Monday, September 3, 2012

BAB 55 [KASIHKU YANG SATU]

Bab 55


                Bunyi hon bertalu-talu dari belakang membuatkan Dannia semakin resah. Sesekali dia melihat jam di pergelangan tangannya. Dia resah sendiri, waktu untuk berjumpa clientnya sudah hampir tiba, namun dia masih lagi dalam perjalanan menuju ke sana. Berkali-kali juga dia cuba menelefon clientnya namun gagal, langsung masuk ke peti simpanan suara. Dia terasa ingin menjerit geram, dan bertambah geram apabila saat itu jalan sesak kerana berlakunya kemalangan.
            ‘Huh, kenapalah time ni jugak nak kemalangan. Buatlah lepas ni ke ape ke?’ desis hatinya geram. Teringatkan kerenah kliennya nan satu membuatkan dirinya bertambah sakit hati. Adakah patut lelaki yang hanya dikenali sebagai Daniel mahu Dannia sendiri berjumpa dengannya. Banyak sungguh rungutan yang diterima oleh wakil yang telah dihantar untuk menguruskan hal berkenaan projek yang dilakarkan olehnya sendiri. Padahal sebelum ini tidak pernah sekalipun lelaki itu merungut tentang lakaran yang dibuat. Entah apa pula kali ini yang tidak kena. Mahu atau pun tidak terpaksalah dia sendiri berjumpa dengan lelaki itu. 
Pada mulanya Dannia menetapkan temujanji mereka pada waktu petang kerana hanya pada waktu itu sahaja masa yang ada untuk meluangkan masa berbincang. Malah lelaki itu membatalkan temujanji mereka pada saat-saat akhir dan menetapkan pada waktu malam. Sudah berkali-kali Dannia bertegas untuk tidak membuat perbincangan diluar waktu bekerja, namun lelaki itu hanya membuat tidak endah sahaja dengan pendiriannya. Sudahnya Dannia yang terpaksa beralah demi masa depan syarikat milik keluarganya.
Sungguh dia menjadi semakin geram apabila mengingatkan client nya yang seorang itu. Sesuka hati membuat temu janji di waktu malam. Sudahlah ingin bercakap dengannya menggunakan orang tengah. Ingin bertemu pula pada jam sebegini ketika orang lain enak beristirehat. Kesian anak terunanya yang seorang. Pasti tertunggu tunggu akan kepulangannya. Petang tadi dia sudah berniat mahu membawa anaknya keluar namun terpaksa pula di batalkan di saat akhir. Nasiblah Harraz masih kecil dan masih belum mengerti, kalau lah anaknya sudah besar pasti memuncung mulutnya kerana memungkiri janji.
“Ish, kenapa tak boleh call langsung ni?” rungutnya geram apabila sekali lagi dia cuba mendail nombor yang sama. Dannia bengang sendiri. Kalau diikutkan hatinya mahu sahaja dia membuat u-turn dan terus pulang, namun dia mempunyai tanggungjawab yang lain. Pasti papanya marah dan mengamuk jika sesuka hati membatalkan pertemuan itu jika tiada sebab yang munasabah. Niatnya hanya mahu memastikan Encik Daniel sedia maklum akan kedatangannya yang sedikit lewat dari jam yang di janjikan.
Sesekali dia membunyikan hon apabila di rasakan kereta di hadapannya bergerak agak lambat. Jalan yang begitu sesak membuatkan dirinya seakan mahu menjerit.  Dannia menekan butang radio dan mencari kegemarannya. Dia menaikkan volume suara mengatasi bunyi hon yang bingit kedengaran. Sekurang-kurangnya keresahan yang dirasainya sedikit berkurang apabila mendengar DJ radio berceloteh. Hampir setengah jam terperangkap, barulah Dannia mampu menarik nafas lega apabila keretanya kembali meluncur laju menuju ke destinasi pertemuan empat mata dengan klien syarikat papanya.
Setibanya di tempat yang dijanjikan, Dannia memarkirkan keretanya sebelum terkocoh-kocoh keluar sehingga dia berlari anak. Bimbang jika dia dikatakan seoang yang tidak menepati masa. Ini pun dia sudah terlewat sepuluh minit. Setelah mendapatkan tempat, matanya melilau mencari seseorang. Dia memandang lagi yang berada di dinding restoran yang hampir dengannya. Sudah hampir setengah jam menunggu, namun bayang manusia yang di tunggu masih belum tiba. Dia cuba bertenang dan berselawat sebanyak yang mungkin. Hatinya berdebar-debar. Setiap mausia yang melewati restoran itu di lihat dengan penuh debaran. Dahinya berpeluh peluh walaupun berhawa dingin. Nampaknya dia yang tiba awal, disangka dialah yang paling lewat. Kalau tahu dia menunggu sebegini lama, pasti dia memandu dengan penuh berhemah.


      Dari suatu sudut, Harith memandang tanpa jemu orang yang sudah lama di carinya.  Memandang dengan penuh rasa rindu. Akhirnya dia dapat juga bertemu dengan isteri yang telah meninggalkannya hampir dua tahun. Dia tidak pernah menyalahkan Dannia diatas apa yang terjadi pada rumah tangga mereka berdua. Sebaliknya dialah yang bersalah kerana terlalu terleka dengan permainan manusia yang ingin merosakkan rumah tangganya tanpa di sedari. Hampir dua tahun, Harith bagaikan orang gila mencari Dannia yang hilang tanpa dapat di jejaki.
      Sesudah akad nikahnya dengan Athirah, dia bergegas ke rumah sewa isterinya untuk memujuk Dannia. Ingin menjelaskan apa yang terjadi adalah salah faham semata-mata. Lain yang dia harapkan lain yang terjadi. Hampir dia terjelepok apabila mendapat tahu Dannia sudah berpindah keluar dari rumah sewanya. Hatinya hancur apabila Dannia tega meninggalkannya tanpa sebarang perkhabaran. Sungguh terasa mahu meraung dia di situ apabila Hanna memeberitahu Dannia sudah tidak tinggal di situ. Penat dia memujuk rayu Hanna untuk mengetahui keberadaan Dannia, namun gadis itu hanya membisu seribu bahasa, malah gadis itu memarahinya dengan begitu teruk. 
      “Hanna, please bagitahu Dannia di mana?” Rayuannya langsung tidak diendahkan. Merah padam muka Hanna menahan geram dan sakit hati. Ikutkan hatinya yang sedang membara, mahu sahaja di tempeleng lelaki yang telah membuat sahabatnya menderita dengan begitu untuk kali kedua. Sudah madu diambil sepah dibuangnya. Hei, geram sungguh.
      “Tak payahlah kau nak pujuk rayu aku. Aku ingatkan kau betul-betul sayangkan Nia. Tak sangka, aku pun boleh tertipu dengan lakonan ni. Kau memang hebat. Memang layak dapat award.” Sinis Hanna menyindir Harith.
      “Hanna, semua tu salah faham. Saya tak pernah curang, saya setia dengan kawan baik awak. I really love her. Semua ni satu perangkap.” Harith cuba meyakinkan Hanna tentang perasaannya pada Dannia. Dia rela merayu pada Hanna demi mendapat tahu keberadaan isterinya.
      “Tak payahla kau nak jelaskan apa-apa pada aku. Jangan harap aku akan percayakan kau lagi. Dah la Harith, kau tak payah buang masa kat sini. Pergilah bersuka ria dengan bini baru kau tu. Sekali pun kau merayu kat sini, tak ada gunanya. Aku takkan benarkan kau tahu sedikit pun pasal Dannia. Lupakan dia.” Serentak itu, Hanna terus menutup kasar pintu rumahnya. Langsung tidak di pedulikan jeritan Harith yang merayu rayunya.
Hampir sejam dia berdiri di hadapan rumah itu, sebelum dia berputus asa. Hanna takkan menolongnya. Dia yakin gadis itu terlalu berpegang kepada janji. Sudahnya dia pulang dengan perasaan hampa. Dia pulang ke banglonya, langsung membiarkan Athirah terkontang kanting seorang diri di rumah keluarga gadis itu. Takkan sesekali dia mengakui Athirah itu isterinya. Telefonnya beberapa kali berdering dan berkeping keping mesej masuk langsung tidak di hiraukan. Dia tahu semua itu datang daripada Athirah.  Malam itu langsung Harith tidak dapat melelapkan matanya kerana terlalu teringatkan Dannia. 
      Gadis itu sungguh licik menyembunyikan diri. Untuk kali kedua dia tidak berjaya menemui isteri kesayangannya. Dan apabila secara kebetulan dia melalui pantry ketika waktu tengah hari, Amira dan beberapa lagi rakannnya yang lain sedang enak berbual tanpa menyedarinya di sebalik pintu.
“Rugi Kak Leha tak ikut kitorang hang out dengan Dannia hari tu.” Ujar Amira menggamatkan lagi suasana di dalam pantry yang hanya memuatkan hampir sepuluh orang kakitangan. Yang lain hanya mengangguk tanda setuju.
“Eh, ye ke? Ish, bukannya akak tak nak ikut. Anak akak demam la..ikutkan hati mahu je akak bawak sekali Haikal tu.” Rungutnya sambil memasukkan lagi nasi yang berada di sudunya. Dikunyahnya dengan perlahan.
“Ceritalah apa yang korang bualkan. Nia sihat? Dia tinggal kat mana sekarang ni?” Soal Zaleha dengan penuh sabar. Seingatnya lama juga dia tidak bertemu Dannia. Bila diajak berjumpa ada pula halangannya.
“Sabarlah Kak Leha oi, sebelum terlupa dia kirim salam kat Akak. Katanya dah lama tak jumpa. Rindu..”
“Ish, ingat jugak dia kat akak. Dia cakap apa lagi?”
“Kalau kak Leha nak tahu sekarang ni dia kerja kat satu syarikat yang terkemuka kat KL ni. Cantik tau dia sekarang ni. Mesti semakin ramai peminat dia kan? Maklum jelah, siapa tak terpikat kat gadis cantik macam dia. Kalau saya ni lelaki pasti jatuh tersungkur kat kaki dia. Bodoh betul kan Encik Harith tu. Sanggup curang, dah tu kahwin pulak dengan minah senget tu. Meluat betul.” Panjang lebar Amira bercerita. Langsung tidak menyedari ada seseorang yang mendengar di sebalik dinding.
“Tabah betul Nia tu kan? Kalau akak kat tempat dia, hai tak tahulah apa yang terjadi.” Zaleha teringatkan wajah cantik manis Dannia yang pernah rapat dengannya.
“Kak Leha nak tahu tak? Nia sekarang ni dah ada anak tau. Hari tu dia ada bawak anak dia sekali. Hensem betul, kacak. Nasib baik kecik lagi, kalau dah besar..ish” Amira menepuk perlahan meja di hadapannya.
“Kau ni, semua lelaki hensem kau nak sapu. Pantang betul. Siapa nama anak dia?” Malas Zaleha mahu melayan lawak tak berapa cerdik Amira.  Mukanya dijuihkan.
“Danish Harraz.” Lancar salah seorang yang berada di situ.
“Wow, cantiklah nama tu.”
“Memang pun, memang kena sangat la dengan anak Dannia tu. Orangnya pun hensem. Kau tahu, pandai sangat Harraz ni. Dah macam orang dewasa aku tengok. Geram betul aku dengan anak dia tu. Lpeas ni aku kena cari orang yang hensemlah. Baru anak aku hensem jugak ikut bapak dia.” Amira mula berangan.
“Berangan lah kau. Eh aku ingat nak jumpa dia la. Kau set la date sekali lagi. Kali ni aku mesti ikut, bawak Haiqal sekali.”
“No hal lah, lagipun Dannia tu pun masih kat KL ni jugak.”
“Wah tak sabarlah akak nak jumpa Nia. Apa nama company yang Nia kerja tu?” Soal Zaleha lagi inginkan kepastian.
“R & K Holding” Zaleha menganggukkan kepalanya beberapa kali.
Bunyi deheman seseorang mematika perbualan mereka semua yang ada di dalam pantry tersebut. Masing-masing terus terdiam, suasana yang tadinya gamat terus sunyi sepi.
“Apa yang korang bualkan ni?” Harith menapak masuk ke dalam pantry. Ingin turut serta mengambil bahagian dalam perbualan yang membuatkan dia teruja. Seorang demi seorang tersengih sumbing dan beberapa orang lagi mula melangkah keluar setelah menundukkan wajah tanda hormat. Kini tinggalkan Zaleha dan Amira. Sebenarnya Amira juga ingin berlalu meninggalkan Harith dan Zaleha, tetapi niatnya terbantut apabila tempat duduk Harith menghalangnya daripada keluar. Terpaksalah dia menahan mata dan telinga mendengar perbualan dua manusia di hadapannya. Soal Dannia terus di tutup, ini semua kerana janjinya.
“Apa yang korang bualkan tadi, saya sempat dengar R & K Holding je tadi. Siapa yang kerja kat sana?” Soal Harith cuba mengorek rahsia. Tangannya mencapai sebotol air yang di hulurkan oleh setiausahanya itu.
“Kawan saya Encik Harith. Kami berbual kosong je.” Amira menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Matanya langsung tidak memandang wajah majikannya, bimbang jika dapat di kesan oleh lelaki itu dia sedang berbohong.
“Siapa? Saya kenal ke?” walaupun sudah jelas di telinganya tadi, dia tetap mahu mneyoal Amira dan Zaleha. Dia yakin Amira dan Zaleha bercerita mengenai isterinya, Dannia. Dia yakin sangat, tetapi dia menjadi gusar tiba-tiba apabila teringatkan empunya nama lelaki yang di sebutkan oleh Amira. Siapa lelaki itu?
“Er.. macam mana eh? Rasanya tak kenal kut” Tergagap Amira menjawab. Aisyemen..sejak bila pulak aku ni jadi gagap? Aduh..mampuslah kalau rahsia terbongkar.
“Betul ke saya tak kenal?”
Zaleha dan Amira saling berpandangan. Cuak dengan pertanyaan Harith apabila lelaki tu bagaikan cuba mengorek sesuatu daripada mereka berdua.
“Betullah Encik harith. Ermm, kami bererdar dululah ya. Lagipun kami belum solat lagi ni” Pinta Zaleha dengan senyuman yang kelat. Jelas mereka berdua berbohong. Terasa kejang mulutnya menghadiahkan senyuman plastik pada Harith. Mereka berdua berlalu dari situ setelah lelaki itu mengangguk menbenarkan mereka berdua berlalu dari situ.



Sedari petang tadi dia tidak senang duduk di pejabatnya. Sungguh perbualan Kak Leha dan Amira benar-benar menganggu emosinya sejak dua hari yang lalu. Penat dia berfikir dan mencari jalan untuk bertemu dua mata dengan dia. Akhirnya rezeki berpihak padanya setelah setahun lebih dia mencari. Sungguh jika mahu diikutkan hatinya ingin sahaja dia menyerbu masuk ke pantry dan bertanyakan hal yang sebenarnya kepada  dua manusia itu. Namun jika difikirkan semula ada baiknya dia mengatur sendiri untuk bertemu tanpa melibatkan orang lain. Tambahan pula Amira dan Zaleha seakan mahu merahsiakan sesuatu darinya.
Harith mengucap syukur. Tidak pernah di sangka selama ini dia berulang alik dari companynya sendiri ke R & K Holding untuk menguruskan projeknya. Langsung tidak di sangka dia akan bertemu lagi dengan isteri kesayangannya dan berada di bawah satu bunbung yang sama walaupun mereka dari dua company yang berbeza.
      Ya Allah, bersyukur padamu kerana menemukan aku dan isteriku.
      Sepanjang petang itu, dia berfikir bagaimana caranya untuk bertemu Dannia. Bagaikan tahu sahaja dia di dalam kesusahan, kehadiran Iqbal membantunya untuk menolongnya dalam projek yang selama ini diuruskan olehnya. Malah Iqbal yang memberinya jalan untuk bertemu dua mata dengan isterinya itu. Dalam susah payah dia membuat perancangan yang teliti untuk bertemu dengan isterinya itu. Setelah dua hari bersengkang mata menyiapkan beberapa keperluan lain dan meneliti apa yang perlu, barulah dia dapat merehatkan diri. Dia melakukan semua ini untuk mendapatkan sesuatu yang lebih menguntungkannya kelak. Biarlah untuk dia hari ini dia berpenat lelah, asalkan di kemudian hari, apa yang di kehendaki menjadi miliknya kelak.


            Dannia memandang lagi jam di I-phone yang diletakkan di atas meja. Rasanya sudah hampir lima belas minit menunggu, namun kelibat lelaki yang dikenali sebagai Encik Daniel masih belum kunjung tiba. Di hati dia membebel geram, ingatkan dia yang paling lewat, tetapi lelaki itu yang lebih lewat darinya. Dia sebenarnya hairan, kenapa kali ini lelaki itu sendiri yang mahu bertemunya, sedangkan selama ini dia hanya wakilkan sahaja untuk berbincang. Ah, mungkin dia ingin mengetahui lebih lanjut, tekanya di dalam hati cuba mengusir andaian buruk.
            Dannia terpinga-pinga ketika seorang pelayan datang membawa dulang kepadanya, namun yang lebih aneh, pelayan itu hanya membawa dulang kosong. Tidak berkelip matanya memandang pelayan itu, mukanya berkerut inginkan jawapan. Pelayan itu tersengih sumbing, sebelum  merendahkan lagi dulang tersebut dengan lebih dekat dengannya itu supaya senang untuknya mengetahui apa yang ada di dalamnya.
            “Untuk saya?” Dannia menyoal setelah mengambil kertas yang berupa kad yang bereben merah dan bergambar hati dengan teragak-agak. Melihatkan anggukan pada wajah pelayan itu, Dannia membuka kad dan membacanya perlahan.
Senyumlah selalu,
sesungguhnya senyummu membuatku merindu,
tawalah selalu,
kerna tawamu membahagiakanku,
andai dapat ku undurkan waktu,
tak mungkin ku mensiakanmu.
‘Kaulah doktor cintaku’..

            “Awak pasti ke ini untuk saya?” tanya Dannia pelik.
            Melihatkan pelayan itu sekali lagi menganggukkan kepala, Dannia bertambah hairan. Ish takkanlah peminat misteri kot..merepek.
            “Siapa yang bagi ni?”
            “Maaf cik, saya tak tahu, saya cuma di minta untuk sampaikan kad ini sahaja.” Belum sempat Dannia ingin bertanya lebih lanjut, pelayan itu terlebih dahulu beredar. Dia memandang sekeliling, manalah tahu jika dia ternampak si pengirim. Dia memerhati lagi di belakangnya pula untuk mencari tanpa menyedari dia diperhatikan dari sebalik tiang besar yang berada di situ.
            Dannia berputus asa. Kali ini di menumpukan pada lelaki yang masih lagi tidak kunjung tiba. Kad yang diterimanya tadi diletakkan ke atas meja setelah puas dia menilik. Seketika kemudian, datang lagi seorang pelayan. Kali ini dia menghantar pelayan  yang lain pula dengan membawa jambangan mawar merah. Bunga tersebut di letakkan di atas meja sebelum datang pelayan lain membawa makanan untuk dua orang menjamu selera. Dannia bengang.
            “Excuse me, rasanya you salah tempat. I datang sini untuk meeting.” Dannia menyuarakan rasa tidak selesanya apabila beberapa pengunjung yang lain mula tertoleh-toleh padanya.
            “Taklah, memang kami diarahkan untuk bawa semua ni ke meja cik.” Sopan sekali pelayan itu memberitahunya. Dannia bingung. Barangnya yang diletakkan ke atas meja terus dialihkan ke tepi. Kertas pembentangannya pula di letakkan di atas kerusi berdekatan dengannya. Ish, takkanlah aku pulak yang salah tempat. Tapi memang tak ada sesiapa pun cakap tempat ni dah kena  reserved.
            “Sorry I’m late.” Mendengar suara yang amat dikenalinya, Dannia terus berpaling ke belakang. Terbuntang matanya melihat orang yang selalu menghadiahkan luka padanya. Mata lelaki itu redup memandangnya. Serentak itu Dannia bangun, tidak sanggup rasanya mahu berada di situ dengan lebih lama.
            “Rasanya saya tak tunggu awak. Saya ada meeting and tengah tunggu klien saya. Please leave..” tegas Dannia bersuara.  Langsung tiada perasaan.
            “Tunggu siapa?” Harith enggan beredar. Masih berdiri statik di kerusi berhadapan dengan gadis itu. Ingin beramah mesra setelah sekian lama menunggu.
            “Mind your own business. Saya tunggu Encik Da..ni..el” Mulutnya terhenti tiba-tiba teringatkan sesuatu. Oh my.. Tak mungkin! Bulat matanya dengan rasa tidak percaya.
            “Yes, I’m Daniel. Daniel Harith.” Senyuman meleret lelaki di hadapannya memperkenalkan diri. Tesenyum mekar, geli hati melihat wajah terkejut Dannia. Comel.
            Dannia terasa mahu pitam. Bagaimana dia boleh terleka untuk mengetahui butiran kliennya dengan lebih lanjut?  Kalau dia tahu Encik Daniel itu adalah Harith, takkan sesekali dia akan berjumpa dengan lelaki itu. Dia rela menyerahkan semua itu pada orang bawahannya.
            “Jangan nak buat lawak kat sini. Saya tak ada masa nak layan lawak tu.” Dingin Dannia bersuara, langsung tiada perasaan walaupun hatinya berdebar sakan. Malah senyuman Harith bertambah membuatkan dirinya penasaran untuk mendekati lelaki itu. Sungguh dia rindukan suaminya itu. Kalau ikutkan hatinya, mahu sahaja dia meluru dan memeluk Harith. Tetapi itu semua tidak mungkin terjadi, Harith sudah mempunyai wanita lain di sisinya.
            Dannia menyembunyikan tangannya yang terasa menggigil. Dikepal tangannya kuat cuba melawan rasa hatinya yang kian sebak menahan rasa yang entah apa yang mahu di rungkaikan.
            “I’m not joking. Duduklah, kita makan dahulu before berbincang, pasti awak lapar kan?” Balas Harith bersahaja.
            Dannia terpanar sendiri. Harith membahasakan ‘saya awak’ dan tiada lagi abang dan sayang yang selalu bermain di bibir lelaki itu. Dannia megerti kini, dirinya sudah tercampak jauh dari hati lelaki itu. Harith sudah tidak memerlukan dirinya lagi. Dannia membuat kesimpulan tersendiri. Dannia menarik nafas panjang sebelum bercakap. Dia memerlukan kekautan untuk berdepan dengan situasi ini. Ya Allah, kuatkanlah hatiku ini..
            Harith menarik kerusi dan pantas duduk apabila Dannia hanya statik di tempatnya. Entah apa yang difikirkan oleh Dannia. Mungkin masih lagi terkejut atau Dannia sudah tidak betah untuk bersamanya ketika ini.
            “Have a sit. Lagi cepat kita makan lagi cepat kita bincang.” Kali ini tanpa diundang Dannia kembali duduk di tempatnya tadi. Kini mereka saling berada bertentangan antara satu sama lain. Dannia hanya menundukkan wajahnya, Harith pula sebaliknya. Sepanjang berada di hadapan Dannia, matanya tidak lepas memandang wajah yang dirinduinya selama ini.
            Harith mula mencapai makanan yang terhidang di depan matanya. Seleranya yang selama ini yang tidak seberapa bertambah apabila Dannia berada di hadapannya. Senang hatinya melihat wajah si isteri.
            Sepanjang menjamu selera, masing-masing diam membisu. Harith membisu kerana tidak ingin membangkitkan rasa tidak selesa isterinya apabila soal mereka berdua dibangkitkan. Dannia pula membisu kerana tidak mahu Harith mempersoalkan hal yang berkaitan dengan diri lelaki itu. Tidak mahu Harith menceritakan hal peribadinya bersama wanita lain di sisi lelaki itu. Tidak sanggup!
            “Nia apa khabar?” Harith mula bersuara apabila makanan di dalam pinggannya sudah licin. Kali ini dia benar-benar berselera. Tengok sahaja makanan yang terhidang, dia mampu menghabiskannya. Dia benar-benar kelaparan, apatah lagi terasa baru hari ini dia mampu makan dengan tenang dan senang hati.
            “Baik” jawabnya sepatah. Sedari tadi dia tidak mapu untuk makan dengan tenang. Pandangan Harith yang memaku padanya membuatkan dirinya kekok.  Perlahan air minuman di teguknya perlahan, cuba mengurangkan debaran di dada. Pinggan di tolak ke tepi, tidak mampu dihabiskan olehnya.
            “Kenapa tinggalkan abang?”
            Soalan Harith membuatkan Dannia terkelu. Mulutnya kaku untuk berbicara. Malah, dia tidak punyai jawapan untuk itu.
            “Kita datang sini untuk berbincang..” potong Dannia laju.
            “Kita tengah berbincang..”
            “Maksud saya.. our project.” Pintas Dannia laju sebelum Harith berkata lebih lanjut.
            “Sekejap lagi..kenapa Nia tinggalkan abang macam tu?” Lirih Harith bersuara. Harith inginkan jawapan, sungguh dia tidak dapat menerima apabila dirinya ditinggalkan tanpa sebarang perkhabaran. Hanya surat perletakan jawatan dan juga borang perceraian yang dititipkan padanya. Tangan Dannia yang berada di atas meja dicapainya lalu di genggam erat. Harith mengemaskan pegangannya apabila Dannia cuba menarik.
            “Nia..please. sanggup Nia tinggalkan abang macam tu. Why? Abang macam orang gila cari Nia. Kenapa Nia tak percayakan abang dan tak pernah dengar penjelasan abang?” Merah matanya menahan rasa hati. Diam Dannia membuatkan hatinya sakit.
            “Kalau datang sini semata-mata nak cakap benda yang tidak berfaedah, I think better we end up our discussion.” Tegas Dannia bersuara. Dia tidak mahu hatinya terpujuk dengan rayuan Harith. Cukup! Hatinya sudah cukup terseksa. Padanya, hubungan antara mereka sudah tamat di saat lelaki itu menikahi perempuan lain.
            “Nia please, I need an explaination.” Harith cuba manghalang Dannia, lengan Dannia dipaut erat apabila Dannia cuba beredar dari situ. Dannia mencerlung garang, hatinya panas dengan Harith, sesuka hati memegang tangannya. Ikutkan hati terasa mahu sahaja direntap tangannya dengan kasar. Dia cuba menarik lengannya tetapi terasa semakin erat pula pegangan Harith.
            “Take off your hand” Sepantas kilat dia merentap tangannya.
            Harith terkejut. Namun dia juga pantas berdiri dan memegang erat kedua belah bahu Dannia. Pandangan orang ramai langsung tidak dihiraukan. Apa yang lebih penting kini ialah Dannia. Dia tidak mahu melepaskan Dannia dari hidupnya lagi. Cukuplah dua kali dia ditinggalkan. Rasanya dia tidak mampu untuk teruskan hidup tanpa gadis itu.
            Mata Harith dan Dannia saling bertentangan. Dannia gelisah, dia malu apabila adegan mereka di tonton oleh orang lain.
            “Lepaskan saya.” Dannia cuba meleraikan tangan Harith.
            “Listen here, abang takkan benarkan Nia pergi dari hidup abang. Abang tak pernah berlaku curang, kenapa Nia tak pernah nak percayakan abang?”
            “Please, orang ramai ni. Tak malu ke?” tanpa menjawab soalan Harith. Mukanya sudah merah padam melihat beberapa orang yang turut sama berada di dalam restoran itu sesekali memandang mereka dan kemudian berbisik. Ada yang tersenyum-senyum melihatnya.  Mungkin menyangkakan pergaduhan pasangan kekasih.
            “Biarlah diorang nak tengok. Abang tak kisah.” Selamba Harith menjawab sambil merenung tajam wajahnya.
            “Saya ni bukannya macam awak. Awak tu memang muka tak tahu malu.”
            “Whatever..” Langsung tiada marah dengan sindiran Dannia kepadanya. Rasa rindunya melebihi rasa marah dan geram. Lama dia merenung Dannia. Sedikit sebanyak rindunya terlerai, ikutkan hatinya mahu sahaja dipeluk erat tubuh itu. Tetapi dia masih waras, Dannia masih tidak dapat menerimanya kembali.
            “I miss you so much” bisik Harith perlahan. Redup matanya merenung wajah gelisah Dannia.
            “I hate you” balas Dannia.
            “I know, but i love you
            “Benci sangat ke Dannia pada abang?” Dannia bungkam dengan soalan Harith. Lidahnya kelu. Dibiarkan soalan itu sepi tanpa jawapan. Hatinya semakin lama semakin merintih. Dia sayangkan Harith, cintakan Harith, tetapi dia tidak dapat menerima ada wanita lain di samping suaminya itu.

            Dannia merentap kuat dan terus berlalu pergi. Harith yang tidak menduga terlepas pegangannya dari bahu Dannia. Laungan Harith langsung dibiarkan dan tidak dihiraukan. Hatinya menangis. Dari langkah yang laju bertukar menjadi larian apabila dia menoleh dan melihat Harith sedang cuba mengejarnya. Sebaik sahaja dia sampai di tempat parkir kereta, Dannia terus meloloskan dirinya ke dalam perut kereta dan lantas pintu dikunci. Enjin kereta terus dihidupkan, tanpa menghiraukan ketukan yang bertalu di cermin dan laungan Harith, keretanya meluncur laju meninggalkan Harith. Dari cermin dia dapat melihat harith masih mengejarnya sebelum berhenti memerhatikan keretanya sehingga bayangan Harith langsung hilang dari pandangan.

1 comment: