Bab
40
Harith menyepikan diri di dalam kereta. Entah kenapa sejak akhir
akhir ini kepalanya begitu rungsing mengenangkan Dannia. Dia sering melihat
isterinya itu bersama dengan anak Tan Sri Raziff. Sakit hati juga dia melihat
kemesraan yang terbentang di hadapan matanya. Perasaan cemburunya meluap-luap.
Dannia begitu seronok melayan dan bergurau senda dengan Zafrey. Siap bertepuk
tampar segala. Naik berbulu matanya melihat aksi manja. Terasa dayus pula
dirinya membiarkan isteri sendiri bergelak ketawa dengan lelaki lain. Tapi
apakah dayanya, dia dan Dannia bukan seperti
pasangan suami isteri yang lain. Oleh kerana itulah dia nekad untuk
mengintip segala gerak geri wanita kesayangannya.
Ingatkan dia dan
Dannia sudah berbaik apabila layanan Dannia sudah semakin mesra, tetapi
semuanya musnah dek kedatangan Iqbal dan Athirah. Kerana gadis itu, Dannia
semakin menjauh darinya. Di sebabkan gadis itulah dia dan Dannia kembali
bermasam muka.
Hari ini seharian
dia mengintip Dannia tanpa gadis itu sedari. Cuma dia terasa tidak berpuas hati
kerana tempat tinggal gadis itu belum diketahuinya. Jika dia ingin mengekori
Dannia sehingga ke rumah gadis itu, ada sahaja panggilan yang diterimanya untuk
bertemu client. Mahu atau tidak terpaksalah dia mengikutnya mengenangkan hal
ini amat penting untuk masa depan syarikatnya dan juga untuk menjaga reputasi
syarikatnya.
Harith memerhati
lagi pasangan dua sejoli yang sedang ketawa ceria. Gadis itu amat manis dan
menawan ketika ketawa. Namun aneh, dengannya tidak pula Dannia tersenyum
sebegitu. Alangkah indahnya jika hanya dia menerima senyuman semanis itu. Pasti
hidupnya akan sentiasa dilimpahi bahagia. Tapi itu tidak mungkin, gadis itu
semakin lama semakin jauh. Semakin dekat dia menghampiri semakin jauh pula dia
pergi. Dia benar benar buntu dengan sikap Dannia. Bagaimana lagi harus dia
memujuk rayu dan meminta maaf daripada gadis itu. Dia telah pun berubah demi
meraih sebuah cinta sang isteri. Mungkin masih tidak kesampaian agaknya.
Terpaksalah dia berusaha dengan lebih gigih. Bukanlah dia telah berjanji dengan
dirinya sendiri. Dia akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan Dannia.
Selang beberapa
minit menunggu dan melihat Dannia dari jauh, datang pula seorang lagi jejaka
yang dia cukup kenal. Ezmiel! Tanpa rasa segan dan silu lelaki itu memeluk
Dannia. Harith mencengkam kuat stereng keretanya menahan rasa marah. Dannia
hanya biasa biasa sahaja. Gadis itu
langsung tidak langsung menunjukkan riak marah malah semakin galak bersenda
gurau. Dia tertanya tanya sendiri, apa sebenarnya hubungan Dannia dan Zafrey
juga Ezmiel. Takkanlah gadis itu mempunyai dua kekasih, adik dan abang pula tu.
Gila! Tak masuk akal langsung. Atau kekasihnya adalah salah seorang daripada
mereka, tapi mustahil juga, tiada riak cemburu antara keduanya apabila melihat
kekasih hati dipeluk oleh jejaka lain. Sporting
giler..! kalau dia yang berada di tempat mereka mesti naya dikerjakannya. Nak
dikatakan sepupu lagilah jauh. Setahunya Dannia langsung tiada kena mengena
dengan Zafrey dan Ezmiel, apatah lagu hubungan kekeluargaan antara mereka.
Amboi, takkan dengan sepupu boleh berpeluk sakan.
Ezmiel dan Zafrey
ketawa sakan melihat wajah cemberut Dannia yang begitu hampa dengan jawapan
spontannya sebentar tadi terus wajah itu masam mencuka kerana dipermainkan.
Malu sungguh jika orang lain juga turut terdengar bual bicaranya dengan Zafrey
dan Ezmiel. Di mana dia mahu meletakkan muka. Muat ke kalau sumpat dalam
handbag? Ish mengarut betul dua ekor ni. Ada ke patut cakap macam tu. Aku pang laju laju kang!
“Boleh ke tak ni?
Tak nak cuba?” soal Ezmiel dengan cadangannya tadi. Dia amat berharap Dannia
betul betul bersetuju dengan rancangannya. Dannia mungkin masih tidak tahu apa
yang sebenarnya yang dirancangkan oleh Zafrey dan juga dirinya sendiri. Dia
amat berharap agar semuanya berjalan dengan lancar. Cuma kini tinggal tuan
empunya diri untuk bersetuju. Jika semuanya telah beres, rancangan mereka akan success.
“Ish tak mahulah.
Kenapa pulak nak suruh orang. Carilah orang lain.” Gila. Ada ke patut nak suruh
aku datang dengan kawannya ke majlis ulangtahun papanya. Tak ke gila namanya,
habis reputasi aku nanti. Dah lah budak budak pejabat sibuk duk kenankan aku
dengan Zafrey. Ah dia bukannya kisah sangat jika dikaitkan dengan Zafrey
sebagai kekasihnya. Biarkan mereka. .Cukuplah hanya dia yang mengetahui hakikat
yang sebenar.
“Ish, bolehlah, tak
kesian kat dia ke? Dia nak sangat pertolongan dari kitorang. Setuju ajalah eh?”
kali ini Zafrey pula yang memujuk. Seakan akan merayu pula.
“Ish kenapa beria
ria sangat ni?” pelik betul dengan dua orang abangnya. Hilang ingatan ke apa
dia ni. Silapnya kawan Zafrey dan Ezmiel tu ada niat yang buruk, tak ke naya?
Lagi pula sudah lupakah mereka yang dia ni masih lagi isteri orang? Silap
haribulan dicopnya pula isteri yang curang. Huh, simpang malaikat empat puluh
empat dia tidak mahu semua itu terjadi.
“Ala kitorang nak
mintak tolong aje pun. Kesian kat dia, mahu sangat jadikan Isya partner dia. Kami serius mahu tolong dia
ni. Setuju ya? Lagipun tolong berlakon je jadi girlfriend dia.” Ezmiel pula memujuk setelah Zafrey gagal memujuk
Dannia.
Gadis itu merengus
geram, buntu sungguh dengan pujuk rayu kedua abangnya. Akhirnya dia akur dengan
kehendak abangnya. Lagi pula kesian dengan kawan abangnya yang bernama Faiz
Naim itu. Lelaki itu bersungguh benar mengajaknya ke majlis itu bersama.
“Yelah…tapi kalau girlfriend dia serang orang, tahu lah
macam mana nanti.” Ugutnya pula. Bimbang juga jika teman wanita lelaki itu
menyerangnya dengan tiba tiba, tak ke haru namanya. Tak pasal pasal dicopny
pula perempuan perampas.
“Dia tak de girlfriend la. Kalau dah ada takkan la
dia nak ajak Isya pulak. Ish perempuan ni, tanya soalan tak genius betul.”
Kutuknya Ezmiel pula. Zafrey hanya mengekek ketawa. Padahal mereka semua sudah
meminta izin daripada tewan wanita Faiz Naim sendiri dan menyatakan rancangan
mereka mahu mengenakan seseorang. Malah wanita itu sendiri ingin berlakon sama.
Sporting betul dapat girlfriend seperti itu..huhuhuhu…
“Amboi mulut.. Kang
tarik balik baru padan muka” Dannia mencebik geram. Orang nak tolong dikutuk
pulak.. sabar ajelah dengan budak dua ekor ni..
“Ish, dah la. Jom
kitorang teman beli baju untuk dinner
nanti. Abang Zaf nak belanja tu.” Ujar Ezmiel seraya menarik tangan Dannia
menuju ke kereta milik mereka. Zafrey yang mendengar celoteh Ezmiel mencerlung
tajam. ‘aku pulak kena. Ceh, mengada betul budak sekor ni. Dia yang beria aku
pulak jadi mangsa.’
“Apa pasal pulak
aku. Memanglah aku nak belanja tapi kaulah yang bayar.” Balasnya selamba. Kini
giliran Dannia dan Zafrey pula mengekek apabila melihat Ezmiel bercekak
pinggang menahan geram dengan usikan Zafrey.
“Dah la tu. Sampai
bila nak bertekak ni? Jomlah dah tak sabar nak shopping. Korang berdua mesti sponsor
orang shopping hari ni. Jom” dengan
wajah riang dia masuk ke dalam perut kereta. Wajah cemberut kedua abangnya
langsung tidak dipandang. Padan muka.. Hatinya ketawa lepas.
Malam yang ditunggu
tunggu akhirnya tiba. Nasib baik juga Dannia bersetuju untuk mengikuti kehendak
mereka. Kalut sungguh mereka petang tadi memujuk Dannia dan mencari baju
adiknya untuk ke majlis itu malam nanti. Ini semua kerana rancangan last minute Ezmiel. Entah kenapa tiba
tiba lelaki itu mahu membuat rancangan begitu. Pada mulanya Zafrey sendiri
tidak bersetuju dengan rancangan itu. Namun setelah diberi alasan dan sebab
yang munasabah, dia berfikir panjang sebelum bersetuju. Harith harus dia ajar.
Biar lelaki itu tahu bagaimana sakitnya apabila orang yang kita kasihi
mendampingi orang lain.
Sementara di bilik
Dannia, gadis itu sedang bersiap sedia dan merapikan dirinya untuk ke majlis
ulang tahun syarikat milik keluarganya. Kali ini diraikan dengan agak mewah.
Kata papanya kali ini agak ramai yang dijemput untuk meluaskan lagi business mereka ke serata dunia. Peluang
itu harus digunakan sebaiknya.
Dia bimbang juga
sebenarnya, manalah tahu jika terjumpa orang yang dia kenal nanti di sana, tak
pasal-pasal pula timbul gosip lain. Bukan boleh dipercaya sangat manusia zaman
sekarang, nak juga buat gosip yang bukan-bukan. Kalau yang baik tak apalah
juga, ni kalau dah buruk buat sakit hati je.
Dannia memusingkan sekali lagi badannya yang dibaluti gaun yang tidak terlalu
kembang berwarna merah hati. Menyerlahkan lagi kulitnya yang sedia cantik.
‘Ok lah ni kot.’
Desisnya perlahan, berpuas hati dengan penampilannya kali ini. Semua ini
dihadiahkan oleh kedua abang abangnya.
“Isya, dah siap
belum. Dah lewat ni!” jerit Ezmiel dari bawah. Mereka bertiga akan bertolak
bersama. Sementara Faiz Naim dan teman wanitanya akan menunggu mereka di sana.
Lakonan mereka juga akan bermula sebentar lagi tanpa pengetahuan Dannia. Di
hati masing masing berdoa supaya rancangan ini berjalan lancar. Lelaki itu juga
telah dipastikan untuk datang ke majlis itu di atas jemputan papa mereka
sendiri. Mahu atau tidak lelaki itu terpaksa mengikutnya kerana mahu menjaga
nama baik syarikatnya sendiri tambahan pula dengan kerjasama antara dua buah
syarikat itu telah berjaya dengan jayanya.
“Dah siap ni.
Kejaplah.” Sahutnya dari bilik atas. Kalaulah di dengari orang lain mahu
dikatanya banglo itu dihuni oleh keturunan tarzan. Dannia kelam kabut mencapai
tas tangan dan heelnya. Dia bergegas
turun menuruni tangga dengan berhati hati. Jika dia semakin lewat bimbang pula
dileteri oleh Ezmiel. Lelaki itu memenag suka berleter, mengalahkan ibunya di
kampung. Dannia tersenyum kecil. Sempat dia mengutuk abangnya yang tengah.
Kalaulah lelaki itu tahu, mahu diluku kepalanya.
“Amboi lambatnya
tuan puteri bersiap. Lama kitorang tunggu tau?”
‘Aku dah agak,
mesti kena bebel dengan mamat ni. Wajah tidak sabar lelaki itu dipandang.
Ezmiel juga terpegun melihat kecantikan yang diwarisi oleh adiknya. Nasib baik
adik aku. Kalau tak dah lama aku ayat budak ni. Ezmiel tersengih sendiri. Nakal
betul otaknya berfikir.
“Orang sembahyang
dulu lah. Tak reti nak bersabar betul. Entah solat ke tidak dia ni?” sindirnya
perlahan. Tidak memandang wajah Ezmiel yang merenungnya geram.
“Ewah mulut, laju
betul eh? Abang Ez dah solat la. Hish dia ni ada je benda nak disindirnya..”
tukas Ezmiel lagi. Mukanya di masamkan sengaja mahu mengusik Dannia. Bukan
betul pun sebenarnya. Hehehe..
“Alahai merajuk ke?
Buruk benar rupanya orang tua kalau dah merajuk. Tak macho langsung. Tak payah lah nak buat muka seposen tu. Dah lewat
ni. Jom..kita sambung besok aje eh?”
matanya dikelipkan beberapa kali. Comel sekali.
Ezmiel yang geram
bertambah geram, laju tangannya mencubit pipi mulus Dannia sehingga terjerit
gadis itu menahan sakit. Padan muka!
“Sakitlah, tengok,
habislah comot kalau macam ni?” rengeknya geram. Jelingan maut diberikan se das
kepada Ezmiel yang galak ketawa.
“Mana ada, kalau
tak percaya cuba tengok kat cermin tu” mulut Ezmiel memuncung menunjukkan arah
cermin yang terdapat berhampiran dengan mereka.
“Dah la, malas nak
layan…” rajuknya manja. Dalam hati bukan main seronok ketawa melihat Ezmiel
yang kelam kabut mahu memujuknya. Sengaja dia tidak mahu melayan. Sebaik sahaja
pintu kereta dibuka, suara Zafrey pula kedengaran.
“Korang ke mana ni,
naik kematu punggung Abang Zaf tunggu tahu.. leceh betul korang berdua ni..”
rungut Zafrey tidak puas hati. Hampir setengah jam juga menunggu Dannia dan
Ezmiel.
“Kami dah sampai
ni. Jomlah bertolak sekarang. Mahu marah papa nanti.” Sepanjang perjalanan
mereka Ezmiel memujuk Dannia dan Zafrey hanya sesekali mengusik kedua adik
beradiknya itu. Ada sahaja yang dilakukan oleh Ezmiel yang mencuit hatinya.
Dannia bahagia bersama mereka berdua..
Zafrey memarkir
keretanya di tempat VVIP yang telah tersedia untuknya. Kerana itu dia tidak
perlu kalut dengan masa. Orang ramai mula memenuhi ruangan dewan. Zafrey dan
Ezmiel terjenguk jenguk mencari kelibat Faiz Naim. Olah kerana tidak dapat
mencari digunakan pula telefon bimbitnya. Apabila suara dihujung talian
menjawab, Ezmiel dilihatnya sedang bercakap dengan pemanggil di hujung sana.
Selang beberapa
minit, kelibat Faiz Naim dan juga seorang wanita yang tidak kurang cantiknya
berjalan menghampiri mereka. Dari kejauhan wanita itu tersenyum manis. Manakala
Faiz Naim pula terlopong. Entah apa yang terkejutnya Dannia sendiri tidak ambil
tahu.
“Ni kenalkan Faiz
Naim. Dia ni lah orangnya.” Ujar Ezmiel setelah lelaki itu berdiri berhadapan
dengan mereka bertiga. Sempat dicubit perut lelaki itu sehingga mengaduh kecil
kawannya.
‘Kau jangan, ingat
sikit kat awek kau tu. Aku report kang’ sempat Zafrey mengugut Faiz Naim
apabila lelaki itu tidak lepas dari memandang wajah Dannia. Bimbang juga kalau
teman wanita Faiz Naim terasa tergugat dan membatalkan hasratnya mahu
dipinjamkan Faiz Naim kepada Dannia.
‘Aku tahu lah. Anyways, cantik betul adik kau ni. First time aku jumpa face to face. Sebelum ni Cuma kenal
dengan namanya. Tak sangka betul aku’ bisiknya perlahan ke telinga Zafrey.
Sungguh dia tidak menyangka Zafrey dan Ezmiel mempunyai adik secantik ini. Dia
akui sedikit sebanyak hatinya juga tertawan. Ini baru melihat muka, belum
mendengar suaranya lagi. Alahai… macam bidadari yang baru turun dari kayangan.
“Hai, saya Zamaira.
Kawan Faiz Naim. Panggil je Kak Mai. Ni mesti Dannia kan?” Zamaira menghulurkan
tangannya untuk berkenalan dengan gadis cantik di hadapannya. Hatinya sendiri
terpegun melihat kecantikan Dannia. Apatah pula lelaki di luar sana. Semestinya
gadis ini mempunyai ramai peminat.
“Yup, saya Danisha.
Panggil Isya je. Sama macam yang lain. Selamat berkenalan.” Dannia
menghadiahkan senyuman manis kepada Zamaira. Dan gadis itu turut membalasnya.
“Tak nak berkenalan
dengan saya ke?” sampuk Faiz Naim nakal. Tersengih kambing dia melihat jelingan
Zamaira.
“Danisha. Panggil
je Isya.” Ujarnya ringkas.
“Isya jangan layan
sangat dia ni. Wayar tercabut, kadang kadang kalau miangnya datang, terus je
luku kepala dia. Tak payah bagi warning
dengan mulut. Tak makan saman dia ni..” sampuk Zamaira pantas. Yang lain hanya
ketawa mengekek apabila dengan selamba ditembak dengan mulut pedas Zamaira.
“Jangan bimbang lah
kak Mai saya luku je dia ni nanti.” Ketawa mereka bertambah galak mendengar
ayat spontan yang keluar dari mulut gadis itu.
“Ok, rasanya kita
dah terlalu lewat ni. Jom masuk. So shall
we?” Zafrey bersuara setelah ketawa mereka reda. Semua orang sudah pun
lengang. Hanya tinggal mereka yang berada di luar. Masing masing mendapatkan
pasangannya. Faiz Naim dan Dannia manakala Ezmiel pula dengan Zamaira. Hanya
Zafrey yang keseorangan. Namun dia tetap berjalan seiring dengan Faiz Naim,
diapitnya Dannia di tengah tengah.
Harith memandang sekeliling
memerhatikan orang ramai. Sebenarnya dia langsung tiada mood untuk menghadiri majlis ini. Mengenangkan ingin menjaga
hubungan antara dua syarikat dia terperangkap di sini malam ini. Dan keriuhan
orang ramai langsung tidak dihiraukan. Mata mata gadis yang memerhati dengan
senyuman menggoda juga ditepisnya dengan sebelah tangan. Dirinya langsung tidak
tergoda.
“Bhai, kau apesal,
diam aje dari tadi aku tengok” Ijat menegurnya lantas menyentakkan lamunannya.
Harith menggelengkan kepala, Ijat pula hanya mengangkat bahu. Tidak mahu
menganggu rakannya yang seorang itu. Bukannya dia tidak tahu masalah rakannya.
Semuanya berada di poket. Telinganya selalu mendengar luahan perasaan sahabat
baiknya itu. Segalanya tentang si dia.
“Bila nak start ni? Aku nak balik lah. Tak ada mood langsung.” Rengusnya perlahan.
Sudah lama mereka menunggu. Tan Sri Raziff kelihatan sedang bercakap cakap
dengan seseorang. Mungkin dengan kakitangan syarikatnya barangkali.
“Kau ni majlis tak start lagi dah nak blah. Tunggulah
dulu, nanti kita blah la. Rileks la
bro..” ujar Ijat namun matanya masih lagi meliar ke sekeliling memerhatikan
para tetamu yang hadir. Manalah tahu jika terjumpa bidadari, mahu juga dia
mengisi kekosongan di hatinya. Hehehe..
Hanya sesaat,
matanya tiba tiba beralih pada sepasang manusia yang sedang melangkah masuk.
Pasangan itu menjadi perhatian para tetamu yang hadir. Mungkin terpegun dengan
kecantikan yang terserlah di depan mata, mengkagumi ciptaan Tuhan. Tapi dia
terkelu dengan tiba tiba… di gosok matanya beberapa kali, untuk memastikan
kesahihan yang dilihatnya. Tak salah lagi… Ijat memandang wajah Harith bersilih
ganti dengan gadis cantik itu. Ya, gadis itu. Dia masih ingat akan seraut wajah
yang menjadi seseorang yang penting dalam hidup sahabatnya..dia masih ingat
akan wajah yang hampir empat tahun tidak ditemuinya. Ya, gadis yang sama. Dia
ingin bersuara namun terasa suaranya tersekat di kerongkong. Sudahnya dia hanya
mencuit bahu Harith yang leka termenung ke hadapan. Dua tiga kali dicuit
barulah lelaki itu memandangnya pelik. Harith mengerutkan dahinya, pelik
melihat wajah Ijat yang pucat lesi bagaikan bertemu hantu.
“Kau apahal bro?
jumpa awek cun ke?” Harith mengekek ketawa. Kawannya itu memang, bila jumpa
gadis cun mulalah terkelu.. haru sungguh kawannya yang seorang itu. Entah sejak
bila ajaran turun temurun kini beralih pada temannya.
Ijat menghalakan
jari telunjuknya kea rah pintu besar. Berharap agar Harith cepat cepat melihat
gadis yang dimaksudkannya supaya tidak terlepas pandang.
“Kau ni, kalau dah
berkenanan pergilah. Aku malas lah nak layan kau ni. Dah la. Usha sendiri.”
Matanya masih degil untuk tidak memandang kearah itu. Ijat mengetap bibirnya geram.
Kang terlepas pandang baru padan muka.
“Tu…Dannia” Fuh,
Ijat melepaskan lega di saat nama itu terpacul di mulutnya. Entah kenapa susah
benar dia mahu menyatakan sesuatu jika terlalu terkejut.
Harith tersentak,
walaupun perlahan, telinganya masih dapat menangkap sebaris nama yang mampu
mengocak ketenangan hatinya. Dannia? Mana? Mana? Laju dipalingkan wajahnya dan
matanya segera menangkap sepasang manusia yang masih berdiri di pintu besar
dewan hotel tersebut. Senyuman Dannia yang selalu meniti bibir merahnya,
menambahkan lagi pesona dirinya. Dia mengetap bibir, membahang menahan cemburu
yang kian membuak di dada. Sakit hatinya melihat ramai jejaka yang memandang
isterinya berkali kali. Yang tua tidak kurang hebatnya, masih tak sedar diri
perut dah boroi hampir confuse dengan
orang mengandung ditambah dengan kepala botak, licin pulak tu boleh dibuat
cermin sahaja. Kutuknya dengan geram. Matanya tertumpu pula kepada lelaki yang
berdiri di sebelah isterinya. Aik? Orang lain pulak? Benarkan Dannia telah berubah
sebegini rupa dan sering bertukar pasangan. Oh tidak, dia tidak rela dengan
semua ini. Dannia hanya miliknya seorang.
Dia memandang lagi
isterinya yang tampil dengan menawan. Mampu memukau sesiapa sahaja. Memakai
gaun merah hati separas lutut. Dengan kasut juga berwarna merah hati
menyerlahkan lagi kulit kaki yang putih melepak. Dilehernya pula dikalungkan
rantai yang halus dan ringkas berloket berbentuk kunci dan hati namun masih
menarik dipandangannya. Diserikan lagi dengan anting anting yang bergayutan di
telinganya. Rambutnya pula disanggul tinggi menampakkan leher jinjang
isterinya. Harith mengenggam erat tangannya, menahan rasa sakit hati dan
cemburu. Merah padam mukanya, dan giginya diketip kuat sehingga menimbulkan
urat lehernya.
Ijat yang melihat
perubahan Harith segera menenangkan lelaki itu. Bimbang jika Harith membuat
onar di majlis itu. Tak ke haru jadinya..
“Sabar Rith, kau
jangan buat pasal kat sini, kalau ya pun nak bincang, tunggu lepas majlis ni.”
Bahu Harith di tepuknya berkali kali. Dia menghulurkan segelas air untuk lelaki
itu. Dia berharap benar supaya Harith dapat mengawal perasaan marahnya.
Sepanjang majlis itu berjalan, Harith diam tidak berkutik, namun matanya masih
lagi memerhatikan gerak geri isterinya dari jauh tanpa gadis itu sedari. Dan
dari jauh juga tingkah laku Harith diperhatikan dengan senyuman sinis. Puas
hatinya dapat mengenakan lelaki sombong seperti Harith. Biar lelaki itu
merasakan hal yang sama dengan apa yang dilalui oleh gadis kesayangannya.
Dannia meminta diri
dan menuju ke kolam renang yang terdapat di sudut hotel dewan tersebut. Hanya
sebilangan mereka yang berada di situ. Dannia pula ingin melarikan diri
daripada orang ramai yang selalu memerhatikannya. Terasa rimas dan lemas. Air
minumannya juga turut dibawa dan diletakan di atas meja bersebelahan dengan
kerusi malas yang terdapat di situ. Dia ingin menghirup udara yang segar di
situ tanpa ditemani oleh sesiapa. Tidak mahu di ganggu. Namun ketenanagan yang
dimilikinya hanya sebentar sebelum tangannya direntap dengan sedikit kasar.
Hampir sahaja dia menjerit kesakitan. Terasa mahu tercabut tulang bahunya.
Dannia terkejut
apabila wajah Harith yang menyapa pandangannya. Terus mulutnya terkunci rapat,
niat pada mulanya ingin menyembur gerangan yang menarik kasar tangannya terus
terbantut. Bulat matanya memandang Harith, dia panik bagaimana Harith boleh berada di situ bersamanya.
Tanpa menunggu masa
tangannya segera direntap lalu berlari anak meninggalkan Harith yang jelas
mukanya tegang dan merah padam. Selaju mana pun dia berlari masih tidak mampu
untuknya melangkah ditambah dengan pakaiannya kini menyukarkan keadaan. Baru
sahaja kakinya ingin melangkah masuk semula ke dalam dewan, tangannya terlebih
dahulu dipaut sebelum ditarik dengan paksa meninggalkan perkarangan dewan itu…
“Ish lepas lah. Awak
ni apahal?” Dannia meronta hebat. Sudah tidak dipedulikan beberapa orang yang
berselisihan dengannya dan memandang mereka berdua dengan wajah hairan. Dia
masih lagi meronta namun semakin kuat pula lelaki itu mencengkam tangannya.
Berkerut mukanya menahan sakit.
“Harith tolong, tangan
saya sakit. Lepaskan” rayunya lagi. Kalau dibiarkan mahu lebam tangannya.
Harith masih lagi tidak menghiraukan rayuan Dannia. Malah lelaki itu
mengheretnya laju menuju ke suatu sudut yang agak gelap.
“Harith, awak
dengar tak. Lepaskan tangan saya.
Sakit tahu tak?” Kali ini dia menjerit sedikit kuat. Sampai di tempat yang
ditujui oleh lelaki itu, tangannya dilepaskan dengan kasar. Dia sudah cukup
bersabar dengan kerenah Dannia selama ini. Segala rentak Dannia hanya diikutnya
dengan sabar. Tetapi kesabarannya hari ini semakin menipis.
“Tahu sakit. Habis
hati abang yang sakit ni siapa yang peduli?” dia melengking kuat. Dadanya turun
naik menahan nafas marah. Sungguh dia berserabut dengan keadaan sekarang.
Hatinya sudah terlalu parah dikerjakan oleh Dannia. Gadis itu sengaja mahu
menaikkan darahnya.
“Awak ni apahal? Tiba tiba datang tak
dijemput sekarang nak marah marah pulak. Gila ke?” Dannia juga turut
meninggikan tone suaranya. Di dalam
hati dia beristighfar panjang. Sedar sekarang ini dia melakukan dosa apabila
meninggikan suara pada seorang lelaki yang masih bergelar suami kepadanya.
“Nia ni yang
kenapa? Masih tak sedar Nia tu isteri orang. Isteri abang. Yang pergi berkepit
dengan jantan lain tu kenapa?”
“Siapa cakap yang saya
ni isteri awak, ingat sikit kita berkahwin macam mana. jangan sesuka hati nak
merubah segala perjanjian tu. Saya ni
bukan hak awak tahu?” Kali ini dia bersuara tegas. Memperlahankan tone suaranya. Tetapi kedengaran keras
di halwa telingan Harith.
“Abang yang cakap.
Selagi abang tak lafazkan Nia tetap isteri abang. Hak abang tahu. Dan kat sini
abang akan buat apa sahaja untuk ikat Nia di sisi abang.” Ugut Harith sedikit
tenang berbanding tadi. Ya, dia akan lakukan apa sahaja asalkan Dannia terus
terikat dengannya. Dia akan menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami.
Walaupun dengan terpaksa, dia harus melakukannya. Dannia sekarang ini terlalu
keras hatinya berbanding dahulu. Mungkin kerana pengalaman yang menjadikannya
sebegitu rupa. Dan dia adalah orang yang bertanggungjawab diatas perubahan
isterinya itu.
“Ikut abang. Kita
berbincang.” Tangan Dannia ditarik supaya mengikutinya.
“Jangan harap”
Dannia mengeraskan badannya supaya Harith tidak terus memaksanya.
“Jangan sampai
abang dukung Nia.” Ugutnya pula. Degil betul isterinya ini. Dia mengacah mahu
mengangkat Dannia apabila gadis itu masih mengeraskan diri. ‘Ish dia ni ingat aku
main main agaknya’ terus dicempung tubuh Dannia masuk kedalam perut keretanya.
Dikunci keretanya supaya Dannia tidak melarikan diri.
“Awak nak bawak
saya ke mana?” Dannia panik. Kereta milik Harith sudah jauh meninggalkan dewan
hotel itu. Hatinya menjadi kecut tiba tiba. Sepanjang jalan, dia memerhatikan
dan cuba menghafal setiap jalan yang dilalui Harith, nanti senanglah jika dia
mahu meminta tolong. Dia takkan sesekali membiarkan Harith melakukan sesuatu
sesuka hatinya lagi.
“Somewhere. Jangan bimbang, tempat tu
selamat. Ok sayang?” Harith tersenyum sinis memandang wajah Dannia yang resah
gelisah. Dia tahu pasti gadis itu bimbang jika dia melakukan sesuatu di luar
dugaan. Namun dia tidak kisah, apa yang penting Dannia akan menjadi miliknya.
Setelah hampir lima
belas minit memandu, akhirnya mereka tiba di rumah Harith. Dannia melopong
sendiri, hampir saja dia terbatuk sendiri. Tidak menyangka sama sekali Harith
membawanya buat kali ketiga ke sini. Entah apa pula ragamnya kali ini. Dannia
geram sendiri. Ada sahaja yang akan dilakukan oleh lelaki itu diluar jangkaannya.
Mati mati dia ingatkan Harith hanya mahu ke restoran atau ke tempat yang sesuai
untuk berbincang.
“Kita dah sampai.
Turunlah.” Ujar Harith selamba dan lantas keluar dari perut kereta menuju ke
pintu rumahnya setelah kereta milik lelaki itu terparkir elok di garaj. Dannia
masih tidak berkutik dari tempatnya, bimbang dan takut walaupun lelaki itu
adalah suaminya sendiri. Sukar untuk dia menebak apa yang bermain difikiran
lelaki itu. Tambahan Harith masih dingin dengannya.
“Kenapa ni. Kan
abang dah cakap nak bincang something…Jom
masuk.” Dengan agak memaksa dia menarik tangan Dannia supaya keluar dan
mengikutnya masuk ke dalam rumah. Mahu ataupun tidak terpaksa juga dia
melangkah mengikuti langkah Harith, mahu melarian diri, tangannya kemas
digenggam oleh lelaki itu.
‘jagalah kalau dia
ni buat apa apa yang tidak elok pada aku. Aku tendang je nanti’ itulah niatnya
dalam hati. Terasa gementar kakinya di
saat kakinya melangkah ke ruang tamu yang agak luas. Keadaan yang gelap gelita
tadi berganti terang apabila Harith memetik suis lampu yang berada berdekatan
dengan lelaki itu.
“Dah solat belum
ni? Sekarang dah hampir tengah malam. Pergilah solat dulu, nanti kita bincang.”
Ujar Harith lembut.
“Dah tahu hampir
tengah malam yang kidnap orang datang
sini buat apa?” Bulat matanya merenung tajam Harith.
Harith terasa ingin
ketawa melihat wajah Dannia yang agak comel tetapi kelakar. Namun dia cepat
cepat menahannya, bimbang jika gadis kesayangannya bertambah marah.
“Tak baik buat
macam tu dekat suami sendiri. Kata nak jadi isteri solehah.” Harith bersuara,
terasa kembang kempis hidungnya yang mancung menahan ketawa. Hatinya yang tadi
panas sedikit demi sedikit terhakis dek telatah Dannia yang agak lucu. Semuanya
Nampak indah dimatanya.
Dannia mencebik geram.
Geram sungguh pada Harith ada sahaja yang ingin dihujahnya. Terlebih alim
sudah.
“Biarlah, dosa saya
bukannya awak pun..apa yang nak dibincangkan, cepatlah cakap. Lepas ni hantar
nak balik.” Selamba dia menjawab dan laju dia mengubah topik. Apa yang bermain
di mindanya lagi cepat perbincangan mereka tamat lagi cepat dia boleh pulang.
“Siapa cakap abang
nak hantar Nia balik?” soal Harith selamba.
“What? Habis tu macam mana saya nak
balik?” Tukasnya bertambah sakit hati. Terasa mahu dihempuk kepala Harith
dengan batang kayu. Biar biul separa suku.
“Kalau tak kisah
tidurlah sini. Besok kita boleh ke pejabat sekali. Lagipun dah lewat benar
ni..tapi kalau nak balik jugak, jalan kaki ajelah” Harith berjalan meninggalkan
Dannia dan menuju ke dapur. Terasa dahaga benar kerana bertekak dengan Dannia
sedari tadi. Dannia pula membontoti Harith dari belakang. Masih tidak berpuas
hati.
“Jangan nak buat
lawaklah. Tak kelakar langsung.” Dihentak pula kakinya ke lantai, persis anak
kecil tidak mendapat gula gula. Harith tersenyum kecil melihat kelakuan Dannia.
Bertambah melimpah ruah sayangnya buat gadis itu. Hai…parah parah…
“Mana ada abang
buat lawak. Dah lah, rasa mengantuk lah pula. Abang nak mandi ni. Wanna join me?” Keningnya terangkat
sambil tersenyum nakal.
“Gila. Fine, kalau tak nak hantar sudah, Saya
boleh balik sendiri lah.” Lantas dia berpaling dan mahu menuju ke pintu utama.
“Ok, take care, dear.. hati hati ya, kat
luar tu gelap sikit. Lagi satu tak ada orang sangat kat kawasan ni. Hah, ni
yang paling penting.. tadi masa lalu kat simpang depan tu Nampak tak pokok
besar. Orang cakap pokok tu berpenunggu.. jangan lupa bagi salam kalau nak lalu
ikut situ ya…” Panjang lebar Harith bersuara, atau lebih kepada menakutkan Dannia
sebenarnya.
Dannia yang
terdengar kata kata itu, terus memperlahankan langkahnya. ‘takkanlah zaman
sekarang ada jugak kot’ dia mula merasa tidak senang hati. Dia memandang
sekeliling halaman rumah itu, betul kata Harith, memang gelap.. sunyi pula tu.
Dia menggosok perlahan tangannya yang meremang dengan tiba-tiba. Terasa seram
pula malam ini. Lama dia memerhatikan sebelum dia mengambil langkah masuk
semula ke dalam rumah itu.
Di sebalik dinding,
Harith ketawa mengekek, terasa mahu terputus urat kentut kerana mahu menahan
ketawa supaya tidak terlalu kuat kedengaran di telinga Dannia tanpa gadis itu
sedari. Dia yakin kini Dannia akan bermalam di sini. Hatinya berbunga riang.
Langkah pertama sudah diambil, kini peluang kedua pula yang menyusul..
Setelah lima belas
minit, Harith kembali semula ke ruang tamu setelah membersihkan diri.
“Eh, abang ingatkan
sayang dah balik. Kenapa masih kat sini ni.. Ermm?” Sengaja dipamerkan riak
terkejut supaya jelas dimata Dannia. Padahal di dalam hati bagaikan bom yang
mahu meledak. Hohoho..Dannia menjeling geram. Pertanyaan Harith dibiarkan sepi
sebaliknya dia hanya duduk di sofa itu sambil berpeluk tubuh. Ingin dihubungi
Zafrey dan Ezmiel nombor mereka langsung tidak melekat di kepalanya.
“Pergilah mandi.
Tak rimas ke pakai macam tu? Baju cari dalam almari abang.” Dipujuknya lagi
Dannia yang masih mencuka. Mukanya yang merah bertambah merah seperti buah
tomato yang masak apabila sedang marah, cantik sekali. Semakin menawan di
matanya.
“Pergilah.. nak
suruh abang dukung ya. Kalau macam tu jomlah abang temankan” Usiknya separuh
bergurau. Segera merapati Dannia. Baru sahaja dia melabuhkan punggungnya bersebelahan
dengan gadis itu, Dannia pantas bangun dan pantas menonong masuk ke biliknya.
Harith ketawa kecil..
Sepanjang kakinya
melangkah menuju ke bilik itu, tidak berhenti mulutnya membebel. Sakit sungguh
hatinya dengan perangai Harith. Lelaki itu terlalu banyak berubah. Sentiasa
senyum dan jarang mempamerkan riak marah. Berbeza sungguh dengan Harith yang
dulu, terkenal denga sikap panas baran. Pantang melakukan salah pasti akan diherdiknya.
Dia memerhati bilik Harith yang kemas teratur, di dalam
hati terselit rasa bangga kerana lelaki itu pandai menghias dan menjaga
kebersihan. Dia menapak pula ke almari pakaian Harith, dibuka satu persatu
pintu almari tersebut. Pintu yang terakhir dibuka, matanya terbeliak. Pelbagai
pakaian wanita yang terdapat di situ, semuanya berjenama. Hatinya terdetik rasa
aneh, pakaian siapa yang tersimpan di sini. Lama dia berdiri di situ
memerhatikan pakaian yang terdapat di dalamnya. Rasanya hari tu adalah dua tiga
helai sahaja. Tetapi sekarang, semakin penuh.
“Apa yang
dimenungkan pula. Dari tadi hampir sepuluh minit abang tengok.. kenapa? Pelik
ke tengok ada pakaian wanita kat bilik ni?” soalnya.
“Baju siapa ni?” Tanpa
menjawab, Dannia mengutarakan soalan lain pula.
“Baju siapa lagi.
Baju isteri abanglah.. Dah la tu fikirnya. Memang abang belikan untuk sayang
pun. Takkan la wanita lain pula. Hanya sayang isteri abang. Ermm, baju kecik
pun abang belikan juga. Saiznya tak berunah kan. Ambillah kat dalam tu” Harith
tersenyum nakal sambil tangannya menunjukkan sebuah laci yang terdapat di sisi
almarinya. Merah padam wajah Dannia mendengar penerangan Harith. Malu sungguh.
Terasa kebas kulit mukanya. Mahu pitam pun ya jugak.
‘Buat malu aku je’
“Ermm, keluarlah,
saya nak mandi ni. Jangan masuk bilik ni sebelum saya siap. Faham?” Dengan
wajah yang masih malu dia memberi arahan. Tubuh Harith ditolaknya keluar dari
bilik itu. Dia hanya memekakkan telinga di saat lelaki itu merengek enggan keluar.
Sengaja dipekakkan telinga, pintu bilik lantas ditekan dan dikunci. Laju
langkahnya menonong masuk ke dalam bilik air.
Hampir setengah jam
dia berada di bilik air, akhirnya dia keluar dan menuju ke ruang tengah menuju
kearah almari pakaian. Baru tersedar, rupanya baju yang dipilih tidak dibawa
bersamanya. Hanya tuala semata-mata. Langkahnya menonong kerana pasti Harith
tiada di ruang itu kerana dia sendiri yang menghalau Harith keluar dan mengunci
pintu bilik itu. Dannia langsung tidak perasan akan kelibat seseorang yang enak
berbaring di atas katil. Langsung
tidak dipandang ke kiri dan kanan melihat sekeliling. Baru sahaja dia ingin
membuka pintu almari tiba tiba keadaan rumah menjadi gelap. Dannia terkaku
langsung tidak bergerak. Sungguh di rasakan seakan buta ketika itu. Gelap
gelita, langsung tidak nampak apa apa. Badannya menggigil ketakutan. Sudah lama
dia tidak merasakan perasaan setakut ini. Traumanya masih belum hilang.
Dalam berdebar, dia
menunggu beberapa minit dengan harapan lampu di bilik itu kembali terpasang.
Hampir setengah jam menunggu, tiba tiba dia terdengar bunyi benda jatuh.
“Harith…Harith..!”
dalam suara terketar ketar dia memanggil Harith. Hilang egonya berganti dengan
perasaan takut yang melanda diri. Dia sudah lupa akan perbuatan Harith yang
memainkannya sebentar tadi. Dannia mengesat pelupuk matanya yang kian digenangi
air mata dengan telapak tangannya. Semakin lama semakin kuat esakannya. Sungguh
dia terlalu takut dengan kegelapan.
“Harith..” jerit Dannia
sedikit kuat dari tadi. Terasa mahu pitam kerana terlalu takut.
“Nia… sayang kat
mana?” Setelah lama Harith bersuara. Terbangun kerana terasa suasana yang
sedikit panas. Bunyi esakan seseorang menggingatkan dia pada Dannia.
“Harith, tolong Nia.
Nia takut.” Bunyi esakan Dannia semakin kedengaran. Dengan pantas Harith
menyelongkar laci meja di tepi katilnya mencari lampu picit. Setelah tangannya
mencapai apa yang dicari segera dia menyuluh mencari Dannia. Di suatu sudut di
tepi almari, kelihatan Dannia terduduk di situ sambil menangis. Lantas dia
berlari anak mendapatkan Dannia. Segera diraihnya ke dalam pelukan. Gadis itu
menyembamkan mukanya ke dada Harith sambil tersedu sedan. Turut sama membalas
pelukan Harith erat.
“Syuhh…abang ada kat sini, jangan takut ok?” bisiknya
perlahan sambil mengucup telinga Dannia lembut. Diusap perlahan bahu Dannia
yang terdedah.
Dannia terlupa akan
keadaannya yang hanya mengenakan tuala di badan.. Pertengkaran mereka sebentar
tadi juga turut terlupa. Apa yang dia rasakan sekarang hanyalah perasaan takut.
Dannia mengeratkan pelukannya apabila bunyi guruh yang
kuat berdentum diiringi dengan kilat yang sabung menyabung dengan tiba-tiba.
Harith memandang Dannia dalam cahaya kilat yang sabung menyabung. Mata Dannia
terpejam rapat, badan isternya dirasakan menggigil. Harith segera menguatkan
pelukannya, mengharapkan Dannia sedikit tenang. Harith mengucup ubun-ubun
Dannia dan kemudia beralih pula pada dahi Dannia. Kucupannya penuh dengan rasa
kasih dan cinta buat gadis kesayangannya itu.
Kini bibirnya merayap pula pada leher jinjang milik
Dannia, gadis itu hanya kaku di dalam dakapannya membuatkan nafas Harith
semakin mendesah berat. Melihatkan Dannia tidak menolak segala kelakuannya,
Harith bertambah berani, semakin lama ciuman Harith kian menerawang ke seluruh
wajah Dannia. Lelaki itu semakin berani bertindak kerana tiada tindak balas
oleh Dannia. Dannia pula seakan merelakan segala perbuatan Harith kerana saat
itu dirasakan selamat berada di sisi lelaki itu.
Harith tidak tahan lagi, hatinya untuk mengauli Dannia
semakin membara. Lalu di cempung tubuh Dannia menuju ke katil peraduannya. Harith
berbaring di sebelah Dannia sambil sebelah tangannya erat memeluk pinggang
gadis itu rapat dengannya.
Harith dan Dannia akhirnya tewas. Dingin malam itu menghangatkan
peraduan milik Harith dengan kasih dan cinta yang telah lama terpatri sejak
empat tahun yang lalu. Malam itu merangkak pergi dengan sejuta perasaan indah
buat keduanya. Malam itu kedua insan merasai kebahagiaan yang tidak pernah dirasai
oleh keduanya sepanjang perkahwianan mereka. Harith berdoa di dalam hatinya
semoga perhubungan ini diberkati olehNYA.
‘Ya Allah kau berkatilah hubungan kami suami isteri.
Kurniakanlah kami zuriat yang soleh yang boleh dibanggakan oleh kami berdua dan
juga umat islam yang lain. Kepadamu aku memohon dan meminta….’