya. Seolah olah dia membuka pintu aib rumah tangganya yang pincang. Tapi jika tidak diceritakan macam mana dia mahu menerangkan akan kesedihan dan kekecewaan yang jelas terpampang di mukanya. Mahu berbohong tidak sampai hati, jika dia berbohong sekalipun sampai bila dia mampu merahsiakan yang sebenarnya, mesti terbongkar juga suatu hari nanti.
            “Ceritalah dik, kita selesaikan sama sama. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya kan?” Syahmin yang diam dari tadi bersuara. Dikerling pula wajah Syamir yang berada di sebelahnya yang sudah panas punggung. Sedikit sebanyak dia perasan akan wajah yang merah padam. Namun tidak pasti kenapa, marah ataupun menahan sebak melihat adik yang disayangi demikian rupa.
            Puan Diana yang setia disebelah gadis itu mengenggam erat jemari runcing anaknya. Seakan akan memberi kekuatan pada anak gadisnya supaya bersuara.
            “Sebenar......” Diceritakan semua dari satu persatu bermula dari perkahwinannya dengan Harith sehingga dia dihalau dan digantung tak bertali oleh suaminya. Setelah diceritakan semua yang terjadi sepanjang dia bergelar isteri kepada lelaki itu, barulah hatinya sedikit tenang. Separuh badannya terasa ringan. Tidak kesemua diceritakan pada keluarga, hanya sesetengah yang dirasaka perlu sahaja diceritakan. Keburukan Harith terhadapnya sedaya upaya disembunyikan.
            “Aku dah agak semua ni akan berlaku. Memang dasar jantan tak guna.” Tanpa dapat di tahan, Syahmir menghamburkan marahnya. Sudah tidak dipedulikan umi, abah dan abangnya yang masih diruangan itu. Marahnya pada Harith semakin menggunung, memang dari dulu lagi, ditentang habis habisan dengan berita pertunangan dan perkahwinan Dannia dan lelaki keparat itu. Namun tentangannya tidak dihiraukan oleh umi dan abahnya. Sudahnya, hanya mampu melihat semua itu berlaku, sudah dicuba membuang perasaan tidak senangnya melihat sikap dingin Harith dengan keluarga mereka. Kalaulah lelaki itu berada dihadapan matanya sekarang, pasti sudah lama dibelasah dan di cincang lelaki itu menjadi 18 bahagian. Baru puas hatinya.  Memang dasar lelaki tak guna. Celaka!
            “Angah, bawa bertenang nak, jangan bertindak melulu.” Encik Zamani bersuara setelah melihat anak keduanya itu naik hantu.
            “Habis tu takkan nak dibiarkan aje budak tak guna tu. Dari dulu lagi Mir dah cakap, lelaki itu tak sesuai dengan adik, tapi tak dengar. Tengok sekarang apa dah jadi.” Syamir hampir menjerit. Sakit hatinya bukan kepalang, lupa sudah dengan siapa dia bercakap.
            “Angah behave yourself. Sedar sikit dengan siapa kau bercakap.” Keras suara Syahmin menegur Syahmir. Adiknya, kalau marah mudah lupa diri. Tak kira dengan siapa bercakap semuanya diredah. Terlalu panas baran...entah perangai siapa yang diikutnya.
            Syamir mengeluh kuat. Terlalu geram, sakit hati semuanya bercampur. Punggungnya dihempas kasar ke atas kerusi yang didudukinya tadi. Puan Diana pula memeluk erat Dannia, sesekali matanya mengesat pelupuk mata yang mengalirkan air mata. Ibu mana yang tidak sedih melihat satu satunya anak tunggal perempuan dalam keluarga dijatuhkan hukuman yang begitu berat bagi seorang isteri oleh lelaki bergelar suami. Tambahan lagi Dannia terlalu muda dengan semua ini. Timbul penyesalan dengan keputusannya dahulu.. kalaulah dia tidak menjodohkan Dannia dengan Harith, kalaulah dia mendengar pendapat Syahmir... terlalu banyak kalau.... tapi semuanya telah berlaku. Nasi telah menjadi bubur....
            Disebabkan Harith, Dannia menderita. Ingin menyalahkan takdir dia tidak mampu kerana itu sudah menjadi lumrah setiap manusia yang diduga dengan setiap dugaan dalam hidup setiap yang bernyawa. Namun tidak disangka sampai begini rupa anaknya diduga. Terlalu berat bagi gadis seusia itu diduga sedemikian rupa.
            “Habis tu macam mana sekarang ni?” Syahmir makin tak senang duduk dengan kebisuan ahli keluarganya. Masing masing seolah olah bingung..Abahnya diam membisu. Syahmin dengan termenungnya, uminya pula menangis...Syahmir, angahnya memicit kepala. Sesekali Syahmir mengeluh kuat.
            “Biar Mir yang pergi jumpa dan selesaikan masalah ni dengan budak tak guna tu.” tanpa pamitan Syahmir bersuara memecahkan kebisuan mereka sekeluarga.
            “Tak payah, biar along dan abah je yang pergi.” Laju bantahan keluar dari mulut abahnya. Takut nanti kecoh pula dengan amukan anak bujangnya yang satu. Bukan boleh diharap, mahu berbincang, alih alih nanti jadi pergaduhan pula.
            “No, angah tetap nak ikut. Apa nak jadi jadilah.”
            “Angah dengar cakap abah. Kami boleh selesaikan benda ni.” Syahmin cuba menenangkan hati Syahmir. Cuba menghalang keinginan Syahmir untuk mengikutnya ke Penang.
            “No. Keputusan angah muktamad” Syahmir pantas bangun dan mengambil kunci kereta miliknya lalu keluar dari rumah itu. Sakit kepala mahu berlama lama di dalam rumahnya itu. Tambah kalau tengok wajah Dannia yang sembab dan sedih. Lagi parah hatinya. ‘jangan harap aku akan lepaskan kau Harith. Tunggu dan lihat apa yang akan aku buat nanti.’
            “Abah... adik minta tolong sangat jangan libatkan mama dan papa dalam hal ni.” Dannia bersuara setelah sekian lama mendiamkan diri.
            “Kenapa pulak?” sepatutnya keluarga besannya patut tahu apa yang menimpa anak gadisnya.
            “Umi, Nia tak mahu sesuatu menimpa mama dan papa. Diorang tak bersalah dalam hal ni. Nia tak mahu mama dan papa jatuh sakit nanti. Lagipun diorang tak tahu menahu pasal hal yang terjadi hari ni.” Tidak mahu kerana dirinya, mama dan papa pula yang jatuh sakit, dia tidak mahu menjadi penyebab jika sesuatu menimpa keluarga mentuanya. Biarlah mereka tidak tahu akan perihal ini. Tidak mahu membebankan mereka, kerana dia amat menyayangi mama dan papanya.
            Dannia masih termenung di dalam biliknya. Telefon bimbitnya awal awal lagi dimatikan. Sempat dia menghantar sms pada Hanna ketidakhadirannya ke kuliah selama beberapa hari. Selepas itu langsung di offkan. Dia sudah penat rasanya mahu memikirkan masalah yang menimpa. Yang dimahukan hanyalah ketenangan. Dia ingin berehat dan tidur, badannya sudah tidak mampu menampung keletihan yang kian memberat. Dia mahu tidur, biarlah segala yang berlaku hari ini adalah mimpi semata mata, apabila dia membuka mata nanti biarlah ianya hanya sekadar mimpi ngeri..



Harith termenung di sofa ruang tamu. Masih tak percaya dengan apa yang telah dilakukan tadi. Sungguh, dia tidak sengaja mahu menampar adiknya dan menghalau Dannia dari rumah, di saat itu egonya tinggi melangit, tambahan pula kemarahannya yang tidak dapat ditahan. Apatah lagi saat adiknya melihat pergaduhan yang terjadi antara mereka bertiga. Tak disangka yang Iman akan menjenguk mereka pada hari ini. Apatah lagi ketika itu Suzanne menampar Dannia yang disaksikan Iman. Apa lagi naik mengamuk gadis itu melihat kakak kesayangan ditampar dan dihina. Jika dilihat keadann Suzanne petang tadi, teruk juga lukanya akibat amukan Iman. Terkejut dia melihat amukan Iman yang menggila.
Entah angin mana yang meresap ke dalam tubuh gadis itu apabila dengan selambanya menyindir kemesraan mereka berdua di ruang tamu tengah hari tadi. Sakit hatinya, seolah olah Dannia telah merendahkan maruahnya sebagai seorang lelaki. Apatah lagi dikatakan tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami. Terasa begitu kerdil dirinya berdiri di samping Dannia. Suzanne pula hanya ketawa sinis seakan akan turut mengiakan kata kata Dannia. Berasap telinganya, terasa egonya tinggi melangit, tercabar dengan kata kata Dannia.
            Setelah mengheret Dannia dan Iman keluar dari rumah, kakinya melangkah laju menuju ke bilik yang dihuni oleh gadis itu. Diambil semua pakaian milik Dannia dan dihumban kasar ke dalam beg besar. Dibawa beg itu keluar dari rumahnya dan mencampakkan di hadapan Dannia disaksikan oleh Iman. Dimana kewarasannya ketika itu..
            Masih terbayang wajah sendu Dannia yang terkejut kerana dihalau. Kata kata kasar dan kesat dihamburkan pada Dannia sebentar tadi sebenarnya turut menghiris hatinya. Tapi sekarang ini hatinya begitu resah, entah kenapa setiap ruang sudut dirinya seakan akan melihat Dannia. Dannia yang sibuk mengemas, memasak bahkan sedang menyapu sekalipun dia dapat melihat dengan jelas. Sudah gilakah? Malas mahu dilayan semua itu. Apa yang tidak kena dengannya, terasa hatinya begitu kosong sekosong kosongnya.
            Nampaknya aku betul dah mereng. Come on lah Harith, perempuan tu dah berambus pun dari hidup kau. Lepas ni kau dah tak perlu berserabut lagi dengannya. Kan dah ada Suzanne.. lagipun Suzanne lebih sesuai berdampingan dengan kau yang segak dan sesuai menjadi isteri kepada lelaki berkaporat macam kau. Baru sesuai... bisikan jahat kembali berbisik di telinganya menghapuskan rasa kesal di hati. Dannia sudah pergi dari hidupnya. Dia telah menghalau pergi Dannia dari kehidupannya. Kini semuanya kembali seperti asal. Kembali seperti dahulu dimana tiada siapa yang menjaga makan minumnya. Bersediakan dia mahu menghadapi semua ini? Baru sebentar tadi dia menyatakan tak mungkin dia akan melepaskan Dannia pergi dari hidupnya..Harith mengeluh lagi. Buntu benar denga peristiwa yang baru berlaku. Bagaimana dengan penerimaan Dato Iskandar dan Datin Rosmaria nanti apabila menantunya telah pergi?

            Arghh!! Harith menjerit kuat. Melepaskan rasa hati dan serabut yang terbuku. 


Friday, April 13, 2012

BAB 16 [KASIHKU YANG SATU]

Bab 16


                Di awal pagi, Dannia seperti biasa bangun dan bersedia untuk menjalankan tanggungjawabnya dan juga rutin harian menyediakan sarapan pagi untuk Harith. Walaupun hatinya masih lagi sakit dengan perangai dan perbuaan Harith, namun sebaik mungkin dan sedaya upaya di tahan rasa hatinya. Hari berganti hari dan bulan berganti bulan, hari ini genaplah 6 bulan perkahwinannya dengan Harith. Dia berfikir sejenak, sampai bilakah mereka akan hidup begini. Bagaimana dengan masa depannya, semakin lama difikir terasa semakin kelam dan kabur dengan masa depannya.
            Hari ini dia perlu menyiapkan secepat mungkin kerjanya, mahu menyiapkan semua assignmentnya yang kian tertangguh. Kalau boleh cuti kali ni dia akan pulang ke kampung. Tengah hari nanti dia akan bertolak ke kampung. Pada Harith dia menyatakan hasratnya mahu pulang. Walaupun lelaki itu diam membisu bahasa, sekurang kurangnya dia mahu lelaki itu tahu di mana keberadaannya. Tidak perlu lelaki itu bersusah payah jika keluarga mertuanya bertanya itu dan ini. Dia tidak mahu menyusahkan lelaki itu. Biarlah lelaki itu dengan kehidupannya. Sudah lama mereka berdua tidak bertegur sapa sejak beberapa minggu yang lepas. Hubungan mereka dingin sejak peristiwa itu. Hanya jika perlu sahaja mereka berdua bersuara. Adakalanya hanya kertas yang menjadi perantaraan antara mereka berdua. Dia sudah penat memikirkan hala tuju hubungang perkahwinan mereka berdua. Hanya pasrah.
            Dalam kesibukan membersihkan rumah, tiba tiba gelak ketawa bergabung  di ruang tamu menggamit Dannia untuk melihat gerangan tetamu. Semakin lama dia mendekat semakin yakin dengan suara nyaring perempuan yang sedang bergelak ketawa. Suzanne! Sejak bila perempuan itu datang dia tidak tahu. Mendengar deruman kereta pun tidak. Takkanlah Suzanne datang dengan teksi, tak logik langsung. Dia tahu taste wanita itu yang tinggi melangit.
            Apabila sampai di ruang tamu, bulat matanya melihat adegan yang terbentang dihadapan matanya. Astaghfirullah.. Khusyuknya diorang ni buat maksiat. Ya Allah apa nak jadi dengan Harith. Langsung tak fikir dosa dan pahala. Sampai hati lelaki itu, mungkin Harith menganggap dia sudah pulang ke kampung agaknya. Bunyi gelas plastik tanpa sengaja dilanggar menyentakkan pasangan yang sedang berkucupan terhenti dengan tiba tiba.
            Bulat mata Harith memandang Dannia di hadapan mata. Di sangka Dannia sudah pulang ke kampung. Tak disangka masih wujud di rumahnya. Mungkin gadis itu tidak tahu Suzanne yang menumpang tidur di rumah mereka semalam memandangkan dia pulang lewat pagi. Mana taknya melepak di club sehingga mabuk, Suzanne yang menghantarnya pulang. Sedar tak sedar, elok sahaja mereka tidur berdakapan di atas katil. Nasib baik tidak terjadi apa apa di luar jangkaannya.
            Serba salah Harith apabila melihat riak wajah yang terlukis di hadapan mata. Merah padam, tidak tahu sama ada marah, malu, sakit hati ataupun sedang menahan tangis. Sungguh tidak menduga Dannia melihat mereka buat kali pertama sedang berkucupan mesra. Sebelum ini dia tidak begitu kisah dengan perlakuannya yang bebas memeluk teman wanitanya. Tidak pernah di tunjukkan pada Dannia  aksi romantis mereka ketika bersama. Kelu mulutnya daripada berkata kata. Terasa suara tersekat di kerongkong. Sakit..
            “Saya akan siapkan makanan tengah hari sebelum keluar nanti. Kejap lagi saya panggil lain untuk makan. Bagi masa untuk Nia siapkan lunch.” Antara dengar tidak dengar, suara Dannia menutur. Dikawal suaranya supaya tidak bergetar. Namun, suaranya dirasakan begitu kuat bergetar. Tanpa menunggu lebih lama, dia menuju ke dapur. Seboleh mungkin dia mahu segera keluar dari rumah itu. Seakan mahu pecah dadanya menahan sakit. Air mata yang mahu menitis di seka cepat.
            Harith pula masih tidak berkutik pandangannya daripada pintu ruangan ke dapur. Hatinya dipalu sedikit rasa, terasa mungkin dengan sikap Dannia yang selamba tanpa menunjukkan rasa dihati. Sekurang kurangnya dia perlu tahu akan perasaan Dannia ketika itu. Namun kosong, sifar. Suara Dannia yang sedikit pun tiada perasaan amat menakutkannya. Sebelum ini, Dannia sentiasa lemah lembut dengannya. Penuh perasaan gadis itu berbicara, namun hari ini hilang semuanya. Suara itu amat menyakitkan hatinya. Langsung tiada perasaan. Harith mengeluh kuat. Dia sendiri tidak tahu apa yang sedang bermain di fikirannya.
            “Honey, bila you nak ceraikan perempuan tu dari hidup you?”  Suzanne yang perasan akan riak Harith mula bersuara. Terasa tergugat dengan perempuan kampung. Perasan akan perangai Harith yang kian dirasakan berubah dari hari ke hari.
            “Apa maksud you ni?” Harith tersentak dengan pertanyaan Suzanne. Tak pernah dia berniat mahu menyingkirkan Dannia. Dulu mungkin tapi sekarang... entahlah, terasa berat hati mahu membebaskan gadis itu dari hidupnya. Dia sudah biasa dengan kehadiran Dannia walaupun hubungan mereka langsung tidak rapat. Malah terlalu renggang. Malah dirinya sudah biasa dengan keperluan yang disediakan oleh Dannia. Dia tidak perlu bersusah payah untuk menyiapkan segala keperluannya kerana semua itu sudah tersedia.
            “Hari tu you dah janji dengan I nak ceraikan dia. You nak kahwin dengan I kan? Bila lagi tempohnya?” soalnya lagi. Sebenarnya dia juga tidak kisah jika Harith mahu atau tidak menyingkirkan Dannia dari hidup lelaki itu. Tetapi dia bimbang akan sesuatu, bimbang jika rahsianya terbongkar. Hubungannya dan Izlan. Sebolehnya dia mahu mengaut dahulu keuntungan daripada lelaki itu sebelum meninggalkan Harith. Terasa kedudukannya sedikit tergugat di sisi Harith, dia mengakui tidak pernah cintakan Harith, yang dia cintakan adalah harta dan pangkat Harith. Cintanya hanya pada Izlan. Lelaki yang kedua yang berjaya menakhluki hatinya.
            “Sabarlah Suzanne, takkan you tak tahu parent I tu macam mana. Dannia tu menantu pilihan keluarga I. You ingat senang ke nak singkirkan dia.?” Harith mendengus perlahan. Kusut kepalanya dengan permintaan Suzanne. Melepaskan Dannia? Tidak sama sekali, walau bagaimanapun, dia tidak akan sesekali melepaskan Dannia dari hidupnya. Melepaskan Dannia ibaratkan membunuh jiwanya. Walaupun tidak pasti akan kata hatinya, namun perkataan ‘bercerai’ amat membunuh dan menyakitkan hatinya.
            Suzanne melepaskan keluhan geram. Dia berlalu ke dapur untuk melihat apa yang dilakukan oleh gadis kampung itu. Di saat inilah dia mahu menyakitkan hati gadis itu. Setibanya di dapur dia sengaja menghimpit Dannia, mengambil segelas minuman fresh orange lalu meneguk rakus. Matanya masih lagi memerhatikan tingkah laku Dannia. Sengaja dia mencampakkan gelas ketika gadis itu sedang membasuh pinggan mangkuk, habis kotoran mengena pada pinggan mangkuk yang baru dicuci. Dannia menjeling, hatinya disabarkan dengan perangai jelik Suzanne. Sengaja mahu mencari pasal dengannya.
            “Kesian you kan?” Suzanne mulakan serangan pertama.
            “Terima kasih jelah. Tak payah nak kesiankan saya. Tak cukup kesian lagi.” Selamba tanpa memandang Suzanne di sebelah. Berdesing telinganya mendengar ayat terbit dari mulut itu.
            “ I bukannya apa, suami you sendiri tak pernah nak mengaku you sebagai isteri. Kalau I la kan, I akan minta cerai.” Sengaja dia tekankan perkataan ‘tidak mengaku’ sebagai suami kepada Dannia. Biar gadis itu beringat sikit. Sakit hatinya dengan perangai selamba Dannia. Langsung tidak menunjukkan sebarang perasaan.
            “Itu you, bukannya I. Lagipun I tak nak la minta yang bukan bukan pada suami I, bergegar tiang arash nanti. Tak tau la kot kot you tak tahu pasal ni. Who know?”  Kau ingat aku nak tunduk dengan kata kata kau ke? Dannia membalas sinis. Walaupun hatinya terasa sakit dengan mulut celupar Suzanne.
            “Kau! Huh, I nasihatkan you lebih baik you berambus dari hidup kitorang. Tak malu ke jadi perampas?” angkuh sekali. Hatinya bertambah sakit.
            “Ye ke I jadi perampas? Bukan you?” Tangannya masih lagi ligat mencapai pinggan mangkuk yang berada di singki untuk di cuci. Sebenarnya malas dia mahu melayan kerenah Suzanne. Apatah lagi, perempuan itu sengaja mahu menaikkan darahnya.
            “Hey, setahu I Harith tu boyfriend I, you tu cuma orang ketiga je. Orang luar yang tak tahu apa apa. Apa yang family you bomohkan pada family dia agaknya kan sampaikan dia mahu berkahwin dengan you. Orang kampung macam family you tu pantang kan tengok orang kaya macam Harith tu. Sanggup jual anak gadis sendiri untuk kesenangan mereka. Well I tak salahkan Harith, coz dia tu memang ditakdirkan berada di keluarga yang kaya dan berpangkat.” Panjang lebar berhujah menyatakan pendapat yang entah apa apa.
            Kali ini giliran Dannia pula panas telinga apabila perihal keluarga dikaitkan dalam perbincangan mereka.
            “Tak kisahlah apa yang you nak kata pun. Tapi pada pandangan orang luar, you tu perampas. Peruntuh rumah tangga orang. So....” Dannia bertentangan mata dengan wajah Suzanne dan menghadiahkan senyuman sinis.
            “I will make sure that you akan tersingkir dari kehidupan Harith. Dia tu milik I.” Bisiknya perlahan. Cukup untuk didengari oleh Dannia.
            “Well, we’ll see. The best woman win.” Sengaja membakar hati Suzanne. Mencerlung gadis itu menahan marah. Tangan Suzanne mencapai gelas kaca dan....
            Prangg!! Bunyi kaca yang pecah berderai membuatkan Harith segera berlari ke dapur. Bimbang juga jika apa apa yang berlaku pada keduanya? Yakah...atau juga Dannia...
            “Suzanne kenapa ni?” Cemas lelaki itu bertanya, apatah lagi melihat Suzanne terjelepok di lantai sambil mengaduh kesakitan. Dannia statik di tempatnya, kaget.
Tidak tahu apa yang terjadi, berpaling sahaja dia sudak melihat Suzanne elok landing di atas lantai. Padan muka, kalau Tuhan nak balas tak payah tunggu, kat atas dunia dah dapat pembalasan. Cash lagi. Dannia sembunyi senyum menahan ketawa.
“Kau buat apa ni?” jerkahan Harith mematikan senyuman Dannia. Disangka sesuatu yang menimpa gadis itu, tetapi sebaliknya.
“Saya.....” belum sempat Dannia mahu membela diri Suzanne cepat cepat mencelah.
“Dia tolak I. Tolong I sayang, sakit.” Mukanya berkerut kerut. Tangannya mencapai tangan Harith untuk berpaut. Harith pantas memapah Suzanne untuk berdiri kembali.
“Aduh!” menjerit kecil apabila cuba bangun. Suzanne terduduk kembali apabila buku lalinya terasa sengal dan berdenyut-denyut. Harith cemas, tanpa menghiraukan Dannia di situ, Harith segera mendukung Suzanne menuju ke sofa. Sempat dia menjeling tajam pada Dannia yang hanya memandang mereka berdua tanpa turut membantu. Lalu dibawa ke luar menuju ke sofa. Ingin merawat wanita kesayangan kononnya, tanpa mengetahui hakikat sebenar.
Beberapa lama kemudian Harith kembali ke dapur dengan wajah merah padam. Di hatinya terdetik perasaan geram dan marah dengan cerita apa yang disogok oleh Suzanne. Tidak menyangka Dannia sanggup berkasar sedemikian rupa dengan Suzanne. Hanya kerana gadis itu mahu membantunya.
“Kau kan memang tak sedar diuntung. Tak tahu bersyukur kan bila kau tumpangkan kau kat sini. Nak tunjuk lagak dengan girlfriend aku.” Harith menolak kasar tubuh Dannia. Mujurlah bekas lauk yang terakhir dihidang sempat mendarat di meja makan. Kalau tak mesti landing baik punya jatuh ke lantai. Kuah yang masih berasap terkena sedikit di tangannya. Berkerut wajah Dannia menahan sakit. Tangannya yang putih melepak mulai bertukar warna kemerah merahan. Dannia mengetap bibir menahan raa pedih yang kian menjalar seluruh urat sarafnya.
Dannia mengeluh perlahan. Wajahnya langsung tidak memandang pada Harith yang menyinga. Dia segera berpaling menghadap sinki dan mencuci tangannya yang terpalit kuah dan sekaligus menyucur air di tangannya yang kian pedih.
“Kenapa kau tolak dia hah?” menyinga wajah harith menahan amarah yang kian menggunung tanpa menghiraukan kesakitan gadis di hadapannya ini.
“Saya tak tolak. Dia jatuh sendiri.” ujarnya membela diri.
Selepas mencuci tempat yang terkena curahan tadi, dia ibgib berlalu ke biliknya mencari ubat. Perlu meletakkan sesuatu supaya kesan lecurnya tidak menjadi teruk. Belum sempat Dannia beredar dari situ, Harith merentap dan menarik kasar tangan Dannia menuju ke ruang tamu. Tangannya dicengkam kasar oleh tangan besar Harith. Menyeringai muka Dannia menahan sakit, dia cuba melepaskan tangannya tapi semakin kuat cengkaman Harith. Menahan sakit cengkaman dan juga rasa pedih yangbberdenyut-denyut di tangan yang dipegang oleh Harith.
Tiba di ruang tamu, Harith merentap seraya melepaskan cengkamannya. Terdorong Dannia ke hadapan.
“Aku nak kau minta maaf dengan dia” Harith menghalakan jarinya tepat ke muka Dannia. Betul betul mengena pada dahi Dannia.
No. Saya tak akan minta maaf. Bukan salah saya.” Dengan takut takut dia menjawab.
“Aku kata minta maaf sekarang.” Harith menjerkah kuat.
Adui, pekak telinga aku!
No.” Entah dari mana dia mendapat keberanian itu melawan Harith walaupun hatinya berdegup kencang.
Harith mengetap bibirnya menahan marah. Suzanne pula membuntangkan matanya, sakit hati dengan kedegilan Dannia, walaupun bukan salah gadis itu. Terasa tercabar dan tewas dengan Dannia apabila gadis itu enggan berbuat demikian.
“Saya takkan minta maaf. You dengar sini Suzanne. You jangan ingat you tu hebat, boleh menundukkan suami  I” ujarnya geram. Sakit hatinya melihat wajah Suzanne.
You jangan....”
No......I belum habis cakap lagi. Apa you ingat hebat sangat ke bila you all berdua berbuat maksiat? Tak malu ke? I tahu you gadis moden, tapi berpada pada la sikit. You tak pernah belajar agama ke? You ingat I heran sangat nak bersuamikan lelaki macam ni? I tak heran sikit pun.” Tanpa sedar Dannia telah menghina suaminya sendiri. Sungguh hatinya sudah tidak dapat menahan sabar dengan kerenah keduanya. Dia sudah terlalu penat dengan semua ini. Hari ini biarlah dia melawan, walaupun hatinya berkali kali meminta diampunkan dosa kerana meninggikan suara dengan suaminya sendiri.
Sempat jari telunjuknya menghalakan ke arah Harith yang merah padam mukanya. Dia sudah tidak kira, apa nak jadi jadilah. Hilang sudah impiannya mahu menjadi isteri mithali. Kesabaran yang ditahan akhirnya meletus juga.
I tak heran langsung dapat suami macam ni. Lebih baik tak ada lah daripada dapat suami yang macam...Langsung tak bertanggungjawab. Dayus... I tak perlukan dia. I masih mampu hidup sendiri la. Kalau you hard up sangat ambiklah. Free je I bagi.”  Suara Dannia makin meninggi.
Harith pula terkejut. Tak disangka selantang ini Dannia bersuara. Tak pernah dia melihat Dannia sebegini rupa marahnya, malah amarahnya lagi hebat berbanding beberapa bulan yang lepas ini merupakan kali kedua Dannia melantangkan suaranya menengking.. Sebelum ini gadis itu hanya diam dan menurut kata.
“Kau jangan nak kurang ajar dengan aku?” Harith bengang. Kata kata Dannia tepat mengena padanya. Tambahan lagi gadis itu dengan lantang memperkecilkan dirinya sebagai suami.
“Kenapa tak betul ke saya cakap ni? Awak ingat saya ni gadis apa, boleh dibuat sesuka hati awak. Saya tak rasa bangga langsung bila bersuamikan awak. Malah malu dengan orang ramai bila suami sendiri dikatakan kaki mabuk dan kaki perempuan.” Tegas Dannia menjawab jerkahan Harith. Riak takut hilang entah ke mana, hanya amarahnya yang tinggal.
Pangg!!
Harith terkedu apabila tangan Suzanne pantas hinggap di pipi Dannia. Langsung tak dijangka perbuatan Suzanne. Langsung menyedarkan Harith yang terkedu di situ.
Dia hanya mampu melihat Dannia terdampar di kakinya. Diam tidak berkutik. Langsung tiada perasaan saat ini. Dirinya masih diam membisu dek kerana ayat Dannia yang lantang dan jelas malu bersuamikannya. Benarkah?
“Abang!!” bunyi pekikan kuat mengejutkan Harith dan Suzanne. Sekali lagi Harith terkedu melihat Iman berdiri dengan muka bengis, merah padam muka itu apabila melihat kakak kesayangan ditampar.
“Kurang ajar. Jaga Kau.” Laju langkah Iman menuju ke arah Suzanne. Gadis itu berundur setapak menjauhi Dannia.
Pangg!! Pangg!! Laju tangan kecil Iman mengenai wajah Suzanne, tanpa sempat dihalang. Semua yang berlaku terlalu pantas, sedar sahaja Suzanne sudah terdorong ke belakang dan terjelepok di lantai.
“Berani kau tampar kakak aku. Kau siapa?” giliran Iman pula menjerit nyaring. Iman tidak dapat menahan marah lalu dipukul gadis itu sekuat hati. Bagaikan histeria Iman memukul dan menghamburkan caci maki terhadap Suzanne. Harith sendiri tidak dapat menahan serangan Iman, jeritan Harith langsung tidak dihiraukan, malah makin lama makin kuat amukan Iman. Suzanne yang jatuh terjelepok sudah lemah dan serabai. Sesiapa yang melihat pasti mengganggap gadis itu tidak siuman.
Pangg!!
Perlakuan Iman terhenti. Terkejut dengan penangan yang tiba tiba mencecah ke pipinya. Tajam mata Iman merenung Harith, matanya berkaca kaca. Hatinya sebak dengan perlakuan Harith. Siapa sangka abang yang dulu penyayang dan melindunginya kini telah berubah. Tak pernah dia diperlaku sedemikian rupa oleh abangnya, kini hari yang bersejarah dalam hidupnya apabila abang yang disayangi sepenuh hati telah menyakiti tubuhnya untuk perempuan seperti Suzanne.
“Sampai hati abang pukul Iman kerana perempuan tak guna tu. Dia tu siapa yang abang nak bela sangat hah?” buat pertama kali dalam hidupnya meninggikan suara kepada Harith. Sungguh dia rasa sangat kurang ajar pada abangnya.
“Iman jangan masuk campur dalam urusan abang. Pergi balik” kuat suara Harith melengking pada Iman.
No. Perempuan tu sepatutnya yang patut berambus dari rumah ni. Bukan orang lain” Iman menjerit, matanya sudah berbalam balam dengan airmata, hanya menunggu masa untuk menitis.
“Kau keluar dari rumah aku sekarang! Keluar!!” jeritan Harith bergema lagi. Kini bahasanya sudah ber’aku engkau.’
No, Iman takkan puas hati selagi betina ni tak keluar dari sini” Sekali lagi Iman membuat serangan, tapi Harith lebih pantas merentap tangannya. Diheret tangan Iman menuju ke arah pintu utama sebelum menolak kasar adiknya.
“Harith, jangan buat Iman macam ni. Dia adik awak.” Dannia cuba menghalang.
“Kau pun sama. Keluar dari rumah aku.” Kini giliran Dannia pula menjadi mangsa jerkahan Harith. Tubuh Dannia diheret kuat sebelum tercampak keluar. Terjelepok dia jatuh ke lantai, nasib baik Iman cepat menghalang daripada jatuh tersembam. Harith masuk semula menghilangkan diri  ke dalam rumah sebelum muncul kembali bersama sebuah beg besar milik Dannia. Tanpa wajah berperasaan, dia mencampakkan beg itu sehingga terburai isi dalamnya. Habis bersepah baju milik Dannia yang tergumpal. Baju yang mahu dibawa pulang ke kampung untuk sementara. Dannia memejam mata menahan sebak yang semakin sempit untuknya walaupun untuk bernafas.
“Mulai hari ini kau diharamkan jejakkan kaki ke rumah aku lagi. Kau pergi dari sini. Agaknya hukuman gantung tak bertali sesuai untuk kau kan. Berambus. Jangan berani kau tunjukkan muka kat aku selagi aku masih hidup.” Disertai hempasan pintu yang kuat.
‘Ya Allah’ sebak hatinya apabila dihalau bagaikan kucing kurap. Terpaku keduanya mendengar bicara Harith yang tidak di sangka sangka.
“Kak Nia, Iman minta maaf kerana Iman Kak Nia dihalau. Maafkan Iman...” teresak gadis itu menangis di sisinya. Sungguh abangnya telah berubah sama sekali.
“Shhyy...Kak Nia ok. Jangan menangis.” Sedaya upaya ditahan rasa hatinya. Tidak mahu ditunjukkan pada Iman. Mungkin inilah suratan hidupnya, tiada bahagia yang tercipta untuknya.
Dannia perlahan mendekati beg pakaian, dikutip satu persatu pakaian yang berterabur di tanah.  Dimasukkan semula ke dalam beg pakaiannya sebelum kakinya melangkah keluar dari kediaman rumah itu. Panggilan Iman hanya dibiarkan sepi...
“Kak Nia...” Iman mengejar kakak iparnya yang sudah berada di luar kediaman rumah itu. Dia tidak akan membiarkan Dannia sendiri menghadapi kesulitan ini. Semua ini berpunca darinya. Kalaulah dia tidak masuk campur dalam urusan rumah tangga mereka berdua, pasti Dannia tidak dihalau keluar dan ucapan keramat itu terbit dari mulut abangnya.
“Kak Nia tunggu... Kak Nia nak ke mana ni?” cemas apabila Dannia hanya membisu. Berjalan dan terus berjalan mengekori arah tuju Dannia.
“Iman baliklah, Kak Nia tahu jaga diri. Jangan bimbang. Pergi balik..” arahnya apabila melihat Iman terus terusan mengekorinya.
“Beritahu Iman, Kak Nia nak ke mana. Biar Iman hantarkan..” Iman menghalang dengan berdiri betul betul di hadapan kakak iparnya dan menghentikan langkah Dannia yang seterusnya.

Dannia berfikir sejenak sebelum bersuara membuatkan Iman terpanar dan menyesal kerana perbuatan terburu-burunya tadi...