Bab
29
“Assalamualaikum
semua.” Suara itu mengejutkan staf yang tengah leka berborak. Mana tidaknya lunch mereka belum habis lagi. Lagi 15
minit sebelum masuk waktu pejabat. Kedatangan Encik Badrul pada petang itu
membuatkan staf pejabatnya terpinga-pinga.
Setelah dua minggu Encik Badrul meletak jawatan dan di ganti Iqbal, petang itu
lelaki itu kembali menunjukkan muka dan paling menarik perhatian mereka semua
ialah dengan kehadiran seorang pemuda yang kacak berpakaian kemas. Dengan
penampilan segak bergaya dan bercermin mata hitam itu sungguh menarik
perhatian. Ketinggian dan badan persis seorang model. Berkulit cerah, berkening
lebat, berhidung mancung, bibirnya yang merah tanda tidak merokok dan berkumis
nipis. Cukup tampan. Membolehkan hati si gadis cair apabila memandangnya. Malah
dari kejauhan, para gadis mula berbunyi sok sek, berbisik antara satu sama
lain. Mungkin tertanya tanya akan gerangan lelaki yang mampu menggoyah perasaan
ramai gadis.
“Iqbal mana?” Tanya Encik Badrul menyapa
salah seorang stafnya yang masih lagi ralit memerhati Harith setelah bayangan
yang dicari belum ditemui. Dia melihat sekilas pergelangan tangannya untuk
melihat jam. Ermm...masih awal lagi.
“Belum masuk Encik Badrul.” Salah
seorang staf yang berdiri berhampiran dengannya menjawab, malah tersipu malu
apabila Harith memberikan senyuman padanya.
“Erm, masuk bilik Pak Ngah dulu la
Harith. Kita tunggu dulu, lagipun sekarang waktu lunch. Kejap lagi balik lah si Iqbal tu” seraya mengamit Harith
masuk ke biliknya.
“Mana
bilik saya Pak Ngah?” Belum sempat Encik Badrul berlalu Harith bertanyakan
bilik yang bakal di huni. Ingin melawat bakal biliknya dahulu sebelum
bertandang ke bilik Pak Ngahnya itu.
“Sebelah bilik Iqbal tu. Bilik yang
ada tanda CEO tu. Kalau kamu nak masuk bilik pergi la,nanti bila Iqbal dah
balik Pak Ngah panggil lain.” Pesannya sebelum berlalu untuk meronda department yang lain. Manalah tahu jika
ada masalah, bolehlah dia membantu apa yang patut. Mahu harapkan Iqbal, anak
lelakinya itu pun masih baru.
“Saya masuk bilik saya lah ya Pak
Ngah.. Assalamualaikum.” Setelah salamnya berjawab, barulah dia melangkah ke
biliknya sendiri. Sepanjang langkah, dia melilau juga mencari kelibat seseorang
yang membuatkan dia berpindah ke sini.
Harith memulas tombol pintu
biliknya. Bilik yang tersergam indah berdekatan dengan tingkap memudahkannya
melihat pemandangan di luar. Pejabat yang baru dihuni olehnya beberapa minit
amat cantik dan mewah. Set sofa berwarna maroon
di sebelah kiri buatan Itali beserta meja kaca. Bongsai sebagai hiasan
bilik. Di suatu sudut tersedia rak majalah dunia perniagaan. Sebelah kanannya
pula terdapat beberapa almari buku yang memuatkan buku bersaiz tebal dan juga
terdapat beberapa koleksi kereta dan bangunan di dalam balang kaca. Cukup
mewah. Haruman yang digunakan pula amat menyamankan minda dan dirinya. pandai
betul papa upah designer bersesuaian
dengan cita rasanya.
Harith melabuhkan punggung di kerusi
empuk miliknya. Kerusi itu dipusing ke kiri dan ke kanan. Sementara menunggu,
dia mencapai beberapa dokumen untuk dibaca. Sekadar untuk memahami sebelum
dirinya dibebankan dengan kerja kerja yang bakal dipikul sebagai
tanggungjawabnya sebagai CEO. Sebelum ini, pejabatnya terletak di Penang.
Memandangkan rumah keluarganya berada di sana. Walaupun mempunyai mempunyai
penthousenya sendiri. Pada hujung minggu dia akan pulang ke rumah keluarga.
Menghabiskan masa di sana. Tiada lagi sikap liarnya. Kalau terasa terlalu bosan
barulah dia keluar, itupun sekadar melepak bersama rakan yang lain. Tiada lagi istilah
disko atau club malam dalam hidupnya.
Pertemuannya
dengan Dannia, membuatkan dia tekad untuk berada lebih dekat dengan gadis itu
lalu mengambil keputusan untuk berpindah ke Kuala Lumpur. Apatah lagi apabila mengetahui di mana
gadis itu sedang bekerja di syarikat milik keluarga mereka. Gembira bukan kepalang
hatinya. Papanya pula pelik apabila diusulkan hasratnya untuk mengambil alih
syarikat yang berada di Kuala Lumpur. Apabila di tanya, Harith hanya
sekadar menjawab untuk bertukar angin. Masih
teringat akan perbualan papa dan mama dengannya seminggu lepas.
“Rith
ingat nak pindah KL la pa.” Suara Harith memecah keheningan ruang tamu ketika
Dato’ Iskandar sedang berehat bersama Datin Rosmaria landskap buatan itu.
“Kenapa
tiba-tiba?” Datin Rosmaria memandang anak terunanya. Inginkan jawapan. Pelik,
tiba tiba mahu berpindah ke Kuala Lumpur. Bukankah selama ini, dia begitu
pantang mahu ke sana. Jika ada urusan selalu sahaja memberi alasan untuk
menolak.
“Cuba
beritahu kenapa Rith nak pindah ke sana?” Sampuk Dato’ Iskandar. Pelik betul
dengan Harith sejak pulang dari Kuala Lumpur bertemu client seminggu yang lepas. Asyik termenung, kadang kadang tengah meeting pun anaknya boleh berangan. Apa
masalahnya dia sendiri tidak tahu. Apabila di tanya cepat sahaja anak sulungnya
mengubah topik perbualan. Seperti ada sesuatu yang cuba disembunyikan darinya.
“Just nak tukar angin la pa. Lagipun papa
ada nak uruskan company kat sini.
Biarlah Rith yang transfer sana ya.”
Pujuk Harith lagi. Rasanya tidak perlu untuk memberitahu apa yang berada di
fikirannya yang sebenar. Buat sementara ini biarlah dia yang menyelesaikan
masalah ini.
“But why so suddenly? Do you have any problem
here?” Dato’ Iskandar masih tidak berpuas hati dengan jawapan anaknya.
Takkanlah Harith mahu berpindah ke sana kerana rimas dengan Julia.
“Nothing.” Harith menjawab malas. Sedikit
sebanyak soalan yang tertubi-tubi membuatkan dia bosan.
“Julia
right?” Duga Dato’ Iskandar lagi.
Bukannya dia tidak tahu anak saudaranya itu selalu menghimpit Harith. Ke mana
sahaja Harith pergi pasti dia akan mengikutinya. Walaupun sudah tahu Harith
sudah berkahwin, namun langsung tidak membuatkan gadis itu berputus asa. Malah
anak saudaranya itu dengan bersahaja
mengutuk menantunya nan seorang.
“I just told you, it’s nothing. Rith nak
bertukar angin. Lagipun boleh Rith sama sama bekerjasama satu bumbung dengan
Iqbal. Dengar kata dia dah kerja ganti papa dia kat company kita kat sana. Lagi satu, ramai client kita dari sana, Rith terpaksa berulang alik dari KL ke Penang.
Jadi lebih baik Rith tukar kat sana.. senang nak jumpa client dan uruskan
projek kita.” Yakin dan logik alasan yang keluar dari mulutnya. Lancar mulutnya
bertutur memberikan alasan. Mengelak dari membangkitkan soal Julia. Malas mahu
memikirkan sepupunya yang tidak faham bahasa.
Dato’
Iskandar terdiam. Berfikir sejenak sebelum memberi kata putus. Kalau dilihat
dengan alasan itu, memang betul anaknya terpaksa berulang alik dari Penang ke
Kuala Lumpur. Sebulan kadang kadang 5 kali. Kesian anaknya. Bukan dekat
perjalanan itu. Lagi pula, clientnya ramai berada di sebelah Kuala Lumpur.
Pekerjanya di sana tidak boleh memberi kata putus memandangkan syarikat client mahukan pertemuan dengan anaknya
sendiri.
“Bila
Rith mahu transfer ke sana?”
“Minggu
depan. Secepat yang mungkin lah.”
“Kenapa
cepat sangat Rith? Mana kamu nak tinggal kat sana nanti?” Datin Rosmaria yang
tadi mendiamkan diri menyampuk tiba tiba.
“Lagi
cepat lagi bagus, nanti taklah tertunggu tunggu client kat sana. Pasal mana Rith nak tinggal, mama dan papa jangan
risau. Rith akan mintak tolong kawan Rith carikan apartment.” Lagipun Ijat juga
tinggal dan bekerja di sana. Senang untuknya untuk meminta sahabat baiknya
nanti. Jika tiada, bolehlah dia menumpang di rumah kawannya untuk sementara
waktu sementara mendapatkan rumahnya sendiri.
“Baiklah
kalau macam tu kata Rith. Nanti papa bagitahu Pak Ngah kamu.” Ujar dato’ Iskandar
tanpa mengesyaki apa-apa lagi. Di tolak kemungkinan tentang anak saudaranya
itu. Mungkin benar kata anak terunanya itu.
Kata
putus dan persetujuan Dato’ Iskandar membuatkan dirinya amat gembira untuk
berpindah ke Kuala Lumpur. Bukan itu sahaja, dia akan berada dekat dengan
Dannia. Gadis yang di cintai sepenuh hati. Tidak di beritahu kepada keluarganya
berita tentang pertemuannya dengan Dannia. Sengaja untuk membuat kejutan.
Berita ini biarlah di rahsiakan dahulu sebelum Dannia betul betul kembali ke
pangkuannya. Mesti keluarganya gembira apabila bertemu kembali dengan menantu
mereka. Malah keluarga mertuanya juga masih belum diketahui kedudukannya.
Biarlah satu persatu masalah ini diselesaikan. Kehidupan Harith selepas Dannia
pergi betul betul menghuru harakan kehidupannya. Dirinya tidak sabar untuk
bertentang mata dengan isterinya itu. Mengenangkan hal itu, membuatkan dirinya
tersenyum lebar. Lambatnya masa berlalu. Dirasakan terlalu lama masa menunggu
waktu pejabat berjalan seperti biasa. Terasa rindu mahu bertemu dengan gadis
kesayangannya itu.
Lamunannya
terbang melayang apabila pintu biliknya diketuk sebelum muka seseorang tersembul
di muka pintu dengan sengihan yang lebar. Siapa lagi kalau bukan Iqbal. Kawan baik
memerangkap sepupunya. Dengah langkah yang bersahaja Iqbal menuju ke arahnya
sebelum Harith bangun dan pantas tubuh lelaki itu dipeluk erat bagaikan
berkurun lama tidak berjumpa.
“Wah, dah lama aku tak jenguk kau. Makin lama
tak jumpa makin hensem kau ya. Amacam bro, kau sihat?” Dari tadi sepupunya itu
memandang dari bawah ke atas melihat dirinya.
“Aku
macam ni la. Bila kau balik Malaysia? Tahu-tahu dah masuk kerja ganti Pak
Ngah.” Harith bertanya ala kadar.
“Dah
6 bulan aku balik. Tapi tak sempat nak jenguk kau kat Penang tu. Family kau sihat ke?”
“Haram
kau ni nak tunjuk muka kat Penang. Family
aku tu sihat la kot. Papa ngan mama aku sihat, cuma mama aku tu la da jarang
nak beramah mesra ngan aku macam dulu tu. masih berkecil hati dengan hal tu.
Papa aku dah ok sekarang ni dengan aku. Adik aku tu pula dah jarang balik
rumah. Duduk kat rumah sewanya.” Harith menjuihkan bibirnya.
“Aku
bukan tak nak balik rumah kau, tapi lately
ni busy sikit. So.....Dah jumpa ke wife
kau tu? Aku pun nak kenal juga macam mana rupa wife kau tu.” Iqbal tidak pernah mengenali wanita yang dikatakan
isteri sepupunya. Ketidakhadiran pada majlis perkahwinan itu kerana dirinya
berada di luar negara. Majlis yang diadakan secara mengejut itu tidak dapat
dihadirinya kerana waktu itu dia sendiri sedang bertarung dengan peperiksaan
semester.
“Hampir
hampir” ringkas jawapannya.
“Biar
betul. Wah! tak lama lagi bolehlah aku jumpa gadis yang telah buat sepupu aku
yang bangang lagi playboy ni berubah
360 darjah. Kat mana dia sekarang ni?” Ujar Iqbal.
Harith
menjeling tajam ke arah Iqbal. ‘Mulut longkang betul la mamat ni. Suka suki
kata aku ni bangang lagi playboy’. Mencerlung
dia melihat Iqbal yang selamba badak mengatanya.
“Takkan
marah kot bro. Rileks la.” Harith
tidak mempedulikan Iqbal. Memang tak dinafikan sikapnya dahulu amat
menjengkelkan. Dia menggunakan kelebihan pada dirinya untuk memikat gadis gadis
untuk dikelek ke hulur hilir. Sikapnya bertambah liar sejak balik dari luar
negara. Puas dinasihati oleh papa dan mamanya. Namun nasihat itu tidak
dipedulikan. Masanya sering dihabiskan di pub dan kelab malam. Saban malam
dirinya balik dalam keadaan mabuk dan tidak terurus. Perangainya yang satu itu
membuatkan papa dan mama tekad untuk menjodohkan dirinya dengan pilihan
keluarga.
‘Dia
ada syarikat ni, satu bumbung dengan kita’ kata kata itu hanya terluah
dihatinya. “Tak la. Dia ada kat KL sekarang ni. Aku tengah berusaha la nak usha
balik bini aku tu.” Biarlah dia rahsiakan dulu identiti Dannia pada Iqbal buat
sementara waktu.
“Baguslah
kalau macam tu. Lagi senang kerja kau nanti.”
“Jom
la aku kenalkan kau kat staf kita yang lain. Mereka dah tak sabar nak jumpa CEO
yang handsome ni.” Ujar Iqbal mematikan
lamunannya. Iqbal dapat rasakan kehadiran Harith di pejabat mereka mampu
membuatkan gadis dan pekerja di company
itu tertoleh toleh pada jejaka itu. Pasti ramai gadis yang jatuh hati dan gila
bayang pada sepupunya. Harith mempunyai banyak kelebihan, berbanding dirinya
yang hanya kekurangan harta dan kurang bersosial menyebabkan dirinya tidaklah
begitu pandai bergaul terutamanya dengan perempuan. Jika nak dibandingkan
dengan harta, Harith lebih kaya darinya dan sikapnya yang ramah dan pandai
mengambil hati orang serta memikat itulah yang menjadikan diri sepupunya itu
playboy di mata wanita.
“Banyak
la kau punya handsome.” Harith ketawa kecil mendengar bicara sepupunya. Mereka
melangkah keluar dari biliknya. Iqbal memperkenalkan Harith kepada semua staff
yang berada di pejabat. Mata mata si gadis tidak lepas memandang Harith yang
kacak bergaya. Tidak kurang juga pekerja perempuan yang sudah pun berkahwin,
memandang Harith macam nak terkeluar biji mata. ‘Ingat sikit kat laki korang oi’. Saat dirinya
berada di hadapan bilik yang pintunya tertutup rapat, hatinya berdebar menanti
reaksi wajah itu yang bakal dihadapinya.
“Dan
ni bilik the most beautiful girl in the
world. Jangan terpikat pula ya. Aku punya.” Iqbal sempat berpesan sambil
membuat lawak sebelum mengetuk pintu bilik Dannia. Tetapi Iqbal, dia
memaksudkan apa yang dikatakan sebentar tadi.
Tombol
pintu dipulas sebaik mendengar arahan masuk. Di suatu sudut kelihatan seorang
gadis yang begitu asyik menyiapkan kerjanya. Begitu tekun sehingga kepalanya
begitu menunduk hampir sahaja mencecah fail yang di tiliknya. Dannia yang masih
lagi ralit memerhati patah perkataan di dalam fail itu langsung tidak terganggu
dengan kehadiran Iqbal. Sudah terbiasa dengan kedatangan Iqbal ke biliknya yang
mahu menganggu atau bertanya khabar walaupun baru berjumpa. Sudah di simpan di memori
kepalanya setiap perlakuan lelaki itu yang terlebih prihatin. Sama seperti
dahulu dan langsung tidak berubah.
“Yes
Iq, come in.” Lunak suara Dannia
mempelawa Iqbal masuk, namun kepalanya masih menunduk menghadap kertas
kerjanya. Tidak menyedari kehadiran tetamu lain ke biliknya.
“Hai
Nia. Macam tahu tahu je I nak datang.
Instinct ke apa?” ketawa Iqbal. Dannia
hanya ketawa perlahan. Kepalanya tergeleng-geleng, tak habis habis Iqbal mahu
mengusiknya. Bibirnya masih lagi tersenyum manis mendengar bicara nakal Iqbal.
“Amboi
busynya. Ni I datang nak kenalkan you
dengan our new CEO.” mendengarkan
ayat Iqbal, Dannia pantas bangun dan kepala nya sedikit mendongak. Saat matanya
menjamu sesusuk tubuh yang telah lama mahu di usir dalam hidupnya, dia menelan
liur. Liurnya terlalu kesat seperti menelan pasir rasanya. Senyumannya terus
mati. Dia terkaku di situ sambil pandangannya lama menilik tubuh lelaki yang
kemas dan segak pemakaiannya.
Sesak
nafasnya dirasakan saat itu. ‘tak mungkin’ Berdengup kencang hatinya melihat
sesusuk tubuh yang dikenalinya. Terasa mahu rebah disaat itu juga. Dikuatkan
hatinya dan dirinya supaya tidak cepat melatah. Tangannya yang kian menggigil
cepat-cepat di sembunyikan di belakang. Sedaya upaya di kawal reaksi mukanya
supaya tidak ketara di penglihatan dua lelaki di hadapannya.
“Nia
are you okay?” Iqbal memandang pelik
wajah Dannia yang jelas berubah dengan kehadiran Harith.
“You all kenal each other ke? ” soalnya
lagi. ‘sakit ke apa ni’ tadi bukan main senyum. Ni lain pula. Terkejut kot.
Tapi takkanlah... Iqbal memandang mereka dengan rasa yang curiga.
“I...I’m okay. Nope, I tak pernah kenal pun siapa dia sebelum ni.” Laju Dannia
menjawab sedikit gugup. ‘Ya Allah’. Mukanya sedaya upaya dikawal supaya tidak
dapat dikesan oleh Iqbal. Sungguh, dadanya bergetar hebat di saat ini, apatah
lagi berdepan dengan dua manusia ini sekaligus.
“Daniel
Harith” tangannya dihulurkan. Ujar lelaki itu dengan wajah yang tenang malah
sempat menghadiahkannya senyuman manis. Senyuman yang tidak mampu untuk dia
membalasnya. Huluran tangan lelaki itu dibiarkan lama sebelum tangan Dannia
bertaut dengan tangan kasar milik Harith.
“Dannia”
setelah itu cepat-cepat tangannya ditarik. Dapat dirasakan erat genggaman
Harith mengenggam tangannya. Seolah olah memberi amaran padanya. Atau
peringatan barangkali..Relaks Dannia. Cool..
“Well
I harap you dapat biasakan diri dengan Encik Harith because kerja you banyak berurusan dengannya. I hope kita akan dapat bekerjasama di masa hadapan.” Ujar Iqbal
ringkas. Dia pula mengambil tempat di hadapan Dannia dan melabuhkan duduknya di
situ. Dipandang wajah Harith dan Dannia silih berganti. Aneh. Suasana di antara
keduanya terasa dingin dan kaku. Lalu tanpa mahu berfikir lebih panjang, dia
mengambil fail yang di hantar kepada gadis itu untuk di semak awal pagi untuk
melihat dan meneliti semula. Mungkin masing-masing masih segan.
Hampir
sepuluh minit meneliti fail yang di selak, suasana masih lagi sepi. Malah
kedudukan Harith dan Dannia juga masih tidak berubah. Masih berdiri di tempat
yang sama. Cuma mata antara mereka masih memandang antara satu sama lain, dan
sesekali Dannia melarikan wajahnya dan berpaling ke arah lain. Sangat jelas
akan situasi itu, Iqbal akhirnya mengalah. Terasa bosan dengan suasana itu
sebenarnya.
“Okay
Iq harap NIa dapat memberi tunjuk
ajar and bekerjasama dengan Encik Harith. Nak harapkan Iq, baru lagi. Okay
Nia?” tanya Iqbal. Langsung tidak menghiraukan situasi itu. Mahu bertanya di
rasakan tidak mungkin. Biarlah, suatu hari nanti pasti akan terbongkar juga.
Kita tunggu dan lihat.
“Okay”
Jawabnya sepatah tanpa memandang wajah Harith. Dannia memberikan senyuman pada
Iqbal, namun di dapat merasakan senyumannya agak canggung. Di dalam hatinya berharap
agar Iqbal membawa Harith keluar dari
biliknya secepat mungkin. Dadanya sudah tidak tahan dengan rasa semput, susah
bena mahu bernafas. Seakan faham dengan situasi itu, Iqbal mengajak Harith
keluar dari situ.
“Jom
Rith.” Iqbal mengajaknya keluar dari situ. Hajatnya mahu mengajak Harith
berbual di biliknya. Masih banyak yang mahu di bualkan dengan sepupunya itu.
Mahu selidik serba sedikit tentang kehidupan Harith. Manalah tahu jika dia
dapat informasi tentang suasana yang berlaku sebentar tadi. Dannia yang
mendengar ajakan itu sedikit hairan.
‘Aik selambanya Iqbal ni panggil Harith, diorang
kenal satu sama lain ke? Kawan ke?’
“Kau
keluar dulu. Aku nak stay sini jap.
Ada benda nak discuss.” Iqbal
memandang Harith, mukanya sedikit terpinga pinga. Discuss? Baru masuk hari ni dah nak discuss segala? Biar betul...tapi
tentang apa?
“Amboi
semangatnya kau. Biar betul kau ni? Nak discuss apa pulak?” dahinya berkerut seribu dengan tolakannya sebentar tadi.
Hairan dengan tiba-tiba lelaki di hadapannya ini mahu berbincang, dah tu dengan
Dannia pula. Hairan sungguh. Hajatnya mahu mengajak Harith ke biliknya untuk
berborak sebelum lelaki itu mula bekerja tertunda. Kini hatinya melonjak ingin
mengetahui apa yang mahu di bincangkan oleh Harith.
“Adalah,
tak lama pun. Kau keluar dulu ok?” Pandangannya tidak di alihkan dari wajah
Dannia. Masih merenung tajam seraut wajah ayu milik Dannia. Ah, lama sungguh
dia tidak melihat wajah itu, hampir sebulan setelah pertemuan secara tidak
sengaja antara mereka. dan hari ini sekali lagi mereka bertemu. Dengan situasi
yang berbeza di mana gadis itu menjadi pekerja bawahannya. Kali ini pasti dia
tidak akan terlepas. Desis hatinya.
Dannia
sudah bimbang, resah hatinya apabila mendengar lelaki itu mahu berada di
biliknya untuk berbincang. ‘Ya Allah kuatkan hatiku’
“Ok
la kalau macam tu. Lepas ni singgah bilik aku jap eh.” Iqbal berjalan mendekati
pintu. Kepalanya di garukan beberapa kali. Walaupun dia hampa dengan arahan
Harith yang mahukan dia beredar dahulu dan sekaligus mematikan niatnya untuk
terus berada di bilik itu.
“Nia,
hati hati sikit ya, Encik Harith ni playboy
tau. Jangan terpedaya dan terpikat. Ingat sikit..” Pesannya dan serentak ketawa
yang dibuat buat sebelum melangkah keluar.
“Yeah, of course I will” jawabnya bersama
senyuman sinis. Harith tidak menghiraukan gurauan sepupunya. Malah sempat
menjeling ke arah Iqbal yang mengenyitkan mata ke arah Dannia. Setelah yakin
Iqbal keluar, Harith menutup pintu bilik itu sekali gus mengunci dari dalam dan
kembali menghampiri Dannia yang masih kaku dan berdiri statik di tempatnya
seakan bersedia mahu menyanyikan lagu Negaraku.
Berubah
wajahnya apabila Harith menekan tombol pintu biliknya. Lelaki itu kembali
melangkah menghampirinya. Setiap langkah Harith mengundang debar di hati. Sangkaannya
selama ini dia cukup kuat dan yakin untuk berdepan dengan Harith. Namun ianya
seperti tidak mudah yang di sangkakan. Benarlah kata orang, jangan terlalu yakin
jika kita masih belum pasti dengan apa yang bakal mendatang. Kini semuanya
terbentang di depan mata dan ini realiti yang terpaksa dia hadapinya sekarang.
Suasana di dalam bilik Dannia sunyi. Masing
masing diam membisu, Harith mahupun Dannia tidak mengalah. Dannia melabuhkan
punggung di atas kerusi miliknya tanpa mempelawa Harith duduk. Membiarkan
lelaki itu dengan renungannya. Dia hanya membutakan matanya dengan kehadiran
lelaki itu. Tangannya membelek fail yang berada di depannya. Cuba fokus apa
yang yang di baca. Berharap agar Harith akan memahami akan kesibukannya dan segera
keluar dari bilik itu.
“Nia
apa khabar?” akhirnya Harith bersuara, mengalah dengan kebisuan Dannia yang
ternyata dingin bagaikan ais beku. Dari penglihatannya, Dannia sudah berubah,
gaya, pertuturan yang matang, dan paling ketara wajahnya yang dingin apabila
berhadapan dengannya. Kecantikan wajahnya yang semakin cantik dan ayu,
bertambah menyerlah dengan mekap yang tipis. Untuk seketika dia terleka dengan
keindahan di hadapan matanya. Terfikir bagaimana dia boleh buta menilai diri
Dannia. Kecantikan dan keperibadian isterinya itu.
“Nia
sihat?” soal Harith lagi. Dia tersenyum, Dannia ketara mahu mewujudkan suasana
dingin antara mereka berdua.
Dannia
malas mahu menjawab, pantas membelek kertas yang berada dihadapannya
dengan sedikit kasar. Pertanyaan lelaki
itu dibiarkan sepi.
“Nia,
abang tanya ni. Kenapa diam?” Harith masih tidak berputus asa bertanya khabar.
Kepalanya ditongkatkan dengan tangan yang sengaja diletakkan di atas meja.
Dannia
mencebik. Huh, sejak bila mamat ni membahasakan dirinya sebagai abang. Jangan
harap aku nak panggil kau macam tu. ‘tak takut ke jatuh standard bahasakan diri kau tu abang dengan
perempuan kampung macam aku ni’ desisnya dengan wajah yang meluat. Dannia masih
lagi membisu. Harith pantas merampas fail yang berada di tangan Dannia.
“Apa
yang nak dibincangkan?” kepalanya didongak untuk memandang Harith. Pandangannya
berlaga dengan anak mata hitam pekat milik Harith. Lama. Segera Dannia
mengalihkan pandangannya apabila dirasakan hatinya berdetak kian kencang dan
kalah dengan panahan mata itu.
“Nia
sihat?” Harith masih menagih jawapan.
“As you can see.” jawabnya selamba walaupun
nada suaranya terasa bergetar namun masih mengekalkan kedinginannya.
“Family Nia? Nia ke mana menghilang
selama ni?” soalnya lagi. Begitu susah untuk mendengar suara Dannia. Seolah
olah ada emas di dalam mulutnya.
“That is my personal. Tak ada kena
mengena dengan awak” Sibuk je nak tahu. Bukannya selama ni Harith peduli akan
dirinya. Buat apa susah susah nak bagi report
pada Harith. Buang masa aje. Lagipun Harith tidak layak untuk mengambil tahu
hal peribadinya.
Harith
tersenyum dengan jawapan Dannia. Masih marah, desis hatinya. Namun dia suka
dengan penampilan baru isterinya. Nampak begitu yakin di tambah dengan satu sut
persalinan yang agak sesuai dengan jawatan yang disandang.
“That is my personal too. You’re my wife Nia.
Hal yang berkaitan Nia akan jadi hal abang jugak. Jangan nak nafikan tentang
itu” tungkas Harith pantas. Tiada kedengaran lagi bahasa ‘nama dan awak’ kini
diganti dengan ‘saya dan awak’. Jelas
jelas Dannia mahu membina tembok antara mereka. Membina satu tembok yang susah
untuk menembusinya.
“Do I know you, Encik Harith? Jangan nak
perasan, Encik Harith. I takkan
kongsi my personal dengan sesiapa pun
including you.” Tajam renungannya
menikam mata Harith. Sakit hatinya dengan pertanyaan Harith. Pedih hatinya
mengenangkan status yang disandang di samping lelaki itu. Layakkah Harith mahu
bertanyakan perihalnya setelah bertahun lama dia dibuang dari kehidupan lelaki
itu dan tidak dihiraukan.
Berubah
wajah Harith dengan soalan Dannia. Mungkinkah itu salah satu niat Dannia untuk
membuatnya sakit hati. Kalau benar, ya hatinya terasa sakit dan sayu apabila
isterinya sendiri seolah olah tidak mengenali dirinya. Disangka pertemuannya
kali ini akan membuatkan angan-angannya menjadi realiti di mana Dannia akan
menerimanya seperti dahulu. Nampaknya dia terpaksa akur, Dannia kini dan dulu
sudah banyak bezanya. Dannia yang dulu sudah pasti akan berlembut hati untuk
menerimanya kembali tanpa teragak-agak. tetapi jika sekarang.. Harith nampak
kabur.
“Nia
masih marahkan abang kan?” Harith sengaja ingin menduga Dannia dan menanti
dengan sabar. Wajah Dannia yang dingin dan tiada perasaan dipandang. Mencari
jika ada riak wajah yang terpamer. Hampa, tiada langsung.
“Dah
la Encik Harith. Kalau tak ada apa apa lagi sila keluar dari bilik ini. I ada banyak lagi kerja nak buat.” Harith
tidak mempedulikan arahan Dannia, malah mengambil tempat duduk bertentangan
dengan gadis itu. Diamati wajah Dannia dari dekat. Diikutkan hatinya, mahu
sahaja memeluk Dannia. Rindunya pada Dannia hanya Tuhan yang tahu.
Dannia
yang bangun mengejut membuatkan Harith tersentak. Muka Dannia yang merah padam
dipandangnya sebelum gadis itu melangkah laju menuju ke arah pintu. Belum
sempat tangan Dannia mencecah tombol pintu, Harith menarik kuat lengan Dannia.
Tarikan yang kuat menyebabkan mukanya tersembam di dada Harith. Lantas tangan
Harith merangkul erat tubuh Dannia yang kecil itu.
“Apa
ni?” Dannia meronta di dalam pelukan Harith. Terkaku dengan perlakuan Harith
yang spontan dan tidak dijangka olehnya.
Tangan
kasar Harith memaut keras pinggang Dannia, malah mengeratkan lagi pelukannya ke
tubuh itu yang kian kuat meronta. Terasa lekuk tubuh Dannia yang hangat di
badannya. Namun sekuat mana rontaan Dannia langsung tidak dapat melawan tubuh
sasa dan tenaga lelaki Harith.
“Lepaskan.....” jeritan kecil Nia terhenti apabila
terasa kucupan di bibirnya. Terkejut bukan kepalang dengan perbuatan Harith
yang berani. Bulat matanya memandang Harith. Dannia sedaya upaya melepaskan
mulutnya dari pautan bibir Harith. Setelah beberapa minit bibirnya dilepaskan. Sesak
nafas dirasakan. Namun pelukan dibadannya masih jitu bersatu dengan Harith.
“Abang
rindukan sayang. I really miss you.”
Harith berkata perlahan, tanpa sempat ditahan-tahan. Sebuah kucupan dihadiahkan
di dahi Dannia. Sungguh dia rindu pada gadis yang kini berada di dakapannya.
Semacam tak percaya angan-angannya kini menjadi realiti. Berada di pelukan
Dannia walaupun gadis itu langsung tidak membalas pelukannya. Harith
mengeratkan lagi pelukannya.
Dannia
pula langsung tidak mempedulikan kata rindu yang diucapkan oleh Harith. Pelukan
Harith sedaya upaya dileraikan.
“I can’t breath. Lepaskan saya En....”
sekali lagi bibirnya dipagut, kali ini terasa bibir Harith menekan lembut
bibirnya. Namun kali ini Dannia tidak meronta lagi. Dirinya statik tidak
bergerak. Terasa lemas dengan kucupan Harith. Sayu hatinya dengan perbuatan
Harith. Sampai hati Harith melakukan perbuatan ini padanya. Tiba tiba sahaja
Dannia menolak kuat tubuh Harith menyebabkan tautan bibir mereka terlerai.
Harith yang tidak bersedia terdorong ke belakang. Dannia mengesat bibirnya
dengan telapak tangan, teras jijik dengan perbuatan Harith, apatah lagi
terbayang adegan Harith yang pernah berkucupan dengan Suzanne. Matanya berkaca
kaca memandang Harith yang kaget. Sedaya upaya menahan air mata yang mula
bertakung di tubing matanya. Lantas pintu bilik Dannia dihempas.
Dannia
melangkah laju menuju ke tandas. Dia perlu mententeramkan hatinya yang gundah
itu. Di dalam bilik, Harith meraup muka berkali kali. Menyesal dengan
perbuatannya, sikapnya yang terburu buru menyebabkan Dannia terluka. Kemudian
Harith perlahan meninggalkan bilik Dannia dan menuju ke biliknya. Hatinya turut
gundah mengenangkan sikap Dannia yang dingin. Gadis itu awal-awal lagi telah
membina benteng untuk menjauhinya, ‘Bagaimana harus ku pujuk Nia’.
Dibilik
air, Nia teresak esak menahan tangisnya. Lama dia berteleku di dalam bilik air.
Ingin keluar bimbang staf yang lain melihat wajahnya yang mendung dan matanya
yang merah. Segera dia mencapai telefon bimbit yang berada di dalam poketnya
dan menaip mesej untuk mengambil emergency
leave. Kepada Iqbal mesej itu diberitahu, bimbang jika ada yang tercari
cari.