Bab
14
Bunyi bising alarm
dari telefon bimbit mengejutkan Dannia dari tidur. Matanya terpisat pisat
bangun dari perbaringan. Kepalanya terasa berdenyut kuat, dia menggagahkan diri
ke bilik air untuk mandi dan menunaikan solat. Sakit di badannya tidak
dihiraukan, pergelangannya terasa pedih akibat cengkaman kuat lelaki yang tidak
dikenali mencucuk perit. Tangannya berbirat merah kesan pergelutan malam tadi. Dibiarkan rasa sakit itu. Dannia menuju ke
bilik air untuk membersihkan dirinya dan dia perlu menjalankan rutin hariannya
mengemas rumah seperti selalu.
Menggingatkan
hal semalam, hatinya menjadi takut, trauma. Masih terbayang wajah wajah rakan Harith yang
amat menakutkannya. Sungguh dia amat
terkilan dengan perbuatan Harith, sanggup dia membawa pulang kawan kawannya dan
mengadakan parti liar di rumah. Langsung tidak menghormati dirinya sebagai
isteri. Terasa maruah dirinya dipijak pijak lumat tanpa belas kasihan. Apatah
lagi kata hinaan Harith padanya begitu sakit dirasakan. Bertambah sakit apabila
begitu tega Harith membiarkan kawan kawannya memperlakukannya sesuka hati.
Tanpa melengah lengahkan masa, dia
segera turun ke ruang tamu untuk memantau keadaan dibawah setelah siap
mengerjakan solat dan membersihkan diri. Dia mahu melakukan tugasnya seperti
sediakala, walaupun tidak pernah dianggap sebagai isteri, dia masih lagi mahu melakukan
tanggungjawabnya seperti seorang isteri. Sebaik sahaja kakinya dijejakkan pada
ruang tamu, matanya terbuntang dengan pemandangan yang terhampar dihadapannya.
Luluh hatinya melihat sang suami berpeluk sakan dengan wanita yang bukan muhrim
dengannya. Ya Allah! Tabahkanlah hatiku. Hatinya terasa pedih, ulu hatinya
terasa begitu sakit. Isteri mana yang sanggup melihat suami mereka curang.
Cintakah aku pada Harith? kenapa hatiku sakit melihat semua ini. Tidak! Tak
mungkin aku akan mencintai lelaki seperti ini. Tak akan aku serahkan hatiku
pada lelaki yang memijak maruahnya sesuka hati. Rasanya dia tidak perlu menanam
perasaan sayang dan cinta buat lelaki yang sah bergelar suaminya lima bulan
yang lalu. Dia sepatutnya menyekat perasaan itu untuk Harith.
Peritnya hati. Dia melangkah menuju
kearah suaminya yang nyenyak tidur memeluk teman wanitanya. Dalam terpaksa,
kakinya menghampiri ke arah keduanya, mahu membersihkan segala sampah dan botol
minuman yang berada di situ. Bau masam menusuk kuat ke dalam hidungnya. Sudah
lali dengan semua itu, dia hanya mampu memandang, tak berani lagi menegur
lelaki itu, biarlah. Dia sudah melakukan semua yang termampu. Tidak sanggup
lagi rasanya menerima herdikan demi herdikan beserta penampar dari lelaki itu.
Tangannya segera mencapai gelas minuman yang masih berbaki separuh. Saat
kakinya mahu bergerak, tanpa diduga kakinya tergelincir kerana licin, air yang
dipegangnya terlepas dari tangan dan....Dushh...
“Apa ni??” Suzanne mencelikkan
matanya pantas apabila terasa ada air yang terpercik ke mukanya.
“Ma..maaf, saya tak sengaja”.
Tergagap gagap dia menjawab. Habis lah
aku kali ni. Mengamuklah singa tu kejap lagi. Dia sudah berdebar kencang.
“Kau memang sengajakan?” muka
Suzanne merah menahan marah geram dengan Dannia, enak enak dia tidur dalam
pelukan Harith, dengan tetiba Dannia mencurah air ke mukanya. Habis melekit
badan dengan air tersebut.
“Tak, Saya memang tak sengaja.
Lantai licin” ujarnya lagi. Dalam hati dia berdoa supaya di selamatkan daripada
tengkingan Harith. Dia sudah terbayang apa yang bakal terjadi padanya jika
Harith mengamuk.
“Kau ingat aku nak percya ker? Atau
kau jealous tengok kami? Dasar
prempuan tak tahu malu. Terhegeh hegeh. Kalau kau nak tahu, Harith tak pernah
cintakan kau. Jangan bermimpi di siang hari lah. Sedarlah sikit diri kau tu
menumpang jer kat sini.” Dengan lancang Suzanne memarahi Dannia yang terkulat
kulat. Mengulangi kembali patah perkataan yang keluar dari mulut Harith
semalam.
Aku memang tak sengaja. Sesedap hati
jer memaki aku perempuan ni. Kenapalah tak terjirus sebaldi. Kang senang. Baru
puas hati aku ni. Dannia mencebik, malas mahu melayan kerenah singa betina.
Elok sangatlah tu, sang betina lawan singa jantan. Sesuai sangat! Dengan wajah
yang diselambakan, dia melangkah menjauhi Suzanne yang masih lagi memaki hamunnya.
Wajahnya sedaya upaya dikawal supaya tidak ketara mempamerkan wajah terluka dan
takut dengan semua itu.
“Hei kau nak ke mana hah?” tangan
Suzanne sudah mencengkam tangan Dannia. Panas hatinya melihat Dannia dengan
muka selamba. Seolah olah dia pula yang gila bercakap seorang, makian yang
langsung tidak menyakitkan Dannia. Belum puas dengan itu, dia menampar muka
Dannia. Menyeringai wajahnya menahan sakit. Mujurlah Dannia sempat mengimbangi
badannya. Terasa pening kepala dengan penangan yang tak diduga.
Bunyi bising menyebabkan tidur
Harith terganggu. Dngan terpisat pisat dia bangun, terasa pening dan sakit
badannya. Mana tak sakit, dia terlebih minum dan badannya pula tertidur di
sofa, sengal usah dikata. Apatah lagi satu sofa dikongsi berdua. Entah bila
Suzanne tidur dengannya.
“Apa bising bising ni Suzanne. You ganggu I tidur tahu tak?” geram. Tidak suka ada orang yang mengganggu
lenanya.
“Sayang, you tengoklah perempuan tak tahu malu ni. Dia simbah air kat muka I time kita tidur tadi. Habis
melekit badan I.” Suzanne menghentak
kakinya memprotes. Sakit hatinya apabila Harith seakan akan memarahinya.
“Saya tak sengaja” Dannia menjawab
pantas.
“Kau tipu. Dia memang sengaja, jealous tengok I tidur dengan you” pantas
sahaja Suzanne menyampuk. Menaikkan kemarahan Harith pada Dannia.
“Dah lah Suzanne, I malas lah nak bertekak pagi pagi ni. And kau perempuan, minta maaf dengan Suzanne
cepat.” tegas Harith sambil mencerlung matanya. Suzanne di sebelah sudah
tersenyum.
“Saya tak sengaja. Lagipun buat apa
nak minta maaf. Saya tak salah pun.” Entah di mana dia mendapat kekuatan
menjawab soalan itu. Timbul sedikit keyakinan dalam dirinya, hatinya terbakar
dengan tuduhan Suzanne yang tidak berasas.
Mendengarkan ayat itu keluar dari
bibir munggil Dannia, berdesing telinganya. Harith bangun dan segera merapati
Dannia yang kelihatan kaget.
“Apa kau cakap?”
“Saya tak akan minta maaf. Lagipun
saya tak sengaja. Sepatutnya dia yang minta maaf kerana tuduh saya macam tu”
Dannia mengulangi jawapan sama. Pang!! Buat kali kedua tangannya naik ke muka
gadis itu.
Harith dan Dannia terkaku. Kuat
penangannya di pipi mulus Dannia. Terpusing badannya dengan penangan Harith. Terasa
ada cecair yang mangalir dari celah celah bibirnya. Perit. Pipinya yang masih
terasa sakit dengan penangan semalam masih terasa tetapi kini dihadiahkan pula
dengan penangan yang baru. Terasa pening pening lalat dirinya. Dannia memandang
Harith dengan tajam, sebelum Dannia melangkah laju meninggalkan Harith yang
masih kaku.
Di ruang tamu, Harith meraup mukanya
berkali kali, entah kenapa dia merasakan sesuatu apabila melihat mata Dannia
berkaca kaca. Hatinya menjadi sendu dengan tiba tiba, mulutnya tiba tiba
menjadi berat untuk memarahi Dannia. Hatinya dengan berdebar kencang seolah
olah melakukan acara larian. Sungguh, selama hampir enam bulan perkahwinan
mereka, dia tidak pernah bertentang mata dengan sepasang mata milik Dannia.
Selama ini gadis itu hanya menunduk apabila dimarahi. Tapi hari ini, saat mata
hitam miliknya bertembung dengan mata hazel milik Dannia, mulutnya terkunci
rapat, serapat rapatnya. Bingung dengan dirinya.
Harith merenung tangan kanan yang
menampar pipi isterinya buat kali kedua. Selama ini, tangan itu tidak pernah menampar
Dannia. Tapi semalam dan hari ini? Dia telah menampar pipi isterinya dengan
kuat sehingga cecair merah keluar dari bibir itu. Apakah yang merasuknya?
Mungkin dirinya yang masih pening dan badannya yang terasa sakit tambahan lagi
tidurnya di ganggu. Kasihan isteri aku....Isteri? Hatinya terasa sesuatu.
Apakah perasaan ini? Tak mungkin aku jatuh hati padanya. Dia menidakkan apa
yang terjadi padanya. Tak mungkin!! Harith menggeleng laju. Sesak nafas
memikirkan ini semua. Untuk kesekian kalinya, dia meraup kasar mukanya. Hatinya
gusar. Argh!! Harith menjerit kuat.
“Honey,
macam mana dengan I ni. Habis basah
baju I” Suzanne merengek manja. Tangan Harith
dipautnya. Cuba menarik perhatian Harith yang agak bingung.
“Suzanne, please. You balik dulu. I tak berapa sihat ni. Baju you nanti I ganti lain. Tak pun basuh saja.
Bukannya susah pun.” Mendatar sahaja suaranya. Tiada mood mahu bercakap dengan
wanita dihadapannya. Rasa bersalah lebih menguasai diri. Mendengarkan ayat yang
terbit dari mulut lelaki itu, Suzanne tersenyum. Shopping time!
“Ok
honey. Bye.” Suzanne mengucup lembut pipi Harith sebelum beredar dari situ.
Harith hanya diam tak berkutik dari tempatnya.
Sesampai
di kamarnya, Dannia lantas menguncikan dirinya. Teresak esak manahan tangis
yang ditahan. Ibu, abah tolong, Nia dah tak tahan dengan semua ini. Nia mahu
pergi dari sini. Tolong Nia ibu. Ya Allah aku dah tak sanggup menghadapi semua
ini. Jauhkan aku dari semua ini. Tolong aku Ya Allah!
Di
bilik, Dannia teresak esak menahan tangis. Sakit hati bercampur dengan pedih di
pipi. Sampai hati lelaki itu menamparnya dengan kuat sehingga terasa pening. Di
gagahkan diri menuju sehingga tiba di bilik. Kerana Suzanne, lelaki itu tega
menyakiti dirinya. Dia merebahkan diri di katil. Hatinya pilu mengenang nasib
dirinya. Sepanjang hari Dannia berkurung di dalam bilik. Dia tidak mahu
bertembung dengan Harith lagi. Sedih kerana tuduhan tak berasas, dia menerima
hukuman.
Kepalanya
terasa begitu berpusing pusing. Dia memejamkan matanya untuk menghilangkan rasa
sakit yang kian menyengat kepala. Bunyi deringan telefon dibiarkan sepi tanpa
dijawab. Setelah bunyi deringan berhenti, dia melihat panggilan yang diterima.
Abang Zaf! Pantas didail kembali nombor Zafrey.
“Assalamualaikum. Hello Abang Zaf.
Kenapa call Dannia?” Dia memicitkan
kepalanya berkali kali. Cuba menghilangkan rasa sakit di kepala.
“Waalaikumsalam. Dannia ok ke?” Zafrey
di hujung talian sudah keresahan mendengar suara serak Dannia seperti menangis.
Hatinya berlagu bimbang.
“O..ok. Cuma sakit kepala. Don’t worry. Kenapa call?” Dannia megutarakan soalan yang sama apabila Zafrey tidak
menjawab pertanyaannya.
“Abang ingat nak jumpa Nia. Tapi Nia
tak sihat pulak. Tak apalah kalau macam tu. Dah makan ubat belum ni? Jangan
lupa makan ubat nanti ya. Abang just
nak bagitahu, abang dah on the way
nak balik ni. Flight abang lagi setengah jam. Jaga diri ya. Nanti ada masa turun
KL, mama dah lama rindukan Nia. Take care.
” Panjang lebar Zafrey menasihati Dannia.
“Ok bang, nanti Nia call aunty. Abang Zaf pun sama take care. Sorry Nia tak boleh nak
hantar abang. Nia tak berapa sihat ni.” Cuba berdalih. Mana mungkin dia
menunjukkan dirinya dengan mata yang merah bahana menangis dan pipinya yang
lebam.
“No
hal. Bye take care.”
“Ok, bye” Dannia pantas mematikan panggilannya. Dia kembali memejamkan
matanya. Setelah beberapa lama, dia terlena.
Harith di ruang tamu masih lagi
keresahan menunggu Dannia keluar dari bilik. Seribu penyesalan cuba diusir dari
hatinya. Namun gagal. Malah makin bertambah rasa penyesalan itu. Sudah dua jam
dia menunggu Dannia keluar dari biliknya, bayang gadis itu masih belum
kelihatan. Ingin menjenguk terasa malu dan ego menguasai diri. Ingin meminta
maaf tak mungkin rasanya kerana ianya akan mencalarkan egonya yang dijunjung.
Setelah
penat berfikir, sudahnya dia menuju ke bilik bersiap untuk keluar. Tidak betah
rasanya berada di rumah itu. Dia harus keluar untuk menenangkan fikirannya yang
kian berserabut tentang Dannia yang semakin mendapat tempat di hatinya. Dia
ingin mencari sedikit ketenangan untuk menenangkan dirinya. Mana mungkin untuk
tinggal di sini. Dia masih bellum bersedia berhadapan semula dengan gadis itu.
Kejamkah dirinya? Kerana mahu
mengusir Dannia dari hatinya, tega dia menyakiti hati dan empunya gadis itu.
Langsung tiada riak kasihan dan simpati. Hatinya begitu sakit mengenangkan
hatinya yang cepat goyah. Padahal Dannia langsung tidak bersalah, entah kenapa hati miliknya cepat sangat tergoda dengan
Dannia. Argh.. tensionnya. Apalah
yang ada pada gadis kampung tu. Aku ni dah tak betul gamaknya. Harith geram
dengan dirinya yang mudah cair dengan Dannia.
Setelah bersiap ala kadar, dia
mengambil kunci kereta, sempat juga mencapai beberapa helai pakaian dan
disumbat ke dalam beg galasnya. Dia mahu bersendirian buat sementara waktu. Dia
perlu menjauhi perempuan itu. Ya, itulah yang akan dibuat. Menjauhi Dannia. Dan
cuba mengusir Dannia dari menghuni hati miliknya.
Laju
keretanya memecut, memandu kereta menuju entah ke mana arah tujuannya. Hanya
mengikut kata hatinya tanpa sedar, sudah dua jam dia memandu.. sedar tak sedar
dirinya sudah berada di persimpangan menuju ke Kuala Perlis. ‘Eh, aku nak buat
apa kat sini.’ Termanggu dia sebentar, drive
punya drive, keluar dari Penang
pun sampai tak sedar. Parah sungguh kau Harith.
Dia kembali teringat kejadian di
rumahnya hampir 5 jam berlaku. Masih terbayang
di ruang mata bagaimana kuatnya Dannia menerima penangan tamparan
daripada tangannya. Hampir sahaja gadis itu tersungkur menyembah lantai marmar,
terasa dayus apabila memukul wanita, namun kesabarannya kian menipis dengan
rengekan Suzanne yang mengganggunya dari tidur, kemarahan itu di tempiaskan
pula pada Dannia. Tiba tiba dia teringat kembali pada parti yang diadakan di
rumahnya malam tadi... Dia tidak dapat menggingati sepenuhnya, bagaimana dengan
Dannia? Bila dia pulang dari kuliah? Dari mana gadis itu sehingga lewat malam
baru pulang? Ingatannya pada peristiwa semalam masih lagi kabur, dia cuba mengingat
kembali..
Kepalanya memicit micit cuba
mengimbas kembali apa yang berlaku. Mungkinkah?? Ya dia perasan dengan wajah
Dannia sebelum dia menampar pipi mulus gadis itu. Pipi gadis iu sedikit lebam,
bibir mungil itu sedikit luka. Tetapi kini dia pula menambahkan lagi luka di
wajah Dannia. Harith? teganya kau menyakiti hati dan badan seorang wanita? Tiba
tiba..
‘Dia
memang patut menerima itu semua, bukankah perempuan itu yang merampas semua
kehidupan kau?. Kehidupan kau tak lagi bebas, terikat dengn ikatan bodoh ni.’
‘Tidak
Harith, dia sepatutnya dilindungi. Kau sebagai suami patut melindungi seorang
isteri. Apatah lagi perempuan seorang yang lemah. Patut dihormati dan
dilindungi. Bukannya sepak terajang dan caci maki yang harus diterima.
Bertaubatlah Harith...’
‘Ah,
bukan ke kau tak pernah cintakan dia, buat apa dibela dengan perempuan itu.
Bukankah kau dah ada Suzanne? Dia jauh lebih cantik dan seksi berbanding dengan
budak perempuan tu.’
‘Tidak
Harith, kecantikan bukan dinilai dari luaran, isterimu jauh lebih baik
berbanding dengan perempuan perempuan yang mendampingimu. Mereka Cuma mahukan
kekayaan yang mengelilingimu, bukannya hati...’
Benarkah?
Arghh... berserabut dirinya dengan kata kata yang entah dari mana. sayup sayup
kedengaran bergema di telinganya...hatinya masih lagi ragu...dia sendiri tidak
dapat meneka perasaannya kini? Kesal? Marah? Cinta? Rindu? Sudahnya fikirannya
hanya tinggal kosong dan sifar...